Sunday, September 29, 2013

30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM


30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM Posted by Eida on September 27, 2013 at 9:49am in Artikel Baru View Discussions SEMUA DARI BARAT KITA HAFAL SBB SISTEM KITA KEBARATAN : org pertama cipta telefon ? alexander graham bell ..org pertama tulis bismillah ? ????? anak kalau tanya boleh ke nak jawab..so simpan nota nih.... 30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM 1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS. 2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS. 3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS. 4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS. 5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS. 6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS). 7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW. 8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA. 9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA. 10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA. 11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA. 12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA. 13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA. 14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA. 15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA. 16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA. 17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA. 18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA. 19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA. 20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA. 21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA. 22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH. 23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA. 24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA. 25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH. 26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA. 27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA. 28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH. 29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA. 30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW. ✔ Rugilah x SHARE sbab ianya 1 peluang dkwah yg MUDAH. . .jOm share !!! sebarkan. . .ni pOn ilm

Saturday, September 28, 2013

Doa Untuk Anak Menghadapi Peperiksaan


Doa Untuk Anak Menghadapi Peperiksaan 1. Al-Fatihah 7 kali 2. Selawat 7 kali 3. Subhanallah 44 kali 4. Alhamdulillah 44 kali 5. Allahhu Akbar 44 kali 6. Ya Hayyu Ya Qayyum 21 kali 7. Teruskan dengan bacaan doa seperti berikut: ” Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum,Ya Rahman,Ya Rahim,Ya Latif,Ya Jabbar,Ya Khaliq,Ya Allah permudahkanlah anak-anak kami di dalam urusan mereka dalam menimba ilmu di atas seruan dan perintah-Mu. Tenangkanlah hati mereka untuk menerima ilmu-Mu,lapangkanlah jiwa mereka untuk mengharungi ujian-Mu dan berkatilah mereka dengan rahmat-Mu.Amin Ya Rabbalalamin..”

Thursday, September 26, 2013

Petua Untuk Wanita 40-an Kelihatan Muda


Petua Untuk Wanita 40-an Kelihatan Muda 1. Anda disarankan minum banyak air. Elakkan atau kurangkan meminum minuman bergas atau air berperisa seperti kopi dan teh. Amalkan meminum air suam atau air mineral. Dengan meminum banyak air bersih, anda mudah membuang toksin dalam badan, serta dapat menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan. 2. Bersenam selalu semestinya ia baik untuk jasmani dan rohani. Berjalan di sekitar rumah pun merupakan suatu bentuk senaman yang mudah. Jangan malas untuk bersenam. 3. Selepas bangun tidur, disiplinkan diri anda untuk melakukan sedikit senaman renggangan untuk melancarkan kembali peredaran darah. 4. Jangan merokok kerana merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan. 5. Cukup tidur dan jangan selalu berjaga malam. Kurangnya tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam. 6. Makan jangan berlebihan. Anda perlu makan tetapi jangan berlebihan. Makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yang diperlukan tetapi pastikan ia makanan sihat. —

Tuesday, September 24, 2013

29 Agustus 1966


29 Agustus 1966, Sayyid Qutb digantung bersama-sama sahabat seperjuangannya, Muhamad Yusuf Hawwasy dan Abdul Fatah Ismail. Tak ada kegentaran pada raut wajahnya. Keteguhan ini tetap terwarisi oleh para kader Ikhwanul Muslimin. Kita dapat melihatnya pada para syuhada di Mesir, yang tak takut menghadap maut, karena mereka yakin tentang kebenaran yang mereka perjuangkan.

Monday, September 23, 2013

Mengurangkan Dagu Berlapis


Petua Untuk Mengurangkan Dagu Berlapis 1. Jangan membongkok atau tunduk ketika duduk, berdiri atau berjalan. Pastikan belakang tegak mendagu sentiasa. 2. Jaga pemakanan supaya tidak berlebihan. Orang gemuk lebih mudah mendapat dagu berlapis. 3. Urut dagu menggunakan pergerakan dari bawah ke atas. Urutan boleh membantu mengetatkan otot dan merangsang peredaran darah. 4. Lakukan senaman dagu dan leher bila ada waktu yang terluang. Waktu yang terbaik ialah pagi sebaik bangun dari tidur, malam ketika menonton tv atau ketika di pejabat. Senaman Dagu a. Berdiri tegak dan lihat ke hadapan. Menggunakan belakang telapak tangan, lakukan pergerakan menyepak bergilir-gilir dengan tangan kiri dan kanan. Lakukan sebanyak 50 kali. b. Berdiri tegak dan lihat ke hadapan. Jelirkan lidah sepanjang yang boleh. Ulangi sebanyak 11 kali. Pasti anda akan alami kesannya kerana otot di bahagian leher akan berasa tegang dan ketat. c. Menggunakan otot muka dan leher, cuba angkat bahagian bawah bibir melewati bibir atas sejauh yang boleh. Ulangi sebanyak 11 kali.

