Sunday, September 26, 2010

facebook

facebook
Penggunaan laman sosial Facebook pada hari ini sudah menjadi kebiasaan para anak muda mulai usia belasan tahun lagi. Site community ini adalah salah satu site yang terpopular dan menduduki ranking pertama pada saat ini. Jaringan web sosial ini telah diasaskan oleh seorang mahasiswa lulusan Harvard dan mantan murid Ardsley High School iaitu Mark Zuckerberg. Mark Zuckerberg dilahirkan dalam sebuah keluarga Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester County, New York. Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara ‘tokoh paling berpengaruh dunia 2008′, iaitu sebaris dengan nama besar Barrack Obama dan Dalai Lama. Majalah Forbes Top 400 telah menyenaraikan Mark Zuckerberg sebagai individu ke-321 terkaya Amerika daripada 400 individu lain pada 2008. Namun apa yang lebih penting, Zuckerberg merupakan individu termuda pernah disenaraikan Forbes, ketika usianya baru mencecah 24 tahun dengan kekayaan peribadi sebanyak USD1.5 billion.

Laman sosial in telah dilancarkan dengan rasminya pada 4 Februari 2004 dan telah diguna pakai secara meluas sehingga dinobatkan sebagai laman web sosial yang berjaya memiliki jumlah pengguna berdaftar paling besar di antara web-web lain dengan jumlah 34 juta anggota pada Julai 2007.

Dari September 2006 hingga September 2007, Facebook telah membuat peningkatan yang mendadak dari ranking 60 ke 7, menjadikan ia site yang paling banyak dikunjungi. Ini menunjukkan dalam masa setahun laman sosial ini mampu menempa nama dengan memecah 53 anak tangga ranking site social. Ia juga merupakan site nombor satu diminati untuk memuat naik foto di Amerika Syarikat, sekaligus mengungguli site public lain seperti Flickr, dengan jumlah 8.5 juta foto dimuat naik setiap hari. Amat banyak kan?. Itulah fakta mengenai kemegahan Facebook ini. Pada tahun 2008 Facebook telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD300 juta.

PERSOALAN HUKUM GUNA FACEBOOK

Penggunaan Facebook menjadi HARUS apabila memanfaatkannya sebagai medan yang paling baik untuk menyebarkan dakwah, kerana ianya luas dan tiada tapisan, setiap berita yang dimasukkan akan dilihat oleh semua orang seluruh dunia.

Harus juga bagi sesiapa yang menjadikan Facebook sebagai tempat mencari kawan-kawan lama, menjadikan Facebook sebagai medan pertanyaan, menjadikan Facebook sebagai urusan pekerjaan dan seumpamanya kerana aktiviti ini tidak bercanggah dengan Amal ma'ruf dalam Islam.

Kedua-dua perkara di atas ini tidak melibatkan transaksi kewangan kepada Facebook dan ianya semata-mata sosial. Ada orang mengatakan bahawa sebahagian keuntungan Facebook akan diberikan kepada negara haram Israel. Awas!!! Jangan sesekali klik kepada iklan yang terdapat di sisi kanan Facebook, kerana Facebook akan memperolehi duit dari iklan tersebut.

Penggunaan Facebook menjadi HARAM apabila kita menggunakannya sebagai tempat untuk mencari kesilapan orang, mengutuk orang, menghina orang, menyebarkan perkara yang dilarang oleh Islam, menyebarkan fitnah, lagha sehingga lupa solat dan sebagainya, maka ini menjadi haram, kerana Islam melarang umatnya melakukan perkara yang sia-sia dan perkara sia-sia itu adalah sifat syaitan dan mazmumah.

Menyertai segala skim atau pelaburan yang ditawarkan oleh facebook, sepertimana skim infinity downline, iklan perklik facebook dan sebagainya, maka ini menjadi haram kerana bisnes tersebut bercanggah dengan muamalah Islam dan sedikit sebanyak menyumbangkan dana kepada negara haram Israel untuk membunuh umat Islam Palestin.

Setiap perkara yang dilakukan hendaklah bersandarkan kepada 4 sumber hukum Islam iaitu Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qiyas atau bersandarlah kepada dalil naqli dan aqli. Berbeza pendapat adalah fitrah kejadian manusia. Selagimana setiap perkara itu tidak mempunyai dalil qat’i atau dalil yang jelas mengatakan itu adalah haram, maka selagi itulah kita perlu merujuk kepada yang alim atau berijtihad (orang yang ada ilmu sahaja) bersandarkan dalil naqli dan qat’i.

Tuesday, September 21, 2010

alahai arab

MENGAPA ARAB MENJADI HINA

Amat mendukacitakan kita apabila melihat umat Islam khususnya dunia Arab yang berjiran dengan Iraq gagal membuat satu keputusan yang jelas dan tegas mengenai serang yang bakal dilancarkan oleh Amerika terhadap saudara sebangsa mereka, bahkan seagama dengan mereka. Lebih malang daripada itu adanya negara Arab yang sanggup menjadi talibarut mengizinkan kuffar Amerika menggunakan tanahairnya untuk membunuh saudara-maranya yang arab dan muslim.

