Thursday, May 31, 2012

Adab memberi teguran


Oleh WAN JEMIZAN W. DERAMAN dan AHMAD TERMIZI MOHAMED DIN
SEMEMANGNYA dalam kehidupan ini, perbezaan pendapat dan mempunyai pandangan yang berlainan adalah perkara yang lumrah bagi manusia.
Justeru, apabila ia berlaku jangan sesekali ada di antara kita dengan mudah membuat kesimpulan yang menjurus kepada prasangka, kononnya ia bertujuan memburukkan sesiapa.
Oleh yang demikian, janganlah kita terlalu gopoh ke hadapan dengan membuat andaian yang bukan-bukan atau berhujah dengan penuh emosi sehingga wujud cabar-mencabar.
Sebaliknya teguran atau sesuatu pandangan itu perlu diteliti dan dihalusi sertai dikaji kebenarannya.


Ini kerana perbuatan menegur orang yang melakukan kesalahan merupakan tindakan yang amat diperintah oleh Allah SWT.
Firman Allah dalam surah an-Nahl ayat 125 bermaksud: Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik.
Pun begitu, sejak kebelakangan ini kita melihat semakin banyak pihak yang tidak boleh ditegur biarpun apa yang dinyatakan oleh seseorang itu mempunyai kebenarannya.
Islam telah menggariskan dalam membuat teguran. Kita haruslah berhati-hati apatah lagi jika kita cuba bertindak sebagai 'orang perantaraan' bagi menjelaskan sesuatu perkara.
Hakikatnya, Islam memberi panduan yang jelas dalam kita memberi teguran dan bagaimana sikap kita apabila ditegur.
Kita tidak harus melatah, apatah lagi terlalu emosional sehingga menyebabkan kita melafazkan kata-kata yang tidak sepatutnya.
Semua itu tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya hanya akan mengeruhkan lagi keadaan. Tidak kira sama ada kita pemimpin atau tidak tetapi apa yang kita perkatakan pasti akan dinilai oleh manusia dan diperhitungkan oleh Allah SWT.
Kegagalan untuk mengawal perasaan kita berhujah akan menyebabkan berlaku tuduh-menuduh yang kesudahannya akan mencetus permusuhan antara kita.
Tindakan ini sudah tentulah bertentangan dengan firman Allah dalam surah ali-Imran ayat 103 yang mengingatkan: "Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai-berai dan ingatkan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu bermusuh-musuhan, maka Allah menjinakkan hati kamu lalu jadikan kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang yang bersaudara, pada hal dahulunya kamu telah berada di jurang neraka, maka Dia menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah SWT menerangkan kepadamu ayat-ayat agar kamu mendapat petunjuk."

Wednesday, May 30, 2012

Sajak Untuk Sahabat

Sajak Untuk Sahabat
Sahabatku,
Daerah kita daerah perjuangan,
Penuh dengan airmata dan mungkin juga darah,
Bumi berkat pernah menyaksikan perjuangan para mujahid,
Jihad, sabar, istiqamah, thabat sentiasa meniti dibibir murabbi,
Dikau peyambung risalah tercinta ini,


Sahabatku,
Perjuangan kita atas baiah setia,
Ilmu dan perjuangan landasan kita,
Walaupun langkah dan nafas kita kadang kala lemah,
Dikau penguat dimedan dakwah,

Sahabatku,
Biar kita rebah menyusuri perjalanan,
Biar kita getir mengharungi kesusahan dan kepayahan,
Namun perjuangan kita tiada noktahnya
Selamanya...

Sahabatku,
Hiasan duniawi pastinya palsu dan merugikan,
Sedarkan aku dengan amaran-amaran Allah,
Pujuklah aku dengan tarbiyah Pencipta
Ingatlah aku dengan kehebatan syurga,
Dorongilah aku menjadi daie mulia,

Sahabatku,
Teman itu kadangkala seperti penawar,
Itulah sumber kekuatan kita,
Adakalanya seperti racun,
Melemahkan kekuatan kita,

Tapi...
Aku sering berharap,
Mendapat sahabat yang sejati,
Dunia dan akhirat

Moga ukhwah kita selamanya...
Selamanya....

Perjuangan kita masih belum selesai..

Tuesday, May 29, 2012

10 Rancangan Kuffar Untuk Umat Islam

10 Rancangan Kuffar Untuk Umat Islam

1) Lenyapkan sistem pemerintahan Islam.
2) Menghapuskan Al-Qur'an.
3) Hancurkan akhlak Muslim, fikiran , hubungan mereka dengan Allah dan bebaskan mereka mengikut hawa nafsu.
4) Lenyapkan kesatuan kaum Muslimin.
5) Ragukan kaum Muslimin terhadap agamanya.


6) Lemahkan bangsa Arab.
7) Dirikan negara diktator di dunia Islam.
8) Pisahkan kaum Muslimin dari menguasai perindustrian dan biarkan mereka hancur dengan barangan Barat.
9) Singkirkan tokoh-tokoh Islam dan tamatkan Gerakannya.
10) Rosakkan wanita dan kembangkan pergaulan bebas.
Posted by Afifzahrah at 9:08

Monday, May 28, 2012

"Melayu pertama, rakyat Malaysia kedua,"

"Melayu pertama, rakyat Malaysia kedua,"



Kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengecam parti Umno sebagai buta sejarah dan buta perlembagaan dan tidak memperjuangkan kepentingan kaum-kaum lain di negara ini secara adil adalah keterlaluan dan tidak boleh diterima. Menurut Lim, Umno lebih mengutamakan konsep "Melayu pertama, rakyat Malaysia kedua," sebagai melanggar Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Katanya, Umno hanya mempertahan kedudukan istimewa orang Melayu apabila bercakap soal Perlembagaan Persekutuan dan tidak bercakap tentang kepentingan dan masalah kaum lain yang didakwa kononnya tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya. Sebagai orang Melayu, penulis berpendapat kenyataan ketua menteri Pulau Pinang itu patut disebut dan diluahkan di Singapura di hadapan Menteri Mentor Lee Kuan Yew, anaknya Perdana Menteri Lee Hsein Loong, Menteri Kanan, Goh Chok Tong dan barisan pemimpin PAP lainnya. Beliau patut sedar kaum minoriti utama Melayu yang menjadi rakyat peribumi dan penduduk asal negara itu tidak boleh bersuara seperti yang dilakukan beliau di sini. Orang Melayu di sana dinafikan semua hak istimewanya; hak mengundi yang adil, hak mutlak sebagai presiden, pembahagian jawatan dalam kabinet, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan penghapusan sekolah aliran Melayu dan berbagai lagi yang sudah dinafikan oleh parti PAP dan Lee. Beberapa pemimpin Melayu cuba mempersoal kepentingan mereka tapi tidak pernah berjaya dan gagal di tengah jalan kerana gaya pemerintahan Lee dan amalan sistem demokrasi ala Singapura yang mengekang parti pembangkang dalam pemerintahannya. Jika Lim berani mempersoal sensitif atau mempertikai isu perlembagaan, seperti yang diucapkan di sini, beliau mungkin sedar nasib beliau dan tahap demokrasi di negara ini yang jauh berbeza dengan apa yang diamalkan di sana. Penulis pernah menyaksikan dalam kempen pilihan raya umum Singapura awal tahun 80-an, seorang pemimpin muda Melayu dari parti pembangkang cuba mempertikai soal istimewa orang Melayu dan partisipasi kaum itu dalam kemasukan perkhidmatan negara yang dikatakan tidak adil, pemimpin muda itu diberi amaran keras oleh Lee. Beberapa hari kemudian, tidak kelihatan wajah dan batang tubuh pemimpin muda itu lagi dalam kempen pilihan raya itu dan sudah menjadi perbualan umum dalam kalangan masyarakat Melayu Singapura. Lim Guan Eng seharusnya banyak bersyukur dan sepatutnya belajar menjadi pembangkang yang baik dan berkesan – dengan membela nasib rakyat dan menunaikan segala janji yang ditabur dalam Pilihan Raya Umum ke-12 lalu - setelah diberi peluang memerintah tanpa cuba mempersoal perkara-perkara yang boleh merosakkan kestabilan dan kemakmuran negara yang sudah dinikmati selama ini. Marilah kita sama-sama membangun negara ini tidak kira apa kaum dan fahaman politik demi kelangusungan keamanan dan pembangunan negara.

Sunday, May 27, 2012

Siapa Tahu Nilaian Allah

Siapa Tahu Nilaian Allah

Hadith :


Dari Abdurrahman bin Abu Bakrah, dari bapanya r.a katanya,:”Seorang lelaki memuji orang lain berhampiran Nabi s.a.w, lalu Nabi s.a.w berkata kepadanya:”Celaka kamu. Bererti kamu memenggal leher saudara kamu. (Kata-kata itu diucapkan baginda berulang kali.)“Apabila seorang kamu memuji saudaranya, seharusnya dia berkata:”Cukuplah bagi si fulan Allah sahaja yang menilainya. Tidak ada yang lebih berhak menilainya selain Allah Taala, sekalipun temannya tahu dia begini dan begitu.” (Muslim)


Huraian

Memang menjadi tanggapan ramai bahawa setiap amalan yang baik akan mendapat pujian dan ganjaran yang besar. Islam tidak menafikan akan hakikat ini tetapi Islam tidak membenarkan umatnya terlalu memandang tinggi akan kebaikan seseorang apatah lagi dengan memuji secara berlebih-lebihan. Di samping itu Islam juga melarang kita daripada memandang remeh akan amalan yang kecil (kurang publisiti) yang dilakukan oleh seseorang kerana berkemungkinan dengan amalan yang dianggap kecil itu sebenarnya mempunyai pahala dan kedudukan yang lebih tinggi dan mulia di sisi Allah S.W.T.

Dalam konteks ini Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu memperkecil-kecilkan kebaikan walaupun sedikit. Sekalipun engkau menemui saudaramu dengan wajah yang berseri-seri” (Muslim). Dalam setiap perbuatan manusia, niat sebenarnya memainkan peranan yang paling utama dan Allah S.W.T sahaja yang tahu akan niat seseorang. Namun begitu, sebagai orang yang beriman kita seharusnya membetulkan niat sebelum melakukan sesuatu. Utamakan pandangan Allah daripada pandangan manusia kerana tidak semestinya kedudukan yang baik dan cemerlang di mata manusia itu bermakna bahawa kita juga adalah baik dan cemerlang di sisi Allah S.W.T.

Saturday, May 26, 2012

Kata Imam Al-Ghazali

Kata Imam Al-Ghazali yang dicari-cari oleh Pak lah tu....


" yang jauh itu WAKTU.......
yang dekat itu MATI....
yang besar itu NAFSU...
yang berat itu AMANAH...
yang mudah itu BERBUAT DOSA...
yang panjang itu AMAL SOLEH...
dan yang indah itu SALING MEMAAFKAN."

malapetaka atau bencana besar

64 Tahun Nakbah
64 Tahun Nakbah – Israel Kini Semakin Gementar



15hb Mei 1948 – 64 tahun Nakbah
NAKBAH bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah Palestin merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Negara Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB.


Pencetus penubuhan negara Yahudi




Cadangan penubuhan negara khas untuk orang-orang Yahudi telah dibuat oleh seorang wartawan Hungari, Theodore Hertzl yang merupakan pengasas gerakan Zionis yang kemudiannya dibukukan di dalam Die Judem Stat (Negara Yahudi) pada 1896. Kewujudan Pertubuhan Yahudi Antarabangsa (WZO) melalui persidangannya yang pertama di Basle, Switzerland pada 27-29hb Ogos 1897 di bawah pimpinannya telah membuka era aktiviti politik Zionis, mengorak langkah kepada pembentukan Negara Yahudi di Palestin.


Deklarasi Balfour
British yang merupakan sekutu kuat gerakan Zionis telah sentiasa menyebelahi mereka dengan mengisytiharkan Deklarasi Balfour pada 2hb November 1917 apabila kerajaan British telah memberi jaminan untuk mewujudkan sebuah negara khusus untuk bangsa Yahudi di Palestin. Ini merupakan usaha yang paling jahat dalam sejarah peradaban dunia kerana dengan jelas ianya mencabuli perjanjian antarabangsa.


Holocaust.





Holocaust adalah satu peristiwa yang dirancang secara sistematik oleh Nazi German yang diketuai oleh Hitler dengan kerjasama pemimpin Zionis di Eropah pada ketika itu. Pembunuhan Yahudi di Eropah secara beramai-ramai itu adalah bertujuan untuk mempercepatkan perpindahan Yahudi Eropah bagi mempercepatkan penubuhan negara yang dikhususkan untuk Bangsa Yahudi iaitu di Palestin.

Holocaust ciptaan bersama Hitler dan Zionis
Pemimpin Zionis mempunyai terlalu banyak peluang untuk menyelamatkan bangsa Yahudi Eropah jika mereka mahu berbuat demikian. Namun jenayah terancang ini dilakukan demi cita-cita besar mereka untuk membina nrgra Israel dan kemudiannya Israel Raya. Sejak tahun 1933 berlakulah penghijrahan beramai-ramai yang sistematik yang melibatkan ratusan ribu Yahudi Eropah ke Palestin. Sedikit demi sedikit tanah milik penduduk Palestin dirampas samada dengan cara kekerasan mahupun dengan cara penipuan oleh pendatang Yahudi.


Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)
Isu Palestin semakin panas dan mula dibawa ke peringkat antarabangsa di atas tuntutan British yang meminta supaya PBB memasukkan isu tersebut ke dalam agendanya. Laporan Badan Penyelidik Antarabangsa Palestin (UNSCOP) milik PBB telah mengakui tentang ketidak-adilan pengambilan tanah serta cadangan pembahagian bumi Palestin kepada dua buah negara yang berasingan iaitu Palestin dan Yahudi. Namun rentetan duka Palestin semakin berpanjangan apabila sidang pleno PBB yang dipengaruhi Yahudi telah mengeluarkan ‘Ketetapan 181’ yang malang pada 29hb November 1947 dengan membahagikan 2/3 tanah Negara Palestin kepada pendatang Yahudi manakala bakinya yang hanya 1/3 keluasan tanah pula diberikan kepada penduduk asal Palestin yang sah. Inilah situasi yang boeh dianggap mengharapkan pagar tetapi pagar makan padi.

Kelemahan Liga Negara Arab



Rakyat Palestin adalah antara bangsa yang paling malang di dunia kerana dilupakan oleh PBB, negara-negara Arab dan juga umat Islam sendiri. Ketika Yahudi Zionis erat bekerjasama dengan British dan PBB demi mencapai cita-cita mereka, Liga Negara Arab pula gagal membantu perjuangan rakyat Palestin bagi mempertahankan hak-hak asasi mereka dalam mempertahankan kedaulatan Negara Palestin yang telah mereka diami sejak 4500 tahun lamanya.

Penglibatan tentera dari Liga Negara Arab yang digembar-gemburkan itu hanyalah merupakan tragedi apabila mereka telah ditewaskan dengan mudah oleh angkatan tentera pengganas Yahudi yang juga telah meresap ke dalam pimpinan tentera Liga Negara Arab.

Dengan kekalahan yang mengaibkan tentera Arab di dalam peperangan ini dan diikuti dengan penaklukan 78 % bumi Palestin, Yahudi Zionis telah mengumumkan Negara “Israel” pada petang 14hb Mei 1948. British mengundurkan tentera dan pemerintahannya ke atas Palestin apabila Negara Israel yang merdeka diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948.


Kemerdekaan Israel adalah Malapetaka Palestin


Kesan langsung dari nakbah atau malapetaka ini ialah kekejaman pasukan tentera pengganas Yahudi Zionis yang telah bertindak mengusir lebih daripada 60 % rakyat Palestin (lebih kurang 800 000 orang daripada sejumlah 1.39 juta rakyat) ke luar negara manakala 30 ribu yang lain telah diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.


Daripada jumlah 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948, rejim Zionis telah menghancurkan 478 buah kampung serta terlibat dalam lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.


Peperangan 1948 telah memusnahkan kehidupan rakyat Palestin yang telah hidup di bumi bertuah ini sejak ribuan tahun lamanya. Sesungguhnya amat tidak adil apabila Yahudi menjadikan Holocaust atau peristiwa pembunuhan bangsa mereka di Eropah oleh Nazi Jerman sebagai alasan untuk mereka membina rejim mereka di atas lautan, penderitaan dan keperitan rakyat Palestin.

