Thursday, October 31, 2013

Petua Untuk Pelajar SPM Mengingati Fakta


Petua Untuk Pelajar SPM Mengingati Fakta 1. Petua mengingati fakta-fakta yang sukar ialah samaada dengan membentuk akronim bagi pangkal huruf fakta ataupun mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang mempunyai kaitan dalam hidup anda. 2. Membentuk rajah dan diagram mudah terutamanya bagi mengingati fakta-fakta yang memerlukan urutan. 3. Berlakun seperti guru. Anda boleh mencuba petua ini iaitu dengan cara menjelaskan sesuatu konsep secara verbal dan bukan bergantung kepada bahan atau buku-buku ulang kaji. Dengan berbuat begini, anda boleh membayangkan sesuatu konsep secara lebih jelas. 4. Lakukan lebih banyak latihan daripada bank-bank soalan. Anda juga boleh melihat kembali soalan-soalan kuiz yang pernah dikemukakan oleh guru-guru anda di dalam kelas. Anda perlu ingat, ada juga antara guru anda adalah penggubal soalan-soalan peperiksaan. Beliau kemungkinan memberikan soalan-soalan kuiz yang menyerupai soalan-soalan peperiksaan akhir. 5. Mengulangkaji secara berkumpulan memang baik antara langkah terbaik untuk anda menguasai dan memahami sesuatu subjek. Tetapi, anda perlu pastikan kumpulan belajar anda tidak terlalu ramai kerana jika terlalu ramai, anda akan hilang tumpuan. Ada kalanya anda lebih banyak berbual-bual kosong daripada belajar. Gunakan rakan-rakan dalam kumpulan belajar ini untuk bertukar-tukar koleksi kertas-kertas soalan. 6. Anda perlu membuat ulang kaji setiap hari. Bila waktunya, bergantung kepada kesesuaian anda. Bagaimanapun, semasa ulang kaji ini, seboleh-bolehnya, elakkan daripada gangguan sampingan seperti televisyen, facebook, twitter dan lain-lain. Ia akan menganggu tumpuan anda.

Wednesday, October 30, 2013

Petua Untuk LELAKI


Koleksi Petua Untuk LELAKI 1. RAMBUT JARANG - Ambil telur udang dan gosokkan pada kulit kepala anda. Keesokkan harinya baru dibasuh. Lakukan selalu, hasilnya pasti rambut anda bertambah lebat. 2. MENGHILANGKAN PARUT - Petua ini menggunakan daun lidah buaya untuk membantu memudarkan parut (tak kira parut jerawat ke atau parut di badan). Caranya adalah dengan mengambil daun lidah buaya, buang duri di kiri dan kanan daun. Kemudian buang sedikit kulit daun tersebut untuk mendapatkan lendirnya. Sapu lendir daun lidah buaya tersebut pada parut di muka atau badan. 3. MENGHILANGKAN PANAU - Ambil lengkuas sebesar ibu kaki, dibuang kulit arinya dan dicuci bersih. Kemudian tumbuk sehingga hancur lalu dibungkus dengan kain perca dan diikat kemas-kemas. Gosokkan pada kulit berpanau. 4. BIBIR PECAH - Bancuhkan air suam bersama gula merah dan sedikit asam jawa. Kemudian diminum beberapa kali.
5. MENGHILANGKAN KEMBUNG PERUT - Ambil 3 helai daun mengkudu muda dan sapukan minyak kelapa. Kemudian layurkan ke atas api selama 2 minit. Setelah itu, daun yang masih panas ditekapkan kepada perut. 6. HILANGKAN BAU KAKI - Sering didapati kaki kita berbau apabila memakai kasut sarung atau tertutup. Untuk mengatasinya, ambil limau nipis, potong2 dan gosokkan pada kaki. Lakukan setiap petang selepas menanggalkan kasut. 7. MENGURANGKAN TIDUR BERDENGKUR - Tumbuk lumat-lumat 7 biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. Minumlah beberapa minit sebelum tidur. 8. MASALAH GUGUR RAMBUT - Cari daun bunga raya yang hijau beberapa helai dan dibersihkan, lalu dimasukkan ke dalam baldi berisi air dan ramaslah daun itu sehingga keluar air hijau. Kemudian basuh rambut anda menggunakan air bunga raya tersebut.Biarkan selama beberapa minit (5 minit) dan baru boleh dibilas.