Sebenar sikap tidak bertanggunjawab negara-negara Arab terhadap umat Islam, atau bangsa mereka sendiri bukan perkara baru. Bayangkan negara Israel yang kecil dengan hanya beberapa juta penduduk boleh melanyak rakyat Palestin yang arab, yang berada pula di tengah saudara mara arabnya yang melebihi seratus juta penduduk dari berbilang-bilang negara. Negara-negara yang berada di sekeliling Palestin hanya mampu untuk melihat sahaja umat mereka dibunuh saban hari dengan begitu kejam. Apa yang mereka adakan hanya persidangan demi persidangan yang sekadar melahirkan bantahan mulut yang tidak ke mana kesannya. Bahkan sebahagian besar mereka sebelum ini kiblatnya hanya ke Washington, menanti ehsan yang tidak akan tiba.

Jika kita lihat, ada negara arab yang begitu kaya dengan minyak, tetapi kesemua kekayaan itu hilang samada di tangan pentadbirannya yang tidak bertanggungjawab, atau ditipu oleh dunia Barat. Dengan kekayaan yang ada mereka tetap gagal untuk membina persenjataan yang kuat atau membuat penyelidikan untuk memajukan teknologi negara supaya mereka digeruni. Dalam jumlah beberapa negara arab yang begitu banyak dengan petroleum belum ada yang layak untuk menuju ke negara maju. Ada pula beberapa negara arab yang rakyat miskin kerana kerajaan yang kononnya ala tentera begitu menumpukan perhatian untuk membina kekuatan ketenteraan, malangnya belum ada satu pun yang sanggup berhadapan dengan Israel. Ada negara arab yang kononnya begitu berpegang kepada dasar kebangsaan arab, seperti negara-negara yang dikuasai oleh pemikiran dan parti bath, malang mereka hanya mampu melihat sahaja saudara mara mereka diratah oleh musuh saban hari.

Ini lebih mendukacitakan jika kita lihat kemisikinan rakyat di sebahgian dunia arab, cukuplah dengan kita meninjau apa yang ada di Mesir, Syria dan seumpamanya. Apatah lagi beberapa negara arab afrika.

Persoalan yang patut dikemukakan, mengapa dunia arab jadi begini? Di manakah ketamudunan yang pernah dibina oleh arab? Ke manakah perginya arab yang dikatakan dahulunya pernah membuka empayar yang memberi kedamaian dan keadilan kepada dunia sejagat. Di manakah hilang khazanah tamadun yang dibanggakan oleh umat yang tercatat dengan tinta emas dalam sejarah peradaban manusia?

Jawapan sebenarnya terhimpun dan ucapan amirul mukminin `Umar bin al-Khattab r.a. pada hari beliau ke Syam dalam keadaan dan pakaian yang serba sederhana. Beliau ditegur oleh pimpinan tentera kerana bimbang keadaan beliau itu menjejas identiti beliau di hadapan tentera. Beliau menjawab dengan ucapan yang sangat bermakna: “Kita dahulunya adalah kaum yang hina, Allah telah memuliakan kita dengan Islam, andainya kita mencari kemuliaan selain dari apa yang telah Allah muliakan kita dengannya maka kita akan dihina oleh Allah”. Riwayat ini sanadnya dikatakan sahih oleh al-Hakim dan disokong oleh al-Zahabi (Al-Hakim, al-Mustadrak, 1/237, cetakan Dar al-Ma’rifah, Beirut).

Arab sebenarnya bukanlah satu bangsa yang dihormati di pentas antarabangsa sebelum kedatangan Islam. Mereka terkenal dengan sikap berpuak dan bermusuhan antara satu sama lain. Banyak di kalangan mereka bernaung dan mencari simpati dua kerajaan besar ketika itu; Rum dan Parsi. Arab menjadi kaum yang sukar untuk disatu dan dipimpin. Kaum yang berpecah dan tidak tersusun. Dengan kedatangan Islam, dan berpegangnya mereka kepada Islam perpaduan dan maruah muncul dalam hidup mereka. Mereka menjadi kaum yang terpimpin. Ternyata bahawa kemuliaan arab hanyalah kerana Islam yang dibawa oleh Nabi s.a.w. Tanpa Islam arab tidak mungkin akan mengukir sejarah yang indah seperti yang pernah mereka ukir dengan tinta emas di bawah panji-panji Islam.

