Sunday, September 30, 2012

Wahabiyah, Siapa Yang Kalian Sembah???

Wahabiyah, Siapa Yang Kalian Sembah??? Wahabiyah, Siapa Yang Kalian Sembah??? by AQIDAH AHLUSSUNNAH: ALLAH ADA TANPA TEMPAT on Wednesday, 19 September 2012 at 09:36 · Wahabiyah, Siapa Yang Kalian Sembah??? Dari penjelasan di atas diketahui bahwa Wahabiyah menyembah jisim yang mereka yakini itulah Allah. Mereka namakan Allah dengan syakhsh (benda/bentuk/fisik) dan mereka mengatakan bahwa Ia memiliki wajah dengan sebenarnya, mulut dan lisan, dan bahwa Ia tertawa dengan sebenarnya dan merasa kesakitan, Dia memilki sifat bosan dan disifati dengan menipu, menurut sebagian Wahabiyah Dia memiliki sisi kanan dan kiri dan menurut sebagian yang lain hanya memiliki sisi kanan, tidak punya yang kiri. Mereka mengatakan Ia mempunyai satu sisi dan mata yang banyak. Sebagian mereka mengatakan Ia hanya memiliki satu mata saja, Ia berjalan, datang secara fisik dengan sebenarnya, dan benar-benar turun dari atas dan naik dari bawah ke atas, duduk di atas Arsy dan bertempat di udara akhirat dan bahwa Ia memiliki dua telapak kaki yang menurut mereka butuh pada al Kursi untuk meletakkan keduanya. Sebagian mereka mengatakan bahwa Ia hanya memiliki satu telapak kaki sebagai anggota badan dan meletakkannya di dalam neraka jahannam tapi tidak terbakar sebagaimana para malaikat adzab (yang mendapat tugas menyiksa penghuni neraka) di dalam neraka juga tidak merasakan pedihnya neraka. Demikian juga mereka mengatakan Allah mempunyai anggota badan seperti telapak tangan, jari-jari yang banyak, hasta dan lengan. Mereka meyakini Allah diam dan bergerak, turun dan naik. Dan menurut mereka jika Ia berkehendak pasti Ia akan bersemayam di atas punggung seekor nyamuk. Mereka meyakini Ia turun dengan dzatNya dari Arsy yang agung ke langit dengan sebenarnya. Mereka mengatakan bahwa ia meletakkan tangan dan kakiNya di neraka Jahannam tapi Ia tidak terbakar dan Ia mengambil segenggam kerikil dan mengeluarkannya dari neraka kemudian turun bersama awan sedangkan Jibril di sisi kananNya dan jahannam di sisi kiriNya. Sebenarnya Wahabiyah menyembah Jisim yang mereka khayalkan duduk di atas Arsy padahal yang demikian itu tidak ada. Mereka adalah para penyembah gambar, jisim, wahm dan khayalan, meskipun demikian mereka mengatakan bahwa Ahlussunnah wal Jama’ah adalah musyrik penyembah berhala dan kuburan. Padahal Ahlussunnah Wal Jama’ah adalah orang-orang yang mentauhidkan Tuhan mereka, mengenalNya dan mensucikanNya dari setiap sifat yang tidak layak disifatkan oleh orang-orang Wahabi (mujassimah) kepada Allah ta’ala. Dan kalian wahai orang-orang Wahabi Najdiyah Taimiyah adalah kelompok musyabbihah (orang-orang yang menyerupakan Allah dengan makhlukNya) mujassimah (orang-orang yang menjisimkan Allah) Jahawiyyah dan Shautiyyah. Dan sekarang setelah kami menjelaskan kepadamu wahai pembaca aqidah Wahabiyah yang serupa dengan aqidah Yahudi, kami kutipkan kepadamu pembelaan Wahabiyah terhadap Yahudi dan tidak adanya pengkafiran mereka terhadap kaum wahabi. Bagaimana mungkin mereka mengkafirkan yahudi sedangkan mereka yang menganggap orang-orang Wahabiyah mukmin. Ini yang akan kamu lihat dalam kitab-kitab pemimpin mereka dan referensi-referensi mereka.

Saturday, September 29, 2012

Bukankah Melayu hilang kuasa angkara Umno?

Bukankah Melayu hilang kuasa angkara Umno? | Print | Bukankah Melayu hilang kuasa angkara Umno? Harakahdaily, 25 Sep 2012 KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menyifatkan Tun Mahathir Mohamad ketinggalan keretapi dan masih memutar pita rakaman lama untuk mempengaruhi pengundi di dalam Pilihan raya Umum (PRU) akan datang. “Beliau cuba membawa budaya takut di dalam masyarakat supaya jangan tolak Umno kerana nanti Melayu hilang kuasa. “Bukankah Melayu hilang kuasa semua angkara Umno?” tanya beliau dalam satu kenyataan. Beliau juga mempersoalkan kenapa Mahathir menjadi Perdana Menteri tidak menambah kerusi Parlimen di negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah ketika persempadanan semula 2004. “Kenapa baru sekarang bercakap Melayu hilang kuasa?” tanya beliau lagi. Katanya, Umno telah terbukti merosakkan Melayu setelah berkuasa selama 55 tahun. Jelasnya, PAS mempunyai data dan fakta kemusnahan Melayu angkara tangan Umno yang mana tanah rezab Melayu daripada 3 juta hektar (1957) hilang seluas 1.3 juta (1995) hektar. “Kenapa Tun menuding jari kepada Pakatan Rakyat, sedangkan Pakatan Rakyat tidak pernah memerintah kerajaan pusat. “Beri Pakatan Rakyat memerintah dahulu, jika sama perangai macam Umno bolehlah rakyat memilih Umno kembali di dalam PRU14,” katanya. Beliau juga bertanya kenapa Tun begitu takut sangat dengan perubahan kerajaan. “Beliau tidak perlu takut jika beliau tidak bersalah ketika 22 tahun memerintah,” kata Idris. Tambahnya lagi, jika Tun mengeluh kerana Melayu berpecah kepada tiga kelompok, ia angkara siapa. “Umnolah bapa perpecahan buktinya kelahiran Parti Negara, Parti Semangat 46, Team A dan Team B sehingga Umno diharamkan oleh mahkamah,” katanya lagi. Katanya lagi, jangan menganggap Umno parti Melayu pertama, sedangkan sebelum Umno ditubuhkan 1946, sudah ada Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada 1945 oleh Ibrahim Yaakob, Dr Burhanudin al-Helmi dan Ahmad Boestamam. Justeru, ujarnya kenapa perlunya Umno, sedangkan sudah ada parti Melayu sebelumnya. Idris menambah, Tun Mahathir juga cuba hendak memutar belitkan sejarah kononnya PAS ditubuhkan kerana pimpinannya tidak puas hati dengan kepimpinan Tunku yang tidak memberi PAS bertanding 10 kerusi di dalam pilihanraya 1955. “Sedangkan PAS ditubuhkan oleh orang agama di dalam Umno kerana tidak puas hati dengan pimpinan Umno yang tidak ambil peduli teguran ulama terutama di dalam isu judi,” katanya. Katanya, pembohongan Tun bukan perkara luar biasa kerana sewaktu beliau menjadi Presiden Umno beliau menuduh PASditubuhkan oleh penjajah. “Fakta sebenarnya Umno adalah restu penjajah. Buktinya ketika semua parti politik di Tanah Melayu diharamkan pada tahun 1948, hanya Umno sahaja yang dibenarkan hidup,” katanya lagi. Posted by Afifzahrah at 9:32 PM No comments:

Friday, September 28, 2012

Doa elak Sihir dan Santau

Doa elak Sihir dan Santau Posted by Eida on September 19, 2012 at 9:03am in Petua Petua, Penjagaan Dan Kesihatan
Beberapa cara dibawah bolehlah diamalkan untuk mengelak dari terkena sihir MEMBACA SURAH AL FATIHAH DAN MEMBACA TIGA SURAH TERAKHIR ATAU 3 QUL SETIAP HARI. Ia berdasarkan hadith : Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih MEMBACA AYAT AL-KURSI SELEPAS SOLAT ( IAITU SURAH AL-BAQARAH AYAT 255) Dalilnya : Ertinya : “Sesiapa yang membaca ayat Kursi setiap kali selepas solat, maka tiada siapa yang dapat menghalangnya dari memasuki syurga” (Riwayat an-Nasaie dan at-Tabrani dengan sanad salah satu antaranya Sohih. Antara yang mengatakan hadith ini sebagai SOHIH adalah Ibn Hibban, Abul Hasan (guru Ibn Munzir), Az-Zahabi, Ibn Hajar, Al-Qaradawi (Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir Selepas Solat Fardhu, no 890, 1/426) MEMBACA DOA INI DENGAN SETIAP HARI IAITU 3 KALI : “BISMILLAHILLAZI LA YADHURRU MA’ASMIHI SYAI UN FIL ARDI WALA FISAMAIE, WA HUWAS SAMI’UL ‘ALIM”. Dalilnya : Ertinya : Rasulullah S.A.W bersabda : ((Tiada seorang hamba pun yang berkata setiap pagi dan petangnya : “Dengan nama Allah yang tiada siapa mampu memudaratkan dengan namaNya samada di dunia mahupun di langit, dan Dialah maha mendengar lagi maha mengetahui” sebanyak 3 kali, kecuali tiada apa yang mampu memudaratkannya)) (Sohih Muslim, no 2731 (Nuzhatul Muttaqin, no 1413, 2/207) MEMBACA DUA AYAT TERAKHIR DARI SURAH AL-BAQARAH PADA WAKTU MALAM Ertinya : “Barangsiapa membaca 2 ayat terakhir ( ayat no 285 dan 286 ) dari surah al-Baqarah dalam satu malam, maka 2 ayat itu telah pun mencukupi baginya”(Al-Bukhari & Muslim) MEMBACA ZIKIR : “LA ILAHA ILLAH WAHDAHU LA SYARIKALAH, LAHUL MULKU WALAHUL HAMDU YUHYI WA YUMIT WAHUWA ‘ALA KULLI SYAI’IN QODIR ” ( SEPULUH KALI ) Ertinya : Bersabdalah Nabi S.A.W : Barangsiapa menyebut : ” Tiada tuhan melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya segala kerajaan dan bagiNya kepujian, yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Dia maha berkuasa atas segala sesuatu”sebanyak seratus kali selepas solat Maghrib, nescaya Allah akan membangkitkan ia (di hari qiamat) dengan senjata yang mampu melindunginya dari Syaitan sehinggalah pagi esoknya, dan dituliskan baginya sepuluh kebaikan seperti pahala menunaikan perkara wajib, dan dipadamkan darinya sepuluh kejahatan seperti dosa-dosa besar. Dan ia standing dengan membebaskan 10 hamba wanita islam.” (Sunan At-Tirmidzi, Bab Doa nabi SAW , no 3534 , hlm 802 ; At-Tirmidzi : Hasan Ghorib , Al-Albani : Hasan) MEMBACA : ” A’UZU BIKALIMATILLAH AT-TAMMATI MIN SYARRIMA KHALAQ Ertinya : Adapun jika engkau menyebut tatkala kamu berpetang-petang : (( Aku berlindung dengan kalimah Allah yang maha sempurna dari segala kejahatan makhluk)) , nescaya tiada sesuatu apa akan memudaratkanmu. ( Riwayat Muslim Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir Yang Disebut Ketika Subuh, no 336, 1/225 ) sumber : zaharuddin.net

Thursday, September 27, 2012

eristiwa Pemecatan Khalifah Islam Terakhir Sultan Abdul Hamid ( 1876 – 1909 ).

