Monday, December 07, 2009

Chin Peng...Kena tahu tentang makhluk ini


Berakhirnya era PKM

Oleh ZAKI SALLEH
zaki.salleh@kosmo.com.my

ISU kepulangan Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua ke tanah air timbul semula baru-baru ini. Kali ini dengan nada berbeza apabila beliau membuat kenyataan terbuka memohon maaf atas kesilapan masa lampau.

Malah dalam temu bual yang diterbitkan dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan baru-baru ini, Chin Peng dipetik berkata apa yang berlaku semasa darurat adalah korban perang. Bagi segelintir generasi muda, darurat ada kaitan dengan sejarah generasi Malaysia era 1940-an yang berjuang membebaskan negara ini daripada penjajah kolonial.

parti komunis malayaGagalnya Rundingan Baling 1955 dan tekanan daripada kejayaan operasi bersenjata pasukan keselamatan Persekutuan Tanah Melayu yang dibantu tentera British dan negara-negara Komanwel memaksa PKM berundur ke selatan Thailand.

Di sinilah, bermulanya satu persoalan besar kepada Chin Peng. Jika benar pemberontakan pertama kerana ingin memerdekakan Tanah Melayu, soalnya mengapa perlu ada pemberontakan kedua ketika negara telah merdeka dan diperintah oleh pemimpin pilihan rakyat?

Apa yang ketara (baik dalam media cetak atau elektronik), apabila bercerita tentang ancaman PKM, jarang sekali insurgensi dikisahkan secara terperinci. Walhal, insurgensi merupakan satu-satunya penentangan bersenjata yang berjaya memerangi komunis dalam mana-mana konflik di dunia, termasuk Perang Vietnam.

Mudah sahaja untuk memahami strategi perang Chin Peng yang mengimpikan penubuhan Republik Komunis Malaya sehingga menimbulkan ketegangan. Beliau yang mengakui menyanjung pengasas Bapa China Moden, Mao Tze Dung dilihat ingin menggunakan idea yang sama iaitu kejayaan taktikal Long March Mao semasa berundur dari asakan tentera nasionalis.

Gerakan bersenjata PKM disusun semula pada tahun 1958 dengan anggaran saki-baki kira-kira 600 gerila. Di sini, (selatan Thailand), Jawatankuasa Pusat PKM telah menubuhkan tiga rejimen tentera yang baru sebagai sebahagian daripada strategi penyusunan kekuatannya.



Berakhirnya Era PKM (Parti Komunis Malaya)
Rejimen ke-8 diwujudkan di kawasan Sadao, Rejimen ke-10 (Weng) dan Rejimen ke-12 (Betong). Dalam jangka masa lapan tahun semasa bersembunyi di selatan Thailand (1960 – 1968), PKM berjaya melakukan proses pemulihan kekuatan sebagai persediaan kembali semula ke Semenanjung Malaysia.

Kebangkitan semula 1968

Berikutan peristiwa 13 Mei 1969, Jawatankuasa Pusat PKM mengeluarkan kenyataan penting menyeru orang ramai bertindak untuk melaksanakan apa yang dipanggil sebagai ‘peperangan rakyat’ serta menyertai Tentera Pembebasan Kebangsaan Malaya (MNLA). Kenyataan itu merupakan langkah pertama PKM menuju ke fasa bersenjata dan menyusup ke Semenanjung Malaysia.

Kegiatan penyusupan dan atur gerak Unit-unit Penggempur PKM ke Semenanjung Malaysia telah dilakukan mengikut perancangan. Sejak bulan Jun 1969, ia digerakkan mengikut arahan yang dikeluarkan berdasarkan fasa-fasa berikut:

* Fasa I (1969-1973): Dalam tempoh ini, PKM telah menubuhkan Unit Penggempur Ke-5, Ke-8 dan Ke-12 yang diatur gerak di Kedah, Hulu Perak dan Hulu Kelantan di mana kawasan itu dipilih sebagai tapak bagi penyusupan seterusnya.

* Fasa II (1973-1975): Tempoh ini dilancarkan selepas kejayaan Fasa I untuk menubuhkan pangkalan tetap di Gua Musang (melibatkan Unit Penggempur Ke-16) dan Pahang Barat (Unit Penggempur Ke-6).

* Fasa III (1975-1977): Meluaskan kawasan operasi Unit Penggempur Ke-6 sehingga ke timur laut Selangor dan utara Negeri Sembilan. Ini kemudiannya diperluaskan lagi sehingga ke arah timur sempadan Kelantan/Terengganu/Pahang.

Bagaimanapun, insiden berdarah iaitu serang hendap ke atas konvoi platun 11, Kompeni C dari Batalion Pertama Pasukan Polis Hutan (PPH) pada 17 Jun 1968 menjadi titik penting dalam kebangkitan PKM. Dalam serang hendap di Keroh, dekat Hulu Perak itu seramai 17 anggota polis terkorban manakala ramai yang lain cedera parah.

pkmTENTERA Malaysia dan Thailand menemui kem komunis di Waeng, Thailand dalam satu operasi tentera yang dijalankan.

Penyusupan

Pada awal 1970-an, satu penyusupan serentak telah dilakukan ke negeri Kedah dan Perak melalui arahan Jawatankuasa Pusat PKM melibatkan dua kumpulan kader gerila yang baru tamat latihan di Betong, selatan Thailand. Kumpulan ini membina pangkalan di Gunung Inas/kompleks Gunung Bintang dan di Perak sebelum bergerak ke Sungai Siput.

Gerakan ini kemudian diikuti lain-lain kumpulan penyusupan PKM yang bertindak menubuhkan unit penggempur di Kedah (Unit Penggempur Ke-8), Perak (Unit Penggempur Ke-5), Hulu Perak (Unit PKM Orang Asli), Kelantan (Unit Penggempur Bebas) dan Pahang (Unit Penggempur Ke-6).

Pelaksanaan arahan ini disifatkan satu kejayaan besar PKM walaupun langkah-langkah mengekang penyusupan itu telah dilakukan oleh pasukan keselamatan. Kejayaan PKM berdasarkan beberapa faktor, antaranya keupayaan PKM menguasai jalan-jalan penyusupan di empat paksi utama iaitu Paksi Timur (ke Kelantan), Pertengahan Timur (Hulu Perak, Hulu Kelantan), Pertengahan Barat (ke Perak) dan Barat (ke Kedah).

