Thursday, October 31, 2013

Petua Untuk Pelajar SPM Mengingati Fakta


Petua Untuk Pelajar SPM Mengingati Fakta 1. Petua mengingati fakta-fakta yang sukar ialah samaada dengan membentuk akronim bagi pangkal huruf fakta ataupun mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang mempunyai kaitan dalam hidup anda. 2. Membentuk rajah dan diagram mudah terutamanya bagi mengingati fakta-fakta yang memerlukan urutan. 3. Berlakun seperti guru. Anda boleh mencuba petua ini iaitu dengan cara menjelaskan sesuatu konsep secara verbal dan bukan bergantung kepada bahan atau buku-buku ulang kaji. Dengan berbuat begini, anda boleh membayangkan sesuatu konsep secara lebih jelas. 4. Lakukan lebih banyak latihan daripada bank-bank soalan. Anda juga boleh melihat kembali soalan-soalan kuiz yang pernah dikemukakan oleh guru-guru anda di dalam kelas. Anda perlu ingat, ada juga antara guru anda adalah penggubal soalan-soalan peperiksaan. Beliau kemungkinan memberikan soalan-soalan kuiz yang menyerupai soalan-soalan peperiksaan akhir. 5. Mengulangkaji secara berkumpulan memang baik antara langkah terbaik untuk anda menguasai dan memahami sesuatu subjek. Tetapi, anda perlu pastikan kumpulan belajar anda tidak terlalu ramai kerana jika terlalu ramai, anda akan hilang tumpuan. Ada kalanya anda lebih banyak berbual-bual kosong daripada belajar. Gunakan rakan-rakan dalam kumpulan belajar ini untuk bertukar-tukar koleksi kertas-kertas soalan. 6. Anda perlu membuat ulang kaji setiap hari. Bila waktunya, bergantung kepada kesesuaian anda. Bagaimanapun, semasa ulang kaji ini, seboleh-bolehnya, elakkan daripada gangguan sampingan seperti televisyen, facebook, twitter dan lain-lain. Ia akan menganggu tumpuan anda.

Wednesday, October 30, 2013

Petua Untuk LELAKI


Koleksi Petua Untuk LELAKI 1. RAMBUT JARANG - Ambil telur udang dan gosokkan pada kulit kepala anda. Keesokkan harinya baru dibasuh. Lakukan selalu, hasilnya pasti rambut anda bertambah lebat. 2. MENGHILANGKAN PARUT - Petua ini menggunakan daun lidah buaya untuk membantu memudarkan parut (tak kira parut jerawat ke atau parut di badan). Caranya adalah dengan mengambil daun lidah buaya, buang duri di kiri dan kanan daun. Kemudian buang sedikit kulit daun tersebut untuk mendapatkan lendirnya. Sapu lendir daun lidah buaya tersebut pada parut di muka atau badan. 3. MENGHILANGKAN PANAU - Ambil lengkuas sebesar ibu kaki, dibuang kulit arinya dan dicuci bersih. Kemudian tumbuk sehingga hancur lalu dibungkus dengan kain perca dan diikat kemas-kemas. Gosokkan pada kulit berpanau. 4. BIBIR PECAH - Bancuhkan air suam bersama gula merah dan sedikit asam jawa. Kemudian diminum beberapa kali.
5. MENGHILANGKAN KEMBUNG PERUT - Ambil 3 helai daun mengkudu muda dan sapukan minyak kelapa. Kemudian layurkan ke atas api selama 2 minit. Setelah itu, daun yang masih panas ditekapkan kepada perut. 6. HILANGKAN BAU KAKI - Sering didapati kaki kita berbau apabila memakai kasut sarung atau tertutup. Untuk mengatasinya, ambil limau nipis, potong2 dan gosokkan pada kaki. Lakukan setiap petang selepas menanggalkan kasut. 7. MENGURANGKAN TIDUR BERDENGKUR - Tumbuk lumat-lumat 7 biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. Minumlah beberapa minit sebelum tidur. 8. MASALAH GUGUR RAMBUT - Cari daun bunga raya yang hijau beberapa helai dan dibersihkan, lalu dimasukkan ke dalam baldi berisi air dan ramaslah daun itu sehingga keluar air hijau. Kemudian basuh rambut anda menggunakan air bunga raya tersebut.Biarkan selama beberapa minit (5 minit) dan baru boleh dibilas.

Tuesday, October 29, 2013

Firasat Tentang Alat Kelamin Lelaki


Firasat Tentang Alat Kelamin Lelaki Menurut Orang Tua-Tua Dahulu 1. Kalau Panjang: Anda memang suka menunjuk-nunjuk. Anda mudah belajar cara baharu dan seronok mencuba sesuatu yang baharu. Juga anda suka mencipta cara baharu. 2. Kalau Pendek: Anda kurang yakin pada diri anda sendiri pada mulanya, tetapi sekali anda memulakannya, anda berupaya melakukannya. Anda seorang yang mempunyai impian yang tinggi dan romantik. Anda boleh mengejutkan semua orang apabila anda hilang sabar. Anda juga suka mengikut adat. 3. Kalau Tebal: Anda mempunyai daya khayalan yang tinggi dan mempunyai keazaman dan kekuatan yang mengkagumkan. Jika lagi tebal di dasar kelamin, anda mengutamakan kebebasan. 4. Kalau Nipis: Anda seorang yang sensitif dan boleh mengeluarkan perasaan anda dengan senang. Kehalusan dan mutu, sesuatu yang penting bagi anda. 5. Kalau Bersimpul: Anda suka membuat sesuatu dengan cara berfikir terlebih dahulu dan sering berwaspada. Anda memikirkan sesuatu dengan lojik akal. 6. Kalau Satu atau Dua Simpul Besar: Anda seorang kekasih yang sering membuat pasangan anda berada dalam kepayahan. 7. Kalau Hujung Runcing: Anda seorang yang idealistik dan artistik di dalam perhubungan. Agak sukar untuk anda bersenang-lenang dan melepaskan kebebasan anda. 8. Kalau Panjang dan Kurus: Anda suka mementingkan diri sendiri. 9. Kalau Tumpul atau Segi Empat: Anda kekasih yang suka menunjukkan rasa cinta dengan perbuatan, bukan perkataan. 10. kalau Lebar atau Berbentuk Bawang: Kehendak seksual anda begitu kuat, cergas, luarbiasa dan bersifat menawan. 11. Kalau Melengkung ke Kanan: Dalam hal seks dan cinta, anda seorang pemberi. Anda suka bercerita tentang seks diri anda sendiri, begitu juga halnya dengan orang lain yang anda mahu mereka bercerita tentang hal seks mereka juga. 12. Kalau Melengkung ke Kiri: Anda seorang pembawa, bukan seorang pemberi. Anda lebih suka menyimpan cerita seks anda secara rahsia. 13. Kalau Bengkok Tepat: Anda tajam akal tetapi seorang yang gatal. Anda menipu, jika begitu anda dapat apa yang anda mahu. 14. Kalau Panjang Yang Melengkung Bengkuk: Anda seorang yang tidak boleh dipercayai dalam hal berkenaan nafsu dan cinta. 15. Kalau Pendek Yang Melengkung Bengkuk: Anda kerap kali cemas dengan kemampuan seks anda. 16. Kalau Bengkuk di Pangkal: Anda merasakan orang lain mempunyai kehidupan yang lebih baik dari anda. Namun anda berusaha untuk berjaya dalam hidup. واللهأعلمبالصواب

Monday, October 28, 2013

Petua Mengatasi Sakit Pinggang


Petua Mengatasi Sakit Pinggang Penyebab Sakit Pinggang 1. Adanya gangguan mekanikal pada struktur fungsi tulang belakang 2. Gerak atau sikap badan yang salah ketika membongkok dan mengangkat beban atau barang 3. Pemakaian sepatu dengan tumit tinggi, kerana dalam keadaan normal tulang belakang di bahagian pinggang mempunyai lengkungan ke depan. Apabila lengkungan ke depan tersebut berlebihan, akan menimbulkan gejala sakit pinggang 4. Tidur dengan alas/dasar yang terlalu lentur sehingga membuat tulang belakang mengikuti lenturan alas yang ditiduri 5. Kurang berolahraga sehingga menyebabkan kelenturan sendi-sendi dan jaringan ikut menurun, sehingga otot mudah cedera kerana gerakan yang saderhana, seperti: mengangkat, mendorong, atau membongkok. Sakit pinggang juga boleh berlaku disebabkan pengaruh sesuatu penyakit, seperti gangguan ginjal, penyakit jantung, kanser, penyakit tulang, atau gangguan metabolik. Untuk mengurangkan rasa nyeri dan untuk mencegah akibat yang lebih parah dari sakit pinggang, anda disarankan melakukan gerak tubuh. Perhatikan sikap tubuh agar terhindar dari keadaan tubuh yang bongkok atau lakukan aktiviti berbaring datar. Pilihan 1: a. Anda perlu meminum air halia bercampur sedikit gula yang telah direbus. Mula-mula, ambil sepotong halia sebesar ibu jari. b. Tumbuk halus halia, campurkan dengan 2 gelas air dan sedikit gula. Kemudiannya, rebuslah campuran tadi sampai mendidih. c. Setelah mendidih, biarkan ia sejuk dulu. Lepas itu barulah anda meminumnya 2 kali sehari. Amalkan selama 2 hari berturut-turut mudah-mudahan ianya berhasil. Pilihan 2: Sediakan kuning telur. Telan mentah-mentah. Amalkan selama 3 hari berturut-turut. Jika tiada aral, anda akan merasai kelegaannya. Sakit pinggang akan berkurangan dan sembuh.

Sunday, October 27, 2013

Petua Menjaga Badan


Petua Menjaga Badan Di zaman moden ini banyak jenis makanan yang boleh membawa kemudaratan jika dimakan berlebihan. Makanan yang diproses dan juga makanan segera sering menjadi pilihan. Namun adakah anda prihatin dengan kesan sampingannya pada tubuh badan? Makanan yang ada di pasaran sering mengandungi gula dan lemak yang tersembunyi. Pengambilan secara berlebihan akan membawa kepada masalah kegemukan dan obesiti. Sebelum masalah ini terjadi pada andaa, sewajarnya anda mengambil sikap berhati-hati. Manakala bagi mereka yang sedang berperang dengan masalah berat badan, jangan khuatir dan cepat putus asa kerana petua yang disarankan di bawah adalah petua yang mudah dan boleh diamalkan semua. Yang penting, keazaman untuk menjayakannya dan diamalkan secara berterusan. Selain itu, senaman dan mengawal nafsu makan yang keterlaluan adalah jalan terbaik untuk gaya hidup sihat. A. Caranya ialah mengubah cara pemakanan yang diamalkan daripada kebiasaan kepada satu kaedah yang baharu iaitu: 1. Apa yang anda ambil untuk sarapan di waktu pagi ditukar kepada apa yang sepatutnya dimakan di tengah hari dibawa dan dimakan di waktu pagi. 2. Pada waktu tengah hari, jangan makan makanan yang mengenyangkan. Cukup sekadar buah- buahan atau jangan makan langsung. 3. Makan malam diawalkan dan diambil dalam lingkungan waktu jam 7.00 malam. 4. Jangan makan selepas pukul 9.00 malam walaupun anda belum makan apa-apa sebelumnya. Jika perlu juga, cukup sekadar segelas susu atau buah-buahan atau makanlah sedikit tetapi jangan mengambil makanan yang telah dimasak (makan berat). B. Cara yang kedua sebagai amalan tambahan, berpuasa 2 kali seminggu (setiap hari Isnin dan Khamis). Anda mesti berpuasa dengan niat di waktu malam yang anda hendak berpuasa pada hari esok. Bukan menahan lapar sahaja yang diikuti dengan makan sedikit atau minum. Pada hari ketika anda berpuasa, elok kalau anda melakukan senaman. C. Setiap kali bangun pagi, waktu tengahari dan sebelum masuk tidur di sebelah malam, amalkan meminum secawan teh cina (hijau) yang dicampurkan dengan limau nipis atau kasturi. Anda akan lihat kesannya selepas 7 hingga 14 hari mengamalkannya.

Saturday, October 26, 2013

Mufti Brunei jawab golongan pertikai perlaksanaan Jenayah Syar'iah di Brunei.