Pemecatan Khalifah Islam Terakhir Sultan Abdul Hamid ( 1876 – 1909 ). Peristiwa Pemecatan Sultan Abd. Hamid (Khalifah Uthmaniah Terakhir) dan Bagaimana Bankers Yahudi menjatuhkan Khilafah Othmaniah. Peristiwa Pemecatan Khalifah Islam Terakhir Sultan Abdul Hamid ( 1876 – 1909 ). Malam itu, Sultan Abdul Hamid dan keluarganya dikunjungi oleh sekumpulan manusia yang tidak akan dilupakan oleh sejarah. Emmanuel Carasso, seorang Yahudi warga Itali dan wakil rakyat Salonika (Thessaloniki) di Parlimen Othmaniyyah (Meclis-i Mebusan) melangkah masuk ke istana Yildiz. Turut bersama beliau adalah Aram Efendi, wakil rakyat Armenia, Laz Arif Hikmet Pasha, anggota Dewan Senat yang juga pemimpin Armada Othmaniyyah, serta Arnavut Esat Toptani, wakil rakyat bandar Daraj di Meclis-i Mebusan. “Bukankah waktu seperti ini adalah waktu khalifah menunaikan kewajipannya terhadap keluarga. Tidak bolehkah kalian berbincang dengan aku pagi esok?”, Sultan Abdul Hamid tidak selesa menerima kedatangan mereka yang kelihatannya begitu tergesa-gesa. Tiada simpati di wajah mereka.“Ummah telah memecat kamu”, Esat Pasha memberitahu. Angkuh benar bunyinya.
Satu persatu wajah ahli rombongan itu diperhati oleh Sultan Abdul Hamid. “Apakah mereka ini sedar dengan apa yang mereka lakukan?”, baginda berfikir. “Jika benar Ummah yang menurunkan aku, mengapa kamu datang dengan lelaki ini?”, Sultan Abdul Hamid menundingkan jarinya kepada Emmanuel Carasso. “Apa kena mengenanya Yahudi ini dengan Ummah?”, wajah baginda kemerah-merahan menahan marah. Sultan Abdul Hamid memang kenal benar siapa Emmanuel Carasso itu. Dia jugalah yang bersekongkol bersama Theodor Herzl ketika mahu mendapatkan izin menempatkan Yahudi di Palestin dengan penuh licik lebih sedekad yang lalu (1898). Mereka menawarkan pembelian ladang milik Sultan Abdul Hamid di Sancak Palestin sebagai tapak penempatan Yahudi di Tanah Suci itu. Sultan Abdul Hamid menolaknya dengan tegas, termasuk alternatif mereka yang mahu menyewa tanah itu selama 99 tahun. Pendirian tegas Sultan Abdul Hamid untuk tidak mengizinkan Yahudi bermastautin di Palestin, telah menyebabkan Yahudi sedunia mengamuk. Harganya terlalu mahal. Sultan Abdul Hamid kehilangan takhta, dan Khilafah disembelih agar tamat nyawanya. “Sesungguhnya aku sendiri tidak tahu, siapakah sebenarnya yang memilih mereka ini untuk menghantar berita penggulinganku malam itu”, Sultan Abdul Hamid meluahkan derita hatinya di dalam diari baginda. Perancangan untuk menggulingkan baginda sudah dimulakan lama sebelum malam itu. Beberapa Jumaat kebelakangan ini, nama baginda sudah tidak disebut di dalam khutbah. “Walaupun engkau dipecat, nyawamu berada di dalam jaminan kami”, Esat Pasha menyambung katanya. Sultan Abdul Hamid memandang wajah puteranya Abdul Rahim, serta puteri baginda yang seorang lagi. Malang sungguh anak-anak ini terpaksa menyaksikan kejadian malam itu. “Bawa adik-adik kamu ke dalam”, Sultan Abdul Hamid mengarahkan Amir Abdul Rahim membawa adik beradiknya ke dalam bilik. “Aku tidak membantah keputusanmu. Cuma seperkara yang kuharapkan. Izinkanlah aku bersama keluargaku tinggal di istana Caragan. Anak-anakku ramai. Mereka masih kecil dan aku sebagai bapa perlu menyekolahkan mereka”, Sultan Abdul Hamid meminta pertimbangan. Baginda sudah tahu yang tiada gunanya untuk keputusan yang dibawa oleh rombongan itu dibantah. Itulah kerisauan terakhir baginda. Mengenangkan masa depan anak-anaknya yang ramai. Sembilan lelaki dan tujuh perempuan adalah jumlah yang besar.Permintaan Sultan Abdul Hamid ditolak mentah-mentah oleh keempat-empat lelaki pengkhianat Ummah itu. Malam itu juga, baginda bersama ahli keluarganya hanya dibenarkan membawa sehelai dua pakaian, dan mereka diangkut di dalam gelap menuju ke Stesyen Keretapi Sirkeci. Khalifah terakhir umat Islam, dan ahli keluarganya dibuang negara ke Salonika, Greece. Gerombolan tentera kedengaran melangkah penuh derap ke istana. Meriam diletupkan sebagai petanda Sultan Mehmed V Resad ditabal menjadi raja boneka. Rasmilah malam itu Sultan Mehmed V Resad menjadi Khalifah ke 99 umat Islam semenjak Abu Bakr al-Siddiq r.a. Tetapi khalifah yang satu ini sudah tiada kuasa. Hanya boneka umpan menahan pemberontakan masyarakat terhadap pembubaran Khilafah Othmaniyyah. “Entahlah, di saat hidup dan matiku tidak menentu, aku terasa begitu tenang dan aman. Seperti sebuah gunung besar yang selama ini menghempap dadaku, diangkat penuh kelegaan” kata Sultan Abdul Hamid di dalam diarinya. Sultan Abdul Hamid mengusap kepala anaknya Abdul Rahim yang menangis ketakutan. Anak-anaknya yang lain turut menangis sama. Perjalanan dari Sirkeci Istanbul menuju ke Salonika di Greece penuh misteri. “Sabarlah anak-anakku. Jika Allah mengkehendaki kematian bagi kita, bukankah kematian itu kesudahan untuk semua”, kata Sultan Abdul Hamid kepada sekalian kaum kerabat baginda. Kereta api meluncur laju. Bumi khilafah ditinggalkan di belakang. Sejarah kegemilangan 600 tahun Bani Osman, berakhir malam itu. Palitan hitam yang mustahil untuk diputihkan kembali. Dalam suasana malam yang sejuk, Sultan Abdul Hamid II melunjurkan kakinya di atas kerusi kereta api sambil dipicit oleh anaknya Fatimah. “Sabarlah anakku, Ummah tidak tahu apa yang telah mereka lakukan kepada umat Muhammad ini”, baginda mengusap wajahnya dengan linangan air mata. Lama benar baginda dan ahli keluarganya dikurung di istana Yahudi yang buruk itu. Mereka dikurung di dalam bilik tanpa perabot. Pintu dan tingkap istana, dilarang daripada dibuka. Hari demi hari, adalah kematian sebelum mati bagi baginda sekeluarga. Akhirnya pada tahun 1912, Sultan Abdul Hamid dibawa pulang ke Istanbul, dan anak-anaknya bercerai berai, dibuang ke Perancis sebagai pengemis dan pelarian yang merempat di jalanan. Sultan Abdul Hamid dikurung di Istana Beylerbeyi selama 6 tahun “Maafkan patik, Tuanku. Mereka tidak mengizinkan saya untuk hadir lebih awal”, doktor yang merawat Sultan Abdul Hamid berbisik ke telinga baginda. Nafas Sultan Abdul Hamid turun naik. Penyakit asthma baginda semakin serius. Doktor sudah tidak dapat berbuat apa-apa. Renungan Sultan Abdul Hamid menghancurkan hati doktor tersebut. Bagaimana seorang khalifah umat ini harus menemui ajalnya di tangan beliau. “Ampunkan aku ya Allah. Tiada upaya bagi hamba-Mu yang lemah ini”, seorang doktor sudah hilang upaya. Baginda Sultan Abdul Hamid II telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di dalam kurungan di Istana Beylerbeyi pada 10 Februari, 1918. Pemergiannya diratapi oleh seluruh penduduk Istanbul kerana mereka sudah sedar, apakah harga kebodohan mereka membiarkan Khilafah Othmaniyyah dilumpuhkan selepas penggulingan Sultan Abdul Hamid, 10 tahun yang lalu. Menangislah… tiada sejarah yang mampu memadamkan penyesalan itu. Nukilan dari muzakirat/diari Sultan Abdul Hamid Kejatuhan Empayar Othmaniah sebenarnya bermula sejak dari pemerintahan Sultan Mahmud II (1808 -1839) lagi. Kita boleh melihat puncanya dari dua sudut : Pertama: Pemodenan mengikut arus barat. Kedua: Meninggalkan amalan Islam. Ada agenda tersembunyi yang perlu kita fahami. Sepanjang kurun ke 19 berlaku proses perindustrian dan elektonik di Eropah, ianya bukan satu proses semulajadi bahkan satu perancangan pihak tertentu untuk mengaut keuntungan. Apa yang terjadi ? Kemajuan teknoloji membawa saudara kembarnya yang menjadi protokol atau prosedur bersama – samanya iaitu bon – bon, sekuriti, wang kertas dan lain – lain instrument kewangan. Bermula dari projek pembinaan keretapi yang memerlukan modal yang besar, cara pembayaran Islam tidak boleh dipakai. Mereka menumpu di Turki sebagai pusat pemerintahan dan Mesir sebagai pusat intelektual Islam. Cara perniagaan atau muamalat islam mesti diketepikan, maknanya keputusan para Ulamak dalam hal – hal perniagaan tidak diperlukan lagi. Selama ini umat Islam menguasai bidang perniagaan dan perdagagan sementara masyarakat Yahudi dan Kristian membayar jizyah bagi keselamatan mereka dan membenarkan mereka tidak ikut serta dalam kewajipan ketenteraan. Malangnya selepas tugasan penyusunan semula masyarakat diserahkan kepada Bankers Yahudi atas nama untuk memodenkan Khilafah Othmaniah , pekara yang sebaliknya berlaku orang Yahudi dan Kristian menjadi TUAN/Masters kaya raya sedangkan rakyat Khilafah pulak menjadi miskin. Sultan Mahmud II membentuk tentera diraja bermodelkan tentera British. Tentera jihad diganti dengan tentera makan gaji. SIstem demokrasi diperkenalkan, jawatan wazir besar diganti dengan Perdana Menteri. Cukai dinaikkan. Tanzimat (reformasi) diperkenalkan pada tahun 1839 oleh Sultan Abdul Mecit . Sistem kerajaan tempatan digantikan dengan model Perancis. Ini menyebabkabkan sistem perniagaan Bazaar, khidmat masyarakat melalui waqaf yang dipanggil imaret dan millet (majlis perlindungan bagi golongan minoriti ) tidak lagi berfungsi . Pendidikan dua aliran diperkenalkan , tradisional dan sekular yang bertulang belakangkan stok, bon dan lain – lain institusi kewangan moden. Ini berlaku secara tidak sedar atas nama memodenkan empayar. Undang – undang Islam keatas status ahlu Zhimmah dihapuskan. Reformasi Tanzimat memfokuskan kepada pemusatan pentadbiran ( administrative centralization) menggantikan sistem autonomi amiriah tempatan. Tiga wazir yang menjayakan tanzimat ialah Rechid, Ali dan Fuad Pasha. Mereka bersahabat baik dengan banker Yahudi bernama Camondo. Mereka menghabiskan banyak masa mereka di Paris mempelajari teknik permodenan barat. Nasihat dari financial planner Yahudi diperlukan bagi memodenkan empayar. Kebanyakan orang Yahudi di Istanbul tinggal di Galata. Isaac Camondo menubuhkan Bank Camondo pada tahun 1802. Saudaranya Abraham-Salomon Camondo menggantikannya pada tahun 1832. Kerana sumbangannya yang besar kepada tanzimat beliau dianugerahkan Nishan-I Iftihar dan menjadi Komander Mejidiye pada tahun 1849. Pada tahun 1842 wang kertas KAIMA diperkenalkan menggantikan dinar dan dirham , ini membawa kepada penguasan banker YAHUDI keatas kedaulatan khilafah. Secara tidak sedar, banker – banker ini dijemput untuk mencipta system kewangan moden dengan system riba mereka melalui bon, kredit, saham dan pengeluaran wang kertas yang dikuasai banker Yahudi. Reformasi kewangan memberi mereka peluang untuk membuka bank – bank baru. Pada tahun 1845 Kerajaan Othmaniah bersama Mm. Alleon dan Theodore Baltazzi menubuhkan Bank of Constantinople bagi tujuan memberi pinjaman kepada kerajaan. Perang Krimea memberi peluang kepada banker Yahudi berkembang dalam empayar Othmaniah. Kerajaan memerlukan dana untuk peperangan. Bank memberi pinjaman dengan interest. Ottoman Bank ditubuhkan pada tahun 1856, ia menjadi satu langkah kepada penubuhan bank pusat dengan dana dari luar dengan jumlah 500,00 pound sterling. Transformasi modal persendirian kepada Bank Pusat akan membawa kepada system kuasa berada ditangan pemilknya banker – banker Yahudi Antarabangsa. Keluarga Rothschilds yang terlibat dalam penubuhan Federal Reserve USA juga turut terlibat atas nama pelaburan melalui Alphonse de Rothchilds dan bapaknya James Rothschilds membuka cawangan French Rothchilds Bank di Istanbul. Kerja – kerja untuk penubuhan bank pusat akhirnya berjaya dengan tertubuhnya La Bank Imperiale Ottomane pada tahun 1863 dengan bantuan Yahudi bernama Emil dan Isaac Pereire. Ini model yang menjadi superbank seterusnya dari Bank pusat kepada Bank Dunia dan International Monetary Fund. Bank ini menjadi bankers bank, dengan deposit dan pengumpul dan pengedaran kredit. Ia akan menentukan kadar antara Bank, memberi pinjaman, jual dan beli, membincangkan pembelian komoditi, memberi dana dan melibatkan diri dalam projek pelaburan dan mengeluarkan dan mencetak wang baru. Bank Camondo hanyalah bank biasa, Ottoman bank ialah bank dengan dana tempatan seterusnya bank baru Imperial Ottoman bank menjadi Bank Pusat dengan dana antarabangsa. Satu system penguasaan kewangan telah diletakkan batu asasnya. Bank ini akan menyerap masuk dalam setiap aktiviti masyarakat bermula dari kedai runcit. Tidak ada aktiviti masyarakat yang dapat lepas dari Bank. Dari aktiviti jual beli, simpanan seterusnya dana kewangan dan pelaburan , semuanya melibatkan bank. Mereka menjadi Tuan kepada dunia. Masters of the Worlds Pada tahun 1858 bankers Yahudi telah meletakkan syarat pinjaman dengan jaminan tranformasi sosial kepada Kerajaan Othmaniah. Ini menunjukkan sistem ekonomi hutang berkait rapat dengan kejuruteraan sosial. Pada waktu itu jizyah sudah berkubur. Bank Yahudi bertapak, sistem politik Nasrani Kristian menjadi penggerak empayar Othmaniah ! Hak menandatangani kerajaan tergadai kepada peminjam wang. Tahun itu juga , undang – undang tanah baru menafikan hak Sultan. Seterusnya tahun 1867 , orang asing dibenarkan membeli tanah. Projek keretapi menghubungkan Istanbul ke Vienna , Austria dikatakan akan menghubungkan dunia Islam dan Eropah. Oleh kerana projek ini begitu besar, begitu jugalah peranan penipuan besar oleh bank – bank Yahud di London, Paris dan Brussel dalam membiayai projek ini dengan bon – bon kerajaan Othmaniah. Pada tahun 1873 , berlaku ‘ crash 1873 ‘ yang membawa kepada kejatuhan nilai bon – bon tersebut. Projek ini bukan sahaja pembanggunan fizikal dalam bentuk konkrit bangunan semata – mata. Bahkan suatu gerakan yang mengatasi ruang lingkup sempadan nasional dan bangsa tetapi didalangi dengan angka – angka pada dokumen kewangan yan dipanggil saham dan bon. Pada tahun 1875 Kerajaan Othmaniah diistiharkan muflis kerana tidak mampu membayar hutang. Suruhanjaya Asing dilantik mewakil pemegang saham asing. Kerajaan terpaksa mengenakan cukai terhadap rakyat. Serbia memberotak. Bosnia diserahkan kepada Austria dibawah bendera Othmani. Jalan keretapi tidak siap tetapi separuh dari perniagaan laut telah jatuh ke tangan British. Kesan mengurangkan perjalanan dari Vienna ke Istanbul dari seminggu ke 40 jam ialah kejatuhan Khilafah Othmaniah. Sultan Abdul Hamid menjadi Khalifah pada tahun 1876. Beliau mahu kembali kepada pemerintahan asal Othmaniah sebelum tanzimat. Beliau menolak sistem hiraki barat dan mahukan sistem topkapi dan imaret diperintah oleh keluarga diraja Othmaniah semula. Beliau tidak percaya kepada pegawai – pegawai yang berkhidmat sebelumnya. Secara beransur – ansur beliau mengurangkan peranan mereka dalam kerajaan. Beliau berjaya mengurangkan hutang kerajaan. Pada tahun 1896, perwakilan Zionis telah menemui beliau. Sebagai tawaran untuk mendapatkan Palestin mereka memberi tawaran untuk memperbaiki keadaan krisis kewangan yang dihadapi oleh kerajaan Othmaniah. Bagaimana seorang yang tidak mempuyai tanahairnya sendiri boleh membuat tawaran kepada pewaris salah satu empayar terbesar di dunia. Jawapannya ialah satu bentuk kuasa baru telah muncul, kuasa bank telah mengatasi kuasa kerajaan atau kuasa politik. Kuasa tidak lagi dalam bentuk ketenteraan tetapi dalam bentuk jumlah nombor wang dalam bank. Politik dijadikan alat untuk mengawal masyarakat. Kuasa politik pulak dijadikan alat bank ntuk menjalankan projeknya. Sultan Abdul Hamid telah mengungkapkan kata-kata bersejarah yang ditujukan kepada Herzl melalui utusan yang dihantar untuk perundingan tersebut : “Saya menganjurkan supaya dia(Hezrl) tidak meneruskan perkara ini (usaha mendapatkan tanah Palestin). Saya tidak dapat menjualkan walaupun satu kaki persegi daripada tanah ini kerana ianya bukan milik saya, tetapi milik rakyat saya. Rakyat saya telah membentuk serta mengekalkan Empayar ini dengan pengorbanan dan darah, dan kami akan mempertahankannya dengan darah kami sebelum menyerahkannya kepada sesiapapun. Biarlah yahudi-yahudi itu menyimpan sahaja wang mereka yang berbilion-bilion itu. Jika sekiranya Empayar ini berpecah, maka mereka boleh mengambil Palestin secara percuma. Tetapi mestilah dilangkah mayat kami dahulu, dan saya tidak akan membenarkan ianya berlaku atas sebab apapun..” Sultan Abdul Hamid digulingkan pada tahun 1908. Pada tahun itu juga , pejabat pertama zionis di buka di Palestin dibawah firma Rohschilds. Maka berakhirlah empayar Othmaniah walaupun ia masih belum secara rasmi sehingga tahun 1924