KEKACAUAN yang dicetuskan oleh PKM memusnahkan banyak kampung.

PKM juga berjaya menubuhkan elemen bawah tanah dikenali sebagai Barisan Bersatu Komunis (BBK) yang diistilahkan sebagai penyambung dan pengembang kepada pasukan bersenjata. BBK menyusup pengaruh ke dalam kesatuan sekerja, pertubuhan belia dan pelajar serta pertubuhan siasah untuk mempengaruhi rakyat menerima fahaman komunis.

BBK turut bertanggungjawab menanam kefahaman mengenai perjuangan PKM bagi tujuan mendapatkan rekrut baru.

Berikutnya adalah penyelarasan segala bentuk persiapan dan kegiatan militan. Ini adalah tugas unit-unit kecil yang menyediakan tempat simpanan makanan (food dump), membekalkan maklumat risikan pasukan keselamatan dan menubuhkan pangkalan gerakan, melakukan pengkhianatan serta membunuh pemimpin tertinggi pasukan keselamatan.

pkmPERJANJIAN yang membawa kepada peletakan senjata oleh PKM pada 2 Disember 1989 di Hatyai, Thailand.

Seterusnya adalah kegiatan militan yang dilaksanakan oleh unit-unit penggempur di pedalaman Semenanjung Malaysia

Pada awal tahun 1980-an, corak kegiatan PKM berubah daripada bergerak aktif di dalam aktiviti militan kepada menumpukan kegiatan sosiopolitik dan hubungan massa. Strategi itu dilakukan antaranya melalui penubuhan sel-sel di dalam semua organisasi sosial, politik dan swasta untuk mempengaruhi badan-badan tersebut.

Pertubuhan anasir-anasir pengganas yang sedia ada juga diperluaskan untuk aktif di dalam masyarakat, dan akhir sekali mempertingkat kegiatan bawah tanah dengan mengukuhkan infrastruktur logistik, kewangan, senjata dan sumber tenaga manusia.

Perjalanan konflik

Keanggotaan PKM dalam kebangkitan kali ini terbahagi dua iaitu gerila bersenjata yang bergerak di hutan belantara dan kedua, anggota BBK. Kedua-dua kumpulan ini menerima latihan ketenteraan di selatan Thai setelah direkrut sebelum diserapkan sama ada untuk peranan tempur atau untuk kegiatan subversif bawah tanah di bandar-bandar.

Ketika kedua-duanya bergerak di bandar-bandar dan pekan kecil di seluruh Semenanjung Malaysia, unit-unit penggempur PKM pula bergerak dari utara Semenanjung ke Pahang dan Negeri Sembilan.

Nama-nama kawasan seperti Grik, Lenggong/Air Kala, Sungai Siput, Gopeng, dan Slim River di Perak; Kulim, Karangan dan Gunung Inas di Kedah; Batu Melintang, Lubuk Bongor, Gua Musang dan Pulai di Kelantan; serta Kuala Lipis, Raub, Bentong dan Karak di Pahang cukup digeruni semasa insurgensi.

Bentuk kegiatan militan yang dilakukan PKM tidak banyak berbeza seperti semasa darurat. Antaranya serang hendap ke atas pasukan keselamatan, sabotaj ke atas projek pembangunan (misalnya projek pembinaan Lebuh Raya Timur Barat) dan memusnahkan harta benda.

Selain itu, PKM turut bertindak menyerang pangkalan pasukan keselamatan antaranya serangan bom di Markas Briged Tengah PPH, pengeboman Tugu Negara dan serangan roket ke atas pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuala Lumpur pada tahun 1974 yang merosakkan sebuah pesawat pengangkut Caribou.

Walaupun lebih berani, namun gerila-gerila PKM sedaya-upaya mengelak daripada bertempur secara bersemuka dengan pasukan keselamatan. Untuk melarikan diri dengan cepat dan sukar dikesan, mereka menggunakan terowong rahsia yang dibina dari markas di selatan Thai hingga ke beberapa kawasan di utara Semenanjung.

Insurgensi juga menyaksikan penggunaan senjata baru oleh gerila PKM iaitu jerangkap samar letupan dan ranjau buluh runcing. Ia bertujuan melambatkan pergerakan pihak tentera dan melemahkan semangat mereka.

Ramai anggota pasukan keselamatan yang maut dan cedera akibat terpijak jerangkap samar.

PKM juga melalui skuad bergerak telah membunuh Ketua Polis Negara ke-3, Tan Sri Abdul Rahman Hashim pada 7 Jun 1974 dan Ketua Polis Perak, Tan Sri Khoo Chong Kong pada 13 November 1975.

Percubaan mereka untuk membunuh Panglima Angkatan Tentera ketika itu, Jeneral Tan Sri Ibrahim Ismail bagaimanapun gagal. Dalam tempoh itu, keadaan keselamatan negara begitu tegang apabila PKM mengisytiharkan tahun 1975 sebagai ‘Tahun Bertempur’.

Ini dipengaruhi semangat PKM yang disuntik oleh kemenangan pihak komunis dalam Perang Vietnam dan jatuhnya kerajaan Vietnam Selatan yang disokong Amerika Syarikat (AS).

pkmSelepas ‘berjuang’ selama kira-kira 20 tahun, PKM melalui Jawatakuasa Pusatnya akur untuk berdamai dan meletak senjata pada 2 Disember 1989 hasil Rundingan Hatyai.

Kegagalan PKM untuk menarik sokongan majoriti Melayu diakui pengkaji penyebab utama kegagalan perjuangannya.

Biarpun sebilangan besar gerila PKM dan penyokongnya berketurunan Cina, bagaimanapun ia tidak dapat dilihat sebagai sebuah pertubuhan yang mewakili suara ramai. Realitinya, selepas 20 tahun berdamai, ‘luka’ konflik bersenjata ini masih merah berdarah.