Mereka sengaja melupakan bahawa bangsa Yahudi bukanlah penduduk asal bumi Palestin sehinggakan pemerintah tentera mereka yang kemudiannya dilantik sebagai menteri pertahanan, Moshe Dayan mengakui sendiri bahawa setiap penempatan Yahudi dibina dari keruntuhan perkampungan rakyat Palestin. Ini adalah jenayah yang terancang melalui perencanaan dan pengiktirafan sebelumnya.

Jenayah Ini disahkan lagi apabila PBB yang telah mengeluarkan lebih daripada 110 resolusi mereka (sehingga tahun 2000) supaya mengembalikan hak 4.4 juta pelarian Palestin supaya dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka. Namun tidak ada satu pun daripada resolusi-resolusi ini yang dilaksanakan oleh rejim Yahudi Zionis.


Nakbah 1948 yang melanda Palestin juga menimbulkan kenangan pahit dan perasaan terhina yang mendalam di kalangan rakyat Palestin, orang-orang Arab dan umat Islam secara keseluruhannya sehingga ke hari ini.


64 tahun An Nakbah

Kini 64 tahun telah berlalunya Nakbah Palestin, namun rakyat dan Negara Palestin terus diganyang Yahudi Zionis sehinggakan :

Rejim Zionis terus yang melakukan penindasan terhadap rakyat Palestin seperti meruntuhkan rumah-rumah mereka, membakar kebun-kebun mereka dan memperluaskan kawasan penempatan pendatang haram Yahudi. Sehingga kini Yahudi telahpun merampas dan menguasai lebih 95 % dari keseluruhan bumi Palestin.



Penodaan kesucian al Quds


Peningkatan serangan ke atas Masjid al-Aqsa oleh ekstrimis Zionis yang semakin kerap mencabul kehormatan dan kesucian qiblat pertama umat Islam di dalam rangka mereka mengYahudikan Baitul Maqdis. Mereka bercita-cita untuk meruntuhkan masjid Al Aqsa dan mendirikan Kuil Yahudi di atas tapak masjid sekarang. Mereka kini telah berjaya membina Kuil Yahudi (Sinagog Hover) bersebelahan dengan masjid al Aqsa.


Melakukan penangkapan dan pemenjaraan orang-orang Palestin yang tidak bersalah sehingga lebih daripada 12 ribu di kalangan mereka kini merengkok di dalam penjara Israel. Di kalangan mereka adalah orang-orang tua, kanak-kanak malahan juga wanita yang hamil lagi sakit.

Sekatan ekonomi yang dirancang secara rapi oleh Zionis menyebabkan orang-orang Palestin tersepit dan terpaksa bergantung kepada sumber pekerjaan yang dimiliki oleh Yahudi. Akibatnya ramai di kalangan rakyat Palestin yang menganggur dan dibelenggu kemiskinan serta kebuluran.




Ramai di kalangan kanak-kanak palestin yang telah dinafikan hak mereka untuk belajar sehinggakan jumlah mereka yang sempat ke pengajian menengah adalah dari peratusan yang sangat kecil.

Rejim Zionis tanpa malu dan segan telah membina tembok pemisah gergasi yang terpanjang di dunia iaitu sepanjang 720 km di Tebing Barat yang menyekat penghidupan rakyat Palestin di sana serta menjadikan Tebing Barat sebagai penjara yang terbesar di dunia.

Dijangkakan seramai 6.85 juta di kalangan rakyat Palestin adalah pelarian yang hidup dengan penuh kedaifan sejak 64 tahun yang lalu. Inilah jumlah pelarian yang paling lama dan paling ramai di dalam sejarah peradaban dunia.

Rejim Zionis kini berterusan menyiksa dan membunuh rakyat Palestin terutamanya di Gaza yang turut diakui pemimpin kanan mereka sebagai holocaust yang lebih hebat.

Penindasan, penodaan dan kekejaman yang dilakukan oleh rejim Israel ini terhadap rakyat dan negara Palestin telah berlaku dalam tempoh yang amat panjang dan berlarutan. Sudah tentulah ianya tidak harus dibiarkan begitu sahaja.

Sambutan 64 Tahun kelahiran Israel


Hari Selasa ini, 15 hb Mei 2012 adalah tahun ke 64 kelahiran negara Haram Israel. Memang benar bahawa tarikh ini adalah detik derita bagi umat Islam. Namun saya kurang setuju sekiranya kita berhadapan dengan peistiwa ini dengan rasa sedih dan berputus harapan dengan keadaan umat Islam kini.

Sebenarnya kelihatan semakin banyak petanda bahawa kemenangan akan berpihak kepada umat Islam dan sampai masanya untuk kita akhiri era sombong mereka itu.


Kebangkitan generasi pendokong Intifadhah
1-Kebangkitan dan kesediaan ribuan barisan pemuda di Bumi Anbiya bagi melancarkan Intiadah yang ke 3 dengan persiapan pertempuran yang lebih hebat dan berpanjangan.

2-Kerajaan zionis Israel semakin panik dengan pelbagai perkembangan umat Islam di Timur Tengah, apatah lagi dengan permuafakatan di antara fraksi rakyat Palestin seumpama Hamas-Fatah dan yang lain-lainnya.



Kelahiran ratusan ribu mujahid dan mujahidah muda
3-Kelahiran semula generasi al Qur’an yang unik di kalangan masyarakat Palestin terutamanya di kalangan generasi muda dan remaja yang berpegang teguh kepada al Qur’an dan Sunnah adalah aset penting bagi meraih kemenangan yang dijanjikan Allah kepada pendokong kebenaran dan keadilan.

4-Tumbangnya regim diktator Mubarak dan persetujuan Kerajaan Sementara Mesir untuk membuka ‘Rafah Gate’ secara berkekalan. Peristiwa demi peristiwa yang berlaku di kala Revolusi Mesir di Mesir ini begitu kuat didasari oleh kebangkitan rakyat dan aktivis Islam di kalangan penduduk Mesir yang bakal melakukan lebih banyak kejutan dan tekanan ke atas Israel.

5-Kebangkitan Turki yang berani membantu perjuangan pembebasan Palestin secara terbuka tentunya mencabar keutuhan regim Zionis Israel yang sombong dan bongkak selama ini.

6-Dengan berlakunya Intifadah 2000, dengan jelas kelihatan berkurangnya kedatangan pendatang Yahudi Zionis ke Palestin. Malahan statistik yang terkini mendapati bahawa lebih daripada 700 ribu orang Yahudi telah cabut keluar dari Palestin sejak 12 tahun yan lalu.

7-Generasi muda Israel kini kelihatan tidak lagi beriman dan berminat dengan ‘agenda Israel Raya’ untuk apatah lagi berjuang bermati-matian untuk menjayakannya.

Bom demografi : Setiap keluarga Palestin punyai 10-12 cahayamata
8-Statistik terkini juga telah mendapati pertambahan penduduk Palestin yang berlipat-kali ganda di Gaza, West Bank & Israel (Palestine-1948). Jumlah ini telah jauh melebihi bilangan kelahiran anak-anak Yahudi di Israel. Ini sebenarnya adalah merupakan projek bom demografi yang disengajakan bagi berhadapan dan menakutkan Zionis untuk projek jangka masa panjang.

9-Ekonomi Israel juga semakin merosot dengan Intifadah Pertama yang dilancarkan pada 1987, Intifadah al Aqsa pada tahun 2000 dan pertembungan yang berterusan selama ini terus menyebabkan ekonomi mereka merudum dan terus bergantung kepada bantuan Amerika Syarikat.

10-Sokongan dunia antarabangsa terhadap isu Palestin juga semakin meningkat. Bukan sahaja di kalangan negara-negara umat Islam bahkan di sebahagian dunia Barat yang lainnya.



Briged al Qassam yang begitu digeruni musuh
Sejarah dunia telah membuktikan bahawa setiap kuasa besar yang memerintah mana-mana tamadun tidak akan terus berjaya mengekalkan tampuk kekuasaan buat selama-lamanya. Tarikh luput Zionis sebagai pemegang tampuk kekuasaan secara zalim di Palestin dan Timur Tengah sudah semakin menghampiri penghujungnya.

Dan semakin banyak petanda-petanda yang menunjukkan bahawa Islam akan kembali gemilang dan Zionis akan berhadapan dengan episod gelap yang akan menguburkan kesombongan mereka selama ini.

Pastikan bahawa anda juga tidak tertinggal daripada gerabak perjuangan yang mulia ini.

Semoga kita berjumpa di Masjid Al Aqsa yang bakal dibebaskan kelak !


Al Aqsa pastinya akan bebas jua....
Salam perjuangan

Friday, May 25, 2012

Strategi Rasulullah menawan Kota Khaibar

Strategi Rasulullah menawan Kota Khaibar


PERANG Khaibar tidak meletus di medan pertempuran yang menyaksikan kedua-dua belah pihak bermusuh saling menyerang antara satu sama lain.
Tetapi ia memerlukan pasukan tentera Islam menghampiri Kota Khaibar. Sebab itu keadaannya lebih sukar kerana mereka dihalang oleh sebuah kota yang kelilingnya terdapat benteng dan tembok yang kuat lagi kukuh.
Sebelum itu, dikatakan nama Khaibar diambil daripada nama pasangan adik-beradik Yahudi, iaitu Khaibar dan Yathrib yang melarikan diri ke Tanah Arab apabila penempatan Yahudi di Kanaan (Palestin) menjadi mangsa serangan dan ditakluk oleh sebuah kuasa besar, iaitu kerajaan Rom.
Sejak itu, Kota Khaibar terkenal kerana mempunyai sistem perbandaran yang terancang lengkap dengan kubu-kubu pertahanan yang sangat hebat.
Ia tidak sahaja dijadikan benteng menahan serangan musuh tetapi lengkap dengan tempat-tempat penyimpanan senjata, makanan dan perlindungan untuk orang awam.
Ia juga menjadi lokasi strategik bagi melancarkan serangan panah ke arah musuh yang cuba menghampiri kubu-kubu yang ada di dalam Kota Khaibar itu.
Stor penyimpanan makanan itu pula dikatakan dapat menampung keperluan penghuninya sehingga setahun terkepung dek pihak musuh.
Kawasan tanah mereka pula penuh dengan ladang-ladang gandum yang subur dan kebun-kebun yang mengandungi beribu-ribu pohon tamar.
Begitu banyak pohon tamar itu sehinggakan dikatakan baginda terpaksa menebang hampir 400 batang pohon tamar yang ditanam di hadapan kubu berhampiran pintu masuk ke Kubu Nai'im dalam Kota Khaibar.
Tindakan tersebut diambil selepas lebih dari lima hari mengepung kubu tersebut tetapi tidak tanda-tanda Yahudi Khaibar akan menyerah kalah.
Oleh kerana pohon tamar memberi makna yang besar kepada penduduk Khaibar, tindakan menebang bertujuan melemahkan semangat penduduk Yahudi apabila melihat pohon tamar kesayangan mereka yang sedang berbuah lebat dan masak ranum dan hanya menunggu masa untuk dipetik ditebang dan dimusnahkan.
Sebaik sahaja tentera Islam berada tidak jauh dari Kota Khaibar, Rasulullah tidak terus melulu melakukan serangan mengenangkan bukan mudah untuk merempuh dan menyerang masuk ke dalam kota.
Baginda terpaksa menunggu di luar kota dan mengadakan sekatan dan kepungan bagi memutuskan hubungan Khaibar dengan dunia luar.
Kali ini bantuan daripada tentera dari Arab Bani Ghatafan juga hanya tinggal separuh jalan apabila mereka memilih untuk pulang ke perkampungan mereka bagi memetik buah-buah tamar yang telah masak.
Penduduk Khaibar juga keluar beramai-ramai memetik buah-buah tamar mereka yang sedang masak ranum setelah menyangka tentera Islam tidak akan berani mendekati kota mereka.
Tetapi sebaik sahaja mereka berjalan menuju ke kebun-kebun tamar itu, alangkah terkejutnya penduduk Khaibar apabila mendapati tentera Islam rupa-rupanya sedang mara menuju ke arah mereka.
Apa lagi, keadaan terus bertukar menjadi huru hara dengan para petani Khaibar itu bertempiaran lari bagi menyelamatkan diri sambil jeritan demi jeritan kedengaran memberitahu mengenai kehadiran tentera Islam.
"Muhamad dan pasukannya telah datang untuk menyerang kita! Islam datang menyerang! Mereka hendak menyerang Khaibar!
"Cepat, selamatkan diri masing-masing! Selamatkan diri semua! Cepat, lari! Lari! Segera masuk semula ke dalam Kota! Cepat! Cepat!" Teriak mereka.
Mereka dikejar oleh tentera Islam yang juga hendak mengambil kesempatan untuk masuk ke kota yang ketika itu pintu gerbangnya masih terbuka.
Pintu tersebut tidak segera ditutup bagi memberi peluang kepada penduduk Khaibar masuk menyelamatkan diri.
Rupa-rupanya dalam kota tersebut keadaannya berlapis-lapis dengan terdapatnya benteng-benteng dan kubu yang paling besar dikenali sebagai Kubu Nai'im.
Syahid pertama
Semua penduduk Khaibar akhirnya berjaya menyembunyikan diri mereka di dalam kubu tersebut namun mereka terkepung dengan kehadiran tentera Islam yang berjaya masuk ke dalam Kota Khaibar.
Walaupun dikepung, pihak Yahudi tetap mempertahankan diri dan kubu mereka daripada jatuh ke tangan Islam. Mereka terus menghujani tentera Islam dengan serangan anak panah tanpa henti.
Ia dibalas tentera Islam dengan serangan anak panah terhadap tentera Yahudi sehinggalah seorang tentera Islam, Mahmud bin Muslamah bertindak mengutip anak-anak panah daripada pihak musuh untuk diguna semula oleh tentera Islam.
Dengan melindungi dirinya menggunakan topi besi dan baju besi, Mahmud bertindak berani tanpa menghiraukan keselamatan diri. Namun ketika beliau berhenti untuk berehat, sebiji batu besar telah dijatuhkan oleh pihak musuh yang geram dengan perbuatannya mengumpulkan anak-anak panah itu. Mahmud mati akibat ditimpa batu besar itu.
Ini menjadikan Mahmud tentera Islam yang pertama mati syahid dalam Perang Khaibar itu.
Sehingga masuk hari ke enam keadaan semakin runcing dengan kebimbangan bekalan makanan di pihak tentera Islam semakin berkurangan.
Sudahlah usaha mereka memanjat untuk menawan benteng Kubu Nai'im tidak berjaya kerana temboknya yang tinggi dan licin, tentera Islam semakin berada dalam keadaan tertekan.

Thursday, May 24, 2012

kata-kata HIKMAH

kata2 hikmah


Koleksi kata-kata hikmah Kata-kata hikmah ini merupakan koleksi kata-kata mutiara indah yang sesuai dijadikan motivasi dan pengisian jiwa. Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kunci. 2. Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu sehingga yang mustahil pun boleh terjadi. 3. Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan. 4. Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian. 5. Orang yang berjaya ialah orang yang melakukan tindakan yang tidak mampu diimaginasikan oleh orang lain, malah tidak mampu dilakukan oleh orang besar sekalipun. 6. Sebelum mencela pasangan hidupmu, bayangkan mereka yang masih menghiba untuk dikurnia jodoh. 7. Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain. 8. Berani Berkorban dan Berubah, Kejayaan adalah Ganjarannya 9. Setiap perkara ada gantinya. Setiap perlakuan ada ganjarannya. Setiap kejadian ada hikmah di sebalik kejadiannya. 10. Tiada jalan singkat untuk kita sampai ke sesuatu destinasi yang sememangnya jauh. Perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat. 11. Nabi Muhammad pernah berkata, (Amal yang paling disukai Allah adalah amal yang dilakukan secara terus menerus sekalipun sedikit (HR Bukhari dan Muslim daripada Aisyah) Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi. 12. Orang yang gagal adalah orang yang tidak mampu mengurus masalah.Hanya manusia yang mampu mengurus masalah sahaja yang boleh berjaya. 13. Orang yang berjaya juga mampu menimbulkan perasaan kagum serta takjub orang lain kerana kejayaan dan kehebatannya 14. Orang yang berjaya tidak hidup di pinggir peristiwa, bukan orang yang kosong tanpa nilai dan bukan orang yang hanya menjadi pelengkap 15. Belajar dari pengalaman adalah guru yang paling baik. Jatuh pada lubang yang sama adalah suatu kebodohan. 16. Sayidina Ali menyatakan “Kalau engkau ingin menjadi raja, maka pakailah sifat qona’ah (puas). Kalau engkau ingin syurga dunia sebelum syurga akhirat, pakailah budi pekerja yang mulia”. 17. Apabila anda kaya,fikirkanlah saat-saat anda pernah miskin dahulu. 18. Antara akhlak orang yang berjaya adalah optimis dan tidak berputus asa, mampu memperbaiki kesalahannya dan keluar daripada krisis serta mengubah kerugian menjadi keuntungan 19. Baik kaya adalah kaya hati, sebaik-baik bekal adalah takwa, seburuk-buruk buta adalah buta hati dan sebesar-besar dosa adalah berdusta 20. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.( Hamka). 21. Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. (Home) 22. Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu. 23. "Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." (Surah al-Hajj:77) 24. "Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sahajalah tempat meminta pertolongan" (Surah Yusuf:18) 25. Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu. 26.Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi seman gat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. (Davey John Schwartz) 27. Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat. 28. Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai. 29. Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari. 30. Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit. 31. Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. (Saidina Ali Abu Talib) 32. Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu." 33. Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok. 34. Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (Surah Al-Baqarah:214) 35. Kekitaan yang erat tiada yang berat. 36. Jika pada awalnya anda tidak berjaya,cubalah cari kembali arah haluan yang pernah anda lemparkan ke dalam tong sampah. 37. Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati 38. Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari. 39. Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh. 40. Kesihatan yang hilang boleh diperoleh dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang. 41. Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah. Nota Admin : Page ini akan di update dari masa- ke semasa..