Wednesday, September 26, 2012

Kamu Cantik Sekali, Tapi..

cik CEO — 03/11/2011 — 16 Comments Saudari, kamu cantik sekali Tapi hanya di mata manusia. Sedangkan yang Maha Kuasa tak pernah memandang rupa atau pun bentuk tubuh kita. Namun Dia melihat pada hati dan amal-amal yang dilakukan hamba-Nya.
Saudari, kamu cantik sekali Tapi cantik luaran tak akan pernah abadi. Saat ini kita boleh berbangga dengan kemolekan wajah ataupun bentuk tubuh. Namun beberapa waktu nanti, saat wajah telah keriput, rambut pun kusut dan berubah warna putih, tubuh tak lagi tegap, membongkok dimakan usia, tak akan ada lagi yang boleh dibanggakan. Lebih-lebih jika telah memasuki liang lahad, tentu tiada manusia yang mahu mendekat. Saudari, kamu cantik sekali Tapi kecantikan hanyalah pemberian dan untuk apa dibangga-banggakan? Sesungguhnya kecantikan patut disyukuri dengan cara yang baik. Mensyukuri kecantikan bukanlah dengan cara mempamerkan gambar atau membandingkan rupa, sedangkan hakikatnya wajah itu bukan milik kita. Tidakkah engkau rimas bila banyak mata lelaki yang memandang berhari-hari? Tidakkah engkau malu ketika wajahmu dinikmati tanpa kebenaran engkau sendiri yang menayang gambar. Ataukah rasa malu itu telah punah musnah? Betapa sayangnya jika demikian sedangkan ia sebahagian dari keimanan. Saudari, kamu cantik sekali Tapi apa manfaat pujian dan kekaguman seseorang? Adakah ia akan menambah pahala dari-Nya? Adakah darjatmu akan meninggi di sisi Ilahi setelah dipuji? Tiada yang menjamin wahai ukhti. Mungkin malah sebaliknya, wajah cantik itu menjadikanmu tiada harga di hadapan-Nya, kerana kamu tak mampu memelihara sesuai dengan ketentuan-Nya. Saudari, kamu cantik sekali Kecantikan itu harta berharga bukan barang murah yang boleh dinikmati dengan mudah. Dimana nilainya jika setiap mata begitu leluasa memandang cantiknya rupa. Dimana harganya dan kehormatan sebagai hamba Tuhan jika setiap orang, baik dia seorang kafir, musyrik atau munafik begitu mudah menikmati wajah para muslimah? Saudari, kamu cantik sekali Alangkah indah jika kecantikan luaran itu dipadu dengan kecantikan hatimu. Apalah erti cantik rupawan bila tak memiliki keimanan. Apalah guna tubuh molek memikat bila tiada rasa malu yang lekat. Cantikkan dirimu dengan cahayaNya. Cahaya yang bersinar dari hati benderang penuh keimanan. Hati yang taat sentiasa patuh pada syariat. Hati yang taqwa, yang selalu menjalankan perintah dan menjauhi larangan-Nya. Hati yang sederhana, yang tak berlebihan dalam segala urusan dunia. Maka tampillah cantik di hadapan Penciptamu kerana itu lebih bererti daripada menampilkan kecantikan pada manusia yang bukan muhrimmu. Tampillah cantik di hadapan suamimu, kerana itu adalah sebahagian dari jihadmu. Mengabdi pada manusia yang kamu kasihi demi keredhaan Ilahi. Tampillah cantik, cantik iman, cantik batin, cantik hati, kerana itu lebih abadi. dari: http://akuislam.com/blog/kisah-tauladan/kamu-cantik-sekali-tapi/#ixzz27X0Hz9xk

Tuesday, September 25, 2012

8 jenis pahala yang berterusan

8 jenis pahala yang berterusan kita boleh dapat. 8 pahala yang berterusan ni adalah apa yang kita boleh buat semasa hidup untuk terus mendapat pahala setelah mati, kenduri arwah dan tahlil pula dibuat oleh org lain (yg masih hidup) untuk org yg telah mati ( arwah).