Di bawah panji-panji Islam kaum muslimin arab telah berjaya membawa obor gemilang kepada manusia sejagat. Empayar Islam berkembang, bernaung di bawahnya kaum muslimin tanpa mengira bangsa yang penting al-ukhuwwah al-Islamiyyah iaitu persaudaraan Islam. Sehinggakan lahirnya tokoh-tokoh besar umat ketika pemerintahan arab muslimin mereka yang bukan arab. Di dalam bidang hadith umpamanya; al-Imam Abu Abdillah Muhammmad bin Ismail al-Bukhari (wafat 256H), pengarang Sahih al-Bukhari bukan seorang arab. Beliau berasal dari Bukhara, Ukzbek. Al-Imam Abu Isa, Muhammad bin Saurah al-Tirmizi (wafat 297H), pengarang Sunan al-Tirmizi juga bukan seorang `arab. Beliau berasal dari Tirmiz. Pengarang Sunan Abi Daud, Sulaiman bin al-Asy`ath al-Sajistan (wafat 275H) juga bukan seorang arab. Berasal dari Sajastan. Demikian pengarang Sunan al-Nasai bukan seorang `arab. Beliau Ahmad bin `Ali bin Syu`aib al-Nasai (wafat 303H). Begitu juga bukan arab. Berasal dari Nasa, salah satu negeri di Khurasan. Begitu juga pengarang Sunan Ibn Majah, Muhammad bin Yazid al-Qazwaini (wafat 279H), bukan arab, berasal dari Qazwain. Adapun al-Imam Muslim bin al-Hajjaj (wafat 261H), pengarang Sahih Muslim, para pengkaji berbeza pendapat samada beliau seorang `arab atau tidak. Ramai yang menyatakan beliau juga bukan seorang arab. Walaupun mereka semua bukan `arab tetapi Islam telah menjadikan mereka ini tokoh-tokoh hadith umat, satu kedudukan yang begitu tinggi yang diiktiraf oleh `arab dan bukan `arab. Al-Syeikh `Abd al-Fattah Abu Ghuddah r.h mengulas perkara perkara ini dalam bukunya Tahqiq Ismai Sahihain wa Ism Jami’ al-Tirmizi (lihat m.s: 56, cetakan Maktabah al-Makbu`ah al-Islamiyyah, Damsyik)

Dalam politik pula, Salahuddin al-Ayubi (wafat 589H) juga bukan seorang arab. Dia berbangsa kurdi. Namun dia telah berjaya menjadi sultan yang disayangi oleh arab dan bukan arab. Dia berjaya mentadbir kerajaan Islam pada zamannya dengan jayanya sehingga berjaya merampas kembali al-Masjid al-Aqsa.

Namun arab hari ini telah mencampak jauh Islam. Mereka kembali kepada zaman kehinaan jahiliyyah mereka. Kembali kepada perkauman semata-mata kononnya. Mereka bersidang atas nama liga arab tidak lagi atas nama umat Islam, kecuali jika mereka menghadiri mesyuarat OIC. Banyak masalah mereka cuba selesaikan atas nama arab tidak atas nama umat Islam. Isu Palestin juga cuba dijadikan isu arab sedang ianya isu umat Islam. Salahuddin Al-Ayubi yang berbangsa kurdi membebaskan Palestin tanpa menilai arab atau tidak. Allah telah memenangkannya kerana redha Allah dan umat Islam bersamanya. Ini kerana kemenangan dan pertolongan akan Allah berikan apabila kaum muslimin benar-benar membela agamaNya. Firman Allah: (maksudnya) Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu).(Surah Ali `Imran: 123).

FirmanNya juga: (maksudnya) Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri. (Ali `Imran: 160)

Firman Allah juga: (maksudnya) “sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamaNya (ugama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. (Surah al-Hajj:40)

Namun apabila perkauman mengambil tempat persaudaraan Islam persidangan liga Arab hanya mendiamkan diri melihat Amerika membunuh umat Islam Afghanistan dan Iraq, Rusia menyembelih umat Islam Chechnya, Hindu membunuh umat Islam Kashmir dan Ahmadabad. Bagi pemimpin arab mereka semua bukan arab maka tidak perlu dibela. Bahkan OIC sendiri gagal mengambil pendirian yang menggambarkan persaudaraan Islam.

Ternyata perkauman tidak senilai persaudaraan yang dibina atas akidah yang diajar oleh Allah dan RasulNya S.A.W.Malang bagi arab apabila tiba saat saudara arab, bermula dengan Palestin yang sudah lama isunya, sehingga pada isu Iraq sekarang, perkauman arab gagal untuk membela sauadara arabnya. Pemimpin Iraq begitu taksub dengan pegangan bathnya iaitu pegangan yang membela dan perkauman arab. Pun begitu dalam keadaan sekarang belum ada wajah atau bayang-bayang perkauman yang ingin menolong atau membela atau membantu, atau membantah musuhnya. Kesemua pimpinan arab di sekelilingnya hanya cuba untuk menyelamat periuk nasi masing-masing apatah lagi negara-negara minyak yang mempunyai simpanan lambakan harta di Amerika dan Britain. Ini kerana perkauman seperti akidah islamiyyah. Persaudaraan atas akidah mengharapkan balasan dari Allah, sedang apa yang boleh diharapkan dari perkauman melain pujian bangsa sendiri. Atau pujian dan harta serta kedudukan tentulah para pemimpin aran memilih harta. Kalaulah persaudaran yang mereka bina atas nama akidah, tentu bukan begini jadinya.

