Sunday, March 29, 2015


Dilemma seorang pemimpin yang hatinya pada Islam melihat kemungkaran depan mata yang dilakukan oleh parti-parti sekutunya. Nak ditelan mati bapak, nak diluah mati emak. TG Haji Hadi dah lama menyimpan rasa dan katanya dalam akhbar tidak selantang khutbah Jumaatnya lagi dalam mendepani hudud yang dah jadi polemik sekutu-sekutunya. Dari bersekongkol dengan Parti Keluarga PKR dan parti yang tak mungkin akan menyokong Islam DAP, ada lebih baik PAS perbaiki UMNO yang telah terlaja... See More 'DILEMA HAJI HADI AWANG & HALATUJU PAS Sejak akhir-akhir ini kepimpinan Tuan Guru Datuk Seri Haji Hadi Awang (TGHH) dihentam kiri kanan dan luar dalam dengan sangat hebat. Kasihan melihat beliau dihentam oleh rakan tahaluf siyasinya, baik yang Islam apatah lagi yang bukan Islam. Lebih meletihkan apabila beliau ditekan pula oleh golongan pemimpin dan pengikut dari kalangan ahli sendiri secara brutal dan terang-terangan. Perkembangan ini bukan sahaja meleraikan ikatan dalam Pakatan Rakyat, malah turut menjejaskan ukhwah di kalangan pemimpin dan ahli dalam parti PAS itu sendiri. Perlaksanaan Hudud yang menjadi cita-cita PAS sekian lama tiba-tiba turut dinafikan oleh ahli dan pemimpin PAS sendiri. Mendepani kemelut ini, TGHH lebih banyak mendiamkan diri. Kelmarin TGHH dilapurkan meninggalkan lokasi yang mana para wakil media sudah pun berkumpul menanti beliau untuk satu sidang media. Hari sebelumnya juga TGHH dilapurkan hanya menjawab ringkas soalan pemberita melalui tingkap rumahnya tanpa temubual. Siapapun yang berada di tempat TGHH akan menghadapi dilema yang sama ketika mendepani masalah badai yang bertimpa-timpa ini. TGHH bukanlah calang-calang orangnya. Biarpun diumpat dikeji dengan pelbagai telahan secara terbuka, namun beliau ada cara tersendiri menghadapinya. KONFLIK PAS DAN PKR PAS yang berteraskan Islam tulin pastinya akan menghadapi masalah apabila terpaksa tidur sebantal dengan parti PKR serpihan UMNO ini. Mentaliti ahli dan pemimpinnya mirip UMNO, bahkan berbilang bangsa dan agama pula. Lebih parah lagi apabila ia ditubuhkan hanya atas dasar memperjuangkan nasib seorang individu sehingga ramai ahli keluarga pengasasnya dilantik dalam kepimpinan tertinggi. Krisis di antara kedua-dua parti ini bermula dengan kes saman calun PKR terhadap TGHH. Ia semakin menyerlah selepas projek ‘Langkah Kajang’. Selaku Presiden PAS, TGHH merasakan telah dikhianati dengan projek ini kerana dikatakan tidak dibawa berbincang sebelum langkah itu diputuskan. PAS melihat langkah itu mengkhianati rakan tahaluf dan amanah rakyat. Ia melanggar akhlak keislaman kerana melibatkan kerakusan pemimpin yang terpaksa membazirkan dana dan mandat rakyat sedangkan semua orang tahu bahawa membazir dan khianat itu tabiat syaitan. Apa tidaknya, seorang wakil rakyat yang sihat wal'afiat ‘dipaksa turun’ melepaskan kerusi ADUN hanya untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim. Akhirnya jentera parti PKR dan rakan tahaluf terpaksa digerakkan untuk merebut kerusi semula. Lebih malang lagi apabila Anwar Ibrahim tidak jadi bertanding dan digantikan pula oleh isterinya DS Wan Azizah. Kemudian isu itu berlarutan kepada konflik perlantikan Menteri Besar. Sekali lagi PAS mengalami dilema antara mahu menuruti kehendak PKR dan DAP yang mahukan Wan Azizah menjadi MB Selangor atau mahu memenuhi kehendak DYMM Sultan Selangor. Akhlak Islam harus mentaati raja. Pada masa yang sama penjelasan TGHH tegas menampakkan yang prinsip Islam tidak mengizinkan perempuan sebagai pemimpin. PAS ingin bertegas dalam soal itu demi mendapatkan redha Allah dan menjaga integriti kepimpinan Islamnya. PAS semakin terguris apabila 2 ADUN nya berjaya dipengaruhi PKR untuk melanggar baiah, mengingkari keputusan PAS pusat untuk tidak menerima Wan Azizah sebagai Menteri Besar. Penafian PKR terhadap perlaksanaan hudud di Kelantan menjadi titik noktah kepada konflik ini. DILEMA TAHALUF SIYASI BERSAMA DAP Penganalisa politik tanah air seharusnya dapat membaca bahawa tahaluf siyasi ini pasti tidak mampu bertahan lama kerana DAP adalah parti sosialis demokratik yang terang-terang menolak sebarang usaha ke arah memartabatkan Islam sejak awal lagi. Dilema yang paling ketara ialah kerana PAS dahulu telah menuduh UMNO kafir antaranya kerana bekerjasama dengan parti bukan Islam. Lebih malang lagi apabila DAP, rakan tahaluf PAS lebih radikal menolak Islam berbanding MCA dan MIC yang agak liberal terhadap Islam. Boleh dibayangkan dilema TGHH ketika beliau terpaksa mengarahkan ahlinya mengundi pemimpin non-muslim yang menolak Islam sedangkan itu JELAS dilarang Allah. Alangkah serba salahnya TGHH apabila terpaksa duduk di sisi Dyana calun DAP yang mengurai rambut atau berselendang ala-kadar sahaja. Perasaan