************************************
Setiap Minit Dapat Duit !!
Web Hosting, From Only RM50/year!!
Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan Kini DiBongkar!!
Web Hosting, From Only RM50/year!!
Hosting Murah!! RM65/Year,2GB Space,25GB Bandwidth!
Letak Iklan Anda Di Sini
Bookmark to:
Add 'Berakhirnya Era PKM (Parti Komunis Malaya)' to Del.icio.usAdd 'Berakhirnya Era PKM (Parti Komunis Malaya)' to diggAdd 'Berakhirnya Era PKM (Parti Komunis Malaya)' to FURLAdd 'Berakhirnya Era PKM (Parti Komunis Malaya)' to blinklistAdd 'Berakhirnya Era PKM (Parti Komunis Malaya)' to redditAdd 'Berakhirnya Era PKM (Parti Komunis Malaya)' to Feed Me LinksAdd 'Berakhirnya Era PKM (Parti Komunis Malaya)' to TechnoratiAdd 'Berakhirnya Era PKM (Parti Komunis Malaya)' to Yahoo My WebAdd 'Berakhirnya Era PKM (Parti Komunis Malaya)' to Stumble UponAdd 'Berakhirnya Era PKM (Parti Komunis Malaya)' to Google Bookmarks
Add 'Berakhirnya Era PKM (Parti Komunis Malaya)' to BloglinesAdd 'Berakhirnya Era PKM (Parti Komunis Malaya)' to NetscapeAdd 'Berakhirnya Era PKM (Parti Komunis Malaya)' to AskAdd 'Berakhirnya Era PKM (Parti Komunis Malaya)' to DeliriousAdd 'Berakhirnya Era PKM (Parti Komunis Malaya)' to Live-MSNAdd 'Berakhirnya Era PKM (Parti Komunis Malaya)' to SphinnAdd 'Berakhirnya Era PKM (Parti Komunis Malaya)' to FaceBookAdd 'Berakhirnya Era PKM (Parti Komunis Malaya)' to BlogsvineAdd 'Berakhirnya Era PKM (Parti Komunis Malaya)' to MySpaceAdd 'Berakhirnya Era PKM (Parti Komunis Malaya)' to Twitter

Wednesday, November 25, 2009

Tafsir Surah Al-Haj

Kaabah adalah Kiblat Umat Islam Lambang Penyatuan Ummah Kepada ALLAH Yang Maha Esa

HAJI, MANASIKNYA DAN SYI'ARNYA
Ayat 26-37

26 Dan (ingatlah), ketika Kami memberikan tempat kepada Ibrahim di tempat Baitullah (dengan mengatakan), "Janganlah kamu memperserikatkan sesuatu pun dengan Aku dan sucikanlah rumah-Ku ini bagi orang-orang yang tawaf, dan orang-orang yang beribadah dan orang-orang yang rukuk dan sujud. 27 Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan mengendarai unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh, 28 supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari yang telah ditentukan atas rezeki yang Allah telah berikan kepada mereka berupa binatang ternak. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan (sebahagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara lagi fakir. 29 Kemudian hendaklah mereka menghilangkan kotoran yang ada pada badan mereka dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazar mereka dan hendaklah mereka melakukan tawaf sekeliling rumah yang tua itu (Baitullah). 30 Demikianlah (perintah Allah). Dan barang siapa mengagungkan apa-apa yang terhormat di sisi Allah maka itu adalah lebih baik baginya di sisi Tuhannya. Dan telah dihalalkan bagi kamu semua binatang ternak, terkecuali yang diterangkan kepadamu keharamannya, maka jauhilah olehmu berhala-berhala yang najis itu dan jauhilah perkataan-perkataan dusta. 31 dengan ikhlas kepada Allah, tidak mempersekutukan sesuatu dengan Dia. Barang siapa mempersekutukan sesuatu dengan Allah, maka adalah ia seolah-olah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh. 32 Demikianlah (perintah Allah). Dan barang siapa mengagungkan syiar-syiar Allah, maka sesungguhnya itu timbul dari ketakwaan hati. 33 Bagi kamu pada binatang-binatang hadyu, itu ada beberapa manfaat, sampai kepada waktu yang ditentukan, kemudian tempat wajib (serta akhir masa) menyembelihnya ialah setelah sampai ke Baitul Atiq (Baitullah). 34 Dan bagi tiap-tiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan (kurban), supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah direzekikan Allah kepada mereka, maka Tuhanmu ialah Tuhan Yang Maha Esa, karena itu berserah dirilah kamu kepada-Nya. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh (kepada Allah), 35 (yaitu) orang-orang yang apabila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, orang-orang yang sabar terhadap apa yang menimpa mereka, orang-orang yang mendirikan sembahyang dan orang-orang yang menafkahkan sebagian dari apa yang telah Kami rezekikan kepada mereka. 36 Dan telah Kami jadikan untuk kamu unta-unta itu sebahagian dari syiar Allah, kamu memperoleh kebaikan yang banyak padanya, maka sebutlah olehmu nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah terikat).
Haji adalah Arafah. Barangsiapa yang tidak melintasi kawasan Arafah walaupun sesaat sekalipun, maka rosaklah haji dia kerana ia adalah sebahagian daripada Rukun Haji dan Wajib dia mengulanginya pada tahun2 akan datang
Kemudian apabila telah roboh (mati), maka makanlah sebagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur. 37 Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keridaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik...

Moga kita mendapat haji yang mabrur..

Allahummaj'alna Hajjan Mabruran, Wasa'yan masykuran wa'amalan Maqbulan...amin

Tuesday, November 24, 2009

Petua Cuci Hati

Hiasan sahaja

PETUA CUCI HATI

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.

"sampaikanlah pesanan ini walaupun 1"

insyaAllah..mudah-mudahan..

Monday, November 23, 2009

7 Cara Memotivasikan Diri Di Pagi Hari

Hiasan

Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.
Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.
Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ¡cas betri¢ saja.
Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.
Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?
Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.
Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.
Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.
Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.
Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.
Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.
Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!
Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.
Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.
Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.
Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.
Hiasan

Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.
Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.

" wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup keNerakamu.. .......,kami lah hamba yang mengharap belas darimu ........Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa.... ..ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.

Moga diri ini dan kalian sentiasa bermotivasi..Sebenarnya ada petua yg paling ampuh bahawa kita kena tahu, ingat, sedar, berjaga-jaga bahawa kita sebenarnya diprogramkan oleh ALLAH SWT di atas muka bumi ini adalah untuk pengabdian kepadaNya..Hebat ke kita, lemah ke kita....ia adalah sesuatu bentuk penyembhAn kita kepada Allah yang berpandukan Al-Quran & Sunnah. Kita sentiasa bermotivasi dan tidak ada sebab kita futur, lemah, bosan, jemu, putus asa dan seangkatan dengannya..
Maka kita berjaya..amin
Sehingga bertemu...