Wednesday, May 23, 2012

pandangan ISMA

pandangan ISMA
Ini tulisan Saudara Hazizi dari ISMA :

Sampaikanlah Pandanganku Ini


1) Arahan agar umat Islam bersatu adalah sabit (bersumberkan) dengan nas al-Quran dalam lebih daripada satu ayat. Manakala hukum harus untuk kerjasama politik dengan organisasi kafir hanya bersumberkan “Istislah” / “Masolih Mursalah”. Orang yang belajar ilmu fekah dan usul fekah akan faham jurang perbezaan antara yang sabit dengan nas dengan yang sabit dengan “Istislah”.

2) Jika kerjasama itu memburukkan lagi perpecahan umat Islam sehingga dominasi politik orang Islam terhakis dan gerakan liberal Barat semakin mengukuhkan kedudukan, maka lenyaplah keharusan kerjasama itu kerana maslahat politik pada ketika itu sudah menjadi maslahat “malghiah” (dibatalkan oleh syarak) kerana bertentangan dengan nas al-Quran yang mengarahkan umat bersatu demi memelihara kekuatan.

3) Pada ketika itu, orang yang belajar ilmu fekah dan usul fekah semestinya faham bahawa tuntutan bersatu (wajib) adalah ganti kepada kerjasama dengan organisasi kafir itu. Adapun sikap membandingkan antara kerjasama UMNO dengan MCA dan kerjasama PAS dengan DAP, yang mana satu lebih baik, adalah mentaliti orang yang tak belajar fekah dan usul fekah, atau ia mentaliti orang yang belajar ilmu fekah dan usul fekah tetapi sengaja mengetepikannya kerana hawa nafsu politik.

4) Kaedah fekah mengatakan ما لا يدرك جله لا يترك كله , yang bermaksud “Apa yang tidak diperoleh kesemuanya maka tidak ditinggal kesemuanya”, maka kesatuan yang difikirkan hampir mustahil itu wajib diusahakan walaupun sedikit, hatta sekadar kerjasama. Tiada alasan untuk meninggalkan perkara yang wajib ini. Mentaliti menyalahkan pihak lain samalah seperti perangai Bani Israel yang banyak soal apabila diarahkan menyembelih lembu oleh Allah.

5) Isu ini adalah isu hukum syarak. Ia bukan isu logik minum arak dengan orang Islam dan minum teh dengan orang kafir. Analogi jahil syariah itu mampu memesongkan pemikiran anak muda yang tidak belajar fekah dan usul fekah, dan mereka itu ramai bilangannya. Sikap pandang ringan dan mudah-mudah mengeluarkan analogi yang bertentangan dengan hukum syarak adalah sikap yang merbahaya dan kurang beradab kepada syarak.

6) Kepada ulamak yang membisu dan tidak bersuara menerangkan hukum di atas, demi menjaga kepentingan politik, kedudukan, perniagaan atau hati kawan, saya berlepas diri daripada antum.

اللهم إني قد بلغت اللهم فاشهد

JAWAPAN BALAS DARI SEORANG STUDENT AL-AZHAR MESIR

1. Menyamakan penilaian usul fiqh dengan masalah fatwa semasa (tahalluf siasi) yang mana sudah ramai ulama muktabar dunia seperti Syeikh Dr Yusuf Al Qardhawi dan organisasi ilmu Islam seperti Azhar sudah lama mengharuskan kerjasama politik dengan bukan Islam terutama dalam usaha membersihkan pemerintahan negara dari kezaliman, penyelewengan dan ketidaktelusan. Salah seorang ulama kanan Al Azhar, Syeikh Dr Hasan Syafie di dalam khutbahnya di Masjid Azhar dengan jelas menyebut di dalam pemerintahan negara, muslim yang zalim dan korup lebih teruk dari si kafir yang adil.

2. Pemimpin NGO ini dengan jelas memfokuskan bahawa punca utama dominasi politik orang Islam terhakis disebabkan tiada kerjasama antara UMNO dan PAS. Di sini saya ingin bertanya, apa takrifannya dalam hal kerjasama ini? Kesatuan parti atau kesatuan dalam isu dan kepentingan umat Islam?

3. Jika ia membawa maksud kesatuan dalam bentuk isu, saya nak bertanya, siapakah yang menggagalkan 1001 peluang kerjasama demi kebaikan umat Islam? Saya menganggap pemimpin NGO ini tidak mengetahui akan hal ini. Maka, saya akan senaraikan sedikit untuk pengetahuannya.
Kegagalan perlaksanaan hudud di Kelantan sejak 1993 ia digubalkan sehingga sekarang. Di manakah sokongan UMNO di dalam hal ini?
Hak royalti petroleum untuk Kelantan dan Terengganu (1999-2004) ternafi sedangkan rakayt dua negeri ini majoriti adalah Melayu Islam.
Pernahkah UMNO berusaha sebagai ketua kerajaan untuk mendaulatkan Islam di dalam undang-undang negara dalam keadaan PAS telah berkali-kali berkata akan menyokong pindaan untuk mengangkat Islam sebagai teras kerajaan?
Peristiwa PAS ditendang keluar dari BN pada krisis 1976-1979 hanya kerana PAS mula mendapat sambutan dengan gerak kerja dakwah yang PAS lakukan semasa berada dalam kerajaan BN.
Siapakah yang menghina institusi Raja-raja Melayu yang mejadi payung kepada umat Islam di negara ini semasa krisis perlembagaan tahun 1993 di mana ketika itu raja Melayu dihina selepas UMNO kalah teruk terutama di Kelantan pada pilihan raya 1990.
Siapakah yang menyekat perjalanan dakwah yang dijalankan oleh ramai pendakwah, kemudian dilabelkan sebagai pembangkang. Hanya kerana dakwah yang disampaikan akan membuatkan rakyat sedar dari khayalan sekular, maka ia dihalang kerana menggugat UMNO walaupun memberi keuntungan kepada Islam?
PAs bersendirian dalam isu judi di Kelantan dengan diserang oleh MCA, MIC, Gerakan dan DAP. Dimanakah suara UMNO yang merupakan ketua kerajaan peringkat pusat.
Usaha PAS untuk menegakkan Islam. Siapakah yang menakut-nakutkan orang bukan Islam terhadap usaha PAS ini? PAS terpaksa mengambil jalan menukar pendekatan dengan mengubah slogan, kemudian siapa pula lidah bercabang mengatakan PAS sudah berubah dalam keadaan manusia inilah yang menghina perjuangan Islam PAS selama ini?
Golongan liberal bergerak bebas di dalam negara kita mengikut lunas undang-undang, memperjuangkan idealogi mereka dengan ruang yang diberikan oleh perlembagaan, pernah UMNO usaha untuk gubal undang-undang untuk menyekat mereka yang pastinya akan disokong oleh PAS?

4. Terlalu banyak lagi yang tak larat saya nak nukilkan. Kesatuan umat Islam boleh dicapai dalam isu-isu begini, saya rasa ISMA pun bersetuju akan ini. Tetapi kenapa ISMA membutakan mata memekakkan telinga dari memahami realiti dan keadaan sebenar apa yang berlaku.

5. Masalah perpecahan orang Islam sama sekali tidak berkaitan dengan tidak bersatunya PAS dan UMNO dalam kerjasama politik. Ini kerana perpaduan umat Islam tetap boleh tercapai dengan kerjsama isu dan kepentingan umat Islam. Tetapi, dengan jelas dapat dibuktikan setiap peluang kerjasama yang terhidang dikhianati oleh UMNO. Ini yang saya nampak ISMA seakan menyembunyikan realiti dan melonggokkan kesalahan ini kepada PAS hanya kerana PAS berkerjasama dengan DAP.

6. Pemimpin ISMA ini menggunakan modal hujah usul fiqhnya untuk menghentam kerjasama PAS dengan DAP (walaupun salah tempat dan premisnya). Saya pula nampak seakan-akan mafhum mukhalafahnya mesti kerjasama dengan UMNO yang zalim dan korup dan menghukumkan kerjasama dengan kafir walaupun adil sebagai haram. Siapa ajar wajib kerjasama dengan muslim yang zalim hanya kerana dia muslim dan haram kerjasama dengan kafir yang bersih dari penyelewengan hanya kerana ia kafir? Ini satu kecelaruan istinbat hukum yang parah dan boleh mengelirukan masyarakat.

7. ISMA ibarat pengulas sukan yang pandai bercakap itu ini terhadap pemain, marah jika terlepas bola, apa yang dibuat pemain bertentangan dengan pendapatnya habis dibidas. Tapi nak bertanya kepada pengulas ini, pernah jumpa pemain-pemain PAS dan bertanya kenapa pemain itu buat begitu? Pernah rasa turun bermain sendiri dan merasa sepak terajang UMNO terhadap PAS?

8. ISMA berteori dengan langsung tidak memijak realiti. Langsung tidak menyedari atau buat-buat tak sedar bahawa laungan kerjasama yang UMNO lafazkan adalah demi untuk kesinambungan kuasanya, bukan demi agama. Jika demi agama, sudah lama kerjasama boleh dilakukan, sudah banyak perkara yang sudah dilakukan. Tapi, apa yang berlaku adalah apabila sesuatu itu kelihatan tidak memihak kepada UMNO, perkara itu akan dicantas walaupun ia memberi kebaikan kepada Islam.

9. Pemimpin itu berkata jangan jadi macam Bani Israel dengan menunding jari pada orang lain. Saya nak bawa satu analogi. Andaikata kita berniaga dengan seorang muslim sebagai rakan kongsi, tetapi dia mengkhianati kita. Kemudian kita bertukar kepada rakan kongsi yang lebih bersih dan tidak khianat tetapi ia orang kafir. Apabila orang bertanya kenapa kita tak kerjasama dengan si muslim itu tadi, kita kata padanya bahawa dia seorang yang kourp dan khianat. Kemudian kita pula diminta jangan jadi seperti Bani Israel yang sering menunding jari kepada orang lain. Patut ke?

10. Inilah yang melanda ISMA iaitu sindrom tak reti nak faham, hanya pandai berteori. Tengok sendiri apa yang pemimpin ISMA katakan sebulan dua ini. Perkara yang sudah diputuskan lama oleh ulama muktabar berkenaan tahalluf siasi ini, yang juga telah dipersepakati oleh ulama di dalam PAS, ISMA tak pernah hormati. Tidak pernah dengar ISMA pergi berjumpa dengan ulama PAS dan bertanya. Yang berlaku, main fikir-fikir sendiri, buat hukum sendiri kemudian ulas di buletin dan artikel. Bila kita pertikaikan, depa minta kita lapang dada. Hangpa dok ulas ikut suka, sikit habuk pun tak rujuk ualam dalam PAS itu lapang dada ke? Anggap diri sahaja betul, PAS dihentam setiap hari, UMNO yang jelas-jelas zalim dan korup langsung tak dijentik, itu lapang dada?

11. Diharapkan ISMA dapat berubah daripada terus-menerus tidak menghormati PAS. Ingin menilik politik, mestilah memakai kacamata siasah syariah yang telah ulama gariskan. Jika kanta kebangsaan dan 'teori kosong' yang jadi sandaran, jangan marah jika ada yang mengatakan ISMA kita sudah menjadi alat. ISMA boleh nafikan, tetapi tindakan pemimpinnya membenarkannya!