Tuesday, October 29, 2013

Firasat Tentang Alat Kelamin Lelaki


Firasat Tentang Alat Kelamin Lelaki Menurut Orang Tua-Tua Dahulu 1. Kalau Panjang: Anda memang suka menunjuk-nunjuk. Anda mudah belajar cara baharu dan seronok mencuba sesuatu yang baharu. Juga anda suka mencipta cara baharu. 2. Kalau Pendek: Anda kurang yakin pada diri anda sendiri pada mulanya, tetapi sekali anda memulakannya, anda berupaya melakukannya. Anda seorang yang mempunyai impian yang tinggi dan romantik. Anda boleh mengejutkan semua orang apabila anda hilang sabar. Anda juga suka mengikut adat. 3. Kalau Tebal: Anda mempunyai daya khayalan yang tinggi dan mempunyai keazaman dan kekuatan yang mengkagumkan. Jika lagi tebal di dasar kelamin, anda mengutamakan kebebasan. 4. Kalau Nipis: Anda seorang yang sensitif dan boleh mengeluarkan perasaan anda dengan senang. Kehalusan dan mutu, sesuatu yang penting bagi anda. 5. Kalau Bersimpul: Anda suka membuat sesuatu dengan cara berfikir terlebih dahulu dan sering berwaspada. Anda memikirkan sesuatu dengan lojik akal. 6. Kalau Satu atau Dua Simpul Besar: Anda seorang kekasih yang sering membuat pasangan anda berada dalam kepayahan. 7. Kalau Hujung Runcing: Anda seorang yang idealistik dan artistik di dalam perhubungan. Agak sukar untuk anda bersenang-lenang dan melepaskan kebebasan anda. 8. Kalau Panjang dan Kurus: Anda suka mementingkan diri sendiri. 9. Kalau Tumpul atau Segi Empat: Anda kekasih yang suka menunjukkan rasa cinta dengan perbuatan, bukan perkataan. 10. kalau Lebar atau Berbentuk Bawang: Kehendak seksual anda begitu kuat, cergas, luarbiasa dan bersifat menawan. 11. Kalau Melengkung ke Kanan: Dalam hal seks dan cinta, anda seorang pemberi. Anda suka bercerita tentang seks diri anda sendiri, begitu juga halnya dengan orang lain yang anda mahu mereka bercerita tentang hal seks mereka juga. 12. Kalau Melengkung ke Kiri: Anda seorang pembawa, bukan seorang pemberi. Anda lebih suka menyimpan cerita seks anda secara rahsia. 13. Kalau Bengkok Tepat: Anda tajam akal tetapi seorang yang gatal. Anda menipu, jika begitu anda dapat apa yang anda mahu. 14. Kalau Panjang Yang Melengkung Bengkuk: Anda seorang yang tidak boleh dipercayai dalam hal berkenaan nafsu dan cinta. 15. Kalau Pendek Yang Melengkung Bengkuk: Anda kerap kali cemas dengan kemampuan seks anda. 16. Kalau Bengkuk di Pangkal: Anda merasakan orang lain mempunyai kehidupan yang lebih baik dari anda. Namun anda berusaha untuk berjaya dalam hidup. واللهأعلمبالصواب

Monday, October 28, 2013

Petua Mengatasi Sakit Pinggang


Petua Mengatasi Sakit Pinggang Penyebab Sakit Pinggang 1. Adanya gangguan mekanikal pada struktur fungsi tulang belakang 2. Gerak atau sikap badan yang salah ketika membongkok dan mengangkat beban atau barang 3. Pemakaian sepatu dengan tumit tinggi, kerana dalam keadaan normal tulang belakang di bahagian pinggang mempunyai lengkungan ke depan. Apabila lengkungan ke depan tersebut berlebihan, akan menimbulkan gejala sakit pinggang 4. Tidur dengan alas/dasar yang terlalu lentur sehingga membuat tulang belakang mengikuti lenturan alas yang ditiduri 5. Kurang berolahraga sehingga menyebabkan kelenturan sendi-sendi dan jaringan ikut menurun, sehingga otot mudah cedera kerana gerakan yang saderhana, seperti: mengangkat, mendorong, atau membongkok. Sakit pinggang juga boleh berlaku disebabkan pengaruh sesuatu penyakit, seperti gangguan ginjal, penyakit jantung, kanser, penyakit tulang, atau gangguan metabolik. Untuk mengurangkan rasa nyeri dan untuk mencegah akibat yang lebih parah dari sakit pinggang, anda disarankan melakukan gerak tubuh. Perhatikan sikap tubuh agar terhindar dari keadaan tubuh yang bongkok atau lakukan aktiviti berbaring datar. Pilihan 1: a. Anda perlu meminum air halia bercampur sedikit gula yang telah direbus. Mula-mula, ambil sepotong halia sebesar ibu jari. b. Tumbuk halus halia, campurkan dengan 2 gelas air dan sedikit gula. Kemudiannya, rebuslah campuran tadi sampai mendidih. c. Setelah mendidih, biarkan ia sejuk dulu. Lepas itu barulah anda meminumnya 2 kali sehari. Amalkan selama 2 hari berturut-turut mudah-mudahan ianya berhasil. Pilihan 2: Sediakan kuning telur. Telan mentah-mentah. Amalkan selama 3 hari berturut-turut. Jika tiada aral, anda akan merasai kelegaannya. Sakit pinggang akan berkurangan dan sembuh.