seorang pemimpin yang warak ibarat seorang ayah pasti kecewa dan merasa berdosa bersubahat membiarkan Dyana diusung siang malam, ke sana ke mari oleh rijal-rijal bukan Islam DAP untuk berkempen. TGHH juga dalam dilema apabila kenyataan pertama Dyana selepas diumumkan pencalunannya ialah menolak Hudud yang menjadi teras perjuangan PAS. Beliau terpaksa menelan sahaja apa yang didengar demi menjaga hati DAP. Mujurlah ada TGNA yang sudi menegur Dyana dengan amat berhati-hati. Mat Sabu dan pemimpin PAS lain hanya diam seribu bahasa. Kemuncak dilema bersama DAP ini berlaku apabila masing-masing saling mempertikai. DAP marah dengan keengganan PAS mematuhi ketetapan Langkah Kajang dan perlantikan MB Selangor. DAP lebih marah apabila PAS menentang hasrat DAP untuk “Pilihanraya Kerajaan Tempatan atau Perbandaran”. Terkini kemarahan DAP memuncak oleh isu Hudud. PAS pula murka apabila DAP dengan terbuka mengutuk kepimpinan ulamak dan TGHH serta dikatakan sengaja menaja golongan serpihan PAS yang dipanggil PASMA untuk menjatuhkan TGHH. Ahli dan pemimpin yang kurang adab dan gila kuasa dari kalangan profesional muda dijadikan kambing hitam. KONFLIK PASMA Umum telah mengetahui scenario ini dan ia tidak jauh bezanya dengan kronologi tertubuhnya BERJASA dan HAMIM. Ini adalah cabaran biasa bagi sebuah perjuangan agama, iaitu adanya golongan munafik yang mudah terpedaya dengan umpan pangkat dan harta. Walaupun dari awal masing-masing malu menyatakan tentangan terhadap TGHH dan kempimpinan ulamak, namun akhirnya ia terserlah nyata. Teguran berhemah dan penuh hormat melalui syuro (QS:42/38) dan pertemuan khusus (QS:58/12) yang bertepatan dengan akhlak Islam sudah tidak lagi diamalkan. Tindakan seluruh AJK PAS Batu meletakkan jawatan beramai-ramai memberikan tamparan amat berat kepada TGHH. Falsafah mufarakah dalam solat digunakan sewenang-wenang tanpa ilmu. Walhal ia langkah yang salah. Sebenarnya TGHH ada kekuatan ilmu dan pengalaman buat menghadapi golongan serpihan ini. Apa yang perlu ialah memahamkan ahli dengan mengalirkan ilmu itu dari atas ke bawah tanpa putus seperti sungai-sungai syurga. Segala medium harus dimanfaatkan untuk itu. Itulah pendekatan Ustaz Yahya Othman bersama TGNA dahulu. Kuliah diadakan untuk masyarakat umum dan usrah untuk Pemimpin. Hasilnya kefahaman dan fikrah perjuangan semakin mantap. Surat terbuka ini adalah contoh yang baik. http://prihatin.net.my/blog/2015/03/27/hudud-surat-terbuka-tgha-kepada-umat-islam/ NYAMUK tercipta dari air bertakung yang tidak mengalir. Ia akan membuat bising, menghisap darah dan menyebarkan penyakit. Begitu juga analogi mutasyabihat apabila ILMU TIDAK MENGALIR. Masyarakat akan semakin jahil, berprasangka dan membuat bising untuk mempengaruhi yang lain. Darah perjuangan akan dihisap dan tercemar. Artikel berikut mungkin boleh membantu. http://prihatin.net.my/blog/2014/01/07/perumpamaan-lalat-dalam-pengurusan-organisasi/ http://prihatin.net.my/blog/2014/01/13/tips-obm-menangani-krisis-organisasi-dan-keluarga/ http://prihatin.net.my/blog/2013/11/22/memahami-akhlak-haiwan-untuk-mendidik-manusia/ http://prihatin.net.my/blog/2014/01/08/tips-obm-tajassus/ Faktor kedua kerosakan parti ialah apabila ada gejala buruk di kalangan ahli dan pemimpin yang mampu mengundang fitnah. Ini ibarat LALAT yang suka hadir menghurung najis yang busuk. Lalat ini amat sukar ditangkap kecuali punca kekotoran itu dibersihkan. Dalam hal ini jangan bertangguh untuk membersihkan individu yang bermasalah dalam parti. Kebenaran terbina dengan ilmu dan bersifat ISTIQOMAH seperti menanam pokok yang memerlukan air dan baja (QS:14/24-25). Memusnahkannya amat cepat dan mudah dengan api. Itu analogi ahli yang tergesa-gesa KELUAR BERAMAI-RAMAI. Ia adalah kebatilan yang dipengaruhi nafsu syaitan. Mereka ini juga ibarat LALAT dan NYAMUK yang tidak akan mampu bertahan lama. Apabila kotoran dibersihkan dan ilmu dialirkan maka mereka akan terhapus sendiri. Bagi ahli sebegini, ambillah iktibar dari sejarah perjuangan PAS dan perjuangan Islam yang ditunjukkan Nabi SAW. Lihatlah ke mana berakhirnya HAMIM, BERJASA dan beberapa serpihan PAS lainnya. Sama juga dengan nasib SERPIHAN UMNO seperti Parti Semangat 46 dan mungkin juga PKR. http://prihatin.net.my/blog/2015/03/28/sejarah-pas-penguasaan-kerajaan-kelantan/ DILEMA KERJASAMA DENGAN MELAYU UMNO Polemik Kerajaan Campuran (UG) dengan UMNO tidak kurang cabarannya. Kelmarin sudah diumumkan oleh TGHD, Mursyidul Am PAS bahawa sudah sampai masanya PAS bekerjasama dengan UMNO. Ini merujuk kepada perubahan angin perjuangan dalam UMNO itu sendiri. http://prihatin.net.my/blog/2015/03/29/sekali-air-bah-sekali-pantai-berubah/ UMNO memang banyak kelemahan dan kesilapan sepanjang memerintah negara ini. Tidak