Thursday, April 28, 2011

KRONOLOGI PAS

Kejayaan cemerlang PAS dalam pilihan raya umum ke-12 pada 2008 telah meletakkan PAS sebagai sebuah parti pembangkang utama yang dilihat oleh rakyat berupaya mengambil alih pemerintahan negara. Semenjak 1990, PAS telah melangkah maju daripada sebuah parti pembangkang yang dianggap ‘ekstrem’ menjadi sebuah parti pemerintah yang moderat dalam melaksanakan cita-cita Islamnya bermula di Kelantan semenjak 1990, kemudian ke Terengganu pada 1999 hingga 2004, dan kini PAS mendapat kepercayaan rakyat di Kedah, Perak dan Selangor. Di Parlimen juga, PAS telah bangkit dan menguasai 10 peratus daripada kerusi Parlimen atau 25 peratus daripada keseluruhan kerusi pembangkang. Perkembangan ini meletakkan PAS dalam perhatian peminat politik, pengkaji dan juga penyelidik.

Sebenarnya, kemunculan PAS dalam sejarah politik tanah air telah bermula semenjak 23 Ogos 1951 apabila para ulamak yang bersidang di Kuala Lumpur bersetuju menubuhkan sebuah persatuan yang dinamakan Persatuan Ulamak Se-Malaya. Nama persatuan ini kemudiannya diubah menjadi Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) pada 24 November 1951, dalam satu
persidangan ulamak Malaya di Bagan Tuan Kecil (Butterworth), Seberang Prai. Itulah sekelumit permulaan sejarah PAS yang diasaskan oleh para ulamak yang kemudiannya berkembang menjadi sebuah pertubuhan politico-dakwah yang penting di negara ini. Penglibatan dan sumbangan PAS dala politik negara bermula sebaik sahaja ia ditubuhkan walaupun ramai pengkaji mengatakan PAS hanya menyertai politik menjelang pilihan raya 1955.

Kemunculan PAS ini dikatakan hasil daripada silang pengaruh yang berlaku antara beberapa gerakan Islam yang lebih awal seperti Ikhwanul Muslimun di Mesir, Masyumi di Indonesia dan Jamaat Islami di Pakistan. Ketiga-tiga pengaruh ini telah menyerap masuk ke Tanah Melayu melalui para ulamak yang belajar di Mesir, Mekah, India dan Indonesia. Ksedaran yang awal ialah para ulamak atau umat Islam memerlukan sebuah pertubuhan atau badan yang boleh mewakili mereka dalam semua aspek kehidupan terutama dalam keadaan Tanah Melayu sedang dijajah oleh British ketika itu. Longgokan ksedaran ini kemudiannya menghasilkan Majlis Tertinggi Agama Malaya (MATA) pada 1947 diikuti oleh Hizbul Muslimin pada 1948 kesan daripada usaha gigih Dr Burhanuddin al-Helmy dan Ustaz Abu Bakar al-Baqir. Walau bagaimanapun, gerakan Islam yang berpusat di Gunung Semanggol ini terkubur ekoran penguatkuasaan Ordinan Darurat pada Jun 1948.

Para ulamak mengambil beberapa sikap selepas tragedi darurat ini. Ada yang ’tawakuf’ daripada politik kepartian tetapi menggerakkan kesedaran rakyat melalui institusi pendidikan atau media massa. Dalam fraksi yang lain, para ulamak telah mengambil sikap untuk menyertai parti nasionalis Umno bagi membolehkan isu-isu umat Islam diperkatakan. Beberapa tokoh Hizbul Muslimin seperti Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan, seorang lepasan Maahad Il Ihya Assyariff, Gunung Semanggol telah menyertai Umno pada 1950 dan dilantik mengetuai Bahagian Agama dan Pelajaran Umno. Bahagian ini kemudiannya mengaturkan beberapa persidangan untuk membolehkan ulamak menubuhkankan persatuan. Dalam tulisannya, ”Ulamak Malaya Belum Bersatu dan Belum Punya Persatuan”, Haji Ahmad Fuad menyifatkan kedudukan ulamak ketika itu umpama sampah yang tidak dihargai kerana tiada kekuatan. Lebih-lebih lagi ketika itu ulamak telah muak dengan sikap Umno yang mengabaikan isu pemurtadan Natrah, pengajuran judi loteri, fun fair, kaberat dan lain-lain. Dalam satu persidangan ulamak yang dipimpin oleh Sheikh Abdullah Fahim, Mufti Pulau Pinang di Seberang Perai pada 1951, mereka telah mengeluarkan fatwa mengharamkan judi loteri anjuran Umno.

Dalam konflik pelbagai yang dihadapi oleh para ulamak dan situasi politik semasa yang masih tidak menuju kepada jalan Allah itu, maka para ulamak membuat pendirian untuk menubuhkan PAS. Haji Ahmad Badawi, seorang ulamak di Seberang Perai telah mengeluarkan satu manifesto yang dinamakan ’Manifesto al-Badawi’ dengan tema ”Ulamak ke Jalan Allah” bagi menyambut persidangan untuk menubuhkan PAS pada 24 November 1951. Mereka memutuskan supaya PAS menjadi sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan melalui landasan demokrasi ke arah membentuk sebuah negara yang diredhai Alah. Para ulamak menolak bentukbentuk perjuangan yang diasaskan berdasarkan ideologi ciptaan manusia yang dibawa masuk oleh penjajah.

Semenjak itulah, PAS muncul sebagai sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan negara, kemudian menyertai pilihan raya demi pilihan raya. PAS juga menggunakan pelbagai saluran untuk menyampaikan mesej dakwahnya termasuk membentuk beberapa kerjasama politik dengan orang bukan Islam semenjak 1953. Di bawah kepemimpin Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan dan Dr Haji Abbas Alias, PAS bercakap soal kemerdekaan yang boleh ditegakkan hukum Islam. PAS menolak kerakyatan jus soli yang merugikan peribumi dan PAS mendesak supaya Islam dijadikan dasar negara yang merdeka. Apabila Dr Burhanuddin al-Helmy mengambil alih kepemimpinan PAS pada akhir 1956, PAS mula memperincikan sikapnya terhadap kemerdekaan yang hendak dicapai yang dianggap ’masih kosong’ dari
matlamat sebenar kerana mengabaikan kebangsaan Melayu dan ketuanan Islam1. Hal ini tergambar daripada hasrat Dr Burhanuddin,

”Dalam perjuangan kita (PAS) bagi mencapai kemerdekaan, kita telah dan terusmenerus memperjuangkan Melayu itu sebagai kebangsaan bagi negara Tanah Melayu ini dengan bertapak di atas asas ideologi Islam yang maha suci”2.

Penyertaan PAS dalam pilihan raya 1959 telah memberikan kejayaan besar apabila Terengganu dan Kelantan berjaya dikuasai. PAS membentuk kerajaan yang dipimpin oleh Mohd Daud Abdul Samad di Terengganu dan Ustaz Ishak Lotfi Omar di Kelantan sebagai Menteri Besar. PAS memulakan langkah sebagai kerajaan di dua negeri Pantai Timur untuk menterjemahkan ideologi perjuangannya yang berasaskan al-Quran dan Sunnah. Namun begitu, kerajaan PAS di Terengganu telah dijatuhkan pada Oktober 1961 hasil permainan politik kotor Perikatan. Di Kelantan, PAS berjaya bertahan sehingga BN mendaruratkan Kelantan pada akhir 1977. Dalam konteks ini, PAS-lah satu-satunya pembangkang yang diberikan kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah kerajaan negeri di negara ini.

Selepas kejatuhan Terengganu pada hujung 1961, PAS mulai menerima tekanan-tekanan politik seperti penyalahgunaan ISA, penahanan Dr Burhanuddin al-Helmy diikuti oleh sekatan politik, keganasan Pemuda Tahan Lasak Umno dan beberapa siri pembunuhan politik. Perjuangan PAS untuk memartabatkan kebangsaan Melayu Raya berasaskan Islam telah dijadikan kambing hitam dalam Konfrantasi Indonesia pada 1963. PAS menolak pembentukan Malaysia kerana mahukan sebuah negara Melayu yang lebih besar meliputi seluruh alam Melayu dibentuk. Dalam masa yang sama Umno mencanangkan isu-isu perkauman yang akhirnya membawa kepada beberapa siri perbalahan kaum di Pulau Pinang, Perak dan Singapura antara 1964 hingga 1969, dan kemuncaknnya tercetus Tragedi 13 Mei 1969 yang mengubah landskap politik negara. Selepas tragedi ini, Datuk Mohd Asri Muda yang memangku jawatan Yang Dipertua Agung PAS semenjak 1965 telah dilantik sebagai Yang Dipertua Agung PAS pada 1971.