Sunday, October 27, 2013

Petua Menjaga Badan


Petua Menjaga Badan Di zaman moden ini banyak jenis makanan yang boleh membawa kemudaratan jika dimakan berlebihan. Makanan yang diproses dan juga makanan segera sering menjadi pilihan. Namun adakah anda prihatin dengan kesan sampingannya pada tubuh badan? Makanan yang ada di pasaran sering mengandungi gula dan lemak yang tersembunyi. Pengambilan secara berlebihan akan membawa kepada masalah kegemukan dan obesiti. Sebelum masalah ini terjadi pada andaa, sewajarnya anda mengambil sikap berhati-hati. Manakala bagi mereka yang sedang berperang dengan masalah berat badan, jangan khuatir dan cepat putus asa kerana petua yang disarankan di bawah adalah petua yang mudah dan boleh diamalkan semua. Yang penting, keazaman untuk menjayakannya dan diamalkan secara berterusan. Selain itu, senaman dan mengawal nafsu makan yang keterlaluan adalah jalan terbaik untuk gaya hidup sihat. A. Caranya ialah mengubah cara pemakanan yang diamalkan daripada kebiasaan kepada satu kaedah yang baharu iaitu: 1. Apa yang anda ambil untuk sarapan di waktu pagi ditukar kepada apa yang sepatutnya dimakan di tengah hari dibawa dan dimakan di waktu pagi. 2. Pada waktu tengah hari, jangan makan makanan yang mengenyangkan. Cukup sekadar buah- buahan atau jangan makan langsung. 3. Makan malam diawalkan dan diambil dalam lingkungan waktu jam 7.00 malam. 4. Jangan makan selepas pukul 9.00 malam walaupun anda belum makan apa-apa sebelumnya. Jika perlu juga, cukup sekadar segelas susu atau buah-buahan atau makanlah sedikit tetapi jangan mengambil makanan yang telah dimasak (makan berat). B. Cara yang kedua sebagai amalan tambahan, berpuasa 2 kali seminggu (setiap hari Isnin dan Khamis). Anda mesti berpuasa dengan niat di waktu malam yang anda hendak berpuasa pada hari esok. Bukan menahan lapar sahaja yang diikuti dengan makan sedikit atau minum. Pada hari ketika anda berpuasa, elok kalau anda melakukan senaman. C. Setiap kali bangun pagi, waktu tengahari dan sebelum masuk tidur di sebelah malam, amalkan meminum secawan teh cina (hijau) yang dicampurkan dengan limau nipis atau kasturi. Anda akan lihat kesannya selepas 7 hingga 14 hari mengamalkannya.

Saturday, October 26, 2013

Mufti Brunei jawab golongan pertikai perlaksanaan Jenayah Syar'iah di Brunei.