Friday, September 20, 2013

Pengikat Kasih Sayang


Petua Pengikat Kasih Sayang Jika ada wanita yang mengalami masalah suami liar atau curang, hendaklah banyak bersabar dan berdoa. Amalkan doa ini. "Dan Tuhanmu berfirman, berdoalah kepada-Ku nescaya akan Ku perkenankan bagimu." [Surah Al-Ghaafir: ayat 60] Antara doa pengikat kasih sayang yang baik diamalkan ialah: "Ya Allah ya Tuhanku, selamatkanlah perjalanan suamiku pergi dan pulangnya. Dekatkanlah rezeki yang suamiku cari. Kuatkanlah kasih sayang suamiku hanya padaku seorang. Bantulah suamiku ketika aku tidak mampu membantunya. Elakkanlah suamiku daripada teringin kepada apa yang Engkau tegah. Cenderungkanlah hatinya kepada apa yang Engkau perintahkan." Doa ini hendaklah dibaca ketika di belakang suami sehingga dia hilang daripada pemandangan mata setiap kali dia keluar meninggalkan rumah. Tidak kira samada ketika dia hendak pergi ke tempat kerja atau ke mana sahaja. Amalkan setiap masa semoga suami tidak mudah tergoda dengan godaan-godaan di luar dan sentiasa di jalan yang benar. Semoga berkat doa yang tidak putus-putus itu akan mengembalikan hati seorang suami untuk mengikuti kemuliaan peribadi Rasulullah SAW. "Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan kedatangan hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah."

Wednesday, September 18, 2013

Pemuda Islam;


Pesanan Buat Pemuda Islam; "Wahai pemuda! Seandainya kamu menyakini fikrah kami dan kamu mengikuti jejak langkah kami dan kamu bersama kami di atas jalan Islam yang murni ini, kamu tinggalkan segala fikrah kecuali fikrah Islam dan kamu waqafkan segala tenaga dan usaha kamu untuk 'aqidah yang kamu yakini ini, maka semua itu akan mendatangkan kebaikan untukmu di dunia dan akhirat." Imam Hassan Al Banna menyeru kepada barisan pejuang Islam; "Medan juang kalian yang pertama ialah diri kalian sendiri, kalau kalian berhasil menaklukinya nescaya, mudahlah bagi kalian untuk menakluki musuh-musuh kalian yang lain. Namun, kalau kalian tidak mampu menaklukinya, makan jangan harap kalian boleh menakluki musuh-musuh kalian yang lain. Oleh kerana itu, latihlah diri kalian terlebih dahulu agar mampu menakluki diri kalian dan ingatlah bahawa seluruh dunia ini selalu menanti munculnya genarasi muda yang betul-betul suci, mempunyai koral yang kuat dan terpuji dan generasi itu tidak lain dan tidak bukan adalah diri kalian sendiri. Jangan berputus asa, tempatkanlah sabda Rasulullah SAW ini di depan matamu; 'Berikan 6 jaminan kepadaku, nescaya aku jamin syurga bagimu. 1) Jujurlah apabila berbiacara, 2) Tepatilah janji, 3) Laksanakanlah amanah yang telah dipercayakan kepadamu, 4) Peliharalah kemaluanmu (Tidak berzina), 5) Jaga baik-baik pandangan matamu, dan 6) Kendalikan pula tanganmu dengan sebaik-baiknya.'

Saturday, September 14, 2013

Petua Rawatan Islam Untuk Sakit Kepala


Petua Rawatan Islam Untuk Sakit Kepala 1. Baca Surah Al-Fatihah (1kali) 2. Baca Ayatul Kursi (3 kali) 3. Baca Surah Al-Ikhlas (3 kali) 4. Baca Surah Al-Falaq (1kali) 5. Baca Surah An-Nas (1kali) 6. Baca Surah Yaasin ayat ke-58 (3 kali) 7. Baca Selawat atas Nabi SAW (3 kali) NOTA: Sepanjang membacanya letakkan kedua-dua tapak tangan di kepala, terutamanya pada bahagian yang sakit.

