Wednesday, February 26, 2014

Petua Untuk Mengelak Perasaan Cemburu Membuak


Petua Untuk Mengelak Perasaan Cemburu Membuak 1. Terima hakikat sifat cemburu masalah kita sendiri dan kita bertanggungjawab mengatasinya sendiri. Fikirkan tiada siapa yang boleh membuat kita cemburu. Kita boleh mengawal fikiran dalam apa bentuk situasi pun. Pilihan terletak pada diri sendiri, bukannya orang lain. 2. Hormati perasaan pasangan kita. Seperti kita, dia juga mempunyai hak untuk menilai kecantikan wanita/lelaki lain. Jika kita dapat melakukannya, kita sudah dapat mengatasi sifat cemburu. 3. Tiada siapa suka memikirkan pasangan mereka curang. Kalau pun ini terjadi, teruk sangatkah kesannya kepada kita? Kita mungkin sedih, kecewa dan marah untuk sementara waktu sahaja tetapi tidaklah sampai mati. Lambat laun kita akan dapat mengatasinya. 4. Beri masa untuk diri kita mengatasinya. Jika kita memang seorang yang cemburu, usah berharap kita boleh berubah dalam masa singkat. 5. Tuliskan apa perasaan kita bila kita berasa cemburu. Marah, tidak tentu arah, menangis, geram, rasa malu, rasa bersalah atau bertindak kasar. Adakah kita ingin meneruskan hidup kita dengan cara ini? Jika jawapannya tidak, maka cepat-cepatlah berubah. 6. Cuba fikirkan bagaimana cemburu kita meledak. Adakah adil kita menyisihkan pasangan kita daripada orang lain? Teruk sangatkah dia apabila dia senyum kepada seorang wanita/lelaki lain? Tidakkah kita sendiri pun pernah tersenyum kepada wanita/lelaki lain? 7. Ramai mempunyai perasaan dan masalah cemburu suka menyalahkan orang lain. Mereka kerap mencari kesalahan orang lain dan mahu pihak satu lagi mengubah sikap tetapi dalam masa sama tidak melihat kesalahan sendiri. Terima hakikat kita manusia sebenarnya tidak sempurna.

Thursday, February 20, 2014

Petua Untuk Lelaki Suburkan Sperma


Petua Untuk Lelaki Suburkan Sperma Buah betik kaya dengan vitamin C dan merupakan antioksidan yang baik untuk tubuh badan. Selain itu, buah betik mempunyai kelebihan lain terutama dalam meningkatkan jumlah dan kesuburan sperma. Kekurangan vitamin C dalam badan boleh menyebabkan ketidaksuburan sperma. Oleh itu, langkah terbaik untuk meningkatkan kesuburan dan kuantiti sperma adalah dengan mengambil buah betik dalam diet harian. Pengambilan 500 miligram vitamin C setiap hari amat perlu untuk lelaki dewasa. —

Tuesday, February 18, 2014

Petua Untuk Tampil Cantik dan Bertenaga


Petua Untuk Tampil Cantik dan Bertenaga 1. Duduk Secara Betul - Duduk dengan cara yang betul memberikan bentuk badan yang menarik dan menggambarkan bahawa anda berkeyakinan dan sentiasa bertenaga. Jika anda duduk terlalu lama pada posisi yang tidak betul pula akan menyebabkan sakit tulang belakang serta boleh membawa masalah pada paru-paru, jantung dan buah pinggang. 2. Jaga Kesihatan Gigi - Masalah gigi dan bau mulut seringkali menyebabkan seseorang rasa tidak selesa. Ia mencerminkan anda tidak ambil peduli mengenai penjagaan gigi. Beruslah gigi anda sekurang-kurangnya 2 kali sehari dan gunakan flos untuk membuang sisa makanan yang terlekat pada gigi. Jumpa doktor gigi sekurang-kurangnya 2 kali setahun. 3. Selalulah Ketawa – Jika anda selalu senyum dan ketawa, ia boleh meleraikan dan melegakan kekusutan serta membuatkan anda awet muda dan nampak berseri. Ketawa adalah penawar duka selain bertindak sebagai suatu bentuk senaman dalaman yang merangsang sistem saraf dan membantu pernafasan. 4. Jangan Malas Berjalan - Amalan bersenam, seperti berjalan, membantu meningkatkan kesihatan jantung, paru-paru dan peredaran darah. Ia menguatkan otot, tenaga dan melambatkan proses penuaan. Berjalanlah 30 minit sehari untuk 3 kali seminggu kerana ia membantu anda berasa cergas dan sihat serta mencantikkan kulit wajah.