Monday, May 21, 2012

DEMOKRASI DARI KACAMATA ISLAM

DEMOKRASI DARI KACAMATA ISLAM 4:31 PM Kenali MANHAL
Definisi Demokrasi memberikan maksud rakyat yang memerintah. Iaitu rakyat mempunyai kuasa dalam memilih pemerintah bagi negara mereka melalui sistem pilihanraya. Hal ini bermaksud undang-undang yang diguna pakai oleh negara yang mengamalkan sistem demokrasi ini adalah berdasarkan suara majoriti rakyat. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi ke-4, demokrasi memberikan maksud pemerintahan oleh rakyat atau wakil yang dipilih dalam pilihanraya. Sejarah Demokrasi Perkataan asal bagi demokrasi adalah berasal dari Yunani. Ia memberikan maksud sebagaimana yan g telah dinyatakan di atas iaitu pemerintah rakyat atau kuasa rakyat. Demokrasi ini pada asalnya merupakan satu bentuk aliran pemikiran berpolitik yang mana diguna pakai di bangsa Yunani sejak sebelum kelahiran Nabi Isa AS. Mereka menggunakan sistem demokrasi ini sebagai satu sistem dalam membentuk kesatuan dalam kalangan rakyat apabila sistem ini berjaya mengumpulkan seluruh rakyat untuk memilih ketua mereka. Dengan wujudnya sistem ini, ia menolak sistem diktator iaitu pemerintahan yang ditentukan oleh kerajaan tanpa ada ruang oleh rakyat untuk memilih. - kitab Qadhaya Fiqhiyyah Muasorah,tahun 4, Universiti Al-Azhar, Kaherah – m/s 8 Sistem ini mula berkembang di Eropah selepas zaman kegelapan yang berlaku. Zaman kegelapan menyaksikan apabila rakyat dizalimi dan dikuasai penuh oleh sati sistem pentadbiran yang dikawal oleg gereja dan paderi. Gereja mempunyai kuasa mutlak dengan mendoktrin rakyat bahawa kuasa tuhan diberikan kepada paderi-paderi dalam menentukan sesuatu walau ia bertentangan dengan undang-undang yang sedia ada. Selain itu lapisan masyarakat juga dibahagikan kepada 2 lapisan. Lapisan golongan bangsawan oleh pembesar-pembesar dan paderi-paderi mempunyai layanan yang istimewa dan kemewahan serta pangkat yang diwarisi. Manakala lapisan golongan bawahan oleh petani dan hamba sentiasa hidup dalam keadaan kemiskinan serta ditindas oleh kerajaan. Bermulanya kebangkitan dengan bangkitnya golongan cendiakwan dan golongan cerdik pandai untuk membebaskan kongkongan gereja ke atas mereka dengan membawa perjuangan menyucikan atau meninggikan akal pemikiran yang dimiliki. Iaitu gereja tidak boleh lagi menghambakan rakyat atas nama wahyu, akidah, amanat tuhan dan sebagainya. Selagimana akal membenarkan sesuatu perkara, maka ia adalah benar. Hal ini terjadi apabila gereja menggunakan kuasa mereka dengan menolak secara total dengan menggunakan doktrin ‘wahyu’ ke atas ilmu-ilmu moden dan teori-teori sains yang membawa kepada pembentangan ilmiah. Hasil daripada itu, dalam Revolusi Perancis, rakyat terutama golongan bawahan mula bersatu dan bangkit bagi menjatuhkan kerajaan yang sedia ada bagi menggantikan satu kerajaan yang baru yang membela hak asasi kemanusiaan sejagat. - Kitab Fiqh An-Nawazul, bab Al-Ahzab Al-Islamiah Fi Al-Islam, oleh Sofi Ar-Rahman Al-Mubarakfuri – m/s 7-14 Maka hasil daripada itu, sistem demokrasi mula dipakai secara meluas di negara-negara Eropah. Dan sehingga kini, sistem demokrasi ini juga digunakan di rata-rata negara termasuklah negara kita, Malaysia yang mengadakan pilihanraya bagi rakyat memilih wakil-wakil mereka sebagai pemerintah. Golongan Yang Menolak Sistem Demokrasi Terdapat golongan yang menolak sistem demokrasi ini secara mutlak. Mereka tidak menerima bahawa demokrasi kerana ia jelas bertentangan dengan syariat Islam. Bahkan sistem demokrasi ini sebegini tidak pernah dilakukan di zaman Nabi SAW. Terdapat beberapa alasan yang dikemukakan oleh golongan yang menolak sistem demokrasi ini secara mutlak : 1- Sistem dari pihak Barat bukan asal usul dari Islam 2- Demokrasi memberikan kuasa penuh kepada rakyat dalam membuat sebarang undang-undang bahkan dalam konteks yang melibatkan syara. Sedangkan Islam menetapkan bahawa hukum adalah milik Allah 3- Demokrasi meletakkan asas bahawa suara majoriti sebagai penentu sedangkan suara majoriti tidak menjamin akan keputusan yang pasti betul 4- Demokrasi bertentangan dengan konsep syura yang dianjurkan dalam Islam apabila konsep pilihanraya memberikan hak dan peluang kepada rakyat untuk memilih walaupun mereka tidak memenuhi syarat layak sebagai ahlul halli wa aqdi (anggota penilai dan pemutus keputusan) sebagaimana yang ditetapkan oleh Islam Beberapa hujah yang digunakan oleh mereka ialah : 1) Aisyah RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda : مَنْ أَحْدَثَ في أَمْرِنا هذا ما لَيْسَ مِنْه فَهُوَ رَدٌّ “Sesiapa yang melakukan sesuatu yang baharu dalam urusan kami (agama) ini maka perkara tersebut bukanlah daripada urusan agama, maka ia adalah tertolak”. – Bukhari dan Muslim Dalam riwayat lain oleh Muslim : مَنْ عَمِلَ عَمَلا لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنا فَهُوَ رَدّ “Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan dan ia bukan daripada urusan kami (dalam agama), maka ia tertolak.” Daripada ‘Irbadh bin Sariyah, Nabi SAW bersabda : فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وسُنَّةِ الخُلَفاء الراشِدِين المَهْدِيِّين عَضُّوا عَليها بالنَواجِذ وَإِيّاكُم وَمُمْحَدثات الأُمُور فَإِنَّ كُلَّ بِدْعَة ضَلالَة “Maka hendaklah kamu mengikuti sunnahku, dan sunnah sahabat Khulafa’ Ar-Rasyidin yang mereka ini diberikan hidayah dan gigitlah ia dengan gigi geraham (berpgang teguh dengan sunnah tersebut), maka jauhilah kami daripada pembaharuan yang yang direka-reka (dalam agama), maka sesungguhnya setiap bid’ah tersebut adalah sesat.” - Abu Daud dan At-Tirmizi Justeru, sistem demokrasi adalah tertolak kerana ia merupakan rekaan di dalam Islam dan dicetuskan oleh pihak Barat. 2) Ayat Al-Quran pada Surah Al-A’raf pada ayat yang ke-3, bermaksud : “Ikutlah apa yang telah diturunkan oleh tuhan kamu (Allah) kepada kamu.” Maksud daripada firman Allah dalam surah Yusuf pada ayat ke-67 : “Kuasa menetapkan sesuatu (hukum) itu hanya tertentu bagi Allah” Justeru, demokrasi adalah bertentangan dengan Islam yang mana demokrasi memberikan kuasa sepenuhnya kepada rakyat dalam menggubal dan mencampuri urusan undang-undang bahkan syara’. Sedangkan syara’ adalah milik Allah dan Islam menetapkan bahawa Allah adalah kuasa mutlak yang tertinggi. 3) Dalam Islam, konsep syura adalah bagi mereka yang layak dan memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Islam. Dan syura inilah yang akan menentukan sesuatu keputusan yang dilakukan walaupun bilangan anggotanya adalah sedikit. Hal ini dapat dilihat ketikamana perlantikan Saidina Abu Bakar menjadi khalifah yang pertama, beliau dibai’ah dahulu oleh 5 sahabat kemudian barulah diikuti oleh para sahabat yang lain. Hal ini berbeza dengan sistem demokrasi dalam pilihanraya yang meletakkan konsep majoirti adalah penentu. Dalam Islam, sesuatu perkara hendaklah dirujuk kepada ahlinya, bukan hanya berdasarkan kepada majoriti suara semata-mata. Maksud daripada firman Allah dalam Surah An-Nisa’ pada ayat ke-59 : “Wahai orang yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah rasul-Nya serta pemimpin kamu. Maka sekiranya kamu berselisihkan akan sesuatu perkara hendaklah kamu kembali atau rujuk kepada Allah dan rasul-Nya sekiranya kamu beriman kepada Allah dan Hari Akhirat.” Ulama sepakat bahawa yang dimaksudkan dengan kembali atau rujuk kepada Allah dan rasul adalah rujuk kepada Al-Quran dan hadis. Maka bukan semua orang mampu atau berautoriti dalam menguruskan hal ini melainkan ulama dan mereka yang mendalami ilmu agama. Maka dalam sistem pilihanraya, jelas ia bertentangan dengan Islam, kerana bukan semua rakyat adalah ulama dan mendalami ilmu agama, maka bagaimana boleh dikira suara majoriti mereka adalah penentu? Saidina Umar di zaman pemerintahannya memilih 6 sahabat sebagai anggota syura dalam membincang pelbagai perkara. Bahkan banyak pembaharuan yang dilakukan di zaman beliau. Beliau, Saidina Umar tidak mengambil majoriti suara rakyat yang berada di bawah, namun hanya memadai dengan suara majoriti daripada 6 sahabat yang dipilih. Hal ini menunjukkan suara majoriti rakyat sebagaimana yang digunapakai dalam sistem pilihnaraya demokrasi ini bukanlah menjamin sesuatu keputusan tersebut adalah betul. Bahkan konsep syura adalah bergantung kepada ahlinya iaitu mereka yang mempunyai kelayakan bukan semua rakyat. Demokrasi Dari Kacamata Islam Sebagaimana yang dinyatakan di atas, demokrasi merupakan sistem yang memberikan ruang kepada rakyat untuk memilih wakil-wakil mereka dalam pilihanraya yang diadakan. Ia mengambil kira majoriti suara rakyat dan meletakkan ia sebagai timbangan pilihan rakyat secara bebas. Sistem demokrasi adalah tidak lain, pada asalnya bagi memberikan hak sama rata kepada rakyat dan kebebasan. Maksudnya setiap individu layak untuk bertanding menjadi calon. Ia sekaligus menolak sistem pemerintahan secara diktator. Rakyat juga diberikan ruang untuk menilai dan muhasabah pemerintah yang sedia ada bagi menentukan pemerintah bagi sesi akan datang. Justeru, dalam Islam, demokrasi yang dilihat dari sudut politik ini dalam memberikan kebebesan untuk memilih pemimpin mereka melalui pilihanraya yang adil dan telus adalah menepati syariat Islam. Dan inilah sebenar tuntutan Islam dalam mewujudkan pentadbiran yang adil. Sehubungan itu, alasan dan serta hujah yang dibawa oleh golongan yang menolak sistem demokrasi secara total akan dijawab dengan beberapa hujah yang akan dibentangkan sebentar lagi. 1) Menjawab : Sistem demokrasi adalah celupan daripada pihak Barat dan ia merupakan rekaan dalam Islam Berdasarkan hadis-hadis yang menerangkan berkenaan bid’ah dan kewajipan memegang sunnah merupakan perkara yang disepakati oleh ulama. Sistem demokrasi walaupun ia tidak pernah dilakukan oleh baginda SAW namun ia bukanlah menjadi hujah ia tertolak. Hal ini demikian kerana, bid’ah yang terlarang adalah yang bercanggah dengan Islam. Demokrasi membawa ke arah kebebesan bersuara dan hak sama rata dan ia tidak bercanggah dengan Islam. Disebabkan itu, alasan “apa yang Nabi SAW tidak pernah lakukan” bukanlah hujah. Untuk perbahasan terperinci rujuk artikel lepas di : http://www.manhal.pmram.org/2012/05/nabi-saw-tidak-pernah-lakukan-hujah.html Bahkan Islam tidak melarang untuk mempraktikkan sesuatu teori atau teknik (dalam konteks urusan keduniaan) daripada orang bukan Islam. Dalam peperangan Khandak, sistem parit adalah hasil idea daripada Farsi. Bahkan selepas peperangan Badar, Nabi SAW menyuruh setiap tawanan Badar untuk mengajar menulis dan membaca akan 10 kanak-kanak Islam di Madinah. Saidina Umar di zaman pemerintahannya juga melaksanakan sistem jabatan dan cukai melihat kepada kerajaan dunia yang lain. Maka inilah yang disebutkan sebagai “Kebijaksaan tersebut adalah barang hilang kepunyaan orang mukmin, maka sesiapa orang Islam yang mendapatinya maka ia (orang Islam) lebih berhak untuk menggunakannya.” – Fatwa Syeikh Ali Jumaah dalam kitab Al-Bayan Lima Yashghulu Al-Azhan, ms – 93-95 2) Menjawab : Demokrasi memberikan manusia kuasa mutlak mengatasi kuasa Allah Demokrasi yang diterima dalam Islam bukanlah sehingga memberikan hak mutlak kepada rakyat dalam memerintah sehingga perkara syarak dan melebih kuasa tuhan. Islam menjaga akan ketetapan-ketetapan yang telah diperuntukkan. Dalm konteks demokrasi yang diterima dalam Islam, hak memerintah adalah bagi memilih pemerintah untuk mengurusan dan mentadbir urusan dunia sahaja. Bermaksud, kebebasan tersebut adalah untuk memilih pemimpin mereka untuk melaksanakan amanah dalam menjaga agama dan hak asasi secara adil. Dr Yusuf Al-Qardhawi berkata di dalam kitab Ad-Din Wa As-Siyasah : “Yang kita maksudkan dengan demokrasi (yang diterima dalam Islam) ialah dari sudut politiknya iaitu intipati demokrasi ialah rakyat memilih pemerintah yang akan mentadbir urusan negara. Maka ini sebagaimana yang ditekankan oleh Islam melalui konsep syura dan bai’ah. Hal ini demikian kerana Islam menolak dan mencela sistem pemerintahan firaun dan diktator. Dan sesungguhnya Allah bersama-sama dengan jemaah. Dalam satu hadis, Nabi SAW bersabda kepada Abu Bakar dan Umar : {Sekiranya kamu berdua bersepakat dalam satu pandangan, maka aku tidak akan bertentangan dengan kamu.[1]} Hadis ini menjadi dalil bahawa Nabi SAW memperakui akan suara majoriti.” Mufti Mesir, Syeikh Ali Jumaah dalam kitab Al-Bayan Lima Yashghulu Al-Azhan menyebutkan bahawa : “Apabila kita menyebut akan demokrasi yang dikehendaki, bukanlah bermaksud kuasa rakyat menggantikan kuasa Allah. Demokrasi yang diterima di negara-negara Islam ialah dari konteks meletakkan dasar dari sudut politik untuk memilih pemerintah, konsep syura, nasihat, amar makruf nahi mungkar dan menentang kezaliman. Dengan erti kata lain, demokrasi yang diterima ialah ia sebagai wasilah atau cara dalam mencapai satu taraf hidup yang lebih baik dan terjaga kehormatan (dengan cara memilih pemimpin yang adil). Justeru, tidak menjadi masalah menggunakan istilah barat seperti ‘demokrasi’ kerana hukum bukan dilihat pada sesuatu nama akan tetapi dilihat kepada intipati sesuatu tersebut.” Disebabkan itu, dalam sistem demokrasi yang diterima oleh Islam ialah kita bukan taqlid iaitu mengikuti secara mutlak sebagaiman yang dilakukan oleh pihak Barat. Akan tetapi kita mengambil apa yang baik dan bersesuaian dengan tidak bercanggah dengan Islam. Justeru, apabila demokrasi yang dijalankan dari sudut politikl iaitu memberikan ruang untuk rakyat menilai dan memilih pemerintah tanpa melebihkan sehingga melampaui had syara, maka ia tidak bermasalah. Justeru, yang dimaksudkan dengan kuasa rakyat atau pemerintahan rakyat ialah dari sudut menafikan pemerintahan mutlak seseorang atau diktator, bukannya menolak kuasa Allah dari konteks syara’. 3) Menjawab : Konsep syura adalah tidak sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam Intipati demokrasi ialah syura dalam memilih pemerintah melalui pilihanraya. Islam juga akan mementingkan konsep syura kerana Allah bersama-sama dengan jemaah. Dan juga keputusan yang dibuat melalui syura iaitu perbincangan adalah terlebih baik daripada keputusan individu semata-mata. Hal ini demikian kerana pemerintahan secara diktator menggunakan kausa mutlak untuk memilih pengganti atau mengadakan pilihanraya sebagai gimik namun suara majoriti rakyat diketepikan. Justeru demokrasi yang diterima oleh Islam ialah melihat kepada intipati sistem tersebut iaitu konsep syura. Adapun hujah berdasarkan ayat Al-Quran dalam surah An-Nisa pada ayat ke-59 yang memberikan maksud hanya ulama dan mereka yang mendalami ilmu agama sahaja yang layak dalam konteks rujuk dan mengkaji mengani urusan agama. Perkara ini adalah sepakat ulama. Namun begitu, perlu ingat bahawa ia hanya dalam konteks agama kerana ulama adalah orang yang mempunyai kemahiran dalam bidang agama. Adapun dalam konteks urusan keduniaan seperti pilihanraya yang merupakan wasilah yang bersesuaian pada kehidupan hari ini, maka ia merupakan perkara ijtihad dalam urusan dunia yang terserah kepada manusia umum untuk membuat pilihan. Justeru, ia mestilah memerlukan kepada suara majoriti dalam membuat sesuatu keputusan sebagaimana juga dalam konteks syura atau mesyuarat. Maka ia tidak ada masalah kerana bukanlah apa yang ditentukan oleh manusia tersebut akan sesuatu pilihan adalah tercela secara mutlak. Justeru, dalam konteks ini Allah memberikan ruang kepada akal yang diberikan untuk menilai dan membuat pilihan selagimana pilihan tersebut tidak bertentangn dengan syara’. Maka jelas, rakyat merupakan ahlinya dalam memilih pemerintah mereka kerana mereka tahu apa akan calon-calon yang bertanding dan mereka mampu menilai mana calon yang akan menjalankan amanah dengan baik dan adil. Dr Wahbah Az-Zuhaily berkata 3 syarat bagi menjadikan mereka sebagai ahli dalam sesuatu perbincangan dan keputusan seperti pengundi : - Adil dalam membuat keputusan - Mempunyai pengetahun asas berkaitan sifat yang mesti dimiliki oleh seorang pemerintah - Bijaksana ketika membuat pilihan atau undian Justeru, dengan kemajuan teknologi yang ada, sumber maklumat yang luas dan jaringan media yang tersebar, maka rakyat mampu menilai dalkam konteks pilihanraya. Maka apabila rakyat mempunyai syarat ini maka, pilihanraya jelas menjadi konsep syura yang terbesar dalam menentukan pemerintah mereka. Mengenai bilangan ahli syura sebagaimana alasan atau hujah yang dibawakan oleh pihak yang menolak demokrasi secara total dengan mengatakan memadai Saidina Umar melantik 6 sahabat sebagai ahli syura beliau, maka tidak ada dalil daripada Al-Quran dan sunnah serta ijma’ yang menetapkan bilangan yang tertentu. Ia adalah bergantung kepada ijtihad. – Dr Wahbah Az-Zuhaily, kitab Fiqh Adillah Wa Adillatuh, jilid ke-8 – m/s 6172 Justeru, tidak ada masalah jika, dalam pilihanraya, kerajaan menetapkan bahawa semua rakyat yang mencukupi syarat-syarat tertentu untuk mengundi ia dikira sebagai saksi dalam memberikan undi. Dan ia tidaklah bertentangan dengan konsep syura dalam Islam sebagaimana maksud daripada firman Allah dalam Surah Ali Imran pada ayat ke-159: “Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam sesuatu perkara. Maka apabila kamu telah berazam maka tawakkallah kepada Allah. Kesimpulan Maka berdasarkan kepada kita, jelas bahawa demokrasi wujud di dalam Islam sebagaimana yang telah dinyatakan di atas. Namun begitu, sistem demokrasi di dalam Islam mestilah bukan sebagaimana yang dianjurkan oleh pihak Barat iaitu sehingga melampaui had syara’. Maka selagimana demokrasi yang diamalkan dari sudut politik dalam mengadakan pilihanraya yang adil dan telus untuk memberikan rakyat menilai dan membuat pilihan untuk memilih wakil mereka, maka ia tidak bercanggah dengan syara’. Hal ini dikuatkan lagi apabila demokrasi yang ada pada hari ini adalah : 1- Menolak sistem diktator atau pemerintahan ala firaun yang menggunakan kuasa yang sewenang-wenang dengan menzalimi rakyat. Maksud daripada firman Allah dalam surah Al-Qasas pada ayat ke-4 : “Sesungguhnya Firaun telah berlaku zalim di bumi dengan melampaui batas, serta ia menjadikan penduduknya berpuak-puak. Ia menindas satu puak di antaranya dengan membunuh anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya adalah ia dari golongan yang membuat kerosakan.” 2- Pilihan adalah berdasarkan keputusan suara majoriti. Ia merupakan konsep syura dalam membuat sesuatu pilihan. 3- Pemerintah yang dipilih merupakan pilihan majoriti rakyat. Pemerintah yang dikasihi dan diredhai oleh kebanyakkan rakyat. Daripada Ibnu Abbas meriwayatkan, Nabi SAW bersabda : “3 golongan yang tidak diteriman solat mereka : lelaki atau satu kaum yang mereka ini dibenci, wanita (isteri) yang dimuraki oleh suaminya dan dua saudara yang bermusuh-musuhan.” – Ibnu Majah no 971 Berdasarkan hadis di atas, Dr Yusuf Al-Qardhawi menyebut, maka apabila seseorang yang dipilih untuk menjadi imam solat hendaklah ia disukai oleh para makmumnya supaya solat yang diimami tersebut diterima. Justeru, penjagaan ini dalam konteks imam solat, maka lebih-lebih lagi dari konteks pemerintah negara, ia mestilah disukai dan disenangi oleh rakyatnya. Nabi SAW bersabda : “Sebaik-baik pemimpin kamu ialah kamu mengasihi mereka dan mereka mengasihi kamu, kamu mendoakan merekan dan mereka mendoakan kamu. Dan seburuk-buruk pemimpin ialah kamu membenci mereka dan mereka membenci kamu dan kamu melaknat mereka dan mereka melaknat kamu.” – Muslim no 1855 Wallahu a’lam "Membentuk Dengan Acuan Al-Azhar" "Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"

