Wednesday, April 30, 2014

Petua Orang Tua-Tua Untuk Mendapatkan Anak


Petua Orang Tua-Tua Untuk Mendapatkan Anak 1. Berdoalah kepada Tuhan agar anda dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah sebelum memulakan persetubuhan. 2. Mandi dan solat terlebih dahulu sebelum melakukan persetubuhan. 3. Rancanglah masa terbaik untuk melakukan persetubuhan. Sebaik-baiknya dilakukan pada ketika waktu subur isteri. 4. Lakukan persetubuhan sebanyak 3 hingga 4 kali seminggu. Kalau mampu, tiap-tiap hari. 5. Bagi pihak isteri, banyakkanlah memakan taugeh, daging dan ikan laut. —

Sunday, April 27, 2014

Petua Untuk Menghilangkan Selsema


Petua Untuk Menghilangkan Selsema Pilihan 1: Calit sedikit kapur sirih dan 2 titik minyak kayu putih pada sehiris limau nipis. Panggang di atas api hingga panas dan kemudian perah airnya. Minum air perahan ini sekali sehari. Pilihan 2: Hidu bau halia hidup yang telah dibersihkan. Pilihan 3: Ambil secawan air didihan beras. Minum ketika suam. Amalkan selalu. Pilihan 4: Jika selsema akibat cuaca hujan atau panas terik, basahkan ubun-ubun kepala. Ulang beberapa kali.

Friday, April 25, 2014

Sufyan bin Uyainah berkata,

. Sufyan bin Uyainah berkata, لَيْسَ الْعَاقِلُ الَّذِي يَعْرِفُ الْخَيْرَ وَالشَّرَّ , وَلَكِنَّ الْعَاقِلَ الَّذِي يَعْرِفُ الْخَيْرَ فَيَتَّبِعُهُ وَيَعْرِفُ الشَّرَّ فَيَتَجَنَّبُهُ "Orang yang berakal bukanlah orang yang mengetahui kebaikan dan keburukan. Akan tetapi orang yang berakal adalah orang yang mengetahui kebaikan lalu dia ikuti, dan mengetahui keburukan lalu dia jauhi." -- al-Aql wa Fadhluhu, karya Ibnu Abid Dunya (56) -- Syaikh Abdurrazzaq al-Badr -hafizhahullah- mengomentari, "Demikian itu karena tujuan dari ilmu adalah untuk diamalkan. Jika tidak, maka apa faidahnya ilmu jika tidak diamalkan?"

Thursday, April 24, 2014

Petua Untuk Menambat Hati Suami


Petua Untuk Menambat Hati Suami 1. Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi anda. Bila suami balik dari kerja, tegur dan sentuh suami (sentuh apa sahaja yang patut) sebelum anda membuat kerja-kerja lain. 2. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan suami sepanjang hari. (Jika suami dalam mood yang sesuai). Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesaikan masalah suami. Apa yang lebih penting ialah memberi perhatian dan simpati. 3. Luangkan masa yang betul-betul "berkualiti", sekurang -kurangnya 30 minit setiap hari kepada suami. 4. Beri pujian terhadap penampilan suami. Contohnya, rambut, wajah, pakaian kacak, kesederhanaan dan seumpamanya. 5. Minta bantuan suami hanya jika sesuai, yakni sesuai pada masa dan tempat. 6. Elakkan suami menunggu terlalu lama terutama bila bersiap. 7. Bila suami meminta bantuan, buatlah dengan serta merta dengan ikhlas dan gembira tanpa mengungkit atau banyak komen. 8. Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Jika anda, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu suami apa yang mengganggu fikiran anda secara sopan. Jangan terus salahkan suami. 9. Bila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya, hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan, jika boleh.

