Monday, January 26, 2015

Kisah Sahabat Nabi : Abdullah bin Huzafah al-Sahmi


Kisah Sahabat Nabi : Abdullah bin Huzafah al-Sahmi Kisah ini dipetik semasa beliau bersama tentera Islam ditawan oleh tentera Rom di dalam satu peperangan untuk membebaskan Syam. Raja Rom mendapat khabar bahawa beliau adalah salah seorang sahabat Nabi S.A.W dan ingin menguji imannya. Lalu dibawa Ibnu Huzafah ke hadapan Harcules maka dikatanya,"Masuklah kepada agama kami maka engkau akan diberi apa sahaja harta yang engkau mahu". Tawaran ini ditolak oleh Ibnu Huzafah lalu Harcules menawarkan tawaran kedua dengan katanya, "Masuklah kristian maka engkau akan ku kahwinkan dengan puteriku". Tawaran ini juga ditolak oleh Ibnu Huzafah lalu Harcules menwarkan tawaran ketiga dengan katanya, "Masuklah kristian maka engkau akan berkongsi kuasa ini denganku". Namun begitu tawaran ini turut ditolak lalu ditawarkan yang keempat iaitu akan dapat berkongsi kuasa dan sebahagian daripada harta kekayaan Harcules tetapi tawaran ini juga ditolak mentah-mentah oleh Ibnu Huzafah. Beliau dengan tegas menjawab, "Sekiranya engkau menyerahkan semua apa yang engkau miliki kepadaku dan semua yang dimiliki oleh arab namun aku tidak akan berganjak sedikit pun daripada agama Muhammad walau pun sekelip mata". Setelah kesemua tawarannya ditolak lalu Harcules mengugut untuk menyeksa dan membunuh Ibnu Huzafah yang tidak sekali-kali berganjak samada ditawarkan dunia ataupun diugut dengan siksaan. Setelah itu Ibnu Huzafah dipenjara dan tidak diberi makan dan minum selama tiga hari. Selepas itu dibawa arak dan daging babi untuk dimakan namun Ibnu Huzafah langsung tidak menjamah apa yang dihidangkan. Melihat perkara ini lalu Harcules memerintahkan agar dikeluarkan Ibnu Huzafah daripada tahanan lalu ditanya, "Mengapa engkau tidak makan daging babi dan arak yang dihidangkan sedangkan engkau kelaparan". Dengan tegas Ibnu Huzafah menjawab,"Walau pun Islam menghalalkan perkara tersebut kepadaku ketika dharurat tetapi aku bimbang jika aku menjamahnya maka engkau menganggap bahawa betapa hinanya Islam". Kemudian Ibnu Huzafah diikat pada kayu dan dipanah berhampiran tubuh Ibnu Huzafah bertujuan untuk menakutkannya. Harcules terus menawarkan agar beliau keluar dari Islam tetapi beliau tetap dengan pendiriannya. Kemudian Harcules mencuba lagi untuk memurtadkan Ibnu Huzafah apabila dibawa bekas besar yang diisi air dan dipanaskan dengan bakaran kayu dibawahnya. Apabila air telah mendidih lalu dihumbankan seorang tawanan Islam ke dalamnya lalu mati dengan berkecai dagingnya. Kemudian dihumbankan tawanan Islam yang kedua di mana turut