Monday, February 17, 2014

Tips menghalang kecurian.


Banyak kes pecah rumah dan ada ahli keluarga dibunuh atau dirogol oleh perompak. Muhasabahkan diri kita. Adakah kita pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua dalam keluarga menentukan anak-anak dan isteri kita selamat ketika tidur waktu malam hari? Adakah kita pernah memagar rumah kita secara fisikal dan dipagari dengan pendinding ayat Al-Quran. Rumah yang dipagar dengan keluli atau mangga solex, sekiranya perompak menggunakan ilmu sihir boleh membuka semua kunci. Kerana ilmu sihir itu kerja iblis dan syaitan. Terutama perompak dari Indonesia yang mahir menggunakan ilmu sihir memukau dan pembuka kunci. Hanya dengan menepok mangga ia terbuka tanpa kunci. Jadi mari kita pagar rumah kita dengan ayat suci Al-Quran dan baca tip pencegahan ini. Tips menghalang kecurian. (1) Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan). (2) Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka). (3) Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12:00 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan Petaling Jaya). (4) Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka. (5) Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama ...). (6) Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam, cuba on and off kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa alert). (7) Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah. (8) Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala). (9) Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefor pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh double check dengan kita. (10) Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam bilek tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda. (11) Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis kawasan anda, bomba kawasan anda, 999 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon. (12) Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm. (13) Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi bercuti. (14) Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat-surat dalam peti surat. Peti surat yang penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah. (15) Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda. (16) Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. Kalau kereta anda brand new, sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & steering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan pencuri). (17) Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran. (18) Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas. (19) Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat. (20) Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar padlock baru, mana tau bekas-bekas penyewa lama simpan kunci pendua. (21) Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing. (22) Pastikan keadaan selamat sebelum buka pintu rumah (Tak kira siang atau malam, terutamanya balik lepas 11:00lam).