siapa boleh menafikannya dan ini dinyatakan YAB Presiden UMNO sendiri. Dengan kemerosotan sokongan terhadap UMNO dari kalangan orang Melayu dan komponen BN, maka sudah sampai masanya tokoh-tokoh ulamak dalam PAS berganding bahu untuk memberi sokongan sambil ‘mendidik UMNO’. Mereka lebih mudah dibentuk Islamnya berbanding DAP. Janganlah PAS terlalu keras dalam menetapkan pendirian kerana PAS juga ada kelemahannya. Merasa berdosalah meninggalkan saudara kita dalam UMNO yang amat memerlukan nasihat dan bimbingan agama dari kita dan membiarkan pula rakan tahalluf siyasi yang terang-terang tidak mahukan Islam itu memperkudakan kita. Mungkin benar UMNO bersifat assobiyah dengan MELAYUnya. Namun, mari kita perbetulkan persepsi itu dengan menerapkan kefahaman sebenar siapa MELAYU pada pandangan agama. Ia dari perkataan JAWA/JAWI yang bermakna LARI. Itulah pelbagai suku watan Nusantara yang BERHIJRAH kepada ISLAM, LARI / MELAYU meninggalkan agama dan fahaman lama. Akhirnya nanti umat akan dapat mengundi tanpa waswas semua calun pemimpin Islam yang berwibawa dan hanya DICALUNKAN oleh majlis ulamak, bukan yang terhegeh-hegeh mencalunkan diri sendiri. Indah bukan? DILEMA PERLANTIKAN PRESIDEN Dapat dirasakan betapa TGHH serba salah dengan tekanan bertubi-tubi untuk beliau mengundurkan diri. Apabila beberapa tokoh dalam majlis Ulamak PAS sudah menyatakan secara terbuka untuk mengekalkan kepimpinan TGHH, maka beliau tidak perlu risau lagi kerana Islam menetapkan bahawa perlantikan pemimpin adalah melalui majlis syuro, bukan melalui undi. Proses undian ahli hanyalah sekadar satu mekanisma bagi mengesahkan perlantikan Majlis Ulamak itu berdasarkan perlembagaan sahaja. Ahli yang tidak mengundi beliau adalah mengingkari ketetapan Majlis Syuro Ulamak. Nantikan sahajalah musibah daripada keingkaran mereka itu.(QS:4/59, 48/10) KESIMPULAN Kesejahteraan hanya mampu dinikmati melalui sistem Islam, samada golongan pemimpin mahupun pengikut. Ramai orang mahu memimpin dengan cara Islam, namun tidak ramai yang berilmu dan mampu berhujjah. TGHH ada kelebihan itu dan harus saling berkongsi ilmu dengan rendah diri dan semangat jama’ie. Tiada siapa yang pandai / baik, mahupun jahil / buruk sepenuhnya. Jangan sekali-kali kepimpinan ulamak berputus asa. Mungkin kalian tidak sempurna, namun buat masa ini kalian adalah insan terpilih untuk istiqomah mempertahankan kedaulatan agama buat mensejahterakan manusia. PKR yang agak caca merba ini tidak akan pergi jauh tanpa sokongan PAS. Apabila PAS berjaya membetulkan kepincangan UMNO dari dalam dan ketirisan berjaya dihapus, maka PKR akan kehilangan isu untuk menyalak. DAP mungkin akan bersatu dengan MCA/GERAKAN namun tidak juga akan mampu mendapat majoriti. Sabah Sarawak akan ikut apabila ada kepimpinan pusat yang adil dan amanah. Jangan bimbang soal HUDUD. Ada banyak cara untuk melaksanakan hudud ‘Yang Sebenar’ walaupun tidak diluluskan di Parlimen. Yakinlah, dengan ‘Hudud Sebenar’ itu nanti, non-Muslim akan sangat berminat dengannya sehingga sanggup membayar jizyah, kerana mereka juga mahu hidup SEJAHTERA. InsyaAllah akan kami kongsikan mekanisma “hudud yang hak/sebenar” dalam artikel khas atau pertemuan tertutup jika ada yang sudi BERTANYA. Sesungguhnya syurga itu taman ilmu dan kunci ilmu ialah saling ‘tanya menanya’. Ikhlas dari, WARGA PRIHATIN' Warga Prihatin DILEMA HAJI HADI AWANG & HALATUJU PAS Sejak akhir-akhir ini kepimpinan Tuan Guru Datuk Seri Haji Hadi Awang (TGHH) dihentam kiri kanan dan luar dalam dengan sangat hebat. Kasihan melihat beliau dihentam oleh rakan tahaluf siyasinya, baik yang Islam apatah lagi yang bukan Islam. Lebih meletihkan apabila beliau ditekan pula oleh golongan pemimpin dan pengikut dari kalangan ahli sendiri secara brutal dan terang-terangan. Perkembangan ini bukan sahaja meleraikan ikatan dalam Pakatan Rakyat, malah turut menjejaskan ukhwah di kalangan pemimpin dan ahli dalam parti PAS itu sendiri. Perlaksanaan Hudud yang menjadi cita-cita PAS sekian lama tiba-tiba turut dinafikan oleh ahli dan pemimpin PAS sendiri. Mendepani kemelut ini, TGHH lebih banyak mendiamkan diri. Kelmarin TGHH dilapurkan meninggalkan lokasi yang mana para wakil media sudah pun berkumpul menanti beliau untuk satu sidang media. Hari sebelumnya juga TGHH dilapurkan hanya menjawab ringkas soalan pemberita melalui tingkap rumahnya tanpa temubual. Siapapun yang berada di tempat TGHH akan menghadapi dilema yang sama ketika mendepani masalah badai yang bertimpa-timpa ini. TGHH bukanlah calang-calang orangnya. Biarpun diumpat dikeji dengan pelbagai telahan secara terbuka, namun beliau ada cara tersendiri menghadapinya. KONFLIK PAS DAN PKR PAS yang berteraskan Islam tulin pastinya akan menghadapi masalah apabila terpaksa