Sunday, November 22, 2009

Lafaz Yang Tersimpan..

Sekadar Hiasan

Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya.

Dan raut tuamu memberkas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan Qalbu
Tak mungkin ku temu iras sentuhanmu
Biarpu ku redah seluruh dunia
Mencari gantimu.

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar tingkah
cuma ungkapan kebisuan yang
Melindungkan Kalimah Rahsia.

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu
Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan Sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar tingkah
cumalah ungkapan bisukalimah Rahsia.

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
tidak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanyarenungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata.

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhirnya nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangn
menggantikan Lafaz Yang Tersimpan

Saturday, November 21, 2009

Hindari rezeki bawa kepada azab ALLAH



Marilah kita mendengar dan memahami serta beramal dengan petunjuk Allah SWT di dalam al-Quran berkaitan rezeki yang dikurniakan kepada kita di dunia ini berdasarkan Firman Allah (maksudnya): "Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya." (Al-Baqarah: 172)



Yang dimaksudkan dengan memakan rezeki yang halal ialah mengambil manfaat daripada rezeki yang diberikan oleh Allah SWT, bukan sahaja dalam soal makan, minum, pakaian, tempat tinggal termasuk juga kenderaan yang digunakan.



Semua perkara yang digunakan itu mestilah diambil daripada rezeki halal dan diizinkan oleh Allah SWT. Dengan lain pengertian, bukan sahaja rezeki itu daripada bahan-bahan halal tetapi perlu memastikan daripada sumber-sumber halal dan dimanfaatkan dengan cara yang diizinkan oleh Allah SWT.



Perkara ini dijelaskan oleh sabda Rasulullah s.a.w. (maksudnya): Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Sabda Rasulullah s.a.w: Wahai manusia! Sesungguhnya Allah SWT itu baik, Dia tidak menerima melainkan yang baik. Allah memerintah orang-orang yang beriman sahaja dengan apa yang diperintahkan kepada rasul-Nya. Firman Allah SWT: Wahai rasul-rasul, makanlah kamu daripada yang baik lagi halal dan beramallah kamu dengan amal yang soleh, sesungguhnya Aku amat mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Al-Mukminun: 51).



Dan firman Allah SWT: Wahai orang-orang yang beriman, makanlah kamu yang halal yang Aku rezekikan kepada kamu. (Al-Baqarah: 172).



Kemudian Rasulullah s.a.w menceritakan seorang lelaki yang terlalu banyak musafirnya sehingga kusut masai rambutnya, berdebu pakaiannya. Lelaki itu berdoa kepada Allah: "Wahai Tuhanku, wahai Tuhanku, padahal makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan sejak kecil lagi dia diberi makan dengan makanan yang haram, maka bagaimana Allah akan memperkenankan doanya?" (Riwayat Muslim)



Ini menunjukkan perkara yang halal sangat mempengaruhi kehidupan di dunia ini dan hubungan dengan Allah SWT dari kehidupan dunia sampai akhirat.



Bukan sahaja dimasukkan ke dalam syurga bagi mereka yang mengambil dan menggunakan yang halal dan dimasukkan ke dalam neraka bagi mereka yang menggunakan yang haram, bahkan mereka akan menjalani kehidupan dunia dalam keadaan yang tidak berkat serta mendapat kutukan Allah.



Yang dimaksudkan mengambil yang haram itu ialah mengambil harta dengan cara yang tidak diizin oleh Allah sama ada mencuri, merompak, menyamun, menipu, rasuah dan lain-lain lagi, termasuk mengambil harta sesama manusia dengan cara yang tidak diizinkan oleh syarak.



Itulah perkara-perkara yang haram yang dinyatakan oleh Allah SWT, bukan sahaja mengambil makanan dengan cara mencuri adalah haram di sisi Allah sepertimana meminum arak.



Maka begitu juga mengambil barang milik orang lain dengan cara yang tidak betul, termasuk juga menggunakan kenderaan dan rumah dengam sumber yang haram, termasuk juga tanah-tanah yang diambil, duit yang diambil dengan cara yang tidak halal, membahagi harta pusaka dengan cara yang tidak betul, semua yang diambil adalah haram di sisi Allah dan diberi amaran keras oleh Rasulullah s.a.w.



Amaran oleh Allah SWT kepada mereka yang memakan makanan yang haram, makanan yang diambil dengan harta yang haram, minuman yang haram atau minuman yang dibeli dengan harta yang haram, semuanya itu akan menjadi umpan api neraka dalam perut mereka.



Termasuklah mereka yang memakai pakaian dengan cara dan gaya yang haram juga akan menjadi umpan api neraka kepadanya pada hari kiamat.



Begitu juga kepada mereka yang mengambil tanah orang lain dengan cara yang haram. Ini bukannya satu perkara yang boleh dipermain-mainkan, termasuklah mereka yang cerdik pandai dan bijak, mencari rezeki secara rasuah.



Sabda Rasulullah s.a.w. (maksudnya): "Allah melaknat orang yang memberi rasuah dan orang yang menerimanya. "



Dalam hadis yang lain, sabda Rasulullah s.a.w (maksudnya): "Orang yang memberi rasuah dan menerima rasuah semuanya di dalam neraka."



Begitulah amaran yang keras daripada Nabi s.a.w. Rasuah bukan sahaja untuk mendapat sesuatu tetapi termasuklah untuk mendapat pengaruh seperti melantik pemimpin-pemimpin melalui rasuah sebagaimana yang dilakukan oleh kaum Bani Izrail yang memilih pemimpin-pemimpin yang memberi rasuah kepada mereka. Maka pemimpin itu akan bersama dengan para pengikutnya di dalam neraka pada hari kiamat.



Marilah kita memahami hakikat ini dan berpegang dengan petunjuk yang ditunjukkan oleh Allah serta petunjuk yang dibawa oleh Nabi kita Muhammad s.a.w. terutamanya pada zaman manusia yang mabuk dengan keduniaan, kemewahan dan kesenangan.

Mereka mengambil apa sahaja dengan tidak mengikut petunjuk daripada Allah SWT tetapi mengikut selera hawa nafsunya. Marilah kita menyelamatkan diri kita dengan agama.


