Tuesday, July 31, 2007

-B U L A N R E J A B-

-B U L A N R E J A B-
Wahai Saudara-saudaraku yang budiman, Pada hari Isnin tanggal 16 Julai 2007 kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Mari kita semak ada apa di balik bulan Rejab itu. Diriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:
* Barang siapa yang berpuasa satu hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat ker e dhaan yang besar dari ALLAH swt *
Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1428/Isra Mi'raj (Sabtu, 11 Ogos 2007) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa * Barang siapa yang berpuasa dua hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt * Barang siapa yang berpuasa tiga hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (16,17,18 Julai 2007) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan siksa akhirat *
Barang siapa berpuasa lima hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dikabulkan Allah swt *
Barang siapa berpuasa tujuh hari dalam bulan ini, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa lapan hari maka akan dibukakan lapan pintu syurga *
Barang siapa berpuasa lima belas hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya." Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, aku melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis daripada madu, lebih sejuk daripada air batu dan lebih harum daripada minyak wangi, lalu aku bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?" Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca salawat untuk engkau di bulan Rejab ini." Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu baginda bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan aku berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka." Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mau berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab niscaya mereka tidak akan diseksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?" Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus aku sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan sholat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan sholat malam satu tahun." Sabda baginda lagi "Sesungguhnya Rejab adalah bulan ALLAH, Sya'ban Adalah bulan aku dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku." "Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab, Sya'ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang, serta tidak akan merasa lapar dan haus bagi mereka."

Hari Penerangan & Wada...'

Al-Hamdulillah segala puji Bagi Allah Yang Maha Mulia kerana pada tarikh hari ni, adalah satu catatan sejarah yang agung untuk BKMIP kerana pada hari ini, penerangan Hisbah dilaksanakan oleh Pengarah Hisbah @ lebih dikenali dengan (Unit Bimbingan & Kaunseling) 2007. Tujuan ini adalah untuk menerangkan kembali secara jelas dan detail segala permasalahan, kegusaran, salah faham, perselisihan, ketidakfahaman dan kesamaran yang berlaku terhadapa peranan BKMIP dan peranan Hisbah dan membaiki segala kelemahan, mencegah segala kemungkaran dan meningkatkan imej BKMIP kepada ahli-ahli yang selam ini dijankitkan dengan virus yang membawa perpecahan kepada BKMIP.Mak pada hari ini menu-menu yang dihidangkan ialah pembersihan segala permasalahan-permasalahan, pembaikan imej BKMIP dan majlis wida' untuk Ketua Lemaga Penasihat BKMIP Ustaz Azahari bin Zailani. Ana secara peribadi bersyukur kepada Allah dan berbangga dengan majlis ini. Syabas diucapakn kepada yang berjaya dan melibatkan diri secara mahupun tidak secara langsung dalam menjayakan program ini.Moga Allah menilai usaha dan kerja-kerja yang dilakukan untuk kita persembahkan kepada Allah SWT kelak dan sebagai syahid amalan kita di muara alam yang fana ini.Wassalam.......