tidur sebantal dengan parti PKR serpihan UMNO ini. Mentaliti ahli dan pemimpinnya mirip UMNO, bahkan berbilang bangsa dan agama pula. Lebih parah lagi apabila ia ditubuhkan hanya atas dasar memperjuangkan nasib seorang individu sehingga ramai ahli keluarga pengasasnya dilantik dalam kepimpinan tertinggi. Krisis di antara kedua-dua parti ini bermula dengan kes saman calun PKR terhadap TGHH. Ia semakin menyerlah selepas projek ‘Langkah Kajang’. Selaku Presiden PAS, TGHH merasakan telah dikhianati dengan projek ini kerana dikatakan tidak dibawa berbincang sebelum langkah itu diputuskan. PAS melihat langkah itu mengkhianati rakan tahaluf dan amanah rakyat. Ia melanggar akhlak keislaman kerana melibatkan kerakusan pemimpin yang terpaksa membazirkan dana dan mandat rakyat sedangkan semua orang tahu bahawa membazir dan khianat itu tabiat syaitan. Apa tidaknya, seorang wakil rakyat yang sihat wal'afiat ‘dipaksa turun’ melepaskan kerusi ADUN hanya untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim. Akhirnya jentera parti PKR dan rakan tahaluf terpaksa digerakkan untuk merebut kerusi semula. Lebih malang lagi apabila Anwar Ibrahim tidak jadi bertanding dan digantikan pula oleh isterinya DS Wan Azizah. Kemudian isu itu berlarutan kepada konflik perlantikan Menteri Besar. Sekali lagi PAS mengalami dilema antara mahu menuruti kehendak PKR dan DAP yang mahukan Wan Azizah menjadi MB Selangor atau mahu memenuhi kehendak DYMM Sultan Selangor. Akhlak Islam harus mentaati raja. Pada masa yang sama penjelasan TGHH tegas menampakkan yang prinsip Islam tidak mengizinkan perempuan sebagai pemimpin. PAS ingin bertegas dalam soal itu demi mendapatkan redha Allah dan menjaga integriti kepimpinan Islamnya. PAS semakin terguris apabila 2 ADUN nya berjaya dipengaruhi PKR untuk melanggar baiah, mengingkari keputusan PAS pusat untuk tidak menerima Wan Azizah sebagai Menteri Besar. Penafian PKR terhadap perlaksanaan hudud di Kelantan menjadi titik noktah kepada konflik ini. DILEMA TAHALUF SIYASI BERSAMA DAP Penganalisa politik tanah air seharusnya dapat membaca bahawa tahaluf siyasi ini pasti tidak mampu bertahan lama kerana DAP adalah parti sosialis demokratik yang terang-terang menolak sebarang usaha ke arah memartabatkan Islam sejak awal lagi. Dilema yang paling ketara ialah kerana PAS dahulu telah menuduh UMNO kafir antaranya kerana bekerjasama dengan parti bukan Islam. Lebih malang lagi apabila DAP, rakan tahaluf PAS lebih radikal menolak Islam berbanding MCA dan MIC yang agak liberal terhadap Islam. Boleh dibayangkan dilema TGHH ketika beliau terpaksa mengarahkan ahlinya mengundi pemimpin non-muslim yang menolak Islam sedangkan itu JELAS dilarang Allah. Alangkah serba salahnya TGHH apabila terpaksa duduk di sisi Dyana calun DAP yang mengurai rambut atau berselendang ala-kadar sahaja. Perasaan seorang pemimpin yang warak ibarat seorang ayah pasti kecewa dan merasa berdosa bersubahat membiarkan Dyana diusung siang malam, ke sana ke mari oleh rijal-rijal bukan Islam DAP untuk berkempen. TGHH juga dalam dilema apabila kenyataan pertama Dyana selepas diumumkan pencalunannya ialah menolak Hudud yang menjadi teras perjuangan PAS. Beliau terpaksa menelan sahaja apa yang didengar demi menjaga hati DAP. Mujurlah ada TGNA yang sudi menegur Dyana dengan amat berhati-hati. Mat Sabu dan pemimpin PAS lain hanya diam seribu bahasa. Kemuncak dilema bersama DAP ini berlaku apabila masing-masing saling mempertikai. DAP marah dengan keengganan PAS mematuhi ketetapan Langkah Kajang dan perlantikan MB Selangor. DAP lebih marah apabila PAS menentang hasrat DAP untuk “Pilihanraya Kerajaan Tempatan atau Perbandaran”. Terkini kemarahan DAP memuncak oleh isu Hudud. PAS pula murka apabila DAP dengan terbuka mengutuk kepimpinan ulamak dan TGHH serta dikatakan sengaja menaja golongan serpihan PAS yang dipanggil PASMA untuk menjatuhkan TGHH. Ahli dan pemimpin yang kurang adab dan gila kuasa dari kalangan profesional muda dijadikan kambing hitam. KONFLIK PASMA Umum telah mengetahui scenario ini dan ia tidak jauh bezanya dengan kronologi tertubuhnya BERJASA dan HAMIM. Ini adalah cabaran biasa bagi sebuah perjuangan agama, iaitu adanya golongan munafik yang mudah terpedaya dengan umpan pangkat dan harta. Walaupun dari awal masing-masing malu menyatakan tentangan terhadap TGHH dan kempimpinan ulamak, namun akhirnya ia terserlah nyata. Teguran berhemah dan penuh hormat melalui syuro (QS:42/38) dan pertemuan khusus (QS:58/12) yang bertepatan dengan akhlak Islam sudah tidak lagi diamalkan. Tindakan seluruh AJK PAS Batu meletakkan jawatan beramai-ramai memberikan tamparan amat berat kepada TGHH. Falsafah mufarakah dalam solat digunakan sewenang-wenang tanpa ilmu. Walhal ia langkah yang salah. Sebenarnya