Firman Allah (maksudnya): "Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa padahal kamu mengetahui (salahnya). (Al-Baqarah: 188).

Semoga kita tidak menjamah rezeki yang tidak halal agar jasad kita tidak sempat dijilat oleh Neraka Allah nanti..

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Friday, November 20, 2009

70 Dosa-Dosa Besar



70 Dosa-Dosa Besar

1. Syirik (secara tak sedar pun ada...tapi dah selalu....jadi laa DOSA BESAR)
2. Membunuh Manusia
3. Sihir
4. Tinggal Sembahyang (yang selalu di lakukan)
5. Tidak Mengeluarkan Zakat
6. Tidak Berpuasa (yang selalu di lakukan)
7. Tidak Mengerjakan Haji Walaupun Berkemampuan
8. Derhaka Kepada Ibu Bapa (yang selalu di lakukan)
9. Memutuskan Silatulraham
10.Berzina (individu tertentu)
11.Homosex
12.Memakan Riba
13.Memakan Harta Anak Yatim
14.Mendustakan Allah S.W.T dan Rasul
15.Lari dari Medan Perang
16.Sombong (yang selalu di lakukan)
17.Saksi Palsu
18.Meminum Arak(individu tertentu)
19.Pemimpin Yang Penipu dan Kejam
20.Berjudi (yang selalu di lakukan-secara tak sengaja)
21.Menuduh orang baik melakukan Zina
22.Menipu harta rampasan Perang
23.Mencuri
24.Merompak
25.Sumpah Palsu (HOT)
26.Berlaku Zalim
27.Pemungut cukai yang Zalim
28.Makan dari kekayaan yang Haram (skim2)
29.Bunuh Diri
30.Berbohong (yang selalu di lakukan)
31.Hakim yang Tidak adil (HOT)
32.Rasuah (HOT)
33.Wanita yang menyerupai Lelaki (dah banyak)
34.Tidak Cemburu
35. Cina Buta
36.Tidak Suci Hadas kecil
37.RIAK Mempamerkan Diri (yang selalu di lakukan)
38.Ulamak Dunia (jahat)
39.Khianat (yang selalu di lakukan)
40.Mengungkit- Ungkit Pemberian (yang selalu di lakukan)
41.Mangingkari Takdir
42.Mencari Kesalahan Orang lain (yang selalu di lakukan)
43.Menabur Fitnah (yang selalu di lakukan)
44.Mengutuk Umat Islam ( HARI-HARI)
45.Mengingkari Janji (individu tertentu)
46.Percaya Kepada Sihir dan Nujum
47.Derhaka kepada Suami (amalan isteri)
48.Gambar pada Baju (hari-hari)
49.Menamparkan pipi dan meratap jika terkena bala
50.Menggangu Orang lain (hari-hari)
51.Berbuat Zalim terhadap yg lemah
52.Menggangu Tetangga
53.Menyakiti dan Memaki Orang Islam (HOT)
54.Derhaka kepada Hamba Allah S.W.T dan menggangap dirinya baik
55.Melabuhkan Pakaian
56.Lelaki yang memakai Sutera dan Emas
57.Hamba Lari dari Tuan
58.Sembelihan Untuk Selain Dari Allah S.W.T
59.Menjadi Pak Sanggup (HOT)
60.Berdebat dan Bermusuh (HOT kat media)
61.Enggan Memberi Kelebihan Air
62.Mengurangkan Timbangan
63.Merasa Aman Dari Kemurkaan Allah S.W.T
64.Putus Asa Dari Rahmat Allah S.W.T
65.Meninggalkan Sembahyang Berjemaah (hari-hari)
66.Meninggalkan Sembahyang Jumaat (setengah individu jgn lebih 3 kali dah laa....idea&fatwa bodoh)
67.Menguragi Wasiat
68.Menipu (Hari-hari)
69.Mengintip Rahsia dan Membuka Rahsia Orang Lain
70.Mencela Nabi dan Sahabat

Marilah kita sama-sama berdoa kepada ALLAH memohon agar diberi Petunjuk Taufiq dan HidayahNya agar kita bebas, terlepas dan tidak terikat dengan lingkungan iitu..

Thursday, November 19, 2009

Keep & Sunnah Prophet of Muhammad SAW


Jaga 7 Sunnah Rasul

"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

" wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup keNerakamu.. .......,kami lah hamba yang mengharap belas darimu ........Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa.... ..ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia

Wednesday, November 18, 2009

Ulama, Pendakwah & Budaya Cari Makan

Hiasan
Ulama, Pendakwah & Budaya Cari Makan

Tajuk ini bukan mencela atau menghina golongan yang tersenarai sebagai sabda nabi sebagai kumpulan yang perlu dihormati malah disifatkan nabi sebagai pewarisnya. Namun perkataan ulama terutamanya hari ini hanyalah satu gelaran ataupun panggilan yang dalam banyak keadaan si empunya panggilan ini langsung tidak memiliki keperibadian seorang ulama, kecuali mulut yang petah berkata-kata kerana mereka memiliki berbakul-bakul ilmu.

Ulama, pendakwah umpamanya kini telah pun menjadi golongan elit ataupun disindirkan sebagai golongan bangsawan Islam yang kedudukannya sangat tinggi bukan di atas tingkat kerusi atau pangkat tetapi seakan-akan bersila di atas timbunan buku-buku dan kitab–kitab ilmuan mereka.

Bagi saya perkataan ulama hari ini tidak ubah seperti pergelaran Datuk yang bersepah dan lebih menyedihkan ulama hari ini menggunakan status quo piawaian Islam terhadap kemurniaan gelaran itu untuk kepentingan peribadi bagi permainan duniawi mereka dengan menjual segala pengetahuan dunia akhirat.

Saya tidak takut untuk mencela golongan ini malah sudah sampai masanya insan biasa seperti saya selaku umat Islam menuding jari ke batang hidung ulama supaya segera bermuhasabah, sedar diri dan paling penting kalau merasa diri tidak layak eloklah memakai gelaran Pak Lebai sahaja.