Thursday, September 12, 2013

Tanda-Tanda Bayi Anda Tidak Cukup Minum Susu


Tanda-Tanda Bayi Anda Tidak Cukup Minum Susu 1. Peningkatan berat badan bayi kurang daripada 500gm sebulan atau kurang daripada berat badan ketika lahir semasa bayi berumur 2 minggu. 2. Pembuangan air kecil seperti berikut: a. sedikit dan pekat b. kurang daripada enam kali sehari c. kuning dan berbau kuat 3. Bayi tidak puas selepas menyusu. 4. Bayi selalu menangis. 5. Bayi menyusu terlalu kerap. 6. Bayi menyusu terlalu lama. 7. Bayi tidak mahu menyusu. 8. Najis bayi keras, kering atau berwarna hijau, atau bayi kurang membuang air besar. 9. Ibu tidak berupaya mengeluarkan susu setiap kali cuba memerah (terutamanya pada minggu kedua selepas bayi lahir). 10. Susu matang tidak dihasilkan selepas melahirkan bayi. Photo: Tanda-Tanda Bayi Anda Tidak Cukup Minum Susu 1. Peningkatan berat badan bayi kurang daripada 500gm sebulan atau kurang daripada berat badan ketika lahir semasa bayi berumur 2 minggu. 2. Pembuangan air kecil seperti berikut: a. sedikit dan pekat b. kurang daripada enam kali sehari c. kuning dan berbau kuat 3. Bayi tidak puas selepas menyusu. 4. Bayi selalu menangis. 5. Bayi menyusu terlalu kerap. 6. Bayi menyusu terlalu lama. 7. Bayi tidak mahu menyusu. 8. Najis bayi keras, kering atau berwarna hijau, atau bayi kurang membuang air besar. 9. Ibu tidak berupaya mengeluarkan susu setiap kali cuba memerah (terutamanya pada minggu kedua selepas bayi lahir). 10. Susu matang tidak dihasilkan selepas melahirkan bayi.

Wednesday, September 11, 2013

simptom2 gangguan jin


imptom-simptom gangguan jin Ketika tidur *Dihimpit sesuatu ketika tidur. *Bunyi gigi ketika tidur. *Mimpi bayi atau budak kecil yang disayangi ketika tidur. *Mimpi binatang berbisa seperti ular, kala jengking dll. *Mimpi menakutkan. *Mimpi paderi, salib dan gereja. *Mimpi tanah perkuburan. *Mimpi benda kotor, jijik dan sampah sarap. *Mimpi tersentak jatuh dari tempat tinggi. *Terdengar suara orang datang menyergah ketika tidur. *Mimpi benda tajam seperti jarum, pisau, miang buluh. *Terasa ada menyentap kaki ketika tidur. *Terasa ada benda ‘meniduri’ ketika tidur. *Mimpi makhluk yang menyeramkan datang mengacau. *Mimpi lembaga berdialog perkara yang tidak baik ketika tidur. Ketika jaga *Sakit tulang belakang. *Sakit kepala luar biasa. *Istihadah. (haid lebih 15 hari) *Terasa ada benda yang mengekori. *Takut tidak bersebab. *Sakit bahagian rusuk kiri dan kanan. *Sesak nafas waktu maghrib. *Ragu-ragu tentang iman. *Pengsan dan sawan tanpa sebab. *Sakit anggota badan tertentu tanpa sebab. *Sakit tulang empat kerat. *Takut menziarahi jenazah. *Terasa sesuatu bergerak di tapak kaki. *Gelisah ketika mendengar al Quran dan azan. *Rasa seperti hampir mati. *Nampak bayang-bayang melintas. *Sukar lelapkan mata. *Terasa ada benda menolak ketika memasuki tandas. *Ada bisikan yang menyuruh melakukan maksiat. *Sakit bahagian perut tanpa sebab. *Ketumbuhan ganjil pada anggota badan.