PAS memasuki era baru dalam politik negara apabila PAS mula meneroka kerjasama dengan Umno bagi menjamin kestabilan politik negara, mengekalkan ketuanan Melayu dan menyerapkan Islam dalam pemerintahan. PAS menyertai beberapa parti lain telah membentuk Kerajaan Campuran PAS-Perikatan pada 1973, kemudian sama-sama mengasaskan Barisan Nasional (BN) pada 1974. BN mencapai kejayaan besar dalam pilihan raya 1974 dan PAS sendiri telah berjaya menembusi ruang-ruang yang baru sehingga membolehkan Islam di sampaikan ke corong telinga rakyat dengan lebih berkesan. Walau bagaimanapun, keterbukaan PAS dalam membentuk kestabilan politik negara telah disalahgunakan oleh musuh-musuh politiknya dengan melaga-lagakan pimpinan PAS sehingga terjadi krisis politik Kelantan pada 1977. Akibatnya, PAS telah menolak Akta Darurat (Kelantan) 1977 yang menyebabkan PAS bukan sahaja disingkirkan dari BN, tetapi turut kehilangan Kelantan.

Setelah melalui tempoh yang mencabar antara 1978 hingga 1982 di mana PAS terpaksa berhadapan dengan perpecahan, kehilangan kuasa pemerintahan, tekanan ISA dan krisis kepemimpinan, akhirnya PAS telah mengasaskan kepemimpinan ulamak pada Oktober 1982. Tuan Haji Yusof Rawa telah diangkat untuk memimpin PAS bagi menggantikan Datuk Mohd Asri yang meletakkan jawatan. Permulaan era kepemimpinan ulamak memperlihatkan PAS kembali kepada asas perjuangannya untuk mendaulatkan Islam dan memberikan penekanan terhadap kwajipan tersebut. Gerakan dakwah PAS berkembang dengan lebih tersusun melalui pendekatan haraki dan dalam masa yang sama PAS terus membina jambatan dakwah dengan non-Muslim sehingga terbentuk Majlis Perundingan Cina (CCC). Di sudut yang lain, pendekatan PAS telah disambut oleh kerajaan dengan melaksanakan juzuk tertentu daripada Islam seperti Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam, Dasar Bersih, Cekap dan Amanah serta penubuhan Bank Islam, Universiti Islam Antarabangsa dan lain-lain.

Paling mencabar pada era kepemimpinan ulamak ialah beberapa siri penyalahgunaan ISA yang berlaku pada 1984, 1987 dan 1989, ketimbang dengan desakan PAS untuk diadakan Debat Terbuka PAS-Umno pada 1984. Dalam kemelut ini, tercetus pula tragedi Memali pada November 1985 yang mengorbankan 14 orang ahli PAS. Tetapi, pada 1987, Umno pula menghadapi krisis kepemimpinan sehingga parti tersebut diharamkan. Yang Dipertua Agung PAS, Ustaz Fadzil Mohd Noor memanfaatkan kesempatan ini dengan mewujudkan kerjasama politik dengan serpihan Umno, Semangat 46 yang membolehkan PAS berkuasa semula di Kelantan. Ketua Dewan Ulamak PAS (kemudian Mursyidul Am PAS), Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat diberikan kepercayaan untuk memimpin kerajaan Kelantan semenjak 1990. Dengan dasar ’Membangun Bersama Islam’, PAS berjaya melaksanakan tanggungjawabnya untuk menegakkan hukum Allah yang berada dalam bidang kuasana.

Pada 1996, PAS mula berkrisis dengan Parti Melayu Semangat 46 (PMS46) yang menyebabkan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang dibentuk pada 1989 berpecah. Dua tahun kemudian, Umno sekali lagi menghadapi perpecahan ekoran pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyebabkan wujudnya gerakan Reformasi. PAS telah memimpin Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK) bagi menuntut keadilan kepada rakyat, kemudian menubuhkan Barisan Alternatif (BA) pada 1999. Melalui BA, PAS berjaya merampas semula Terengganu. Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang diamanahkan untuk mengetuai kerajaan Terengganu sehingga 2004. Selepas pencapaian lemah PAS pada 2004 kerana momentum Perdana Menteri baru, PAS bangkit semula pada 2008 dengan mengetuai tiga kerajaan negeri dan turut serta dalam kerajaan di Selangor. Kini, PAS dilihat sebagai pencabar utama Umno dalam menguasai politik orang Melayu Islam.

Sepanjang tempoh 1951-2008 ini, PAS telah dipimpin oleh tujuh orang Yang Dipertua Agung/Presiden iaitu Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan (1951-1953), Dr Haji Abbas Alias (1953-1956), Profesor Dr Burhanuddin al-Helmy (1956-1969), Datuk Mohd Asri Muda (1969-1982), Tuan Haji Yusof Rawa (1982-1988), Dato’ Fadzil Mohd Noor (1988-2002) dan Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (2002 hingga sekarang). Para pengkaji yang menganalisis perkembangan PAS ini mengatakan PAS telah mengalami empat jenis kepemimpinan iaitu kepemimpinan ulamak tradisi (1951-1956), kepemimpinan nasionalis kiri (1956-1969), kepemimpinan nasionalis kanan (1969-1982) dan kepemimpinan ulamak haraki (1982-sekarang)3. Dalam pada itu juga, mereka mengatakan PAS telah melalui empat tahap perkembangan iaitu tahap kemunculan (1951-1959), tahap kebangkitan (1959-1973), tahap kemuncak (1973-1977), tahap kejatuhan (1977-1990) dan tahap kebangkitan semula (1990-sekarang)4. Dari sudut pembinaan ideologi perjuangan PAS, dikatakan berlaku tiga fasa iaitu fasa penubuhan dan pembentukan ideologi (1951-1958), fasa pencernaan ideologi (1958-1982) dan fasa pengukuhan idelogi (1982-1995)5.


1 Burhanuddin al-Helmy (1957), Panduan Jiwa Pergerakan, dlm. Suara Islam, Thn. 2, Bil. 1, Disember.
2 Burhanuddin al-Helmy (1960), Sambutan Kemerdekaan Kali Ketiga, Utusan Melayu, 31 Ogos.
3 Mohd Fadli Ghani (2003), Dewan Pemuda PAS: Suatu Kajian Terhadap Tahap-tahap Perkembangan Organisasi
Dalam Era Bertindak, 1975-2003, Tesis Sarjana Sastera, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi UKM, h. 27.
4 Wan Abdul Rahman Latif (1992), Parti-parti Politik di Malaysia: Asas Perjuangan dan Penerimaan Masyarakat,
dlm. Dunia Islam, Feb., h. 35.
5 Zambry Abd Kadir (1995), Religion and Politics: The Search for Political Legitimacy of The Pan-Islamic Party of
Malaysia, Tesis PhD, Temple University, h. 25-28.
Selepas >
LAST_UPDATED2

Monday, April 25, 2011

rasuah

Malaysia menuju negara kleptokratis?
Muhammad Nuruddin Bashah

Mungkin besar peratusannya Negara kita sudah menjengah ke tahap negara kleptokratis sebagaimana ungkapan yang ditulisan oleh Prof Madya Dr Syed Farid Alatas sebagai pengantar buku Rasuah, Sifat Sebab dan Fungsi karya Syed Hussain Alatas. Istilah kleptokratis dipopularkan oleh Stanislav Andreski (1970) dalam menghurai ciri-ciri negara yang sarat dengan aktiviti dan budaya hidup rasuah serta nepotisme.

Antara yang jelas bagi sesebuah negara kleptokratis adalah sebarang pertolongan dan bantuan diasaskan atas nama wang, ganjaran dan hadiah. Malah sebenarnya negara tersebut bukan menjunjung aspirasi dan tradisi perintah demokrasi, sebaliknya segala sudut dan sendi masyarakat digenggam oleh sekelompok oligarkis baik daripada peringkat kabinet, legeislatif, pendidikan, hiburan dan sukan. Malah komuniti kampung seumpama JKKK pun mampu dihinggapi oleh wabak oligarki. Ada banyak kampung di negara ini yang tidak membawa cara tadbir demokrasi sebaliknya keputusan dan pekuang ditentukan oleh kelompok oligarki yang bermaharajalela walaupun hanya di peringkat kampung.