Monday, September 24, 2012

lmuwan Islam : Abbas ibn Firnas, Bapa kapal terbang moden yang sebenar.

lmuwan Islam : Abbas ibn Firnas, Bapa kapal terbang moden yang sebenar. Posted by dayak on September 1, 2012 at 1:06am in Personaliti Atau Tokoh Rakyat Send Message View Discussions Tahukah anda siapakah orang pertama yang mencipta Kapal terbang? Rata-rata sudah pasti akan mengatakan Wright Brothers (Orville Wright dan Wilbur Wright) adalah orang pertama yang mencipta kapal terbang. Dunia telah mengiktiraf Wright Brothers sebagai pencipta kapal terbang pertama kerana mereka dengan jayanya dapat mencipta kapal terbang bernama Flyer yang berjaya terbang dengan baik sekali. Tetapi tahukah kita bahawa konsep kapal terbang yang diguna pakai oleh Wright Brothers untuk mencipta kapal terbangnya adalah menggunakan konsep atau idea dari Ilmuan Islam kita; Abbas Ibn Firnas. "Ibn Firnas was the first man in history to make a scientific attempt at flying."—Philip Hitti, History of the Arabs. Abbas Ibn Firnas atau Abbas Qasim Ibn Firnas merupakan seorang berketurunan Berber di Spanyol. Beliau adalah seorang pakar sains, ahli teknologi dan ahli kimia. Sepanjang hidupnya, Ibn Firnas mendalami kimia, fizik, dan astronomi. Beliau telah menemui konsep kapal terbang pertama di dunia, mencipta planetarium dan merekacipta kristal tiruan. Ibn Firnas mendahului dunia penerbangan seribu tahun sebelum the Wright Brothers. Pada tahun 852, seorang pemuda bernama Armen Firman terbang dari menara di Cordova menggunakan jubah lebar seperti sayap untuk melambatkan kelajuaannya (penemuan payung terjun).
Beliau terselamat dengan kecederaan ringan, dan Ibn Firnas hadir dan menyaksikannya. Pada tahun 875, pada usia 66 tahun Ibn Firnas mencipta pelayangnya sendiri, dan melayang turun dari menara. Penerbangan itu agak berjaya, dan disaksikan oleh kumpulan mereka yang dijemputnya. Bagaimanapun, pendaratannya gagal. Belakangnya tercedera, dan pengkritiknya menyatakan bahawa beliau tidak mengambil kira cara burung mengepak ketika terjunam, dan mendarat pada ekornya. Beliau tidak menyediakan ekor, ataupun cara pergerakan serupa itu. Ibn Firnas mencipta planetarium mekanikal dengan planet-planet yang berputar. Beliau juga membuat simulasi guruh dan kilat, menyediakan jadual astronomi, mengarang puisi, dan mereka jam air yang dikenali sebagai Al-Maqata. Selain itu, beliau mencipta kaedah menghasilkan kaca dari pasir juga menghasilkan rantaian cincin yang boleh digunakan bagi menunjukkan pergerakan planet dan bintang. Beliau juga memajukan proses bagi memotong kristal batu. Ibn Firnas meninggal dunia pada tahun 888 Masihi pada usia 77 tahun. Libya telah mengeluarkan setem sebagai menperingatinya. Iraq membina patung bagi memperingati dirinya dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Iraq, dan Lapangan Terbang Ibn Firnas di utara Baghdad dinamakan sempenan namanya.

Sunday, September 23, 2012

Pernyataan Sikap Ikhwanul Muslimin Terkait Filem “Anti Islam”

Pernyataan Sikap Ikhwanul Muslimin Terkait Filem “Anti Islam” Satu setengah bilion umat Islam menghadapi penghinaan dan penghinaan yang ditujukan kepada peribadi pemimpin mereka, Rasulullah, penutup para nabi dan Rasul, Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallamyang merupakan rahmat bagi semesta alam, yang diutus kepada seluruh manusia dengan syariat Islam, agama Tuhan semesta alam. Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam telah melakukan dakwah yang membawa manusia dari lembah kemunduran dan barbarisme ke puncak kemuliaan dan kemanusiaan. Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam membawa cahaya, pemikiran yang cemerlang dan kemajuan bagi semua manusia. Beliau datang dengan ajaran tauhid yang tidak tercemar oleh perbuatan syirik kepada Allah Tuhan semesta alam. Beliau membawa ajaran untuk percaya kepada semua Rasul tanpa membeza-bezakan dan melebihkan salah satu di antara mereka dan beliau mengajar manusia untuk menghormati, memuliakan dan mengagungkan mereka. Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam memerintahkan manusia untuk beriman kepada semua kitab suci agama samawi guna menyempurnakan akhlak yang mulia, mewujudkan kebebasan beragama dan beribadah, menghormati dan melindungi tempat-tempat ibadat semua agama, mewujudkan kebebasan berpendapat, bersuara, dan kesaksamaan di antara manusia, menegakkan keadilan, menghormati martabat manusia, menguatkan rasa solidariti dan melakukan kerjasama dengan semua kumpulan masyarakat. Agama Islam telah menghormati hak asasi manusia sebelum semua manusia mengetahui apa itu hak asasi manusia. Dalam agama Islam, darah, harga diri dan harta mempunyai kehormatan yang tidak boleh diganggu dan diserang oleh sesiapa pun. Gangguan terhadap Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam yang telah terjadi berulangkali menunjukkan adanya kebencian dan sikap fanatik buta oleh beberapa pihak yang berada di belakangnya dan adanya kebodohan serta sikap melampaui batas dari orang yang mengizinkannya. Satu setengah bilion umat Islam tidak boleh membiarkan gangguan yang dialamatkan kepada seorang manusia suci yang rela mereka tebus dengan harta yang paling mahal sekalipun. Tidak ada seorang pun yang boleh menyekat perasaan marahnya. Kami menolak dengan tegas penghinaan terhadap Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam begitu pula dengan semua Nabi dan Rasul. Kami sangat mengutuk kejahatan ini dan menuntut supaya undang-undang diambil terhadap orang yang telah berani menghina kesucian sebuah agama. Jika tidak demikian maka tindakan tersebut akan menambah kebencian kaum Muslimin kepada Barat pada umumnya dan Amerika pada khususnya; kerana telah berani menghina kesucian agama Islam. Kami juga menuntut agar pelakunya akan ditangkap dan diadili. Sikap melampaui batas dan gangguan terhadap simbol agama tidak termasuk dalam kategori kebebasan berpendapat dan berfikir tetapi merupakan kejahatan dan penghinaan terhadap kesucian agama. Seharusnya negara-negara yang telah menghasilkan filem tersebut tidak membiarkan pelakunya sebab akan merendahkan kedudukan mereka di mata dunia Islam. Barat telah menyatakan sikap tegas berkaitan sikap Hitler yang membunuh orang-orang Yahudi dan mempersoalkan jumlah korbannya padahal itu hanya aspek sejarah bukan kesucian sebuah agama. Oleh kerana itu, merupakan hak bagi rakyat dan kerajaan negara-negara Islam untuk mengecam gangguan ini dengan cara yang damai dan legal serta mengambil tindakan yang tepat agar perkara ini tidak berulang lagi. Pada saat yang sama kami juga menolak kekerasan dan pertumpahan darah yang timbul akibat gangguan yang dilakukan beberapa orang terhadap Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam di samping sikap masa bodoh beberapa negara yang tidak mahu bertindak tegas dalam hal ini sehingga ada reaksi dunia Islam. Seharusnya negara-negara tersebut dalam menghadapi penghinaan terhadap Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam telah menyatakan sikap yang tegas dan membuat prosedur yang jelas dalam menghukum pelakunya, apatah lagi persiapan untuk [filem] yang menghina Islam ini sudah didengar dan diketahui oleh sebahagian negara. Sungguh mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Akhirnya, kami mengajak kaum muslimin untuk berpegang teguh dengan Al-Quran dan mengamalkannya dalam kehidupan sehari-hari serta mengikuti Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam. Ini adalah cara yang paling berkesan untuk mengatasi masalah tersebut dan memberikan contoh yang baik dalam menghadapi sebuah kejahatan. Gangguan ini dilakukan pada saat masyarakat dunia berusaha untuk saling menghormati satu sama lain. Orang-orang yang melakukan gangguan ini ingin merosakkan hubungan baik yang telah terjalin, memutuskan jalan yang diretas untuk integrasi peradaban, dan menyebarkan fitnah dalam masyarakat. Allah Ta'ala telah berfirman, "... Dan orang-orang yang zalim kelak akan tahu ke tempat mana mereka akan kembali." (QS. Asy-Syu'araa: 227) Ikhwanul Muslimin Kaherah, 25 Syawal 1433 H/12 September 2012 M

Friday, September 21, 2012

For the Rest of My Life

For the Rest of My Life For the Rest of My Life - LYRICS I praise Allah for sending me you my love You've found your home it's here with me, and I'm here with you Now let me let you know You've opened my heart I was always thinking that love was wrong But everything was changed when you came along, oh And there's a couple of words I want to say
Chorus: For the rest of my life, I'll be with you I'll stay by your side, honest and true Till the end of my time, I'll be loving you, loving you For the rest of my life, through days and nights I'll thank Allah for opening my eyes Now and forever I, I'll be there for you I know it deep in my heart I feel so blessed when I think of you And I ask Allah to bless all we do You're my wife, and my friend and my strength And I pray we're together in Jannah Finally now I've found my self, I feel so strong Yes everything was changed when you came along, oh And there's a couple of words I want to say Chorus And now that you're here, in front of me I strongly feel love And I have no doubt, and I'll sing it loud And that I will love you eternally

Thursday, September 20, 2012

Wahabiyah, Siapa Yang Kalian Sembah???

Wahabiyah, Siapa Yang Kalian Sembah??? by AQIDAH AHLUSSUNNAH: ALLAH ADA TANPA TEMPAT on Wednesday, 19 September 2012 at 09:36 · Wahabiyah, Siapa Yang Kalian Sembah??? Dari penjelasan di atas diketahui bahwa Wahabiyah menyembah jisim yang mereka yakini itulah Allah. Mereka namakan Allah dengan syakhsh (benda/bentuk/fisik) dan mereka mengatakan bahwa Ia memiliki wajah dengan sebenarnya, mulut dan lisan, dan bahwa Ia tertawa dengan sebenarnya dan merasa kesakitan, Dia memilki sifat bosan dan disifati dengan menipu, menurut sebagian Wahabiyah Dia memiliki sisi kanan dan kiri dan menurut sebagian yang lain hanya memiliki sisi kanan, tidak punya yang kiri. Mereka mengatakan Ia mempunyai satu sisi dan mata yang banyak. Sebagian mereka mengatakan Ia hanya memiliki satu mata saja, Ia berjalan, datang secara fisik dengan sebenarnya, dan benar-benar turun dari atas dan naik dari bawah ke atas, duduk di atas Arsy dan bertempat di udara akhirat dan bahwa Ia memiliki dua telapak kaki yang menurut mereka butuh pada al Kursi untuk meletakkan keduanya. Sebagian mereka mengatakan bahwa Ia hanya memiliki satu telapak kaki sebagai anggota badan dan meletakkannya di dalam neraka jahannam tapi tidak terbakar sebagaimana para malaikat adzab (yang mendapat tugas menyiksa penghuni neraka) di dalam neraka juga tidak merasakan pedihnya neraka. Demikian juga mereka mengatakan Allah mempunyai anggota badan seperti telapak tangan, jari-jari yang banyak, hasta dan lengan. Mereka meyakini Allah diam dan bergerak, turun dan naik. Dan menurut mereka jika Ia berkehendak pasti Ia akan bersemayam di atas punggung seekor nyamuk. Mereka meyakini Ia turun dengan dzatNya dari Arsy yang agung ke langit dengan sebenarnya. Mereka mengatakan bahwa ia meletakkan tangan dan kakiNya di neraka Jahannam tapi Ia tidak terbakar dan Ia mengambil segenggam kerikil dan mengeluarkannya dari neraka kemudian turun bersama awan sedangkan Jibril di sisi kananNya dan jahannam di sisi kiriNya. Sebenarnya Wahabiyah menyembah Jisim yang mereka khayalkan duduk di atas Arsy padahal yang demikian itu tidak ada. Mereka adalah para penyembah gambar, jisim, wahm dan khayalan, meskipun demikian mereka mengatakan bahwa Ahlussunnah wal Jama’ah adalah musyrik penyembah berhala dan kuburan. Padahal Ahlussunnah Wal Jama’ah adalah orang-orang yang mentauhidkan Tuhan mereka, mengenalNya dan mensucikanNya dari setiap sifat yang tidak layak disifatkan oleh orang-orang Wahabi (mujassimah) kepada Allah ta’ala. Dan kalian wahai orang-orang Wahabi Najdiyah Taimiyah adalah kelompok musyabbihah (orang-orang yang menyerupakan Allah dengan makhlukNya) mujassimah (orang-orang yang menjisimkan Allah) Jahawiyyah dan Shautiyyah. Dan sekarang setelah kami menjelaskan kepadamu wahai pembaca aqidah Wahabiyah yang serupa dengan aqidah Yahudi, kami kutipkan kepadamu pembelaan Wahabiyah terhadap Yahudi dan tidak adanya pengkafiran mereka terhadap kaum wahabi. Bagaimana mungkin mereka mengkafirkan yahudi sedangkan mereka yang menganggap orang-orang Wahabiyah mukmin. Ini yang akan kamu lihat dalam kitab-kitab pemimpin mereka dan referensi-referensi mereka.