Firman Allah dalam surah dalam al-Nisa’ ayat: 75 (maksudnya): Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah dan (untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas dari kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak, iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Keluarkanlah kami dari negeri (Makkah) ini, yang penduduknya (kaum kafir musyrik) yang zalim, dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan ugama kami), dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh)".

Kata al-Qurtubiy (wafat 671H): “Allah menggesa untuk berjihad ianya bertujuan menyelamatkan golongan yang ditindas (muslimin) oleh kuffar musyrikin yang menyiksa mereka dengan seburuk-buruk siksaan dan memfitnah agama mereka. Maka Allah ta`ala mewajibkan jihad untuk menegakkan kalimahNya, memenangkan agamaNya dan menyelamatkan hamba-hambaNya yang lemah”( al-Qurtubiy, al-Jami’ li Ahkam al-Quran, 5/279.).

Kata al-Imam al-Nawawiy (wafat 676H): “Jihad itu bukan fardu `ain, ianya hanya fardu kifayah. Jika dilaksanakan oleh sebahagian yang memenuhi tuntutan tersebut, maka gugurlah dosa ka atas yang lain. Jika kesemua mereka meninggalkannya maka kesemuanya berdosa. Kata para ulama mazhab kita (ulama al-Syafi`iy) jihad pada hari ini (pada zaman beliau) adalah fardu kifayah, kecuali jika musuh menyerang sesuatu negeri (umat Islam), maka jihad ketika itu menjadi fardu `ain ke atas mereka. Jika mereka tidak mencukupi, maka wajib ke atas penduduk yang berdekatan untuk menyempurnakannya”. (al-Nawawiy, Syarh al-Nawawiy `ala Sahih Muslim, jilid 13, m.s. 9, cetakan Dar al-Ihya al-Turath al-`Arabiy, Beirut ).

Kata al-Jasas (wafat 370H): “Adalah sesuatu yang diketahui umum bahawa telah menjadi iktikad seluruh kaum muslimin; apabila penduduk sesuatu negeri dalam ketakutan dari serangan musuh, dan mereka tidak mampu menghadapinya merasa terancam negeri, nyawa dan kaum mereka, maka ketika itu wajib ke atas seluruh umat untuk keluar mempertahankan kaum muslimin dari serangan musuh. Ini adalah perkara yang tiada khilaf lagi di kalangan umat. Tiada sesiapa pun yang menyatakan harus dibiarkan ditumpahkan darah kaum muslimin”. (Ahkam al-Quran, 4/312.).

Kata Dr. Abu Syari`ah: “Jihad itu tidak terbatas sekadar mempertahankan aqidah di pusatnya sahaja, bahkan ianya merangkumi mempertahankan muslimin yang ditindas oleh musyrikin dan memaksa mereka meninggalkan dari agama mereka. Maka ini adalah memelihara aqidah, melindungi muslimin, syiar dan masjid mereka pada negeri yang mereka hidup di dalamnya”.( Dr. Abu Syari`ah, Nazariah al-Harb, (Maktabah al-Falah, Mesir) m.s. 37).

Firman Allah: (maksudnya) Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu, dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka, dan Ia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman. (Al-Taubah:14).

Umat Islam khas negara-negara Arab yang terhina di mata dunia disebabkan sikap mereka yang meninggalkan agama Allah perlu kembali bertaubat dan menghayati hakikat Islam serta berpegang dengannya. Perlu kembali membeli Islam dan bertawakal kepada Allah dengan iman yang sebenar dan pegangan yang kukuh. Kemenanga tidak akan datang selagi akidah dan tawakal umat kepada Allah tidak disucikan kembali. Firman Allah: (maksudnya) Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan perang dan di medan perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai; maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun; dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri. (Surah al-Taubah: 25)

Selagi hati umat Islam, khas arab tidak kembali kepada Allah selagi itu kita menjadi hina di mata dunia.

tolong melayu

Melayu sukar tolong Melayu
Oleh - Ramlan Husain

Dunia perniagaan Melayu sangat berbeza dengan orang Cina. Kita perlu mengakui dalam dunia perniagaan Melayu memang jarang dan sukar usahawan Melayu akan tolong sesama usahawan Melayu. Keadaan ini jauh berbeza dengan dunia perniagaan orang Cina yang akan saling bantu membantu sesama mereka. Dalam konteks Melayu tolong Melayu, pengalaman menegaskan bahawa cuma kakitangan awam kerajaan yang mengamalkan perkara tersebut. Ini pun disebabkan polisi kerajaan.