Mufti Brunei jawab golongan pertikai perlaksanaan Jenayah Syar'iah di Brunei. BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Okt – Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz Juned menempelak mereka yang mempertikaikan Undang-Undang Jenayah Syar’iah dilaksanakan di negara ini dengan alasan akan menyebabkan pelancong tidak mahu datang ke Brunei kerana takut tangan mereka dipotong. Menerusi Ceramah Perdana, Majlis Ilmu 2013 pagi ini, Yang Berhormat Pehin menjawab dengan menekankan bahawa jika tujuan para pelancong itu datang ke Brunei bukan untuk mencuri, mereka tidak perlu takut bahkan merasa selamat kerana akan mendapat perlindungan yang sempurna di bawah Undang-Undang Jenayah Syar’iah sehingga kehormatan, wang ringgit dan nyawa mereka Insya Allah terjamin selamat. Jaminan keselamatan di atas bukan retorik, tegasnya sambil menghuraikan bukti sebagaimana berlaku di Tanah Hijaz Semenanjung Arab pada zaman silam, yang sebelum hukuman jenayah syar’iah dilaksanakan adalah penuh dengan jenayah curi, rompak dan bunuh. Akan tetapi sejak hukuman berkenaan dilaksanakan oleh Kerajaan Arab Saudi, jenayah-jenayah itu hapus, menyebabkan manusia aman dan bebas daripada pencuri dan perompak, tambah Yang Berhormat Pehin. “Nah! Sekarang, siapa kata orang takut ke Mekah? Siapa kata pelancong-pelancong takut? Tidak! Jemaah haji saja, pada setiap tahun, berduyun-duyun membanjiri Kota Mekah sehingga dua ke tiga juta jumlahnya, dan malah sehingga memaksa Kerajaan Arab Saudi mengehadkan pemberian kuota untuk mengawal kebanjiran berkenaan. “Siapakah yang mahu menyangkal ini? Tahukah tuan, tahukah saudara, bahawa inilah namanya berkat, tandanya ada berkat di situ,” ujarnya sambil menambah kata bahawa Undang-Undang Allah bukan kosong tetapi penuh dengan berkat dan penuh dengan hikmah. Dari itu janganlah takut kepada Undang-Undang Allah kerana Allah itu sama sekali tidak pernah salah macam kita salah, sama sekali tidak pernah lupa seperti kita lupa, sama sekali tidak pernah keliru seperti kita keliru, serunya. “Oleh itu, janganlah Undang-Undang Allah diragui. Siapa kita untuk meragui Undang-Undang Allah? Ya, Allah sendiri yang menggubalnya untuk kita, sepatutnya kita wajib bersyukur dan berterima kasih,” nasihat Yang Berhormat Pehin Mufti Kerajaan. Yang membuat kita Kuat adalah Doa. Yang membuat kita Dewasa adalah Masalah. Yang membuat kita Maju adalah Usaha Keras. Yang membuat kita Hancur adalah Putus Asa. Yang membuat kita Semangat adalah Harapan dan Impian. Yang membuat kita menjadi yang Terbaik adalah mengakrabkan diri dgn keheningan jiwa dan memperbanyak Sujud dan mengingati Allah Azza Wa Jalla. Tidak ada kebaikan bagi pembicaraan kecuali dengan amalan. Tidak ada kebaikan bagi harta kecuali dengan kedermawanan. Tidak ada kebaikan bagi sahabat kecuali dengan kesetiaan. Tidak ada kebaikan bagi shadaqah kecuali niat yang ikhlas. Tidak ada kebaikan bagi kehidupan kecuali kesihatan dan keamanan. Mufti Brunei jawab golongan pertikai perlaksanaan Jenayah Syar'iah di Brunei. BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Okt – Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz Juned menempelak mereka yang mempertikaikan Undang-Undang Jenayah Syar’iah dilaksanakan di negara ini dengan alasan akan menyebabkan pelancong tidak mahu datang ke Brunei kerana takut tangan mereka dipotong. Menerusi Ceramah Perdana, Majlis Ilmu 2013 pagi ini, Yang Berhormat Pehin menjawab dengan menekankan bahawa jika tujuan para pelancong itu datang ke Brunei bukan untuk mencuri, mereka tidak perlu takut bahkan merasa selamat kerana akan mendapat perlindungan yang sempurna di bawah Undang-Undang Jenayah Syar’iah sehingga kehormatan, wang ringgit dan nyawa mereka Insya Allah terjamin selamat. Jaminan keselamatan di atas bukan retorik, tegasnya sambil menghuraikan bukti sebagaimana berlaku di Tanah Hijaz Semenanjung Arab pada zaman silam, yang sebelum hukuman jenayah syar’iah dilaksanakan adalah penuh dengan jenayah curi, rompak dan bunuh. Akan tetapi sejak hukuman berkenaan dilaksanakan oleh Kerajaan Arab Saudi, jenayah-jenayah itu hapus, menyebabkan manusia aman dan bebas daripada pencuri dan perompak, tambah Yang Berhormat Pehin. “Nah! Sekarang, siapa kata orang takut ke Mekah? Siapa kata pelancong-pelancong takut? Tidak! Jemaah haji saja, pada setiap tahun, berduyun-duyun membanjiri Kota Mekah sehingga dua ke tiga juta jumlahnya, dan malah sehingga memaksa Kerajaan Arab Saudi mengehadkan pemberian kuota untuk mengawal kebanjiran berkenaan. “Siapakah yang mahu menyangkal ini? Tahukah tuan, tahukah saudara, bahawa inilah namanya berkat, tandanya ada berkat di situ,” ujarnya sambil menambah kata bahawa Undang-Undang Allah bukan kosong tetapi penuh dengan berkat dan penuh dengan hikmah. Dari itu janganlah takut kepada Undang-Undang Allah kerana Allah itu sama sekali tidak pernah salah macam kita salah, sama sekali tidak pernah lupa seperti kita lupa, sama sekali tidak pernah keliru seperti kita keliru, serunya. “Oleh itu, janganlah Undang-Undang Allah diragui. Siapa kita untuk meragui Undang-Undang Allah? Ya, Allah sendiri yang menggubalnya untuk kita, sepatutnya kita wajib bersyukur dan berterima kasih,” nasihat Yang Berhormat Pehin Mufti Kerajaan. Yang membuat kita Kuat adalah Doa. Yang membuat kita Dewasa adalah Masalah. Yang membuat kita Maju adalah Usaha Keras. Yang membuat kita Hancur adalah Putus Asa. Yang membuat kita Semangat adalah Harapan dan Impian. Yang membuat kita menjadi yang Terbaik adalah mengakrabkan diri dgn keheningan jiwa dan memperbanyak Sujud dan mengingati Allah Azza Wa Jalla. Tidak ada kebaikan bagi pembicaraan kecuali dengan amalan. Tidak ada kebaikan bagi harta kecuali dengan kedermawanan. Tidak ada kebaikan bagi sahabat kecuali dengan kesetiaan. Tidak ada kebaikan bagi shadaqah kecuali niat yang ikhlas. Tidak ada kebaikan bagi kehidupan kecuali kesihatan dan keamanan.

Friday, October 25, 2013

Kaedah Makan Menggunakan Tangan Dalam Islam


Kaedah Makan Menggunakan Tangan Dalam Islam a. Makan menggunakan tangan adalah antara sunnah Nabi Muhammad s.a.w yang telah lama ditinggalkan oleh umat baginda pada hari ini. Tangan adalah antara alat utama untuk mengambil dan menyuap makanan ke dalam mulut. Jika ada benda yang membahayakan, tanganlah yang akan mengesannya. Umpamanya, duri, tulang ikan atau tulang ayam. b. Soal kekotoran pada tangan tidak akan timbul kerana Islam menyarankan agar sebelum makan, kita disunatkan terlebih dahulu mencuci tangan dan hanya tangan kanan sahaja yang diajarkan untuk menyentuh makanan. Dikatakan, antara kehebatan hikmah menggunakan tangan adalah jari-jemari manusia itu mengandungi sejenis kimia yang akan memudahkan penghadaman makanan dalam perut. Ini terbukti apabila orang tua-tua dahulu melarang kita menyentuh makanan yang mahu disimpan dengan tangan kerana ia boleh menjadi basi. Malah, kita disunatkan menjilat jari-jemari untuk mendapatkan keberkatan dan zat penghadaman yang baik pada akhir waktu makan. Inilah antara sunnah Nabi Muhammad s.a.w. c. Dalam keadaan perut yang lapar pula, kita digalakkan mulakan makan atau minum dengan sesuatu yang manis. Kenapa? Perut yang terlalu lapar dan kosong akan mengeluarkan sejenis asid yang boleh membahayakan perut. Makanan manis berupaya menghilangkan asid itu. Itulah sebabnya mengapa Nabi s.a.w memulakan berbuka puasa dengan buah tamar kerana buah tamar terkenal dengan kandungan glukosanya yang sangat tinggi