TGHH ada kekuatan ilmu dan pengalaman buat menghadapi golongan serpihan ini. Apa yang perlu ialah memahamkan ahli dengan mengalirkan ilmu itu dari atas ke bawah tanpa putus seperti sungai-sungai syurga. Segala medium harus dimanfaatkan untuk itu. Itulah pendekatan Ustaz Yahya Othman bersama TGNA dahulu. Kuliah diadakan untuk masyarakat umum dan usrah untuk Pemimpin. Hasilnya kefahaman dan fikrah perjuangan semakin mantap. Surat terbuka ini adalah contoh yang baik. http://prihatin.net.my/…/hudud-surat-terbuka-tgha-kepada-u…/ NYAMUK tercipta dari air bertakung yang tidak mengalir. Ia akan membuat bising, menghisap darah dan menyebarkan penyakit. Begitu juga analogi mutasyabihat apabila ILMU TIDAK MENGALIR. Masyarakat akan semakin jahil, berprasangka dan membuat bising untuk mempengaruhi yang lain. Darah perjuangan akan dihisap dan tercemar. Artikel berikut mungkin boleh membantu. http://prihatin.net.my/…/perumpamaan-lalat-dalam-pengurusa…/ http://prihatin.net.my/…/tips-obm-menangani-krisis-organis…/ http://prihatin.net.my/…/memahami-akhlak-haiwan-untuk-mend…/ http://prihatin.net.my/blog/2014/01/08/tips-obm-tajassus/ Faktor kedua kerosakan parti ialah apabila ada gejala buruk di kalangan ahli dan pemimpin yang mampu mengundang fitnah. Ini ibarat LALAT yang suka hadir menghurung najis yang busuk. Lalat ini amat sukar ditangkap kecuali punca kekotoran itu dibersihkan. Dalam hal ini jangan bertangguh untuk membersihkan individu yang bermasalah dalam parti. Kebenaran terbina dengan ilmu dan bersifat ISTIQOMAH seperti menanam pokok yang memerlukan air dan baja (QS:14/24-25). Memusnahkannya amat cepat dan mudah dengan api. Itu analogi ahli yang tergesa-gesa KELUAR BERAMAI-RAMAI. Ia adalah kebatilan yang dipengaruhi nafsu syaitan. Mereka ini juga ibarat LALAT dan NYAMUK yang tidak akan mampu bertahan lama. Apabila kotoran dibersihkan dan ilmu dialirkan maka mereka akan terhapus sendiri. Bagi ahli sebegini, ambillah iktibar dari sejarah perjuangan PAS dan perjuangan Islam yang ditunjukkan Nabi SAW. Lihatlah ke mana berakhirnya HAMIM, BERJASA dan beberapa serpihan PAS lainnya. Sama juga dengan nasib SERPIHAN UMNO seperti Parti Semangat 46 dan mungkin juga PKR. http://prihatin.net.my/…/sejarah-pas-penguasaan-kerajaan-k…/ DILEMA KERJASAMA DENGAN MELAYU UMNO Polemik Kerajaan Campuran (UG) dengan UMNO tidak kurang cabarannya. Kelmarin sudah diumumkan oleh TGHD, Mursyidul Am PAS bahawa sudah sampai masanya PAS bekerjasama dengan UMNO. Ini merujuk kepada perubahan angin perjuangan dalam UMNO itu sendiri. http://prihatin.net.my/…/sekali-air-bah-sekali-pantai-beru…/ UMNO memang banyak kelemahan dan kesilapan sepanjang memerintah negara ini. Tidak siapa boleh menafikannya dan ini dinyatakan YAB Presiden UMNO sendiri. Dengan kemerosotan sokongan terhadap UMNO dari kalangan orang Melayu dan komponen BN, maka sudah sampai masanya tokoh-tokoh ulamak dalam PAS berganding bahu untuk memberi sokongan sambil ‘mendidik UMNO’. Mereka lebih mudah dibentuk Islamnya berbanding DAP. Janganlah PAS terlalu keras dalam menetapkan pendirian kerana PAS juga ada kelemahannya. Merasa berdosalah meninggalkan saudara kita dalam UMNO yang amat memerlukan nasihat dan bimbingan agama dari kita dan membiarkan pula rakan tahalluf siyasi yang terang-terang tidak mahukan Islam itu memperkudakan kita. Mungkin benar UMNO bersifat assobiyah dengan MELAYUnya. Namun, mari kita perbetulkan persepsi itu dengan menerapkan kefahaman sebenar siapa MELAYU pada pandangan agama. Ia dari perkataan JAWA/JAWI yang bermakna LARI. Itulah pelbagai suku watan Nusantara yang BERHIJRAH kepada ISLAM, LARI / MELAYU meninggalkan agama dan fahaman lama. Akhirnya nanti umat akan dapat mengundi tanpa waswas semua calun pemimpin Islam yang berwibawa dan hanya DICALUNKAN oleh majlis ulamak, bukan yang terhegeh-hegeh mencalunkan diri sendiri. Indah bukan? DILEMA PERLANTIKAN PRESIDEN Dapat dirasakan betapa TGHH serba salah dengan tekanan bertubi-tubi untuk beliau mengundurkan diri. Apabila beberapa tokoh dalam majlis Ulamak PAS sudah menyatakan secara terbuka untuk mengekalkan kepimpinan TGHH, maka beliau tidak perlu risau lagi kerana Islam menetapkan bahawa perlantikan pemimpin adalah melalui majlis syuro, bukan melalui undi. Proses undian ahli hanyalah sekadar satu mekanisma bagi mengesahkan perlantikan Majlis Ulamak itu berdasarkan perlembagaan sahaja. Ahli yang tidak mengundi beliau adalah mengingkari ketetapan Majlis Syuro Ulamak. Nantikan sahajalah musibah daripada keingkaran mereka itu.