Cuba kita renungkan persoalan-persoalan ini. Adakah pengilang-pengilang Melayu mengeluarkan barangan yang boleh dijual di kedai Melayu atau dijual peniaga atau pembekal Melayu? Jawapannya tidak, majoriti mereka membuka kilang untuk tender/kontrak kerajaan melainkan perniagaan makanan dan minuman sahaja. Adakah pengilang-pengilang Melayu membeli barangan keperluan kilang daripada usahawan Melayu atau pembekal Melayu?. Jawapannya juga tidak, keseluruhannya mereka mendapatkan daripada peniaga Cina dengan alasan sudah biasa dan harga lebih murah.


Selain itu, adakah juga kontraktor-kontraktor binaan Melayu yang dapat kontrak kerajaan bernilai jutaan ringgit mendapatkan bekalan mereka daripada pembekal Melayu? Jawapannya juga tidak, hanya kontraktor-kontraktor Melayu yang dapat projek sahaja, menjadi kaya dan mendapat manfaat ialah ratusan malah ribuan pembekal Cina. Contoh lain, mengapa orang Melayu lebih suka menghantar kereta mereka ke bengkel orang Cina dengan alasan sudah biasa dan lebih yakin perkhidmatan di bengkel orang Cina. Orang Melayu juga lebih suka minum di kopitiam kepunyaan orang Cina yang diragui status halal makanan disediakan.

Dalam dunia perniagaan Melayu sebenarnya tidak ada sikap ‘bagai aur dengan tebing’. Justeru, sikap dan mentaliti usahawan Melayu perlu berubah secara total terhadap slogan ‘Melayu tolong Melayu’ dan hasrat kerajaan untuk mencapai sasaran 30 peratus usahawan Bumiputera. Sebenarnya, kunci kejayaan dan kekuatan bangsa Cina dalam bidang ekonomi terletak pada kewujudan apa yang dipanggil ‘jaringan pohon buluh’ dalam kalangan usahawan mereka. Malah jaringan ini diamalkan dalam dewan dan persatuan perniagaan bangsa Cina dalam kalangan usahawan mereka. Dalam kata lain orang Cina mempunyai tahap perpaduan dan kerjasama erat dalam kalangan usahawan mereka hingga dapat menguasai bidang ekonomi di Malaysia, malah di serata pelosok tempat di dunia ini.

Walaupun kerajaan melalui agensi-agensinya sentiasa memberi sokongan dan membantu usahawan Melayu, ia tidak akan berjaya sekiranya mereka tidak mengubah sikap ‘ Melayu tolong Melayu’ dan mengamalkan ‘jaringan pohon buluh’ seperti diamalkan kalangan usahawan Cina selama ini di negara kita. Justeru, orang Melayu harus sedar, siapa lagi yang akan menolong mereka, jika tidak bangsanya sendiri. Dalam kontek lebih luas, orang Melayu bukan sahaja memerlukan perpaduan politik tetapi juga perpaduan ekonomi untuk kekuatan dan maruah bangsa Melayu di tanah airnya sendiri, Malaysia dengan konsep 1 Malaysia.

* Setiausaha Kehormat Gabungan Ikhtisas dan Usahawan Bumiputra Anak Selangor (GIBS)




Haris Fadzlah Mat Ali

Sunday, September 19, 2010

jaga batasan adab2 raya


comel raya


banyakkan bertakbir
banyakkan berzikir
amalkan ziarah-menziarahi
hulurkan salam
jangann beratkan diri utk meminta ampun dan maaf

Tuesday, September 14, 2010

Sunday, September 12, 2010

selamat hari raya


raya


Hari raya d sana sini..tetapi berita di Malaysia amat2 menakutkan & mencemaskan

Friday, September 10, 2010

Sunnah @ Aidil Fitri

Sunnah di Aidil Fitri

Aidil fitri

1. Menghidupkan malamnya dengan beribadah. Imam Syafie - malam raya, doa tidak ditolak.
2. Mandi sunnah. Bermula tempoh mandi dari pertengahan malam lagi, dan disunnahkan dilewatkan sehingga hampir pergi solat hari raya.
3. Mencukur bulu-bulu, mengetip kuku dan mengemaskan janggut.
4. Berwangi-wangian dan berhias, samaada bagi yang hendak ke masjid mahupun yang tidak, samaada yang bersolat mahupun tidak, dewasa dan kanak-kanak.
5. Memakai pakaian yang terbaik. Tidak mesti berwarna putih.
6. Segera ke masjid untuk menunaikan solat.
7. Pergi ke masjid dan pulang dengan jalan yang berbeza. Lebih afdhal pergi dengan jarak yang lebih jauh dari jalan pulang.
8. Bersarapan sedikit sebelum keluar menunaikan solat hari raya.
9. Memperbanyakkan takbir bermula dari terbenam matahari hingga sebelum menunaikan solat hari raya.
10. Mengucapkan tahniah atau ucapan selamat hari raya kepada kaum muslimin.