gugur syahid sebagaimana sebelum ini. Perkara ini disaksikan oleh Ibnu Huzafah tetapi beliau tidak merasa gerun malah bertambah tetap dengan Islam. Kemudian diperintah agar Ibnu Huzafah dihumbankan dalam air panas menggelegak itu lalu pengawal memegang Ibnu Huzafah. Ketika mahu dihumbankan lalu Ibnu Huzafah menangis dan diberitahu kepada Harcules tentang perkara ini lalu dia menyangka bahawa Ibnu Huzafah begitu takut mati sehingga beliau menangis dan bersedia untuk menerima tawaran untuk masuk kristian. Tetapi apabila ditawarkan untuk masuk kristian lalu dengan tegas Ibnu Huzafah menolaknya. Harcules terkejut lalu bertanya," Jika begitu, mengapa engkau menangis?. Ibnu Huzafah dengan ucapan mengkagumkan merungkai segala persoalan Harcules tentang sebab dia menangis dengan katanya, "Aku menangis keranaaku hanya mempunyai satu jiwa sahaja di mana aku begitu bersungguh menyerahkannya untuk pertahankan agamaku pada jalan Allah. Aku begitu mengharapkan agar dianugerahkan jiwa sebanyak jumlah rambutku agar aku dapat mempertahankan agamaku sehingga mati seluruh jiwaku pada jalan Allah". Mendengar jawapan itu lalu bertambah yakinlah Harcules tentang ketetapan dan istiqamahnya Ibnu Huzafah dalam mempertahakan Islam lalu bagi menjaga kewibaannya maka ditawarkan kepada Ibnu Huzafah,"Wahai Ibnu Huzafah! Sanggupkah engkau mencium dahiku dan aku akan berhenti daripada menyeksamu disamping engkau akan kubebaskan". Lalu Ibnu Huzafah menjawab," Ya! aku sanggup dengan syarat akan dibebaskan juga kesemua tawanan muslimin "(jumlah mereka melebihi 300 orang). Kemudian Ibnu Huzafah mencium dahi Harcules lalu dia bersama tawanan muslimin yang lain dibebaskan. Mereka pulang ke Madinah dan bertemu dengan Khalifah Umar R.A. dan memberitahu kisah yang telah berlaku. Kisah ini tersebar di kalangan penduduk Madinah yang sebahagiannya menyelar tindakan Ibnu Huzafah mencium dahi Harcules kerana ingin dibebaskan. Khalifah Umar bagaimanapun bersetuju dengan tindakan Ibnu Huzafah dan menghimpunkan penduduk Madinah seraya berkata, "Sesuatu yang hak bagi setiap muslim untuk mencium dahi Ibnu Huzafah dan aku yang akan memulakannya". Selepas daripada itu, sekelian penduduk Madinah datang mencium dahi beliau sambil memohon maaf di atas keterlajuran mereka menyangka buruk terhadap beliau. Inilah ia sebuah kisah yang begitu mengkagumkan dan wajar diikuti oleh kita dalam memperjuangkan kebenaran. Sikap yang telah ditunjukkan oleh Ibnu Huzafah amat sukar untuk kita bandingkan dengan diri yang lemah ini. Bukan sekadar lemah melawan siksaan malahan lebih lagi untuk menahan cacian atau fitnah yang menimpa...