Apa maknanya oligarki dalam sesebuah negara? Negara atau masyarakat yang sarat dengan budaya oligarki akan dikuasai oleh segelintir kleptokrat egoistik yang elit, berharta, berpengaruh serta sentiasa mengambil kesempatan atas pihak yang lemah.

Secara umum rasuah di negara ini boleh diketogarikan sebagai rasuah egoistik dan rasuah solidaristik. Rasuah egoistik banyak menjangkiti para pemodal, golongan kaya, produser, ahli korperat yang memperkudakan golongan politik, pemimpin dan perlaksana seumpama jurutera, arkitek mahupun guru dan doktor. Manakala rasuah solidaristik cukup banyak mengasai para menteri, ahli parlimen amlah sehingga ke peringkat ketua kampung yang membantu sanak saudara melalui pintu belakang atas nama membantu keluarga, membantu bangsa atau lebih jelek melegitimasikan rasuah atas nama bumiputera.

Budaya pentadbiran dan kehidupan di malaysia kini cukup menyuburkan budaya rasuah defensif di mana rakyat, ahli perniagaan, kontraktor mahupun artis terpaksa menyediakan sogokan untuk menerima habuan tender, projek, peluang untuk ke hadapan. Ia berasal dari gejala rasuah pemerasan extortive corruption yang diamalkan oleh para oligarki. Oligarki ini tidak mengenal apa itu demokrasi, pengagihan kekayaan dan kesaksamaan peluang sesama rakyat. Yang ada di fikiran mereka adalah bagaimana mengaut keuntungan ke atas bakat dan upaya pihak lain dengan menapis (mark up) wang dan ganjaran sebelum meluluskan peluang kepada pihak yang diperas. Kaibatnya golongan berbakat, golongan peniaga dan sebagainya terpaksa menyuburkan budaya rasuah defensi untuk hidup di muka bumi ini. Bukankah ia tetap rasuah?

Rasulullah bersabda; “Allah melaknat pemberi rasuah dan penerimanya” (Riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah). Di Malaysia masih ramai para Haji dan Hajjah yang ingin mengaut projek tertentu memulai projek dengan merasuah dahulu semata-mata untuk medapat perhatian dato’ dato’ tertentu walauapun projek tersebut melakukan pekerjaan halal seperti projek menyediakan makanan dan sebagainya.

Akhbar Sinaar Harian 18 April 2011 mungkin melakukan kelainan kerana memaparkan satu temubual dengan beberapa artis Malaysia berkenaan rasuah dan sogokan yang berlaku di kalangan artis, produser dan pengarah. Datuk Aziz satar yang berpengalaman luas mengakui gejala rasuah berlaku dalam dunia artis dan hiburan. Pekaon Abby Abadi pula mengaakui pernah mendengar desas desus adanya artis wanita menjual tubuh untuk mendapat peluang berlakon, menerbit album dan sebagainya. Manakala jawapan Presiden Persatuan Sutradara Malaysia, Mat London mungkin mengecewakan kerana beliau menganggap layanan dan siap mesra artis terentu terhadap penerbit dan pengarah bukan bermakna rasuah sebaliknya digelar ‘bijak mencari peluang’. Yang menjadi perhatian di sini adakah cara pencarian peluang tersebut mengikutia syarak? Tidak mendedah aurat, tidak melayani seperti pasangan sah dan sebagainya. Kerosakan akhlak para artis atas nama mencari peluang atau atas nama ‘mencari rezeki halal’ tidak bermakna dan ia adalah fasad.

Dalam akhbar yang sama Dr Ridhuan Tee mungkin jelas menyelar golongan yang menjadi punca rasuah iaitu golongan perasuah extortive yang menyebabkan beberapa anggota Kastam dan penjawat awam negara ini terpaksa menerima rasuah untuk melakukan perkara menyalahi undang-undang. Semua penjawat awam sedar implikasi rasuah yang merosakkan negara. Tetapi mengapa masih ada pihak menerima rasuah? Jika diteliti lagi jelas ia menjadi lumra dan kebiasaan akibat rasuah-rasuah mega yang dilakukan oleh para pemimpin masih banyak tidak dibongkar dan diselesaikan.

Firman Allah dalam An Nisa’ ayat 135, Wahai orang-orang Yang beriman! hendaklah kamu menjadi orang-orang Yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi Yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui Dengan mendalam akan apa Yang kamu lakukan.

Allah jelas melarang kita membezakan golongan yang patut diberikan penyaksian atau memilih pangkat dan keturunan. Jika rasuah wujud di kalangan rakyat ikan bilis sehinggalah golongan oligarki yang besar umpa jerung tetap perlu disiasat dan diberi penyaksian atas rasuah mereka.

Menurut Ramli Abdul Samad aliran pendapatan negara sepanjang 10 tahun lalu menunjukkan bahawa hampir 34% daripada 1.3 juta pekerja memperolehi kurang RM700 sebulan sedangkan garis kemiskinan adalah RM720 sebulan. Sementara itu negara dengan jumlah penduduk seramai 27 juta orang telah berjaya menghasilkan seramai 22 orang bilioner. Peruntukan sebanyak RM52 bilion selama beberapa Pelan Rancangan Malaysia sebelum ini untuk ekuiti orang Melayu telah hangus atas angin dan menjadikan orang Melayu masih memegang lebih kurang 2-3% ekuiti. Jika tidak impian kerajaan melihat ekuiti orang Melayu sebanyak 30% sudah tercapai. Ketirisan wang sebanyak RM28 bilion berlaku setiap tahun.

Lebih sedih ada yang beralasan, biarkan ketirisan wang berlaku bukankah yang mendapat habuan adalah golongan rakyat negara ini yang bakal membayar cukai kepada kerajaan dan negara? Bukankah faedahya akan kembali kepada rakyat?

Persoalannya tujuan wang dilabur dan disalurkan melalui projek-projek tertentu adalah untuk merealisasikan matlamat dan mencapat KPI tinggi keberhasilannya dan bukan sekadar indah di kertas kerja sahaja. Jika alasan faedah cukai kembali ke negara digunakan tidak pelrulah projek-projek indah dilaksanakan atas nama kebajikan kepada rakyat. Salurkan terus kepada si oligarki penagih wang tertentu. Lagipun, wang yang tiris ke tangan penagih rasuah selalunya disimpan ke bank luar negara yang menyebabkan kurangkan faedah kembali ke dalam negara.

Tidak hairan jika Prof Datuk Hassan Ahmad pernah berkata dalam makalah tetapnya dalam Dewan Masyarakat, orang Malaysia yang sebenarnya miskin dan papa bukannya rakyat bawahan yang cukup makan dan pakai. Sebaliknya golongan jutawaan yang papa kedana kerana seringkali menagih perhatian pemimpin tertentu untuk hidup dan mendapat kemewahan hidup. Inilah golongan miskin sebenar negara kita.

Muhammad Nuruddin Bashah

Ketua Penerangan DPPK Gopeng 2011

Sunday, April 24, 2011

PANTUN BERKASIH-KASIHAN

Dari dulu sampai sekarang
Arus deras ke melaka
Dari dulu sampai sekarang
hatiku tidak berdua tiga


Anak gadis membanting kain,
kain pelekat dalam peti
Niat tidak pada yang lain,
kirah terikat dalam hati


Terang bulan bintang beredar,
anak gagak jatuh di kali.
Cintakan kirah rasa tak sabar,
rasakan lurut jantung dan hati.


Beras putih dimakan merpati,
bilik kecil ampaian kain.
kirah seorang pelita hati,
tidak berpaling pada yang lain

Wednesday, April 20, 2011

regim mubarak

2011/4/19 الساعة 20:43 بتوقيت مكّة المكرّمة



القاهرة (رويترز) - قال تقرير صدر يوم الثلاثاء بشأن الاحتجاجات التي أسقطت الرئيس المصري السابق حسني مبارك ان 864 محتجا على الاقل قتلتهم الشرطة وبلطجية أستأجرهم مسؤولون في الحزب الوطني
الديمقراطي الذي كان يحكم البلاد.

وقال التقرير الذي وضعته لجنة تحقيق وتقصي حقائق رسمية ان 6467 ناشطا اخرين أصيبوا خلال الاحتجاجات التي بدأت يوم 25 يناير كانون الثاني واستمرت 18 يوما.

وألقت السلطات القبض على وزير الداخلية السابق حبيب العادلي وعدد من كبار مساعديه وضباط أقل رتبة بتهم تشمل قتل محتجين مع سبق الاصرار والترصد والشروع في قتل اخرين.