Kaifiah Solat Hari Raya



Sama seperti solat sunnah biasa, tetapi disunnahkan dilakukan:

1) Takbir selepas doa iftitah, sebelum membaca Al-Fatihah, sebanyak 7 kali pada rakaat pertama dan 5 kali pada rakaat kedua.

2) Mengangkat tangan setiap kali takbir tersebut.

3) Membaca setiap kali selepas takbir: سُبحَانَ الله وَالحَمْدُ لله ولا إِلَهَ إِلا الله وَاللهٌ أَكْبَر

4) Imam berkhutbah dengan dua kali khutbah selepas solat, dan makmum disunnahkan mendengarnya.



Bacaan Takbir



الله أكبر الله أكبر الله أكبر

لا إله إلا الله الله أكبر

الله أكبر وللهِ الحَمْد

الله أكبر كَبِيرا وَالحَمْدُ للهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيلاُ

لا إِلَهَ إِلا اللهُ وَلا نَعْبُدُ إِلا إِيَّاهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّين وَلَوْ كَرِهَ الكَافِرُونَ

لا إِلَهَ إِلا الله وَحْدَه صَدَقَ وَعْدَه وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأَحْزَابَ وَحْدَه

لا إِلَهَ إِلا الله اللهُ أَكْبَر

الله أكبر ولله الحَمْد



----------------------------------------------------------------------

من العائدين والفائزين والمقبولين



Syed Abdul Kadir Aljoofre

Wednesday, September 08, 2010

sedihnya hati ini

tirai ramadhan akan melabuhkan tirainya...

Ya Allah!! penemukan lagi dlm bulan Ramadhan ini pada masa2 akan datang amin..

raya

Tuesday, September 07, 2010

membina tamaddun

Kenapa kita gagal membina semula tamadun?
DALAM sebuah cerita rakyat, kononnya seorang buta diberikan penglihatan dalam beberapa minit. Ketika celik, dia hanya berpeluang melihat seekor keldai yang ada di hadapannya. Kemudian penglihatannya dibutakan kembali. Selepas itu apabila disifatkan sesuatu kepadanya, dia akan bertanya: “Adakah ia seperti keldai?” Atau dia akan berkata: “Bagaimanakah ia jika dibandingkan dengan keldai?”
Cerita itu mungkin dongengan. Namun ia menggambarkan keadaan insan yang tidak pernah melihat perkara lain, melainkan yang tertentu sahaja. Maka segala gambaran dan andaiannya tertumpu atau terkait dengan apa yang pernah dilihat.