Tuesday, September 10, 2013

Dodol


Dodol a. Dodol adalah sejenis makanan yang boleh dikategorikan dalam kumpulan makanan yang manis (atau manisan/penganan). Dodol sangat terkenal di Melaka. Membuat dodol boleh dikatakan amat rumit. Ramai orang selalu mencuba untuk membuatnya. Tetapi tidak semua yang akan menghasilkan dodol yang bermutu tinggi. Biasanya mereka yang mahir membuat dodol ini terdiri daripada mereka yang telah berusia. Jarang sekali generasi muda mahir membuat dodol. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat dodol terdiri daripada santan kelapa, tepung beras, gula pasir, gula melaka dan garam. b. Untuk membuatnya, bahan-bahan tersebut hendaklah dicampurkan bersama di dalam kuali yang besar atau dikenali sebagai kawah dan dimasak dengan api yang sederhana besar. Dodol yang dimasak tidak boleh dibiarkan kerana jika dibiarkan, dodol akan hangus atau hangit di bahagian bawahnya/kerak. Oleh itu, dodol hendaklah sentiasa dikacau bergilir-gilir untuk mendapatkan hasil yang baik. c. Dodol yang dimasak memakan masa yang agak lama iaitu lebih kurang 4 jam kerana sekiranya kurang dari 4 jam, dodol yang dimasak tidak sedap dimakan. Setelah 2 jam dodol tadi dimasak, dodol akan bertukar kepada warna coklat yang pekat sedikit. Dodol tersebut akan mendidih dan mengeluarkan gelembung-gelembung udara yang banyak. Seterusnya, dodol hendaklah dikacau supaya gelembung dodol tersebut tidak terkeluar dari kawah sehinggalah dodol tersebut masak dan diangkat. Akhir sekali, dodol tersebut hendaklah disejukkan di dalam periuk yang besar. Untuk mendapatkan hasil yang baik dan rasa yang sedap, dodol mestilah berwarna coklat tua, berkilat dan pekat. d. Selepas itu, dodol tersebut bolehlah dipotong dan dimakan. Kebiasaannya dodol akan dihidang kepada tetamu pada hari-hari tertentu seperti hari-hari perayaan atau majlis kenduri.

Monday, September 09, 2013

Tabiat Wanita Menurut Tafsiran Kitab Tajul Muluk


Tabiat Wanita Menurut Tafsiran Kitab Tajul Muluk (PERINGATAN: Kita boleh mempelajarai Kitab Tajul Muluk, tetapi kita tidak boleh mempercayainya kerana ia boleh membawa kita kepada syirik kepada Allah S.W.T. Ini selaras dengan firman Allah S.W.T. dalam surah al -Maidah ayat 90 yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman bahawa sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah semuanya kotor ( keji) dari perbuatan syaitan, oleh itu hendaklah kamu menjauhinya semoga kamu berjaya”.) 1. Jika dilahirkan pada hari ISNIN: Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik,berhati-hati, tidak mudah mengalah, pandai menjaga diri dan pergaulan. Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya. Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan kewangannya. Namun jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran. Dalam percintaan, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban. Seksualnya kurang membara lainkan pasangannya pandai mencari tempat rangsangannya. 2. Jika dilahirkan pada hari SELASA: Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan suami. Namun pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati. Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan. Tetapi mudah mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain. Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu saja tahu rahsianya. Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh. Dia juga mudah terperangkap dalam banyak hal. Dalam soal kewangan dia pandai berjimat, tak kedekut. Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara. 3. Jika dilahirkan pada hari RABU: Suka berdendam. Jika ada orang berbuat jahat padanya, dia akan berbuat lebih jahat lagi pada orang itu. Namun dia pandai dalam pergaulan, pandai mengambil hati dan pandai menghargai orang. Suka mementingkan teman dari dirinya sendiri. Berfikiran terbuka, tak pandai simpan rahsia, tidak suka diperintah dalam bekerja. Keputusannya tidak seimbang, kurang pengalaman. Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang tertentu sahaja yang tahu melembutkan hatinya. Dalam soal kewangan, dia pandai cari duit tetapi tidak pandai simpan duit. Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta. Seksualnya tinggi dan kuat, romantik ditempat tidur dan pandai berasmara. 4. Jika dilahirkan pada hari KHAMIS: Dia suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat, dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tak suka diganggu ketika bekerja, bercita-cita tinggi. Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Namun dia tak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dahulu sebelum bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tak kenal antara yg baik dan buruk. Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami, akan berubah apabila sudah lama berkeluarga. Seksualnya tinggi, jika tak pandai mengawal nafsu boleh terdorong ke lembah hina. 5. Jika dilahirkan pada hari JUMAAT: Wanita yang lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami. Bangga diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan perkara yang merbahaya dan sia-sia. Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tak suka mengaku kesalahan sendiri. Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tidak pandai simpan wang. Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus. Seksualnya sangat teristimewa, menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi apabila dingin tak suka dipaksa. 6. Jika dilahirkan pada hari SABTU: Kuat cemburu, suka kebendaan, tidak gemar dengan anak-anak, suka bertikam lidah. Namun dia tegas pendirian, cerdas pemikiran, teliti dalam banyak hal. Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa sahaja demi mencapai cita-cita. Apabila bercinta, suka menyelidik latarbelakang pasangan dan suka menguji. Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan. Wanita ini akur dan mengikut perintah suami. Seksualnya agak dingin, tetapi apabila bermula, seksnya kuat dan tahan lama, tidak tergesa-gesa dan dilakukan dengan kelembutan. 7. Jika dilahirkan pada hari AHAD: Wanita yang lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk-nunjuk diri. Apabila bersuami, taat pada suaminya namun suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri. Dia tidak suka dengar nasihat, mudah terpedaya dengan kata-kata. Suka mengkritik orang tetapi tidak suka orang mengkritiknya. Percintaannya tidak telus tetapi sanggup berkorban apa sahaja jika hati sudah suka. Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan bekerja, tidak mudah mengalah namun bersikap pemboros. Rangsangan seksualnya tinggi tetapi apabila tidak dapat kepuasan, cari jalan lain.