Monday, April 21, 2014

PENYIKSAAN TERHADAP ZAINAB AL-GHAZALI, 'WANITA BESI' IKHWAN MUSLIMIN


[ADMIN] PENYIKSAAN TERHADAP ZAINAB AL-GHAZALI, 'WANITA BESI' IKHWAN MUSLIMIN *kisah ini dinukilkan di dalam buku 'Ayyam min Hayati' tulisan Zainab al-Ghazali dengan sedikit olahan ayat oleh admin. Ikhwanul Muslimin dan Zainab al Ghazali menjadi cerminan kepada kita dalam menjaga ketulenan manhaj perjuangan. Mungkin cabaran kepada kita di Malaysia lebih kompleks akibat kejayaan kita berada di serambi kuasa, namun ujian kuasa inilah menuntut kepada program amal tarbawi yang semakin serius. Dia adalah seorang da’ei wanita yang cukup gigih dalam dakwahnya. Dalam hidup sehariannya, yang ada didalam fikirannya hanyalah bagaimana menyebarkan kebajikan dan membimbing manusia ke jalan yang benar. Dia memiliki pengetahuan yang luas dan mendalam. Ketajaman kata-katanya dalam berdakwah membuat dia harus berhadapan dengan pemimpin negeri ini yang zalim pada saat itu. Zainab Al-Ghazali pun telah menjalani fasa-fasa penyiksaan. Meremang bulu roma di saat mendengar kisahnya. Meski demikian, keyakinanannya akan pertolongan Allah swt., kelazatan iman yang dirasakannya, serta tekad yang membaja membuat ia terus bersabar. Pada Ogos 1965, Rumah Zainab Al-Ghazali digeledah oleh beberapa tentara, tanpa ada izin terlebih dahulu. Tatkala ia meminta diperlihatkan surat penggeledahan, mereka menjawab, “Surat tugas yang mana, hai orang gila! Kami sekarang dalam masa, dimana kami bebas melakukan apa saja yang kami kehendaki terhadap kamu.” Tanpa penjelasan lain yang menjadi bukti, mereka terus mengheret Zainab Al-Ghazali keluar rumah dan dibawa dengan kereta. Tanpa pembelaan, muslimah yang tekun beribadah ini terus dimasukkan ke penjara. Namun dia tetap sabar dan mengharap pahala dari Allah swt. atas ujian yang diterimanya itu. Ia dimasukkan ke dalam ruangan penjara bernombor 24. Berikut adalah cerita pengalaman beliau sepanjang berada didalam penjara: “Sebuah pintu ruangan yang sangat gelap dibuka, lalu aku dimasukkan kedalamnya. Dan ketika ruangan itu telah menelan diriku, aku mengucapkan, “Bismillah As-salamu’alaikum.” Kemudian, pintu itu ditutup kembali. Setelah itu, lampu yang sangat terang dinyalakan dengan tiba-tiba. Ini dimaksudkan untuk menyiksa diriku. Ruangan itu dipenuhi oleh beberapa anjing. Aku tidak mengetahui berapa jumlahnya. Aku pejamkan kedua mataku dan aku letakkan kedua tanganku didadaku, kerana ketakutan yang mencekam. Lalu aku dengar suara pintu dikunci dengan rantai dan gembok besar. Anjing-anjing itu terus menyerangku dan mengigit sekujur tubuhku, kepalaku, kedua tanganku, dadaku, punggungku dan di seluruh bagian tubuhku kurasakan tusukkan taring-taring anjing. Sakit sekali. Tatkala aku mencuba membuka mata untuk melihat, maka dengan segera kupejamkan kembali kerana ketakutan yang sangat. Lalu kuletakkan kedua tanganku di bawah kedua ketiakku, sambil menyebut asma-asma Allah swt. (Asmaul Husna), mulai dari kata, “Ya Allah, Ya Allah…” Satu per satu nama agung Allah kubaca. Sementara anjing-anjing tiada berhenti mengigit tubuhku. Tusukkan taringnya kurasakan di kepalaku, pundakku, punggungku, dadaku, dan disekujur tubuhku. Saat itu saya berdo’a kepada Allah swt. dengan mengatakan, “Ya Allah sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, hingga melupakan selain-Mu. Sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, wahai Tuhanku. Wahai zat Yang Maha Esa, wahai zat Yang menjadi tempat bergantung. Bawalah aku dari alam kasar (dunia) ini. Sibukkanlah aku agar tidak mengingat seluruh hal selain-Mu. Sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, bawalah aku di hadirat-Mu. Berilah aku ketenangan yang sempurna dari-Mu. Liputilah aku dengan pakaian kecintaan-Mu. Berikanlah kepadaku rezeki mati syahid dijalan-Mu. Karunikanlah kepadaku kecintaan yang tulus kepada-Mu, keridhaan pada (ketentuan)-Mu dan Ya Allah, teguhkanlah diriku, sebagaimana keteguhan yang dimiliki oleh para ahli tauhid ya Allah!” Doa tersebut kuucapkan, sementara binatang-binatang buas itu tidak berhenti menusukkan taringnya disekujur tubuhku. Detik demi detik, minit demi minit dan jam demi jam pun berlalu. Tiba-tiba pintu ruanganku terbuka, lalu aku dikeluarkan dari kamar. Aku membayangkan, bahawa pakaian putih yang kukenakan telah berlumuran darah. Itulah yang saya rasakan dan bayangkan bahwa anjing-anjing itu benar-benar telah mengigitku. Akan tetapi, betapa terkejutnya aku. Seolah-olah pakaianku tidak terkena sesuatu apapun, dan seolah-olah tiada satu pun taring yang menembus tubuhku. Mahasuci Engkau ya, Allah. Sesungguhnya Dia selalu bersamaku dan selalu mengawasiku. Ya Allah, apakah aku ini layak mendapatkan kurnia dan kemuliaan dari-Mu. Ya, Tuhanku bagimu segala puji. Semua itu kuucapkan di dalam hatiku. Para penjaga penjara hairan ketika mengetahui bahawa anjing-anjing tidak merobek-robek tubuhku. Saya tidak mengetahui mengapa mereka amat hairan menyaksikan hal seperti itu. Bukankah Allah swt. telah berfirman,“Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” (Muhammad: 7)