Mufti Brunei jawab golongan pertikai perlaksanaan Jenayah Syar'iah di Brunei. BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Okt – Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz Juned menempelak mereka yang mempertikaikan Undang-Undang Jenayah Syar’iah dilaksanakan di negara ini dengan alasan akan menyebabkan pelancong tidak mahu datang ke Brunei kerana takut tangan mereka dipotong. Menerusi Ceramah Perdana, Majlis Ilmu 2013 pagi ini, Yang Berhormat Pehin menjawab dengan menekankan bahawa jika tujuan para pelancong itu datang ke Brunei bukan untuk mencuri, mereka tidak perlu takut bahkan merasa selamat kerana akan mendapat perlindungan yang sempurna di bawah Undang-Undang Jenayah Syar’iah sehingga kehormatan, wang ringgit dan nyawa mereka Insya Allah terjamin selamat. Jaminan keselamatan di atas bukan retorik, tegasnya sambil menghuraikan bukti sebagaimana berlaku di Tanah Hijaz Semenanjung Arab pada zaman silam, yang sebelum hukuman jenayah syar’iah dilaksanakan adalah penuh dengan jenayah curi, rompak dan bunuh. Akan tetapi sejak hukuman berkenaan dilaksanakan oleh Kerajaan Arab Saudi, jenayah-jenayah itu hapus, menyebabkan manusia aman dan bebas daripada pencuri dan perompak, tambah Yang Berhormat Pehin. “Nah! Sekarang, siapa kata orang takut ke Mekah? Siapa kata pelancong-pelancong takut? Tidak! Jemaah haji saja, pada setiap tahun, berduyun-duyun membanjiri Kota Mekah sehingga dua ke tiga juta jumlahnya, dan malah sehingga memaksa Kerajaan Arab Saudi mengehadkan pemberian kuota untuk mengawal kebanjiran berkenaan. “Siapakah yang mahu menyangkal ini? Tahukah tuan, tahukah saudara, bahawa inilah namanya berkat, tandanya ada berkat di situ,” ujarnya sambil menambah kata bahawa Undang-Undang Allah bukan kosong tetapi penuh dengan berkat dan penuh dengan hikmah. Dari itu janganlah takut kepada Undang-Undang Allah kerana Allah itu sama sekali tidak pernah salah macam kita salah, sama sekali tidak pernah lupa seperti kita lupa, sama sekali tidak pernah keliru seperti kita keliru, serunya. “Oleh itu, janganlah Undang-Undang Allah diragui. Siapa kita untuk meragui Undang-Undang Allah? Ya, Allah sendiri yang menggubalnya untuk kita, sepatutnya kita wajib bersyukur dan berterima kasih,” nasihat Yang Berhormat Pehin Mufti Kerajaan. Yang membuat kita Kuat adalah Doa. Yang membuat kita Dewasa adalah Masalah. Yang membuat kita Maju adalah Usaha Keras. Yang membuat kita Hancur adalah Putus Asa. Yang membuat kita Semangat adalah Harapan dan Impian. Yang membuat kita menjadi yang Terbaik adalah mengakrabkan diri dgn keheningan jiwa dan memperbanyak Sujud dan mengingati Allah Azza Wa Jalla. Tidak ada kebaikan bagi pembicaraan kecuali dengan amalan. Tidak ada kebaikan bagi harta kecuali dengan kedermawanan. Tidak ada kebaikan bagi sahabat kecuali dengan kesetiaan. Tidak ada kebaikan bagi shadaqah kecuali niat yang ikhlas. Tidak ada kebaikan bagi kehidupan kecuali kesihatan dan keamanan. Mufti Brunei jawab golongan pertikai perlaksanaan Jenayah Syar'iah di Brunei. BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Okt – Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz Juned menempelak mereka yang mempertikaikan Undang-Undang Jenayah Syar’iah dilaksanakan di negara ini dengan alasan akan menyebabkan pelancong tidak mahu datang ke Brunei kerana takut tangan mereka dipotong. Menerusi Ceramah Perdana, Majlis Ilmu 2013 pagi ini, Yang Berhormat Pehin menjawab dengan menekankan bahawa jika tujuan para pelancong itu datang ke Brunei bukan untuk mencuri, mereka tidak perlu takut bahkan merasa selamat kerana akan mendapat perlindungan yang sempurna di bawah Undang-Undang Jenayah Syar’iah sehingga kehormatan, wang ringgit dan nyawa mereka Insya Allah terjamin selamat. Jaminan keselamatan di atas bukan retorik, tegasnya sambil menghuraikan bukti sebagaimana berlaku di Tanah Hijaz Semenanjung Arab pada zaman silam, yang sebelum hukuman jenayah syar’iah dilaksanakan adalah penuh dengan jenayah curi, rompak dan bunuh. Akan tetapi sejak hukuman berkenaan dilaksanakan oleh Kerajaan Arab Saudi, jenayah-jenayah itu hapus, menyebabkan manusia aman dan bebas daripada pencuri dan perompak, tambah Yang Berhormat Pehin. “Nah! Sekarang, siapa kata orang takut ke Mekah? Siapa kata pelancong-pelancong takut? Tidak! Jemaah haji saja, pada setiap tahun, berduyun-duyun membanjiri Kota Mekah sehingga dua ke tiga juta jumlahnya, dan malah sehingga memaksa Kerajaan Arab Saudi mengehadkan pemberian kuota untuk mengawal kebanjiran berkenaan. “Siapakah yang mahu menyangkal ini? Tahukah tuan, tahukah saudara, bahawa inilah namanya berkat, tandanya ada berkat di situ,” ujarnya sambil menambah kata bahawa Undang-Undang Allah bukan kosong tetapi penuh dengan berkat dan penuh dengan hikmah. Dari itu janganlah takut kepada Undang-Undang Allah kerana Allah itu sama sekali tidak pernah salah macam kita salah, sama sekali tidak pernah lupa seperti kita lupa, sama sekali tidak pernah keliru seperti kita keliru, serunya. “Oleh itu, janganlah Undang-Undang Allah diragui. Siapa kita untuk meragui Undang-Undang Allah? Ya, Allah sendiri yang menggubalnya untuk kita, sepatutnya kita wajib bersyukur dan berterima kasih,” nasihat Yang Berhormat Pehin Mufti Kerajaan. Yang membuat kita Kuat adalah Doa. Yang membuat kita Dewasa adalah Masalah. Yang membuat kita Maju adalah Usaha Keras. Yang membuat kita Hancur adalah Putus Asa. Yang membuat kita Semangat adalah Harapan dan Impian. Yang membuat kita menjadi yang Terbaik adalah mengakrabkan diri dgn keheningan jiwa dan memperbanyak Sujud dan mengingati Allah Azza Wa Jalla. Tidak ada kebaikan bagi pembicaraan kecuali dengan amalan. Tidak ada kebaikan bagi harta kecuali dengan kedermawanan. Tidak ada kebaikan bagi sahabat kecuali dengan kesetiaan. Tidak ada kebaikan bagi shadaqah kecuali niat yang ikhlas. Tidak ada kebaikan bagi kehidupan kecuali kesihatan dan keamanan.