Sini

Sekali lagi saya ingin memperkatakan soal membina ketamadunan. Banyak pihak bercakap atau berkempen agar umat Islam menjadi umat yang maju dan kembali membina tamadun kegemilangan.
Malangnya kekadang pihak yang dikempen atau mungkin yang berkempen tidak memahami teras dan asas ketamadunan dalam Islam. Maka apabila bercakap soal kemajuan terus sahaja tergambar oleh mereka kemajuan atau tamadun yang sedang mereka saksi di zaman ini iaitu tamadun Barat. Hingga tidak tergambar oleh mereka selain dari kehidupan Barat. Apatah lagi jika dibandingkan kemunduran bangsa-bangsa yang menganut Islam hari ini.
Justeru, bagi mereka seakan jika kita ingin maju dan bertamadun, kita mesti memiliki apa yang dimiliki Barat, berbudaya ala Barat, bergaya ala Barat, berbahasa dengan bahasa Barat, berhiburan dengan hiburan Barat dan seterusnya. Tamadun dan kemajuan umat Islam lampau hanyalah catatan sejarah yang boleh dibaca. Sama seperti cerita orang buta dan keldai. Dia hanya dapat membayangkan apa yang pernah dilihat.
Maka lebih tergambar di fikirannya keldai dibandingkan binatang lain yang hanya diceritakan kepadanya, sedangkan dia tidak pernah melihatnya.
Pendek kata, untuk menjadi maju pada hari ini, ramai umat Islam menyangka mereka kena ceduk apa yang ada di Barat. Untuk menceduk teknologi Barat, prosesnya susah dan panjang. Juga bukan mudah untuk Barat mengajar kesemua ilmu tersebut, kerana itu tidak membuahkan keuntungan jangka panjang untuk mereka. Perkara yang paling pantas diceduk oleh masyarakat Islam ialah gaya hidup Barat.
Maka kita mengimport fesyen Barat dalam berpakaian dan berbudaya. Dalam kita berkempen ke arah kemajuan umat, lihat sahaja perkembangan hiburan. Segala format hiburan Barat dibawa dan didagangkan di sini. Sementara masyarakat Muslim pula yang melariskannya.
Hiburan-hiburan dalam media kita, bukan sahaja tidak kreatif terpaksa menceduk gaya Barat, bahkan nama program pun tidak mampu diubah. Maka anak-anak kita yang tercicir dalam banyak urusan kehidupan, berasa maju kerana bergaya dengan pakaian dan hiburan secara Barat.
Itulah hakikat sebahagian artis kita. Maka yang berjaya diceduk dan dibawa dengan ‘ranggi’nya ke sini hanyalah nilai negatif. Sementara yang positif, kita masih meminta sedekah daripada Barat. Sama seperti orang Arab yang bangga dengan kereta mewah Barat tetapi negara dan umatnya belum mampu menghasilkan sekalipun basikal. Bahkan setiap detik hasil minyak mereka dirompak oleh Barat.
Permasalahan kita – mungkin termasuk pihak yang diamanahkan untuk menguruskan kemajuan umat Islam – gagal memahami apakah asas atau sukatan kemajuan dalam pandangan Islam yang kerananya umat Islam dahulu menjadi umat contoh dan pemimpin muka bumi ini.
Dalam banyak program televisyen yang ditaja oleh pihak tertentu, apabila cuba menggambarkan kemajuan maka disiarkan gambar orang memakai ‘lebai’ atau songkok atau jubah beraksi di hadapan komputer. Atau gambar tokoh agama bertali leher yang saiznya kecil sedikit daripada kain sejadah atau seumpamanya.
Padahal, bukan setiap yang menggunakan komputer otaknya bertamadun. Entah berapa ramai ustaz di televisyen yang beraksi berceramah di hadapan komputer, tetapi isi kandungan ceramahnya hanya menggambarkan kemunduran cara fikirnya. Bukan semua yang pakai tali leher, otaknya kelas pertama. Juga bukan semua yang menggunakan Internet menunjukkan dia menjadi insan yang bertamadun.
Itu semua hanyalah hasil yang dinikmati dari kemajuan dan keluasan ilmu. Bukan asas kepada ketamadunan insan menurut al-Quran dan al-sunah.
Tamadun Islam tertegak atas prinsip akidahnya dan cara fikir atau minda yang berdisiplin berdasar prinsip-prinsip syariat. Seorang tua yang berbasikal di kampung tetapi berakhlak dengan masyarakat, menghormati hak orang ramai, lebih bertamadun dari tokoh yang bertali leher kemas tetapi mengambil rasuah.
Pak cik yang berkain pelekat yang membuang sampah ke dalam tongnya, lebih bertamadun daripada yang memakai pakaian menawan tetapi mencampakkan puntung rokoknya di sana sini.
Lebih besar dari itu, menurut Islam, seorang yang kurang berharta tetapi memelihara akidahnya dari kesyirikan dan kekhurafatan adalah lebih bertamadun dari yang berkereta mewah tapi bertangkal, atau berulang-alik ke rumah bomoh. Tamadun itu bermula dari akidah yang sejahtera dan cara fikir yang betul yang berteraskan roh al-Quran dan al-sunah.
Akibat hilangnya akidah dan cara fikir yang betul maka hilanglah tamadun yang kita bina. Kita akan gagal membinanya semula selagi kita tidak membereskan soal pembinaan kefahaman terhadap prinsip- prinsip ketamadunan dalam Islam ini.
Sekalipun kita ada badan, pertubuhan, institut, jabatan yang dikaitkan dengan kemajuan Islam, nampak kita belum mampu maju. Sebabnya persoalan asas terhadap kefahaman tamadun dalam Islam itu bukan sahaja tidak difahami oleh orang awam, bahkan kadangkala gagal difahami oleh pelaksananya pun.