Wednesday, April 16, 2014

Petua Untuk Menurunkan Panas Badan


Petua Untuk Menurunkan Panas Badan Dalam perubatan tradisional Melayu, kembang semangkuk digunakan untuk menurunkan panas badan, terutamanya ketika demam panas. Buah kembang semangkuk direndam dalam air hingga pecah dan menghasilkan air berwarna coklat jernih. Air ini diminum dan buahnya boleh dimakan untuk menyejukkan badan. Ia boleh digunakan bersama biji selasih dan getah anggur yang mempunyai kesan yang sama. Untuk lebih berkesan, selalunya air rendaman kembang semangkuk diembunkan semalaman sebelum diberi minum kepada pesakit. —

Tuesday, April 15, 2014


Bahan-Bahan: 5 cawan tepung 1 sudu kecil yis secubit soda bikarbonat 1 1/2 gelas air suam 1 gelas gula 1 biji telur minyak untuk menggoreng Cara Membuat 1. Kacau gula dalam air suam 2. Masukkan yis dan gaul sebati. 3. Tambah telur dan sebatikan. 4. Ayak tepung bersama soda bikarbonat dan gaul sedikit-sedikit dengan campuran tadi menggunakan senduk sehingga habis dan sebati 5. Biarkan sehingga adunan naik 2 kali ganda 6. Tarik adunan sedikit-sedikit mengikut bentuk yang dikehendaki dengan menggunakan senduk dan goreng dengan api sederhana 7. Bila sudah kuning keemasan, angkat dan toskan.