Thursday, October 24, 2013

taJDid


taJDid 1.1 Pengenalan Islam adalah sebuah agama yang suci dan sungguh ia adalah sebuah agama yang mendapat keredahan dari Allah SWT. Berikut terdapat beberapa ayat Al-quran yang menyebut tentang ‘Islam’, iaitu : ‘Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah Syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu.’ (2:208) ‘Tidak ada paksaan dalam menganut agama (Islam), sesungguhnya telah jelas perbezaan antara jalan yang benar dengan jalan yang sesat. Barang siapa yang meninggalkan Taghut dan beriman kepada Allah, maka sungguh, dia telah berpegang teguh kepada tali yang sangat kuat dan tidak akan putus. Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.’ (2:256) ‘Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam…’ (3:19) ‘..pada hari ini Aku sempurnakan agamamu untukmu, dan telah Aku cukupkan nikmat-Ku bagimu, dan Aku redha Islam sebagai agamamu..’ (5:3) Islam adalah agama yang telah diwahyukan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan sejarah juga telah melakarkan pelbagai peristiwa suka duka bagaimana Rasulullah SAW membawa Islam itu dengan begitu teratur sekali sehingga suatu ketika dahulu Islam telah berjaya menjadi agama yang sangat dihormati oleh seluruh dunia apabila berjaya menguasai sehingga 2/3 daripada dunia. Walau bagaimanapun selepas kewafatan Rasulullah SAW, Islam telah menghadapi pelbagai masalah sehinggalah pada masa kini, umat Islam masih terus-terusan mendapat tentangan daripada agama yang lain. Sepertimana firman Allah SWT ; ‘dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan rela kepadamu (Muhammad) sebelum engkau mengikuti agama mereka…’ (2:120) Jahanamnya dunia dan manusia hari ini sudah begitu ketara, sama seperti hancur leburnya manusia dan dunia di zaman jahiliah, zaman sebelum kedatangan Rasulullah SAW. Penyembahan berhala, pemujaan akal fikiran, pemujaan pemimpin dan pengabdian diri pada nafsu dan syaitan bukan sahaja dalam kalangan orang-orang kafir tetapi oleh umat Islam itu sendiri. Syariat Islam langsung tidak dipedulikan lagi malah dipersendakan sebagai ketinggalan zaman, kolot, dan tidak bertamadun. Sehinggakan ada dalam kalangan umat Islam sendiri yang menjadi malu untuk mahu mengaku Islam. Pelbagai cara telah dilakukan dari serangan fizikal sehinggalah serangan mental. Namun Islam masih juga berdiri teguh di atas muka bumi ini. Jatuh bangunnya umat Islam dewasa ini mahupun pada zaman keterbelakang dahulu sebenarnya banyak disemarakkan oleh Kebangkitan Islam yang telah direalisasikan melalui gerakan-gerakan Islam yang telah dipelopori oleh tokoh-tokoh pejuang Islam yang terkenal. Justeru, hasil kerja ini akan mengupas secara terperinci berkenaan dengan pandangan para sarjana tentang ‘Gerakan Islam’ dan mengetahui secara menyeluruh tentang ciri-ciri yang terdapat di dalam sesebuah Gerakan Islam melalui beberapa contoh Gerakan Islam. 1.2 Konsep Kebangkitan Islam Menurut Dr. Yusuf al-Qarawi, beliau tidak dapat mengetahui secara jelas tentang dari mana sebenarnya asal perkataan Ash-Shahwah Al-Islamiyyah yang membawa maksud Kebangkitan Islam ini. Walau bagaimanapun sebagai pengenalannya kini akan disertakan definisi-definisi yang menyentuh secara langsung tentang konsep Kebangkitan Islam mengikut pandangan para Sarjana dunia Islam. Sebagai permulaannya, elok rasanya maksud Kebangkitan Islam itu kita lihat secara satu persatu melalui maksud yang terkandung di dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga ; Kebangkitan bermaksud kebangunan, kesedaran yang membawa kemajuan. Manakala Islam pula bermaksud agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Oleh itu Kebangkitan Islam boleh diertikan sebagai satu kesedaran untuk membangunkan agama Islam yang telah dibawa oleh Rasulullah SAW. Kebangkitan Islam dan Gerakan Islam dilihat sebagai satu, oleh itu apabila kita membicarakan tentang Kebangkitan Islam, kita juga secara tidak langsung berbicara mengenai Gerakan Islam. Menurut Muhammad bin Abdul Wahab (1703-1797) iaitu pelopor Gerakan Wahabiyyah, beliau berpendapat bahawa Kebangkitan Islam adalah bangun untuk menghadapi dan menumpaskan penyelewengan yang berlaku akibat ajaran tasawuf dan Tarekat . Beliau menambah lagi tentang konsep kebangkitan Islam dicetuskan apabila wujudnya kegiatan golongan Sufi yang menurut beliau bukan sahaja mengandungi unsur-unsur bida’ah bahkan apa yang lebih penting ianya mengandungi unsur-unsur syirik. Dalam hal ini, beliau amat memandang serius terhadap permasalahan yang berkaitan dengan keruntuhan akhlak umat Islam ketika itu yang terlalu jauh terpesong. Oleh itu tidak ada cara lain lagi selain mengerakan satu gerakan Islam untuk menyelamatkan akidah umat Islam ketika itu. Menurut Al-Syahid Hasan Al-Banna (1906-1948) yang merupakan pemimpin pertama Gerakan Islam Ikhwan al-Muslimin, beliau berpendapat bahawa sebuah pertubuhan yang dikatakan sebagai Gerakan Islam hendaklah mendukung ajaran Islam yang syumul. Sekiranya hanya bertujuan untuk satu-satu tujuan sahaja seperti dakwah semata-mata, ia bukanlah sebuah Gerakan Islam. Pada masa yang sama, fikrah kemasyarakatan harus juga diberi perhatian. Fikrah ini memperhatikan penyakit-penyakit masyarakat Islam, dan berusaha mencari jalan penyembuhan umat daripada penyakit tersebut. Beliau cuba menterjemahkan kosep Kebangkitan Islam atau Gerakan Islam secara menyeluruh bahawa sesuatu gerakan itu tidak seharusnya bergerak dalam satu-satu aspek sahaja tetapi sebaliknya haruslah bergerak mencakupi keseluruhan hidup dalam Islam, baharulah ia boleh dilihat sebagai kebangkitan Islam secara menyeluruh tanpa membelakangi asas Islam yang sebenar iaitu Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Seterusnya kita lihat pula pandangan dari Dr. Yusuf al-Qaradhawi mengenai konsep gerakan Islam ini. Menurut beliau Gerakan Islam ialah satu gerakan yang membawa pengaruh yang amat besar terhadap kehidupan kaum muslimin yang akan membawa kepada pembaharuan(memperbaharui) rasa keyakinan dan percaya terhadap diri sendiri bahawa Islam mampu menjadi ‘Pengendali dunia’. Beliau cuba menjelaskan bahawa untuk mempastikan keberhasilan terhadap gerakan Islam maka umat Islam seharusnya menanamkan satu kepercayaan dalam diri bahawa hanya agama Islam sahajalah yang layak memimpin dunia ini dan tidak akan ada agama lain yang berhak ke atas pemerintahan dunia selain Islam. Keyakinan seumpama itu sebenarnya adalah kunci utama dalam usaha menegakkan semula agama Islam yang kelihatannya sudah berada jauh kebelakang. Menurut seorang Reformis iaitu Jamaluddin al-Afghani ( ) beliau menterjemahkan konsep kebangkitan Islam sebagai satu tindakan untuk mengembalikan semula kesucian dan martabat agama Islam sebagai agama yang tidak boleh dicampuradukan dengan nilai-nilai dan pemikiran penganutnya. Islam harus dinilai menurut prinsipnya sebagai petunjuk daripada Allah SWT, sedangkan ciptaan pemikiran manusia dan tradisinya tidak boleh dijadikan ukuran untuk menentang prinsip-prinsip Islam. Beliau cuba menjelaskan bahawa martabat dan kesucian Islam itu tidak seharusnya dipengaruhi oleh pemikiran kaum muslimin dalam apa juga hal kerana menurut beliau pemikiran manusia ini seringkali tersasar dan tidak mustahil akan melemahkan proses kebangkitan Islam itu nanti. Oleh itu, harus difahami bahawa Islam itu telah cukup sempurna dan tidak ada lagi yang harus dilakukan untuk menyempurnakannya melainkan mempertahankan kesuciannya dan gerakan Islam adalah platform yang terbaik. Kini kita melihat pula pandangan daripada seorang tokoh Islam yang terkenal di India dan merupakan pengasas Gerakan al-Jama’ah al-Islamiyyah iaitu Sayid Abul A’ala al-Maududi (1903-1979). Menurut pandangan beliau, Gerakan Tajdid ialah satu usaha untuk menghidupkan semula Islam dalam bentuknya yang murni, serta menyusun semula corak hidup dan masyarakat dengan nilai dan prinsip-prinsip Islam yang sebenar. Bagi beliau, terdapat beberapa aspek yang perlu dilihat secara kritis untuk merealisasikan program Gerakan Tajdid ini – salah satu daripadanya ialah melaksanakan Ijtihad iaitu perlunya menggunakan akal dan fikiran atau pandangan untuk menjawab persoalan dengan lebih mudah. Sungguhpun begitu pandangan al-Maududi ini mempunyai perbezaan dengan apa yang dikemukakan oleh Jamaluddin al-Afghani sebelum ini. Walau bagaimanapun perbezaan pendapat antara sarjana tentang konsep kebangkitan Islam ini tidak harus dilihat dari sudut yang negatif kerana tidak mustahil mereka mempunyai agenda yang tersendiri sebagai usaha untuk menegakkan semula agama Islam di atas muka bumi ini. Seterusnya kita melihat pula pandangan daripada Muhammad bin Abdul Qadir al-Mubarak (1914-..) yang merupakan seorang tokoh pemikir Islam terkenal yang berasal dari Arab Saudi. Berbeza dengan pandangan para sarjana yang sebelum ini, beliau cuba menjelaskan konsep Kebangkitan Islam dengan memberikan penjelasan tentang hakikat Islam yang sebenarnya. Baginya Islam adalah Islam, dan bukanlah Ilmu Kalam, Ilmu Fikah dan Tasawuf. Malah Islam harus merangkumi ketiga-tiganya. Islam seharusnya difahami sebagaimana Islam difahami pada zaman Rasulullah SAW dan pada sahabatnya. Islam adalah sebagai sistem hidup dan gambaran yang menyeluruh bagi setiap yang wujud serta suatu dasar keimanan dan sistem amali yang terpancar berdasarkan gambaran keimanan tersebut. Beliau bermaksud mahu menjelaskan bahawa kebangkitan Islam itu harus berpaksikan ajaran agama Islam yang sebenarnya. Dengan terangkumnya hakikat Islam dalam gerakan Islam tersebut maka tidak akan ada lagi keraguan dalam usaha menegakkannya semula di tengah-tengah manusia yang sedang terumbang-ambing akibat pengaruh luar. Pandangan daripada Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat juga amat menarik untuk dimuatkan bersama dalam mengupas tentang pandangan beliau dalam memahami konsep Gerakan Islam ini. Menurut beliau, Gerakan Islam adalah kesinambungan perjuangan Islam yang dicetuskan oleh Rasulullah SAW. Selepas kewafatan baginda, ia telah diteruskan oleh para sahabat, kemudian oleh para anbia dan seterusnya berkembang biak sehingga ke hari ini. Ia juga merupakan satu kewajiban yang tidak akan ada titik hentinya kerana setiap manusia yang mengaku beriman kepada Allah SWT wajib menunaikan amanah untuk menegakan Islam di muka bumi ini. Bukan sekadar dalam soal ibadah, sebaliknya usaha menegakkan Islam ini harus digembeleng dalam semua bidang termasuk muamalat, cara hidup, ekonomi, politik dan sebagainya. Pandangan beliau ini amat mudah difahami kerana menurut beliau, memelihara mempertahankan, dan memperjuangkan agama Islam sudah menjadi satu kewajiban yang perlu ditanamkan dalam diri setiap umat Islam demi menjalankan amanah dari Allah SWT secara menyeluruh iaitu memenuhi segala tuntutan hidup manusia. 1.3 Ciri-ciri Gerakan Islam Gerakan Islam mempunyai ciri-ciri yang penting dan sangat menarik untuk dibincangkan. Secara keseluruhannya terdapat tiga ciri utama yang boleh menggambarkan segenap barisan gerakan Islam tersebut iatu sesebuah Gerakan Islam itu haruslah dipimpin oleh seorang yang disebut sebagai Mujadid, gerakan tersebut haruslah berpaksikan dua sumber yang paling utama iaitu Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW, dan harus juga memegang dua prinsip utama iaitu Amal Makruf Nahi Mungkar. Ciri-ciri yang akan dibincangkan ini nanti akan membawa anda semua mengenali secara dekat melalui beberapa contoh Gerakan Islam seperti Gerakan Wahabiyyah, Gerakan Ikhwan al-Muslimin, Gerakan Jamia’at al-Islamiyyah, Gerakan Muhammadiyyah, dan juga Gerakan HAMAS. 1.3.1 Dipimpin oleh Seorang Mujaddid Ciri utama yang harus dikenal pasti dalam sesebuah Gerakan Islam ialah setiap satunya semestinya mempunyai seorang pemimpin yang dikenali sebagai Mujaddid . Mujaddid merupakan perkataan Bahasa Arab yang membawa maksud pembaharu atau orang yang membuat pembaharuan atau membawa pembaharuan (reformer). Mujaddid yang dimaksudkan ialah seorang pemimpin atau tokoh muslim yang bertaqwa yang lahir pada setiap awal kurun dan kepimpinannya mampu menghidupkan kembali semangat Islam dan membawa kepada pengaruh yang sangat besar kepada dunia. Sebagaimana yang kita sedia maklum, Islam sentiasa menerima tekanan dan ditindas oleh musuh-musuhnya dan sejarah telah mencatatkan bahawa memang ada seseorang atau segolongan yang akan mempertahankannya. Tetapi amat mengharukan kerana ianya tidaklah sekuat mana, kerana serangan-serangan yang lebih kuat itu maka Islam dan umatnya menjadi lemah dan lebih lemah lagi pada penghujung setiap kurun. Oleh itu dengan Rahmat dan izin Allah SWT, setiap awal kurun maka akan lahir ke dunia seorang yang akan memimpin umat Islam, untuk menghidupkan Islam di tengah-tengah masyarakat. Kelahiran Mujaddid ini digambarkan melalui Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan dari Abu Dawud yang bermaksud ; ‘Sesungguhnya Allah akan membangkitkan untuk umat ini pada setiap hujung seratus tahun, seseorang yang akan memperbaharui agamanya (Islam)’ Kedatangannya bukanlah membawa agama baharu kerana apa yang dibawa olehnya ialah apa-apa yang telah dibawa oleh Nabi Muhammad SAW, akan tetapi kerana waktu kedatangannya itu agama Allah sudah begitu asing pada masyarakat Islam sendiri, maka ramai yang menyangka bahawa ajarannya adalah ajaran yang baharu. Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, kedatangannya bertujuan untuk menerangkan kembali agama Islam yang ketika itu telah semakin asing, menghidupkan kembali sunnah Rasulullah SAW yang telah semakin dilupakan oleh umatnya sendiri, menguatkan jiwa taqwa yang yang hampir-hampir mati, menyuburkan kembali semangat beragama yang telah luntur, dan menghubungkan kembali rasa kasinh sayang dan persaudaraan yang hampir putus sesama Islam. Kini marilah sama-sama kita melihat apakah ciri-ciri seorang Mujaddid itu sehingga melayakkan beliau digelar Mujaddid. Para Mujaddid ini adalah golongan ulama’ yang terpilih dalam kalangan ulama-ulama yang begitu ramai pada zamannya. Kelebihan Mujaddid dari ulama-ulama yang lain pada zamannya bolehlah dikatakan seperti kelebihan Rasul dari para Nabi. Hal ini kerana Mujaddid berperanan sebagai benteng kebenaran, dan juga pedang serta perisai umat Islam di zaman itu. Oleh kerana itu Allah SWT telah mengurniakan beberapa kelebihan dan keutamaan kepada seorang Mujaddid jika dibandingkan dengan para ulama yang lain. Antara kelebihannya ialah mempunyai sifat berani yang luar biasa, paling menonjol sifat taqwanya, sangat zuhud terhadap dunia, mempunyai kepetahan bicara dan mempunyai ketajaman mata penanya serta mempunyai pandangan yang jauh, membawa hujah yang sukar untuk dipatahkan oleh pihak musuh, mempunyai pengikut yang agak ramai, dan kepimpinannya memberikan kesan kepada jiwa dan fikiran setiap masyarakat. Seterusnya kita akan menyorot secara ringkas latar belakang para Mujaddid yang telah berjaya membawa pembaharuan terhadap agama Islam bersama-sama gerakan Islam yang telah menjadi saksi perjuangannya. Dalam sejarah Islam, perjuangan untuk menegakkan kemurnian Islam telah dipelopori oleh Khalifah Umar Abdul Aziz (717-720 H). Menurut Abul a’la al-Maududi dan juga Abul Hasan al-Nadwi, Khalifah Umar Abdul Aziz merupakan Mujaddid Islam yang pertama setelah umat Islam dipengaruhi oleh pemikiran dan cara hidup asing dan telah menyimpang daripada landasan Islam yang sebenarnya. Selepas Khalifah Umar Abdul Aziz, terdapat pula tokoh-tokoh empat Imam Mazhab khususnya Imam Ahmad Hanbal (780-855 H). demikian juga terdapat nama-nama seperti Abul Hassan al-Asyari (873-935 H) dan Abu Hamid al-Ghazali (1058-111 H). nama-nama yang disebutkan di atas ini merupakan tokoh-tokoh gerakan tajdid pada zaman kerajaan Bani Umayyah dan Bani Abbassiyyah. Muhammad bin Abdul Wahab merupakan salah seorang reformis. Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Abdul Wahab al-Musyrifi al-Tamimi al-Nejedi yang telah lahir pada tahun 1703 Masihi di kampung Ainah berdekatan dengan Riyad. Beliau telah mendapat pendidikan awal daripada ayahnya sendiri dalam ilmu fiqh Hanbali, tafsir dan Hadith. Istimewanya beliau ini ialah beliau telah berjaya menghafaz Al-Quran dalam usia yang sangat muda iaitu ketika berusia 10 tahun. Demi cintanya kepada ilmu agama maka beliau telah berhijrah ke seluruh tanah Iraq seperti berkunjung ke Baghdad, Basrah, dan Mausul yang mana disetiap bandar Iraq tersebut beliau bertemu dengan para Syikeh, Ulama dan mengambil ilmu daripada mereka. Muhammad bin Abdul Wahab ini adalah pengasas kepada Gerakan Wahabiyyah yang telah banyak membawa kepada perubahan dan mengembalikan Islam ke jalan yang sebenarnya semasa zamannya. Oleh itu selayaknya beliau ini digelar sebagai Mujaddid. Seterusnya Al-Syahid Hasan Al-Banna yang turut digelar sebagai seorang Mujaddid pada zamannya. Imam Hasan al-Banna adalah anak sulung dalam keluarganya. Beliau telah dilahirkan di Muhmudiyah iaitu salah satu wilayah Buhariah di Delta Nil pada 14 Oktober 1906 bersamaan dengan 25 Syaaban 1324 H. Beliau telah terdidik dalam suasana keluarga keislaman. Pada waktu pagi beliau pergi ke sekolah seperti kanak-kanak yang lain, pada sebelah petang pula beliau akan mengikuti ayahnya, Syeikh Ahmad bin Abdul Rahman al-Banna membuat dan membaiki jam. Kemudian pada waktu malamnya , beliau menggunakan waktu lapangnya untuk mengulang kaji pelajaran. Sementara itu pada waktu subuh beliau membaca serta mengulang-ulang hafazan Al-quran bagi memperkukuhkan lagi hafazannya. Dengan pembahagian masa yang sistematik ini maka tidak hairanlah setelah dewasa Hasan al-Banna telah berjaya menjadi seorang cendikiawan dan pejuang Islam yang terhebat pada zamannya. Imam Hasan al-Banna telah menjalani kehidupan yang penuh cabaran semenjak kecil sehinggalah beliau menemui ajal. Keseluruhan hidupnya ditumpukan kepada perjuangan Islam dan menjaga kebajikan orang-orang Islam. Tokoh Islam yang luar biasa ini telah syahid di tembak pada 12 Februari 1949 di Kaherah ketika berusia 43 tahun. Dalam usianya yang singkat itu, beliau telah berjaya melancarkan satu gerakan Islam yang benar-benar mempengaruhi seluruh dunia Islam yang mana gerakan tersebut telah berjaya menegakkan semula kebenaran dan kekuatan Islam. Berikut dipetik perbualan beliau bersama seorang wartawan yang terdapat dalam buku Al-Syahid Hasan Al-Banna : Pengasas Ikhwan Muslimin, Seorang wartawan bertanya kepada Imam Hasan al-Banna tentang dirinya dan meminta beliau memperkenalkan dirinya sendiri kepada orang ramai. Beliau menjawab seperti berikut : Aku ialah pengembara yang mencari kebenaran, Aku ialah manusia yang mencari erti sebenar kemanusiaan. Aku ialah seorang warganegara yamg mengimpikan sebuah negara yang dihormati, merdeka, tenteram dan hidup harmoni di bawah naungan Islam yang murni. Aku hanyalah seorang yang memahami rahsia hidup. Sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah SWT Tuhan sekalian alam, tiada yang mempersekutui-NYA. Inilah yang diperintahkan kepadaku dan Aku adalah salah seorang yang menyerahkan diri. Seterusnya kita akan berkenalan pula dengan seorang sarjana dan tokoh Islam yang terkenal dalam abad ke-20 M di India, beliau digelar Mujaddid iaitu tidak lain ialah Abul A’la al-Maududi. Abu al-A’la al-Maududi dilahirkan pada 25 September 1903 di Aurangabad, Hyderabad-Deccan, India. Beliau beketurunan Khwajah Qutbuddin Maududi Chishti. Beliau juga berketurunan Maudud yang dikatakan sebagai salah seorang perawi Hadis Rasulullah SAW yang datang ke India bersama-sama dengan Muhammad bin Qassim. Kewibawan al-Maududi sebagai ulama bertambah kukuh dan bersinar dengan penglibatannya secara aktif dalam politik dan pergerakan Islam. Keunggulan al-Maududi bukan sahaja kerana kemampuannya menghasilkan karya-karya yang ulung tetapi juga disebabkan keunggulan peribadi beliau yang benar-benar menepati ciri-ciri ulama islam dalam ertikata yang sebenarnya. Keistimewaan al-Maududi sebagai ulama mengatasi kebanyakan ulama sebelum, semasa dan selepasnya terletak pada kejayaannya yang bukan sahaja banyak mengeluarkan teori atau pemikiran tetapi juga beliau sendiri telah melaksanakan segala apa yang difikirkan olehnya itu dalam kehidupannya. Oleh itu tidak hairanlah jika sekiranya beliau mencapai kejayaan dalam membawa perubahan masyarakat khususnya dalam bidang politik dan pergerakan Islam. Berikut ingin diselitkan kata-kata agung al-Maududi ketika dipenjarakan dan hampir-hampir dijatuhkan hukuman bunuh kerana dikatakan telah mengecam negara dalam buku Beberapa Aspek Pemikiran Al-Maududi ; ‘ Jika Allah menghendaki, Aku menerima takdir ini dengan gembira sekali. Tetapi jika bukan dengan kehendak-NYA yang Aku akan mati sekarang, ketahuilah bahawa walau apa pun mereka lakukan, mereka tidak akan dapat memberikan sebarang kesan ke atasku.’ 1.3.2 Bersumberkan Al-Quran dan As-sunnah Rasulullah SAW. 3.1 Contoh-contoh Gerakan Islam Kini kita akan melihat dengan lebih terperinci tentang beberapa contoh Gerakan Islam yang telah berjaya merealisasikan kebangkitan Islam dalam tahun-tahun yang kebelakang tetapi sehingga kini telah berkembang dalam keadaan yang sangat luar biasa walaupun mungkin mendapat begitu banyak kesulitan dan tetangan daripada musuh-musuh Islam yang seringkali mencari-cari lubuk kelemahan Islam untuk menjatuhkan malah menghapuskan Islam dari dunia ini. Sungguhpun begitu, impian itu tidak akan sesekali menjadi kenyataan selagi mana Islam masih berada dalam Keredhaan Allah SWT. 3.1.1 Gerakan Wahabbi Gerakan Wahabbi telah diasaskan oleh Syikeh Muhammad bin Abdul Wahab (1703-1791M). sebelum bercerita panjang lebar tentang Gerakan Wahabbi ini, eloklah sekiranya kita mengetahui serba sedikit tentang latar belakang Syikeh Abdul Wahab yang telah menjadi pengasas Wahabiyah ini. Pada tahun 1730 M, bekiau mengikuti ayahnya yang bekerja sebagai Hakim di Harimala. Di Harimala-lah buat pertama kali beliau menjalankan dakwahnya secara terang-terangan namun terpaksa meninggalkan tempat tersebut apabila penduduk di situ tidak mahu menerima dakwahnya. Tentangan daripada penduduk Harimala sedikitpun tidak mematahkan semangat beliau untuk meneruskan dakwahnya. Maka beliau kembali ke kampung halamannya di Ainah dan memaparkan dakwahnya kepada Amir Uthman bin Muammar. Hubungan baik antara keduanya telah berjaya terjalin. Bersamanya, Muhammad Abdul Wahab telah menghancurkan kubur, kubah-kubah dan membantunya merejam penzina wanita yang datang kepadanya dan mengakui perbuatannya. Walau bagaimanapun keakraban antara Amir Uthman dengan Abdul Wahab ini telah sedaya-upaya ditegah oleh Amir Ahsa (meminta supaya Abdul Wahab menghentikan dakwahnya). Sungguhpun begitu Abdul Wahab tidak sesekali berputus asa lalu beliau telah menuju pula ke Dariyah. Di sana beliau telah bertemu dengan Amir Muhammad bin Saud yang merupakan seorang raja. Kedatangan Abdul Wahab disambut baik oleh beliau dan telah berjanji untuk menyokong dan melindungi beliau sepanjang keberadaan beliau di sana. Gerakan Wahabbi ini merupakan perintis gerakan pembaharuan yang lahir di zaman keterbelakangan yang mana pemikiran di dunia Islam ketika itu sedang mengalami kebekuan, dan gerakan ini mahu mengajak seluruh umat Islam supaya kembali kepada ideologi Islam yang sebenar dan kembali kepada sumber rujukannya yang asli dan membersihkan pemahaman tauhid yang telah bercampur dengan jenis-jenis kesyirikan. Gerakan ini dilihat begitu aktif membenteras bida’ah dan khurafat yang ketika itu sedang berleluasa disebabkan kejahilan seperti menziarah kubur atau makam para sahabat dan meminta-minta supaya hajat mereka dipenuhi. Amalan bida’ah seumpama ini amat ditegah keras oleh Abdul Wahab. Sama juga dalam hal menentang penyelewengan tarekat-tarekat sufi yang memasukan anasir-anasir luar ke dalam agama yang tidak ditemui sebelum ini. Menurut Abdul Wahab, antara amalan-amalan golongan sufi yang berunsurkan syirik ialah seperti tawasul dan Wasilah, iaitu mencari keampunan Tuhan dan berkat dengan mengunjungi kuburan para wali dan keramat. Akidah Gerakan Wahabiyah ini telah tersebar melalui kerajaan Arab Saudi di negara Nejad sebelum masuk ke Riyad pada tahun 1901. Seterusnya telah berkembang dengan sangat pesat sehingga tersebar di tanah suci Mekkah dan Madinah. Keberhasilan dakwah ini tersebar keluar daripada tanah Arab telah dimungkinkan oleh para jemaah Haji yang datang ke Mekkah Gerakan Wahabbi ini kemudiannya telah banyak mempengaruhi tokoh-tokoh gerakan pembaharuan di dunia Islam setelah itu seperti Al-Mahdiyah, Sanusiyah, Jamaluddin al-Afghani, Muhammad Abduh di Mesir dan tokoh-tokoh gerakan lain di benua India. 3.1.2 Gerakan Muhammadiyah