Sunday, February 16, 2014

Petua Untuk Menjadi Kaya


Petua Untuk Menjadi Kaya 1. Perlu mempunyai daya fokus yang tinggi. Tetapkan matlamat kita untuk menjadi kaya, dan tetapkan jangka masa sasaran. Kemudian, berusaha dan beri tumpuan untuk mencapainya tanpa menghiraukan perkara lain yang boleh menganggu dan melambatkan usaha kita. 2. Masa memainkan peranan penting sekiranya ingin cepat kaya. Uruskan masa dengan sebaik mungkin. Lakukan banyak kerja dalam masa yang singkat. Kebiasaan manusia kerja 5 hingga 7 jam sehari, anda perlu kerja 12 hingga 14 jam setiap hari. Dengan melakukan ini, anda dapat mencapai matlamat 2 kali ganda lebih cepat daripada majoriti manusia. 3. Berjimat bila berbelanja. Wang yang diterima jangan pula dibelanja sesuka hati oleh kerana kekayaan bukan bermakna berapa banyak kita peroleh, tetapi ia bermaksud berapa banyak kita simpan. Jauhkan dari skim cepat kaya, pelaburan internet yang hanya akan membazirkan wang anda saja. 4. Aliran pendapatan berganda. Fokus pada matlamat. Sekiranya matlamat menjadi kaya, cara menjadi kaya boleh dipelbagaikan. Mulakan perniagaan kerana sembilan per sepuluh rezeki datang dari perniagaan. Kalau kerja sepenuh masa di pejabat, mulakan perniagaan sambilan. Kemudian, melabur juga wang kita (bukan pelaburan internet) untuk mendapatkan aliran pendapatan berganda. Dalam masa yang sama, pelbagaikan peluang perniagaan dan pelaburan. Ini akan gandakan pendapatan. 5. Aturkan strategi. Kejayaan kewangan bukanlah nasib. Susun strategi simpanan, pelaburan. Aturkan strategi perniagaan. Apakah langkah yang perlu diambil untuk mencapai matlamat itu? Ilmu apa yang patut ditambah untuk menjadi kaya? Siapa perlu kita dampingi untuk memudahkan kita mencapai kejayaan? Sekiranya langkah tidak menjadi, apakah pelan B yang boleh dilaksanakan? 6. Menjadi cepat kaya, bukanlah nasib (selain menang loteri). Duduk dan drafkan perancangan seperti jurubina memerlukan pelan untuk membina bangunan yang megah, anda juga perlu pelan untuk mencapai kebebasan kewangan. Untuk kaya cepat, pelan lebih mantap dan sempurna perlu dilakukan.

Saturday, February 15, 2014

Doa Untuk Di Rindui Kekasih


Doa Untuk Di Rindui Kekasih “Yuhibbu Nahum Kahub Billah Wallazi Na Amanu Asyaddu Hubba Lillah Zuyyi Linnasi Hubbusyh Shahwati Minannisai Wal Bani Nawal Qanar Tiril Muqantharah” - - Ayat dari Surah An Nisa Baca ayat ini sekali pun sudah memadai untuk seharian. Ayat ini untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara seorang individu dengan individu lain. Orang itu akan rasa rindu dengan anda. Ayat ini tentu sekali baik dan berkesan untuk hubungan suami isteri. — with Kasìh Ríndìaní.

Friday, February 14, 2014

DARAH - APAKAH HANYA DOKTOR SAHAJA YANG PERLU TAHU?


DARAH - APAKAH HANYA DOKTOR SAHAJA YANG PERLU TAHU? Perkataan ‘darah’ telah disebut sebanyak 19 kali didalam AlQuran. 4 kali daripadanya dalam bentuk kalimah arab ‘dam’ yang menjurus kepada pengharaman mengambil darah sebagai pemakanan yang dirangkaikan bersama bangkai, daging babi dan binatang ternakan yang tidak disembelih mengikut syariah didalam ayat yang sama. (AlBaqarah 173, AlMaidah 3, AlAn’aam 145 dan An-Nahl 115) 4 kali daripadanya pula dalam bentuk kalimah arab “alaq/alaqah” yang menjurus kepada segumpal darah beku yang menjadi asal kejadian manusia. (Al-Hajj 5, AlMu’minun 13, Ghafir 67 dan Al-Alaq 2) Selainnya dijuruskan kepada pelbagai maksud darah seperti pertumpahan darah, pertalian darah dan sebagainya. Cuba kita renungkan bersama, diantara kedua keadaan yang disebutkan tadi dan kaitan nya dengan amalan BERBEKAM yang dicontohi Rasulullah. Darah beku yang disebutkan sebagai asal kejadian manusia ialah darah yang asalnya suci terbentuk dalam proses penyemaian benih didalam rahim wanita yang hamil. Darah yang diharamkan untuk memakannya ialah darah yang sudah bercampur dengan pelbagai sisa-sisa metabolisma termasuk toksin, asid urik, patogen dan sebagainya yang dipam keluar oleh jantung dari pelbagai tisu dan organ manusia untuk disingkirkan daripada tubuh. Sisa-sisa yang diangkut oleh darah akan akhirnya sampai ke usus kecil dimana proses penyerapan nutrisi daripada makanan dan minuman yang kita ambil berlaku, sisa selainnya akan memasuki usus besar sebelum dikeluarkan sebagai najis melalui dubur. Namun, perlulah kita ingat bahawa darah akan melalui pelbagai organ yang lain sebelum sampai ke usus kecil dimana sisa-sisa yang bahaya boleh terpaut kedalam organ-organ tersebut yang akan menyebabkan pelbagai penyakit atau kondisi yang menyakitkan bahagian-bahagian tubuh. Maka dengan itu, cara yang dapat mengurangkan kemungkinan berlakunya pautan sisa pada organ ialah dengan mengeluarkannya dengan BERBEKAM supaya yang akhirnya sampai ke usus kecil ialah nutrisi yang akan diserapkan kedalam tubuh. Darah yang tidak dibebani dengan sisa-sisa bahaya ini juga akan mengurangkan beban kerja organ-organ penting khususnya hati, ginjal dan limpa yang sekaligus memastikan kesihatan pada tubuh kita. Wallahu Ta’ala A’lam.