Sunday, April 13, 2014

PEMUDA TANYA - PRESIDEN JAWAB


EMUDA TANYA - PRESIDEN JAWAB Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang meluangkan kesempatan menjawab pelbagai persoalan diajukan para Pemuda PAS semasa Liqa’ Pemuda PAS Malaysia di Madrasah Nurul Hidayah, Kuala Ketil, Baling pada 5 April lalu. Ikuti ringkasan jawapan beliau yang dicatat Wartawan Harakah, IZWAN ABDUL HALIM yang mengikuti penuh program tersebut. Krisis Di Syria Perlu difahami dari aspek pertarungan politik antarabangsa di mana Yahudi dan Zionis melihat Islam hingga semua wadahnya mesti dihapuskan. Iraq, Iran dan Libya diperangi kerana memiliki teknologi yang boleh mengancam Israel. Membuktikan Israel memberi pukulan kepada Islam tanpa mengira mazhab agar benih Islam tidak berkembang. Dalam strategi politik itu, mereka bukan sahaja mengatur soal kenteraan, tetapi juga mengawal ekonomi sepertimana tindakan menjatuhkan Najmudin Erbakan yang berjaya memerintah Turki dan mengusulkan penggunaan Dinar kepada dunia Islam. Usul itu bukan sahaja memberi implikasi penggantian Dolar kepada Dinar sebagai kewangan antarabangsa, malah telah berjaya menggabungkan lapan negara umat Islam antaranya Turki, Malaysia, Mesir, Bangladesh, Indonesia dan Nigeria membentuk G8 menyaingi G7 dari blok Barat. Bahkan membawa kepada kebimbangan bahawa kelompok Islam akan menguasai teknologi dari Asia Tengah dunia jatuh kepada kelompok Islam. Barat melalui peranan CIA berjaya mewujudkan 100 kumpulan Islam di negara-negara Arab bertujuan menyaingi dan melumpuhkan kekuatan Gerakan Islam. Ketika sama Syria perlu dikawal sebagai tempat strategik untuk menjaga keselamatan Israel. Pernah berlaku perancangan secara terburu-buru untuk mewujudkan ‘Revolusi Syria’ seperti Iran dalam keadaan kekuatan kumpulan Islam belum jitu. Menyebabkan Hamas dipukul habis-habisan hingga lebih 80 ribu nyawa terbunuh, sedangkan Bashar al-Assad terus kuat. Kecelaruan di Syria melibatkan pertembungan sesama Islam apabila Russia dan China membekalkan senjata kepada Bashar, manakala Amerika membekalkan senjata kepada kumpulan Islam penentang Bas har. Hakikatnya ia strategi mempertahankan Israel dan menghancurkan Islam di Syria. Menunjukkan Islam perlu mengatur strateginya sendiri dan umat mesti mengambil iktibar kecelaruan di Syria. Tahaluf Siyasi Dalam mencipta gerakan massa, jangan dibanyakkan musuh. Iktibar dari surah ar-Rum menunjukkan Allah membenarkan sikap Nabi dalam politik antarabangsa berpihak kepada Rom yang terdiri dari ahli kitab dan tidak kepada Parsi penganut Majusi. Bermakna juga, antara dua musuh mesti dihindari musuh yang lebih besar. Bahkan, Nabi mengadakan tahaluf dengan bukan Islam semasa di Madinah. PAS menguasai massa termasuk dengan mengadakan tahaluf dan sepanjang sejarahnya pernah mengadakan tahaluf bersama Parti Negara, Sosialis, BN, CCC, S46 dan terkini bersama PKR dan DAP. Untuk bertahaluf perlu dilihat nilai, kekuatan serta kuantiti ahlinya pihak tersebut. Sekiranya memiliki ahli yang ramai, dalam urusan dan percaturan politik, PAS boleh bertahaluf dengan cara mendatang. Bacaan menyeluruh perlu dibuat termasuk soal pembahagian kerusi mesti disepadankan dengan jumlah ahlinya dan ia sebagai kerjasama taktikal sahaja. Majlis Selawat Umno Masjid Dhirar pernah didirikan masa Rasulullah di zaman Madinah yang tujuannya untuk melawan perjuangan Baginda. Apabila mengaku mengikut Nabi perlu ambil keseluruhan seruannya, bukan sebahagian. Memang selawat menandakan kasih kepada Nabi, tetapi jangan hanya berselawat, mesti berjuang bersama Nabi. Para sahabat RA mereka berperang, berjihad dan berhijrah bersama Nabi serta menghabiskan harta untuk perjuangan Islam. Orang berselawat kita alu-alukan, cuma mesti ditambah lagi dengan kerja-kerja Islam yang Nabi buat dan laksanakan perintah Nabi. Dengan harapan, adanya majlis selawat, manusia tinggalkan rock dan hiburan songsang serta menutup ‘night club’ dan unsur-unsur maksiat hingganya akhirnya mereka tahu bahawa seruan PAS selama ini benar. Masalah Berbilang Fikrah Sering berlaku terutama kepada mereka yang belajar diluar negara kerana bertemu saudara seIslam yang datang dari pelbagai negara dengan membawa pemikiran masing-masing. Perlu difahami, dalam perkara asas Islam yakni hukum halal dan haram tidak ada khilaf. Namun, dalam perkara