Wednesday, October 23, 2013

Petua Untuk Menambahkan Seri Wajah Bakal Pengantin


Koleksi Petua Untuk Menambahkan Seri Wajah Bakal Pengantin Wajah atau muka merupakan bahagian badan yang paling mendapat perhatian. Terdapat beberapa pilihan petua untuk anda menambahkan seri wajah, seperti berikut: 1. Giling hingga lumat tujuh mata kunyit, segenggam pegaga, sedikit beras dan segenggam cekur manis. Sebelum mandi, gosokkan bancuhan tersebut pada seluruh muka dan badan secara perlahan-lahan hingga daki keluar. 2. Goreng secawan beras yang telah dibasuh bersama sedikit kunyit hidup sehingga berwarna hitam. Biarkan sehingga bau beras dan kunyit itu naik. Sapu dan gosokkan ramuan tersebut pada seluruh badan termasuk muka. Amalkan selalu sebelum mandi. 3. Basuh dan tumbuk lumat beberapa helai daun pegaga. Perah beberapa titis air limau lalu digaul rata. Sapukan campuran tersebut ke seluruh muka sebelum dibilas dengan air bersih. 4. Goreng secawan beras tanpa minyak hingga kekuningan. Kisar hingga lumat. Campurkan dengan sedikit putih telur, air limau dan satu sudu teh air kunyit. Tepekkan pada muka kecuali bahagian mata. 5. Rebus kurma merah seberapa banyak yang anda mahu. Air rebusan tersebut dicampurkan 1 sudu besar madu dan 2 sudu besar jus buah prun. Minum 2 kali sehari. 6. Bersihkan sebuku ibu kunyit dan dibuang kulitnya, kemudian bakar sehingga layu dan ditumbuk halus. Campur dengan suku cawan air dan ditapis sebelum diminum air tersebut. 7. Parut 1/3 lobak merah. Lumurkan parutan tersebut ke seluruh wajah dan biarkan selama 15 hingga 30 minit. Kemudian bilas. Lakukan sebelum tidur. 8. Rendam kacang soya kemudian kisar dan didihkan. Masukkan air didihan tersebut ke dalam loyang dan wapkan muka anda di dalam kepulan asapnya, Buatlah sekerap yang mungkin untuk perubahan yang ketara. 9. Rendam serbuk teh semalaman. Sapukan serbuk tersebut ke seluruh muka pada keesokan harinya sambil berselawat tiga kali sebelum mandi pagi. InsyaAllah, kulit yang kasar akan beransur-ansur menjadi licin, halus dan berseri. 10. Rebus segenggam daun inai hingga air bertukar kemerah-merahan. Apabila air rebusan sudah sejuk, basuh muka menggunakannya sambil selawat tiga kali. Amalkan tiga malam berturut-turut dan anda akan lihat perbezaannya. 11. Gunakan buah tomato dan timun. Potong buah tersebut nipis-nipis dan tampalkan pada muka. Biarkan selama 10 minit. Kemudian barulah dicuci dengan air sejuk. 12. Bancuh dua sudu tepung sagu ubi dengan sedikit air pada kepekatan sederhana. Sapukan ke seluruh muka kecuali bahagian sekitar mata sebelum tidur dan dibilas pada pagi esoknya. Amalkan setiap malam selama 2 minggu berturut-turut.

