Wednesday, May 28, 2014

TIPS MENJAGA BUAH PINGGANG


TIPS MENJAGA BUAH PINGGANG ** Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua liter sehari terutama orang yang bekerja kuat serta berpeluh dan cuba elakkan dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram ,buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah kana. ** Memakan mi segera seperti mi maggi dan makanan rapu seperti twisties, chikadess, serta mi kuning dan roti canai memudahkan penyakit buah pinggang menyerang (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei) ** Minuman seperti nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana kandungan utama minuman ini mempunyai bahan kimia pewarna dan perisa, meminum teh kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh ‘recycle’ yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa. ** Pengambilan Coklat perlu dielakan dan meminimunkan pengambilan air milo dan gantikannya dengan horlick , dilarang sama sekali pengambilan minuman bergas kerana merosakkan buah pinggang. ** Kurangkan pengambilan ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang. Mencegah adalah lebih baik dari merawat..

Tuesday, May 27, 2014

Petua Untuk Menjadi Suami Yang Terbaik


Petua Untuk Menjadi Suami Yang Terbaik 1. Ringan Tulang - Jangan jadi tuan di rumah dengan memerhatikan sahaja isteri melakukan semua kerja rumah. Sesekali, ringankan tulang membantu isteri menyiapkan meja makan dan lain-laian. 2. Ambil Hati Isteri - Beri kata pujian terutama apabila masakan pilihannya untuk berbuka memang enak. Jangan diperbesarkan hal yang kecil sedangkan ia boleh diselesaikan sendiri oleh si suami contohnya masakan kurang garam atau minuman tawar. Jangan terlalu manjakan diri kerana isteri bukannya orang gaji. 3. Uruskan Anak-Anak - Jika lihat isteri terlalu sibuk dengan urusan lain, tolong uruskan anak-anak seperti menukarkan lampin atau menghantar dan mengambil anak dari sekolah. Layan kerenah anak supaya mereka tidak mengganggu ibunya yang sibuk di dapur. 4. Tunjukkan Kasih Sayang - Bekerja seharian dan kemudian melakukan kerja di rumah memang memenatkan. Oleh itu, suami harus faham jika isteri kadang-kadang kurang melayan suami. Apabila lihat isteri keletihan, urutkan badan dan kakinya. Tunjukkan kasih sayang sebagai suami. Sentuhan dan belaian suami mampu menjadi vitamin untuk isteri melakukan kerja rutinnya tanpa keluhan. 5. Sediakan Pembantu Rumah - Kerja rumah seperti memasak, mengemas rumah, menyapu sampah, menyusun dan mengatur bukanlah tugas isteri. Justeru jika mampu, sediakan pembantu rumah untuknya. Sekurang-kurangnya, isteri tidak terlalu penat hingga tiada masa untuk suami dan anak. 6. Doakan Kebaikan Untuk Isteri - Ambil kesempatan untuk mendoakan kebaikan dan kesejahteraan kepada isteri ketika Ramadan ini. Doakan juga supaya isteri diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik untuk dia terus menjalankan tanggungjawab sebaiknya sebagai isteri.

Monday, May 26, 2014

Khasiat Pokok Putat


Khasiat Pokok Putat a. Kebanyakan pokok puttat, yang pucuknya boleh dibuat ulam, adalah baik untuk kesihatan kulit, melancarkan darah dan memberi banyak manfaat kepada golongan wanita. Walaupun begitu, hanya mereka yang sudah biasa memakannya sahaja yang tahu khasiatnya. Putat adalah herba yang sesuai diamalkan untuk awet muda. b. Buahnya boleh diparut untuk dibuat jus minuman ataupun ditampalkan pada bahagian muka bagi melicinkan kulit. c. Akar Putat yang direbus dan diminum air rebusannya boleh mengurangkan keputihan dan menghilangkan ketagihan dadah. d. Ia juga boleh mengubati gatal-gatal kulit, cacar air dan bengkak di kulit. Kulit batang Putat pula dapat mengurangkan komplikasi resdung. Caranya ialah kopek kulit batangnya dan jemur sehingga kering. Kemudian, bakar dan sedut melalui hidung sehingga keluar air lendir. Ulangi setiap hari sehingga sembuh penyakit resdung.

Sunday, May 25, 2014

Kalaulah GRO Di Malaysia Disebat Begini..