Sebenarnya, menghayati Islam yang tulen bererti menghayati tamadun keagungan. Namun pentafsiran Islam yang sempit dan pengamalnya yang bersifat konservatif telah menggagalkan usaha membawa kembali Islam yang asal lagi tulen. Sumber Islam ialah al-Quran dan al-sunah dengan berteraskan tafsiran generasi awal (salaf) yang terbukti berjaya memimpin alam ini dahulunya.
Sesiapa yang menghayati dan beramal dengan sumber agung ini bererti dia mengamalkan Islam yang sebenar. Sesiapa yang mengamalkan Islam yang sebenar bererti dia sedang menghayati tamadun yang agung. Kemunduran umat ialah kerana mereka menyimpang dari kedua sumber agung ini. Atau salah dalam mentafsirkan kedua sumber tersebut.
Perlu diingat, kita tidak boleh membina tamadun kegemilangan dengan membebaskan diri dari ikatan-ikatan Islam, kononnya kerana inginkan kemajuan. Jika kita inginkan ketamadunan dengan memisahkan diri dari ikatan Islam iaitu al-Quran dan al-sunah, maka tidak perlu kita membinanya atas nama Islam. Jika inginkan ketamadunan dalam erti kata yang tidak difahami oleh Islam, tamadun Barat sudah terbentang luas untuk kita menganutinya.
Namun apabila kita ingin membina kemajuan dan ketamadunan atas nama Islam, maka kita mesti terikat dengan kehendak dan peraturan Islam. Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi: “Namun yang kita ingin tegaskan sejak dari awal bahawa hadarah (ketamadunan) yang Islam hendak dirikannya bukan seperti tamadun-tamadun yang lain yang lebih mementingkan sudut kebendaan dalam kehidupan, yang lebih mementingkan sudut jasad dan nafsu pada insan. Mementingkan kelazatan yang segera di dunia. Maka ia menjadikan dunia itu perkara terbesar yang diambil berat dan sekadar itu ilmunya. Ia tidak meletakkan bagi Allah suatu kedudukan yang disebut di dalam falsafahnya. Akhirat tiada ruang baginya dalam sistem pemikiran dan pendidikan. Ini bercanggah dengan hadarah al-Islam (tamadun Islam). Ia menyambungkan antara insan dengan Allah, mengikat antara bumi dengan langit. Ia menjadikan dunia untuk akhirat. Mencampurkan antara roh dan kebendaaan. Menyeimbangkan antara akal dan hati. Menghimpunkan antara ilmu dan iman. Ia mengambil berat tentang ketinggian akhlak seperti ia mengambil berat tentang kemajuan kebendaan. Ia sebenarnya tamadun kerohanian dan kebendaan, impian dan realiti, rabbani dan insani, akhlak dan pembangunan, individu dan jamaah. Ia adalah tamadun yang seimbang dan pertengahan.” (Dr. Yusuf al-Qaradawi, al- Sunah masdaran li al-Ma'rifat wa al-Hadarat, m.s. 204, cetakan: Dar al-Syuruq, Mesir.)
Amat baik apabila kita mengadakan pameran ketamadunan umat yang lampau. Namun, tidak memadai jika pengunjung sekadar mengetahui hasil tanpa memahami di atas tapak apa mereka membina tamadun. Barangan-barangan itu datang dari jiwa bermaruah untuk mempertahankan umat dan minda yang segar kerana disiplin hidup dan harga diri.
Justeru kita tidak mungkin memahami dan mengulas tamadun yang telah dibina oleh generasi umat Islam yang lampau tanpa menghayati akidah dan pegangan Islam yang mereka kukuh berpaut dengannya. Mereka membina tamadun dengan acuan Islam yang diimani oleh mereka. Islam itu mengalir dalam urat nadi tamadun yang mereka pasak. Mereka membina tamadun di atas tapak tersebut. Tanpa memahami keimanan mereka, kita tidak akan mampu memahami kekuatan tamadun Islam sepanjang zaman.
Tokoh sejarawan Islam, Mahmud Syakir pernah membuat suatu perbandingan (analogi) yang sangat menarik, katanya: “Sesungguhnya seorang jurubina tidak akan dapat mendirikan binaan melainkan setelah dia mengkaji tapak binaan, jenis tanah, mata air dan lain-lain. Seorang doktor tidak akan mampu memberikan rawatan yang berkesan melainkan setelah dia bertanya pesakit mengenai puncanya, makanan, minuman dan lain-lain. Demikian juga seorang sejarawan tidak dibolehkan menyebut sesuatu kisah yang sampai kepadanya atau menghuraikan sesuatu petikan tanpa mengetahui titik tolak umat ini iaitu akidah dan segala yang terpancar darinya iaitu kefahaman, nilaian dan maksud. Ini kerana dibimbangi akan memesongkannya di belakang hawa nafsu dan huraian yang salah yang akan membawa kepada mengubah sepenuhnya sesuatu keadaan dan jauh dari kefahaman sebenar.” (Mahmud Syakir, Al-Muntalaq al-Asasi fi al-Tarikh al-IslamI, m.s. 3-4, cetakan: Dar al-Maktab al-Islamiy, Lebanon).
Atas nama dan prinsip Islam, tamadun Islam berjaya dibina. Itulah yang menjadikan umat dahulu gemilang dan dihormati di mata dunia. Tanpa prinsip Islam tidak mungkin dapat dibina tamadun yang berteraskan Islam. Seperti mana – barangkali – di atas semangat ‘kehantuan’ tercetusnya pameran hantu. Tanpa semangat ‘kehantuan’ itu pameran hantu tidak mungkin dapat diteruskan. Namun insan yang ingin membina tamadun, juga mungkin hantu sendiri barangkali kehairanan melihat pameran yang seperti itu.

Friday, September 03, 2010

Thursday, September 02, 2010

Lailatul Qadar


Lailatul Qadar


Moga ALLAH mengurniakan kita malam yang lebih baik drp 1000 bulan...amin