Sunday, September 08, 2013

Khasiat Pisang


Khasiat Pisang 1. Darah tinggi dan Strok - Pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi. 2. Kolestrol - Pisang rendah dari segi kalori lemak dan sodium yang membantu merendah kolestrol. 3. Cirit-Birit - Potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit. 4. Anaemia - Anaemia ialah penyakit kurang darah. Kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah. 5. Kemurungan - Orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu seseorang menjadi tenang. 6. Pening-Pening - Cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur dengan madu lebah.

Saturday, September 07, 2013

sejarah perlembagaan Mesir


Jika kita menyebut sejarah perlembagaan Mesir, ianya bermula pada 1825 apabila Muhammad Ali Basha mengumumkan JADUAL UTAMA MAJLIS AGONG KERAJAAN MESIR.Muhammad Ali Basha adalah pengasas Mesir modern.Dinasiti beliau nertahan hingga Jun 1953 apabila Mesir mengumumkan REPUBLIK dan MEMANSUHKAN SISTEM MONARKI yang diasaskan oleh beliau.Beliau adalah merupakan pemerintah Mesir paling lama dalam sejarah Mesir modern selama 43 tahun antara 1805 hingga 1848.

Friday, September 06, 2013

Petua Untuk Menjadi Pelajar Cemerlang


Petua Untuk Menjadi Pelajar Cemerlang Untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang, anda perlu lakukan berikut: Petua Pertama: a. Ingat 10% apa yang dibaca b. Ingat 20% apa yang didengar c. Ingat 50% apa yang didengar dan dilihat d. Ingat 70% apa yang dicakapkan e. Ingat 90% setelah dipraktikkan Petua Kedua: a. Belajar secara aktif dengan pen/ pensil di tangan b. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah) c. Belajar dalam persekitaran kondusif d. Pastikan cahaya adalah terang e. Kurangkan gangguan bunyi f. Tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar g. Tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran h. Kerusi dan meja menghadap kiblat i. Jangan lupa untuk senyum Petua Ketiga: Mengulangkaji menggunakan kaedah “output learning” iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku atau nota, ingat kembali, lakar atau tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan. Petua Keempat: Amalkan Teknik FOKUS - a. Masukkan maklumat dalan memori b. Simpan maklumat dalam sel memori c. Ingat kembali d. Gunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain Petua Kelima: Amalkan Teknik Membaca secara Berkesan a. Duduk dengan tegak dan bernafas dengan betul b. Beri tumpuan sepenuhnya c. Gunakan jari telunjuk untuk membaca d. Sesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan. Petua Keenam: Amalkan Teknik Mengulang Kaji a. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar sebab manusia mudah lupa 80% apa yang dipelajari. b. Mengulang kaji secara persendiran atau berkumpulan.

Thursday, September 05, 2013

Mata Segar dan Sihat


Petua Untuk Mata Segar dan Sihat Pilihan 1: Lekapkan 2 uncang teh yang sudah digunakan pada kedua-dua belah mata selama 12 minit. Amalkan selalu supaya mata sentiasa segar dan bersinar. Pilihan 2: Lekapkan hirisan timun segar pada kedua-dua belah mata. Biarkan selama 20 minit sambil anda berbaring. Pilihan 3: Keluarkan lendir dari beberapa batang daun lidah buaya. Sapukan pada kedua-dua kelopak mata dan pejamkan mata kira-kira 35 minit. Selepas itu, cucilah kelopak mata anda. Pilihan 4: Untuk menyegarkan mata gatal dan letih, ambil beberapa helai daun sireh muda. Kemudian, cuci bersih, ramas-ramaskan dan masukkan ke dalam air suam. Seterusnya, tapis airnya. Rendamkan mata anda ke dalam air suam tersebut sambil kerdipkan berulang kali. Amalkannya selalu.