Petua Untuk Kulit Segar dan Sihat


Petua Untuk Kulit Segar dan Sihat 1. Minum air suam sekurang-kurangnya 8 hingga 10 gelas sehari. 2. Pastikan tidur anda cukup antara 8 hingga 10 jam sehari. Lupakan segala tekanan kerja. Tidur yang tidak cukup akan menyebabkan kulit muka akan kusam, berkedut, letih dan sembab. 3. Pastikan kulit muka dicuci dan dibersihkan 2 kali sehari bagi mengekalkan kecantikan wajah. Gunakan pencuci, penyegar dan pelembap muka yang bersesuaian dengan jenis kulit. 4. Beriadah atau melakukan senaman seperti berjalan kaki, berjogging atau menunggang basikal boleh meningkatkan tenaga dan membantu aliran darah.

Wednesday, May 21, 2014

Petua Untuk Kulit Bercahaya


Mentimun - Kandungan vitamin E dan kadar airnya yang tinggi menjadikan mentimun makanan yang paling efektif untuk merawat dan melembabkan kulit. Hancurkan mentimun dan oleskan pada kulit akan membuat wajah anda halus dan terasa segar. Ia juga memberikan efek “menenangkan” wajah anda setelah lama terkena paparan sinar matahari. Jus mentimun juga dapat membersihkan racun pada tubuh, mencegah atau melambatkan kedutan dan membantu mengubati jerawat dan radang sendi. Juga berguna untuk menghilangkan bintik-bintik hitam pada wajah dan menguatkan rambut serta kuku. Letakkan hirisan mentimun pada kelopak mata.