وألقي القبض على مسؤولين سابقين في واقعة قيام راكبي جمال وخيول باقتحام ميدان التحرير في وسط العاصمة لطرد ألوف المحتجين منه فيما يعرف اعلاميا بموقعة الجمل.

وقال التقرير ان وزارة الداخلية أبلغت اللجنة بأن عدد القتلى من ضباطها وجنودها بلغ 26 خلال فترة الاحتجاجات.

وأضاف أن 149 سجينا قتلوا وأصيب 263 اخرون خلال فتح سجون لتهريب نزلائها أو تمرد نزلاء بقصد الهروب وسط حالة انفلات أمني تلت المواجهات بين الشرطة والمتظاهرين خلال الايام الثلاثة الاولى من الاحتجاجات.

وتابع أن أربعة من حراس السجون قتلوا وأصيب 3 اخرون.

وهرب ألوف المساجين خلال الاحتجاجات من بينهم فلسطينيون ولبنانيون.

وقتل وأصيب محتجون دهسا بسيارات دبلوماسية تم الابلاغ عن سرقتها وبمصفحات تابعة للشرطة.

كما قتل وأصيب محتجون برصاص قناصة من رجال الشرطة وبلطجية كما جاء في التقرير.

وقال التقرير "تبين للجنة أن رجال الشرطة أطلقوا أعيرة مطاطية و ( طلقات) خرطوش وذخيرة حية في مواجهة المتظاهرين أو بالقنص من أسطح المباني المطلة على ميدان التحرير خاصة من مبنى وزارة الداخلية ومن فوق فندق النيل هيلتون ومن فوق مبنى الجامعة الامريكية."

وأضاف أن الرصاص والرصاص المطاطي الذي أصاب الضحايا وجه في الغالب الى "الرأس والرقبة والصدر" على خلاف التعليمات الامنية باطلاق النار على الارجل وقت الضرورة.

وسقط الضحايا في القاهرة ومدن أخرى في أنحاء البلاد.

وقال التقرير "أصابت الطلقات النارية والخرطوش التي أطلقتها الشرطة أشخاصا كانوا يتابعون الاحداث من شرفات ونوافذ منازلهم المواجهة لاقسام الشرطة.

"غالبا كان ذلك بسبب اطلاق النار عشوائيا أو لمنعهم من تصوير ما يحدث من اعتداءات على الاشخاص."

وصدر هذا الاسبوع حكم نهائي من المحكمة الادارية العليا بحل الحزب الوطني الديمقراطي الذي كان يرأسه مبارك الذي ظل يحكم البلاد 30 عاما.

وحمل التقرير مبارك المسؤولية عن قتل المتظاهرين والشروع في قتلهم دون ذكره بالاسم.

وقال ان أحد من أستعانت اللجنة برأيهم من قادة الشرطة القدامي قال ان استعمال الاسلحة النارية لا يكون الا بناء على أمر صادر من وزير الداخلية وان الوزير يتعين عليه "اخطار القيادة السياسية (رئيس الدولة) واذا استمرت الشرطة في استعمال الاسلحة النارية لاكثر من يوم فلا بد أن تكون القيادة السياسية على علم بذلك."

وقال التقرير ان القوات المسلحة لم ترد على استعلام بشأن الاجراءات التي اتخذت ازاء بعض المشاركين في موقعة الجمل ممن سلموا اليها.

وجاء في التقرير "تمكن المتظاهرون من التحفظ على بعض راكبي الجمال ومن المندسين بينهم من مؤيدي النظام السابق... وتبين من الاطلاع على هوياتهم الشخصية أنهم من رجال الشرطة بالزى المدني ومن المنتمين للحزب الوطني وتم تسليمهم للقوات المسلحة لاتخاذ الاجراءات القانونية حيالهم.

"وقد خاطبت اللجنة القوات المسلحة للاستعلام عن هوياتهم وعن الاجراءات التي اتخذت قبلهم ولم تستقبل اللجنة ردا."

ولم يتسن على الفور الاتصال بالقوات المسلحة للحصول على تعليق.

ويدير المجلس الاعلى للقوات المسلحة شؤون البلاد منذ تخلي مبارك عن رئاسة البلاد يوم 11 فبراير شباط. ويقول المجلس انه يدير البلاد لفترة انتقالية يمكن أن تنتهي بنهاية العام.

Monday, April 18, 2011

20 April 2011 : Selamat Hari Lahir kepada Nabi Muhammad SAW... (sekadar satu kajian)
by Faiz Mat Zaid on Monday, 18 April 2011 at 07:07

Assalamualaikum w.b.r.t…



Nota kedua menyusul kerana saya rasa ingin berkongsi dengan semua berkenaan dengan satu tarikh yang bakal menjelma iaitu 20 April 2011… memang secara umumnya jika dilihat tarikh tersebut tidaklah mempunyai apa-apa keistimewaan… akan tetapi berdasarkan ‘post’ salah seorang sahabat saya,



rujukan : http://www.facebook.com/photo.php?fbid=213432452017048&set=a.211408198886140.63494.100000508851984&type=1&ref=nf



Telah disebutkan di dalam ‘post’ tersebut bahawa Mufti Mesir, Syeikh Ali Jumaah telah mencadangkan kepada Syeikh Usamah untuk menganjakkan majlis penutup kitab Syamail Muhammadiyyah di Masjid Al-Azhar, Kaherah kepada hari Rabu bertarikh 20 April 2011 bersamaan 17 Jumadil Awwal 1432 atas munasabah 20 April adalah tarikh kelahiran Nabi Muhammad mengikut taqwim Masihi…



Hal ini telah menarik minat saya untuk mengetahui pada tahun ke berapa Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW lahir berdasarkan taqwim Masihi… setelah kira-kira dibuat menggunakan ‘Converter’ maka terhasillah digit-digit keramat tarikh kelahiran Nabi Muhammad SAW seperti yang anda dapat lihat dalam sisipan gambar di bawah…



Dimaklumi semua, Nabi Muhammad telah berdakwah di Mekah selama 13 tahun dan di Madinah selama 10 tahun. Dilantik menjadi Nabi ketika baginda berusia 40 tahun… Hijrah Nabi ke bumi berkat Madinah menjadi titik ukuran kepada permulaan tahun Hijriyyah… ketika kira-kira dilakukan menunjukkan tarikh 9 Rabi’ul Awwal -53 Hijriyyah bersamaan 20 April 571 Masihi… 40 tahun usia baginda ketika diangkat menjadi Rasul ditambah 13 tahun baginda menyeru kepada Islam di Mekah menjadikan jumlah 53 tahun itu tepat pada kiraannya…



Berkaitan 9 Rabi’ul Awwal pula, sememangnya berlaku perbincangan di antara ulama-ulama Islam tentang tarikh sebenar kelahiran Nabi Muhammad SAW… ada yang berpendapat pada 9 Rabi’ul Awwal dan ada yang berpendapat pada 12 Rabi’ul Awwal… tidak perlulah kita pertikaikan perbincangan tersebut… Jadi benarlah kalau kita lihat pada ‘Converter’ tersebut juga menunjukkan kepada 9 Rabi’ul Awwal… menyokong pendapat yang mengatakan Nabi lahir pada tarikh tersebut…



Apa yang ingin saya kongsikan disini, bukankah lebih baik kita bergembira dengan hari kelahiran Nabi Muhammad SAW… kalau kita biasa menyambut kelahiran teman-teman, kekasih, adik beradik, ibu bapa dan lain-lain dua kali setahun… iaitu sekali untuk taqwim Masihi dan sekali untuk taqwim Hijri, apalah salahnya kita menyambut dengan gembiranya hari lahir manusia yang paling mulia di sisi Allah SWT untuk taqwim Masihi juga…



Kesimpulannya, ‘Converter’ tersebut tidaklah semestinya tepat pada kiraannya kerana ia juga dicipta oleh manusia. Sekadar membantu dalam proses mencongak. Cuma apa yang kita boleh lihat adalah seperti yang dipaparkan pada gambar tersebut… percaya atau tidak itu terpulang kepada masing-masing…



Akhirnya, sediakan lah selaut hadiah selawat untuk Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW pada ulang tahun kelahiran baginda nanti… Bahkan sehari-harian kita juga Allah telah jadualkan memberi ‘hadiah’ selawat iaitu di dalam bacaan Tahiyyat awal dan akhir… Maka terus-terusanlah berselawat kepada baginda SAW… Mudah-mudahan beroleh syafaat di hari Akhirat nanti…



اللهم صلى على سيدنا و مولانا محمد و على اله و صحبه و بارك و سلم



WaAllahua’lam…





وَذَكّرْ فَإِنَّ الذِكْرَ تَنْفَعُ لِلْمُؤْمِنِيْنَ.....