Thursday, January 22, 2015

Wednesday, January 21, 2015

Monday, January 19, 2015

zikiR


Zikir mampu membantu tenangkan perasaan yang sedang gundah. Hati lebih tenteram, lebih tenang dan membuat hati kita semakin dekat dan cinta kepada Pencipta.

Friday, January 16, 2015

Hidayah MiLik ALLAH


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM. Seorang hamba Allah pernah cakap dekat saya “Beruntunglah orang yang diberikan hidayah oleh Allah, sebab bukan semua orang dapat..” Ya, saya bersyukur. bersyukur sebab saya adalah antara hamba Allah yang dapat hidayah untuk berubah ke arah yang lebih baik. Dulu saya tak patuh perintah Allah, banyak sangat langgar perintah Allah. Walaupun mak dan abah selalu pesan dekat diri saya supaya patuh dengan perintah Allah, tapi saya degil. Dan.. Takdir Allah telah tertulis bahawa saya akan kehilangan seorang sahabat yang sangat saya sayang pada 3 tahun lepas. Kisahnya bermula di waktu saya leka dengan kehidupan dunia.. Allah pertemukan saya dengan seorang hamba Allah, iaitu seorang Adam. Bila terpandangkan wajah beliau, sejuk rasa hati saya. Kami jadi rapat & saya selesa berkawan dengan beliau kerana sikapnya yang selalu menasihati saya tentang hal agama. Kadang-kadang saya tertanya dalam diri, dalam banyak-banyak wanita, kenapa mesti saya? Maksud saya, kenapa beliau memilih saya sebagai kawan rapat? Beliau seorang yang berilmu, mempunyai ilmu agama yang tinggi sedangkan saya ketika itu tidak menutup aurat dengan sempurna, tidak tinggi ilmu agama & memang ketara saya dengan beliau sangat berbeza. Dan.. Pertama kali dalam hidup saya selama 21 tahun saya rasa saya BERSAHABAT KERANA ALLAH. Tapi.. Takdir Allah mengatasi segalanya, satu peristiwa terjadi (tak perlu saya beritahu apa) dan kami jadi renggang. Saya bagaikan hilang arah selepas saya kehilangan beliau di sisi. Macam-macam perasaan dalam hati saya ini. Sedih, sebak, rindu. Saya selalu cakap saya redha dengan semua ini tapi kadang-kadang saya rasa saya tak redha pun sebenarnya, saya cuma PASRAH. Lebih kurang 2 bulan selepas kehilangan dia, tiba-tiba ada satu aura dan semangat yang muncul dalam diri saya. Ya, semangat untuk mengubah diri saya menjadi lebih baik. Bila saya ingat nasihat-nasihat beliau, saya akan jadi bersemangat. Saya cakap dengan diri saya sendiri “walaupun tanpa dia di sisi, aku kena teruskan hidup. aku tidak mahu kembali kepada aku yang dulu. Kalau aku kembali kepada diri aku yang dulu, maknanya aku telah tewas. Allah akan murka terhadap aku dan hamba Allah yang membantu aku berubah itu pun pasti sedih..”. Saya cuba fikir positif, mungkin Allah pertemukan saya dengan beliau hanya untuk bantu saya berubah. Saya kena bersyukur walaupun sedetik cuma. Selepas daripada insiden itu, saya mula berhijab. Walaupun tak sempurna sepenuhnya, tapi saya belajar sikit sikit untuk berubah. Saya rajin ke kedai buku dan cari buku-buku agama, saya dengar ceramah orang yang berilmu seperti Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don, Kak Dina(Wardina), Kak Ija (Heliza), Kak Nana (Diana Amir) dan ramai lg, saya pergi kuliah di masjid, saya kawan dengan orang yang baik-baik, saya mula labuhkan tudung menutupi dada dan saya mula pakai stokin. Saya belajar erti redha dengan ketentuan Allah. Kalau rasa rindu menerjah, saya hanya membiarkan pena menulis rasa hati saya waktu itu di dalam buku. biarlah perasaan itu terbuku di hati. Saya selalu ingatkan diri saya tentang mati. andai kata nyawa saya dicabut ketika saya sedang nyenyak tidur sebelum sempat bertaubat, apa akan jadi dengan nasib saya di akhirat kelak? Saya taknak masuk neraka jahannam. NAUZUBILLAH. Dan Alhamdulillah.. setelah 3 tahun 1 bulan. Inilah saya.. Inilah saya sekarang, yang sedang menaip entri ini. Syukur kepada Allah, saya masih mencuba untuk menjadi muslimah yang sejati. Bila kita cuba untuk berubah jadi lebih baik, Allah akan permudahkan.. Allah akan hantar orang-orang yang baik kepada kita untuk