Tuesday, May 20, 2014

mendoakannya secara ikhlas


Kisah Benar – Awak Hanya Ada 1 Hari Sahaja Untuk Hidup | Apa yang ditulis ini diceritakan oleh sahabat saya (kisah benar) berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32 tahun yang cantik dan baik hati. Suri rumahtangga sepenuhnya. Dikurniakan dua orang anak lelaki berusia 8 dan 6 tahun. Beliau berkerja di sebuah syarikat antarabangsa sebagai maintenance engineer di samping memegang jawatan sebagai penyelia Emergency Responce Team ( ERT ) di kilangnya. Tugasnya agak sibuk dan adakalanya berkerja sehinga lewat malam dan juga di hujung minggu. Januari 2009, beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalanraya sewaktu ke tempat kerja pada kira-kira jam 7.30 pagi. Kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah van kilang sewaktu dia cuba memotong sebuah van kilang yang lain di sebuah selekoh di sebatang jalan raya. Beliau telah koma selama 3 hari dan dirawat di sebuah hospital pakar selama 47 hari lagi. Saya di antara orang yang awal sampai di hospital selepas mendapat panggilan dari isterinya. Saya juga di antara orang yang pertama dilihatnya selepas beliau sedar dari koma selepas isteri dan doktor yang merawatnya. Sewaktu beliau koma, beliau telah didatangi oleh seorang malaikat dan mengatakan padanya usia beliau hanya tinggal 1 jam saja iaitu pada hari Ahad, jam 1.45 petang. Walau bagaimanapun Allah akan menangguhkan kematiannya sekiranya ada 50 orang yang mendoakan secara ikhlas akan panjang usianya. Beliau agak kebingungan ketika itu. Beliau bertanyakan sudah ada berapa orangkah yang mendoakannya secara ikhlas sehingga kini. Jawab malaikat itu hanya baru 3 orang. Malaikat menunjukkan sesiapakah orang-orang itu. Dilihatnya insan itu ialah isteri beliau yang bercucuran airmata sejak hari pertama lagi beliau di hospital itu dan juga kedua anak beliau yang sedang tidur tergolek di kerusi menunggu pesakit di luar wad. Malaikat itu juga telah memperlihatkan akan mereka yang mendoakannya iaitu kawan-kawannya termasuk saya, ahli kariah masjid yang membacakan surah Yasin untuknya. Ibubapanya, ibubapa isterinya, adik beradik, sahabat handai dan rakan sepejabat. Kesemua di antara mereka telah melawatnya dan mendoakannya tetapi tidak diterima oleh Allah. Beliau bertanya kepada malaikat itu, mengapa doa mereka tidak diterima. Malaikat menjawab, tiada keikhlasan 100% di hati mereka. Masa kian suntuk. Dia pun tidak tahu mengapa malaikat memperuntukkan masa yang begitu singkat kepadanya untuk hidup di dunia ini. Apa yang akan terjadi padanya kini? Dia pun kurang pasti. Malaikat terus menunggu dan melihat waktu yang kian menghampiri jam 1.45 petang. Hanya tinggal 10 minit lagi. Adalah mustahil untuk mencari 47 orang yang ikhlas mendoakan panjang usianya dalam masa sesingkat itu. Dia bertanyakan malaikat itu, adakah tuan akan mencabut nyawa sekiranya saya gagal mendapat 47 orang berkenaan? Jawab Malaikat “Ya:. Kurang dari 1 minit, malaikat menghampirinya…. Kemudian….secara tiba2 apabila masa tinggal kurang dari setengah minit, malaikat makin menghampirinya dan berkata, “Allah mengkabulkan doa mereka yang mendoakan panjang usia anda. Anda berjaya mendapat 50 orang ikhlas yang berbuat demikian“ Sahabat saya bertanya, “siapakah orang-orang itu?” Malaikat menunjukkan mereka itu. Mereka adalah jemaah anak yatim yang baru saja menunaikan solat Zohor sebentar tadi dan berdoa untuk anda. Anda pernah pergi ke rumah anak-anak yatim berkenaan pada bulan Ramadhan yang lalu dan pernah menghulurkan bantuan kewangan. Mereka telah terbaca di dalam akhbar harian berkenaan kemalangan anda dan Zohor tadi mereka telah bersolat dan berdoa untuk anda. Doa ikhlas mereka diterima Allah swt. Malaikat itu kemudiannya ghaib dan tepat 1.45 petang sahabat saya tersedar dari komanya dan meraung kesedihan. Isteri beliau yang ada di sisinya turut menangis dan juga saya. Saya sebenarnya tidak tahu pada ketika itu apa yang berlaku padanya di dalam komanya dan mengapa beliau menangis selepas sedar dari komanya. Setelah beberapa ketika barulah cerita di atas ini diceritakan pada saya untuk tatapan anda semua. Apa yang disesalkan: 1. Beliau telah mengabaikan masa santai bersama isteri dan anaknya kerana mengejar duit dan tanggungjawab kerja. Sedangkan isteri dan anak-anaknya amat sayang padanya dan doa mereka amat ikhlas. 2. Dia telah mengabaikan tanggungjawab sosial dengan jiran dan masyarakat sekeliling dan ini menyebabkan mereka tidak ada rasa kasih pada nya walau pun dia akan mati 3. Dia telah mengabaikan dan tidak menepati janji-janji pada kawan-kawan sehingga kawan-kawannya marah padanya dan sehingga doa2 mereka tidak ikhlas. 4. Beliau jarang pergi masjid kecuali pada hari Jumaat dan ini menyebabkan jemaah masjid kurang mengenalinya dan menyebabkan doa mereka tiada keikhlasan 5. Beliau jarang memberi sedekah dan amal jariah. Nasiblah ada sumbangan ke rumah anak yatim yang diberikan tempoh hari atas desakan isteri beliau. 6. Beliau jarang bertolak ansur dengan kakitangannya walaupun hal-hal yang remeh. Ini menyebabkan kakitangannya membencinya dan doa mereka juga tiada keikhlasan. 7. Beliau jarang berkunjung ke rumah adik beradik dan takut adik beradik meminjam wang dengannya. Ini menyebabkan juga tiada keikhlasan dari mereka. 8. Beliau banyak kali menyakiti hati hati ke dua ibubapanya kerana tidak menunaikan janji untuk balik ke kampung pada hari-hari tertentu lantaran kerja beliau. Ini menyebabkan ibubapanya marah. Kes ini hanya Allah yang tahu. 9. Beliau gagal menunaikan solat pada waktunya lantaran kerja beliau atau adakalanya tertinggal terus terutamanya solat Asar 10. Beliau tidak menunaikan zakat walaupun beliau memang layak berbuat demikian. Sahabat : Allah masih sayang pada sahabat saya ini ataupun ianya untuk memberi pengajaran pada kita melalui tulisan saya ini. Ambillah iktibar dari kisah benar ini. Sahabat saya ini masih gagal untuk mendapatkan perlindungan takaful disebabkan oleh kemalangan dan kecederaannya. Dirikan solat tepat pada waktunya, keluarkanlah zakat. Luangkan masa bersama keluarga. Imarahkan masjid selalu. Baliklah selalu lihat wajah ibubapa kerana Allah akan memberikan pahala ke atas perbuatan kita itu. Berbaiklah dengan jiran dan kenalilah mereka. Bertolak ansurlah dengan mereka yang memerlukan. Ingat! kita akan dapat apa yang kita telah beri. Selalulah memberi. jangan lupa KOMEN & SHARE selepas baca insyaALLAH semoga bermafaat untuk semua