Ertinya : dan berilah peringatan kerana peringatan itu bermanfaat bagi orang yang beriman (kepada Allah SWT)



Silakan sahaja untuk ‘Share’ dan tidak perlu meminta izin kerana saya telah izinkan… Harap maklum… Terima kasih… Wassalam J



18 April 2011 bersamaan 15 Jamadil Awwal 1432

@ Cairo, Egypt 6.50AM

Sunday, April 17, 2011

IBN KHALDUN

MANUSIA MENURUT IBNU KHALDUN

Ibnu Khaldun dalam ‘ al-Muqaddimah ‘ berkata, “ Kenapa golongan sufi memberikan perhatian khusus dalam persoalan zuhud, tersohor dengan akhlak dan ibadah serta pencapaian luar biasa di arena kerohanian? Jawapannya ialah kerana manusia berbeza dengan haiwan dengan sebab dua penguasaan. Pertama penguasaan... ilmu dan pengetahuan. Antara yang termasuk dalam penguasaan di atas ialah yakin, zan, syak dan waham. Penguasaan kedua ialah gembira, dukacita, qabad, basat dan lain-lain.”

Ibnu Khaldun menambah, “ Para murid yang sedang melalui proses mujahadah dan ibadah khususnya, mereka akan berhasil memiliki ahwal yang tertentu. Hal daripada ahwal yang sedemikian sama ada ia jadi dalam bentuk ibadah yang mantap, berkekalan hingga mencapai ke tahap makam atau jika hal dari ahwal itu tidak lahir dalam bentuk ibadah, mungkin ia akan lahir sebagai sifat pada jiwa; maka lahirlah rasa dukacita atau gembira, cergas atau sebagainya.”See more

Wednesday, April 13, 2011

4o nasihat Saidina Ali K.W

0 Nasihat Saiyidina Ali

Berikut adalah 40 nasihat Saiyidina Ali sebagaimana yang terdapat didalam kitab Nahjul Balagh dan Al-Bayan Wattabyeen r.a.

1. Pendapat seorang tua adalah lebih baik daripada tenaga seorang muda.

2. Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran.

3. Kebesaran seseorang itu bergantung dengan qalbunya yang mana adalah sekeping daging.

4. Mereka yang bersifat pertengahan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin.

5. Jagailah ibubapa kamu,nescaya anak2mu akan menjagai kamu.

6. Bakhil terhadap apa yang ditangan adalah tidak mempunyai kepercayaan terhadap Allah.

7. Kekayaan seorang bakhil akan turun kepada ahli warisnya atau ke angin. Tidak ada yang terpencil dari seorang yang bakhil.

8. Seorang arif adalah lebih baik daripada arif.Seorang jahat adalah lebih jahat daripada kejahatan.

9. Ilmu adalah lebih baik daripada kekayaan kerana kekayaan harus dijagai, sedangakan ilmu menjaga kamu.

10. Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan kesusahan mu dengan mendirikan sembahyang.

11. Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas dendam.

12. Mengajar adalah belajar.

13. Berkhairatlah mengikut kemampuan mu dan janganlah kamu jadikan keluargamu hina dan miskin.

14. Insan terbahagi kepada 3 :

1. Mereka yang mengenal Allah.
2. Mereka yang mencari kebenaran.
3. Mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran. (Golongan yang terakhir inilah yang paling rendah dan tak baik sekali dan mereka akan ikut sebarang ketua dengan buta seperti kambing.)

15. Insan tak akan melihat kesalahan seorang yang bersifat tawadhu’ dan lemah.

16. Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap Allah.

17. Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat dari mencari kesilapan orang lain.

18. Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang ia lakukan untuk memperbaiki dirinya.

19. Manusia sebenarnya sedang tidur tetapi akan bangun bila ia mati.

20. Jika kamu mempunyai sepenuh keyakinan akan Al-Haq dan kebenaran, nescaya keyakinanmu tetap tidak akan berubah walaupun terbuka rahsia2 kebenaran itu.

21. Allah merahmati mereka yang kenal akan dirinya dan tidak melampaui batas.

22. Sifat seseorang tersembunyi disebalik lidahnya.

23. Seorang yang membantu adalah sayapnya seorang yang meminta.

24. Insan tidur di atas kematian anaknya tetapi tidak tidur di ataskehilangan hartanya.

25. Barangsiapa yang mencari apa yang tidak mengenainya nescaya hilang apa yang mengenainya.

26. Mereka yang mendengar orang yang mengumpat terdiri daripadagolongan mereka yang mengumpat.

27. Kegelisahan adalah lebih sukar dari kesabaran.

28. Seorang yang hamba kepada syahwatnya adalah seorang yang lebih hina daripada seorang hamba kepada hamba.

29. Orang yang dengki marah kepada orang tidak berdosa.

30. Putus harapan adalah satu kebebasan , mengharap (kepada manusia) adalah suatu kehambaan.

31. Sangkaan seorang yang berakal adalah suatu ramalan.

32. Seorang akan mendapat tauladan di atas apa yang dilihat.

33. Taat kepada perempuan(selain ibu) adalah kejahilan yang paling besar.

34. Kejahatan itu mengumpulkan kecelaan yang memalukan.

35. Jika berharta, berniagalah dengan Allah dengan bersedekah.

36. Janganlah kamu lihat siapa yang berkata tetapi lihat apa yang dikatakannya.

37. Tidak ada percintaan dengan sifat yang berpura2.

38. Tidak ada pakaian yang lebih indah daripada keselamatan.

39. Kebiasaan lisan adalah apa yang telah dibiasakannya.

40. Jika kamu telah menguasai musuhmu,maafkanlah mereka, kerana perbuatan itu adalah syukur kepada kejayaan yang telah kamu perolehi.

Sunday, April 10, 2011

bank islam

SAYA mendengar ada pandangan mengatakan urusan institusi perbankan Islam hari ini tidak dijalankan secara Islam dengan tepat. Adakah ia benar? Jika tidak, apakah proses digunakan institusi perbankan Islam bagi memastikan khidmat dan produk yang ditawarkan mereka bertepatan dengan kehendak Islam?

Menurut pengamatan dan pengalaman saya di dalam operasi perbankan Islam, boleh dikatakan tanggapan itu ada benar dan ada salahnya.


Ikhlas saya katakan, ia sebenarnya tertakluk kepada kesungguhan tiga pihak (paling kurang) dalam memastikan pelaksanaan dan operasi dilaksanakan bertepatan dengan kehendak syariah.

Tiga pihak itu membabitkan ketua pegawai operasi sesebuah perbankan, majlis penasihat syariah bank (luaran) dan pegawai syariah perbankan dalaman.


Ketiga-tiga pihak ini perlu menjadi individu yang bersungguh-sungguh untuk menjaga konsep syariah dalam operasi. Tanpa kesungguhan mereka, pelaksanaan perbankan Islam mudah tersasar daripada prinsip syariah tanpa disedari dan terjadilah apa yang didakwa tadi.


Sebagai maklumat, wujud beberapa proses biasa yang mesti dijalankan dalam urusan perbankan Islam dan bahagian Islam (di dalam bank konvensional ada bahagian Islamik yang menawarkan produk Islam) bagi memastikan produk dan operasinya berjalan mengikut syariah.

Antara proses berkenaan adalah seperti berikut:
Pegawai syariah dalaman (yang mempunyai latar belakang kepakaran syariah secara rasmi) akan melakukan semakan awal konsep syariah yang digunakan dalam sesuatu produk.
Pegawai itu akan menyemak sama ada rukun dan syarat sesuatu konsep dijaga dalam produk yang ingin ditawarkan, sekali gus memastikan aliran diagramatik adalah sah menurut syariah.

Semua standard kontrak perlu disemak dengan terperinci pegawai syariah dalaman, kadangkala ia memerlukan perbincangan dengan peguam bagi memastikan keperluan pindaan syariah menepati peruntukan undang-undang.


Jika tidak, penyelesaian akan dicari bagi memenuhi kehendak syariah dan undang-undang itu.

Jelas, ia bukan kerja mudah. Justeru, kekuatan, kepekaan dan kelayakan syariah pegawai akan menentukan kebersihan pelaksanaan sesebuah bank Islam.


Hasil semakan dan nasihat pegawai syariah dalaman bersama pegawai bank lain kemudian akan dibawa ke perbincangan rasmi Majlis Penasihat Syariah Luaran.
Pembentangan komprehensif tanpa sebarang selindung perlu dilakukan.