Thursday, February 13, 2014

Petua Untuk Membina Keyakinan Diri Untuk Berniaga


Petua Untuk Membina Keyakinan Diri Untuk Berniaga 1. Jelas dengan tujuan menjadi usahawan. Matlamat perlu jelas dan terang. Tak kisah samada anda mahu jadi jutawan, mahu jadi taikun hartanah, mahu jadi juara trading, mahu jadi jutawan senyap, atau mahu membina empayar jenama anda sendiri atau apa-apa sahaja. Yang pentingnya ia perlu jelas sejelas kristal. 2. Terima kenyataan bahawa semua yang anda akan lakukan adalah satu proses. Menjadi orang yang lebih baik daripada apa yang anda ada sekarang merupakan satu proses. Tak ada orang hari ini mula berniaga, keesokan harinya terus pandai dan berjaya. Bersedialah menghadapi laluan proses yang naik dan turun, tenang dan ribut dan berbagai rencam lagi. Fokus untuk belajar dari apa saja yang bakal dilalui sehingga matlamat tercapai. 3. Bakar jambatan. Ingat bahawa sekali anda merentasi jambatan ke seberang sana, jambatan tersebut perlulah dibakar untuk diri anda. Tiada lagi 'patah balik', buang perkataan itu terus daripada kamus. Pandang ke depan dan berikan tumpuan pada matlamat. 4. Tetapkan matlamat yang berpadanan. Matlamat mesti sesuai dan mampu untuk dilaksanakan berdasarkan apa yang anda rasa logik. Memang tidak mustahil untuk sasarkan kejayaan mengalahkan Ananda Krishnan, tetapi kalahkan terlebih dulu taukeh kedai runcit di kampung anda. 5. Jangkakan cemuhan. Terima kenyataan bukan semua orang akan terima kita dan apa yang akan kita buat. Malah jumlah mereka yang menghina atau menolak jauh lebih besar daripada yang menerima baik usaha kita. 6. Korbankan ego diri anda seadanya. banyak orang akan berkata, aku memang begitu atau begini, memang semua orang kata begitu dan mustahil untuk berubah. Manusia sentiasa boleh berubah asalkan ada usaha. Malah perwatakan, sifat dan lain-lain lagi mampu diubah dengan usaha dan keazaman. Sesuaikan diri dengan keadaan dan sanggup berubah perlu untuk menempa kejayaan. 7. Jiwa biar dipertengahan. Jangan terlalu rendah diri sampai orang terus tak yakin dan jangan terlalu tinggi diri sampai pandang rendah keupayaan orang lain. Seimbangkan kekuatan jiwa dan beri perhatian pada cara anda berkomunikasi dengan diri anda sendiri. 8. Terima pujian ala kadar. Bila anda dipuji jangan berbangga dan jangan pula terlalu merendah sampai orang meluat. Berada di pertengahan memberikan ruang untuk anda meningkatkan lagi usaha dan membuatkan orang lebih selesa. 9. Berhati-hati dengan orang yang mampu pengaruhi diri. Mula pilih dengan siapa anda habiskan masa dan minta nasihat. Contohnya, jangan minta nasihat atau galakan daripada kawan yang makan gaji sedangkan anda mahu jadi usahawan. 10. Bangun semula bila tersembam. Perkara biasa apabila perkongsian cita-cita menjadi usahawan dengan orang lain disambut dengan ejekan atau penolakan yang teruk. Begitu juga cubaan memulakan sesuatu transaksi berniaga berakhir dengan kegagalan teruk. Relak, tenang dan cari pengajaran di sebalik runtuhan impian tersebut. —