Wednesday, September 19, 2012

Nabi Yusuf a.s. sebagai ikon handsome dan ikon cinta.

Ramai orang yang suka menyebut-nyebut nama Nabi Yusuf a.s. sebagai ikon handsome dan ikon cinta.

Bila sebut Yusuf, orang akan ingat Zulaikha.

Dalam lagu atau nasyid jiwang pun, biasanya nama Nabi Yusuf a.s. akan disebut sekali dengan nama Zulaikha. Kononnya, sebagai ikon cinta bagi orang-orang yang bercinta.


Hakikatnya, dari awal kisah Nabi Yusuf a.s. sehinggalah baginda memerintah Mesir, ada lebih banyak teladan yang kita perlu lihat dan ambil sebagai iktibar perjalanan hidup kita, tetapi fokus kita selalunya pada menjadikan Yusuf dan isteri Al-Aziz (mengikut Al-Quran) sebagai ikon cinta semata-mata.

Saya sendiri tidak pasti, dari riwayat manakah datangnya kisah cinta Yusuf dan isteri Al-Aziz ini selepas Yusuf dibebaskan dari penjara dan sejauh mana kebenaran kisah ini.

Maka, saya tidak akan sentuh berkaitan itu. Saya lebih suka untuk bawa kita melihat perjalanan hidup Yusuf a.s. dalam bentuk teladan yang lebih luas untuk kehidupan kita.


Teladan 1 : Hidup Tidak Akan Pernah Lepas Dari Ujian, Maka Janganlah Tinggalkan Tuhan

Kalau kita perasan, penceritaan kisah Yusuf a.s. dalam Al-Quran tidak sama seperti kisah-kisah Nabi lain. Kisah-kisah Nabi lain biasanya diceritakan secara terpecah-pecah. Ada sebahagiannya di surah ini, ada sebahagiannya di surah itu. Tetapi, berbeza dengan kisah Nabi Yusuf a.s. Hampir-hampir saja surah Yusuf itu keseluruhannya menukilkan tentang catatan perjalanan hidup baginda.

Apa yang uniknya melalui teknik penceritaan sebegitu?

Allah memperlihatkan perjalanan kehidupan Nabi Yusuf yang sarat dengan ujian. Ujian itu tidak bermula ketika baginda besar, bahkan sejak kecil lagi baginda sudah diuji. Tetapi, sepanjang perjalanan hidup baginda yang sarat dengan ujian itu, baginda tidak pernah sekali-kali meninggalkan Allah di belakang.

Ketika baginda bermimpi melihat matahari, bulan dan bintang sujud kepadanya, maka sejak itu Nabi Yaakub telah mengingatkan dan memberi pesanan supaya baginda berhati-hati kerana selepas mimpi itu, pasti baginda akan menanggung pelbagai ujian terutama dari saudara-saudaranya.

“Dia (ayahnya) berkata, “Wahai anakku, janganlah engkau ceritakan mimpimu kepada saudara-saudaramu, mereka akan membuat tipu daya (untuk membinasakan) mu. Sungguh syaitan itu musuh yang jelas bagi manusia.” [Yusuf : 5]

Dan memang benar, selepas itu ujian datang bertimpa-timpa ke atas Yusuf.

Dibuang ke dalam perigi oleh adik-beradiknya, terpisah dari ayahnya, dibawa ke negeri orang, kemudian dijadikan pula sebagai hamba. Tak cukup dengan itu, fitnah jatuh pula ke atas dirinya apabila isteri Al-Aziz tertarik kepadanya, menyebabkan baginda dipenjarakan. Sehinggalah baginda memerintah Mesir, baginda diuji lagi dengan cabaran kemarau dan cabaran untuk memaafkan semua saudaranya yang pernah menzaliminya.

Namun, sepanjang perjalanan yang sarat dengan ujian itu, ada satu pengajaran yang tidak sepatutnya kita tinggalkan. Apakah itu?

Baginda tidak pernah meninggalkan Tuhannya di belakang. Sentiasalah dalam hidupnya, Allah menjadi keutamaan yang diletakkan di depan.

Kita selalu fokus pada bahagian Nabi Yusuf dan isteri Al-Aziz itu sahaja sehingga diangkat-angkat Yusuf dan isteri Al-Aziz itu sebagai ikon cinta. Tetapi, kita terlupa, bagaimana sebelum itu, Yusuf harus terpaksa menghadapi karenah isteri Al-Aziz yang ingin menggodanya itu. Daripada peristiwa itu, kita lihat bagaimana kuatnya hubungan baginda dengan Allah.

“Dan perempuan yang dia (Yusuf) tinggal di rumahnya menggoda dirinya. Dan dia menutup pintu-pintu lalu berkata, “Marilah mendekat kepadaku.” Yusuf berkata, “Aku berlindung kepda Allah, sungguh, tuanku telah memperlakukan aku dengan baik.” Sesungguhnya orang yang zalim itu tidak beruntung.” [Yusuf : 23]

Bukan mudah bila di depan kita telah berdiri seorang wanita, yang ingin menyerahkan dirinya dengan penuh kerelaan, tiba-tiba dengan penuh ketegasan dan keberanian, kita menolak tawarannya itu sambil mengatakan, “Sesungguhnya aku takut kepada Allah.”

Bukan suatu yang mudah. Apalagi jika kita ini orang muda yang handsome dan digilai ramai pula. Ia akan menjadi suatu ujian yang lebih sukar. Tetapi, tidak bagi Yusuf. Baginda walaupun digilai ramai wanita, tetapi itu tidak pernah sekali-kali dapat menggugah dan menggangu hubungannya dengan Allah.

Sebab itulah, Nabi s.a.w. pernah bersada yang bermaksud :

“Tujuh golongan manusia yang akan diberikan naungan pada hari di mana tidak ada naungan selain naungan Allah : …. Seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk berzina, lalu ia menjawab, “Sesungguhnya aku takut kepada Allah.”….” [HR Abu Daud, Tirmizi, Ibn Majah]

Maka, belajarlah daripada Yusuf a.s. Bersabar dan kuatnya baginda menempuh ujian di sepanjang kehidupannya adalah kerana baginda sentiasa ada Allah bersama.


Teladan 2 : Pemuda Yang Bercita-cita, Kerja Berstrategi dan Berperancangan, Tidak Dilembikkan Oleh Cinta

Nabi Yusuf a.s. telah diberi kelebihan untuk menta’wil mimpi-mimpi manusia. Setelah dua orang tawanan dalam penjara yang menemuinya meminta ta’wilan daripadanya terhadap mimpi-mimpi mereka, baginda dipanggil untuk menta’wil pula mimpi raja.

Apa yang kita boleh belajar daripada kisah ta’wilan mimpi ini?

Yusuf mempunyai kuasa ajaib?
Mimpi boleh jadi dalil hidup?

Tak. Tak. Bukan itu yang sepatutnya kita belajar dari kisah ini.

Yang sepatutnya kita belajar dari kisah ini adalah bagaimana Yusuf memiliki cita-cita yang begitu tinggi untuk membaiki dan memelihara kebajikan rakyat Mesir dalam tempoh kemarau yang begitu lama itu. Baginda sudah tahu apa yang akan berlaku, maka baginda berusaha merawat dan membantu sekadar kemampuan yang ada, bukan sekadar memberikan tafsiran semata-mata.

Kalaulah kita di tempat Yusuf, mungkin kita sudah biarkan saja agaknya, tak begitu?
Kenapa saya cakap begitu?

Ya, sebab kita dah tahu akan jadi begitu, maka bagi kita, apa gunanya lagi berusaha, ye tak? Sama sajalah macam orang yang buat jahat. Bila ditanya, ‘Kau tak mahu berubah ke?’

‘Aku bukan tak mau berubah, bro. Tapi Tuhan dah takdirkan aku macam ni. Nak buat macam mana lagi?’

Kita ini, begitulah. Bila kita malas berusaha, kita akan meletakkan segala kesalahan kepada Tuhan. Mudah. Senang berlepas tangan. Kita sendiri tidak lihat kesilapan diri kita yang tidak merancang dan menyusun strategi usaha kita. Bila kita tidak boleh berubah, maka habislah Tuhan yang jadi ‘mangsa’.

Tetapi, tidak bagi Yusuf. Kerana baginda sudah jelas-jelas tahu keadaan Mesir beberapa tahun yang akan datang, maka baginda tidak membiarkan saja. Baginda berfikir dan merancang. Kalau nak ikutkan takdir, memang itu takdir. Tapi, Allah hendak tengok, kita ini berusaha ke tidak? Kalau berusaha, pastilah Allah akan beri.

“Dia (Yusuf) berkata, “Jadikanlah aku bendaharawan negeri (Mesir) kerana sesungguhnya aku adalah orang pandai menjaga dan berpengetahuan.” [Yusuf : 55]

Inilah yang selalu dilupakan oleh para pemuda kita. Kita terlalu fokus pada Yusuf dan isteri Al-Aziz itu sebagai ikon cinta sampai kita kemaruk cinta, sehingga kita terlupa bahawa usia seorang pemuda itu, adalah usia untuk membina cita-cita dan masa depannya. Lihatlah bagaimana Yusuf telah melakukannya.

Baginda walaupun handsome, tetapi baginda tidak disibukkan dan dilembikkan oleh cinta berbeza jantina. Baginda merancang kehidupannya, menyusun strategi mentadbir rakyat di bawah kepimpinannya dan membina sebuah Mesir yang lebih baik keadaannya ketika musim kemarau.

Itulah yang sepatutnya kitaa lakukan. Jangan kita dilalaikan oleh cinta sehingga kita buta untuk membina cita-cita dan masa depan kita.

Binalah masa depan kita. Bentuklah peribadi kita. Jangan buang masa hanya pada cinta berbeza jantina. Kita ada masa depan yang lebih besar untuk kita bina dan capai.


Penutup : Ini Hanyalah Pengajaran Bagi Mereka Yang Menggunakan Akalnya

Kisah Yusuf, kalau kita ambil bahagian-bahagian tertentu seperti yang ramai selalu sebar-sebarkan itu, memang itu sahajalah yang kita akan dapat.

Alangkah ruginya ibrah daripada kehidupan Nabi Yusuf itu hanya difokuskan pada bahagian situ saja. Kita meninggalkan pengajaran terpenting pada kisah hidup baginda yang memberi penumpuan kepada pembinaan iman kepada Allah serta perlunya bercita-cita dan berperancangan dalam kehidupan.

Akhirnya, kita akan sibuk dengan cinta sahajalah, tapi terlupa membina peribadi dan diri kita. Kesannya, lahirlah jiwa-jiwa yang lembik dan cepat terasa. Kita tidak tahan diuji dan cepat goyah.

Belajarlah membina diri dan masa depan daripada kehidupan Nabi Yusuf a.s. Kisah hidup baginda yang panjang ini hanya akan menjadi pelajaran dan pengajaran bagi mereka yang menggunakan akal sahaja. Yang nampak sebatas melayan perasaan dan nafsu saja, kisah Yusuf ini tidak lebih sekadar kisah untuk menghiburkan hati saja.

“Sungguh pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang yang mempunyai akal.” [Yusuf : 111]

Inilah teladan Yusuf yang ditinggalkan. Teguklah teladan ini dan bumikanlah dalam kehidupan !

Tuesday, September 18, 2012

Apakah Sabra dan Shatila?

Apakah Sabra dan Shatila?

Sabra dan Shatila adalah 2 daripada kem pelarian Palestin di Beirut, Lubnan yang telah didirikan selepas berlakunya peristiwa Nakbah Palestin pada 1948. Kira-kira 3,000 orang pelarian terkorban dalam tempoh 48 jam semasa tragedi hitam tersebut yang berlaku pada 16-18hb September 1982 yang didalangi oleh Zionis dan Phalangist Lubnan.

Bagaimanakah latar belakang Sabra-Shatila?




Pada tanggal 11 September 1982, Menteri Pertahanan Israel Ariel Sharon, arkitek kepada penjajahan Israel ke atas Lubnan telah mengumumkan bahawa terdapat lebih daripada 2000 orang pengganas masih berada di kem-kem pelarian Palestin di sekitar Beirut, Ibu Negara Lubnan.