Friday, October 25, 2013

Kaedah Makan Menggunakan Tangan Dalam Islam


Kaedah Makan Menggunakan Tangan Dalam Islam a. Makan menggunakan tangan adalah antara sunnah Nabi Muhammad s.a.w yang telah lama ditinggalkan oleh umat baginda pada hari ini. Tangan adalah antara alat utama untuk mengambil dan menyuap makanan ke dalam mulut. Jika ada benda yang membahayakan, tanganlah yang akan mengesannya. Umpamanya, duri, tulang ikan atau tulang ayam. b. Soal kekotoran pada tangan tidak akan timbul kerana Islam menyarankan agar sebelum makan, kita disunatkan terlebih dahulu mencuci tangan dan hanya tangan kanan sahaja yang diajarkan untuk menyentuh makanan. Dikatakan, antara kehebatan hikmah menggunakan tangan adalah jari-jemari manusia itu mengandungi sejenis kimia yang akan memudahkan penghadaman makanan dalam perut. Ini terbukti apabila orang tua-tua dahulu melarang kita menyentuh makanan yang mahu disimpan dengan tangan kerana ia boleh menjadi basi. Malah, kita disunatkan menjilat jari-jemari untuk mendapatkan keberkatan dan zat penghadaman yang baik pada akhir waktu makan. Inilah antara sunnah Nabi Muhammad s.a.w. c. Dalam keadaan perut yang lapar pula, kita digalakkan mulakan makan atau minum dengan sesuatu yang manis. Kenapa? Perut yang terlalu lapar dan kosong akan mengeluarkan sejenis asid yang boleh membahayakan perut. Makanan manis berupaya menghilangkan asid itu. Itulah sebabnya mengapa Nabi s.a.w memulakan berbuka puasa dengan buah tamar kerana buah tamar terkenal dengan kandungan glukosanya yang sangat tinggi