Wednesday, September 04, 2013

Khasiat Buah Durian


Khasiat Buah Durian 1. Mengatasi sembelit kerana ia banyak mengandungi serat. 2. Mengatasi anemia kerana durian mengandungi Vitamin B9 untuk sel darah merah. 3. Menjaga kesihatan kulit kerana ia mengandungi Vitamin C yang berfungsi sebagai antioksidan dan anti-penuaan. 4. Mengandungi banyak potasium atau kalsium. Baik untuk kesiahatan tulang. 5. Asal tidak dimakan berlebihan, ia mampu menjaga kadar gula darah tetap stabil. 6. Ia boleh mengatasi migrain kerana ia mengandungi riboflavin atau Vitamin B2. 7. Meredakan stres kerana ia mengandungi Vitamin B6. 8. Menjaga kesihatan gigi dan mulut.

Tuesday, September 03, 2013

Sultan Muhammad Al-Fateh


Kehebatan Sultan Muhammad Al-Fateh ! Sejarah menceritakan para tentera Sultan Muhammad Al Fateh tidak pernah meninggalkan solat fardhu sejak baligh dan separuh dari mereka tidak pernah meninggalkan solat rawatib sejak baligh. Dan hanya Sultan Muhammad Al Fateh sajalah yang tidak pernah meninggalkan solat wajib, tahajud dan rawatib sejak baligh hinggalah ke saat baginda meninggal dunia. Ianya dibuktikan ketika pertanyaan Sultan Muhammad Al-Fateh ketika ingin mencari seorang Imam untuk solat : Sultan : Jika ada antara kalian yang pernah tinggalkan solat fardhu sejak baligh, sila duduk ! (Tiada seorang Tentera Islam pun yang duduk ketika itu) Sultan : Jika ada antara kalian yang pernah tinggalkan solat sunat rawatib sejak akil baligh, sila duduk ! (Kelihatan hampir separuh Tentera Islam duduk dan juga berdiri) Sultan : Siapakah di antara kalian yang tidak pernah tinggalkan solat tahajjud sejak akil baligh, sila berdiri ! (Ketika itu seluruh Tentera Islam duduk, yang kelihatan sedang berdiri hanyalah Sultan Muhammad Al-Fateh ! Allahuakhbar !!! "Konstantinopel akan jatuh ke tangan seorang pemimpin yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik." - Hadis Rasulullah s.a.w. p/s : Jauh sekali diri ini dengan Sultan Muhammad Al-Fateh. Allah..