Bagaikan agenda drama yang kemas dirancang, Presiden Lubnan Bashir Gemayel, telah dibunuh apabila ibu pejabatnya telah diletupkan dengan bom oleh sekumpulan bersenjata pada 14hb September. Beliau merupakan Ketua Parti Phalangist Lubnan yang merupakan sekutu kuat rejim ZionisIsrael. 4 hari kemudiannya, Rabu 15hb September 1982, tentera Israel telah menguasai Beirut Barat dengan mengelilingi serta mengunci mati laluan ke kem Sabra dan Shatila yang padat diduduki oleh pelarian Palestin dan orang awam Lubnan.

Pada sebelah petangnya, kem-kem pelarian ini telah dikepung sepenuhnya oleh kereta kebal dan tenteraIsraelyang menjaga setiap laluan keluar masuk kem-kem ini untuk rangka memantau setiap orang yang keluar atau masuk ke kem. Laluan ini telah ditutup sepenuhnya pada lewat petang.

Keesokannya Khamis 16hb September, Ariel Sharon dan Ketua Turus Tentera Israel telah mengadakan perjumpaan dengan Ketua Unit Militia Phalangist Lubnan, mengundang mereka masuk ke kem pelarian Sabra dan kem Shatila untuk membersihkan ‘sarang pengganas’. Mesyuarat tersebut telah berakhir pada jam 3 petang.

Bagaimanakah tragedi ini dilakukan?

Menjelang lewat petang 16hb September 1982, lebih kurang 150 orang unit pertama Militia Phalangist Lubnan yang merupakan sekutu rapat rejim Zionis Israel telah masuk ke kem pelarian tersebut dengan bersenjatakan senapang, pisau dan kapak. Mereka terus membunuh orang-orang awam terutamanya di kalangan pelarian ini dengan mengelar leher mereka, membunuh dengan kapak serta menembak dengan senapang mereka. Ramai dari kalangan wanita dan kanak-kanak perempuan pelarian yang tidak berdosa ini telah dirogol bergilir-gilir terlebih dahulu. Pada malam yang sama, pasukan tenteraIsraelmenerangkan kawasan kem dengan cahaya api yang membakar menyebabkan kawasan tersebut terang benderang seumpama stadium bola sepak, menurut saksi yang terselamat dari insiden tersebut.


Dalam masa beberapa jam pertama itu sahaja mereka telah merogol, membunuh dan mencederakan ramai orang-orang awam yang kebanyakannya adalah pelarian Palestin yang terdiri daripada kanak-kanak, wanita dan orang-orang tua yang telah dikepung di dalam kem-kem tersebut.

Pada jam 11.00 malam, satu laporan telah sampai ke ibu pejabat tentera Israel di Beirut Timur yang mengatakan sekurang-kurangnya 300 orang telah dibunuh dalam tempoh 5 jam pertama. Di antara 36 hingga 48 jam kemudiannya, Militia Phalangist telah membunuh kebanyakan penduduk yang menghuni kem pelarian tersebut sementara tentera Israel mengawal laluan keluar kem dan terus memberikan sokongan yang maksimum terhadap pembunuhan ini.

Jumaat 17 September, laluan ke kem Sabra dan kem Shatila masih ditutup namun ada beberapa pemerhati bebas berjaya melepasi sekatan ketat tenteraIsrael. Di kalangan mereka adalah seorang wartawan dan seorang pegawai diplomat dari Norway, Gunnar Flakstad yang menyaksikan operasi pembersihan yang dijalankan oleh Militia Phalangist yang sedang membuang mayat-mayat dari rumah yang musnah dihancurkan.


Militia Phalangist tidak keluar dari kem pada jam 5 pagi Sabtu 18hb September sebagaimana yang diarahkan. Mereka terus melakukan pembunuhan sehinggalah mereka meninggalkan kem Sabra dan kem Shatila pada jam 8.00 pagi 18hb September 1982.Parawartawan asing hanya dibenarkan masuk ke dalam kem pada hari Sabtu, jam 9.00 pagi 18hb September yang menyaksikan ratusan mayat masih bergelimpangan di sekitar kawasan kem dan banyak di kalangan mayat ini yang telah dikelar-kelar anggota badannya.

Apakah di antara testimoni pelarian Palestin yang sempat menyelamatkan diri ?

”Tentera-tentera tersebut pergi dari satu rumah ke satu rumah dan memberikan amaran akan meletupkan rumah sekiranya mereka tidak keluar dari persembunyian.”
”Ada saksi yang terselamat mendengar bahawa tentera Phalangist memberitahu satu sama lain supaya menggunakan kapak sahaja kerana bunyi senapang akan menyebabkan orang ramai sedar dan akan melarikan diri.”
“Mereka membunuh abang ipar saya di depan mata kepala saya sendiri, saya melihat mereka menembak kepada orang ramai. Mereka membunuh kesemuannya dan saya terus melarikan diri”
Tidak diketahui jumlah yang terbunuh secara tepat kerana sumber rasmi dari Israel mengumumkan bahawa ‘hanya’ 700 orang awam terbunuh. Sumber rasmi dari Lubnan pula menjangkakan kira-kira 1900 orang awam terbunuh. Manakala sumber berita Palestin pula mengatakan bahawa di antara 3000-3500 orang pelarian Palestin telah dibunuh, 1000-1500 telah hilang dan kira-kira 1000 orang yang lain telah melarikan diri.


Siapakan arkitek tragedi Sabra dan Shatila ini? Tidak lain dan tidak bukan adalah Ariel Sharon yang merupakan bekas Perdana Menteri Israel. Beliaulah pemimpin pengganas yahudi yang pernah berkata,

”Saya berharap akan dapat menghalau keluar semua orang palestin dari Gaza dan Tebing barat ke Jordan.”

» (New York Times, 17hb Mei 1982)

“Orang Arab yang baik adalah orang Arab yang telah mati”

» (Ha’aretz, 25hb Februari 1983).

“ Saya merasa sedikit kesal terhadap tragedi tersebut tetapi kenapa perlu saya memohon maaf atau merasa bertanggungjawab terhadapnya”

» (“The Accused” BBC- Panorama, 17/6/2001 ).

Bagaimana Sabra-Shatila hari ini?

Kini hampir tiga dekad telah berlalunya tragedi hitam Sabra dan Shatila (16-18hb September 1982) .


kependudukan yang sesak, padat yang memeritkan mata memandang…


Kem Shatila yang keluasannya cuma sekangkang kera ini yang padat merupakan satu daripada 12 kem pelarian Palestin yang masih kekal di Lubnan. Ianya dihuni oleh lebih 12 ribu orang pelarian Palestin sejak tahun 1949 lagi. Kem ini merupakan penempatan pelarian yang paling sempit dan daif jika dibandingkan dengan keseluruhan 12 kem-kem pelarian Palestin di Lubnan. Jumlah pelarian Palestin di Lubnan semakin meningkat dan kini telah melebihi 500 ribu orang pelarian.


bersimpang-siur : bekalan air dan elektrik yang amat terhad…

Rata-rata mereka hidup dengan penuh kepayahan dan keperitan. Bekalan air dan elektrik adalah dalam keadaan yang sangat minimum di penempatan yang sempit lagi dhaif ini. 80 peratus dari kalangan mereka adalah miskin dan saban hari terpaksa mengikat perut kelaparan. Hanya 14 peratus di kalangan anak-anak pelarian ini berjaya menamatkan persekolahan menengah mereka dan majoriti yang dewasa pula adalah penganggur kerana mereka dinafikan daripada memiliki hak-hak asasi mereka untuk bekerja di dalam 72 bidang pekerjaan di Lubnan. Betapa mereka telah terus dizalimi untuk sekian lamanya.


Perjuangan dan ikon jihad adalah tajuk penting yang semakin dibicarakan masyarakat.

Adakah kebangkitan terkini di Timur Tengah bakal memberikan sinaran mentari baru buatmu wahai Sabra dan Shatila?

Pernyataan Sikap Ikhwanul Muslimin Terkait Filem “Anti Islam”

THURSDAY, SEPTEMBER 13, 2012
Pernyataan Sikap Ikhwanul Muslimin Terkait Filem “Anti Islam”

Satu setengah bilion umat Islam menghadapi penghinaan dan penghinaan yang ditujukan kepada peribadi pemimpin mereka, Rasulullah, penutup para nabi dan Rasul, Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallamyang merupakan rahmat bagi semesta alam, yang diutus kepada seluruh manusia dengan syariat Islam, agama Tuhan semesta alam.

Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam telah melakukan dakwah yang membawa manusia dari lembah kemunduran dan barbarisme ke puncak kemuliaan dan kemanusiaan. Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam membawa cahaya, pemikiran yang cemerlang dan kemajuan bagi semua manusia. Beliau datang dengan ajaran tauhid yang tidak tercemar oleh perbuatan syirik kepada Allah Tuhan semesta alam. Beliau membawa ajaran untuk percaya kepada semua Rasul tanpa membeza-bezakan dan melebihkan salah satu di antara mereka dan beliau mengajar manusia untuk menghormati, memuliakan dan mengagungkan mereka. Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam memerintahkan manusia untuk beriman kepada semua kitab suci agama samawi guna menyempurnakan akhlak yang mulia, mewujudkan kebebasan beragama dan beribadah, menghormati dan melindungi tempat-tempat ibadat semua agama, mewujudkan kebebasan berpendapat, bersuara, dan kesaksamaan di antara manusia, menegakkan keadilan, menghormati martabat manusia, menguatkan rasa solidariti dan melakukan kerjasama dengan semua kumpulan masyarakat.

Agama Islam telah menghormati hak asasi manusia sebelum semua manusia mengetahui apa itu hak asasi manusia. Dalam agama Islam, darah, harga diri dan harta mempunyai kehormatan yang tidak boleh diganggu dan diserang oleh sesiapa pun.

Gangguan terhadap Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam yang telah terjadi berulangkali menunjukkan adanya kebencian dan sikap fanatik buta oleh beberapa pihak yang berada di belakangnya dan adanya kebodohan serta sikap melampaui batas dari orang yang mengizinkannya. Satu setengah bilion umat Islam tidak boleh membiarkan gangguan yang dialamatkan kepada seorang manusia suci yang rela mereka tebus dengan harta yang paling mahal sekalipun. Tidak ada seorang pun yang boleh menyekat perasaan marahnya.

Kami menolak dengan tegas penghinaan terhadap Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam begitu pula dengan semua Nabi dan Rasul. Kami sangat mengutuk kejahatan ini dan menuntut supaya undang-undang diambil terhadap orang yang telah berani menghina kesucian sebuah agama. Jika tidak demikian maka tindakan tersebut akan menambah kebencian kaum Muslimin kepada Barat pada umumnya dan Amerika pada khususnya; kerana telah berani menghina kesucian agama Islam. Kami juga menuntut agar pelakunya akan ditangkap dan diadili.

Sikap melampaui batas dan gangguan terhadap simbol agama tidak termasuk dalam kategori kebebasan berpendapat dan berfikir tetapi merupakan kejahatan dan penghinaan terhadap kesucian agama. Seharusnya negara-negara yang telah menghasilkan filem tersebut tidak membiarkan pelakunya sebab akan merendahkan kedudukan mereka di mata dunia Islam.

Barat telah menyatakan sikap tegas berkaitan sikap Hitler yang membunuh orang-orang Yahudi dan mempersoalkan jumlah korbannya padahal itu hanya aspek sejarah bukan kesucian sebuah agama. Oleh kerana itu, merupakan hak bagi rakyat dan kerajaan negara-negara Islam untuk mengecam gangguan ini dengan cara yang damai dan legal serta mengambil tindakan yang tepat agar perkara ini tidak berulang lagi.

Pada saat yang sama kami juga menolak kekerasan dan pertumpahan darah yang timbul akibat gangguan yang dilakukan beberapa orang terhadap Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam di samping sikap masa bodoh beberapa negara yang tidak mahu bertindak tegas dalam hal ini sehingga ada reaksi dunia Islam. Seharusnya negara-negara tersebut dalam menghadapi penghinaan terhadap Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam telah menyatakan sikap yang tegas dan membuat prosedur yang jelas dalam menghukum pelakunya, apatah lagi persiapan untuk [filem] yang menghina Islam ini sudah didengar dan diketahui oleh sebahagian negara. Sungguh mencegah itu lebih baik daripada mengubati.