Thursday, October 24, 2013

taJDid


taJDid 1.1 Pengenalan Islam adalah sebuah agama yang suci dan sungguh ia adalah sebuah agama yang mendapat keredahan dari Allah SWT. Berikut terdapat beberapa ayat Al-quran yang menyebut tentang ‘Islam’, iaitu : ‘Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah Syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu.’ (2:208) ‘Tidak ada paksaan dalam menganut agama (Islam), sesungguhnya telah jelas perbezaan antara jalan yang benar dengan jalan yang sesat. Barang siapa yang meninggalkan Taghut dan beriman kepada Allah, maka sungguh, dia telah berpegang teguh kepada tali yang sangat kuat dan tidak akan putus. Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.’ (2:256) ‘Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam…’ (3:19) ‘..pada hari ini Aku sempurnakan agamamu untukmu, dan telah Aku cukupkan nikmat-Ku bagimu, dan Aku redha Islam sebagai agamamu..’ (5:3) Islam adalah agama yang telah diwahyukan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan sejarah juga telah melakarkan pelbagai peristiwa suka duka bagaimana Rasulullah SAW membawa Islam itu dengan begitu teratur sekali sehingga suatu ketika dahulu Islam telah berjaya menjadi agama yang sangat dihormati oleh seluruh dunia apabila berjaya menguasai sehingga 2/3 daripada dunia. Walau bagaimanapun selepas kewafatan Rasulullah SAW, Islam telah menghadapi pelbagai masalah sehinggalah pada masa kini, umat Islam masih terus-terusan mendapat tentangan daripada agama yang lain. Sepertimana firman Allah SWT ; ‘dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan rela kepadamu (Muhammad) sebelum engkau mengikuti agama mereka…’ (2:120) Jahanamnya dunia dan manusia hari ini sudah begitu ketara, sama seperti hancur leburnya manusia dan dunia di zaman jahiliah, zaman sebelum kedatangan Rasulullah SAW. Penyembahan berhala, pemujaan akal fikiran, pemujaan pemimpin dan pengabdian diri pada nafsu dan syaitan bukan sahaja dalam kalangan orang-orang kafir tetapi oleh umat Islam itu sendiri. Syariat Islam langsung tidak dipedulikan lagi malah dipersendakan sebagai ketinggalan zaman, kolot, dan tidak bertamadun. Sehinggakan ada dalam kalangan umat Islam sendiri yang menjadi malu untuk mahu mengaku Islam. Pelbagai cara telah dilakukan dari serangan fizikal sehinggalah serangan mental. Namun Islam masih juga berdiri teguh di atas muka bumi ini. Jatuh bangunnya umat Islam dewasa ini mahupun pada zaman keterbelakang dahulu sebenarnya banyak disemarakkan oleh Kebangkitan Islam yang telah direalisasikan melalui gerakan-gerakan Islam yang telah dipelopori oleh tokoh-tokoh pejuang Islam yang terkenal. Justeru, hasil kerja ini akan mengupas secara terperinci berkenaan dengan pandangan para sarjana tentang ‘Gerakan Islam’ dan mengetahui secara menyeluruh tentang ciri-ciri yang terdapat di dalam sesebuah Gerakan Islam melalui beberapa contoh Gerakan Islam. 1.2 Konsep Kebangkitan Islam Menurut Dr. Yusuf al-Qarawi, beliau tidak dapat mengetahui secara jelas tentang dari mana sebenarnya asal perkataan Ash-Shahwah Al-Islamiyyah yang membawa maksud Kebangkitan Islam ini. Walau bagaimanapun sebagai pengenalannya kini akan disertakan definisi-definisi yang menyentuh secara langsung tentang konsep Kebangkitan Islam mengikut pandangan para Sarjana dunia Islam. Sebagai permulaannya, elok rasanya maksud Kebangkitan Islam itu kita lihat secara satu persatu melalui maksud yang terkandung di dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga ; Kebangkitan bermaksud kebangunan, kesedaran yang membawa kemajuan. Manakala Islam pula bermaksud agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Oleh itu Kebangkitan Islam boleh diertikan sebagai satu kesedaran untuk membangunkan agama Islam yang telah dibawa oleh Rasulullah SAW. Kebangkitan Islam dan Gerakan Islam dilihat sebagai satu, oleh itu apabila kita membicarakan tentang Kebangkitan Islam, kita juga secara tidak langsung berbicara mengenai Gerakan Islam. Menurut Muhammad bin Abdul Wahab (1703-1797) iaitu pelopor Gerakan Wahabiyyah, beliau berpendapat bahawa Kebangkitan Islam adalah bangun untuk menghadapi dan