Sunday, May 18, 2014

Jangan Gopoh Untuk Melihat Kejayaan Tarbiah.


angan Gopoh Untuk Melihat Kejayaan Tarbiah. Ustaz Idris Hj Ahmad 15/5/14 Kena sabar sebagai orang yang buat kerja tarbiah. Tidak ada jalan pintas untuk melihat hasil tarbiah. Benar seperti pepatah Arab "Sabar ikut seperti Nabi Ayub A.S, panjang umur perjuangan ikut Nabi Nuh A.S". Ada yang berjaya, ada yang gugur di pertengahan jalan. Paling malang gugur bersama dengan musuh. Golongan inilah yang paling merbahaya kerana mereka memahami selok belok di dalam jamaah. Mereka mengetahui strategi jamaah, lebih lebih lagi jika mereka di ranking yang tertinggi di dalam parti. Tetapi InsyaAllah, jamaah tetap akan terpelihara. Mereka yang kianat pula tidak bahagia di dunia lagi, di akhirat Allah yang tentukan. Kita jangan gopoh untuk melihat kejayaan tarbiah. tarbiah ialah bina manusia, bukan bina bangunan. Bina bangunan mudah kerana ia kaku, tidak berfikir dan bergerak, berlainan dengan manusia ia boleh bergerak dan berfikir sepanjang masa. Benarlah kata Saidina Umar " Didiklah anak kamu sesuai dengan zaman nya, bukan zaman kamu". Begitulah juga di dalam nizam tarbiah Pas yang bersifat anjal dan teguh (tawabit dan mutagayyirat). Sebab itu Pas sentiasa evergreen dalam semua keadaan. Strategi yang diatur tidak pernah membelakangkan Syariat. Perkara asas iaitu mengenai akidah, syariat dan akhlak . Ini merupakan perkara abjadiat (maratib) di dalam sistem tarbiah yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat. Tidak betul di dalam sistem tarbiah, jika daripada awal orang mengenali Pas terus diperkenalkan Tahaluf Siasi, sedangkan perkara asas ia tidak faham dalam diri dia. Jika ini berlaku ia merupakan satu penyelewingan di dalam sistem tarbiah. Mereka ini akan membuat masalah di dalam parti, kerana mereka tidak faham mengenai asas keperluan di dalam sebuah jamaah. Orang seperti ini bahaya kerana mudah kecewa bila ia hanya memikirkan perjuangan ini dari sudut politik semata-semata, bukan sebagai satu tanggungjawab. Ia akan gugur di pertengahan jalan kerana nafasnya tidak panjang. Menguruskan tarbiah di era langit terbuka bukan suatu perkara yang mudah. Kadang -kadang manhaj yang Pas berikan diketepikan begitu sahaja. Malahan ada yang menolak unsur-unsur asas di dalam tarbiah seperti wala' dan thiqah. Paling bahaya ada yang menganggap wala' adalah candu yang wajib dihindari. Pada mereka Pas tidak maju, jika masih didoktrin dengan konsep ini. Begitu juga dengan anggapan bahawa tidak perlu berjuang bersama jamaah. Mereka menggunakan logik untuk menolak hujah bahawa wajib bersama dengan jamaah. Hadis Nabi SAW "Wajib atas kamu berjamaah, jamaah adalah rahmat, berpecah merupakan mala petaka". Ini semua hujah tidak dipakai oleh golongan ini. Mereka mendakwa pemikiran akan terkongkong dan tidak bebas apabila bersama jamaah. Pada hal mereka yang menganggap tidak perlu berjamaah, sebenarnya tetap juga berjamaah, iaitu "jamaah yang tidak mahu berjamaah". Semuanya menjadi cabaran dan memerlukan kepada kebijaksanaan dalam menguruskan tarbiah. Walau bagaimana cabaran untuk melihat hasil tarbiah sukar dan payah. Namun usaha mesti diteruskan, walau pun setinggi mana ombak yang menghalang perjalanan. Tidak ada kamus kecewa dan putus asa bagi rijal dakwah dan rijal tabiah. Allah marah mereka yang bersikap putus asa di dalam amal, lebih-lebih lagi di dalam amal Islami. Kita mesti yakin rahmat Allah bersama dengan daya usaha yang kita curahkan. Kejayaan atau kegagalan bukan urusan kita. Allah tidak persoal tentang kejayaan atau kegagalan, yang ditanya ialah usaha dan kerja buat kita. Allah membantu usaha baik kita. Yakinlah usaha baik ini akan memperolehi kejayaan. Buktinya masyarakat sudah boleh menerima Syariat Allah. Walau pun suatu ketika dahulu isu ini dianggap dagang. Alhamdulillah semuanya masyarakat sudah mula berbicara mengenai syariat Allah. Kata-kata nista dan keji tidak lagi kedengaran, cuma ada suara-suara sumbang dari kalangan mereka yang istiqamah tidak mahu menerima syariat Allah. Golongan ini kita serahkan kepada Allah untuk memberi hidayah.