Akhirnya, kami mengajak kaum muslimin untuk berpegang teguh dengan Al-Quran dan mengamalkannya dalam kehidupan sehari-hari serta mengikuti Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam. Ini adalah cara yang paling berkesan untuk mengatasi masalah tersebut dan memberikan contoh yang baik dalam menghadapi sebuah kejahatan. Gangguan ini dilakukan pada saat masyarakat dunia berusaha untuk saling menghormati satu sama lain. Orang-orang yang melakukan gangguan ini ingin merosakkan hubungan baik yang telah terjalin, memutuskan jalan yang diretas untuk integrasi peradaban, dan menyebarkan fitnah dalam masyarakat.

Allah Ta'ala telah berfirman, "... Dan orang-orang yang zalim kelak akan tahu ke tempat mana mereka akan kembali." (QS. Asy-Syu'araa: 227)

Ikhwanul Muslimin
Kaherah, 25 Syawal 1433 H/12 September 2012 M

Monday, September 17, 2012

Cinta Nabi Muhammad SAW.

~•*¨*•♥ Bismillahirrahmaanirahiim... ♥•*¨*•~

•*¨*•.¸.✽ Datang untuk Mencuri Harta, namun justru Tercuri Hati...


Di Kisahkan bahwa Seorang Pencuri masuk ke dalam rumah Malik Bin Dinar.
Akan tetapi, Ia tidak menemukan Barang apa pun yang Dapat dicuri di dalamnya.

Tiba-tiba Pencuri itu melihat Si Pemilik Rumah, Yaitu Malik, tengah Shalat Tahajud.

Mengetahui Kehadiran Orang yang tidak dikenal, Malik segera meringkas Shalatnya.
Setelah Shalat, Ia segera menoleh kepada Si Pencuri dan setelah Mengucapkan Salam, Ia lalu Berkata,

"Wahai Saudaraku, Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'alla mengampunimu. Engkau telah Bersusah payah Masuk ke dalam Rumahku namun Tidak mendapatkan Barang apa pun. Akan tetapi, Saya Tidak akan Membiarkanmu keluar dari Rumah ini Tanpa Hasil...!!"

Setelah berkata Demikian, Malik lalu mengambil sepanci Air dan kemudian Berkata,

"Berwudhulah dan Kemudian Shalatlah...!!
Sesungguhnya dengan Begitu maka sekeluarnya Engkau dari sini Engkau akan mendapatkan Hal yang Lebih Baik dari yang Ingin Engkau ambil".

Pencuri itu Menjawab, "Baiklah".

Ia kemudian Berwudhu dan Shalat dua Raka'at. Setelah Shalat, Ia lalu Berkata,

"Wahai Malik, Apakah engkau Keberatan jika Saya menambah Shalat Dua Raka'at lagi ?!"

Malik segera menjawab, "Shalatlah Sebanyak yang engkau Inginkan".

Si Pencuri itu kemudian terus menerus Shalat hingga Datang Waktu Shubuh.

Malik lalu berkata kepadanya,
"Pulanglah dalam Keadaan Bahagia".

Akan tetapi, Laki-laki itu justru Berkata,
"Wahai Tuan, Apakah engkau Berkenan jika Saya tinggal bersamamu di sini pada Hari ini karena Saya telah Berniat untuk Berpuasa ?!"

Malik menjawab, "Tinggallah selama engkau Mau !!"

Pencuri itu lalu tinggal Beberapa hari di Rumah Malik. Selama itu, Ia senantiasa Mengisi waktunya dengan Berpuasa dan Shalat. Ketika Ia akhirnya memutuskan untuk Pulang, Laki-laki Pencuri itu lalu Berkata,

"Wahai Malik, Sesungguhnya Saya telah Bertekad untuk Bertobat".

Malik menjawab, "Terkabul tidaknya Ada di tangan Allah Subhanahu wa ta'alla".

Pencuri itu lalu Bertobat dan Betul-betuk menjadi Orang Baik.
Di luar, Ia lalu Bertemu dengan Seorang Laki-laki yang juga Berprofesu sebagai Pencuri. Laki-laki itu lalu Berkata kepadanya,

"Saya kira Kamu Masuk ke Sarang Harta Karun".

Laki-laki yang Telah Bertaobat itu Menjawab, "Wahai Teman, Saya Masuk ke dalam Rumah Malik bin Dinar dengan Maksud Mencuri Hartanya.
Tetapi ternyata Ia yang Mencuri Hatiku. Saya Telah Bertaubat Kepada Allah subhanahu wa ta'alla.
Saya akan terus dekat dengan Masjid hingga mendapatkan Apa yang didapatkan oleh Orang-orang yang Dekat Dengan-Nya. . ."

~•.*♥* Referenci :
Al-Mawaa'izh wa al Majaalis. Hlm. 85.

I Want To Be A Perfect Muslim

.¤*¨¨*¤.¸¸.¤*¨¨ *¤.¸¸.
\¸..Allahu Akbar.¸¸.
.\¸.¤*¨¨*¤.¸¸.¤ *¨¨*¤.¸¸.
...\
☻/...
/▌....
/ \......

Semoga Bermanfaat. . . (^_^)
Selamat sore sahabat Fillah..

Sunday, September 16, 2012

14 Tips Mencari Isteri Cantik

14 Tips Mencari Isteri Cantik

Dalam video ceramah Ustaz Azhar ni pun ada bagitahu tips cari jodoh. Walaupun ‘mata yang belum berisi pengalaman’ itu tertarik pada rupa yang cantik, sebenarnya jodoh bagi hati adalah hati juga, bukannya rupa. Maksudnya pada akhirnya gadis yang hatinya paling suci sesuci hatinyalah yang dipilih oleh teruna untuk dikahwini

Berikut adalah petua-petua sekiranya anda ingin memilih gadis jelita menjadi isteri anda:

1. Elakkan Dari Berkawan Dengannya
Dengan merapati dan berkawan dengan si gadis, kecantikan hati ini sebenarnya sukar untuk dinilai oleh lelaki. Selalunya yang dilihat semuanya ‘baik, sopan dan elok’ apatah lagi pada masa itu sang teruna sedang mahu, dia hanya nampak yang elok. Si gadis pula mungkin hanya berpura-pura jadi baik dan sopan untuk memikat teruna. Itulah sebabnya ada yang membidalkan bahawa:

‘Yang bercahaya tidak semestinya emas’ dan ‘Yang cantik tidaklah semestinya permata’. Maka elakkan dari berkawan dengannya untuk mengelakkan anda dari terpesona dan terpedaya. Di atas kejelitaan yang tiada tara bergantunganlah kehancuran yang tiada tara.(Bidalan ltali).


2. Lakukan Risikan Secara Rahsia
Kecantikan hati biasanya boleh dinilai oleh pengamatan rahsia si teruna bersama keluarga teruna terhadap si gadis. Risikan rahsia ini adalah untuk mengetahui bagaimanakah tingkahlaku si gadis itu bila dia berada bersama keluarganya sendiri. Adakah si gadis dari jenis yang suka berjalan, bergaul bebas, atau suka menolong ibunya memasak, rajin berkemas dan taat dalam beribadat akan dapat ditentukan dengan lebih jelas.

Pihak teruna juga boleh mengetahui perihal moral si gadis dengan menyelidiki ke manakah si gadis itu suka pergi di hujung minggu atau di masa lapangnya. Jika dia gemar pergi ke tempat yang kurang baik, besar kemungkinan dia mempunyai sifat-sifat yang kurang baik pula.

Kejelitaan dan kegembiraan tidak akan bersatu lama. -Goethe

Walaupun pada asasnya cara menyelidik begitu, atau dipanggil ‘merisik’ ini tidak begitu disukai oleh si gadis sendiri, ia adalah jalan yang dianggap lebih baik dari cara berkawan dengan si gadis, membawanya ke mana suka, dan ‘menyelidik’ dengan bertanya pada gadis itu atau hasil memperhatikan tingkah lakunya di depan mata.

3. Cari Yang Duduk Bersama lbu bapa
Sebenarnya alam gadis terdedah kepada pelbagai gejala yang tidak begitu menyenangkan.Terdapat lebih banyak unsur negatif dari yang positif di luar rumah, malah, bagi sesetengah keluarga ianya berlaku dalam rumah sendiri. Si gadis, yang masih dalam peringkat belajar hidup mudah terpengaruh kepada unsur-unsur negatif yang boleh merosakkan kesuciannya serta kebaikan perangainya. Ini kerana unsur-unsur negatif biasanya memberikan keseronokan dan nikmat tetapi kenikmatan ini berakhir sebentar saja disusuli pula oleh sesalan dan kemuraman mungkin seumur hidup.

Wanita jelita tidak bernasib baik dan teruna yang bijak tidak cantik. – Bidalan Cina

4. Cari Yang Pandai Mengurus Rumahtangga
Pada zaman sekarang, masa remaja si gadis bererti masa sebagai pelajar sekolah menengah, pra-universiti dan pusat pengajian tinggi. Bagi gadis-gadis ini, masa untuk mereka belajar menjadi ‘wanita’ dari ibu adalah amat terhad, jika ada, praktikannya hanya dalam jangkamasa pendek. Kesempatan untuk berada di dapur amatlah terhad pada hujung minggu serta semasa cuti. Akibatnya, semakin ramai gadis yang berorientasikan kerja makan gaji dan tidak berorientasikan mengurus rumahtangga.

5. Cari Yang Hormat Kepada Orang Tua
Selidiklah apakah dia gadis yang tahu menghormati orang tua. Ini penting kerana dia nanti akan bersua, bertandang ataupun duduk bersama ibu bapa anda. Walau betapa cantik pun dia, jika dia tidak menghormati ibu dan bapa mertuanya, dia akan menyebabkan anda menjadi serba-salah dalam menangani kehidupan anda.


Kejelitaan wanita, gema hutan dan pelangi, akan wujud sebentar saja. – Bidalan Jerman

6. Cari Yang Pandai Menjaga Kehormatan
Hal ini juga dapat diperhatikan di kalangan gadis-gadis yang tidak begitu berjaya dalam pelajaran. Lebih ramai yang suka bekerja makan gaji dari membantu lbu di rumah atas alasan meringankan beban keluarga. Bagi gadis yang mudah ‘lupa’ masa inilah mereka akan jadi rosak. Mereka akan keluar dengan lelaki tanpa segan silu, mula memakai pakaian yang ketat dan menjolok mata serta belajar berbagai cara dari rakan sebaya untuk memikat lelaki. lbubapa yang tidak mengawasi gerak-geri anak gadisnya mungkin akan menyebabkan gadis itu menjadi gadis murahan.

7. Cari Yang Tidak Bebas Dengan Lelaki
Pada zaman dahulu, ada ibu bapa yang sengaja tidak menghantar anak perempuannya ke sekolah. Takut nanti jadi perempuan jahat akibat dapat bergaul dengan lelaki secara bebas. Bila zaman semakin moden, pemikiran cara ini dianggap sudah usang.

Ramai pula menganggap adalah lebih baik bagi wanita bersekolah asalkan saja di sekolah dia dilengkapi dengan input tatasusila dan adat apatah lagi agama.

Wahai si jelita jangan banggakan wajahmu, ianya hanya tamu yang akan berundang beberapa hari saja.- Bidalan Hindustan

8. Cari Yang Didikan Agamanya Cukup
Beredarnya zaman perlu mengambil kira faktor sekeliling si gadis. Jelas pada kita bahawa cara hidup gadis sekarang sudah jauh berbeza berbanding gadis satu atau dua dekad silam. Namun, dari sudut nalurinya adalah sama saja. Zaman gadis adalah zaman mencari identiti dan cuba mengekalkan identiti itu. Jika terdedah dia kepada yang buruk maka buruklah jadinya. Walaupun begitu, gadis yang mendapat didikan yang baik besar kemungkinan akan menjadi wanita yang berguna kepada negara dan agama malah boleh menjadi contoh teladan sama ada kepada wanita mahupun lelaki.