Thursday, July 12, 2007

Berdakwah secara hikmah

Dari as-Sunnah. Pesan Nabi, anak-anak yang sudah berusia sepuluh tahun kalau tidak mahu mengerjakan solat, boleh dipukul/ dirotan. Tidakkah itu “keras”? Tidakkah itu “tegas” dan “kasar” (tapi bukan zalim ya)? Mengapa Nabi tidak suruh pujuk, tunjuk contoh atau motivasi SAHAJA tapi boleh disakiti pula apabila perlu? Kalau ikut formula pihak yang menentang, maka Nabi Muhammad sudah menjadi seorang yang tidak berhikmah atau berhemah!Berikut kita senaraikan beberapa contoh untuk mengukuhkan hujah bahawa “berdakwah secara berhikmah” adalah “berdakwah secara bijaksana” dan bukannya “berdakwah secara lemah-lembut” SAHAJA:
1. Dari al-Kitab. Al Quran sebagai contoh. Ia mengandungi ayat-ayat dorongan yang diseimbangkan dengan ayat-ayat ancaman. Ia membawa khabar baik yang diseimbangkan dengan berita-berita buruk. Ia menyatakan pujian kepada pihak-pihak tertentu yang diseimbangkan dengan kecaman kepada pihak-pihak tertentu. Hairan kita, bagaimana seseorang itu boleh mengatakan, “Ikutlah cara berdakwah dalam al-Quran… lemah-lembut… tidak kasar.” Ini maksudnya dia baru membaca SEBAHAGIAN al-Quran. Bolehkah al-Quran diambil sebahagian-sebahagian sahaja?.......
2. Dari as-Sunnah. Pesan Nabi, anak-anak yang sudah berusia sepuluh tahun kalau tidak mahu mengerjakan solat, boleh dipukul/ dirotan. Tidakkah itu “keras”? Tidakkah itu “tegas” dan “kasar” (tapi bukan zalim ya)? Mengapa Nabi tidak suruh pujuk, tunjuk contoh atau motivasi SAHAJA tapi boleh disakiti pula apabila perlu? Kalau ikut formula pihak yang menentang, maka Nabi Muhammad sudah menjadi seorang yang tidak berhikmah atau berhemah!
3. Selepas al-Quran dan as-sunnah,lihat pula tindakan sahabat. Selepas kewafatan Rasulullah, ada pihak yang tidak mahu membayar zakat padahal ajaran-ajaran Islam yang lain umumnya masih mereka laksanakan. Apa tindakan Saidina Abu Bakar untuk membetulkan masalah ini? Dia menghantar pasukan perang! Majoriti sahabat terhampir tidak bersetuju pada mulanya tetapi Saidina Abu Bakar meneruskan juga tindakannya. Dan KESANNYA, pembayaran zakat selepas peristiwa ini menjadi beres. Umat Islam di wilayah-wilayah lain mendapat pengajaran daripada peristiwa ini. Bagi pihak yang diserang, sebahagian mereka mati terbunuh dan tidak boleh membayar zakat lagi. Nyatalah bukan mereka sasaran utama dakwah berhikmah Saidina Abu Bakar tetapi umat Islam di seluruh wilayah. Begitulah bijaknya sahabat. Begitulah membetulkan secara berhikmah. Yang utama dipandang ialah kemungkinan KEBERKESANANNYA, bukan kaedahnya.
4. Generasi selepas zaman sahabat. Rajin-rajinlah tambah ilmu, luaskan pandangan kita. Lihat kaedah Hujjatul Islam Imam al-Ghazali menegur Ibnu Sina dan para penerus fahamannya dalam kitab al-Munqiz min adh-Dhalal. Orang yang berfahaman “berhikmah” itu “lemah-lembut” sahaja, pasti akan mengatakan Imam al-Ghazali tidak pandai berdakwah, tidak berhemah, tidak berhikmah. Cara Imam Ghazali ini boleh diperhatikan lagi dalam kitabnya ar-Risalah al-Laduniyyah ketika menolak pandangan sempit seorang ahli tafsir. Begitu juga dalam Tahafut al-Falasifah.
5. Orang bukan Islam pun faham hal ini. Cuba lihat filem “Kingdom of Heaven”. Selepas bapa kepada watak utama (Ballian) menyampaikan amanat-amanat pentingnya, dia menampar muka Ballian sekali. Tujannya supaya Ballian teringatkan tamparan itu dan sekaligus mengingati kesemua amanat pentingnya. Ternyata kaedah penuh hikmah ini berjaya mengekalkan ingatan Ballian akan kata-kata bapanya. Bayangkan, pembuat filem ini yang terdiri daripada orang-orang bukan Islam pun faham apa itu “berdakwah secara berhikmah”.
6. Dari amalan orang Melayu. Apabila anak kecil memanjat tiang ataupun pokok, dan kita hendak menyuruhnya turun. Biasa kita dengar orang tua-tua berkata, “Hah, panjatlah lagi, panjaaat! Panjat lagi tinggi-tinggi!” dengan wajah kegeraman dan suara yang keras. KESANNYA memang bagus. Si anak serta-merta turun. Tapi kalau kita guna cara lemah-lembut, biasanya si anak buat dengar tak dengar saja. Betul tak? Begitulah kaedah menegur secara berhikmah.
7. Kaji pula kem-kem motivasi untuk para pelajar. Mereka yang tidak faham pasti membuat anggapan bahawa kem motivasi tentunya dipenuhi dengan seruan lemah-lembut, merangsang, memujuk, ikram, menggembirakan, memberi semangat dan seumpamanya. Kalau berpeluang ikutilah malam kemuncaknya, kita akan lihat bagaimana kekerasan, ancaman, makian, hinaan dan lain-lain yang nampak kasar tetapi program pada malam itulah yang paling berkesan dan berbekas di hati pelajar. Bahagian itulah yang biasanya membawa perubahan kepada minda peserta. Kita dapat dengar jeritan, kemarahan dan herdikan para motivator yang disulami dengan nada hiba dan penyesalan. Keluarlah kata-kata “kamu memang bodoh”, “anak derhaka”, “akulah anak yang bebal”, “tidak mengenang budi”, “menyusahkan ibu bapa dan guru-guru” dan sebagainya. Maka menangislah para pelajar apabila pemikiran mereka dikasari secara berhikmah yang memungkinkan berlakunya perubahan sikap.