Isi kandungan kontrak, borang, transaksi dan lain-lain akan dibincangkan dengan lebih teliti. Proses ini memerlukan ketelusan pegawai bank dalam mendedahkan semua proses kepada penasihat syariah.


Justeru, pegawai syariah dalaman mesti memahami dan menentukan semua pembentangan adalah telus tanpa selindung atau mereka bakal menanggungnya di akhirat.


Kebiasaannya, penasihat syariah luaran sesebuah bank akan bergantung penuh kepada maklumat diberi oleh pegawai bank. sebarang kesilapan maklumat atau ketidakfahaman penasihat syariah terhadap maklumat yang diberi pasti menghasilkan fatwa yang silap juga.

Hasil keputusan akan dibawa ke Lembaga Pengarah Bank untuk makluman sebelum ditawarkan kepada pelanggan (jika ia produk yang diluluskan oleh Bank Negara).
Bagaimanapun, jika ia produk baru yang belum dimasukkan di dalam senarai produk lulus di Majlis Penasihat Syariah Kebangsaan Bank Negara, ia perlu dibawa ke Bank Negara terlebih dulu untuk kelulusan.

Setelah diluluskan, satu program latihan dan penerangan mengenai konsep dan pelaksanaan produk ini akan dibuat untuk pegawai perbankan Islam yang akan terbabit dalam pemasaran dan pelanggan secara langsung.

Proses ini nampak mudah, tapi ia sukar kerana kebanyakan pegawai di bank Islam dulunya bekerja di bank konvensional juga serta kurang pengetahuan mengenai konsep syariah.


Kerana itu, tidak hairan jika wujud rungutan orang awam yang mengatakan perbankan Islam tidak Islam. Ia kerana pegawai yang bertemu pelanggan tidak faham konsep produk ditawarkan lalu membuat penerangan salah.


Pada hal semua produk, kontrak dan urusannya disemak dan diluluskan oleh penasihat syariah.


Inilah secara ringkas, proses bagi memastikan sesebuah produk pembiayaan menepati syariah atau tidak.


Apapun, dalam hal pelaburan wang simpanan dan wang pelaburan pelanggan menurut konsep ‘Mudarabah’, urusan tapisan syarikat yang ingin dilabur akan dibuat secara terperinci.


Pelaksanaannya dibuat dalam suasana mesra pelanggan, iaitu dengan perbincangan yang telus.


Sebelum melabur dalam sesuatu syarikat atau membiayai projek sesuatu syarikat menggunakan wang pelaburan pelanggan, pihak bank akan membuat penilaian daripada sudut aset mahupun liabiliti sesebuah syarikat, tanpa mengira ia syarikat yang tersenarai di Bursa Saham atau tidak.


Secara umum, penapisan syariah berikut biasanya digunakan, iaitu antaranya seperti ‘industry filtering’ (membuang syarikat yang perniagaan induknya berkaitan produk haram) dan ‘primary financial filters’ (mengeluarkan syarikat yang tahap hutangnya tidak boleh ditoleransi lagi atau mempunyai ‘impure interest income’ berdasarkan panduan Majlis Penasihat Syariah).


Bagi memastikan semua operasi dan pelaksanaan ditawarkan itu mengikut kehendak syariah, perlu diketahui, sememangnya wujud beberapa halangan dihadapi bank Islam.


Antara halangan itu adalah halangan kefahaman individu. Ketidakfahaman terhadap konsep dan pelaksanaan perbankan Islam menyukarkan pengamal perbankan Islam untuk terus maju dan menyempurnakan ketepatan pelaksanaannya.


Individu dimaksudkan membabitkan pegawai dan kakitangan perbankan Islam yang belum cukup faham perbezaan antara bank Islam dan konvensional.


Ini berlaku kerana kebanyakan kakitangan datang dari industri perbankan konvensional, justeru proses memberikan ilmu sebenar kepada mereka memerlukan usaha yang panjang dan bersungguh.


Individu kedua pula adalah peguam dan hakim yang bertanggungjawab menyediakan dokumen seperti kontrak dan lain-lain.


Ketidakfahaman mereka menyukarkan pelaksanaan perbankan Islam di kalangan masyarakat.


Hakim pula akan membuat keputusan kiranya ada pihak mengheret bank Islam ke mahkamah. Adalah malang jika pihak hakim sendiri kurang faham proses perbankan Islam.


Selain itu, pelanggan dan penjual yang tidak faham perbezaan antara kedua-dua industri itu menyebabkan ramai antara mereka kerap menyamakan perbankan Islam dengan konvensional.


Jadi, apabila perbankan Islam mengenakan banyak dokumen dan ditandatangani, ramai merungut dan menjauhkan diri.


Halangan kedua pula merujuk kepada halangan undang-undang sedia ada.


Ini kerana, ada juga undang-undang yang menyekat kelancaran pelaksanaan konsep Islam dalam produk perbankan Islam.


Contohnya, dalam Rules of the High Court, 1980 (yang mana tidak melindungi kepentingan dan keperluan perbankan Islam) dan begitu juga dengan beberapa klausa yang terkandung di dalam Kanun Tanah Negara.


Oleh itu masyarakat perlu memahami bahawa dalam keadaan tertentu, contohnya dengan wujudnya batasan undang-undang seperti ini, ia satu perkara yang di luar bidang kuasa dan kapasiti bank Islam untuk bertindak.


Halangan ketiga adalah halangan kekuatan aset.


Perlu diketahui, status aset dan kewangan bank Islam adalah masih baru dan berada di peringkat permulaan berbanding bank konvensional yang lama bertapak.


Ini membataskan keupayaan bank Islam untuk mengusahakan sendiri perkara tertentu seperti mempunyai pekerja khas untuk menangani sesuatu urusan musyarakah dengan pelanggan.


Jadi, pelanggan khususnya individu Islam dapat memahami khidmat atau produk ditawarkan setiap bank Islam.


Paling utama, sebagai umat Islam, elak terbabit dalam urusan kewangan yang mengamalkan konsep riba, khususnya seperti ditawarkan kebanyakan bank konvensional, yang diputuskan haram dalam Islam.