Kadangkala lebih baik wanita buta dari wanita yang terlalu jelita. – Bidalan Serbia

9. Cari Yang Berpegang Teguh Pada Suruhan Agama
Ada empat sebab utama mengapa teruna memilih seseorang gadis, kerana kecantikannya, kerana hartanya, kerana keserasian taraf dan kerana agama. Yang akan membahagiakan ialah memilih gadis yang beragama.

Dimanakah letaknya nilai gadis yang cantik? Letaknya ialah pada keimanan gadis itu. Jika dia cantik dan dia pula beriman, berharta dan setaraf pula, maka dialah yang masuk ke dalam kategori gadis yang ‘tak boleh tahan’. Tapi sedarlah, dia akan memilih lelaki yang baik-baik pula!

10. Bertunang Jangan Lama
Bila anda sudah melamarnya, jangan tunggu lama-lama. Nikahlah dengan segera kerana gadis jelita, ramai yang ingin menggodanya. Elakkan dari membawanya ke sana-sini kerana ini akan menerbitkan cemburu di hati lelaki yang jahat serta membahayakan keselamatan si gadis.

Petua orang tua-tua, kalau boleh, semasa bertunang perlulah berahsia, semasa bernikah perlulah dihebahkan agar semua orang tahu.

Katakan kepada wanita bahawa dia jelita, dan syaitan akan mengulangi kata itu kepadanya sepuluh kali. – Bidalan Itali

11. Kahwini Dia Ketika Usianya Masih Muda
Hal lni mungkin dianggap satu kontroversi oleh ramai orang tapi ia merupakan kebenaran yang sukar untuk dinafikan. Mengahwini gadis jelita ketika umumya masih muda remaja dapat membantunya agar selamat dari godaan dan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Ramai gadis jelita yang telah rosak kerana merosakkan diri atau dirosakkan. Ibu bapa seharusnya melepaskan anaknya untuk dikahwini lebih awal dan jangan membuat alasan bahawa anaknya masih belajar atau baru bekerja.

Seorang gadis, sama ada dahulu ataupun sekarang, layak berkahwin blia dia sudah berumur kira-kira 13 tahun. Ramai orang mungkin berflkir anda gila mengahwini gadis semuda itu, tapi siapakah sebenarnya yang gila jika gadis jelita seperti ltu besar kemungkinannya akan ternoda? Cuma, ibu bapa patutlah mempastikan bahawa anak gadis mereka mendapat suami yang baik serta bertanggungjawab.

Wanita jelita yang kurang bernasib baik akan berjumpa lebib ramai pencinta berbanding suami.- Bidalan Jerman

12. Elakkan Dari Terlalu Cemburu
Memang sudah menjadi adat dunia, gadis yang cantik jelita memang menjadi idaman teruna, suami orang mahupun duda. Elakkan dari menaruh perasaan cemburu. Yang penting ialah sejauh manakah anda telah bertindak untuk memilikinya. Bila si gadis telah menjadi isteri anda, didiklah dia agar dia menjaga kehormatannya serta taat pada agama.

13. Layan Dia Dengan Baik
Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis tidak memandang pada paras rupa anda. Yang penting bila anda berkahwin dengannya ialah cinta anda kepadanya. Cinta bukan bermakna anda mahu ambil bulan bawa ke ribanya atau selalu melakukan seks dengannya. Cinta pada wanita ialah memahami jiwa mereka dan melayani mereka dengan baik. Bila dia sudah cinta pada anda seluruh jiwa raganya, dia tidak akan mudah tergoda dengan lelaki lain. Dia akan hanya anggap anda sebagai pengarang jantung dan buah hatinya.

Kejelitaan wanita yang tidak berguna itu ibarat racun dalam cembul emas.- Bidalan Tamil

14. Bertanggungjawab
Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis mahukan lelaki yang mampu menjaganya dengan baik, menguruskan kebajikannya serta memimpinnya menjadi wanita yang baik serta taat pada agama. Lelaki yang mereka mahukan ialah yang bertanggungjawab terhadap anak-anak serta menghormati pula ibubapa si gadis.

Lagi koleksi Tips Mencari Isteri Cantik

Saturday, September 15, 2012

perempuan bagaikan angin

Kata pujangga,,,,


perempuan bagaikan angin,
lembutnya melenakan,
ributnya pula mampu menggusarkan.

Friday, September 14, 2012

True love never hurts

True love never hurts

Some people say that ‘true love hurts’, that’s totally wrong.

True love never hurts because it is granted by ALLAH. True love is a blessing from Him, because it comes after marriage.


Blessings would never hurt a believer but love inspired by shaitaan (satan) will surely hurt you. The little heart beating in your chest is SO PRECIOUS so keep it protected for that special someone.

When Allah feels you are ready for the responsibility of commitment, He will reveal the right person under the right circumstances. Wait patiently. Don’t waste your time wishing this and that. Grow and be ready, you will see Allah will give you a love story far better than you could ever dream of.

Thursday, September 13, 2012

HIKMAH DI SEBALIK CIPTAAN SIFAT LELAKI & WANITA

HIKMAH DI SEBALIK CIPTAAN SIFAT LELAKI & WANITA

Posted by dayak on August 26, 2012 at 1:34am in Motivasi, Kisah Tauladan Dan Nasihat
Send Message View Discussions

Sifat Lelaki
(L)1. Mempunyai ego tersendiri yg menyebabkan sukar menerima pertolongan org lain dan pandangan org lain terutama sekali pasangannya.

Sifat Perempuan
(P)1. Mudah menerima dan terpengaruh dgn pandangan org lain lebih-2 lagi dgn org yg dicintainya.

(L)2. Sekiranya mengalah, menunjukkan tanda tidak bermaruah atau berprinsip.
(P)2. Mengalah tanda sayang dan pengorbanan yg tidak berbelah bagi.

(L)3. Menilai kejayaan dan diri berdasarkan hasil atau prestasi yg berlaku didepan mata.
(P)3. Seringkali menilai diri berdasarkan perasaan dan kualiti hubungan sesama manusia terutamanya org yg disayangi.

(L)4. Suka menyendiri dan menjauhkan siri apabila berada dlm keadaan tertekan.
(P)4. Suka bercerita kpd org lain tentang masalah yg sedang dihadapi dgn harapan mendapat simpati.

(L)5. Mempunyai emosi spt getah iaitu sesuatu perasaan itu hanya sekejap shj.
(P)5. Mempunyai emosi seperti ombak iaitu suatu perasaan yg lambat reda.

(L)6. Biasanya suka memberi arahan bersifat ketua yg mempunyai kuasa.
(P)6. Suka berleter mengenai sesuatu perkara sehingga puas hati.

(L)7. Bersikap pemurah atau boros.
(P)7. Bersifat kedekut atau berjimat.

(L)8. Mempunyai fikiran yang bersifat makro iaitu melihat secara keseluruhan.
(P)8. Mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci.

(L)9. Tidak fokus kepada sesuatu perkara
(P)9. Fokus kepada sesuatu perkara.



(L)10. Mempunyai perasaan cinta yang setia dan lebih fleksibel.
(P)10. Cinta sepenuh hati dan setia pd yg satu.

(L)11. Suka menyendiri dan berdiam diri apabila imej tergugat
(P)11. Mudah marah, cemburu atau merajuk apabila imej tergugat.

(L)12. Bila berkomunikasi kurang teliti mendengar tapicepat memberi pendapat.
(P)12. Mendengar dgn teliti sebelum membuat sesuatu keputusan.

(L)13. Lebih banyak menumpukan kepada aspek fizikal dan kebendaan.
(P)13. Lebih menumpukan aspek perasaan dan kemanusiaan

(L)14. Meminta bantuan kerana malas atau tidak berupaya.
(P)14. Meminta dan memberi bantuan sebagai tanda sayang dan hendak bermanja.

(L)15. Akan melawan dan menjauhkan diri dan membisu seribu bahasa apabila berlaku pertengkaran.
(P)15. Biasanya mengalah dan berpura-pura setuju dengan pasangannya.

(L)16. Tidak suka bercakap tentang pasangannya
(P)16. Suka bercerita tentang pasangannya dan menghormatinya
(L)17. Agak keberatan meminta maaf
(P)17. Lebih mudah meminta maaf

(L)18. Dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran
(P)18. Risau apabila menghadapi kesukaran

(L)19. Suka MEMBUAT keputusan
(P)19. Suka MENGIKUT keputusan

(L)20. Terasa selesa berjauhan dgn keluarga
(P)20. Suka bersama keluarga

Wednesday, September 12, 2012

20 Amalan Murah Rezeki

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.

Diantaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah .a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:

“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas .a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:

“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)


4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:

“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-ra’d: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:

“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:

“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:

“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:

“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:

“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:

“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:

“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:

“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas .a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah .

15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:

“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7)

Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:

“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda:

“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab .a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.



Sumber: http://www.hanan.com.my/

Tuesday, September 11, 2012

BASYAR DAN SYIAH LEBIH ZALIM DARI YAHUDI"-SUMAYYAH MOHAMMED


BASYAR DAN SYIAH LEBIH ZALIM DARI YAHUDI"-SUMAYYAH MOHAMMED
BASYAR DAN SYIAH LEBIH ZALIM DARI YAHUDI"-SUMAYYAH MOHAMMED

UCAPAN WAKIL SYRIA DI PERSIDANGAN WANITA YANG MEMBUATKAN MEREKA YANG HADIR MENANGIS

Hari ini, 9 September 2012 berlangsungnya Persidangan Wanita Arab Pertama di bandaraya Kaherah anjuran Wanita Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP), sayap politik Ikhwan Muslimin yang turut disertai wakil Palestin, Jordan, Kuwait, Morocco dan Syria.

Persidangan pertama selepas berlakunya revolusi di Timur Tengah ini menampilkan penyelaras revolusi Syria yang diwakili oleh sayap wanitanya, Sumayyah Mohammed. Ucapan beliau yang mengisahkan pembunuhan yang dilakukan oleh rejim Basyar Asad membuatkan seluruh mereka yang hadir mengalirkan air mata.

Sumayyah menceritakan apa yang dilakukan oleh rejim Basyar dan pembantunya dari kalangan Syiah terhadap rakyat Syria lebih dahsyat apa yang dilakukan Yahudi terhadap rakyat Palestin. Menurut Sumayyah, di Syria anak-anak disembelih di hadapan ibu bapa, anak-anak gadis dicabul kehormatan di hadapan keluarga sendiri dan paling menyedihkan wanita-wanita yang hamil dibelah perut mereka hingga membunuh ibu dan janin.

Sumayyah turut mengutuk sikap membisu kerajaan-kerajaan Arab dan tindakan yang gagal diambil oleh mereka dalam menghentikan pertumpahan darah.

Kata Sumayyah, "Demi Allah! Kita malu untuk bercakap mengenai revolusi Syria dalam keadaan mereka sekarang menggigil kesakitan dan ketakutan sedang kita hari ini di dalam dewan berhawa dingin dan kerusi yang empuk. Tetapi kami meminta maaf kepada mereka dalam doa untuk mereka."

Sumayyah menutup ucapan dengan doa yang pernah diungkapkan oleh Rasulullah SAW selepas Baginda berdakwah ke Thoif yang bermaksud, "Ya Allah! Jika Engkau tidak murka kepada kami maka kami tidak peduli. Akan tetapi keampunanMu lebih meluas kepada kami daripada dosa-dosa kami."

Monday, September 10, 2012

Kalau dia mmg bukan untuk awak

Kalau dia mmg bukan untuk awak,
relakan lah dia dgn org lain.
Bukan menyalahkan takdir.

Sunday, September 09, 2012

asihat-nasihat berguna untuk orang-orang yang bercinta

Berikut adalah nasihat-nasihat berguna untuk orang-orang yang bercinta:

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'si dia'.

2. Bercintalah kau dengan nya dengan sekadarnya. Kelak mungkin 'si dia' mungkin bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia'.


4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melaggar syariatNYA.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

8. Bercintalah untuk mencapai cintaNYA.

9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagian darimu.

Setiap nasihat ini mungkin tidak relevan kepada seseorang. Mungkin ia juga relevan kepada seseorang yang lain.

Blog Archive