Wednesday, February 12, 2014

Petua Untuk Cepat Kurus


Petua Untuk Cepat Kurus 1. Senaman - Paling berkesan melakukan senaman selama 20 minit, sebanyak 3 kali seminggu. Bagi yang sedang berdiet, sebaiknya lakukan secara seimbang dan mengikut kemampuan diri. Mulakan dengan perlahan-lahan ini tidak akan membebankan badan… 2 Makan Makanan Sihat - Seimbangkan diet anda, lebihkan buah, sayur dan ikan. Kurangkan daging merah dan makanan ringan pastinya diet kurus anda akan menjadi sempurna. Yang menyatakan supaya menyimpan buah epel hijau di dalam peti sejuk dan gantikannya menjadi snek apabila anda berkeinginan untuk mengunyah. Gantikan juga air berkabonat dengan jus seperti epal hijau, carot, oren, limau dan sebagainya mengikut kegemaran anda. Yogurt juga baik untuk mereka yang sedang berdiet. 3 Kurangkan Makan - Kawal diet anda, makan hanya pada waktu yang betul dan kuantiti yang berpatutan. Salah satu petua adalah dengan mengurangkan separuh dari kadar pemakanan anda sebelum ini. Contohnya sebelum ini anda makan 2 senduk nasik, ketika dalam proses diet cuba kurangkan kepada 1 senduk sahaja. Untuk mengurangkan makan juga boleh dilakukan dengan menambahkan serat yang banyak di dalam diet anda, makanlah sehingga 5 kali hidangan berupa buah-buah dan sayuran. Buah-buahan ini boleh juga di ambil di antara waktu makan. Cara begitu perut anda tidak kosong dan lapar lagi. 4. Kawal emosi - Satu lagi perkara yang tidak harus dilupakan dalam program kurus anda ialah bijaklah mengawal emosi dan pemikiran anda. Dengan cara ini anda akan bersedia menerima sebarang kebarangkalian dalam hidup. Tingkatkanlah keyakinan diri dan hargai diri sendiri pastinya melakukan yang terbaik kepada diri sendiri. Sebenarnya tabiat pemakanan juga ada kaitannya dengan emosi diri jadi untuk merealisasikan diet kurus anda, pastikan pengawalan emosi yang terbaik. Diet kurus anda juga akan lebih akan lebih berkesan dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