menumpaskan penyelewengan yang berlaku akibat ajaran tasawuf dan Tarekat . Beliau menambah lagi tentang konsep kebangkitan Islam dicetuskan apabila wujudnya kegiatan golongan Sufi yang menurut beliau bukan sahaja mengandungi unsur-unsur bida’ah bahkan apa yang lebih penting ianya mengandungi unsur-unsur syirik. Dalam hal ini, beliau amat memandang serius terhadap permasalahan yang berkaitan dengan keruntuhan akhlak umat Islam ketika itu yang terlalu jauh terpesong. Oleh itu tidak ada cara lain lagi selain mengerakan satu gerakan Islam untuk menyelamatkan akidah umat Islam ketika itu. Menurut Al-Syahid Hasan Al-Banna (1906-1948) yang merupakan pemimpin pertama Gerakan Islam Ikhwan al-Muslimin, beliau berpendapat bahawa sebuah pertubuhan yang dikatakan sebagai Gerakan Islam hendaklah mendukung ajaran Islam yang syumul. Sekiranya hanya bertujuan untuk satu-satu tujuan sahaja seperti dakwah semata-mata, ia bukanlah sebuah Gerakan Islam. Pada masa yang sama, fikrah kemasyarakatan harus juga diberi perhatian. Fikrah ini memperhatikan penyakit-penyakit masyarakat Islam, dan berusaha mencari jalan penyembuhan umat daripada penyakit tersebut. Beliau cuba menterjemahkan kosep Kebangkitan Islam atau Gerakan Islam secara menyeluruh bahawa sesuatu gerakan itu tidak seharusnya bergerak dalam satu-satu aspek sahaja tetapi sebaliknya haruslah bergerak mencakupi keseluruhan hidup dalam Islam, baharulah ia boleh dilihat sebagai kebangkitan Islam secara menyeluruh tanpa membelakangi asas Islam yang sebenar iaitu Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Seterusnya kita lihat pula pandangan dari Dr. Yusuf al-Qaradhawi mengenai konsep gerakan Islam ini. Menurut beliau Gerakan Islam ialah satu gerakan yang membawa pengaruh yang amat besar terhadap kehidupan kaum muslimin yang akan membawa kepada pembaharuan(memperbaharui) rasa keyakinan dan percaya terhadap diri sendiri bahawa Islam mampu menjadi ‘Pengendali dunia’. Beliau cuba menjelaskan bahawa untuk mempastikan keberhasilan terhadap gerakan Islam maka umat Islam seharusnya menanamkan satu kepercayaan dalam diri bahawa hanya agama Islam sahajalah yang layak memimpin dunia ini dan tidak akan ada agama lain yang berhak ke atas pemerintahan dunia selain Islam. Keyakinan seumpama itu sebenarnya adalah kunci utama dalam usaha menegakkan semula agama Islam yang kelihatannya sudah berada jauh kebelakang. Menurut seorang Reformis iaitu Jamaluddin al-Afghani ( ) beliau menterjemahkan konsep kebangkitan Islam sebagai satu tindakan untuk mengembalikan semula kesucian dan martabat agama Islam sebagai agama yang tidak boleh dicampuradukan dengan nilai-nilai dan pemikiran penganutnya. Islam harus dinilai menurut prinsipnya sebagai petunjuk daripada Allah SWT, sedangkan ciptaan pemikiran manusia dan tradisinya tidak boleh dijadikan ukuran untuk menentang prinsip-prinsip Islam. Beliau cuba menjelaskan bahawa martabat dan kesucian Islam itu tidak seharusnya dipengaruhi oleh pemikiran kaum muslimin dalam apa juga hal kerana menurut beliau pemikiran manusia ini seringkali tersasar dan tidak mustahil akan melemahkan proses kebangkitan Islam itu nanti. Oleh itu, harus difahami bahawa Islam itu telah cukup sempurna dan tidak ada lagi yang harus dilakukan untuk menyempurnakannya melainkan mempertahankan kesuciannya dan gerakan Islam adalah platform yang terbaik. Kini kita melihat pula pandangan daripada seorang tokoh Islam yang terkenal di India dan merupakan pengasas Gerakan al-Jama’ah al-Islamiyyah iaitu Sayid Abul A’ala al-Maududi (1903-1979). Menurut pandangan beliau, Gerakan Tajdid ialah satu usaha untuk menghidupkan semula Islam dalam bentuknya yang murni, serta menyusun semula corak hidup dan masyarakat dengan nilai dan prinsip-prinsip Islam yang sebenar. Bagi beliau, terdapat beberapa aspek yang perlu dilihat secara kritis untuk merealisasikan program Gerakan Tajdid ini – salah satu daripadanya ialah melaksanakan Ijtihad iaitu perlunya menggunakan akal dan fikiran atau pandangan untuk menjawab persoalan dengan lebih mudah. Sungguhpun begitu pandangan al-Maududi ini mempunyai perbezaan dengan apa yang dikemukakan oleh