Monday, September 02, 2013

Merdeheka


Advertise here Merdeheka Hishamuddin Rais 8:14PM Ogos 30 2013 Seorang menteri dari parti United Malays National Organisation mencadangkan digubal satu rang undang-undang untuk mewajibkan dan memaksa rakyat Malaysia mengibarkan Jalur Gemilang pada setiap bulan Ogos. Sang menteri ini sedang gelabah kerana orang ramai - rakyat Malaysia - langsung tak ambil pot tentang bulan Ogos. Bulan Ogos adalah bulan yang dipanggil oleh gerombolan ini bulan kemerdekaan. Kadang-kadang saya naik kasihan melihat gerombolan politikus dari United Malays National Organisation. Selalunya saya merasa gumbira dan ketawa melihat lawak kebangangan mereka. Saya juga bersedih kerana mereka buta sejarah. Kesedihan menjadi lawak kerana gerombolan politikus ini juga amat-amat buta politik. Bila tulisan ini disiarkan - hari malapetaka 31 Ogos - akan sampai tidak lama lagi. Ertinya empat hari lagi dalam istilah United Malays National Organisation kita akan menyambut merdeka. Tarikh 31 Ogos dalam naratif gerombolan difahami sebagai hari mereka dinobatkan untuk menjadi raja. Wahai para pembaca yang budiman, lihat di jalan raya. Buka mata dan pandang. Amati betul-betul. Di jalan raya tidak ada teksi. Tidak ada kereta persendirian. Tidak ada bas. Tidak ada van. Tidak ada bas sekolah. Tidak ada mat rempit. Tak ada kenderaan apa pun yang sedang mengkibarkan Jalur Gemilang. Pilu di hati ini menjadi bertambah lawak. Pada tahun ini lori bawa pasir pun tidak mengibarkan bendera. Selalunya lori pasir akan memasang bendera agar dilihat patriotik. Pasang bendera untuk menghindarkan dari ‘kena pau' oleh mata-mata yang sentiasa mencari kesalahan lori pasir. Kalau lori pasir pun sudah tidak mengibarkan dengan bendera ini maka jelas propaganda United Malays National Organisation sedang sakit tenat. Tetapi kenapa agaknya warga Malaysia enggan mengibarkan bendera yang dipanggil bendera Malaysia? Kita wajib menyingkap kembali sejarah negara bangsa, sejarah kelahiran Tanah Melayu yang kemudiannya menjadi Malaysia. Sejarah inilah yang selama ini telah dinyahkan oleh United Malays National Organisation. Tetapi dengan mewujudkan sistem maklumat Internet dari hari ke hari, warga Malaysia terutama anak-anak muda sedang menggali kembali sejarah yang selama ini cuba dikambus. Penipuan sejarah yang diciritkan oleh United Malays National Organisation kini terbongkar. Setiap kali bulan Ogos sampai United Malay National Organisation yang akan tercirit mulut mengakui bahawa ‘kemerdekaan' negara ini didapati dengan jalan damai. Merdeka Tanah Melayu dimenangi melalui berunding. Poorah. Yang berunding ialah Uniterd Malays National Organisation. Parti ini TIDAK pernah melawan dan tidak pernah menentang penjajah British. Buktinya cukup senang. Penjajah ialah musuh. Penjajah ialah orang jahat. Penjajah datang untuk mengambil tanah, minyak, kelapa, rempah, emas, balak dan, dan, dan. Penjajah menjadikan anak tanah jajahan sebagai hamba. Penjajah beli barangan tempatan dengan harga murah dan jual dengan harga mahal. Penjajah merampok dan menjarah tanah jajahan. Justeru dalam sejarah Asia, Afrika dan Amerika Latin, semua kuasa kolonial penjajah telah dilawan oleh anak watan. Indonesia melawan Belanda. Filipina melawan Sepanyol. Rakyat Vietnam bangun melawan Perancis dan kemudian Amerika. Burma melawan British. India melawan Bristish. Ramai nasionalis dari negara-negara ini ditangkap, dipenjara, dibunuh atau dibuang negeri kerana menentang penjajah. Sila tanya kepada ahli United Malays National Organisation siapakah pemimpin parti mereka yang telah melawan Bristih? Siapa pemimpin mereka yang telah ditangkap British atau yang telah dipenjara oleh British atau dibunuh British? Kalau ada pemimpin United Malays National Organisation sebesar tungau sekali pun yang bangun melawan British maka sejarah akan tabik hormat. Tetapi hakikatnya seekor pun tidak ada. United Malays National Organisation - yang namanya masih nama Inggeris - bukan parti nasionalis anti-British. Mereka adalah parti budak suruhan British. Parti ini adalah alat penjajah British. Justeru namanya masih lagi nama Inggeris. Naratif kemerdekaan yang diciritkan oleh United Malays National Organsiation bukan naratif perjuangan menentang British. Naratif mereka ialah ‘menentang orang yang menentang British'. Setiap bulan Ogos mereka akan tercirit dengan kesah bagaimana mereka menentang Parti Komunis Malaya (PKM). Mereka akan tercirit dengan tohmahan menentang Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Mereka menentang Gerila Pembebasan Rakyat Malaya yang bangun angkat senjata melawan penjajah. United Malays National Organisation menentang PKM, menentang PKMM, menentang Kesatuan Melayu Muda (KMM), menentang Hizbul Muslimin, menentang Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS). Nama-nama ini adalah parti dan kumpulan nasionalis yang telah bangun menentang penjajah British. Jelas United Malays National Organisation TIDAK pernah menentang