(QS:4/59, 48/10) KESIMPULAN Kesejahteraan hanya mampu dinikmati melalui sistem Islam, samada golongan pemimpin mahupun pengikut. Ramai orang mahu memimpin dengan cara Islam, namun tidak ramai yang berilmu dan mampu berhujjah. TGHH ada kelebihan itu dan harus saling berkongsi ilmu dengan rendah diri dan semangat jama’ie. Tiada siapa yang pandai / baik, mahupun jahil / buruk sepenuhnya. Jangan sekali-kali kepimpinan ulamak berputus asa. Mungkin kalian tidak sempurna, namun buat masa ini kalian adalah insan terpilih untuk istiqomah mempertahankan kedaulatan agama buat mensejahterakan manusia. PKR yang agak caca merba ini tidak akan pergi jauh tanpa sokongan PAS. Apabila PAS berjaya membetulkan kepincangan UMNO dari dalam dan ketirisan berjaya dihapus, maka PKR akan kehilangan isu untuk menyalak. DAP mungkin akan bersatu dengan MCA/GERAKAN namun tidak juga akan mampu mendapat majoriti. Sabah Sarawak akan ikut apabila ada kepimpinan pusat yang adil dan amanah. Jangan bimbang soal HUDUD. Ada banyak cara untuk melaksanakan hudud ‘Yang Sebenar’ walaupun tidak diluluskan di Parlimen. Yakinlah, dengan ‘Hudud Sebenar’ itu nanti, non-Muslim akan sangat berminat dengannya sehingga sanggup membayar jizyah, kerana mereka juga mahu hidup SEJAHTERA. InsyaAllah akan kami kongsikan mekanisma “hudud yang hak/sebenar” dalam artikel khas atau pertemuan tertutup jika ada yang sudi BERTANYA. Sesungguhnya syurga itu taman ilmu dan kunci ilmu ialah saling ‘tanya menanya’.

Tuesday, March 24, 2015


Ada seorang Pemuda PAS bertanya kepadaku, mengapakah aku kelihatannya rimas dengan Abdul Hadi Awang, memandangkan Hadi banyak membela Syiah dalam kuliah-kuliahnya. Aku menjawab, “Kerana dia meruntuhkan apa yang dibina arwah ustaz Fadzil.” Sebagai orang muda yang tidak pernah merasai kenikmatan menemui dan belajar daripada arwah Fadzil Noor, dia memang terpinga-pinga. Dia tidak pernah bertemu Ustaz Fadzil. Untuk penggerak dan peneraju gerakan Islam di Malaysia, siri kuliah 'Akidah dan Perjuangan' oleh almarhum Ustaz Fadzil Noor (13 Mac 1937 – 23 Jun 2002) yang kemudian dibukukan oleh Dewan Pemuda PAS adalah satu monumen; seakan-akan manifesto perjuangan yang mesti dibaca. Almarhum Ustaz Fadzil atau Ali bin Mohd Noor dilahirkan pada 13 Mac 1937 di Kampung Seberang Pumpung, Alor Setar, Kedah. Moyang arwah adalah Tuan Guru Hj Idris yang lebih dikenali sebagai Tuan Syeikh Idris Al-Jarumi yang merupakan seorang ulama terkenal di Kedah asal Patani. Ustaz Fadzil Noor pernah menjadi Setiausaha Persatuan Ulama Malaysia (1974-1976), Setiausaha Penerangan ABIM (1973-1974) dan Timbalan Presiden ABIM (1974-1978). Pada tahun 1974 ustaz Fadzil turut terlibat dalam demonstrasi membela rakyat miskin di Baling, Kedah. Beliau menonjol dalam bidang kepimpinan ketika Anwar Ibrahim ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri di Kamunting dari tahun 1974 hingga 1976, ketika itu Ustaz Fadzil Noor diamanah menjadi pemangku presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Ustaz Fadzil Noor pernah ditahan dua kali oleh pihak polis. Kalau tidak silap aku, pada hujung tahun 1970-an, ketika beliau sedang berucap dalam suatu majlis ceramah di Kampung Seberang Takir, Terengganu, pihak polis telah mengumumkan bahawa ceramah tersebut adalah perhimpunan haram. Turut hadir dalam ceramah itu adalah arwah Ustaz Fadhullah Shuaib. Tanpa menghiraukan amaran tersebut, Ustaz Fadzil Noor meneruskan ceramahnya. Oleh kerana kedegilan ustaz itu polis telah menahannya berserta penceramah lain. Mereka bermalam di lokap. Penangkapan itu telah meledakkan kemarahan orang di Kuala Terengganu. Kira-kira 15,000 orang ahli dan penyokong PAS telah berkumpul di luar kawasan balai polis Kuala Terengganu bagi mendesak pemimpin mereka dibebaskan segera. Hasil perundingan dengan pihak polis, Ustaz Fadzil Noor dan pemimpin yang ditahan dalam lokap tersebut dibebaskan tanpa sebarang tindakan. Kemudian, beliau juga ditahan oleh pihak polis dalam satu ceramah di Jerlun, Kedah. Seingatku ia berlaku ketika peristiwa pertelingkahan antara pimpinan PAS dan Umno mengenai Muassasah Darul Ulum. Ustaz Fadzil Noor telah ditahan semasa berceramah bersama-sama yang dipertua (YDP) PAS kawasan Jerlun pada waktu itu, dan dikenakan ikat jamin. Kes tersebut dibawa ke mahkamah tetapi digugurkan setengah jalan. Apakah yang telah dibina oleh almarhum Fadzil Noor dan diruntuhkan oleh Hadi Awang? Ada empat tunjang yang ditegakkan oleh gemulah ustaz Fadzil dan kini menjadi tebusan. Dahulukan rakyat semua kaum Pertama, tatkala Tuan Guru Yusof Rawa uzur dan terpaksa melepaskan jawatan Yang Dipertua PAS, Ustaz Fadzil Noor telah memikul beban PAS paling besar. Beliau perlu mara ke hadapan untuk mengambil alih kepimpinan di tengah-tengah tragedi Memali. Sebagai antara pembantu Profesor Zulkifli Muhammad beliau sudah pun secara terbuka menerima idea PAS bersekutu dengan bukan Islam. Profesor Zulkifli adalah pemimpin PAS pertama yang mencadangkan agar PAS menerima