untuk menegakkan Islam, wujud perbezaan pendekatan antara negara. Oleh itu apabila pulang ke negara sendiri, mesti mengikut pendekatan yang ada. Misalnya perlembagaan Turki mengharamkan kewujudan Parti Islam, hingga Recep Tayyip Erdogan isytiharkan partinya sekular, tetapi mewajibkan pelajarnya bertudung. Di Malaysia PAS tidak diharamkan. Bahkan, PAS telah banyak melangkah ke depan, misalnya di Kelantan telah sampai tahap menggubal undang-undang Syariat. Oleh itu, tidak patut berundur ke belakang. Maka, mengambil cara seperti negara lain untuk dilakukan di Malaysia adalah pendekatan yang tidak tepat. Apatahlagi Nabi berpesan agar berbicara dengan manusia mengikut bahasa difahaminya dan meletakkannya pada tempat yang betul. Oleh itu, fikrah mesti diterjemah berdasarkan realiti yang ada. Ada negara yang Islam boleh bergerak menerusi demokrasi pilihan raya dan dalam demokrasi memberi kebebasan untuk berdakwah. Jika saat dihalang pun di suruh berdakwah, apatahlagi demokrasi membenarkan, maka ruang itu perlu digunakan. Sepertimana peraturan dunia orang pergi menunaikan haji memerlukan pasport, maka perlu dibuat pasport untuk elak dari terhalang tujuan itu. PAS Alat Capai Matlamat Islam PAS adalah alat yang ditubuhkan ulama berdasarkan gerakan tajdid di mana selepas zaman yang tiada Nabi dan Rasul, maka kumpulan Islam adalah pengganti menyambung risalah. Kumpulan ini mestilah mempunyai ciri-ciri dan sifat yang dinyatakan dalam al-Quran. PAS menganggap kumpulan Islam yang banyak sebagai sahabat-sahabat. Jangan asyik dengan perbezaan hingga menghabiskan masa sebaliknya hadapi musuh yang sebenar. Dalam mengenali ulama perlu mengikuti ulama yang beramal dengan ilmu dan berjuang menuruti sunnah Nabi. Contohi pemimpin Ikhwanul Muslimin yang mengajar, menulis kitab, bahkan hingga sanggup dihukum bunuh untuk tegakkan Islam di mana mereka amanah beramal dan berjuang den gan ilmu. Ulama seperti ini tidak tunduk kepada siapa, malah mereka diberkati Allah. Perlu diadakan penilaian kerana terdapat ulama yang mengajar sahaja tetapi tidak beramal dengan ilmu. Ahlul Sunnah Wal Jamaah Perlu disedari adanya kecelaruan di kalangan umat Islam dan Ahlul Sunnah Wal Jamaah adalah penyelamat. Wujudnya pecahan mazhab meliputi fekah, tasauf dan akidah. Dalam akidah Ahlul Sunnah Wal Jamaah pun adanya Mazhab Asyairah dan Maturidiah serta Mazhab Salaf. Mazhab Salaf pula ada salaf zaman sahabat dan tabiin, ada juga salaf zaman mutakhir. Mendepani masalah furu’ atau cabang, serah paad ahli ilmu kerana berbalah dalam perkara yang tidak diketahui akan menjadi rosak. Dalam fekah pula ada Mazhab Syafie, Hanafi, Hambali dan Maliki serta ada Mazhab Sufyan ats-Tsauri, Hasan al-Basri, Ibnu Sirin, Abu Thur dan Qatadah. Dalam Mazhab Syafie ada Imam Nawawi, ar-Ramli dan Ibnu Hajar. Dalam Mazhab Hanafi ada Abu Yusuf, dan Muhammad al-Ghazal asy-Syaibani. Dalam Mazhab Hambali ada Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim. Di mana semua khilaf mereka berlaku dalam masalah furu’. Dalam syiah ada lebih kurang 30 hingga 40 mazhab. Ada Syiah khilaf dengan Ahlul Sunnah Wal Jamaah dalam masalah fekah, tetapi ada yang sama akidah, oleh itu bukan kafir semuanya. Ada Mazhab Khawarij Ibadi yang akidahnya sama dengan Ahlul Sunnah Wal Jamaah tetapi berbeza dari segi fekah. Terdapat juga Ahlul Sunnah seperti Umno, tetapi tanpa syariat Islam, hanya berzikir dan berselawat sahaja. Oleh itu kecelaruan yang ada perlu difahami dan adab para ulama mazhab masing-masing tetapi tidak pernah menyalah satu sama lain. Tragedi MH370 Mengikut teori teknologi, ia diculik, tetapi mengikut ilmu Allah, hanya Dia sahaja mengetahui. Soal siapa terlibat, tidak diketahui dan perlu cari bukti dan mencari kotak hitam hingga dapat disahkan pihak yang terlibat. Negara kita tidak ada kemampuan teknologi di mana ia juga sulit buat negara-negara Amerika, China, British dan lain-lain. Memandangkan keadaan sukar untuk pencarian itu, kita tidak boleh mempersend akan hal tersebut. Teruskan berdoa agar perkara ini dapat diselesaikan dan jika mangsa masih hidup doa agar mereka selamat, sekiranya mati doakan diberi rahmat. Terdapat banyak pandangan ulama berhubung ketetapan status kematian. Ada mengikut umur adat keluarga dan ada yang berdalilkan empat tahun berdasar peristiwa berlaku di zaman Umar al-Khattab.