British. Tidak ada naratif melawan untuk mendapatkan Merdeka. Parti ini telah bangun menentang orang yang menentang British. Ini sejarah jahat United Malays National Organisation. Jelas, tugas parti ini ialah menjadi budak suruhan British untuk menentang kaum nasionalis yang bermandi darah mengangkat senjata melawan British. Inilah naratif bulan Ogos yang mereka gembar gemburkan sebagai ‘bulan kemerdekaan'. Tarikh 31 Ogos ialah hari malapetaka. Pada tahun 1957 - di hari malapetaka - British telah meninggalkan kuasa dan memberikan Tanah Melayu ini untuk diperintah oleh United Malays National Organisation dan konco-konconya. Semenjak dari tarikh ini Tanah Melayu dan kemudian Malaysia tidak sudah-sudah terus ditimpa oleh malapetaka. Setelah memahami babak babak sejarah ini maka kita akan sedar kenapa rakyat Malaysia - anak semua bangsa - enggan mengibarkan bendera yang kini telah dikenali sebagai Jalur Gemilang. Bendera ini adalah ciplakan. Kita tidak perlu pergi belajar ke Oxford atau Sorbonne untuk memahami fakta ciplakan ini. Malah anak mahasiswa dari Universiti Sintok pun dapat memahami bahawa Jalur Gemilang ini diciplak dari Star-Spangled Banner - bendera Amerika Syarikat. Kebencian dan keengganan anak semua bangsa untuk mengibarkan Jalur Gemilang ini semakin menjadi-jadi hinggakan perlu satu rang undang-undang. Kenapa ini berlaku? Biar saya terangkan kenapa ini terjadi. Bulan Ogos tahun 2013 adalah tanda penolakan yang amat jelas terhadap Jalur Gemilang - simbol milik United Malays National Organisation ini. Ini terjadi kerana kurang lebih tiga 3 bulan dahulu rakyat Malaysia telah ditipu oleh United Malays National Organisation. Dalam PRU13 yang baru selesai United Malays National Organsiation telah menang dan kembali berkuasa. Menang dan kembali berkuasa dengan jalan tipu. Penipuan ini cukup jelas dan disedari oleh orang ramai. Terbukti bahawa rakyat Malaysia - anak semua bangsa - dalam PRU13 telah menolak United Malays National Organisation dan konco-konco. Tetapi dengan licik dan penuh perancangan yang disusun oleh Suruhanjaya Pilihan Raya - gerombolan yang telah ditolak oleh rakyat ini kembali berkuasa. Ini menyebabkan orang ramai bertambah marah dan benci kepada Jalur Gemilang yang menjadi simbol United Malays National Organisation. Apa yang saya tulis ini bukan untuk bacaan satu kumpulan minoriti. Apa yang saya tulis ini bukan sentimen kumpulan kecil. Apa yang saya lakar ialah suara dan tuntutan 52 peratus warga Malaysia - anak semua bangsa. Apabila Anwar Ibrahim bercakap, apabila Hadi Awang bersuara atau apabila Lim Kit Siang mengeluarkan pandangan - itu adalah suara dan pandangan 52 peratus warga Malaysia. Orang ramai - 52 peraus warga Malaysia - merasa ditipu dalam PRU13. Orang ramai - 52 peratus - yakin kemenangan mereka telah dirampas. Orang ramai tahu bahawa kuasa United Malays National Organisation ini adalah hasil dari penipuan yang dirancang. Maka tanda awal yang dapat mereka nyatakan tiga bulan kemudian ialah mereka tidak ambil pot tentang Jalur Gemilang. Rasa muak dan mual terhadap kerenah United Malays National Organisation ini belum selesai. Kemarahan orang ramai kerana kemenangan mereka dirampas tidak akan terhenti. Rasa muak, benci dan marah ini sedang dikongsi oleh 52 peratus warga Malaysia. Rasa kemarahan ini sedang membara. Justeru para menteri dan para politikus dari United Malays National Organisation dan konco-konconya wajib sedar bahawa mereka berkuasa kerana penipuan. Suara mereka bukan suara majoriti. Para aparacik parti dan para pegawai kerajaan wajib sedar bahawa kerajaan hari ini adakah kerajaan haram yang ditubuhkan melalui penipuan. Bagaimana pula dengan lagu Negaraku yang kini dimainkan dalam panggung wayang? Para penonton akan dipaksa mendengar lagu ini. Ini juga menjadi berita heboh bulan Ogos. Sebenarnya lagu Negaraku ini sama seperti Jalur Gemilang. Lagu yang dipangggil lagu kebangsaan ini adalah hasil ciplakan. Lagu asal La Rosalie dari Perancis, menjadi Memula Moon, menjadi lagu Terang Bulan di Indonesia dan diciplak untuk menjadi lagu Negaraku. La Rosalie, Memula Moon, Terang Bulan atau Negaraku akan dipaksakan kepada penonton panggung wayang. Ini akan menjadi lawak seram. Tidak ada sesiapa yang memiliki harga diri dan tahu sejarah asal usul lagu ini akan bangun hormat pada lagu ini. Lagu Negaraku adalah hasil ciplakan. Tidak perlu ditutup lagi sejarah ini. Segala yang diciplak lambat laun akan diketahui umum. Lambat laun akan dihumbankan. Tidak dapat tidak Malaysia hari ini memerlukan satu bendera yang memiliki motif wataniah untuk melambangkan sejarah pejuangan anak bangsa. Bukan bendera ciplakan dari bendera Amerika. Malaysia juga memerlukan lagu kebangsaan yang menjiwai tempo dan naluri sejarah bangsa. Malaysia dengan politik baru akan menghumbankan ke dalam tong sampah sejarah semua yang diciplak. Melahirkan ini adalah tugas anak muda yang telah diberikan oleh sejarah. http://www.malaysiakini.com/columns/239850

Blog Archive