SURAT TERBUKA ANAK TUN GHAFAR BABA

SURAT TERBUKA ANAK TUN GHAFAR BABA, TAMRIN GHAFAR KEPADA NAJIB RAZAK SELAKU PERDANA MENTERI DAN PRESIDEN UMNO....
23hb April 2012 YAB DATO’ SRI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA BANGUNAN PERDANA PUTRA 62502 PUTRAJAYA, MALAYSIA. Assalamualaikum wbt YAB Dato’ Sri, PERKARA-PERKARA YANG HARUS DILAKUKAN UNTUK MEMENANGI PILIHANRAYA Semoga YAB Dato’ Sri senantiasa berada dalam perlindungan Allah di dalam memikul tanggungjawab sebagai Perdana Menteri demi agama, bangsa dan negara. Saya memilih untuk mengutus surat ini pada hari ini, Isnin 23hb April 2012 kerana pada tarikh ini enam tahun lalu kembalinya ayahanda saya, Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba ke Rahmatullah. Sebelum menutup mata buat kali terakhirnya, beliau telah mengalirkan air mata kepada beberapa orang sahabatnya termasuk Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Musa Hitam yang menziarahinya di hospital. Beliau meluahkan keresahannya tentang masa depan UMNO, orang-orang Melayu dan negara. Kedua-dua ayahanda kita (Tun Ghafar dan Tun Razak) adalah rakan seperjuangan yang amat rapat berjuang tanpa mengira penat lelah untuk bangsa dan negara. YAB Dato’ Sri dan saya pula pernah bersama-sama berada dalam Exco Pergerakan Pemuda UMNO di zaman Datuk Haji Suhaimi Kamaruddin dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Walaupun Tun Ghafar Baba diiktiraf sebagai seorang wira negara, tetapi yang sedihnya pembinaan Memorial Tun Ghafar Baba di Peringgit, Melaka sebagaimana yang dijanji dan diluluskan peruntukannya sebanyak RM12 juta oleh kerajaan sejak beberapa tahun lepas, masih belum ditunaikan sehingga ini. Alasan yang diberikan ialah ketiadaan peruntukan sedangkan jika dilihat setiap kali pilihanraya kecil diadakan, begitu banyak peruntukan diberikan kepada sekolah-sekolah venakular Cina dan sebagainya dengan tujuan untuk meraih undi. Bukanlah saya menentang pemberian itu tetapi mengabaikan penghormatan kepada seorang wira negara seperti ayahanda saya dan mengutamakan perkara lain amatlah tidak berpatutan. Saya juga mengalu-alukan beberapa langkah pembaharuan dan transformasi yang cuba dilakukan oleh YAB Dato’ Sri sejak menjadi Perdana Menteri lebih tiga tahun lalu. Namun demikian, disebabkan dalam masa yang sama wujud juga pelbagai isu dalam negara yang menghantui rakyat, ia telah menyebabkan segala transformasi yang cuba dilaksanakan itu dipertikaikan dan tidak dapat diterima dengan baik. Menjelang PRU 13 yang dijangka berlangsung pada Jun ini yang mana ia dikatakan ibu segala pilihanraya dan pilihanraya yang akan menentukan sama ada UMNO/BN mampu terus bertahan atau sebaliknya, hari demi hari didapati sokongan dan keyakinan rakyat terhadap UMNO dan BN semakin merudum disebabkan begitu banyak sekali isu-isu serius yang berlaku dan tidak berjaya ditangani. Atas dasar keprihatinan terhadap UMNO dan ingin terus melihat parti ini mampu bertahan di hati rakyat dan memenangi pilihanraya, saya mempunyai beberapa pandangan yang dirasakan mampu mengembalikan semula kepercayaan rakyat kepada UMNO dan BN, seterusnya mampu menghasilkan keputusan yang cemerlang dalam pilihanraya umum nanti. 1. ISU LEMBU NFC Sejak isu lembu NFC yang dikaitkan dengan Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Jalil muncul, ia didapati begitu menjejaskan sokongan rakyat kepada UMNO. Ia bukan sekadar suatu skandal yang dikaitkan dengan seorang menteri kabinet, menggunakan duit lembu untuk membeli pelbagai hartanah di Malaysia, Singapura dan Kazashtan, pecah amanah dan sebagainya sebagaimana yang sudah banyak didedahkan tetapi turut menjadi persoalan ialah siapakah yang melulus dan mempunyai kepentingan di sebalik projek berimpak tinggi itu. Isu NFC tidak dilihat selesai di mata rakyat dengan sekadar Shahrizat “meletakkan jawatan” ( tamat tempoh Senator pada 8/4/12) dan mendakwa suaminya di mahkamah. Oleh kerana RM250 juta itu adalah wang rakyat, maka rakyat sebenarnya berhak untuk mengetahui secara terperinci perkara-perkara seperti berikut: 1) Atas dasar apa pinjaman RM250 juta itu diberikan sedangkan syarikat dan Ahli Lembaga Pengarah langsung TIDAK mempunyai sebarang pengetahuan dan kepakaran dalam bidang penternakan lembu; 2) Berapakah jumlah modal berbayar syarikat semasa pinjaman diluluskan (mesti mempunyai tidak kurang daripada 10% daripada jumlah pinjaman); 3) Siapakah yang bertanggungjawab merekomen dan akhirnya meluluskan pinjaman itu – ini penting kerana berbagai tuduhan mengatakan mereka yang terlibat antaranya ialah YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Noh Omar dan termasuk juga YAB Dato’ Sri sendiri; 4) Apakah terma-terma perjanjian di antara kerajaan dengan syarikat NFC ini sehingga mereka boleh membelanjakan pinjaman tersebut sesuka hati seperti membeli hartanah mewah di Malaysia, Singapura dan Kazashtan. 5) Betulkah kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi PAC, Datuk Azmi Khalid bahawa pinjaman tersebut dikeluarkan SEBELUM perjanjian ditandatangani. Berdasarkan kepada konsep ketelusan dan keterbukaan YAB Dato’ Sri sendiri, saya berpendapat wajar YAB Dato’ Sri membuktikan konsep tersebut dengan bersetuju terhadap permintaan Pakatan Rakyat untuk menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat dan merungkai keseluruhan kemelut skandal tersebut memandangkan sudah begitu banyak cakap-cakap dan dakwaan dilemparkan berkaitan isu ini. Bak kata Saudara Aspan Alias dalam blognya Aspan Alias @ blogspot.com, jika isteri Datuk Salleh hanya seorang bidan kampung atau guru sekolah, mungkinkah syarikat mereka begitu mudah mendapat pinjaman sebanyak RM250 juta selama 20 tahun tanpa perlu membayar semula sehingga di tahun kelima. Faedah yang dikenakan pula hanya 2% saja jika dibandingkan dengan pinjaman perumahan dan kenderaan kakitangan awam sebanyak 4%, sehingga ada yang mengatakan secara sinis, nilai lembu lebih tinggi daripada kakitangan awam. Tidak kurang juga rasa hampa sebahagian besar ahli-ahli perniagaan dan anak-anak muda yang baru melangkah ke dunia perniagaan, mereka amat susah mendapat pinjaman walaupun setakat RM50 ribu sama ada dari bank-bank mahupun dari agensi kerajaan. Berbagai syarat seperti cagaran dan penjamin mesti disediakan. Biasanya mereka terpaksa menunggu berbulan-bulan lamanya hanya untuk mendapat keputusan. Faedah yang dikekakan pula tidak kurang 10%. Tanya mereka, “di manakah keadilan sebenarnya.” Dalam masa yang sama, Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim sendiri berpendapat isu ini amat menyukarkan Wanita UMNO peringkat akar umbi menjalankan kerja bagi menghadapi pilihanraya umum akan datang. Seperti kata Kamilia, “kami Wanita UMNO dianggap sebagai lembu ke mana-mana kami pergi”. Malangnya atas sebab-sebab perhubungan silam dengan Datuk Seri Shahrizat yang hanya YAB Dato’ Sri sendiri saja tahu telah menyebabkan YAB Dato’ Sri mengambil pendekatan di mana hubungan peribadi mengatasi kepentingan parti. Hanya dengan penubuhan sebuah Suruhanjaya Diraja yang bebas dan adil saja yang berupaya mengembalikan keyakinan rakyat. Malahan saya percaya selepas Suruhanjaya Diraja ini menjalankan tugasnya dan disusuli dengan tindakan yang bersesuaian oleh pihak berkuasa, tiada sebab lagi untuk rakyat terus meragui UMNO dan kerajaan yang ada sekarang. 2. ISU CINCIN US24 JUTA DAN PERBELANJAAN MEWAH YAB Dato’ Sri, Melalui jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz di Parlimen yang mengesahkan kewujudan cincin bernilai US24 juta yang begitu diheboh-hebohkan suatu ketika dahulu. Berbagai kenyataan berhubung isu cincin berlian itu diberikan, menambahkan lagi kesangsian rakyat:- 1. Kenyataan Pertama Ekoran terpaparnya di kaca-kaca internet borang deklarasi kastam KLIA yang menunjukkan cincin bernilai US24 juta itu adalah kepunyaan isteri YAB Dato’ Sri dan apabila dicabar supaya mengambil tindakan undang-undang, kenyataannya ialah tidak perlu membuang masa. 2. Kenyataan Kedua Cincin tersebut dibawa masuk ke Malaysia adalah untuk menyertai Pameran Barang-Barang Kemas di Kuala Lumpur. 3. Kenyataan Ketiga Pengesahan Menteri di Parlimen bahawa cincin tersebut telah dipulangkan kepada Jacob & Co yang berpusat di New York. Begitu juga dengan dan pembelian pelbagai jenis barangan mewah sebagaimana yang dilaporkan di media yang dikaitkan dengan isteri dan keluarga YAB Dato’ Sri, ia sekaligus menebalkan lagi kesangsian rakyat terhadap kekayaan peribadi YAB Dato’ Sri sekeluarga. Baru-baru ini timbul pula berita YAB Dato’ Sri membelanjakan wang rakyat lebih RM400 ribu untuk jamuan majlis pertunangan anak perempuan dan hampir RM80 ribu untuk sambutan hari jadi YAB Dato’ Sri sendiri. Sudah timbul cakap-cakap di warung dan kedai kopi bahawa hanya dalam tempoh 3 tahun saja kekayaan keluarga YAB Dato’ Sri telah melebihi kekayaan Imelda Marcos. Persoalan yang bermain di hati rakyat ialah bagaimanakah kekayaan itu diperolehi. Dalam hal ini YAB Dato’ Sri tidak seharusnya hanya berdiam diri atau sekadar meminta pihak lain membuat penafian tanpa sebarang fakta dan angka. Selain keperluan bersuara sendiri dan mengemukakan bukti untuk menangkis segala dakwaan yang ditimbulkan itu, ada yang menyarankan agar YAB Dato’ Sri berani bersumpah di mana-mana masjid bahawa segala perbelanjaan dan kemewahan yang dimiliki adalah diperolehi secara halal, milik yang sah dan tidak ada satu sen pun hasil dari pengambilan wang rakyat. Dalam hal ini, saya tidak mahu memberi komen, terserahlah kepada YAB Dato’ Sri sendiri. Tetapi jika ini dapat dilakukan, sudah tentu keyakinan rakyat dapat dipulihkan dan memberi kelebihan untuk YAB Dato’ Sri dalam menghadapi pilihanraya yang akan datang ini. 3. ISYTIHAR HARTA Sesuai dengan semangat keterbukaan yang menjadi teras kepada mana-mana kerajaan di kebanyakan negara sekarang ini, saya juga ingin mencadangkan agar YAB Dato’ Sri, menteri kabinet dan pegawai tinggi kerajaan mengisytiharkan harta dan kekayaan masing-masing untuk pengetahuan rakyat. Di Amerika Syarikat, malah di Indonesia pun, calon-calon Presiden dikehendaki mengisytiharkan harta dan kekayaan masing-masing serta keluarga sebelum mereka menawarkan diri menyertai pilihanraya. Sekiranya perkara yang sama dapat dilakukan oleh YAB Dato’ Sri sebelum pilihanraya ini, ia tentunya suatu berita gembira bagi rakyat dan mereka akan dapat menilai sama ada seseorang pemimpin itu terlibat dengan rasuah atau sebaliknya. Dalam hal ini, saya amat berkeyakinan jika amalan mengisytiharkan harta dan kekayaan oleh anggota kabinet dan pegawai tinggi kerajaan termasuk keluarga mereka untuk pengetahuan rakyat dapat dijadikan teras pentadbiran YAB Dato’ Sri, ia akan mampu melonjakkan sokongan rakyat dalam menghadapi pilihanraya umum ini serta boleh dijadikan garis panduan bagi pemimpin akan datang sama ada di peringkat pusat mahu pun negeri. 4. SEMANGAT MELAYU DAN DASAR EKONOMI Kebimbangan utama orang Melayu dan rakyat beragama Islam terhadap UMNO sekarang ialah perjuangannya yang dilihat semakin menipis terhadap kepentingan Melayu, Islam dan seperti sudah melupakan semangat Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak dahulu. Melalui dasar 1Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato’ Sri, rata-rata berpendapat bahawa ia tidak seharusnya terlalu dikompromikan terutamanya dalam pengagihan kek ekonomi, pemberian biasiswa, perlaksanaan kouta Bumiputera dan sebagainya. Sejak DEB diperkenalkan pada sekitar tahun 1970-an oleh Tun Abdul Razak, BN terus mendapat sokongan kuat daripada rakyat dalam pilihanraya demi pilihanraya sehinggalah tahun 2004. Walaupun Tun Razak tidak mempunyai slogan seperti 1Malaysia tetapi rakyat berbilang kaum hidup berharmoni dan hormat menghormati antara satu sama lain. Hak-hak istimewa orang Melayu seperti kouta dalam perniagaan dan biasiswa tidak terjejas, di samping hak rakyat asing yang lain terus berkembang dengan pesat. Agama rasmi negara iaitu Islam tidak dihina dan dimomok seperti yang dilakukan sekarang oleh rakan kongsi BN sendiri iaitu MCA. Ramai yang berpendapat Allahyarham Tun Razak, ayahanda YAB Dato’ Sri telah memberi harapan kepada rakyat khususnya orang-orang Melayu tetapi harapan itu dihancurkan oleh anaknya sendiri iaitu YAB Dato’ Sri sendiri. Kata Datuk Ariff Sabri dalam blognya Sakmongkol AK47, NAJIB BUKAN TUN RAZAK… ini membawa makna yang amat jauh dan dalam. Hanya pada tahun 2008 BN kehilangan 4 negeri selain Kelantan dan juga hilang majoriti 2/3. Ini berlaku kerana seperti kata Tun Mahathir, pimpinan BN pada ketika itu amat lemah dan lalai, ditambah pula wujudnya sikap rakus “budak-budak tingkat 4”. Malangnya, sejak setahun dua ini rata-rata rakyat, termasuk ahli-ahli UMNO dan BN sendiri mengkritik kepimpinan hari ini yang disifatkan lebih teruk dari yang baru lepas. Ini tidak termasuk perbincangan hangat orang ramai mengenai perilaku isteri YAB Dato’ Sri sendiri yang dikatakan lebih teruk dari “budak-budak tingkat 4”. Pendek kata, rakyat rata-rata mengikuti perkembangan semasa. Isu terbaru yang diperkatakan kebelakangan ini ialah bagaimana Tabung Haji boleh menjual ladang kelapa sawitnya di Indonesia seluas 83,000 hektar dengan anggaran pendapatan RM3 juta sehari kepada sebuah syarikat bukan Melayu. Perkara ini perlu dijelaskan terutama siapakah yang memberi kelulusan penjualan itu kerana jika benar, ia merupakan pengkhianatan kepada orang-orang Melayu khususnya pencarum-pencarum Tabung Haji. Saya