Apabila isu lapan pengidap HIV Melayu Islam terpaksa menumpang di sebuah gereja di Rawang kerana ketiadaan tempat tinggal ia bukan isu baru tentang bagaimana gereja “tanpa sebarang prejudis saya tidak menggangap usaha ini sebagai satu taktik mengkristiankan orang Islam, tetapi sebagai nilai murni orang Kristian yang menyeru kepada kasih sayang dan kebaikan”.

Bagi organisasi gereja, peranan mereka turut membabitkan usaha membela golongan terbiar. Adalah tidak adil, sekiranya usaha kemanusiaan itu dianggap sebagai misi kristianiti, hanya kerana gereja turut menyediakan khidmat kemanusiaan kepada orang Islam yang tersisih dan terbiar.

Kita tidak boleh lagi menggunakan alasan Tok Kaduk: Sentiasa menyalahkan orang lain apabila kita gagal menjalankan tanggungjawab terhadap bangsa dan agama sendiri.

Kenapa ulama dan pendakwah yang saya bantai?

Kerana ulama adalah peneraju bagi gerakan ummah samada berorentasikan gerakan dakwah masjid, pertubuhan kebajikan atau apa jua bentuk peranan yang lebih dominan yang sepatutnya mereka mainkan sesuai dengan cabaran zaman yang tidak lagi memerlukan kelompok ulama elit yang lagaknya duduk di bilik mewah berkenderaan kelas A dan sentiasa sibuk ala-ala CEO agama.

Pengalaman Satu

Setahun yang lalu dengan biaya yang diberikan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan saya menerbitkan sebuah dokumentari mengenai kisah seorang gadis AIDS yang sudah berada ditahap kronik dan dilaporkan oleh doktor mempunyai peluang hidup antara enam bulan ke dua tahun. Gadis ini adalah mangsa rogol ketika masih kanak-kanak dan kemudian tercampak ke Chow Kit lalu menjadi pelacur dan penagih dadah.

Enam tahun lalu, ketika ditahanan penjara, gadis ini disahkan HIV positif, dan mula menerima kesan kemerosotan kesihatan yang sangat mendadak. Ini menyebabkan dia mengalami radang paru-paru dan menghabiskan sebahagian besar waktunya dengan terbaring di kaki lima jalan.

Atas persetujuan AADK, gadis ini kami pilih sebagai watak utama dalam dokumentari khas yang ditayangkan pada Hari Raya Aidilfitri 2008 melalui Saluran Ria.

Tragedi gadis ini bukan sekadar penderitaan HIV, tetapi lebih menyedihkan enam tahun lalu, ketika mengalami masalah kesihatan dan ketiadaan biaya untuk mendapatkan bekalan ubat bagi penyakit HIV yang dideritainya gadis ini ditemui oleh sekumpulan pendakwah wanita beragama Kristian dan diberikan perlindungan disebuah gereja dengan peruntukan perubatan bagi merawat penyakitnya yang menjadi sangat kronik kerana beliau juga mengidap asma yang serius.

Akhirnya tanpa dipaksa dia mengaku kepada saya telah memeluk agama Kristian kerana amat terharu dengan kasih sayang, perhatian dan sokongan yang diberikan oleh pihak gereja ketika beliau melalui sisa–sisa kehidupan yang perit di penghujung hidupnya.

Waktu itu, penagih dadah dan pelacur dianggap jijik oleh masyarakat dan menjadi bertambah jijik dengan kempen-kempen dan pandangan sempit para ulama, yang menjual air liur dengan mencela golongan ini sebagai puak yang dilaknat Allah, dan apa yang mereka deritai sebagai pembalasan akibat dosa mereka.

Pandangan ulama dan pendakwah memberi pengaruh yang amat besar kepada masyarakat kerana mereka adalah jurupandu yang menentu bentuk mentaliti umat Islam terhadap sesuatu isu dan pengaruhnya menjadi lebih kuat apabila golongan ulama memberikan tafsiran menggunakan hukum agama tanpa menggunakan budi bicara, khemah dan hikmah serta nilai-nilai murni dalam Islam berhubung konsep keinsanan dan kemanusiaan.

Ketika pertemua awal gadis ini memberikan syarat: Dia hanya bersetuju kisahnya didokumentarikan sekiranya pihak produksi saya sanggup membantunya untuk kembali kepada Islam dan mengaturkan pertemuan dengan pihak yang bertanggungjawab (ulama dan pendakwah) untuk mengislamkan kembali dirinya.

Penerbit dokumentari ini menghubungi seorang ustaz yang amat-amat terkenal di tanahair dan mempunyai pengaruh yang sangat luar biasa dalam masyarakat. Kami menjelaskan hasrat produksi untuk meminta bantuan beliau mengislamkan kembali gadis yang sudah pun murtad ini namun usaha kami gagal kerana tiga pekara yang disyaratkan oleh ustaz itu yang pada saya sangat menjijikkan.

Bayaran enam ribu ringgit bagi kemunculan beliau di dalam dokumentari ini. Produksi mesti menyediakan bilik hotel lima bintang berkelas suite untuk beliau dan keluarganya. Membayar semula klim minyak dan tol untuk perjalanan beliau hadir di lokasi penggambaran.

Secara komersialnya, apa yang diminta oleh ustaz yang terkenal ini terutama dari segi kewangan adalah terlalu tinggi dan tidak mungkin mampu kami bayar bagi sebuah produksi berbajet kecil yang kami hasilkan semata-mata untuk menyedarkan masyarakat mengenai ribuan pelacur dan penagih wanita yang tersadai dijalanan menunggu kematian tanpa sebarang pembelaan.

Dalam keadaan waktu yang suntuk, penerbit program ini teringat akan Datuk Zainal Abidin Sakom, ahli politik dan aktif dalam kegiatan dakwah. Melalui notis enam jam, Datuk Zainal terus bersetuju, malah sangat teruja hingga kami dapat mendengar suaranya yang sebak di telefon, mengucapkan ribuan terima kasih kerana penerbitan kami memberikan beliau peluang untuk melaksanakan satu ibadat yang tidak pernah beliau lakukan seumur hidupnya.

Akhirnya Datuk Zainal hadir dan majlis berjaya dilakukan dimana hampir semua krew, pelacur dan penagih dadah wanita di sekitar Chow Kit dan serta jemaah surau turut sebak dan menitiskan airmata kerana peristiwa begini hampir tidak pernah disaksikan.