Tuesday, October 22, 2013

Petua Motivasi Untuk Ceria Sepanjang Masa


Petua Motivasi Untuk Ceria Sepanjang Masa 1. Bersyukur - Bersyukur kerana anda masih diberi nafas semasa bangun dari tidur dan dapat melihat matahari dan menghirup segarnya udara kurniaan Allah s.w.t.. Bersyukur juga kerana anda masih diberi kesempatan untuk melakukan dan menjadi yang terbaik dan pastinya lebih baik daripada yang semalam. 2. Tekad Bermotivasi.- Ucapkan dalam hati dan kepada diri yang anda mahu bersemangat sepenuhnya. Dengarkan dan baca bahan-bahan bermotivasi sebelum memulakan tugas. Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca surat khabar, baca gosip-gosip bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari. 3. Tingkatkan motivasi diri dengan mencari motivasi terbaik. Motivasi harus dijaga. Motivasi sekiranya tidak dipelihara akan menjadikan kita tidak bersemangat. 4. Dalam apa jua yang anda buat, mulakan dengan Bismillah. Mulakan setiap tugasan yang ingin dilakukan dengan Bismillah. Bismillah dapat menjauhkan kita daripada bisikan syaitan dan perasaan was-was. 5. Mulakan hari dengan ubah sikap. Tetapkan apa yang mahu dicapai. 6. Maafkan semua orang sebelum dan selepas bangun daripada tidur. Maafkan insan di sekeliling anda. Memaafkan dapat menghilangkan segala kerungsingan dan keresahan hidup. Hati juga akan menjadi tenang dan tenteram apabila anda memaafkan insan lain. 7. Berani dan bersedia untuk berubah dan berhijrah bagi kecemerlangan hidup. Sentiasa yakin Allah sebagai pelindung kita. Hakikatnya kita sendiri yang dapat mengubah kehidupan kita.

Monday, October 21, 2013

Khasiat Kopi Halia


Khasiat Kopi Halia 1. Untuk menghilangkan perut kembung, sediakan secawan kopi panas yang sudah diletak gula secukupnya. Potong halia nipis-nipis dan bakar. Kemudian tumbuk atau haluskan. Perah air halia ke dalam kopi dan tutup cawan kopi itu selama 15 minit supaya air halia itu sebati dengan air kopi. Minum air kopi semasa masih panas-panas, sedikit demi sedikit. 2. Kopi Halia juga boleh digunakan untuk mengubati orang yang selalu terasa badannya sejuk, selalu pening-pening kepala dan tidak sedap badan.

Sunday, October 20, 2013

Sejarah Amalan Bersalam


Sejarah Amalan Bersalam Menurut sejarah, amalan bersalam dalam Islam adalah tradisi kaum Yaman pada zaman pra-Islam yang kemudiannya tersebar mengikut perluasan empayar Islam. Tujuan perlakuan salam pada zaman dahulu adalah untuk membuktikan bahawa seseorang itu datang secara aman, tidak bersenjata. Melalui salam, kita boleh mendapat gambaran mengenai hubungan yang bakal dilalui dengan orang yang disalam. Ia juga dapat menunjukkan ciri-ciri atau perangai seseorang itu. 1. Ada yang mengatakan orang yang mempunyai tapak tangan besar, seorang yang terurus dan bekerja mengikut kaedah. 2. Orang yang bertapak tangan kecil pula mempunyai perancangan yang besar, mempunyai visi dan imaginatif serta tidak gemar kerja bersistem. 3. Jari yang panjang pula menunjukkan orang itu mengambil masa yang lama untuk membuat sesuatu keputusan dan kurang aktif. 4. Yang berjari pendek pula dikatakan agak panas baran, periang, materialistik dan suka mengawal. 5. Tangan yang berpeluh menunjukkan orang itu jenis yang tidak bermuka-muka. 6. Genggaman yang kuat menunjukkan orang itu suka mengongkong. 7. Jika yang menggenggam hanyalah jari, menunjukkan orang itu kurang yakin dengan hubungan yang terjalin. والله والله

Friday, October 18, 2013

Doa Untuk Menghilangkan Mengantuk Pada Siang Hari


Doa Untuk Menghilangkan Mengantuk Pada Siang Hari Di dalam Ayatul Qursi boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan rasa mengantuk. Potongan ayat tersebut berbunyi ... " La Takkhudzuhu Sinatuw wala naum …” (Maknanya: "[DIA - Allah] tidak mengantuk dan tidak tidur

Sunday, October 13, 2013

Debu - Nyawa dan Cinta (The Soul and Love)

Petua Solekan Untuk Wanita Bertudung


Petua Solekan Untuk Wanita Bertudung 1. Bersihkan wajah anda terlebih dahulu. Gunakan bedak asas dengan warna yang sesuai dengan jenis kulit. 2. Untuk bahagian mata, guna pembayang mata (eye-shadow) berwarna coklat pada kelopak mata, dan penggaris mata berwarna hitam pada lingkaran mata atas dan bawah. 3. Untuk menambahkan seri mata, sapukan maskara. Cara yang berkesan ialah membiarkan mata terbuka bagi memudahkan pemakaiannya. Teknik solekan ini untuk menghasilkan mata yang lebih galak dan ceria. 4. Sapukan pemerah pipi berwarna coklat pada tulang pipi dengan mengarah ke atas secara tipis untuk kesan semulajadi. 5. Gunakan gincu berwarna lembut dan diakhiri dengan pengilat bibir agar senyuman tampak lebih menawan.

Thursday, October 10, 2013

} JIN ISLAM DEDAH RAHSIA SEGITIGA BERMUDA


Perhatian : Maklumat dalam artikel ini adakalanya diluar kotak pemikiran biasa para pembaca. Jika mana-mana bahagian dalam artikel ini mengganggu ketenteraman, anda tidak digalakkan untuk meneruskan pembacaan. Jin berbeza dengan malaikat. Kesemua Malaikat beriman kepada Allah SWT, sedangkan jin, ada yang beriman ada juga yang kafir seperti manusia. Sebahagian jin ada yang taat kepada Allah SWT dan sebahagian yang ingkar. {1} Golongan Jin ini seperti juga manusia, mereka memiliki pelbagai bangsa, puak dan keturunan. Mereka juga mempunyai sistem pentadbiran yang sama seperti manusia. Setiap puak itu mempunyai ketuanya selain Raja. dari sini terbentuklah Daerah, pentadbiran seterusnya adalah Negeri, dan terakhir menjadi Negara. Bukti kepada pernyataan diatas adalah berdasarkan: Dan Allah menciptakan jin dari kobaran api” (Surah ar-rahman : ayat 15) Dan Aku (Allah) tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah Ku (Allah)” (Surah al-Dzariyat : ayat 56) Wahai golongan jin dan manusia, apakah belum datang kepadamu rasul-rasul dan golongan mu sendiri, yang menyampaikan kepadamu tentang ayat-ayat Ku dan memberi peringatan kepadamu terhadap pertemuanmu dengan hari ini? Mereka berkata: Kami menjadi saksi atas diri kami sendiri, kehidupan dunia telah menipu mereka, dan mereka menjadi saksi atas diri mereka sendiri, bahawa mereka adalah orang-orang yang kafir” (Surah al-an’am : ayat 130) Petikan-petikan surah diatas sudah cukup membuktikan bahawa makhluk Jin sememangnya wujud dan tiada sebab bagi umat Islam untuk menyanggah hakikat ini. Sebelum manusia dilantik sebagai khalifah dimuka bumi, makhluk bernama Jin terlebih dahulu menjalani kehidupan mereka dimuka bumi. Rahsia Setitiga Bermuda kini dibongkar Namun, sepertimana yang dinyatakan, makhluk Jin sama juga seperti manusia. Kemajuan tamadun bangsa Jin (terutama dalam teknologi Atom dan Fusion) telah menyebabkan mereka ingkar dalam melaksanakan perintah Allah SWT hingga akhirnya membawa kepada kemusnahan tamadun makhluk sebelum manusia ini. {2} Dan pada masa yang Adam dan Hawa diturunkan ke bumi, Allah SWT telah memperkenankan doa para Jin supaya mereka tidak dilihat oleh manusia. {3} JIN ISLAM DEDAH RAHSIA SEGITIGA BERMUDA Muhammad Isa Dawud (MID) dilahirkan pada 1957 di Ismai’iliyah, Mesir. Dibesarkan dan mendapat pendidikan di Kaherah sehingga peringkat Ijazah peringkat Sarjana di Universiti Kaherah. Beliau juga meraih gelaran Lc di bidang sastera dari fakulti Bahasa dan Pengajian Timur, Universiti Kaherah. {4} Dalam karya MID yang bertajuk Dialog Dengan Jin Islam, penulis tersohor itu telah membuat satu pendedahan eksklusif berkenaan Segitiga Bermuda dan ‘penghuninya‘. Buku ini ditulis berdasarkan pengalaman MID sendiri yang pernah berbicara bersama Jin Islam. MID menjelaskan bahawa, Jin Islam yang menjadi ‘rakan’nya itu berasal dari Bombay, India dan merupakan Jin yang berpengaruh kerana telah membawa kira-kira 10 000 jin lain memeluk agama Islam. Sehingga buku itu ditulis, rakan istimewanya itu sudah berusia 180 tahun. {5} Kedudukan geografi Mesir dan Segitiga Bermuda sebenarnya boleh dikira agak dekat jika diambilkira kemampuan/kelebihan yang dimiliki oleh para Jin. Saya kira pembongkaran Jin Islam itu kepada Muhammad Isa Dawud ada juga kebenarannya, memandangkan ‘tidak mustahil untuk seseorang itu berkomunikasi dengan makhluk Jin’ sepertimana yang pernah dilakukan oleh beberapa orang lagi penulis, pengamal perubatan dan alim ulama. Ini termasuklah Ustaz Amin yang terkenal dengan program terbitan TV 9, Tanyalah Ustaz. {6} Berikut adalah petikan daripada dialog tersebut () : Muat turun Ebook Dialog Dengan Jin Islam (Muhammad Isa Dawud) | 4 Shared ___________________________________ http://ms.wikipedia.org/wiki/Jin Lihat surah al-Baqarah, ayat 30 iaitu: “Sesungguhnya, Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”, mereka (malaikat) berkata, “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di muka bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah…“. Malaikat tahu bahawa hamba Allah yang bakal dicipta nanti (Adam & keturunannya) akan membuat ‘kerosakan’ dan ‘menumpah darah’ (berperang). Ini membuktikan sudah ada kehidupan makhluk lain sebelum manusia yang telah diturunkan syariat Islam. Cuma bezanya makhluk sebelum Adam berbeza dari segi jasad dan kemampuan intelektual. Lihat Muhammad Isa Dawud, Siapa Penghuni Bumi Sebelum Manusia, Pustaka Syuhada (M) Lihat Ibnuyaacob.com, Profil Muhammad Isa Dawud, http://ibnuyaacob.com/?page_id=185 Lihat Muhammad Isa Dawud, Dialog Dengan Jin Islam, Bhg Tamu Kita Dalam Buku Ini, Pustaka Hidayah (I) Ustaz Amin atau nama sebenarnya Muhammad bin Abdullah adalah seorang Ustaz selain menjadi pengacara sebuah program di TV 9. Ustaz Amin mendedahkan pengalamannya berkomunikasi dengan Jin ketika beliau berada di Makkah. Lihat laman web beliau, di sini (Link) sumber: http://waazin.blogspot.com/2013/04/jin-islam-bongkar-rahsia-setitiga.html

Wednesday, October 09, 2013

Petua Berpantang Untuk Mengatasi Penyakit Batu Karang


Petua Berpantang Untuk Mengatasi Penyakit Batu Karang Aada banyak faedah jika anda sanggup berpantang sedikit dalam soal makan minum; terutama bagi mereka yang ada risiko mendapat penyakit atau pernah menghidap masalah kesihatan tertentu. Bagi anda yang mengalami masalah batu karang, petua seperti berikut dapat membantu meningkatkan kesihatan dan mengurangkan batu karang. 1. Minum banyak air masak untuk membersihkan air kencing. 2. Elakkan minuman manis, terutama minuman karbonat. 3. Kekurangan vitamin B6 dan potassium menyebabkan pembentukan batu karang. Makanan seperti barli, kentang, keledek, berasaskan tepung gandum, bunga kubis dan pisang mengatasi masalah kekurangan ini. 4. Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh. 5. Kurangkan pengambilan garam dan gula, termasuk ikan masin, jeruk dan coklat. 6. Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kaya serat. 7. Kurangkan sumber protein haiwan, sebaliknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan. 8. Kurangkan minum kopi, teh dan alkohol.