penuh yakin bahawa kedudukan Melayu dan Bumiputera di negara ini telah difahami oleh semua pihak dan tidak akan menimbulkan apa-apa masalah jika ia diuruskan dengan ketegasan serta kebijaksanaan. Dalam hal ini, YAB Dato’ Sri bukan saja harus kembali kepada jati diri sebagai orang Melayu dan penganut Islam tetapi sebagai Presiden UMNO, YAB Dato’ Sri juga tidak harus lupa Fasal 3 Perlembagaan UMNO yang menuntut antara perjuangan UMNO ialah berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara. 5. PINJAMAN PTPTN Saya cukup tertarik dengan tawaran Datuk Seri Anwar dan Pakatan Rakyat untuk menghapuskan hutang pinjaman PTPTN kepada para pelajar pusat pengajian tinggi dan ingin memberi pendidikan percuma kepada rakyat. Bagi saya, tawaran Pakatan Rakyat itu amat baik dan relevan demi kepentingan rakyat, generasi muda dan kepentingan melahirkan lebih ramai modal insan yang berkualiti untuk negara. Demi kepentingan rakyat dan untuk mendapatkan kembali sokongan generasi muda dalam pilihanraya umum ini, saya ingin menyarankan agar YAB Dato’ Sri segera bertindak pantas menghapuskan pinjaman PTPTN ini kerana ia didapati begitu membebankan pelajar dan menyebabkan mereka dibelenggu dengan hutang sebelum pun memasuki dunia pekerjaan. Pinjaman PTPTN ini ternyata amat membebankan generasi muda dan tidak adil jika dilihat daripada kesediaan kerajaan memberikan pinjaman RM250 juta dengan kadar faedah hanya 2% serta diberikan tempoh membayar balik selepas lima tahun yang diberikan kepada projek lembu NFC. Lagi pun, jika hutang Tan Sri Tajuddin Ramli berjumlah RM589 juta terhadap kerajaan pun dapat dilupuskan, tentulah tiada masalah bagi pihak kerajaan menghapuskan hutang PTPTN ini demi kepentingan modal insan negara. Saya bersetuju dengan pandangan Tengku Razaleigh melalui hasil minyak negara sebanyak antara RM80 hingga RM90 bilion setahun, ianya tidak menjadi masalah kepada pihak kerajaan untuk memperuntukkan sebahagian kecil daripadanya untuk membiayai pelajaran anak-anak muda kerana mereka inilah harta negara sebenarnya yang perlu diberi perhatian serta tumpuan. Mengapakah kerajaan terlalu berkira sangat dalam soal hutang PTPTN ini kerana jika mengikut laporan di mana hutangnya hanya tinggal RM24 billion dan andainya pembayaran balik dilakukan dalam tempoh 10 atau 15 tahun, kerajaan hanya perlu mengeluarkan perbelanjaan yang kecil sahaja sedangkan inilah pelaburan terbaik untuk masa depan negara. Oleh kerana cadangan ini datangnya dari Pakatan Rakyat, kerajaan menolaknya dengan alasan yang susah diterima akal yang waras iaitu negara akan bankrap jika sekiranya cadangan tersebut dilaksanakan. Amat cetek sekali pemikiran dan pendekatan kerajaan dalam menangani isu PTPTN ini. Yang sedih dan memilukan apabila sekumpulan “askar-askar upahan” mencederakan anak-anak muda (penuntut) yang berpiket secara aman di Dataran Merdeka. Saya diberitahu, anggota polis yang berhampiran mengambil masa agak lama sebelum bertindak seolah-olah mengizinkan insiden tersebut. Begitu juga tindakan kasar Penguatkuasa DBKL. Sekarang ini mereka menyalahkan anak-anak muda ini pula dengan mengheretnya ke mahkamah – Ialah mereka yang berkuasa!! 6. CAMPURTANGAN SISTEM KEHAKIMAN Baru-baru ini telah didedahkan minit mesyuarat pengurusan Felda yang dipengerusikan oleh YAB Dato’ Sri sendiri di mana di dapati wujud usaha campurtangan untuk mempengaruhi hakim-hakim dalam kes-kes mahkamah yang melibatkan antara para peneroka dengan Felda. Pendedahan ini begitu mengejutkan kerana ia didapati campurtangan yang tidak wajar dilakukan oleh seorang Perdana Menteri yang saban hari melaungkan perjuangan mengutamakan rakyat, termasuk peneroka. Kata mereka mungkin banyak lagi kes-kes yang membabitkan campurtangan YAB Dato’ Sri dalam sistem kehakiman ini. Adalah penting untuk YAB Dato’ Sri membersihkan nama dalam hal ini dan menjelaskan kepada rakyat bagaimana ianya boleh berlaku. Pandangan rakyat dalam hal ini amat mudah, jika ianya tidak benar mustahil ia boleh dimasukkan dalam minit mesyuarat pengurusan Felda yang dipengerusikan oleh YAB Dato’ Sri sendiri. Sudah mula kedengaran cakap-cakap, dulu Mahathir sekarang Najib pula! 7. ISU PENGUNDI HANTU DAN HIMPUNAN BERSIH 3.0 Mengikut laporan-laporan yang didedahkan dalam media, isu pengundi hantu dan berleluasanya amalan menjadikan warga asing sebagai rakyat Malaysia untuk mengundi amat menakutkan sekali. Warga Indonesia, Bangladesh, Myanmar, Nepal dan Kemboja didapati begitu ramai dijadikan sebagai pengundi. Dalam masa yang sama, pengundi hantu di beberapa kawasan dan negeri juga didapati bertambah dengan mendadak. Selain Selangor yang didapati berlaku pertambahan jumlah pengundi yang besar, dilaporkan di kawasan Parlimen Pekan sendiri, jumlah pengundi baru bertambah sebanyak lebih 18 ribu. Ini tentunya merupakan suatu pertambahan yang meragukan. Mengikut mereka, pertambahan jumlah pengundi di Pekan dilakukan selepas YAB Dato’ Sri menang tipis cuma 241 undi pada 1999 di mana pengimportan pengundi warganegara asing daripada Kemboja dan Myanmar berjumlah beberapa ribu orang bermula. Oleh kerana media cetak dan elektronik utama dikuasai kerajaan, maka pelbagai pendedahan telah dibuat melalui akhbar Harakah dan Suara Keadilan. Rata-rata rakyat amat sedih melihat bagaimana kerajaan sanggup memberi kerakyatan kepada berpuluh ribu orang asing sebegitu mudah semata-mata untuk menang dalam pilihanraya ini. Proses membersihkan senarai pengundi amatlah penting dilakukan supaya pilihanraya berjalan dengan adil dan bersih. Adalah tidak berguna memenangi pilihanraya jika kemenangan itu hanya disumbangkan oleh undi daripada rakyat Bangladesh, Indonesia, Myanmar serta Kemboja dan ia tidak lebih umpama kata pepatah “menang sorak kampung tergadai” atau “menang pilihanraya negara tergadai”. Nauzubillah! Oleh kerana kebanjiran begitu ramai rakyat negara asing dianugerahkan kad pengenalan biru untuk dijadikan pengundi terutama di Selangor dan beberapa kawasan tertentu, sudah ada ejekan iaitu UMNO bukan lagi United Malay National Organisation tetapi berubah kepada United Myanmar Nepalese Organisation. You have to prove them wrong. YAB Dato’ Sri, Rakyat sebenarnya mahukan pilihanraya yang bersih, bersih dari segala jenis penipuan dan SPR yang benar-benar bebas tetapi jelas terbukti kerajaan seperti tidak mahu melayani permintaan-permintaan tersebut dan SPR pula bersubahat dengan kerajaan. Kerajaan yang bersih sepatutnya menerima dengan hati terbuka kehendak rakyat yang mahukan pilihanraya yang bersih. Untuk maksud tersebut, YAB Dato’ Sri mestilah serta-merta melantik Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR yang baru, ini ekoran pendedahan kedua-dua mereka iaitu Tan Sri Abdul Aziz Yusof dan Datuk Wan Ahmad Wan Omar adalah ahli UMNO. Patutlah kedua-dua mereka ini dilihat tidak bersikap bebas dan bersih melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan seperti yang dituntut oleh Perlembagaan dan undang-undang. Tidak salah kakitangan awam menjadi ahli mana-mana parti tetapi masyarakat mengharapkan penjawat jawatan tinggi seperti Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR mestilah bebas dari hubungan dengan mana-mana parti politik. Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR yang baru WAJIB bertindak serta-merta membersihkan daftar pengundi dengan sebaik mungkin dan menolak kewujudan pengundi hantu yang tidak masuk akal seperti wujudnya nama 100 pengundi yang menggunakan satu alamat rumah. Kewujudkan warga asing sebagai pengundi juga mesti dibersihkan demi maruah dan keselamatan negara. Justeru atas permintaan BERSIH, YAB Dato’ Sri perlu menubuhkan segera sebuah Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kes-kes pemberian kad pengenalan dan mendaftarkan warga asing sebagai pengundi. Jika di Sabah Suruhanjaya Diraja boleh ditubuhkan walaupun belum dilaksanakan, untuk menyiasat isu kebanjiran beratus ribu warga asing di sana dan betapa mudahnya mereka memperolehi kad pengenalan, saya tidak nampak ia tidak boleh dilakukan. Naib Presiden UMNO, Datuk Shafie Afdal baru-baru ini menyelar parti-parti politik yang kononnya akan menerima bantuan asing dan menyifatkan ianya amat merbahaya terhadap kedaulatan negara tetapi saya ingin memberitahu, perbuatan memberi kerakyatan kepada warga asing untuk menjadi pengundi adalah jauh lebih merbahaya daripada itu. Sehubungan itu, selain saya menyokong Himpunan Bersih 3.0 28 April ini, saya juga berpendapat bahawa UMNO dan kerajaan tidak mempunyai alasan untuk tidak membenarkan perhimpunan tersebut diadakan secara aman di Dataran Merdeka seperti yang dicadangkan. Dataran Merdeka adalah HAK rakyat juga asalkan mereka tidak merosakkannya. Oleh kerana yang dituntut hanyalah proses pilihanraya yang bersih, jika YAB Dato’ Sri menentang dan menunjukkan sikap keras terhadap tuntutan rakyat sebagaimana Bersih 1.0 dan 2.0, ia hanya menyerlahkan YAB Dato’ Sri berada di pihak yang “kotor”. Diharap polis dan samseng-samseng tidak akan digunakan untuk membelasah dan menangkap mereka yang akan mengambil bahagian pada 28 April ini dan kemudiannya akan menyalahkan mereka yang dizalimi. Dalam hal ini YAB Dato’ Sri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tan Sri Abdul Aziz Yusof (SPR) dan Datuk Noh Omar serta Datuk Zambry Abdul Kadir sebagai umat Islam perlu berani menjunjung al Quran bersumpah di mana-mana masjid bahawa YAB Dato’ Sri dan mereka TIDAK tahu-menahu langsung berkenaan skim penipuan mendaftarkan warganegara asing sebagai pengundi, menempatkan berpuluh ribu rakyat warga asing yang telah diberi kad pengenalan biru di Sabah dan sebagai pengundi di Semenanjung terutama di Selangor, Perak, Pahang dan juga Wilayah Persekutuan. Mengikut Perlembagaan Negara dan undang-undang, perbuatan keji seperti ini adalah merupakan PENGKHIANATAN (TREASON) KEPADA NEGARA dan hukumannya ialah gantung sampai mati seperti mana kes Al Maunah suatu ketika dahulu. Begitu juga dengan tindakan SPR memindahkan pengundi dari tempat asal ke tempat lain TANPA mendapat izin tuan punya diri dan penggunaan jentera kerajaan secara berleluasa termasuk propaganda akhbar dan juga stesen radio serta tv mesti dihentikan serta-merta. Mengikut hukum Islam pun, matlamat tidak menghalalkan cara dan matlamat yang benar mesti dicapai melalui kaedah yang benar jua. Saya penuh yakin kiranya tindakan-tindakan yang konkrit ke arah memastikan perjalanan pilihanraya umum akan datang yang benar-benar bersih daripada tipu helah sebagaimana dikehendaki rakyat dapat dilakukan, ia mampu melonjakkan keyakinan rakyat dan YAB Dato’ Sri sendiri akan dikenang sebagai Perdana Menteri yang berani, telus dan penuh wibawa. Malah masyarakat antarabangsa pun akan menghormati YAB Dato’ Sri. 8. HUBUNGAN DENGAN ISRAEL Mengenai hubungan dengan Israel ini, saya melihat persepsi rakyat amat keliru kerana sementara Datuk Seri Anwar cuba dikaitkan dengan sokongan terhadap Israel, hakikat yang terbentang di depan mata ialah wujudnya hubungan dagang yang berterusan antara Malaysia dan Israel seperti pengakuan di Parlimen serta tindakan YAB Dato’ Sri melantik sebuah syarikat yang dikaitkan dengan Israel iaitu Apco sebagai perunding media kepada kerajaan dengan bayaran RM77 juta setahun. Ini menjadikan apa pun penjelasan yang cuba diberi oleh pihak kerajaan sentiasa menimbulkan kesangsian serta tanda tanya. Sebenarnya hubungan dengan Israel bermula dalam sekitar 1980an semasa zaman Tun Mahathir lagi apabila beliau secara senyap-senyap menghantar Tengku Abdullah (Melewar) ke Tel Aviv. Saya masih menyimpan ucapan saya di Parlimen di mana saya menegur tindakan kerajaan berhubung perkara itu. Amat menghairankan lagi apabila usul yang cuba dikemukakan oleh wakil pembangkang berhubung isu ini di Parlimen baru-baru ini agar kerajaan menghentikan sama-sekali perdagangan dengan Israel dan dalam masa yang sana meningkatkan jumlah bantuan kepada penduduk Palestin di Gaza, telah juga ditolak oleh Speaker. Jika benar-benar ikhlas, YAB Dato’ Sri sepatutnya tidak merasa takut untuk mengarahkan Speaker agar menerima usul tersebut untuk dibahas dan diundi dan bukan sebaliknya. Sekarang rakyat khasnya masyarakat Islam sudah mulai nampak siapakah (antara YAB Dato’ Sri dan Datuk Seri Anwar) yang menyokong Israel. 9. PEMILIHAN CALON PILIHANRAYA Untuk mencapai kemenangan dalam pilihanraya, selain keyakinan rakyat terhadap UMNO dikembalikan, pemilihan calon yang sesuai dan diterima rakyat juga amat penting. Sementara YAB Dato’ Sri meletakkan kriteria “winnable” sebagai prasyarat terhadap calon dalam pilihanraya, rakyat juga sebenarnya ingin melihat YAB Dato’ Sri tidak begitu terkongkong dengan faktor jawatan seseorang dalam UMNO bagi pemilihan calon pilihanraya. Sebagaimana pandangan Tun Dr Mahathir bahawa kebanyakan calon BN kini membawa imej rasuah dan agar UMNO perlu memilih calon yang lebih berkelayakan walaupun orang luar dalam pilihanraya akan datang jika ingin menang. Saya amat bersetuju dengan pandangan tersebut dan ingin menarik perhatian YAB Dato’ Sri sebagai contoh wakil-wakil rakyat Pas terutamanya di Kedah mereka terdiri daripada kalangan professional, berkelayakan serta berhemah berbanding wakil-wakil rakyat UMNO dan BN di sana yang majoritinya tidak pun lulus SPM. 10. PENINGKATAN KOS SARA HIDUP Kerajaan pimpinan YAB Dato’ Sri dilaporkan mahu melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan atau GST sebagai suatu kaedah percukaian dan menambah kantung perbendaharaan negara selepas pilihanraya ini. Melihat kepada beban hidup rakyat sedia ada, saya bersetuju dengan bantahan pihak pembangkang agar GST ini tidak dilaksanakan pada bila-bila masa kerana ia hanya akan menambahkan lagi kesengsaraan hidup rakyat. Pada pandangan saya, kaedah cukai sedia ada di samping harga barang yang semakin mahal sudah cukup membebankan rakyat. 