memudahkan proses perubahan kita itu. Saya tidak pernah berhenti bersyukur sebab Allah beri saya hidayah. Ada orang dapat hidayah untuk berubah setelah dapat mimpi, kemalangan dan lain-lain. Tapi saya berbeza. Allah pertemukan saya dengan seseorang dan saya kehilangan dia. Saya belajar sesuatu, bila kita hilang seseorang, ia bukan mengajar kita erti lemah atau kecewa. Tapi ia mengajar kita kuat. Kuat untuk menghadapi kehilangan itu. andai kita lemah dan terlalu melayankan sangat perasaan kehilangan itu, kita akan jatuh tersungkur. Tapi andai kita belajar dari kesilapan yang lalu dan muhasabah diri sendiri, in shaa Allah.. Allah bantu kita merawat luka di hati. Kawan-kawan saya ramai yang ‘heartbroken’ lepas itu mengadu dekat saya yang ‘heartbroken’ penyakit yang tiada ubat dalam dunia ini. Saya nak kongsi dengan anda apa sahabat saya cakap dekat saya dulu waktu saya tengah sakit hati, sakit jiwa. “Siapa cakap sakit hati tiada ubat? Ada.. KEMBALI KEPADA ALLAH. Allah yang ciptakan rasa sakit hati dan kecewa itu, dan Dia juga lah yang akan bantu kita selesaikan semua permasalahan itu, in shaa Allah”. Jadinya, siapa kata ‘heartbroken’ tiada ubat? :) Saya redha dengan “KEHILANGAN” ini. Saya anggap ia satu ujian daripada Allah untuk saya. saya redha. Saya mendapat berita bahawa sahabat saya itu akan bernikah pada bulan Februari nanti. Alhamdulillah. Untukmu sahabatku, di mana jua awak berada.. doa saya sentiasa mengiringi awak. saya doakan awak bahagia di dunia & juga di akhirat. In shaa Allah sampai ke syurga. Terima kasih untuk segalanya, jasa baik awak membantu saya berubah, saya tidak akan dapat membalasnya kerana terlalu besar nilainya tetapi hanya Allah yang mampu dan layak membalasnya. Barakallahu Fik. :) Kadang-kadang dalam hidup ini, kita kena ambil sedikit masa untuk duduk bersendirian dan muhasabah diri sendiri. Selama kita hidup, apa yang kita buat? Ada tak kita sedekah, berbakti kepada kedua ibu bapa, patuh kepada perintah Allah? Ada tak kita maafkan orang & minta maaf dekat orang sebelum kita tidur? Muhasabah diri itu perlu untuk menjadikan kita insan yang lebih baik. Alhamdulillah, saya rasa sangat bahagia dengan kehidupan sekarang. Saya ada Allah yang sentiasa di sisi saya. saya tidak keseorangan. “Andainya manusia tahu akan kemanisan iman, pastinya kemanisan dunia akan terhapus”. Kita selalu cakap kita nak suami isteri yang soleh solehah. Tapi, pernah tak kita cuba untuk mengubah diri jadi soleh dan solehah? Yakinlah akan janji Allah, orang yang baik untuk orang yang baik & begitulah sebaliknya. Kalau kita nak orang yang baik, kita sendiri perlu mengubah diri kita jadi lebih baik. Kalau tak, macam mana Allah nak bagi kita org yang baik? Lagi satu, berubahlah kerana Allah, bukan kerana manusia. Sebab kalau kita berubah kerana manusia, ianya adalah bersifat sementara. Tetapi kalau kita berubah kerana Allah, in shaa Allah ia kekal selamanya. Kepada sahabat-sahabat saya yang sedang berjuang ke jalan Allah, saya doakan kita semua berjaya dan dapat bertemu berpimpin tangan ke Jannah Allah.. Dan buat sahabat-sahabat saya yang masih tercari-cari erti hidup berlandaskan syariat Allah ini, saya doakan semoga anda semua memperoleh hidayah & rahmat dari Allah. Amin Ya Rabbal Alamin. Sesungguhnya hidayah Allah itu terbentang luas, raih lah ia sebelum ia pergi meninggalkan kita. Kepada kaum muslimah, jom kita hijabkan diri, hijabkan hati! Tahu tak wanita yang memakai hijab sangat cantik? SUBHANALLAH MAHA SUCI ALLAH. HIDAYAH ALLAH KITA KENA CARI, IA TAK DATANG BERGOLEK. REMEMBER. Daripada Rasulullah S.A.W : “Jika kita mengejar dunia, dunia akan lari meninggalkan kita. Tetapi jika kita kejar akhirat, dunia akan sujud pada kita.” Sama-samalah kita renungkan… Akhir sekali, saya minta maaf andai entri saya ini mengguris hati sesiapa. Sesungguhnya yang baik datang daripada Allah dan yang buruk datang daripada diri saya sendiri. Wassalam. YA ALLAH, ISTIQAMAHKANLAH PERASAAN INI.