Datuk Zainal sendiri menangis dan menyampaikan sumbangan peribadi bagi membolehkan gadis itu mendapatkan rawatan kerana ketika itu tahap asmanya sudah kronik.

Persoalan saya ialah apa kejadahnya ustaz popular itu, menuntut begitu banyak harta dunia untuk melaksanakan satu kewajiban dunia akhirat, yang sepatutnya menjadi tanggungjawab beliau melakukannya secara ikhlas?

Sampai sekarang timbul perasaan benci dan marah terhadap peristiwa itu, di mana saya langsung tidak dapat menerima hakikat seorang pendakwah yang sentiasa muncul di kaca tv dan hampir keseluruhan jadual hidupnya dipenuhi dengan programi ceramah dan koleksi vcd ceramah yang bertimbun laris di pasaran, tergamak mengenakan syarat yang demikian.

Pada saya, ini satu kesesatan yang melampau, seakan-akan ilmu yang ada padanya itu, satu aset komersial yang perlu dibayar, sekalipun terhadap mereka yang ingin menyerahkan diri kembali ke jalan Allah.

Pengalaman kedua

Anak saudara saya berjaya menjadi guru sandaran di sebuah sekolah rendah di Shah Alam. Dia baru sahaja lulus dari Universiti Utara Malaysia dan kebetulan tinggal di kampung, maka pengetahuan dan pengalamannya untuk mengendalikan satu program yang diamanahkan oleh pihak sekolah, terasa amat berat.

Satu hari, dia datang meminta bantuan saya: Mencari nombor telefon seorang pendakwah yang tersohor.

Kisahnya begini, PIBG sekolah tersebut mula merasakan hubungan di antara guru dan ibu bapa pelajar berada di dalam keadaan amat renggang, malah sudah berlarutan sejak bertahun-tahun lamanya. Justeru Jawatankuasa PIBG mengambil keputusan untuk menjemput seorang pendakwah tersohor bagi menarik kehadiran ibubapa sebagai kaedah mengakrabkan hubungan.

Topik ceramah dicadangkan menyentuh mengenai betapa pentingnya hubungan guru-guru dan ibubapa demi kebaikan murid-murid, terutama isu yang menyentuh prestasi pendidikan dan akhlak. Ceramah itu secara umumnya juga, diharap dapat menjadi satu pedoman atau tazkirah kepada semua yang hadir agar mengambil berat akan soal anak-anak, serta melihat makna tanggungjawab tersebut dari perspektif Islam.

Malah jawatankuasa sekolah itu turut bercadang untuk menaikan kain rentang, di sekitar kawasan perumahan berdekatan sekolah tersebut dengan harapan menjadikan kawasan sekolah bukan sekadar temapt untuk murid-murid tetapi setahun sekali mampu menjadi pusat kemasyarakatan melalui majlis-majlis dakwah ke arah penyatuan umat.

Saya segera memberikan nombor telefon seorang pendakwah terkenal untuk dihubungi dan saya percaya sekiranya kain rentang yang dicadangkan oleh pihak sekolah memaparkan wajah sang tokoh ini maka sudah tentu populariti dan rasa hormat masyarakat terhadap ketrampilan beliau yang selama ini memonopoli pelbagai program di hampir semua saluran tv tempatan akan mampu menarik ibu bapa, penduduk malah golongan muda bukan sahaja disekitar Shah Alam tetapi juga dari kawasan–kawasan berdekatan terutama Klang.

Al kisahnya begini, apabila anak sudara saya menghubungi sang tokoh yang memiliki ilmu agama yang kalau ditimbun boleh menjadi beratrus-ratus bakul banyaknya, dan jawabannya amat mengecewakan. Beliau meletakkan syarat lapan ribu ringgit untuk 90 minit sesi ceramah walaupun anak saudara saya memaklumkan pihak sekolah hanya memiliki bajet sekitar RM3 ribu hasil sumbangan tabung PIBG.

Maka sekali lagi anak saudara saya datang menemui saya untuk mendapatkan bantuan kedua. Yakni mencari dermawan untuk mendapatkan dana tambahan RM5 ribu untuk menampung kos bayaran kepada penceramah tersohor ini.

Saya terkedu dan tidak percaya tetapi itulah kenyataannya dan akhirnya apa yang dapat saya katakan hanyalah satu jawaban yang mudah. “Lupakanlah, kalaulah itu permintaannya majlis ini tidak mendapat barakah kerana yang diundang adalah seorang yang memperniagakan kalam-kalam Allah”.

Memandangkan sudah kesuntukan masa anak saudara saya memaklumkan bahawa penceramah itu ada mencadangkan beberapa nama penceramah yang lain yang sememangnya rate bayaran mereka sekitar RM4 ribu maka disebutlah anak saudara saya satu demi satu nama yang disenaraikan nama penceramah tersohor itu sekiranya pihak sekolah hanya mampu menyediakan dana sekitar RM 4 ribu adalah disebutkan empat lima nama yang sebahagiannya saya kenal dan sebagaiannya tidak pernah saya dengar namanya.

Namun yang jelas pada waktu itu nama-nama itu tidak lagi penting, kerana saya diserang tekanan perasaan yang luar biasa hingga keseluruhan tubuh saya menggigil dan menyebabkan anak saudara saya menjadi takut lalu segera pulang. Untuk pertama kali walaupun sudah 16 tahun berada di dalam dunia media massa saya mendengar kewujudan rate harga berdasarkan standard dan populariti seseorang pendakwah yang telah pun ditentukan di dalam pasaran semasa.

Friday, November 13, 2009

Hikmah Menjadi Wanita

Hiasan Sahaja
Bersyukurlah Anda Seorang Wanita...

Kaum Hawa..
Asalnya dari rusuk Adam,
bukan dari kepalanya untuk dijadikan atasan,
bukan dari kaki untuk dijadikan alasnya,
melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya,
dekat pada lengan untuk dilindungi,
dekat dihati untuk dicintainya..

Mulianya seorang isteri disisi Allah..
Betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
pada keluarga, suami dan anak-anak..
Rugi dan binasalah suami-suami
yang tidak menghargai isteri mereka kerana
isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak..
Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka..

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim
Dia bekerja dengan Tuhan..
jadi ‘kilang ‘ manusia.
Tiap-tiap bulan diberi cuti bergaji penuh..
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.
Cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.
Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang..
sembahyang wajib baginya
dari baligh sehingga habis nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah..
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin,
itu dianggap mati syahid,
Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga
tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami..
seluruh kebaikan suaminya,
isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung..