Tuesday, October 08, 2013

Antara Teks-Teks Doa yang Pernah dikarang


Antara Teks-Teks Doa yang Pernah dikarang 1. Jabatan Kerajaan,Sektor Swasta,IPT dan Badan-Badan Berkanun - Doa Sempena Majlis Perpisahan - Doa Sempena Pertandingan Pidato - Doa Sempena Festival Nasyid - Doa Sempena Hari Anugerah Pendidikan Khas - Doa Sempena Majlis Makan Malam - Doa Sempena Perkhemahan - Doa Sempena Pertandingan Drama - Doa Sempena Hari Komuniti - Doa Sempena Majlis Hari Kualiti - Doa Sempena Majlis Permuafakakatan - Doa Sempena Perhimpunan - Doa Sempena Majlis Konvokesyen - Doa Sempena Pameran Pendidikan - Doa Sempena Forum Pendidikan Hari Guru - Doa Sempena Sambutan Hari Guru - Doa Sempena Nadwah Kepimpinan Sekolah - Doa Sempena Malam Tautan Ukhuwwah 2012 - Doa Sempena Hari Bertemu Pelanggan - Doa Sempena Hari Kualiti - Doa Sempena Majlis Diskusi Ilmu 2012 - Doa Sempena Majlis Perasmian Kompleks Kesihatan - Doa Sempena Festival Seni - Doa Sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah - Doa Sempena Penyerahan Sekolah - Doa Sempena Annual Dinner WEZ Cargo - Doa Sempena Majlis Penyerahan Wang Bantuan Persekolahan 2013 - Doa Sempena Perhimpunan Guru Muda 1 Malaysia - Doa Sempena Majlis Perasmian Sekolah - Doa Sempena Majlis Penutup Pertandingan Debat Minggu Bahasa - Doa Sempena Amanat Pemimpin - Doa Sempena Perutusan Tahun Baru - Doa Sempena Majlis Bersama Pemimpin - Doa Sempena Kejohanan Catur - Doa Sempena Hari MARA - Doa Sempena Pertandingan Forum Remaja - Doa Majlis Penutupan Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ) - Doa Sempena Pilihanraya Umum ke-13 - Doa Sempena Program Untuk Mu Palestin - Doa Sempena Majlis Sambutan Hari Ibu - Doa Sempena Kejohanan Golf - Doa Sempena Kursus Pengurusan Tatatertib - Doa Sempena Program Perkongsian Ilmu - Doa Sempena Ramadhan - Doa Sempena Karnival Kesihatan - Doa Sempena Majlis Berbuka Puasa - Doa Sempena Majlis Sambutan Aidil Fitri - Doa Sempena Majlis Sambutan Kemerdekaan - Doa Sempena Munajat Untuk Umat Islam di negara Bergolak (TERKINI - 31/8/2013) 2. Peringkat Sekolah - Doa Perhimpunan - Doa Sempena Sambutan Hari Guru - Doa Sempena Sambutan Hari Kebangsaan - Doa Sempena Penyerahan Watikah Pengawas - Doa Sempena Mesyuarat Agung PIBG - Doa Sempena Persaraan Pengetua - Doa Semoena Majlis Sambutan Maulidur Rasul - Doa Sempena Majlis Sambutan Israk dan Mikraj - Doa Sempena PMR - Doa Sempena SPM - Doa Sempena Minggu Sains dan Matematik - Doa Sempena Majlis Penyerahan Pelajar PMR dan SPM - Doa Sempena Program Ibu Bapa dan Anak-Anak - Doa sempena Majlis Khatam Al-Quran peringkat sekolah - Doa Sempena Program Nafas Segar - Doa Sempena Majlis E-Disiplin - Doa Sempena Majlis Cegah Jenayah - Doa Sempena Minggu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan - Doa Sempena Majlis Restu Ilmu - Doa Sempena Program Motivasi - Doa Sempena Majlis Perpisahan Pelajar dan Guru - Doa Sempena Mesyuarat Awal Tahun SMK Chini - Doa Sempena Awal Tahun Persekolahan - Doa Sempena Hari Koperasi Sekolah - Doa Sempena Kejohanan Padang dan Balapan SMK Chini - Doa Sempena Diskusi Kecemerlangan PMR 2013 (TERKINI - 12/9/2013) 3. Doa Umum - Doa Selamat - Doa Tolak Bala - Doa Sempena Majlis Perkahwinan -Doa Sempena Majlis Kesyukuran - Doa Sempena Majlis Kesyukuran Meraikan Bakal Haji - Doa Sempena Majlis Kesyukuran Meraikan Kepulangan Jemaah Haji

Monday, October 07, 2013

ContoHi Rasulullah (s.a.w.) dalam Dasar Afirmatif


Contohi Rasulullah (s.a.w.) dalam Dasar Afirmatif Contohi Rasulullah (s.a.w.) dalam Dasar Afirmatif Dasar afirmatif atau diskriminasi positif pada hakikatnya adalah selaras dengan tuntutan Islam dan Sunnah Rasulullah (s.a.w.). Adalah mustahil untuk menyatukan semua manusia, semua budaya, semua bahasa dengan satu jenis yang sama. Perbezaan adalah realiti kehidupan yang tetap dan tidak pernah berubah dalam fitrah kemanusiaan dan sejarah peradaban. Akan tetapi apa yang bukan sahaja ideal bahkan juga realistik yang boleh dilakukan ialah menyatukan manusia dengan mengekalkan perbezaan-perbezaan yang wujud melalui elemen-elemen kebersamaan yang dikongsi bersama. Inilah yang dilakukan oleh Rasulullah (s.a.w.) dalam menyatukan kaum ‘Aws dan Khazraj menjadi Ansar dengan tidak membuang terus identiti kaum masing-masing. Begitu juga antara Ansar dan Muhajirin serta umat Islam dengan Yahudi dan rakyat bukan Islam. Ibn Khaldun yang turut mengembangkan diskriminasi positif melalui gagasan ‘asabiyahnya menjelaskan di dalam magnum opusnya, Muqaddimah bahawa perpaduan antara kelompok agama dan kaum berbeza perlu bermula dengan perpaduan dalam komuniti agama dan kaum yang sama yang akhirnya dapat menghasilkan solidariti ampuh yang tidak mudah goyah dan luntur walaupun konflik dan perselisihan sentiasa berlaku dan tidak dapat dielakkan.Dasar afirmatif atau diskriminasi positif dalam pentadbiran negara perlu dilaksanakan kerana ia adalah dapat mengekang diskriminasi negatif seperti rasisme, chauvinisme, genderism, dan sebagainya sekaligus mengelak dari berlakunya konflik perkauman atau keagamaan. Antara aspek afirmatif yang perlu diberi penekanan ialah kebumiputeraan atau iaitu sikap saling menghormati terhadap hak-hak antara golongan yang yang menghuni lebih awal dengan golongan yang baru datang ke suatu wilayah atau negara tersebut atau dalam istilah yang lebih popular iaitu antara pribumi dan imigran. Konsep kebumiputeraan dalam Islam tidak mendiskriminasi secara negatif kepada mana-mana pihak sebaliknya menjaga hak, tradisi, dan budaya masing-masing serta bersikap adil kepada semua melalui sikap kebersamaan dan persaudaraan sebagaimana yang terjalin antara Muhajirin dan Ansar pada zaman Nabi (s.a.w.) yang saling hormat menghormati antara satu sama lain. Golongan Muhajirin yang walaupun memeluk Islam lebih awal tetap menghormati golongan Ansar yang telah memberikan tanah dan harta mereka kepada Muhajirin yang berhijrah ke Madinah. Bumi ini merupakan milik Allah dan Allah sendiri menggesa agar manusia berhijrah untuk mencari kehidupan yang lebih baik. Menafikan hijrah bermakna menafikan tuntutan Allah dan kebenaran al-Quran. Namun mereka yang berhijrah seharusnya menghormati penduduk setempat dan nilai-nilai tradisi yang baik yang diamalkan. Walau bagaimanapun, nilai agama yang lebih universal sewajarnya diletakkan lebih tinggi dari elemen kebumiputeraan. Agama Islam adalah inklusif untuk semua bangsa, kaum, kelompok, dan keluarga. Sedangkan nilai-nilai strata yang lain adalah ekslusif berasaskan faktor-faktor tertentu.