Wednesday, January 14, 2015

menanti d barZakH


Ku merintih, aku menangis, Ku meratap, aku mengharap, Ku meminta dihidupkan semula, Agar dapat kembali ke dunia nyata Perjalanan rohku, Melengkapi sebuah kembara, Singgah di rahim bonda, Sebelum menjejak ke dunia, Menanti di barzakh, Sebelum berangkat ke mahsyar, Diperhitung amalan, Penentu syurga atau sebaliknya Tanah yang basah berwarna merah, Semerah mawar dan juga rindu, Tujuh langkah pun baru berlalu, Seusai talkin bernada syahdu, Tenang dan damai di pusaraku, Nisan batu menjadi tugu, Namun tak siapa pun tahu resah penantianku Terbangkitnya aku dari sebuah kematian, Seakan ku dengari, Tangis mereka yang ku tinggalkan, Kehidupan disini bukan suatu khayalan, Tetapi ia sebenar kejadian Kembali oh kembali, Kembalilah kedalam diri, Sendirian sendiri, Sendiri bertemankan sepi, Hanya kain putih yang membaluti tubuhku, Terbujur dan kaku, Jasad didalam keranda kayu, Ajal yang datang dibuka pintu, Tiada siapa yang memberi tahu, Tiada siapa pun dapat hindari, Tiada siapa yang terkecuali, Lemah jemari nafas terhenti, Tidak tergambar sakitnya mati, Cukup sekali tak sanggup untuk ku mengulangi Jantung berdegup kencang, Menantikan malaikat datang, Menggigil ketakutan gelap pekat dipandangan, Selama ini diceritakan, Kini aku merasakan, Di alam barzakh jasad dikebumikan

Wednesday, January 07, 2015

buah labu kayu


Buah Labu Kayu Untuk Mencuci Usus atau Perut Air rebusan buah labu kayu baik untuk mencuci usus atau perut. Caranya ialah merebus buah tersebut termasuk kulit dan isinya sekali selama 1 hingga 2 jam. Kulitnya perlu diketuk bagi memudahkan proses rebusan. Ia boleh diminum untuk kesihatan seisi keluarga. Biasanya, setelah air rebusan diminum, anda akan kerap ke tandas. Ia tandanya ramuan ini berkesan untuk mencuci usus atau perut anda.

Tuesday, January 06, 2015

Menahan maraH


Marah adalah emosi yang bersifat negatif. Marah boleh menjadi ganas dan tidak terkawal.... Perasaan marah bermula kerana gagalnya mengawal emosi. Jadi mari sini saya kongsikan tip Bagaimana Mengawal Diri Ketika Marah... Rujukan dari buku Membina Hati Bahagia ( Dr Tuah Iskandar al-Haj ) 1. Ingat ALLAH Ingatlah ALLAH selalu. ALLAH tidak suka kepada pemarah.Sebagai hamba kita tidak patut berasa marah apatah lagi memarahi orang tanpa sebab. Siapa kita untuk memarahi orang lain sedangkan kita banyak kekurangan.... 2. Sirami Rasa Marah Dengan Wuduk Perasaan marah datangnya dari Syaitan.Syaitan diciptakan dari api dan api hanya mampu dipadamkan dengan air.Jadi ambillah wuduk supaya api syaitan dapat dipadam. Haj ) 3. Lihat Wajah Di Cermin Alangkah buruknya wajah ketika marah.Lihat lah muka, hidung kembang kempis, mata menyala gitu. Apakah anda rasa orang akan takut melihat keadaan anda begitu? Bagaimana kalau orang berasa lucu? 4. Kunci Bibir dan Diam Dahulu Kalau terasa hendak marah, dia sejenak. Tarik nafas dan lepaskan perlahan-lahan. Anggap anda tiada tangan untuk bertindak dan tiada mulut untuk berkata apa-apa... 5. Ubah Kedudukan Anda Jika marah ketika sedang berdiri, duduklah. Jika sedang duduk maka baringlah dan jika masih marah juga, beredarlah ke tempat lain yang lapang dan tengok keindahan alam.... Sumber : http://eberita.org

Blog Archive