Tuesday, February 11, 2014

Air Ludah Dalam Perubatan Melayu Lama


Air Ludah Dalam Perubatan Melayu Lama a. Menurut orang tua-tua Melayu dulu, terdapat beberapa petua tentang penggunaan air ludah sebagai ubat. Dikatakan, sekiranya bayi yang baharu lahir panas suhu badannya, si ibu atau ayah disuruh menjilat ubun-ubun bayi, telapak tangan kedua tangan dan telapak tangan kedua kaki. Menjilat harus dimulai dengan anggota yang kiri dahulu. Panas tubuh bayi itu akan serta merta beransur turun. b. Petua menggunakan ludah untuk mengubat luka kecil juga sering disyorkan oleh orang tua-tua. Sekiranya jari terluka atau terhiris, kita disuruh cepat-cepat masukkan ke dalam mulut. Dikatakan darah akan berhenti mengalir dan luka cepat sembuh. Sekiranya bahagian lain yang luka, ambil sedikit air ludah sendiri dengan satu jari. Selepas itu, baca selawat sebanyak 7 kali. Selepas membaca selawat, sapu di bahagian yang luka. Nescaya cepat sembuh. c. Sekiranya seorang kanak-kanak masih lambat bercakap walau sudah berusia 3 tahun ke atas, petuanya mudah. Lidah kanak-kanak itu perlu ditarik keluar lalu dikerik dengan cincin. Menurut orang tua-tua, supaya ludahnya keluar sempurna, tidak bertakung di dalam mulut lantas dapat menggalakkan kanak-kanak itu segera bercakap. d. Menurut satu kajian saintifik, zat dalam air ludah dapat menyembuhkan luka. Saintis mendapati bahawa protein kecil di dalam air ludah yang sebelum ini dipercayai hanya dapat membunuh bakteria, berguna juga untuk menyembuhkan luka. Sebab itulah, luka pada gusi yang baharu dicabut giginya cepat pulih berbanding dengan luka di bahagian anggota tubuh yang lain. Saintis juga menjangka, air ludah boleh menjadi ubat kepada penderita penyakit kencing manis yang buruk kakinya atau mereka yang mengalami kelecuran atau kebakaran pada kulit.

Monday, February 10, 2014

KWSP BANTUAN KEMATIAN UNTUK PEWARIS.


KWSP BANTUAN KEMATIAN UNTUK PEWARIS. KWSP BANTUAN KEMATIAN UNTUK PEWARIS. PERHATIAN kepada semua orang yang mempunyai akaun KWSP! Tidak kira berapa umur anda, tidak kira berapa lama anda memegang akaun KWSP anda, tidak kira berapa banyak wang yang anda ada dalam akaun KWSP, dan tak kira berapa lama anda telah mencarum untk KWSP.. mengikut Undang-undang Kerajaan, KWSP perlu membayar RM 2500 untuk keluarga pemegang akaun KWSP apabila pencarum meninggal dunia (ahli keluarga perlu menuntut RM 2500 dalam tempoh 6 bulan). KWSP tidak pernah memberitahu kepada semua tentang ini, sangat sedikit orang yang benar-benar menerima RM 2500 apabila ahli keluarga meninggal dunia kerana tidak ramai yang tahu tentang perkara ini. Di manakah RM 2500 pergi apabila keluarga si mati itu tidak menuntut? poket seseorang?? Kita tidak tahu! Oleh itu, sila sampai maklumat ini kepada semua keluarga, saudara-mara, rakan sekerja dan rakan-rakan, biarkan mereka tahu tentang maklumat ini dan jangan lupa untuk menuntut RM2500 apabila dalam keluarga mereka ada yang meninggal dunia. Jangan biarkan RM 2500 pergi ke poket seseorang! — copy&paste dari Grop lain. KWSP - Faedah Sebagai Ahli KWSP - KWSP - http://www.kwsp.gov.my/portal/ms/members/member-responsibility/registration/benefits-as-an-epf-member

Sunday, February 09, 2014

Jangan Kedekut Memberi Ilmu


Jangan Kedekut Memberi Ilmu Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada Hari Kiamat.” Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi

Saturday, February 08, 2014

tinggalkan kepadamu (umat Islam) dua pusaka abadi


تَرَكْتُ فِيْكُمْ اَمْرَيْنِ مَا اِنْ تَمَسَكْتُمْ بِهِمَا لَنْ تَضِلُّوْا اَبَدَ كِتَابَ اللهِ وَسُنَّتِى Ku tinggalkan kepadamu (umat Islam) dua pusaka abadi, apabila kamu berpegang kepadanya nescaya kamu tidak akan sesat ,iaitu Kitab Allah (Al Quran) dan Sunnahku عَنْ سَلْمَةَ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ يَقُلُ عَلَى مَا أَقُلُ فَلْيَتَبَوَّا مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ Dari salmah katanya : Rasulullah s.a.w. bersabda : "Barang siapa yang mengatakan sesuatu yang tidak pernah kuucapkan maka menepati tempat duduknya di neraka." Hadis sahih riwayat Muslim