8. Agaknya semua guru sekolah tidak berhikmahlah. Ini kerana mereka kadang-kadang menegur atau membetulkan dengan kekasaran, hukuman dan kekerasan. Seringlah kita dengar ada pelajar yang dirotan (kasar dan mendatangkan kesakitan), ketuk ketampi dua puluh kali, jalan itik depan kelas, pusing padang dua “round” dan sebagainya. Yang tidak berhikmahnya ialah jika guru zalim seperti menendang, hantuk kepala pelajar ke dinding, hukum ketuk ketampi seribu kali, berdiri dua jam tengah panas dan seumpamanya- ini baru dikatakan tidak berhikmah.
9. Kaji pula dunia ketenteraan. Mereka umumnya dilatih dan dibentuk dengan berhikmah. Untuk membentuk ketahanan minda dan fizikal, sangat biasa mereka dihukum “pumping” berpuluh kali, kawad berjam-jam, “jogging” sambil membawa beban batu-bata, meniarap seolah-olah menanti musuh selama satu jam, dilatih ketahanan minda dengan kejian, makian dan gertakan, dan sebagainya. Bolehkah kita katakan semua kekerasan ini sebagai tidak berhikmah?
10. Kisah para nabi terdahulu. Nabi Musa yang baru pulang dari Bukti Tursina amat terperanjat melihat sebahagian besar kaumnya menyembah patung anak lembu. Dengan kasar dia menarik janggut Nabi Harun dan mengherdiknya. Siapa berani kata Nabi Musa tidak berhikmah?Sebab itu, sangat penting untuk kita berfikir panjang terlebih dahulu sebelum memberi apa-apa kata-kata terutamanya dalam hal-hal keagamaan.Seterusnya kita lihat pula, adakah setiap dakwah yang lemah-lembut itu “berhikmah”?Syeikh Albani dan Syeikh Fauzan menjadi idola fahaman Tajdid Lapok. Mereka menghukumkan haram keseluruhannya kepada muzik dan nyanyian. Pendirian mereka ini secara tidak langsung menyatakan Imam al-Ghazali, Dr. Yusuf Qardhawi, Dr. Abdul Karim Zaidan, Abdullah bin Umar, al-Qadhi Abu Bakar bin al-Arabi, Al Mawardi, Amru al-Ass, Abdullah bin Zubair, Imam asy-Syaukani, Ibnu Hazm, Al-Imam Mohd. Asy-Syazili, Muawiyah, Imam al-Haramain dan lain-lain sebagai PENGHALAL KEPADA PERKARA-PERKARA KEMAKSIATAN DAN DOSA.. Jenis ini memang tidak berhikmah. Sepatutnya mereka mencontohi Imam Syafie dan mazhab Syafie yang menggunakan kalimah “aku benci” dan bukannya haram. “Aku benci” mengikut kaedah mazhab Syafie membawa hukum MAKRUH dan bukannya HARAM. Siapa Albani dan Fauzan berbanding Imam al-Ghazali, Dr. Yusuf Qardhawi, Dr. Abdul Karim Zaidan, Abdullah bin Umar, al-Qadhi Abu Bakar bin al-Arabi, Al Mawardi, Amru al-Ass, Abdullah bin Zubair, Imam asy-Syaukani, Ibnu Hazm, Al-Imam Mohd. Asy-Syazili, Muawiyah, Imam al-Haramain dan lain-lain?Dakwahnya memang lembut tetapi tidak berhikmah. Dirasakan diri sendiri saja yang betul. Ada pula pihak yang pertahankan Albani dan Fauzan dengan alasan mereka ulama besar, siapa kita hendak pertikaikan mereka. Tapi pihak-pihak itu sendiri terhijab pandangan dan hati kerana para ulama di atas jauh lebih “besar” daripada Albani dan Fauzan, malah ada yang bertaraf “sahabat”! Siapa pula pihak pro-Albani dan Fauzan itu yang hendak pertikaikan para ulama di atas?Saya sebagai salah seorang tenaga pengajar sering melihat guru-guru baru di sekolah yang mendidik secara lemah-lembut, tiada herdikan, tiada rotan, tiada amaran. Kononnya itulah mendidik, itulah hikmah. Hasilnya… mereka tidak berjaya mengawal kelas. Tidak mampu memastikan tingkah-laku pelajar mengikut aturan yang digariskan. Malah para pelajar juga hilang ataupun kurang rasa hormat kepada mereka. Begitulah KESANNYA kalau mendidik secara lemah-lembut semata. Itu bukan berhikmah.Ini berbeza dengan guru yang mendidik secara BERHIKMAH. Mereka pandai meletakkan lembut dan kasar sesuai dengan tempatnya. Ada kala memuji dan ada kala memberi amaran. Ada waktu memberi hadiah dan ada waktu memberi rotan. Ada masa bersuara manja dan ada masa mengherdik.
KESANNYA… kelas berjalan lancar, tingkahlaku pelajar terkawal dan yang paling penting, rasa hormat pelajar tetap ada.Dengan keterangan-keterangan di atas, jelaslah bahawa “berhikmah” itu bukanlah “lemah-lembut” tetapi “bijaksana” sama ada lembut mahupun keras, asalkan tidak zalim.Seperti biasa, nasihat dan teguran dalam artikel ini adalah untuk “SASARAN UTAMA” sebagaimana yang dibincangkan sebelum ini.Firman Tuhan:“Dan tiadalah yang dapat mengambil pelajaran melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.”(Al Baqarah: 269)

