Saturday, September 15, 2007

Catatan seorang mantan Rais (YDP) BKMIP.......

Assalamualaikum warahmatullhiwabarakatuh.....

Disini, saya ingin menceritakan pengalaman yang ana kira terlalu hebat dan agung dalam kehidupan saya ini. Saya rasa ini bukanlah sesuatu untuk menunjuk-nunjuk, riyak apatah lagi takabbur dengan yang ada tetapi jauh dari sudut itu. Pengalaman yang lalu mengajar erti kedewasaan dan kematangan dalam memacu kehidupan yang akan datang, lebih luas, banyak mehnah dan tribulasi untuk kita menempuhinya.Penulis sebenarnya bukan untuk menyorotkan sesuatu yang terpendam bahan untuk dijadikan perkongsian dan luahan ataupun sesuatu mekanisme yang kita kira boleh dikongsi dan diambil mana-mana yang baik dalam kehidupan ini.
Pada pertengahan pada 5 September 2006 pada tahun lepas, saya telah dicalonkan oleh ahli-ahli BKMIP untuk menampuk pemerintahan BKMIP bagi sesi 2006/2007. Pada asalnya, saya memang tak menyangka dalam percalonan ini. Saya tak berniat langsung dalam jawatan setinggi ini. Ketika itu, saya telah bersaing dengan seorang kawan saya sebagai pesaing dalam jawatan Rais iaitu (YDP) BKMIP...Sebelum seminggu sebelum tu dah,nama saya bakal dicalonkan untuk percalonan nama tersebut, namun saya tak endah sahaja..Saat sahaja 2 hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan Kali 41 (MAT), nama saya memang naik dalam percalonan.Saya memang tak menyangka dengan pecalonan ini.Nak atau tak nak ikutkan sahaja. Saya bukan nak riak untuk menyatakan di sini, jawatan yang setinggi itu, tak langsung untuk saya impikannya. Namun saya terkenang dengan apa yang pernah dikatakan oleh Saidina Umar R.A yang mana telah menyatakan bahawa kata-katanya "Jangan sesekali minta untuk berjawatan, tetapi ingatlah kalau diberi amanah atau jawatan terimalah dengan sebaik-baiknya"..Begitulah mafhumnya..Sebenarnya inilah salah satu sorotan ucapan saya ketikamana ucapan sulung saya dalam MAT yang juga ucapan penangguhan.
Jadi, setelah pilihanraya dilakukan bahawa saya telah memenangi dalam pencalonan tersebut dengan undian sebanyak 100 orang yang mana pesaing saya lebih kurang 76 orang undian. Jauh undian pun tak jauh berbeza pun dengan pesaing saya. Maka tibalah saat-saat pengumuman dibuat maka nama saya diumumkan dan seterusnya dinobatkan sebagai YDP bagi sesi 2006/2007.Saja untuk maklumkan dan nak nyatakan di sini, bahawa tarikh MAT tersebut betul-betul pada ulang tahun pemergian arwah almarhum ayahanda tercinta saya pada tarikh 5/9 itu.Maka hadiahkan al-Fatihah pada arwah al-marhum ayahanda saya sebagai ihtiram dan penghormatan. Moga Rohnya tenang bersemadi bersama para-para auliya', siddiqin, solehin, sahabat2 dan nabi-nabi.
Jadi, saya telah dinobatkan untuk memegang jawatan tersebut.Nak ceritakan satu-satu pengalaman, saya rasa cukuplah saya hanya ceritakan pengalaman secara rambang sahaja. Pada awalnya saya tak percaya nak memegang jawatan ini. Dan saya rasa tak 'reti' macam mana untuk mentadbir BKMIP ke arah pentadbiran dan pengurusan yang baik.Nak kata pengalaman tu, tak tahu sangat, tapi saya cuba untuk mencuba dan banyak meniru kepimpinan yang lama-lama. Kadang-kadang saya ini mengambil nasihat daripada Penasihat saya..Saya bukan menafikan peranan EXCO @ AJKT saya dalam menanyakan pendapat mereka .Kadang-kadang ada juga saya ambil idea mereka dan saya yang membuat keputusan. Ni pentingnya berorganisasi.Promote sedikit!
Sebenarnya dalam mentadbir ini,bukanlah perkara yang mudah rupa-rupanya..Banyak sungguh mehnah, ujian, cubaan, dugaan yang ditempuhi.Dalam saya memegang jawatan ini, saya merupakan "coordinator center", yang mana saya dijadikan pusat tumpuan orang ramai. Saya perlu menjalinkan hubungan baik dengan Sultan Pahang, Kerajaan Negeri Pahang, Yayasan Pahang Malaysia dan Kaherah,Jabatan Agama Islam Pahang, Kedutaan Besar Malysia Kaherah (KBMK), Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK), Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM), (BAKAN-BAKAN )Badan Kebajikan Anak-anak Negeri, Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi (DPM), Persatuan-persatuan yang diiktiraf oleh PMRAM sahaja. Boleh kata saya adalah orang tumpuan orang.Bukan senang dengan jawatan ini. Nama kita ini ada catatan ke pejabat Menteri Besar. Baik dan buruk terletak dalam kepimpinan dan pentadbiran. Ala kulli hal,al-hamdulillah saya berjaya menjalinkan hubungan yang cukup baik dan cemerlang dengan kesemua yang saya sebutkan tadi. Pengalaman saya pernah bermesyuarat dengan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah bahkan bersamanya dengan TYT Datuk Duta. Mesyuarat bersama denga Ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pahang di Hotel Intel Continental di Star City, City Center di Makram Abid. Mesyuarat bersama YDP-YDP BAKAN dan juga Pengerusi-pengerusi DPM. Mesyuarat bersama juga dengan Pembantu Tadbir Pengurusan Yayasan Pahang Kaherah. Satu perkara yang tak dilupakan iaitu berucap ketika Majlis Perasmian Asrama Indera Mahkota, asrama anak-anak Pahang di Hayyu Asyir. Bukan senang seh! Berucap secara langsung dalam majlis dengan rombongan-rombongan Kerajaan Negeri dan dalam dewan terdapat pegawai-pegawai Kedutaan, pegawai-pegawai negeri, isteri-isteri pegawai dan lebih 300 orang pelajar ketika itu.