Friday, February 07, 2014

Kepentingan Menjaga Solat


Kepentingan Menjaga Solat Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ” Riwayat at-Tirmidzi

Thursday, February 06, 2014

Petua Untuk Menghilangkan Kesan Karat Pada Pakaian


Petua Untuk Menghilangkan Kesan Karat Pada Pakaian Pilihan 1: Sapukan sabun mandi pada bahagian yang terkena karat hingga menutupi kawasan yang berkarat sepenuhnya. Kemudian, rendam ke dalam air yang telah diperah limau nipis atau limau kasturi. Biarkan seketika dan basuh seperti biasa dengan sabun basuh. Pilihan 2: Tenyeh buah belimbing buluh yang telah masak pada bahagian pakaian yang terkena karat. Biarkan seketika dan kemudian basuh seperti biasa dengan sabun basuh. Pilihan 3: Taburkan garam pada bahagian yang terkena karat dan percikkan cuka pada bahagian pakaian yang terkena karat. Biarkan seketika dan kemudian basuh seperti biasa dengan sabun basuh. Pilihan 4: Potong 2 biji limau nipis. Gosokkan isi limau nipis tersebut pada bahagian yang terkena karat dan kemudian rendam pakaian itu dalam air garam. Biarkan seketika dan kemudian basuh seperti biasa dengan sabun basuh.

Tuesday, February 04, 2014

Monday, February 03, 2014

Petua Untuk Memantapkan Motivasi Diri Anda


Petua Untuk Memantapkan Motivasi Diri Anda a. Kadang-kadang kita sering sekali kurang bermotivasi dan oleh itu sukar untuk mengambil tindakan untuk mencapai cita- cita kita. Kurang keyakinan diri boleh menyebabkan seseorang kurang bermotivasi. Apabila seseorang tidak yakin dan percaya dia tidak akan berjaya membuat sesuatu, kemungkinan besar dia akan berfikir kenapa dia hendak berbuat sesuatu itu apabila dia akan kelak gagal juga. Dia akan terus berfikiran negatif lagi apabila dia mengimbas kembali saat-saat dahulu yang dia tidak berjaya. Lama- kelamaan dia akan lebih percaya yang dia seorang yang gagal dan tidak mungkin berjaya. b. Untuk menyelesaikan masalah ini, kita harus mengamalkan sikap bersyukur atas saat-saat kita berjaya melakukan sesuatu perkara dengan baik dan yang memberi manfaat kepada orang ramai. Kita harus yakin berdasarkan pengalaman itu, kita boleh berjaya dalam apa jua bidang apabila kita berusaha ke arah itu. c. Kurang fokus merupakan faktor seseorang kurang bermotivasi. Apabila seseorang tidak ada matlamat hidup, dia akan mendapati bahawa dia sering berfikir tentang apa yang dia tidak hendaki dan kemungkinan sentiasa berada dalam keadaan ketakutan. Apabila ini berlarutan, ia boleh menyebabkan seseorang tidak berdaya untuk menghadapi cabaran hidup. d. Untuk mengelakkan masalah ini, kita harus fokus kepada matlamat hidup kita setiap saat. Berkaitan dengan masalah kurang fokus ialah kekurangan hala tujuan. Apabila kita tiada fokus, maka kita tiada hala tuju. Oleh itu, adalah mustahak kita ada hala tuju dalam kehiduapan kita.

Saturday, February 01, 2014

Blog Archive