Saturday, October 05, 2013

1MALAYSIA-RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN


1MALAYSIA-RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN 1. PENGENALAN • Cabaran globalisasi yang melanda seluruh dunia ketika ini, memerlukan setiap negara menyusun strategi masing-masing agar tidak tersisih daripada arus kemajuan dunia dan menjadi mangsa penindasan pihak tertentu. Bagi menghadapi keadaan ini, seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira keturunan dan anutan agama, perlu bergerak seiring sebagai satu bangsa, yakni Bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai matlamat yang sama iaitu membina sebuah negara yang lebih maju, selamat, aman dan makmur serta mampu bersaing dengan masyarakat lain di dunia. • Bagi melahirkan Bangsa Malaysia yang lebih berdaya tahan dalam menghadapi pelbagai cabaran yang dibawa oleh arus globalisasi, termasuk dalam bidang sosial, ekonomi dan politik, maka Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak memperkenalkan Gagasan 1Malaysia yang berpaksikan prinsip “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Konsep ini bertepatan dengan cita rasa rakyat Malaysia dan sejajar dengan peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara. • Gagasan 1Malaysia ber tujuan memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara rakyat pelbagai kaum di negara ini sebagai senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran, yang bertujuan menggugat kesejahteraan hidup mereka. Gagasan ini juga, jika dihayati sepenuhnya oleh semua pihak, mampu menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih aman dan maju dalam segenap bidang serta disegani oleh seluruh dunia. 2. DEFINISI • Gagasan 1Malaysia menurut penjelasan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak: “Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita; Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan. Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama”. 2.1 Berdasarkan penjelasan di atas, dapat dirumuskan kesimpulan berikut : • Gagasan 1Malaysia menuntut setiap warganegara dan pemimpin memainkan peranan masing-masing. “Kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia” memberi maksud bahawa rakyat daripada pelbagai kaum dan agama perlu berfikir melepasi sempadan kaum masing-masing. Mereka juga perlu melahirkan tindakan yang melepasi tembok kepentingan etnik dan kaum. • Justeru, bangsa Melayu sebagai contoh, diminta tidak hanya berfikir dalam skop bangsa mereka sahaja. Mereka juga diminta tidak hanya membataskan tindakan mereka kepada perkara-perkara yang menjadi kepentingan mereka sahaja. Demikianlah juga dengan kaum-kaum yang lain, mereka dituntut melakukan perkara yang sama. • Sementara ayat “dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita” lebih menjurus dan bersangkutan dengan kepimpinan negara. Perenggan ini bermakna kepimpinan negara akan melayani dan memenuhi segala keperluan dan hak semua kaum dan etnik di Malaysia. • Nilai tambah dan pembaharuan dalam Gagasan 1Malaysia. “Mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita” telah dilaksanakan kerajaan semenjak kemerdekaan negara lagi. Perkara ini berjalan dalam bentuknya yang tersendiri iaitu pihak kepimpinan negara melayani kehendak dan keperluan setiap etnik melalui wakil kaum masing-masing. • Melalui Gagasan 1Malaysia, YAB Perdana Menteri mahukan setiap wakil rakyat bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing dan melebarkan khidmat mereka kepada kaum-kaum lain. Pen-dekatan mendekati rakyat, memahami masalah mereka dan bersikap mesra rakyat adalah perkara utama ditekankan oleh YAB Perdana Menteri kepada kepimpinan parti dan perkhidmatan awam. 3. PERBEZAAN ANTARA GAGASAN 1MALAYSIA DENGAN KONSEP MALAYSIAN MALAYSIA Berpandukan definisi yang dinyatakan,Gagasan 1Malaysia memiliki kelainan seperti berikut: 1Malaysia adalah gagasan bagi mengharmonikan rakyat pelbagai kaum di negara ini tanpa mengubah identiti kaum-kaum tersebut. Konsep Malaysian Malaysia pula adalah satu dasar yang mahu menggagalkan terus asas binaan kemasyarakatan yang wujud itu. Keadilan yang dicanangkan dalam konsep Malaysian Malaysia diambil secara membuta tuli dengan mengambil konsep kesamarataan versi total. Di samping menjaga kepentingan semua kaum, Gagasan 1Malaysia juga me-nekankan soal integrasi dan pewujudan bangsa Malaysia. Berbeza dengan Malaysian Malaysia yang hanya terbatas kepada kesamarataan hak tanpa me-ngambil kira realiti dan sejarah negara Malaysia. Perpaduan yang digambarkan oleh Gagasan 1Malaysia amat berbeza dari konsep asimilasi yang diamalkan di negara-negara etnik dilenyapkan dan diganti dengan satu identiti nasional yang sama. Sebaliknya 1Malaysia menghargai dan menghormati prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan serta identiti-identiti etnik setiap kaum di Malaysia, dan meng-anggapnya sebagai satu aset atau kelebihan yang patut dibanggakan. 1Malaysia menekankan sikap penerimaan dalam kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar kita dapat hidup bersama dalam keadaan saling menghormati sebagai rakyat dalam satu negara. 4. GAGASAN 1MALAYSIA • Gagasan 1Malaysia bukanlah satu wawasan atau gagasan pemikiran baru. Sebaliknya Gagasan 1Malaysia “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” lebih merupakan satu konsep dalam bidang pentadbiran yang menyarankan pemimpin-pemimpin Kerajaan menjalan-kan tugas dengan lebih cekap, amanah dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat. • Menjadi asas kepada semua ini adalah prinsip keadilan untuk semua kaum, yang membawa maksud bahawa nasib semua kaum akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya, akan tetap dilaksanakan. • 1Malaysia adalah penerusan agenda membina negara. Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar. • Maksud Rakyat Didahulukan dalam Gagasan 1Malaysia ialah merujuk kepada 6 Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang telah disasarkan oleh kerajaan dalam konteks untuk membela dan meletakkan kepentingan rakyat sentiasa diutamakan. NKRA tersebut ialah : • Meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan. • Mengurangkan kadar jenayah. • Memerangi rasuah. • Meningkatkan taraf hidup rakyat ber-pendapatan rendah. • Memperkasa prasarana luar bandar dan pendalaman. • Menambah baik pengangkutan awam. • Sementara bagi maksud Pencapaian Diutamakan pula merujuk kepada komitmen kerajaan dalam meletakkan sasaran terhadap pancapaian bagi setiap NKRA. 5. HUBUNGAN GAGASAN 1MALAYSIA DENGAN DASAR-DASAR KERAJAAN TERDAHULU • Perkaitan antara Gagasan 1Malaysia dan dasar-dasar negara terdahulu dinyatakan sendiri oleh YAB Perdana Menteri. Beliau menegaskan Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, adalah kesinambungan daripada dasar-dasar yang dibawa oleh pemimpin-pemimpin terdahulu. • Gagasan ini bukanlah suatu perkara baru. Sebaliknya 1Malaysia merupakan satu usaha yang telah lama diamalkan. Usaha-usaha memelihara dan menjaga kepentingan rakyat serta negara sudah dilaksanakan sejak zaman Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. • Usaha-usaha membangunkan rakyat dan negara telah disambung oleh Perdana Menteri seterusnya. Setiap Perdana Menteri mempunyai gagasan tersendiri, namun matlamatnya tetap sama iaitu untuk rakyat dan negara. 6. MATLAMAT • 1Malaysia bermatlamat untuk mengekal dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan terbaik kita untuk menghadapi sebarang cabaran. • Perpaduan sememangnya telah membentuk teras utama dalam hala tuju negara menuju kecemerlangan bermula sejak kemerdekaan dicapai. 1Malaysia bertujuan menyemarakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan dalam kalangan rakyat Malaysia. • Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar. 7. HURAIAN • 1Malaysia membawa aspirasi untuk meningkatkan hubungan kaum bagi memastikan hubungan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat-menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. • 1Malaysia memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi. Dalam hal ini sifat jujur, kebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah amat penting untuk melaksanakan tanggungjawab kepada negara. • 1Malaysia memerlukan pemimpin yang bijak mentafsir dan memahami tugasan yang diberi. Pemimpin cemerlang dan komited sewajarnya memiliki kebolehan yang tinggi dalam merancang, mengatur strategi, menilai prestasi dan menepati masa dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. • Malaysia juga memerlukan pemimpin yang mesra rakyat dan sanggup berkorban masa, tenaga dan kewangan serta mengetepikan kepentingan peribadi demi negara. Pemimpin yang bekerja dengan penuh dedikasi dan hati yang ikhlas akan mendapat sokongan dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat. • Kesungguhan dan komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab menjadi asas atau senjata paling ampuh dalam mencapai sesuatu kejayaan. Negara memerlukan rakyat yang berdedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh iltizam, azam dan tekad demi kepentingan dan kemajuan negara. • Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Malaysia merupakan sebuah negara untuk semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama, budaya serta fahaman politik. Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Setiap ahli dalam masyarakat atau kaum tidak akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan mendapat pembelaan kerajaan yang sewajarnya. • 1Malaysia adalah pemangkin kepada pewujudan negara bangsa yang dapat melahirkan rakyat yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan antara satu sama lain. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan. • Justeru pemimpin dan rakyat perlu saling memahami dan menghayati lapan nilai 1Malaysia, iaitu budaya berprestasi tinggi, budaya ketepatan, budaya ilmu, integriti, ketabahan, kesetiaan, kebijaksanaan dan budaya inovasi. 8. ASPEK-ASPEK UTAMA 1MALAYSIA • 1Malaysia yang digagaskan akan terlaksana dalam dua aspek utama seperti berikut: 8.1 Aspek Pertama – Penerapan Teras-Teras Perpaduan • Menerapkan teras-teras perpaduan sebagai budaya dan amalan semua rakyat Malaysia. Teras perpaduan ini adalah komponen-komponen asas yang menguatkan semangat bersatu padu dalam kalangan rakyat berbilang kaum. • Teras Perpaduan ini disandarkan kepada tiga prinsip dalam memperkukuhkan perpaduan nasional iaitu: PRINSIP PENERIMAAN PRINSIP KENEGARAAN PRINSIP KEADILAN SOSIAL 8.1.1 Prinsip Penerimaan • 1Malaysia menekankan sikap penerimaan dalam kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling menghormati sebagai rakyat dalam satu negara. • Konsep penerimaan dan toleransi adalah dua perkara yang berbeza sama ada daripada ungkapan mahupun pelaksanaan di mana penerimaan akan memperlihatkan perlakuan yang positif menerima sepenuhnya sesuatu perkara dengan ikhlas tanpa ada unsur paksaan. • Manakala toleransi pula berlaku kerana tiada pilihan lain atau secara terpaksa di mana ia berlaku apabila sesuatu pihak tiada pilihan lain dan ianya diterima dengan ketidakjujuran. 8.1.2 Prinsip Kenegaraan • Konsep perpaduan, semangat nasionalisme dan cintakan negara telah diterapkan dahulu lagi oleh pemimpin-pemimpin terdahulu. Tunku Abdul Rahman melalui Parti Perikatan yang dipimpinnya dengan dibantu oleh Tun Tan Cheng Lock dan Tun V.T. Sambathan berjuang bagi mendapatkan kemerdekaan dan kebebasan daripada penjajah British untuk Tanah Melayu. • Tun Abdul Razak pula mengilhamkan Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang tujuannya adalah untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negara ini • Tun Hussien Onn yang sememangnya terkenal dengan usaha-usaha yang dilakukan untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat sehingga diberi gelaran ‘Bapa Perpaduan’. • Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi pula membawakan Wawasan 2020 dan konsep Cemerlang, Gemilang dan Terbilang sebagai gagasan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini. • Prinsip-prinsip Kenegaraan berasaskan kepada dua perkara iaitu Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Perlembagaan Persekutuan • Seperti yang dijelaskan sebelum ini, Gagasan 1Malaysia sesungguhnya sangat berbeza dengan konsep Malaysian Malaysia. Ini kerana konsep 1Malaysia tidak sekali-kali akan menyimpang daripada kamus Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang negara sama ada secara tersurat mahupun secara tersirat. • Malahan Gagasan 1Malaysia akan terus kekal menjunjung kesemua peruntukan teras, seperti yang telah disebutkan di dalam Perkara 3, Perkara 4, Perkara 152, Perkara 153, Bahagian 2 dan Bahagian 3. • Antara perkara teras yang tercatat dalam Perlembagaan Persekutuan ialah Perkara 3, (1) yang menyebutkan bahawa Agama Islam sebagai agama Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. • Bagi Perkara 4, Perlembagaan memberi penegasan mengenai perkara Undang-undang Persekutuan di mana perkara (1) menjelaskan bahawa Perlembagaan ini merupakan undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan berlawanan dengan Perlembagaan ini, maka ia terbatal dengan sendirinya. • Perkara 152 (1) merujuk kepada Bahasa Kebangsaan Persekutuan ialah Bahasa Malaysia dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh Parlimen. • Seperti yang telah disebutkan dalam Perlembagaan Persekutuan melalui Perkara 153 Fasal 1 “Adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera mana-mana Negeri Borneo dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini”. • Malah, jika kaum-kaum lain menghayati dengan mendalam mengenai keistimewaan hak orang Melayu seperti yang telah didokumenkan sejak dahulu lagi, maka tidak akan wujud perasaan negatif di dalam diri. • Oleh yang demikian, usahlah mana-mana pihak berasa khuatir atau bimbang kerana Gagasan 1Malaysia ini tidak akan sekali-kali terpesong dari apa yang telah dipersetujui dan dimuafakatkan oleh kepimpinan negara pada suatu ketika dahulu. • Sebagai makluman, Perlembagaan Persekutuan yang berkuatkuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 merupakan undang-undang yang tertinggi di Malaysia dan mengandungi sebanyak 15 Bahagian dan 183 Perkara. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Malaysia tahun 1957. Rukun Negara • Ia merupakan ideologi kebangsaan Malaysia yang dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara. • Ia juga satu susunan cara ataupun prinsip hidup bermasyarakat yang mengandungi nilai-nilai kenegaraan dan norma-norma sosial yang meliputi semua aspek kehidupan bernegara untuk mencapai perpaduan kaum demi keharmonian dan kemakmuran negara Malaysia. • Ideologi negara ini menggariskan lima prinsip yang lahir daripada aspirasi masyarakat dan negara Malaysia, dibentuk mengikut acuan Malaysia dan dimiliki bersama oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama untuk dijadikan sebagai pedoman yang merupakan kunci kepada pembentukan masyarakat pelbagai kaum di Negara yang berintegriti. 8.1.3 Prinsip Keadilan Sosial • Semua rakyat Malaysia akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya, akan tetap dilaksanakan. • Melalui Gagasan 1Malaysia, setiap wakil rakyat bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing dan melebarkan khidmat mereka kepada kaum-kaum lain. • Namun begitu, Gagasan 1Malaysia yang mempunyai prinsip keadilan sosial bukanlah landasan bagi mana-mana pihak untuk membuat tuntutan yang keterlaluan. 8.2 PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI • Ketiga-tiga Teras Perpaduan ini didokongi oleh nilai-nilai murni termasuk nilai-nilai berikut: KESEDERHANAAN RENDAH HATI (TAWADHUK’) BERBUDI BAHASA HORMAT-MENGHORMATI 8.2.1 KESEDERHANAAN • Rakyat yang tergolong dalam kategori ini termasuklah mereka yang sederhana dari segi pertuturan, berbelanja, berpakaian, makan minum, serta sederhana dari segi aspek bekerja dan berehat. • Bagi pertuturan, sabda Rasulullah telah menjelaskan bahawa “Bercakaplah menurut tingkat kecerdasan pendengar” • Sementara sederhana dalam bekerja dan berehat bermaksud sentiasa menganggap kerja itu adalah suatu ibadah dan melakukannya demi untuk membantu rakyat. 8.2.2 RENDAH HATI (TAWADHUK’) • Untuk maju, sifat rendah hati juga perlu diamalkan dalam diri setiap rakyat. Sifat sedia untuk mendengar, tidak sombong, tidak ego dan tidak bongkak perlu diterapkan dalam diri kerana sesungguhnya Masyarakat Malaysia menghargai orang yang merendah diri atau Tawadhuk. 8.2.3 BERBUDI BAHASA • Sentiasalah amalkan sifat berbudi bahasa dengan siapa jua sekalipun tanpa mengira status, kaum dan agama. • Setiap tutur kata harus dijaga, tingkah laku harus tertib dan sentiasa bersopan santun ketika berinteraksi. 8.2.4 HORMAT-MENGHORMATI • Setiap perbezaan yang ada di negara ini tidak kira perbezaan kaum, agama, budaya dan kepercayaan haruslah dihormati dan dihargai kerana itulah antara faktor yang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang unik di mata dunia. • Selain itu, hormatilah juga dengan sejarah dan perjanjian yang berlaku pada satu ketika dahulu kerana tanpa sejarah, tidak mungkin kita akan berada pada tahap kemodenan yang kita sedang alami sekarang. 8.3 Aspek Kedua - Penerapan Nilai-Nilai Aspirasi • Nilai-nilai aspirasi yang digagaskan dalam konsep 1Malaysia ialah nilai-nilai yang perlu ada pada masyarakat progresif dan dinamik yang akan memacu negara ke arah mencapai status negara maju. • Nilai-nilai aspirasi ini akan membantu dalam mewujudkan tenaga kerja yang berdaya maju dan mampu bersaing dalam persekitaran global dan ini seterusnya akan membantu melonjakkan kedudukan ekonomi negara ke tahap yang lebih kukuh dan mantap. • Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam Gagasan 1Malaysia. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatupadukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Lapan nilai tersebut adalah : BUDAYA BERPRESTASI TINGGI BUDAYA KETEPATAN BUDAYA ILMU INTEGRITI KETABAHAN KESETIAAN KEBIJAKSANAAN BUDAYA INOVASI 8.3.1 BUDAYA BERPRESTASI TINGGI • Sifat memastikan setiap perkara dan setiap tugas yang dilakukan mencapai tahap yang terbaik. Sikap sambil lewa atau “acuh tak acuh” tidak boleh wujud dalam masyarakat yang berdaya maju. • Tidak boleh wujud budaya ‘lebih-kurang’ iaitu sesuatu perkara dilakukan hanya setakat yang termampu tetapi bukan yang terbaik. • Setiap perkara yang dijalankan haruslah mencapai tahap terbaik dan bertaraf dunia serta kepimpinan yang dijalankan adalah berasaskan prestasi. • Pengamalan budaya cemerlang dan berprestasi tinggi akan membawa Malaysia ke tahap kejayaan serta pencapaian yang lebih tinggi. Kejayaan dan pencapaian masyarakat dan negara bergantung setakat mana budaya kecemerlangan diamalkan oleh rakyatnya. • Budaya ini perlu dilaksanakan secara berterusan dengan mementingkan prestasi sebagai pengukuran tahap pencapaian atau kemajuan. 8.3.2 BUDAYA KETEPATAN • Sebagai rakyat sebuah negara yang berhasrat mencapai status negara maju, rakyat Malaysia perlu dikenali dengan budaya ketepatan, termasuklah menepati waktu dan mengutamakan kecekapan dalam melaksanakan semua tugas dan kewajipan. • Perkhidmatan yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada kualiti yang bagus dan perlu dijalankan secara berterusan. • Ketepatan juga bermaksud setiap perkara termasuk tindakan, komunikasi, janji, masa dan ukuran haruslah dilaksanakan dengan tepat. 8.3.3 BUDAYA ILMU • Sesebuah negara hanya akan benar-benar maju dan berjaya apabila rakyatnya memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi. Budaya ilmu ialah kecenderungan untuk sentiasa memburu pengetahuan yang terkini dan kesediaan untuk menimba ilmu sepanjang hayat. Kekuatan dan ketahanan adalah berasaskan kepada masyarakat yang berpendidikan dan berpengetahuan mengatasi kekuatan ketenteraan. • Negara perlu memiliki masyarakat yang mengutamakan pendidikan dan penge-tahuan dari segala-galanya. • Budaya membaca berupaya melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu dan mem-punyai minda yang sentiasa terbuka. 8.3.4 INTEGRITI • Rakyat Malaysia perlu memiliki integriti yang tinggi dalam melaksanakan sebarang tugas dan tanggungjawab agar bangsa dan negara sentiasa disegani dan dihormati oleh semua pihak. • Integriti merangkumi sifat-sifat amanah, bersih dan cekap dalam melakukan sebarang tugas dan melaksanakan tanggungjawab. • Berusaha memperbaiki kesilapan dan setiap perkara serta tindakan yang gagal atau salah perlu diperbaiki bagi men-dapatkan hasil yang sempurna. • Menerima kritikan dan teguran dengan hati yang terbuka walaupun perkara ini sukar diterima oleh sesetengah pihak. Segala kritikan dan teguran perlu dijadikan iktibar dan panduan untuk membetulkan kesilapan dan kesalahan yang dilakukan. • Mengetepikan kepentingan peribadi dalam segala tindakan dan perlakuan. Kepen-tingan negara perlu diletakkan mengatasi segala kepentingan lain. Sifat ingin mengutamakan diri, keluarga dan kelompok tertentu perlu dijauhi. 8.3.5 KETABAHAN • Ketabahan dalam mengharungi masalah dan cabaran yang mendatang. Rakyat Malaysia seharusnya bersifat tidak mudah mengaku kalah, sebaliknya perlu memiliki keyakinan diri yang tinggi serta semangat juang yang kental dalam apa jua bidang yang diceburi. • Penggemblengan semangat bekerja keras, dedikasi serta tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan adalah ramuan yang terbaik mencapai sesuatu matlamat. • Ketabahan dalam menghadapi per-ubahan peribadi wajar dijadikan wadah bagi memperbetulkan kesilapan atau kegagalan perkara-perkara yang terdahulu. • Sikap mudah mengalah, kecewa dan menyerahkan kepada takdir perlu dikikis jika ingin maju dan berjaya. • Semangat juang yang tinggi dan berpendirian teguh perlu ada bagi mencapai kejayaan diri, masyarakat dan negara. 8.3.6 KESETIAAN • Prinsip kesetiaan amat diperlukan dalam apa jua keadaan. Kesetiaan kepada Raja dan Negara, prinsip kedua Rukun Negara wajib dipegang erat oleh setiap rakyat negara ini tanpa berbelah bahagi. Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. • Kesetiaan sepenuhnya kepada negara Malaysia dan kesediaan untuk berbakti dan berkorban demi negara yang tercinta. • Kesetiaan kepada pemimpin atau ketua di dalam sesuatu organisasi adalah teras kepada kewibawaan, keteguhan, kejayaan dan kecemerlangan. Pengikut perlu menunjukkan kesetiaan dan ketaatan kepada ketua kerana organisasi yang berpecah dan tidak setia kepada arahan ketua akan mengalami kehancuran. • Perhubungan dan ikatan yang kukuh melalui kesetiaan perlu dilakukan dengan jujur dan ikhlas terhadap perhubungan sama ada dengan kawan, keluarga atau pemimpin. • Kesetiaan perlu disertai dengan ke-upayaan melaksanakan tugas dengan cemerlang kerana kesetiaan atau perhubungan yang membuta-tuli tanpa sebarang kemajuan adalah tidak bernilai. 8.3.7 KEBIJAKSANAAN • Cara berhadapan dengan sebarang masalah dengan penuh berhemah dan teliti agar tidak berlaku perkara-perkara yang menyinggung hati dan perasaan mana-mana pihak yang lain. • Nilai ini juga perlu diikuti dengan kebijaksanaan membuat sesuatu keputusan dengan tepat, tahu membezakan yang baik dan buruk, memiliki pemikiran dan pandangan yang tepat, bijak meletak sesuatu kena pada tempatnya serta tidak mudah terpengaruh dengan nafsu dan kepentingan sendiri. • Untuk memiliki nilai ini, beberapa ciri perlu dimiliki antaranya mempunyai ilmu pengetahuan yang luas, cerdik, tetap dengan pendirian, memiliki kemahiran mendengar, berdisiplin dalam berfikir serta sentiasa siap sedia tanpa perlu terburu-buru. 8.3.8 BUDAYA INOVASI • Nilai ini adalah kesediaan kita sebagai rakyat Malaysia untuk mencuba perkara baru dan berinovasi dalam apa jua lapangan yang kita ceburi. Rakyat Malaysia perlu dikenali sebagai individu-individu yang mampu menjadi pemimpin dalam bidang masing-masing. • Kita mesti berani berubah demi kebaikan, berani mencari penyelesaian baru dalam menangani masalah dan sentiasa bersedia untuk menjadi perintis dalam setiap bidang yang diterokai. 9. KESIMPULAN • Konsep 1Malaysia akan membawa aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat sebagaimana kehendak prinsip Rukun Negara. Perkara yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah pe-rasaan hormat-menghormati dan sikap saling mempercayai antara kaum. Rakyat perlu memahami dan mengamalkan bahawa segala tindakan perlulah mengutamakan kepentingan negara. • Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan. • Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Melalui Gagasan 1Malaysia ini tidak akan wujud perasaan tidak berpuas hati kepada mana-mana kaum kerana semua rakyat adalah Bangsa Malaysia dan Rakyat Malaysia yang mempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk bersama memajukan negara. • Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan. • Sesungguhnya semua rakyat Malaysia perlu mendasari prinsip-prinsip utama 1Malaysia iaitu kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense of belonging) bagi menjayakan konsep ini. Sumber: 1MALAYSIA, Jabatan Penerangan Malaysia