Monday, July 09, 2007

Pesanan As-Syahid Hassan Al-Banna

IMAM Hassan al-Banna dilahirkan pada Oktober 1906 di sebuah desa al-Mahmudiyyah dalam al-Bahriyyah, Iskandariah, Mesir. Beliau berasal dari sebuah perkampungan petani yang terkenal oleh ketaatan ajaran dan nilai Islam. Keluarganya juga ulama yang dihormati. Bapanya, Sheikh Ahmad bin Abdul Rahman al-Banna adalah seorang ulama, imam, guru dan seorang pengarang terkenal. Imam Hassan al-Banna menjadi pemimpin dan pengasas gerakan Ikhwan Muslimin yang dihormati. Melalui kepemimpinan dan didikannya, Ikhwan Muslimin menjadi penggerak kebangkitan semula Islam abad ini. Antara wasiat beliau yang terkenal ialah:
• Apabila mendengar azan, maka bangunlah solat serta-merta walau dalam keadaan apa sekali pun.
Bacalah al-Quran, tatapilah buku ilmu, pergilah ke majlis ilmu, dan amalkan zikrullah serta jangan membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.
Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.
Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekali pun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa kebaikan.
Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah perkara yang sia-sia, malah menyakiti hati orang.
Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang dan janganlah bercakap melainkan yang memberi kebajikan.
Berkenal-kenalan dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
Kewajipan lebih banyak daripada masa yang ada pada kita. Oleh itu, gunakan masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskan pelaksanaannya.

Sunday, July 08, 2007

MENAGISILAH JIKA MENJADI PEMIMPIN.....