Saturday, May 17, 2014

Petua Melayu Lama Untuk Mencipta Lesung Pipit


Petua Melayu Lama Untuk Mencipta Lesung Pipit Ambil daun betik yang tua dan tumbuk hingga lumat. Perah hingga keluar air. Ambil hampasnya dan sapukan pada pipi. (Tandakan terlebih dahulu). والله والله

Friday, May 09, 2014

Petua Untuk Pakaian Terkena Dakwat


Petua Untuk Pakaian Terkena Dakwat Pilihan 1: Bancuh sedikit susu dengan sedikit air. Biarkan ianya pekat. Celup dan rendamkan pakaian yang terkena dakwat tadi ke dalam bancuhan susu tersebut selama 20 hingga 25 minit. Kemudian basuh dan bilas pakaian itu seperti biasa. Pilihan 2: Titiskan air limau yang bercampur dengan garam pada tanda dakwat dan gosok-gosoklah dengan tangan. Biarkan ia seketika sebelum membasuhnya seperti biasa. Pilihan 3: Picitkan penyembur rambut pada pakaian tersebut. Biarkan ia kering sebentar. Kemudian sapukan pula air yang bercampur cuka. Berus dan basuhlah seperti biasa.

Saturday, May 03, 2014

Tip-tip Untuk Mengguna Tandas Awam


Petua Untuk Mengguna Tandas Awam 1. Pastikan anda ada duit syiling secukupnya kerana penjaga tandas belum tentu akan membenarkan anda masuk walaupun anda terdesak sangat. 2. Pastikan tandas ada bekalan air atau tidak. Jangan gunakan tandas jika tidak ada bekalan air. 3. Pastikan tandas yang anda gunakan itu mempuyai penyelak atau dikunci dengan baik untuk mengelak orang lain terperanjat. 4. Jangan lupa mengepam atau flush mangkuk tandas setelah selesai melepaskan hajat kerana sudah tentu anda sendiri tentu tidak akan berasa selesa menggunakan tandas yang tidak dipam. 5. Simpan baik-baik barangan berharga seperti dompet atau handphone agar tidak terjatuh ke dalam mangkuk tandas atau tertinggal di dalam tandas. 6. Jangan menconteng dinding tandas lebih-lagi dengan gambar lucah kerana tidak ada orang yang akan menghargai bakat terpendam anda itu. 7. Jangan mengguakan tandas terlalu lama kerana mungkin ada seseorang di luar yang berada dalam keadaan terdesak ingin menggunakan tandas. 8. Walaupun anda tidak selesa buang air kecil secara berdiri, tetapi jangan pula anda panjat dan duduk mencangkung di tempat membuang air kecil. 9. Jangan mengeluarkan suara meneran dengan kuat sekiranya anda mengalami sembelit.

Friday, May 02, 2014

petua untuk wanita jaga badan


Petua Untuk Wanita Menjaga Badan 1. Jangan makan makanan yang berkarbohidrat tinggi seperti nasi, roti, meehon, keow teow atau mee. 2. Jangan makan makanan yang mempunyai kandungan gula atau garam yang tinggi seperti ikan masin, kicap, cili sos, tomato sos, yogurt manis dan sebarang jeruk. 3. Jangan makan “frozen food” (makanan beku sejuk) seperti burger, bebola ikan, sosej dan sebagainya. 4. Kurangkan pengambilan minuman yang berkafein seperti teh dan coklat. Kafein melambatkan pembakaran lemak. 5. Minum air masak (air suam atau air sejuk) sekurang-kurangnya 2 liter sehari. 6. Banyakkan makan sayur-sayuran dan makanan yang berasaskan soya. 7. Anda boleh makan daging, ikan, makanan laut dan juga keju (cheese). Tetapi jangan makan nasi atau roti. 8. Anda mesti bersenam sekurang-kurang 30 minit sehari.