Friday, October 04, 2013

Jenis Lelaki Yang Wanita Tidak Gemar Berkawan


Jenis Lelaki Yang Wanita Tidak Gemar Berkawan 1. Garang - Garang tidak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka marah-marah tak bertempat, silap sikit tak boleh. Lelaki seperti ini perlu menginsafi diri bahawa wanita bukan alat untuk melepaskan kemarahan atau perasaan geram, sebaliknya dihargai dan dilayan dengan lemah-lembut. 2. Ganas - Kaki pukul. Lelaki bersikap ganas memang perkara utama yang dijauhi wanita sebab tidak mahu mata biru atau badan lebam-lebam apabila sudah berumahtangga. 3. Gementar - Takut sangat, tidak yakin diri sendiri, tidak percaya kebolehan diri, dan bergantung pada orang lain. Lelaki seperti ini perlu mengatasi rasa gementar. 4. Gabrah - Tidak pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat perempuan sahaja. Wanita tidak suka lelaki yang tiada keyakinan diri atau cepat panik menghadapi sesuatu perkara. 5. Gatal - Miang keladi dengan perempuan lain selain dengan isteri. Pantang lihat perempuan dahi licin atau anak dara, mulalah pasang niat ingin mengorat. Lelaki jenis ini perlu ingat, kadangkala perempuan berpura-pura melayan anda kerana ada udang sebalik batu. Mungkin dia materialistik dan cintakan duit anda sahaja

Thursday, October 03, 2013

Petua Untuk Pelajar Mudah Mengingati Ilmu


Petua Untuk Pelajar Mudah Mengingati Ilmu Kebanyakan pelajar biasanya berdepan dengan masalah sukar untuk mengingati ilmu yang dipelajari. Perkara yang perlu dilakukan oleh pelajar untuk mengatasi masalah ini adalah seperi berikut: 1. Menghindarkan diri daripada sebarang dosa. Dosa yang dilakukan mengakibatkan hati menjadi hitam. Inilah hijab yang menghalang seseorang mendapat ilmu. Seorang pelajar hendaklah sentiasa menghindarkan diri daripada sebarang dosa agar ilmu mudah diperolehi. Terdapat pelajar yang boleh mengingati isi kandungan yang diajar oleh gurunya walau pun tidak mengulang kaji pada waktu lain. Kenapa? Kerana hatinya suci bersih dan berkat. 2. Tingkatkan amalan kerohanian dan amal soleh untuk membersihkan hati dan untuk memperolehi keberkatan daripada Allah SWT. Sentiasa menjaga solat fardu, menunaikan solat-solat sunat, berzikir, membaca al-Quran setiap hari dengan perhatikan makna-maknanya. Amalan-amalan soleh ini akan mencapai keberkatan daripada Allah SWT dalam menuntut ilmu. 3. Menghafal dalam keadaan fizikal yang sejahtera dan segar, minda yang lapang dan rehat. Mengingati sesuatu merupakan proses yang berat ditanggung oleh akal. Ia memerlukan tenaga yang sempurna daripada tubuh badan yang cergas. Proses mengingati ilmu akan menjadi sukar bila fizikal dalam keadaan letih seperti mata yang mengantuk dan sebagainya. Sekiranya anda dalam keadaan begini dinasihatkan melakukan perkara yang lebih ringan seperti menyalin nota atau membuat latihan-latihan mudah. Kalau menghafal pun hanya akan membuang masa. Dapatkan rehat yang secukupnya untuk mengembalikan kecergasan. Rehat yang terbaik ialah tidur yang mencukupi dan waktu minda yang lapang ialah selepas bangkit dari tidur. Sebab itu kita dapati ramai pelajar yang cemerlang memanfaatkan masa pada awal pagi untuk mengulang kaji dan menghafal pelajaran. 4. Memberi tumpuan sepenuhnya semasa menghafal. Terdapat pelajar yang menghafal sambil mendengar muzik, menonton tv, menghantar sms dan lain-lain lagi. Kalau begini caranya menghafal sampai dua jam pun, dijamin gagal mengingatinya dengan sempurna. Kita hendaklah benar- benar fokus perkara yang ingin diingati tanpa memikirkan perkara lain. Allah jadikan akal manusia tidak dapat fokus terhadap dua perkara dalam satu masa. Ini adalah fitrah kejadian manusia. Walau pun tidak dinafikan terdapat pelajar yang dapat mengulang kaji pelajaran sambil mendengar muzik dan sebagainya. Ulangkaji dan menghafal adalah dua perkara yang berbeza. 5. Lafazkan hafalan anda sehingga didengari oleh telinga anda sendiri. Bila mulut yang menyebut, telinga yang mendengar dan mata yang memandang akan memudahkan akal menerima hafalan tersebut berbanding menghafal tanpa bersuara. Kenapa anda dapat mengingati lagu Inggeris dan Hidustan?. Jawapannya ialah kerana biasa mendengar berulang kali. Inilah kehebatan nikmat mendengar yang merupakan salah satu sumber ilmu. 6. Ulangi hafalan anda sehingga benar-benar mantap. Tiada had berapa kali yang perlu diulang. Selagi hafalan masih samar dan kabur, ulangi berulang kali. Jangan rasa jemu dan mudah berputus asa. Lebih memudahkan untuk mengingati bila difahami kandungan yang dihafal. Contohnya kita mampu mengingati ayat al-Quran yang dihafal tapi lebih mudah kita mengingatinya dengan difahami makna ayat-ayat tersebut. 7. Tulis perkara yang anda hafal tanpa melihat teks. Perkara ini penting untuk memastikan ingatan anda benar-benar mantap atau sebaliknya. Ia juga baik untuk mengelakkan berlaku kesilapan bila menjawab soalan yang sebenar. Semak hafalan yang ditulis tadi dengan teks sebenar. sekiranya terdapat kesilapan, ulangi menghafal sekali lagi sehingga benar-benar diingati . 8. Istiqamah dalam menghafal. Untuk mengingati ilmu adalah mustahil hanya dengan sekali hafalan. Hafalan secara berkala dan sistematik perlu dipraktikkan setiap masa. Hafalan boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu hafalan baru dan hafalan lama. Ilmu yang telah diingati jangan dibiarkan begitu sahaja. Ia perlu di‘refresh’ secara berkala bergantung kepada sejauh mana kemantapan sesuatu hafalan. Jangan sia-siakan masa yang telah dihabiskan untuk mengingatinya, kemudian dibiarkan lupa begitu sahaja. Kesimpulannya, hendaklah disediakan jadual pembelajaran untuk membahagikan masa antara hafalan baru dan ‘refresh’ hafalan lama. 9 Semak hafalan anda dengan rakan yang lain. Amalan ini amat praktikal untuk memantapkan sesuatu hafalan berbanding menghafal bersendirian. Bagi mata pelajaran Bahasa Arab, memperdengarkan dan mendengar soalan dari pihak lain amat mustahak untuk melatih pelajar menguasai kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Dengan ini pelajar dapat membiasakan diri bertutur dengan Bahasa Arab dengan lancar dan fasih. Sekurang-kurangnya pelajar tidaklah kekok dan pelik bila menghadapi ujian syafawi ( lisan) kelak. 10. Tampal nota atau bahan yang penting di tempat yang biasa dan kerap dilihat. Ini bertujuan memantapkan hafalan yang penting seperti formula sains atau matematik. Bila diyakini mantap, gantikan dengan nota yang lain. Buangkan gambar-gambar artis kesayangan atau poster yang tidak berfaedah. Hiasi bilik ‘study’ anda dengan perkataan, formula dan ilmu yang bermanfaat. 11. Doa dan tawakkal. Pastikan setiap usaha yang anda lakukan seiring dengan pergantungan dan penyerahan diri kepada Allah Yang Maha Pengurnia. Dialah yang menguatkan ingatan, Dialah yang Melupakan. Semuanya dalam KekuasaanNya. Oleh itu, setiap kali sama ada sebelum atau selepas menghafal panjatkan doa kepadaNya tanpa rasa jemu. Yakinlah bahawa doa anda itu akan diterima dan sentisa berbaik sangka dengan Allah. Sekurang-kurangnya anda akan mendapat pahala kerana doa itu adalah satu ibadat. Tidak akan rugi dan menyesal seseorang yang banyak berdoa di akhirat kelak.

Blog Archive