Penerimaan kaedah ini bermakna seluruh kepimpinan perlu bersedia bahawa jawatan yang dipegang akan dipertandingkan, dan bersedia untuk menerima keputusan dengan dada terbuka. Umumnya kita menyatakan bahawa kita hanya menawar diri untuk dipilih, bukan mendesak ahli untuk memilih kita. Sifat ini adalah suatu sifat yang sangat terpuji; kerana jawatan bukanlah sesuatu yang menjadi kebanggaan apatah lagi untuk merasa terhormat dengan jawatan yang disandang.
Menyedari bahawa jawatan adalah amanah besar yang terpaksa dipikul di dunia, dan ia terpaksa pula menjawab dihadapan Allah di hari akhirat, maka selayaknya seseorang itu menangis dengan jawatan yang dipegangnya. Bukan menangisi bila ia tidak dipilih; bahkan kalaulah kita menyedari betapa beratnya amanah ini, nescaya kita akan mengucapkan 'terima kasih' kepada sahabat yang tidak memilihnya, kerana mereka telah menolong meringankan kita di hadapan Allah di akhirat.
Mari kita meneliti pesanan Rasulullah s.a.w. kepada Abu Zar al-Ghifari yang datang memohon jawatan kepada Rasulullah s.a.w.;
"Wahai Abu Zar, kamu lemah sedangkan jawatan yang kamu minta ini adalah amanah. Dan dengannya (jawatan) kelak di hari akhirat kamu akan menyesal dan dukacita; melainkan kamu ambil kerana kamu layak memikulnya, dan kamu tunaikan pula amanah itu."
Abu Zar adalah sahabat nabi yang pernah pengsan kerana takutkan Allah, jauh berbeza dengan kita hari ini.
Sabdanya lagi: "Mana-mana pemimpin yang mengkhianati rakyatnya, maka ia di dalam neraka." (Riwayat Tabrani)
Sebenarnya terlalu banyak hadis yang sangat menggerunkan bagi orang yang memikul amanah, namun dikhuatiri akan tiada orang yang sanggup menerima jawatan yang diamanahkan kepadanya, maka memadailah dengan peringatan ini, menyebabkan ia takut untuk menerima jawatan yang diberi.
antara menerima dan menolak amanah memimpin
Lalu ada yang bertanya kalau demikian, apakah kita harus biarkan jawatan disandang oleh orang yang tidak layak untuk menguruskan organisasi parti kita. Kita melihat tidak timbul soal tidak layak, kerana semua pendokong kepimpinan yang ada adalah mereka yang sangat layak memikulnya.
Kita hanya memilih yang terbaik dari yang baik-baik, kerana itu sifat yang ada kepada kita adalah tidak melampau dalam mengharapkan jawatan untuk dimenangi, sehingga sekiranya kita tidak terpilih kita melakukan sesuatu diluar adab berjamaah, sehingga tindakan kita tidak menguntungkan jamaah bahkan menyusahkan jamaah.
Kalau diperingkat awal kita menyatakan 'saya hanya menawar diri', apa makna kalau kita tewas atau tidak dipilih kita rasa kecewa, melarikan diri dari jamaah, mendiamkan diri, mengharapkan dalam hati agar yang menang gagal dan kerjanya, bahkan lebih malang lagi kita mengambil sikap memusuhi pesaing kita.
Pendokong jamaah harus sedar dengan perangkap syaitan dan hawa nafsu yang sangat licik, untuk merosakkan dirinya dan menjauhkannya dari perjuangan Islam. Lantaran itu ucaplah tahniah kepada pesaing kita yang menang dan katakan kepadanya: "Tahniah atas kejayaan anta demi jamaah, dan ana akan bantu anta dalam urusan ini". Kata-kata begini dan seumpamanya akan melemahkan hawa nafsu jahat dan mengecewakan syaitan dari merosakkan kita.
jawatan bukan untuk direbut
Jawatan bukanlah sesuatu yang perlu direbut, tetapi menerima penyelesaian secara syura adalah baik. Sama ada untuk jamaah atau untuk diri penerima jawatan. Kita perlu menyedari bagaimana Baginda Rasulullah s.a.w. mengingatkan kita:
"Sesiapa yang menghendaki jawatan, sedang jamaah tidak meredainya, maka ia tidak akan ditolongi Allah dalam mengatasi masalahnya, dan sesiapa yang menerima jawatan sedang jamaah mengharapkannya, maka Allah akan membantunya dalam segala urusannya." (mafhum dari Hadis rasulullah s.a.w.)
Menerima kaedah syura bermakna redha dengan keputusan yang dibuat oleh jamaah ke atas diri kita, dan tidak dianggap redha seandainya kita meluahkan rasa kecewa di luar majlis itu. Demikian juga adalah malang bagi pimpinan seandainya menyatakan bangkangan kepada apa yang telah diputuskan oleh jamaah. Apa makna berada dalam jamaah seandainya kita tidak boleh redha dengan keputusan jamaah? Lebih malang lagi bilamana kita merasa bahawa kita lebih penting dari jamaah atau merasai jamaah akan lemah kerana tiadanya kita.
tidak boleh lari dari amanah
Menolak sesuatu jawatan yang diamanah juga merupakan suatu yang bertentangan dengan sifat jamaah. Seseorang pendokong jamaah hendaklah meletakkan kepentingan jamaah lebih dari kepentingan dirinya dan keluarganya, kerana itu ia tidak boleh lari dari menerima jawatan yang diamanah kepadanya.
Kita bukan berhadapan dengan budaya merebut jawatan, sebaliknya kita berhadapan dengan sikap ahli yang tidak mahu menerima jawatan. Sikap ini juga tidak membantu jamaah dalam membina kekuatan. Terkadang sikap ahli dan sebahagian pendokong jamaah yang enggan menerima jawatan diamanahkan kepadanya, menyebabkan timbul dua keadaan:
1) Jamaah kehilangan tenaga yang berwibawa, dan keadaan ini melambatkan kejayaan dalam perjuangan Islam.
2) Tindakannya mendedahkan jamaah kepada mehnah, fitnah sama ada akan ada yang menganggap jamaah membelakangkan orang yang dianggap layak; atau ia menjadi golongan yang suka komplen dan kritik kelemahan jamaah. Kerana mereka yang berada diluar padang sangat senang mengkritik pemain yang bermengah-mengah di tengah padang.
Melihat situasi muktamar kawasan, dewan-dewan, dan berakhir dengan muktamar Pusat nanti, maka sikap pendokong jamaah ialah tidak melampau dalam tindakan mengharapkan jawatan; tetapi di masa yang sama tidak melarikan diri dari jawatan seandainya jamaah mengharapkannya dan tiada yang lain darinya. Kerana zalim bukan sahaja meletakkan bebanan kepada yang tidak mampu; sebaliknya memberi kepada yang tidak layak juga adalah zalim./tajdid