kaum Cina dan orang bukan Islam sebagai ahli bersekutu PAS. Dengan idea dan wawasan ustaz Fadzillah maka beliau menggerakkan pakatan Majlis Perundingan Cina (CCC), di mana PAS mulai berjinak-jinak dengan kaum bukan Islam. Politik melampaui zaman Kedua, idea tahaluf siyasi adalah suatu kebijaksanaan politik yang dikemukakan oleh ustaz Fadzil Noor di mana beliau menunjukkan contoh dengan mewujudkan pakatan bersama Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah dalam Angkatan Perpaduan Ummah. Kalau tidak kerana tahaluf siyasi ini, hampir sukar untuk PAS memerintah Kelantan pada tahun 1990 dan terus menguasainya sehingga hari ini. Kebijaksanaan politik beliau jugalah yang membolehkan gejala reformasi ekoran pemecatan Anwar Ibrahim dicetuskan. Jika pemimpin PAS tidak campur tangan serta terlibat “membantu” Anwar Ibrahim, sukar untuk Anwar mendapat momentum reformasi yang terus ditunggangnya sehingga 2008. Tanpa mengendahkan suara-suara bantahan dalam PAS yang resah, bimbang, dan gerun dengan hubungan akrab Anwar dengan 'Amerika Syarikat', ustaz Fadzil melakukan tindakan nekad, iaitu melihat masa depan dari konteks tempatan. Beliau adalah orang yang menubuhkan Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK), dan dengan GERAK itulah beliau merintis penubuhan Barisan Alternatif yang merupakan satu tahaluf siyasi ke arah pembentukan Malaysia Baru. Waktu itu, Anwar sudah berada di dalam penjara. Ketika Wan Azizah Wan Ismail 'terkontang-kanting' untuk menjaga momentum reformasi yang makin merosot menjelang turunnya Mahathir Mohamad, ustaz Fadzil merintis kerjasama ini. Pendek kata Ustaz Fadzil menyelamatkan Parti Keadilan Nasional dari hanyut dan berkubur. Di bawah kepimpinan Ustaz Fadzil Noor, GERAK dilancarkan pada 27 September 1998 di Markaz Tarbiah, Taman Melewar. Puluhan ribu rakyat dan ratusan wartawan dari dalam dan luar negara hadir ke majlis pelancaran tersebut. Dalam Muktamar PAS ke-45 pada Mei 1999, Ustaz Fadzil Noor menegaskan: "Kejayaan PAS menggabungkan parti politik dan NGO dalam satu gerakan yang disebut Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia atau GERAK, cukup untuk membuktikan keupayaan kepimpinan PAS menerajui kebangkitan rakyat di negara ini". Kerjasama Parti Keadilan dan PAS, membawa hasil yang begitu besar kepada PAS dalam pilihan raya 1999. Kebijaksanaan tersebut membolehkan PAS mengekalkan kuasa di Kelantan dan berjaya menubuhkan kerajaan di Terengganu. Lain daripada itu, kebijaksanaan ustaz Fadzil telah melunakkan imej Islam sehinggakan YB Tian Chua yang ketika itu merupakan Naib Pengerusi Keadilan, yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kamunting pernah berkata pada tahun 2001 bahawa tidak akan adanya ISA dalam sebuah negara Islam. Ia sekali gus menyarankan bahawa negara Islam adalah serasi sepenuhnya dengan demokrasi, kemajmukan, hak asasi manusia, hak wanita, kepelbagaian budaya, pembangunan dan pemodenan. Tak lupa sejarah Ketiga, kepintaran almarhum bermain dengan tahaluf siyasi itu sebenarnya tidak terbit dari vakum. Ia adalah kerana kepimpinan terbuka dan sederhana Tuan Guru Yusof Rawa, pimpinan sebelumnya. Tiada siapa dapat menafikan Tuan Guru Yusof Rawa adalah pemimpin yang bertanggungjawab membuka ruang bagi pemimpin pelapis PAS dengan gagasan 'pakatan politik untuk memenangkan dakwah dan politik Islam' ini. Idea persekutuan dengan kaum Cina sehingga tertubuhnya CCC adalah hasil sokongan Tuan Guru Yusof Rawa. Mengambil kira itu, Ustaz Fadzil Noor seorang pimpinan yang merenung sejarah dengan tekun di mana beliau tahu bahawa PAS adalah berakar umbi daripada perjuangan Hizbul Muslimin di Gunung Semanggol. Hizbul Muslimin adalah usaha Ustaz Abu Bakar Al-Baqir. Ustaz Fadzil tahu keberanian dan sikap terbuka Ustaz Abu Bakar Al-Baqir yang bertanggungjawab merintis pelbagai tahaluf siyasi menerusi PEPERMAS, MATA, LEPIR dan seumpamanya mampu dijadikan model baharu bagi perjuangan PAS. Ustaz Fadzil juga sedar beliau harus meminjam keberanian Dr Burhanuddin Al-Helmy yang berjaya menggabungkan lebih 80 buah parti dan persatuan Melayu dalam sebuah gerakan bernama PUTERA. Gerakan PUTERA ini berusaha menuntut kemerdekaan daripada penjajah. Aku berpandangan idea PUTERA inilah yang memberi ilham kepada Ustaz Fadzil Noor untuk mewujudkan gabungan lebih 80 buah parti politik dan NGO melalui GMI untuk mendesak kerajaan memansuhkan undang-undang warisan penjajah, iaitu ISA. Poros Islam Empat, kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam Umno satu masa dahulu menjadi luka buat penyokong gerakan Islam. Peranan mengetengahkan Islam itu terpaksa diambil alih oleh Ustaz Fadzil Noor. Menyedari itu, PAS bawah ustaz Fadzil juga menyedari bahawa untuk menjadikan Islam relevan di dalam