Saturday, April 12, 2014

Petua Untuk Mudah dan Cepat Menemui Jodoh Anda


Petua Untuk Mudah dan Cepat Menemui Jodoh Anda 1. Jodoh itu ketentuan Allah dan anda wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, akan menemukan anda dengan bakal pasangan hidup anda. 2. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini. 3. Cuci hati anda dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif. 4. Berdoa dan latih diri agar anda pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada anda . 5. Jangan mudah memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan anda. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan anda. 6. Orang akan mudah tertarik pada pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan. 7. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan anda. Jika anda didapati berbohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada anda.

Friday, April 11, 2014

Petua Untuk Merawat Mati Pucuk Angkara Sihir


Petua Untuk Merawat Mati Pucuk Angkara Sihir a. Bacakan ayat-ayat di bawah ini sebanyak 7 kali pada air, lalu airnya itu dibuat minum dan digunakan untuk membuat permandian (iaitu pada mereka yang terkena sihir mati pucuk) selama 7 hari berturut-turut. إن شاء الل sihir akan gugur. b. Sekiranya masih belum terhasil buatlah beberapa kali ulangan dan banyaklah berdoa kepada Allah s.w.t. 1. Surah Yunos 81 - 82 “Qola Musa maa jiktum bihis sihru innol lohha sayubthiluhu innol lohha laa yuslihu ngamalal mufsidin. Wayuhikkul lohhul hakqo bikalimaatihi walau qarihal mujrimun.” 2. Surah Al-’Araf 117 - 122 “Wa awhainaa illa musa an alqi ngasaaka faiza hiya talqofu mayakfikun. Fawaqo ngal hakqu wabathola maa kaanu nyakmalun. Fa ghu libu hunaa lika wan qolabu sho giriin. Wa ulqiyas shaharotu saajidin. Qolu aaman na birobbil ngalamin. Robbi musaa wa haarun.” 3. Surat Thaha 69 “Innama sona ghu kaidu saa hirin walaa yuflihus syaahiru haisu ataa.” NOTA: Untuk mengelakan kesalahan bacaan dan bunyi yang betul, sila rujuk pada kitab suci Al-Quran, kerana tulisan rumi kekadang mempunyai kata bunyi yang berbeza.