Sebenarnya dalam mentadbir BKMIP atau dalam pentadbiran ini,kita bukan sahaja yang menempuh dalam 10 orang jenis rupa atau perangai, tetapi ingatlah di sana kita bertempuh hampir 300 orang ahli-ahli yang berbagai-bagai rupa, perangai, tabiat, sifat dan karenah yang bermacam-macam. Pening kepala seh!
Sebenaranya, dalam menjawat jawatan yang tinggi ini bukan sahaja kita bertugas dan bekerja berat-berat sangat, cuma di sini saya ingin saya simpulkan dalam 4 perkara iaitu (FTTJ): Pertama-Seorang Rais atau Ketua perlu Fikir. Fikir ini bermaksud bagaimana untuk merancang pentadbiran, pengurusan dan pentadbiran ke arah yang lebih baik. kadang fikir bagaimana memikir dasar-dasr pentadbiran Tak kurang juga memikir bagaimana mencari penyelesaian dalam kerumitan dan jalan penyelesaiannya. Kedua-Tindak. Bertindak ini mengikut apa yang dirancangkan bukan sewenang-wenangnya dengan mengikut jalan sesuka hati. Sebab itu dalam ayat Al-Quran dinyatakan mafhumnya "Diperintahkan bermusyawwarah dalam urusan". Dan ada ayat lagi dinyatakan Apabila kamu berazam hendaklah kamu berrtawakkal kepada Allah SWT".. Seterusnya Ketiga-Tanggung yang mana setelah memikir dan bertindak dengan apa yang dirancang setelah membuat keputusan. Keempat-Jawab. Di sini kita akan dipertanggungjawabkan oleh ahli-ahli kita yang mana perkara-perkara yang telah kita laksanakan dan usahakan. Sebenarnya itu, bahawa kita dengan ahli sahaja. Bagaimana kita berhadapan dengan Tuhan Rabbul Jalil di Hari Akhirat kelak nanti. Perkara itu, kita boleh bandingkan dan umpamakan di sini lagi. Sorotan dakwah sedikit...
Sebenarnya pengalaman saya menjadi Rais ini terlalu besar, agung dan hebat sekali. Susah nak diceritakan.Banyak lagi. Kadang-kadang itu adalah ilmu yang ilmu yang tidak ada dalam muqarrar pelajaran bahkan ada dalam pengalaman yang manis, baik, suka, duka, hiba dan macama-macam lagi. Pengalaman yang menyeronokkan sekali juga iaitu kami di barisan kepiminan atau dalam dalam bahasa arabnya dipanggi "ruasa" yang mana kami pergi jaulah dan mandi pantai di Alexandaria (Iskandariah)dan Matruh. Dua kali kami berjaulah dengan makan-makan angin.Bukan makan angin secara kosong jer, sebenarnya itu adalah method Liqa' Usrah kami cumanya dalam figure jaulah mandi pantai.
Sebenarnya, saya ada cerita sedih juga untuk dinyakatan di sini, tatapi saya ni suka untuk berkongsi pengalaman yang manis sahaja kerana mudah-mudahan orang akan tertarik dengan cerita dan pengalaman saya ini.Sekurang-kurangnya orang yang menilai cerita ini sebagai satu penilaian untuk dijadikan pedoman mudah-mudahan dijadikan sebagai anjakan paradigma yang dikongsi bersama untuk diaplikasikannya dalam kehidupan kita ini sebagai satu jambatan luas untuk kita menghubungkan jalanan kehidupan yang penuh berliku ini tak kira kita dalam proksi dan jawatan apa sekali pun. Yang penting kita adalah HAMBA ALLAH atau KHALIFAH yang dipertanggungjawabkan dalam pengaturan kehidupan ini dalam taabud dan tunduk kita sebagai hambanyNYA dan tidak tahu kita akan bertemuNYA pada bila-bila masa, waktu, saat, ketika dan tempat. Jadi selepas setahun itu juga, yag mana genap juga saya mentadbir BKMIP ini, maka pada tanggal 5/9/2007 juga adalah tarikh keramat dalam kehidupan ini yang mana jawatan saya sebagai YDP BKMIP digugurkan untuk memberi kepada pemerintahan yang baru pula. Cukuplah satu penggal dalam satu tahun. Ada juga pernah dalam BKMIP ni, YDP pernah memikul 2 tahun (2 penggal) dalam pentadbiannya..
Saya kira cukuplah setakat ini, mungkin dalam warkah ini dimuatkan padanya cerita-cerita, pengalaman-pengalaman, sinopsis-sinopsis, ilmu-ilmu dan dakwah. InsyaAllah ada masa dan umur yang panjang kita berjumpa lagi dalam sesi penulisan yang akan datang…Tunggu dan saksikan sahaja…Wallahua’lam..
Yang baik adalah datang dari Allah SWT dan yang buruk itu adalah dari Syaitan yang direjam dan saya memohon Perlindungan kepada Allah daipada segala keburukan..Semoga berjaya!!!Jumpa lagi................

Blog Archive