Thursday, April 07, 2011

insurans

Kenali Insurans Haram
Kenali Insurans Haram

SECARA ringkasnya, perbincangan hukum insurans dibincangkan dengan panjang lebar oleh ulama, terutama di kalangan ulama Asia Barat.
Oleh kerana sistem insurans adalah ciptaan yang dikira baru menurut zaman, iaitu sekitar 1666 di London, ia hanya menembusi dunia Islam Arab sekitar 1830.
Insurans konvensional adalah kontrak perniagaan yang termasuk dalam Kontrak Pertukaran Kewangan (‘Uqud Mu’awadat Maliah).
Ia mewajibkan syarikat insurans membayar jumlah tertentu kepada pencarum insurans apabila berlaku beberapa jenis kemalangan atau musibah yang ditentukan di dalam kontrak (aqad) bersesuaian dengan kadar tertentu. Ia juga bergantung kepada jumlah caruman pencarum.
Kontrak insurans ini mengandungi ciri-ciri berikut:
1. Reda antara kedua-dua pihak (iaitu syarikat insurans dan pencarum). Ia ibarat kontrak perjanjian yang lengkap dan mengandungi aspek ‘ijab dan kabul’.
2. Pihak yang memberi insurans, iaitu pihak syarikat insurans.
3. Pencarum, iaitu individu yang membayar jumlah tertentu dan yang membuat perjanjian dengan syarikat insurans.
4. Pihak yang menerima manfaat, iaitu seperti anak kepada individu atau isteri dan lain-lain.
5. Kebahayaan atau musibah. Merangkumi jenis musibah atau kemalangan yang diandai serta ditentukan di dalam kontrak seperti kecurian, kebakaran, kecederaan dan kematian.
Bentuk insurans adalah seperti insurans terhadap musibah menimpa tubuh, insurans nyawa, insurans harta dan pecahannya (kereta, motosikal, rumah dan lain-lain), insurans kemalangan jalan raya, insurans kerja dan sebagainya.
Bagaimanapun, ada beberapa sebab yang menjadikan insurans konvensional haram kerana ia turut ‘diselubungi’ riba.
Ia adalah perbincangan ‘ilmiah’ dan memerlukan ‘basic knowledge’ tertentu yang kukuh untuk memahaminya dengan sempurna.
Bagaimanapun, penulis akan cuba memudahkan dalil ini demi memberi kefahaman sebaik mungkin di kalangan pembaca.
Selebihnya pembaca perlu melakukan kajian dan rujukan kepada ilmuan
Takhassus Fiqh di universiti bagi mendapatkan penjelasan lebih terperinci.
Demi mendapat kefahaman sepenuhnya dalam bab ini, pembaca mesti mempunyai ilmu asas berikut:
1. Pembahagian kepada Aqad Mu’awadat (Pertukaran) & Tabarru’ah (Derma atau Sumbangan).
2. Riba dan pembahagiannya.
3. Syarat jual beli dalam Islam.
Menurut majoriti kumpulan ilmuan dan ulama Islam, insurans konvensional adalah haram kerana wujud unsur riba yang jelas di dalamnya.
Ini kerana, riba jelas wujud apabila syarikat insurans membayar jumlah tertentu kepada si pencarum yang terkena musibah.
Ia dianggap riba kerana wang (daripada pencarum) berbalas wang (daripada syarikat) dengan jumlah berbeza, padahal wang adalah unsur ‘ribawi’ (usurious items) sebagaimana enam unsur disebutkan Rasulullah SAW di dalam hadisnya.
Rasulullah SAW mensyaratkan dengan jelas, apabila ‘bermu’amalah’ di antara dua unsur ribawi yang sama jenis (contoh di sini adalah wang daripada pencarum dengan wang daripada syarikat insurans), ia mestilah terikat dengan syarat:
1. Sama Nilai (mathalan bi mathalin).
2. Diserahkan ketika mu’a- malah dilakukan. (Yadan diyadin)
Syarat ini bersumber hadis Al-Bukhari dan Muslim yang bermaksud: “Jangan kamu menjual emas dengan emas kecuali bersamaan nilaian dan timbangannya, jangan kamu melebihkan satu daripadanya di atas yang lain.
“Jangan kamu menjual emas dengan pulangan emas atau perak dengan pulangan perak kecuali (mestilah ia) dalam timbangan dan nilaian sama.”
Maka, setiap perbezaan nilai (dalam unsur ribawi) dianggap Riba al-Fadl yang diharamkan (Tahrim Wasail).
Apabila pencarum mendapat pulangan wang dengan jumlah berbeza, maka berlakulah Riba al-Fadl. Ini kerana tidak wujud kesamaan nilai dalam urusniaga dua unsur ribawi itu.
Pembayaran yang bertangguh dalam dua barangan Ribawi adalah Riba An Nasi’ah yang diharamkan secara jelas oleh Allah SWT di dalam al-Quran.
Dalam hal insurans, sudah tentu berlaku penangguhan, iaitu apabila pencarum terkena musibah, baru akan dibayar jumlah tertentu.
Prof Dr Muhd Baltaji (ulama besar di Universiti Al- Qaherah – sudah meninggal dunia) menjelaskan, kontrak insurans sama sekali tidak boleh lari daripada Riba An-Nasi’ah.
Beliau juga menegaskan, mana-mana hujah untuk lari daripada anggapan riba ini adalah helah yang tidak sah menurut pandangan syarak.
Justeru, insurans berkenaan mempunyai unsur kedua-dua jenis riba seperti dinyatakan.
Walaupun ada kalanya pencarum tidak berniat mencari keuntungan daripada carumannya, bahkan hanya untuk berasa lebih selamat terhadap keretanya, rumahnya, ahli keluarganya dan sebagainya, tetapi ia tetap dianggap riba.
Zahir urus niaga insurans tadi cukup untuk dikategorikan sebagai riba, walaupun maksudnya tidak selari dengan riba yang sebenarnya (iaitu mencari untung).
Dalam berapa banyak kes, pasti kita mendengar ada individu sengaja membakar kilangnya akibat perniagaan yang rugi atau pembunuhan ahli keluarga untuk mendapatkan wang insurans bernilai jutaan ringgit.
Riba juga boleh berlaku dengan sangat jelas apabila wang caruman itu diperniagakan oleh syarikat insurans konvensional di dalam syarikat lain dengan kadar faedah tetap yang diharamkan (biasanya di bank konvensional, bukan secara mudharabah) atau mana-mana syarikat yang bermu’amalah secara riba. Berlakulah pertambahan wang caruman tadi hasil simpanan wang berkenaan.
Malah, keadaan lebih teruk jika syarikat insurans meletakkan wang itu di dalam syarikat yang melakukan urusniaga haram seperti arak atau perjudian.
Kesimpulannya, insurans konvensional itu menjadi haram kerana ‘akad’ yang diubah itu tadi.
Insurans konvensional menggunakan akad pertukaran milik harta (Aqad Mu’awadat Maliah) yang dikira sebagai akad jual beli.
Sebagaimana perlu kita fahami, akad jual beli memerlukan penjelasan dalam urusan membabitkan penjual, pembeli, benda yang dijual dan nilainya.
Dalam konteks insurans konvensional, ia boleh diibaratkan seperti berikut, iaitu syarikat insurans mempunyai masalah dalam urusan benda yang dijual.
Ini kerana apabila si pembeli membeli jaminan wang, ia dikira pertukaran matawang dengan matawang sama (RM kepada RM).
Ketika itu, ia sepatutnya menuruti syarat ditetapkan Rasulullah SAW iaitu serah terima dan jumlah sama.
Bagaimanapun, hal ini tentu tidak berlaku kerana:
a) Si pembeli (pencarum) meletakkan wangnya hari ini, dan jumlah tertentu dan jaminan itu pula hanya akan diberi kemudian. Ini menyebabkan ulama menganggapnya Riba Nasi’ah.
b) Si pembeli juga tidak tahu berapakah nilai jaminan yang bakal diperolehnya. Walaupun nilainya dinyatakan dalam skim insurans ini, syarat akad jual beli memerlukan si pembeli mengetahui dengan tepat berapa nilai yang akan diperolehnya.
Sudah tentu ini tidak akan dapat diberitahu oleh syarikat kerana musibah belum berlaku. Justeru, di sini pula ia dianggap ‘Gharar’. Malah gharar juga di sudut pembeli yang tidak pasti adakah tahun itu ia akan berlaku kemalangan dan memperoleh benda yang dibelinya.
c) Ia dianggap judi pula kerana mempunyai elemen pertaruhan, iaitu meletakkan sejumlah wang bagi memperoleh sesuatu yang tidak pasti, dengan risiko wang yang diletakkan hangus atau tidak dikembalikan.
Pengharaman insurans konvensional disepakati ulama, antaranya As-Syeikh Al- Allamah Muhd Amin Ibn Abidin (1836), As-Syeikh Al- Imam Muhd Abu Zuhrah (meninggal dunia pada 1972, Prof Syari’ah di Universiti Kaherah, dianggap ulama terulung dalam Ilmu Fiqh), termasuk As-Syeikh Prof Dr Yusoff al-Qaradhawi.
Perlu diingatkan bahawa beberapa Nadwah, Muktamar dan mesyuarat yang menggabungkan ulama terulung seluruh dunia sudah beberapa kali diadakan. Di mana, mereka juga membincangkan mengenai kontrak insurans yang banyak diguna pakai pada masa kini.
Muktamar Agung Berkenaan Ekonomi Islam bersidang kali pertama pada 1976 di Makkah, di mana hasil keputusan mereka ialah insurans jenis perniagaan atau konvensional adalah haram. Sebab utamanya adalah ia mempunyai unsur riba dan Gharar.
Selain itu, Majlis Kesatuan Ulama Besar bermesyuarat pada 1977 di Arab Saudi turut menyatakan insurans jenis perniagaan adalah haram.
Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia (Majma’ al-Fiqh al-Islami) yang bersidang lagi pada 28 Disember 1985 di Jeddah juga, memutuskan sekali lagi pengharaman insurans jenis perniagaan.
Majma’ Fiqh juga secara nyata mengharuskan insurans jenis kerjasama (ta’awuni) atau TAKAFUL dan mencadangkannya sebagai alternatif insurans perniagaan dan lebih digalakkan.
sumber : Ustz Zaharuddin Abd Rahman – Harian Metro

Tuesday, April 05, 2011

PASANGAN LAGI!