Thursday, April 10, 2014

Petua Untuk Menangani Fitnah


Petua Untuk Menangani Fitnah 1. Elakkan diri daripada mencampuri orang yang suka gosip. 2. Jika sampai juga fitnah pada diri anda, periksa dahulu. Jangan melulu, bertenang dan sabar. 3. Mohon perlindungan Tuhan. Baca Ayatul Kursi semasa keluar dan masuk rumah. Baca ayat Tawakkal semasa keluar rumah. Surah Al-Fatihah, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas sebanyak 3 kali sebelum tidur. 4. Jangan terperangkap dengan menjadi juru fitnah, pembawa fitnah, dan menyambung fitnah. 5. Banyak berdoa mohon pada Tuhan. Cari jalan keluar. Minta nasihat dari sahabat-sahabat yang baik amalnya.

Thursday, April 03, 2014

Petua Untuk Mengurangkan Kencing Manis


Petua Untuk Mengurangkan Kencing Manis Pilihan 1: Kulit Buah Manggis - Ambil kulit buah manggis dan bersihkannya. Kemudian, keringkan kulit tersebut. Rebuskan kulit buah manggis yang sudah kering sampai mendidih. Setelah itu, biarkannya suam dan minum perlahan-lahan. Air rebusan ini perlu diminum 2 kali sehari. Walaupun rasanya agak kelat dan pahit, jika diamalkan mampu mengurangkan tahap penyakit kencing manis. Pilihan 2: Petai - Anda boleh pilih samaada memakannya secara mentah, merebus ataupun mencapurkannya dalam masakan. Amalan memakan petai ini bagus kerana ia mampu menghalang jangkitan serta mengubati sistem pembuangan air kecil. Selain kencing manis, petai juga berkhasiat mengurangkan tekanan darah tinggi

Wednesday, April 02, 2014

Prinsip Dalam Pekerjaan Seorang Muslim :


At-Tabrani meriwayatkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w. yang mafhumnya: “Mereka yang mencari harta dunia (kekayaan) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam.” Secara amnya manusia yang berperibadi cemerlang berjaya menyempurnakan tugasnya berdasarkan kekayaan ilmu pengetahuan yang ada, penghayatan dan penuh ketelitian, dan pengamalan ilmunya, serta melaksanakan tugas yang sentiasa mencapai atau melepasi ukuran cemerlang. Mereka juga digambarkan melalui tingkah laku yang sentiasa berhemah tinggi, berbudi pekerti mulia, dan menerima tanggungjawab sebagai amanah. Sebagai penjawat di sesebuah organisasi, kita tidak dapat lari daripada menerima kesan daripada perubahan ini. Jika kita tidak cepat bertindak menyesuaikan diri dengan perubahan ini dikhuatiri kita tidak akan mampu menyampaikan perkhidmatan seperti yang dituntut oleh masyarakat luar yang telah berubah mengikut persekitaran. Bagi melahirkan organisasi yang gemilang, individu yang menggerakkan organisasi mestilah terlebih dahulu cemerlang. Marilah bersama-sama kita bermuhasabah diri, sejauhmanakah kedudukan kita dalam dunia pekerjaan ini? Adakah kita telah membawa perubahan kepada diri, keluarga, negara, organisasi dan kepentingan agama kita?. Dalam keadaan kemelestan ekonomi dunia sekarang, banyak pihak mengurangkan produk pengeluaran dan jumlah pekerja mereka. Namun kita sebagai penjawat awam atau swasta yang masih bekerja hendaklah bersyukur dan meneruskan usaha ke arah perkhidmatan cemerlang; bekerja dalam konteks amal soleh dan nilai-nilai murni bagi memastikan perubahan yang lebih positif terus dicapai. Firman Allah s.w.t. dalam surah at-Taubah ayat 105: وَقُلِ اعْمَلُواْ فَسَيَرَى اللّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ وَالْمُؤْمِنُونَ وَسَتُرَدُّونَ إِلَى عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ Maksudnya: “ Katakanlah (wahai Muhammad), beramallah kamu akan segala yang diperintahkan, maka Allah s.w.t. dan Rasul-Nya serta orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada Allah s.w.t. yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dab nyata. Kemudian Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan.” Prinsip Dalam Pekerjaan Seorang Muslim : Prinsip Kesempurnaan (Al-Itqan)Pembaharuan (Ai-Tajdid)Inovasi (Al-Ibda)

Blog Archive