Diakhirat nanti seorang wanita solehah
akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima
diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah..
ganjaran Alah keatasnya jua..

Sungguh Cantik sekiranya ia bertudung

Bila dia lihat suaminya di titian Sirat
dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya,
dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.

Kalau seorang isteri asyik merungut,
mulut selalu muncung terhadap suami
dia tak akan dapat pahala extra ini.
Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..

Dinasihatkan kepada semua wanita
supaya faham akan syariat Allah
agar tidak derhaka denganNya.
bersyukurlah
anda dilahirkan sebagai kaum hawa…….

Thursday, November 12, 2009

Benarkah mereka hanya berkawan..

Memang antara sahabat boleh bergurau senda tetapi ada batasnya. Jika rakan wanitanya itu kelihatan berlebih-lebih atau menunjukkan kemesraan melampau, bermakna persahabatan mereka telah melampau batas. - Gambar hiasan

BENAR...mereka hanya berkawan? Adakah rakan wanitanya itu satu ancaman kepada anda? Dan pernahkah anda terdetik bahawa pasangan anda itu mungkin menipu tentang kawan wanitanya.

Berkawan dengan rakan berbeza jantina bukanlah sesuatu yang pelik pada zaman serba moden ini. Tapi sejauh manakah kemesraan pasangan anda terhadap rakan wanita mereka?

Apa pun sebelum anda menyiasat kebenaran tersebut, pastikan diri anda tidak diselubungi perasaan cemburu kerana perasaan tersebut boleh mengaburi keputusan anda.

Cemburu juga boleh membuatkan anda berfikir tentang perkara yang bukan-bukan tentang pasangan anda serta rakan wanitanya.

Selepas anda berjaya ketepikan perasaan cemburu tersebut, kaji cara persahabatan antara pasangan anda dan rakan wanitanya.

Semasa membuat pemerhatian tersebut, carilah jawapan untuk soalan-soalan di bawah:

l Berapa lama masa yang pasangan anda habiskan untuk rakannya?

l Berapa kerap mereka berhubungan di telefon dalam sehari?

l Adakah pasangan anda amat mementingkan setiap panggilan telefon yang diterimanya?

l Adakah mereka nampak mesra lebih daripada rakan biasa?

l Akhir sekali adakah naluri anda mengatakan bahawa wanita tersebut mahukan pasangan anda lebih dari seorang rakan.

Jika mereka menghabiskan banyak masa bersama dan sering berhubung telefon, awas, perhubungan anda mungkin goyah disebabkan wanita tersebut.

Jika rakan wanita itu berlebih-lebih sebagai contoh bersentuhan kulit secara mesra bila bercakap dengan pasangan anda, bermakna persahabatan mereka telah melampau batas.

Memang antara sahabat boleh bergurau senda tetapi ada batasnya, ditambah pula dengan naluri anda kuat mengatakan yang wanita tersebut mahukan sesuatu yang romantis daripada pasangan anda.

Tetapi sebelum anda bertindak, anda perlu ingat bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Rakan wanita ini hanya menjadi ancaman sekiranya pasangan anda membuatkan dia betul-betul menjadi ancaman anda.

Mungkin pasangan anda tidak menyedari bahawa rakan wanitanya mempunyai niat serong, tapi tidak bermakna dia tidak boleh menilai dengan cara layanan rakan wanitanya yang berbeza dari sahabat lain.

Jika mereka hanya kawan, pasangan anda juga mesti tahu had waktu yang sepatutnya dihabiskan dengan rakan wanitanya itu dan sejauh mana pentingnya panggilan telefon daripada wanita itu.

Bermakna, jika anda rasa tidak selamat atau rasa terancam dengan sikap wanita tersebut, perlu diingatkan juga bahawa pasangan anda itu juga sepatutnya menjaga perasaan anda dan tidak bersikap sesuka hatinya.

Berbicara untuk elak syak wasangka

Jika persahabatan pasangan anda dengan rakan wanitanya menjadi satu gangguan pada perasaan anda adalah lebih baik jika anda berdua duduk berbincang.

Beritahu dia apa yang anda rasa dan pastikan anda tidak minta sesuatu yang membuatkan dia rasa terikat dengan anda. Ini kerana pasangan anda sebenarnya berhak untuk berkawan dengan sesiapa sahaja sama seperti anda juga berhak memilih sesiapa sahaja sebagai rakan.

Pasangan yang menghormati anda akan menerima dan mengambil berat tentang apa yang merisaukan anda. Dan perhatikan juga adakah pasangan anda berubah sekali gus membuatkan anda berasa lebih selesa dengan situasi baru tersebut.

Jika dia tidak mengendahkan kerisauan anda, maka tibalah masa untuk anda berdua mengkaji dan memastikan adakah kehadiran anda bermakna untuk dia.

Tidak dinafikan sahabat memang perlu tetapi janganlah sampai merosakkan hubungan intim anda dan pasangan.

Memang pasangan anda bebas berkawan namun jika persahabatan tersebut mengganggu perhubungan anda maka persahabatan tersebut perlu dihentikan.

"Tidakkah saya nampak terlalu mengongkong jika meminta dia jangan berkawan dengan perempuan?"

Itu hanya dilakukan apabila anda pasti bahawa 'ada sesuatu' yang luar biasa pada persahabatan mereka.

Tidak salah jika anda berbuat demikian jika anda pasti bahawa wanita itu tidak berniat ikhlas terhadap persahabatannya dengan pasangan anda.

Memang pasangan anda patut menyedari hakikat tersebut dan selesaikan dengan baik, namun perlu diingat anda juga berhak untuk menyuarakannya jika anda mahu.

Anda juga perlu mengawal diri, bersikap tenang dan bertutur dengan jelas untuk melindungi hak anda. Jangan sesekali bergaduh, reaksi si dia boleh memberitahu respons dia terhadap isu tersebut.

Jika dia bersikap negatif terhadap kerisauan anda, mungkin ini memberitahu anda bahawa hubungan anda perlukan 'cuti panjang', mungkin pada tempoh tersebut dia boleh berfikir dan membuat keputusan apa yang dimahukan dalam hidupnya.