Memilih pasangan hidup bukanlah satu perkara mudah. Pemilihan pasangan bukan seperti memilih ikan kembung di pasar. Pemilihannya perlu teliti dan cukup berhati-hati.
Namun begitu, begitu, bukan semua orang yang berhati-hati memilih pasangan itu berjaya memperoleh apa yang dihajatinya. Ada sahaja halangan dan rintangan yang menidakkan pemilihannya. Ada disebabkan kerenah pasangannya itu sendiri. Ada juga disebabkan kerenah keluarganya. Ada juga disebabkan pada saat-saat akhir hatinya menjadi tawar untuk meneruskan usaha pemilihan Ada yang akhirnya ingin mengambil keputusan untuk menyendiri sehingga satu tempoh tertentu. Tidak perlu serius berfikir tentang itu kerana visi kehidupan untuk menjadi insane cemerlang itu lebih utama daripada segalanya.
Ada orang yang berjaya mendapatkan pasangan yang menjadi pilihannya. Ada yang hidup cukup bahagia beranak pinak. Ada yang bahagia seketika dan kemudian kehidupan berkeluarganya penuh huru hara. Ada yang kekal dan ada yang mengambil jalan pintas, bercerai sahaja.
Memilih suami atau memilih isteri adalah hak setiap orangnya. Namun dalam banyak kitab fiqh Islam cuma menyebut pihak lelaki seharusnya membuat pilihan bijak untuk memilih seorang gadis sebagai pasangan hidupnya. Al-Qur’an dan Hadis Rasulullah s.a.w. memberi anjuran untuk lelaki memilih pasangannya.

1. Janganlah kamu kahwini perempuan-perempuan musyrik kecuali jika mereka beriman. Sesungguhnya hamba sahaya yang beriman lebih baik dari perempuan musyrik, meskipun dia menakjubkan kamu dan jangan kamu kahwinkan (perempuan muslim) dengan laki-laki musyrik, kecuali jika mereka beriman.
[Al-Baqarah: 221]


2. Pilihlah tempat air mani kamu, dan nikahilah orang-orang yang sekufu
(HR Ibnu Majah, Daruquthni dan Imam Al-Hakim dari Aisyah r.a.)

3. Dari Ibnu Adi dan Ibn Asakir dari Aisyah, “ Pilihlah untuk tempat mani kamu, sesungguhnya kaum wanita itu akan melahirkan anak menyerupai saudara laki-lakinya atau saudara perempuannya.

4. Carilah wanita-wanita yang jauh (kerabatnya) dan janganlah engkau memilih yang dekat hubungannya.

Ada banyak anjuran Rasulullah s.a.w. agar lelaki Muslim membuat pilihan. Pilihlah wanita yang teguh agamanya. Itulah kesimpulan paling mudah untuk pemuda Islam membuat pilihan. Kemudian baharu dinilai keturunannya, kekayaannya dan akhirnya kecantikannya.

Mengapa sedemikian banyak anjuran agar pemuda Islam membuat pilihan? Tidak perlu diragui lagi bahawa untuk membina kehidupan yang baik itu memerlukan perancangan yang sangat teliti. Sementelahan lagi, memang diakui agar sukar untuk mencari muslimah yang sangat sempurna.

Lelaki yang sempurna itu banyak, sedangkan perempuan yang sempurna itu tidak ada kecuali Aisyah isteri Fir’aun, Maryam binti Imran, Khadijah binti Khuwailid dan Fatimah binti Muhamad.
[HR Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ibnu Ahmad dari Abu Musa al-Asy’ari

Kiranya pemuda Islam punyai banyak dorongan untuk memilih pasangannya, apakah pemudi Islam tidak perlu untuk membuat pemilihan? Adakah memadai sahaja untuk tunduk dan menerima setiap pinangan yang datang? Jika itu tindakan yang akan dibuat oleh pemudi Islam, adakah mereka yakin mereka bahagia dalam sejarah kehidupan berumahtangga mereka?

Pemudi Islam itulah yang sangat perlu membuat pilihan. Bukankah kehidupan berumahtangga itu satu alam yang cukup panjang untuk seorang wanita. Dan kerana itu mereka harus benar-benar yakin keupayaan pemuda yang akan menjadi suaminya.


Pilihlah tempat air mani kamu, dan nikahilah orang-orang yang sekufu
(HR Ibnu Majah, Daruquthni dan Imam Al-Hakim dari Aisyah r.a.)

Wanitalah juga perlu tahu siapakah lelaki selayaknya untuk dia menerima mani seseorang lelaki. Kerana dari situlah bermulanya satu kehidupan untuk satu generasi. Jika dia menerima mani daripada seorang lelaki pendayus dan penagih dadah, tentu sekali generasi yang dilahirkan bukanlah generasi yang berkualiti. Zahirnya memiliki anak tetapi tidak membawa apa-apa erti dalam kehidupan. Anak yang diinginkan mendinginkan mata lalu mencucuk mata. Anak yang diinginkan menyejukkan hati tetapi membahangkan perasaan dan menghancurkan hati.

Dengan itu, seperti juga seorang pemuda, seorang gadis juga perlu meneliti ketinggian agama lelaki pilihannya, kesihatan tubuh badannya, kemuliaan keturunannya dan keupayaan kewangannya sebelum si gadis bersetuju untuk menikahinya. Namun yang sangat utama daripada setiap kategori itu itu ialah agama si lelaki itu. Apalah sangat upayanya menilai tingginya agama seseorang kecuali ukuran zahir. Seorang lelaki yang menyempurnakan solat adalah lelaki yang baik. Akan menjadi lebih baik jika lelaki itu menyempurnakan solatnya dalam berjemaah. Terlebih baik jika lelaki itu menyempurnakan solat berjamaah dan segala solat sunat yang dilakukan oleh baginda s.a.w. Teramat baik daripada penghayatan solatnya itu, lelaki itu menampilkan budi bahasa yang luhur, kesusilaan yang luhur dan tampil kebijaksanaan dan hemah dalam percakapannya. Lahir sifat peribadinya yang penyabar, penyayang dan punya visi hidup yang jelas.

Memang setiap orang menginginkan pasangan yang terbaik, tetapi apakah setakat berhajat kepada kebaikan sedangkan diri sendiri tidak mahu berusaha menjadi insan yang terbaik. Bukankah di hujung hadis itu disebut sebanding (kufu) sebagai syarat membahagiakan sesebuah rumahtangga. Kufu dalam keIslaman, kufu dalam keimanan, kufu dalam akhlak, kufu dalam pemikiran, kufu dalam tindakan. Dan juga dalam hal ini, Allah menyebut dengan jelas persoalan yang sama.

Wanita-wanita yang buruk untuk lelaki yang buruk dan lelaki yang buruk untuk wanita yang buruk, sedangkan wanita-wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik.
(An-Nur: 26

Pemuda dan pemudi muslim harus berusaha membaiki diri. Jadilah insan yang soleh dengan melaksanakan titah perintah Allah, menjaga kehormatan diri dan membanyakkan doa mohon kesejahteraan diri. Sebagai manusia, setiap sesuatu ada takdirnya

Sesungguhnya Allah menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan)
[Al-Qamar:49]

Berusaha untuk mendapatkan jodoh yang baik. Janganlah berputus asa untuk mendapatkan rahmat Allah kerana rahmat Allah itu amat luas dan mulia.

Kejarlah apa yang mendatangkan manfaat untukmu dan mintalah bantuan kepada Allah. Janganlah menyerah dan berkata,” Seandainya aku melakukan begini pasti akan jadi begini tetapi katakanlah Allah sudah mentakdirkan dan apa yang Dia kehendaki pasti akan dilakukannya (HR Abu Hurairah).

Allah dengan kebesaran-Nya menjadikan manusia berpasangan sepanjang kehidupan. Allah dengan kebesaran-Nya menjadi manusia keseorangan sepanjang perjalanan. Allah dengan kebesaran-Nya menjadikan manusia beranak pinak. Ada anak yang sempat menghadapi ibu bapanya nazak sakratulmaut. Ada anak-anak yang pergi dahulu untuk menunggu ibu bapanya di pintu Syurga. Allah dengan kebesaran-Nya memberi peringatan yang sangat jelas kepada manusia.

Harta dan anak-anak itu perhiasan penghidupan dunia, tetapi amal-amal soleh yang tinggal (buahnya) itu lebih baik di sisi Tuhanmu tentang ganjarannya dan tentang harapannya
(Al-Kahfi:46)
Maha Suci Allah yang menjadikan segala sesuatu dan mentakdir baik buruk setiap kehidupan hamba-Nya.

Friday, April 01, 2011

barangsapa tinggal solat

من ترك صلاة الصبح فليس في وجهه نور !
*من ترك صلاة الظهر فليس في زرقه بركه !
*من ترك صلاة العصر فليس في جسمه قوة !
*من ترك صلاة المغرب فليس في اولاده ثمرة !
*من ترك صلاة العشاء فليس في نومه راحه !
...امانه من يقرأها ان ينشرها علي الأقل مره واحدة !

Blog Archive