11. DAKWAAN BIADAP WAKIL-WAKIL RAKYAT PAKATAN Baru-baru ini, saya berbual dengan beberapa orang surau di Ampang dan reaksi mereka terhadap laporan kononnya wakil-wakil rakyat Pakatan tidak menghormati Yang Dipertuan Agong dan Raja-Raja Melayu pada majlis pertabalan baru-baru ini adalah satu lagi taktik kotor dan ‘desperado’ UMNO dan BN kerana apabila dicabar menama dan membuktikan tuduhan tersebut, Menteri Penerangan dan pemimpin-pemimpin UMNO lain yang turut bersuara, gagal berbuat demikian. Mereka mengingatkan saya bagaimana pada awal tahun 1980an, pemimpin-pemimpin UMNO yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir telah mencaci dan menghina Raja-Raja Melayu semasa meminda Perlembagaan Negara dahulu di mana kuasa Raja-Raja ditarik balik. Semasa itu rapat-rapat umum diadakan secara besar-besaran di seluruh negara. Kakitangan kerajaan diarah turut serta manakala akhbar, khususnya Utusan dan Berita Harian termasuk stesen tv kerajaan dan swasta (TV3) diarah mengorek dan mendedahkan cara hidup mewah dan kelemahan Raja-Raja Melayu sehinggakan kos membiayai berpuluh ekor kuda Sultan Pahang pun disiarkan berulang kali. Dengan ingatan mereka itu, saya teringat bagaimana saya sendiri telah diminta oleh UMNO mengepalai Pergerakan Pemuda UMNO ketika itu untuk menyerang Sultan Selangor Almarhum Sultan Sallahuddin Abdul Aziz atas campurtangan Baginda dalam urusan pentadbiran Negeri Selangor serta Sultan Perak berhubung kos pertabalan Baginda ketika itu. Saya dipilih di kalangan Exco Pemuda UMNO ketika itu kerana saya berasal dari Melaka, negeri yang tidak mempunyai Raja, justeru saya bebas untuk bercakap. Menurut mereka lagi, kini UMNO dan BN melalui akhbar dan tv cuba menutup pekung lama mereka dengan mencipta isu dan membesar-besarkannya dengan niat dan harapan agar rakyat khususnya pengundi Melayu benci kepada parti pembangkang dalam pilihanraya ini. Mereka meminta saya menyampaikan kepada YAB Dato’ Sri agar memulangkan semula kuasa Raja-Raja yang dirampas dahulu sebagai bukti UMNO dan BN hari ini benar-benar mencintai dan menghormati Raja-Raja Melayu. Mereka amat kecewa dan jijik dengan permainan pemimpin-pemimpin UMNO yang selalu berpura-pura dan menganggap rakyat khususnya orang Melayu mudah lupa serta boleh diperbodoh-bodohkan. Kepada mereka, tindakan UMNO ini tidak ubah seperti orang sedang dalam kelemasan yang akan melakukan apa saja cara untuk menyelamatkan diri. Terserahlah kepada YAB Dato’ Sri untuk memikirkan pandangan ini sama ada mahu menerima atau menolaknya. Dalam isu ini, Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Tun Hussein mengatakan Suruhanjaya Siasatan Diraja patut diadakan segera untuk menyiasat mereka yang memomok dan menghina Yang Dipertuan Agong. Kiranya suruhanjaya itu ditubuhkan, ia sepatutnya juga menyiasat dan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemimpin-pemimpin UMNO, termasuk akhbar dan tv yang lebih dulu menghina dan memaki hamun Raja-Raja Melayu. 12. KONSEP 1MALAYSIA Sementara YAB Dato’ Sri melaungkan konsep 1Malaysia, terdapat cakap-cakap kedai kopi bahawa ia bertentangan sama sekali dengan amalan UMNO itu sendiri yang tidak pernah meletakkan calon bukan Melayu bertanding dalam pilihanraya berbanding DAP yang dituduh rasis, sebaliknya sudah sekian lama menerima calon Melayu bertanding atas tiketnya. Pas yang dituduh mengamalkan fahaman Islam sempit juga pernah meletakkan bukan Islam sebagai calonnya. Selain UMNO yang tidak pernah memilih bukan Melayu sebagai calonnya, parti MCA dan MIC yang turut mendokong konsep 1Malaysia juga tidak pernah meletakkan orang Melayu sebagai calon mereka. Kata mereka lagi, sepatutnya UMNO, MCA dan MIC mencontohi PAS dan DAP. Dalam hal ini, siapakah yang rasis sebenarnya? Malahan pemimpin DAP, Lim Guan Eng yang dituduh rasis itu juga pernah merengkok sekian lama dalam penjara kerana membela nasib seorang gadis Melayu bawah umur yang diperkosa sehingga melahirkan anak di sebuah pusat tahanan wanita di suatu ketika dahulu. Dalam debat terbuka antara Lim Guan Eng dengan Chua Soi Lek baru-baru ini, jelas terbukti kepada kita bahawa DAP lebih menghormati agama Islam berbanding MCA yang tidak mahu bertolak ansur dalam perkara-perkara tertentu yang melibatkan Islam. Seperti hujah Chua Soi Lek, Presiden MCA itu, “Kita, MCA berani memberi kata dua kepada pemimpin UMNO” (We, MCA dare to tell off UMNO leaders) dalam perkara hudud (Islam) tetapi Lim Guan Eng dengan tegas memaklumkan bahawa DAP menghormati Islam dan Pas pun tidak mempersendakan agama dan kefahaman bukan Islam. Saya sendiri hairan dan amat sedih dengan sikap berdiam diri YAB Dato’ Sri yang sanggup membiarkan pemimpin-pemimpin MCA menghina agama suci kita semata-mata hendak meraih undi masyarakat bukan Islam. Tanya seorang ustaz, tidakkah PM Najib takut akan hukum Allah? Sila lihat Surah Al-Mae’idah ayat 44 yang bermaksud, “Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu, dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia semata-mata) dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang kafir.” Untuk memenangi pilihanraya dan menunjukkan YAB Dato’ Sri benar-benar “cakap serupa bikin” dalam perlaksanaan konsep 1Malaysia ini, sudah sewajarnya ia benar-benar diterjemahkan kepada rakyat agar masing-masing dapat menilai kejujuran serta keikhlasan YAB Dato’ Sri dalam hal ini. 13. BANTUAN RAKYAT Selepas YAB Dato’ Sri memberi bantuan RM500 kepada rakyat berpendapatan dibawah RM3000 sebulan melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), (di kalangan muda-mudi ada yang mentafsirkan pula BR1M itu ialah Beli Rakyat 1 Malaysia), RM200 dalam bentuk baucer buku kepada pelajar universiti dan RM100 untuk pelajar sekolah, ada yang menyarankan agar program ini diteruskan lagi setiap bulan dan bukannya dibuat menjelang pilihanraya saja. Kerajaan juga disaran memberi wang tunai RM3,000 pula kepada setiap rakyat Islam menjelang sambutan bulan puasa dan Hari Raya pada tahun ini. Kepada para imam serta jawatankuasa masjid dan surau pula, imbuhan khas sebanyak RM3,000 juga wajar diberikan kepada mereka atas peranan mengimarah serta meninggikan syiar Islam sepanjang bulan Ramadan dan menyambut ketibaan Syawal. Jika program bantuan rakyat yang dicadangkan ini dapat dilaksanakan dengan menangguhkan pilihanraya umum sehingga selepas Hari Raya, saya percaya kemenangan akan lebih mudah untuk diperolehi. 14. ROYALTI MINYAK YAB Dato’ Sri, Dalam isu royalti minyak untuk rakyat Kelantan, saya amat kagum dengan ketegasan Tengku Razaleigh Hamzah yang menegaskan rakyat Kelantan berhak memperolehi royalti minyak itu sebagaimana yang telah dinikmati oleh Sabah dan Sarawak. Tindakan YAB Dato’ Sri enggan memberikan royalti minyak sebagaimana yang termaktub dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan menggantikannya dengan wang ihsan, bukan sahaja menunjukkan sikap pilih bulu terhadap rakyat Kelantan tetapi juga menganiaya mereka yang rata-ratanya berbangsa Melayu dan beragama Islam. Adalah sesuatu yang amat menghairankan jika peruntukan dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974 yang ditandatangani oleh Tengku Razaleigh Hamzah dan beberapa yang lain semasa Allahyarham Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri yang memperuntukkan royalti minyak sebanyak 5 peratus diberikan kepada negeri-negeri yang mengeluarkan minyak seperti Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan tidak dihormati. Bukankah rakyat Kelantan juga adalah rakyat negara ini? Apakah rakyat Kelantan tidak dikenakan membayar cukai seperti orang lain? Mengapakah mereka dianak-tirikan semata-mata kerana faktor politik? Baru-baru ini saya ke Kota Bharu bersama Tengku Razaleigh Hamzah. Saya amat hairan mengapa pemimpin-pemimpin UMNO Kelantan termasuk Datuk Mustapa Mohamed dan Datuk Dr Awang Adek Hussain serta pemimpin UMNO Bahagian-bahagian bermati-matian menentang Pas yang berjuang bertahun-tahun lamanya untuk mendapatkan royalti minyak bagi rakyat Kelantan. Di manakah perjuangan UMNO untuk rakyat sebenarnya? Mereka sepatutnya berasa malu mengaku berjuang untuk rakyat Kelantan, termasuk berkempen rumah ke rumah sedangkan apa yang sebenarnya mereka lakukan bukannya untuk rakyat, sebaliknya lebih kepada kepentingan peribadi. Bermula dengan Terengganu apabila UMNO/BN dibawah pimpinan Tun Mahathir tidak dapat menerima kekalahan di sana, maka royalti minyak telah diberhentikan dan digantikan dengan ‘wang ihsan’ sehingga ke hari ini. Ini kerana kerajaan Pas dibawah pimpinan Tuan Guru Haji Hadi Awang ketika itu telah membawa kes tersebut ke mahkamah dan seperti biasa, mahkamah atas sebab-sebab yang kita semua ketahui telah melengah-lengahkan kes perbicaraan tersebut sehingga kini. Kini trend yang sama diguna pakai oleh YAB Dato’ Sri. Sepatutnya YAB Dato’ Sri TIDAK mengikuti jejak langkah Tun Mahathir yang rata-rata rakyat di sana mengatakan tidak mempunyai perasaan dan hati perut. Mereka mempersoalkan di mana sumpah janji YAB Dato’ Sri “rakyat didahulukan” melainkan YAB Dato’ Sri, Dato’ Mustapa Mohamed, Datuk Awang Adek Hussain, Datuk Fatmi Che Salleh dan pemimpin-pemimpin lain menganggap negeri Kelantan bukan sebahagian dari negara ini. Jika wang ihsan ini lebih menguntungkan rakyat dari royalti minyak, mengapa tidak diselaraskan saja wang ihsan ini termasuk untuk Sabah dan Sarawak? Dato’ Mustapa Mohamed hanya bernasib baik di Jeli kerana terdapat kem tentera (undi pos) yang telah memberi kemenangan kepada beliau. Semasa Tengku Razaleigh Hamzah selaku Presiden Petronas menandatangani Akta Kemajuan Petroleum 1974 dengan negeri-negeri, YAB Dato’ Sri hanya seorang junior officer yang ditempatkan di pejabat Presiden Petronas ketika itu. Jika YAB Dato’ Sri sanggup meminta maaf kepada rakyat Kelantan dan memulangkan HAK mereka sebagaimana yang diperjuangkan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Haji Nik Aziz Nik Mat dan Tengku Razaleigh sendiri, saya percaya negeri Kelantan juga akan dapat dibangunkan dengan lebih maju lagi seperti negeri-negeri lain. Perkara ini boleh YAB Dato’ Sri lakukan semasa lawatan rasmi ke Gua Musang pada 04hb Mei depan. Mengikut pengalaman, pasti selepas saja YAB Dato’ Sri membuat pengumuman seperti yang dicadangkan ini pemimpin-pemimpin UMNO dan BN di semua peringkat terutamanya di Kelantan akan mendabik dada mengataka perjuangan mereka selama ini telah berhasil. Akhbar-akhbar khasnya Utusan dan Berita Harian serta stesen radia dan TV akan memberi headline sensasi seperti “Najib Pemimpin Rakyat Sebenarnya” dan lain-lain tajuk lagi. 15. DEBAT DENGAN DATUK SERI ANWAR IBRAHIM YAB Dato’ Sri, Sekarang ini di mana-mana orang mempertikaikan kewibawaan YAB Dato’ Sri berikutan keengganan untuk menyahut cadangan Merdeka Centre berdebat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan pengurusan ekonomi negara. Dalam perkembangan tamadun manusia, debat sebenarnya sudah diterima sebagai salah satu kaedah untuk menguji kebijaksanaan seseorang. Sebab itulah di beberapa negara maju seperti AS misalnya, kaedah debat dalam pemilihan Presiden negara itu begitu popular dan dinanti-nantikan bukan saja oleh rakyat Amerika, malahan di seluruh dunia. Di sekolah dan pusat pengajian tinggi juga debat sudah menjadi acara tahunan yang dipertandingkan sejak sekian lama untuk menguji kehebatan dan kecerdikan seseorang. Dalam isu debat antara YAB Dato’ Sri dengan Datuk Seri Anwar, ia bukan saja medan untuk menguji kewibawaan, kecerdikan dan kepetahan masing-masing dalam melontarkan idea dan perancangan untuk kepentingan negara tetapi ia juga akan memberi peluang kepada rakyat untuk menilai secara objektif dan matang tawaran-tawaran manakah yang lebih baik untuk kepentingan rakyat dan negara. Debat sama-sekali tidak bermaksud untuk melihat siapa yang kalah dan siapa yang menang tetapi melalui lontaran idea yang dicurahkan, ia mampu memberi ruang yang lebih baik untuk rakyat membuat pilihan serta pertimbangan dalam PRU 13 nanti. Selain Amerika Syarikat, Great Britain dan Negara-Negara Eropah – Indonesia dan Thailand pun mengamalkan debat. Di Malaysia pula, rakyat begitu mengalu-alukan debat antara MCA dengan DAP serta Khairy Jamaluddin dengan Rafizi Ramli yang diadakan baru-baru ini dan debat antara Datuk Seri Anwar dengan Datuk Ahmad Shabery Cheek tidak berapa lama dulu. Rakyat juga tentunya tidak lupa debat yang pernah berlangsung antara Tun Dr Mahathir dengan Allahyarham Fadzil Noor suatu ketika dahulu. Dalam isu debat ini, Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor sendiri pernah menyatakan kesediaan untuk mengaturkan debat itu. Malahan Datuk Ariff Sabri Abdul Aziz, bekas wakil rakyat Pulau Manis dan Ketua Penerangan UMNO Pekan dalam blognya Sakmongkol AK47, mempersoalkan jika tidak ada apa-apa yang hendak disembunyikan, mengapa YAB Dato’ Sri selaku ketua kerajaan sering berdolak-dalik untuk menghadapi debat ini. Lupakah apa yang YAB Dato’ Sri pernah kata tidak berapa lama dulu iaitu jika debat ini diadakan ia akan pasti memalukan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ini