Thursday, May 01, 2014

Kisah nyata dari Arab Saudi.


Kisah nyata dari Arab Saudi. Dr Jasim Al Haditsy, seorang penasihat kesihatan jantung di Hospital di Riyadh menceritakan.. “Salah seorang rakanku bercerita kepadaku, suatu malam semasa dia bertugas ada seorang pesakit yang meninggal dunia Untuk memastikan kematian pesakit tersebut, dia meletakkan stetoskop di dada pesakit tersebut kemudian mendengar suara azan,’Allahu Akbar, Allahu Akbar, Asyhadu alla ilaha illallah’ Dia berkata,”saya rasa sudah azan subuh…..pukul berapa sekarang???” Jururawatnya berkata : “pukul satu pagi” Saya tahu bahawa masa itu belum masanya solat Subuh Kemudian saya meletakan kembali stetoskop diatas dada pesakit tersebut dan kembali mendengar azan tersebut hingga selesai innity_pub = "966b6dfb6b0819cc10644bea3115cf20"; innity_cat = "MALAY,NEWS"; innity_zone = "42072"; innity_width = "300"; innity_height = "250"; innity_country = "MY"; Lalu keesokan harinya saya bertanya kepada keluarganya tentang kehidupan arwah. Keluarga pesakit tersebut mengatakan dia (pesakit yg meninggal) bekerja sebagai muazzin di sebuah masjid. Dia biasanya datang 15 minit sebelum waktu solat datang ia selalu mengkhatamkan Al Qur’an dalam tiga hari dan sangat menjaga lisannya dari kesalahan”. Subhanallah…….. Dari Muawiah bin Abi Sufyan RA dia berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: لْمُؤَذِّنُونَ أَطْوَلُ النَّاسِ أَعْنَاقًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ “Orang-orang yang azan (muazzin) adalah orang yang paling panjang lehernya pada hari kiamat.” (HR. Muslim no. 387) Yakni tatkala manusia sudah berdesak-desakan dan ketika peluh-peluh manusia sudah membanjiri mereka, bahkan ada yang peluhnya setinggi mulutnya. Maka muazzin selamat dari semua itu kerana leher mereka yang panjang. (Syarh Muslim: 4/333 karya An-Nawawi) Abu Said Al-Khudri RA pernah berkata kepada Abdullah bin Abdirrahman bin Abi Sha’sha’ah Al-Anshari: ى صَوْتِ الْمُؤَذِّنِ جِنٌّ وَلَا إِنْسٌ وَلَا شَيْءٌ إِلَّا شَهِدَ لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ. قَالَ أَبُو سَعِيدٍ: سَمِعْتُهُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ “Saya perhatikan kamu sangat menyukai kambing dan kampung. Kerananya jika kamu sedang bersama kambingmu atau sedang berada di kampungmu lalu kamu mengumandangkan azan untuk melaksanakan solat, maka tinggikanlah suaramu ketika azan. kerana sesungguhnya tidaklah suara muazzin itu didengarkan oleh jin, manusia, dan yang lainnya melainkan semuanya akan menjadi saksi baginya pada hari kiamat. Kemudian Abu Said berkata, “Saya mendengarkan (hadis) ini dari Rasulullah SAW.” (HR. Al-Bukhari no. 87) Dari Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda : لَوْ يَعْلَمُ النَّاسُ مَا فِي النِّدَاءِ وَالصَّفِّ الْأَوَّلِ ثُمَّ لَمْ يَجِدُوا إِلَّا أَنْ يَسْتَهِمُوا عَلَيْهِ لَاسْتَهَمُوا وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِي التَّهْجِيرِ لَاسْتَبَقُوا إِلَيْهِ وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِي الْ “Kalau seandainya manusia mengetahui besarnya pahala yang ada pada panggilan (azan) dan saf pertama kemudian mereka tidak boleh mendapatkannya kecuali dengan undian maka pasti mereka akan mengundinya. Dan kalaulah mereka mengetahui besarnya pahala yang akan didapatkan kerana bersegera menuju solat maka mereka pasti akan berlumba-lumba (untuk menghadirinya). Dan kalaulah seandainya mereka mengetahui besarnya pahala yang akan didapatkan dengan mengerjakan solat Isyak dan subuh, maka pasti mereka akan mendatanginya meskipun harus dengan merangkak.” (HR. Al-Bukhari no. 69 dan Muslim no. 437)

Blog Archive