Saturday, July 07, 2007

Agungnya Ciptaan Ilahi



Agungnya Ciptaan Ilahi .......

Saujana Hikmah penciptaanNya.

Marilah kita fikir sejenak dengan aqal yang Allah anugerahkan.Apakah kita boleh menjangkau apa yang Allah ciptakan.Mustahilkan....!!Renungilah sebagaimana Allah telah menempelakkan bahawa kita disuruh untuk memikirkan Kebesarannya.Fikirlah pada kebesaran Allah bukan memikir Zat Allah.

Saujana Hikmah PenciptaanNya




Agungnya Ciptaan Ilahi .......


Saujana Hikmah PenciptaanNya.

Tuesday, July 03, 2007

Menyingkap khazanah ilmu


Ilmu Allah Maha Luas.............
Satu kupasan untuk kita menggambarkan betapa ilmu Allah di muka bumi ini sangat luas.Bila mana kita menyebut ttg ilmu ini, satu cerita untuk saya tontonkan pada para sahabat bagaimana kisah Nabi Musa AS dengan Nabi Khidir AS yang mana satu cerita ketika mana mereka menaiki sampan dalam lautan, ketika datang seekor burung yang saya pun taktahu ukuran seekor burung tersebut(mungkin ada yang tahu dalam riwayat yang sohih) bahawa Nabi Khidir telah memberitahu Nabi Musa bahawa seekor burung yang berada di hujung sampan dan terus minum air lautan yang amat luas itu seraya Nabi Khidir menerangkan tentang HIKMAH disebalik air yang diminum itu bahawa itulah ilmu manusia yang sangat-sangat cetek sekali berbanding dengan ilmu ALLah yang Maha Agung..
Dewasa kini, bahkan dunia hari ini mereka seolah-olah berlumba untuk menyingkap atau membongkar mana-mana ilmu yang tidak lagi diketahui oleh manusia untuk tujuan dan niat mereka masing-masing. Bahkan dunia Barat khususnya mencipta satu gagasan "The New World Orde" iaitu sebagai satu pejajahan baru untuk memastikan mana-mana dalam dunia ini tidak kira sempadan agama, bangsa dan negara untuk menjajah dan menguasai supaya bangsa, agama, negara yang selain pada jiwa dan cita rasa yang bertentangan dengan mereka ini akan tunduk dan patuh pada Dunia Barat khususnya AMERIKA SYARIKAT yang dimanipulasi oleh satu "kuasa yang tersembunyi" iaitu gagasan ISRAEL yang dipanggil ZIONIS bertujuan untuk melenyapkan agama ISLAM, bangsa-bangsa selain daripada mereka yang mereka anggap bangsa-bangsa hina...Jelas satu peringatan yang perlu sedar wahai umat-umat Islam bahawa setiap hari umat-umat Islam digigit,dibaham,digonggong,dikecam,dicemuh,dihina dengan sewenang-wenangnnya oleh bangsa Yahudi dan Proksi Amerika yang mempunyai agenda mereka sendiri terhadap hasrat dengki dan kesumat rentetan kekalahan mereka terhadap perang Salib dahulu kala.Maka dengan cara ini mereka beranggapan bahawa merekalah "POLIS DUNIA @ ASKAR KESELAMATAN" menentang kononya di atas tema membanteras penjenayah @ pengganas walhal merekalah SYAITAN yang bertopengkan manusia...Sedarlah wahai saudara umatku.
Bertemu lagi dalam episod berikutnya...

Blog Archive