masyarakat majmuk, inti pati Islamlah yang perlu diketengahkan. Falsafah dan bumbu Islam yang universal dan sentiasa munasabah sepanjang zaman perlu dijunjung. Ustaz Fadzil adalah insan yang bertanggungjawab meminggirkan suara-suara Islam legalitas yang gila syariah. Beliau, dengan penuh bijak bangkit menjuarai Islam aktual yang berteraskan waqi atau keadaan setempat. Beliau telah bertanggungjawab untuk bersetuju dengan Manifesto Bersama Barisan Alternatif dalam pilihanraya tahun 1999. Untuk itu PAS bersetuju menggugurkan idealisme penubuhan negara Islam dalam konteks pakatan Barisan Alternatif kerana: (a) Tidak berbangkit soal negara Islam dalam Manifesto; (b) Tidak boleh memaksa ideologi PAS ke atas rakan dalam pakatan; (c) Dalam komposisi rakyat negara ini, tidak ada parti boleh memerintah secara bersendirian; dan (d) PAS perlu bekerjasama dengan rakan pakatan BA atas perkara- perkara yang sudah dipersetujui. PAS dengan itu telah bersetuju untuk memberi tumpuan kepada isu-isu yang membabitkan soal keadilan, demokrasi, kebebasan, penyelewengan kuasa, rasuah dan sebagainya sebagai agenda utama untuk perjuangan pakatan Barisan Alternatif. Kesimpulan; tidak ada kebijaksanaan dan keberanian Datuk Fadzil Noor yang dapat ditandingi oleh pemimpin PAS hari ini. Beliau telah melihat dengan bijak bahawa retorik dan cogan kata tidak penting tetapi 'isi' yang menjadi keutamaan. Hari ini PAS bergelut untuk menentukan sikap dan kedudukan politiknya. Syariah telah mengatasi keadilan. Dan fikah mengatasi akhlak. Peri perjuangan Rasulullah SAW iaitu untuk menyempurnakan akhlak telah berakhir.

Selimut tetangga ~ Repvblik (Official Music Video)

Friday, March 13, 2015

Linguistic Programming (NFNLP)


Linguistic Programming (NFNLP) Sebuah syarikat penyedia latihan profesional yang berdaftar di bahawa Perbadanan Sumber Manusia Berhad (PSMB). Pusat latihan NLP Malaysia-Center of Excellence (NLPM-COE) yang terletak di Ukay Perdana, Ampang, Kuala Lumpur. Pertubuhan Perunding Latihan & Motivasi Muslim Malaysia(TAMRIN) yang menghimpunkan trainer, penceramah serta perunding. Sejarah Perkembangan NLP NLP bermula pada awal 1970-an ketika dua orang yang bernama John Grinder, iaitu seorang Assistant Professor di University of California yang terletak di Santa Cruz; serta Richard Bandler, yang merupakan pelajar psikologi di universiti tersebut. Mereka berdua sungguh tertarik dengan persoalan tentang apakah faktor yang menyebabkan seseorang itu cemerlang, dan boleh mengulangi kecemerlangan itu bila-bila masa yang dikehendaki. Pemerhatian mereka mendapati, individu yang mereka kaji menunjukkan bahawa setiap daripada mereka mempamerkan corak tingkah laku dan gaya fikir yang tersendiri. Rumusan ini akhirnya membina prinsip-prinsip asas dalam NLP. Pada asalnya, mereka mengkaji beberapa hasil kerja tokoh ahli terapi yang terkenal pada waktu itu, iaitu Fritz Perls, seorang ahli psikoterapi yang inovatif, yang juga telah mengasaskan teknik terapi yang meluas yang dinamakan sebagai Gestalt. Bandler dan Grinder juga mengkaji hasil kerja Milton Erickson, iaitu seorang ahli hipnoterapi yang dikenali di seluruh dunia. Seorang lagi tokoh yang dikaji ialah Virginia Satir, seorang ahli terapi keluarga yang telah banyak menyelesaikan krisis rumahtangga yang dikendalikannya. “NLP maybe the most powerful vehicle for change in existence.” -Modern Psychology Magazine Bandler dan Grinder tidaklah berniat untuk mewujudkan satu teknik baru. Mereka hanya kagum dengan kejayaan proses-proses ‘pengubahsuaian psikologi’ yang dilakukan oleh tokoh-tokoh tersebut. Contohnya, seorang perokok tegar boleh berhenti merokok selepas beberapa sessi terapi, seorang yang pemabuk dan pemarah menjadi seorang suami yang penyantun. Begitu juga dengan kes orang yang menghadapi tekanan perasaan melampau, dan boleh bertukar menjadi seorang yang ceria positif. Mereka berusaha mengenalpasti corak dan kaedah yang digunapakai oleh tokoh-tokoh tersebut, dan membandingkan antara satu sama lain. Akhirnya, mereka menemui satu kesimpulan yang sungguh memeranjatkan. Walaupun setiap ahli terapi itu mempunyai kaedah dan personaliti yang jauh berbeza, namun merka semua mempunyai corak asas yang sama! Bandler dan Grinder pun mengenalpasti corak-corak tersebut, memantapkannya dan membangunkan model dan teknik yang dinamakan sebagai Neuro Linguistic Programing (NLP). Selepas itu, ramai orang yang turut menyumbangkan kepada pembangunan idea-idea NLP sehingga menjadi satu ‘teknologi kejayaan’ yang luas dan dinamik.

Monday, March 02, 2015

BERKONGSI SUMBER SUBJEK PENDIDIKAN ISLAM KBSM: Pedagogi buat guru MRSM: Jenis – Jenis Pedagogi 1.     Kontekstual a.       Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandu...

Blog Archive