kerana selaku Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri mempunyai banyak dokumen dan sekian ramai pegawai yang akan membantu YAB Dato’ Sri. Yang anehnya, dalam masa yang sama YAB Dato’ Sri terus mengelak walaupun Datuk Seri Anwar telah menerima tawaran Merdeka Centre itu malah sanggup memberi “extra time” kepada YAB Dato’ Sri sewaktu debat nanti. Walaupun sudah meninggalkan UMNO, namun beliau tidak mahu YAB Dato’ Sri dilabel dalam sejarah sebagai seorang Perdana Menteri yang amat penakut dan pengecut. Lagi pula, berdasarkan kajian Merdeka Centre, didapati 76 peratus generasi muda mahukan debat itu diadakan. Ini tentunya memberi maksud bahawa sekiranya YAB Dato’ Sri dapat menunjukkan keberanian menyahut cabaran debat itu, saya percaya undi dan sokongan generasi muda secara majoritinya akan tertumpah kepada UMNO dan BN dalam pilihanraya umum akan datang ini. PENUTUP YAB Dato’ Sri, Kemarahan rakyat, terutamanya generasi muda ialah kerana UMNO dan para pemimpinnya didapati sudah menyimpang jauh daripada landasan perjuangan asal sehingga amalan rasuah, skandal, boros dan berbelanja mewah menjadi darah daging. Sebagai orang UMNO, saya amat malu mendengar label baru terhadap parti kita iaitu “UMNO itu rasuah dan rasuah itu UMNO” umpama aur dan tebing serta lagu dan irama yang tidak boleh dipisahkan. Oleh kerana marah yang teramat sangat, ada pula yang mengatakan “mengundi UMNO dan BN serupalah memberi talian hayat untuk pemimpin-pemimpinnya terus merompak kekayaan negara. UMNO adalah umpama sebuah bantera yang di suatu ketika dahulu banyak berjasa. Nakhoda demi nakhoda dan anak-anak kapal pula ketika itu telah berjaya mengemudikan bahtera tersebut ke destinasi yang dirancang dengan selamat. Malangnya oleh kerana dek telan zaman, bahtera tersebut mulai reput, bocor dan kain layarnya pun mulai koyak dan berlubang-lubang. Anai-anai pula bermaharajalela. Tambah pula nakhoda dan anak-anak kapalnya pula tak ubah seperti cerita “The Pirates of the Carribbean”. Makin hari makin teruk keadaannya, tak ubah seperti warga emas yang menghidap seribu satu macam penyakit yang tidak mampu lagi diubati dan menunggu masa saja untuk ditalkinkan. Terharu benar rasanya melihat bahtera yang dibina begitu indah dan gagah oleh pejuang-pejuang yang telah pergi sedang melalui proses putaran alam yang serupa. Inilah keadaan UMNO/BN hari ini. Ada yang berhujah mengapa tidak kita ahli-ahli UMNO membantu menyelamatkan kapal (UMNO) yang hampir tenggelam ini. YAB Dato’ Sri, Sebagai contoh, beberapa kali apabila Tengku Razaleigh Hamzah menawarkan diri untuk membantu menyelamatkan UMNO, usaha murni beliau itu telah disekat dengan pelbagai cara dan helah; dengan ‘nasihat’ dari Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri kepada pemimpin-pemimpin bahagian UMNO, dengan menabur pelbagai janji dan akhirnya dengan membeli mereka. Akhbar-akhbar pula begitu bermurah hati memberi ruang yang seluas-luasnya menghina beliau dengan kata-kata kesat dan sinis seolah-olah beliau adalah pengkhianat bangsa. Pemimpin UMNO Kelantan pula begitu lantang mengatakan beliau adalah pemimpin ‘has been’, tidak relevan dan berbagai lagi. Tetapi apabila menghadapi pilihanraya keil Galas, akhbar-akhbar yang sama menyiarkan di muka hadapan puji-pujian pemimpin UMNO khasnya pemimpin-pemimpin UMNO Kelantan yang pernah mengkritik beliau di satu ketika dahulu. Kata mereka, Tengku Razaleigh ialah pemimpin berkaliber yang paling layak mengetuai jentera pilihanraya UMNO/BN di sana sehingga ada pula yang mencadangkan beliau dinamakan sebagai calon. Pendek kata kuli tangan Tengku Razaleigh menjadi haus kerana ciuman ahli-ahli UMNO ketika itu. Begitu melangitnya pujian sehingga beliau sendiri merasa ‘syok’. Menang saja pilihanraya kecil itu tidak ada sepatah pun ucapan terima kasih kepada beliau dari pemimpin-pemimpi UMNO. Sekali lagi beliau dipinggirkan. Apabila beliau melancarkan AMANAH, Timbalan Perdana Menteri terus mempersoalkan tindakan itu. Sekarang oleh kerana nak merampas semula Kelantan dari Pas, sekali lagi Tengku Razaleigh akan digunakan. Tiba-tiba saja Perdana Menteri akan memberi penghormatan kepada beliau dengan melawat Gua Musang pada 4hb Mei ini. Tidak hairanlah jika sekiranya berbagai jenis projek dan bantuan segera akan dihulurkan di sana seperti membaikpulih atau membina sekolah-sekolah, pembinaan Lebuhraya Gua Musang-Bentong dan lain-lain lagi. Sudah ada cakap-cakap sekeping replika cek bernilai RM5 juta akan disampaikan untuk membina semua sebuah masjid. Memang segala bantuan dan projek-projek baik untuk rakyat, hanya mereka mempersoalkan mengapa ketika hampir pilihanraya baru nak diberi. Mengapa tidak dilakukan setahun dua dulu. Tidak mustahil juga jika sekiranya Perdana Menteri pada pada hari lawatan itu (4hb Mei) akan mengumumkan bahawa Tengku Razaleigh dipilih semula sebagai calon BN Gua Musang. Begitu juga nasib Tun Mahathir tidak berapa lama dulu. Walaupun pernah memimpin UMNO dan negara selama lebih 22 tahun, apabila saja tidak berjawatan UMNO tidak pedulikan beliau lagi. Nak jadi wakil Bahagian Kubang Pasu ke Perhimpunan Agung UMNO pun tak dapat. Yang sedihnya bak kata Tun Mahathir, beliau dikalahkan dengan hanya RM200 saja yang diberi kepada setiap perwakilan, ditambah pula dengan sabotaj dari pemimpin UMNO Pusat, Negeri dan Bahagian. Sekali lagi media cetak dan elektronik tlah digunakan untuk membelasah Tun Mahathir. “Itulah UMNO!!!” kata mereka yang bersimpati dengan beliau. Nasib yang sama juga pernah dilalui oleh Tan Sri Isa Samad. Dengan komplot yang didalangi oleh beberapa pemimpin UMNO Pusat dan Negeri, beliau akhirnya diaibkan oleh ‘mahkamah’ UMNO; dipecat bukan sahaja sebagai Naib Presiden UMNO bahkan juga sebagai Menteri Kabinet. Oleh kerana mahukan kemenangan selepas UMNO/BN kalah di beberapa pilihanraya kecil sebelum itu, UMNO TERPAKSA ‘menjilat ludahnya’ sendiri dengan memilih beliau sebagai calon pilihanraya kecil Bagan Pinang. Bayangkan kedudukan beliau kini jika tidak ada pilihanraya kecil itu. Begitulah juga dengan keadaan arwah ayahanda saya Tun Ghafar. Menunggu selama hampir 3 bulan nak berjumpa seorang Menteri Besar UMNO yang kebetulan pernah bertugas dibawahnya sebelum itu. Selepas gagal, beliau membuat temujanji berjumpa dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan di Kota Bharu. Hanya dalam tempoh 2 hari saja mereka dapat bertemu di pejabat Tuan Guru. Bukan itu saja, Tuan Guru menawarkan kereta kerajaan kepada beliau walaupun beliau tidak lagi berada dalam kerajaan, tambah pula mereka berlainan parti. Itulah beza pemimpin UMNO dengan Pas. Selepas keluat kabinet tidak ada sesiapa pun pemimpin UMNO yang ambil kisah tentang beliau sama ada kesihatan mahupun masalah kewangannya yang sehingga kini beberapa orang ahli keluarga terpaksa menanggung beban yang ditinggalkan. Itulah hadiah UMNO kepada seorang pahlawan yang pernah disanjung. Itulah juga sikap (attitude) sebahagian besar ahli-ahli khasnya pemimpin-pemimpin UMNO. Justeru, bagaimanakah UMNO hendak diselamatkan? Pandangan dan teguran orang-orang lama dipandang sepi malah ada diantaranya dianggap musuh parti. Akibatnya ada yang dipecat dan ada pula yang dinasihatkan keluar parti seperti Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir tanpa mengambil peduli sumbangan mereka yang begitu banyak kepada UMNO. Tidak hairanlah ramai pengasas dan pejuang UMNO sepertu Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj dan Tun Hussein Onn (bapa Datuk Hishammuddin) mati di luar UMNO. Malah Tun Mahathir sendiri pernah keluar UMNO. Sebenarnya UMNO tidak salah, yang salah ialah pemimpin-pemimpinnya. “Jika UMNO tidak berubah UMNO akan diubah” – itulah kata-kata YAB Dato’ Sri yang juga merupakan doanya di Perhimpunan Agung UMNO tidak lama dulu. Ramai berpendapat pemimpin-pemimpin hari ini hanya pintar dengan slogan dan retorik. Mereka mula turun padang mendekatkan diri dengan rakyat ketika memerlukan sokongan rakyat sahaja. Rakyat didendangkan dengan janji-janji manis seolah-olah merekalah pejuang rakyat sebenar. Cara mereka memujuk rakyat tak ubah seperti ayah memujuk anaknya dengan memberi gula-gula. Tiba-tiba rakyat diberi saguhati RM500, penuntut diberi RM200 dan RM100. Tetapi sebahagian besar rakyat masih terus dalam keadaan susah oleh kerana kos sara hidup (cost of living) terus meningkat setiap hari. Kadar jenayah dan rasuah semakin buruk tetapi dalam masa yang sama pemimpin-pemimpin dan juak-juaknya tidak segan-segan merompak khazanah negara. Mereka tidak peduli undang-undang kerana itu semua adalah dibawah cengkaman mereka. Tambahan pula mereka yakin sebahagian besar rakyat terutama orang-orang Melayu khususnya di luar bandar mudah dipengaruhi dengan propaganda yang dipasak bertubi-tubi melalui akhbar dan stesen radio serta tv. Saya mengaku di zaman Pemuda dahulu, saya juga terlibat dengan jayanya menanam perasaan takut orang-orang Melayu bahawa tanpa UMNO Melayu akan hilang kuasa dan tanpa kuasa masa depan orang-orang Melayu akan gelap-gelita. PAS pula digambarkan sehingga kini parti yang hanya bercakap tentang akhirat semata-mata dan tidak berjuang membangunkan ummah. Sehingga hari ini propaganda kononnya DAP akan menghapuskan hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu dan Raja-Raja terus dibisik-bisikkan. Tanya mereka, siapakah hari ini yang bertanggungjawab mengenepikan hak-hak istimewa Bumiputera dan Raja-Raja Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara, jika bukan UMNO. Begitu juga bukankah pemimpin-pemimpin UMNO itu sendiri yang memberi lesen kepada rakan kongsinya, MCA acapkali menghina agama suci kita dengan mengatakan pelabur-pelabur akan lari dan rakyat akan menderita jika Pas memerintah negara ini berlandaskan hukum Islam. MasyaAllah! PKR pula digambarkan dengan berbagai skandal seolah-olah pemimpin UMNO/BN adalah “maksum” – tidak tercemar dengan sebarang maksiat dan skandal. Masa berlalu, zaman pun berubah namun UMNO/BN tetap dengan propaganda yang usang itu. Rakyat kini terutama golongan muda sedar dengan helah itu semua. Sekiranya kepercayaan dan keyakinan rakyat dapat dikembalikan yang mana sebahagian besarnya adalah melalui apa yang saya sarankan melalui surat ini, saya penuh yakin UMNO dan BN masih mampu mencipta detik gemilangnya. Sebelum terlupa, ada juga kawan-kawan lama kita berdoa dan berharap agar perbicaraan kes rasuah “Kapal Selam Scorpene” milik negara di Mahkamah Perancis tidak akan membabitkan YAB Dato’ Sri atau mana-mana ahli keluarga. Ia juga diharap tidak ada kaitan dengan kes pembunuhan Altantuya yang masih diperkatakan. Meskipun surat ini untuk tatapan YAB Dato’ Sri tetapi sekiranya selepas 14 hari daripada surat ini dihantar dan didapati tiada respon daripada YAB Dato’ Sri untuk memulihkan keadaan dan memperbaiki kerosakan dalam negara sebagaimana yang disebutkan diatas, saya merasakan tidak mempunyai pilihan lain selain menyerahkan kepada rakyat untuk menilai dan menghakiminya dengan memberi ruang kepada seramai mungkin rakyat turut sama membaca surat ini. Dengan rakyat turut sama membaca surat ini setelah ianya tidak mendapat respon daripada pihak YAB Dato’ Sri, saya beranggapan saya sudah menunaikan tanggungjawab sebagai ahli UMNO dan rakyat Malaysia. Selebihnya saya serahkan kepada rakyat untuk menentukan sama ada mereka mahu terus menyokong kepimpinan YAB Dato’ Sri dan UMNO atau sebaliknya. Saya tidak akan terperanjat jika sesudah surat ini tersebar luas, ramai ‘hero-hero’ UMNO terutama di kalangan mereka yang sedang menyiapkan diri untuk dipilih atau dipilih semula sebagai calon, akan “menyerang” saya. Tidak kurang juga “mualaf-mualaf” UMNO/BN iaitu mereka yang baru “bertaubat” setelah memaki hamun UMNO/BN bertahun-tahun lamanya dianugerahkan pangkat dan kemewahan dan masih menunggu lebih banyak lagi “durian runtuh” akan bertindak sebagai “askar upahan” memaki hamun saya pula seperti apa yang mereka lakukan terhadap rakan seperjuangan mereka di suatu ketika dahulu. Saya yakin ada diantara askar upahan ini akan mendesak pemecatan saya daripada UMNO. Umum tahu askar upahan dan mualaf politik ini tidak lebih seperti “harimau sarkas” yang sentiasa lapar menunggu diberi habuan. Harimau sarkas ini terpaksa disuap kerana mereka tidak pandai mencari makan sendiri. Sekiranya habuan tidak diberi dengan cukup dan memuaskan, mereka juga akan membaham tuannya sendiri. Nasihat saya kepada YAB Dato’ Sri agar berwaspada dengan specis harimau sarkas ini. Terserahlah kepada YAB Dato’ Sri sama ada mahu menerima tekanan daripada mereka itu tetapi saya membuat keputusan menulis surat ini dan berucap di khalayak ramai adalah kerana saya tidak mahu dituduh seperti “lembu” yang boleh dicucuk hidung. Ada kawan-kawan mengingatkan tidakkah saya takut tindak balas (reaction) dari pemimpin-pemimpin UMNO terhadap saya dan ahli keluarga. Kata mereka lagi, pemimpin-pemimpin UMNO boleh menyekat rezeki, mengaibkan di muka pengadilan, membankrapkan dan malah dengan kuasa yang diberi oleh rakyat, mereka boleh buat apa saja. Kepada Allah saya berserah; Dialah Yang Maha Adil lagi Maha Berkuasa. Dari Dia kita datang dan kepada Dialah kita semua akan kembali. Allahu Akbar!!! Adalah menjadi harapan saya agar YAB Dato’ Sri dapat meluangkan masa membaca dan meneliti surat ini demi survival UMNO dan BN di bumi Malaysia yang tercinta ini. Sekian, terima kasih. TAMRIN TUN GHAFAR

Blog Archive