Jamaluddin al-Afghani sebelum ini. Walau bagaimanapun perbezaan pendapat antara sarjana tentang konsep kebangkitan Islam ini tidak harus dilihat dari sudut yang negatif kerana tidak mustahil mereka mempunyai agenda yang tersendiri sebagai usaha untuk menegakkan semula agama Islam di atas muka bumi ini. Seterusnya kita melihat pula pandangan daripada Muhammad bin Abdul Qadir al-Mubarak (1914-..) yang merupakan seorang tokoh pemikir Islam terkenal yang berasal dari Arab Saudi. Berbeza dengan pandangan para sarjana yang sebelum ini, beliau cuba menjelaskan konsep Kebangkitan Islam dengan memberikan penjelasan tentang hakikat Islam yang sebenarnya. Baginya Islam adalah Islam, dan bukanlah Ilmu Kalam, Ilmu Fikah dan Tasawuf. Malah Islam harus merangkumi ketiga-tiganya. Islam seharusnya difahami sebagaimana Islam difahami pada zaman Rasulullah SAW dan pada sahabatnya. Islam adalah sebagai sistem hidup dan gambaran yang menyeluruh bagi setiap yang wujud serta suatu dasar keimanan dan sistem amali yang terpancar berdasarkan gambaran keimanan tersebut. Beliau bermaksud mahu menjelaskan bahawa kebangkitan Islam itu harus berpaksikan ajaran agama Islam yang sebenarnya. Dengan terangkumnya hakikat Islam dalam gerakan Islam tersebut maka tidak akan ada lagi keraguan dalam usaha menegakkannya semula di tengah-tengah manusia yang sedang terumbang-ambing akibat pengaruh luar. Pandangan daripada Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat juga amat menarik untuk dimuatkan bersama dalam mengupas tentang pandangan beliau dalam memahami konsep Gerakan Islam ini. Menurut beliau, Gerakan Islam adalah kesinambungan perjuangan Islam yang dicetuskan oleh Rasulullah SAW. Selepas kewafatan baginda, ia telah diteruskan oleh para sahabat, kemudian oleh para anbia dan seterusnya berkembang biak sehingga ke hari ini. Ia juga merupakan satu kewajiban yang tidak akan ada titik hentinya kerana setiap manusia yang mengaku beriman kepada Allah SWT wajib menunaikan amanah untuk menegakan Islam di muka bumi ini. Bukan sekadar dalam soal ibadah, sebaliknya usaha menegakkan Islam ini harus digembeleng dalam semua bidang termasuk muamalat, cara hidup, ekonomi, politik dan sebagainya. Pandangan beliau ini amat mudah difahami kerana menurut beliau, memelihara mempertahankan, dan memperjuangkan agama Islam sudah menjadi satu kewajiban yang perlu ditanamkan dalam diri setiap umat Islam demi menjalankan amanah dari Allah SWT secara menyeluruh iaitu memenuhi segala tuntutan hidup manusia. 1.3 Ciri-ciri Gerakan Islam Gerakan Islam mempunyai ciri-ciri yang penting dan sangat menarik untuk dibincangkan. Secara keseluruhannya terdapat tiga ciri utama yang boleh menggambarkan segenap barisan gerakan Islam tersebut iatu sesebuah Gerakan Islam itu haruslah dipimpin oleh seorang yang disebut sebagai Mujadid, gerakan tersebut haruslah berpaksikan dua sumber yang paling utama iaitu Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW, dan harus juga memegang dua prinsip utama iaitu Amal Makruf Nahi Mungkar. Ciri-ciri yang akan dibincangkan ini nanti akan membawa anda semua mengenali secara dekat melalui beberapa contoh Gerakan Islam seperti Gerakan Wahabiyyah, Gerakan Ikhwan al-Muslimin, Gerakan Jamia’at al-Islamiyyah, Gerakan Muhammadiyyah, dan juga Gerakan HAMAS. 1.3.1 Dipimpin oleh Seorang Mujaddid Ciri utama yang harus dikenal pasti dalam sesebuah Gerakan Islam ialah setiap satunya semestinya mempunyai seorang pemimpin yang dikenali sebagai Mujaddid . Mujaddid merupakan perkataan Bahasa Arab yang membawa maksud pembaharu atau orang yang membuat pembaharuan atau membawa pembaharuan (reformer). Mujaddid yang dimaksudkan ialah seorang pemimpin atau tokoh muslim yang bertaqwa yang lahir pada setiap awal kurun dan kepimpinannya mampu menghidupkan kembali semangat Islam dan membawa kepada pengaruh yang sangat besar kepada dunia. Sebagaimana yang kita sedia maklum, Islam sentiasa menerima tekanan dan ditindas oleh musuh-musuhnya dan sejarah telah mencatatkan bahawa memang ada seseorang atau segolongan yang akan mempertahankannya. Tetapi amat mengharukan kerana ianya tidaklah sekuat mana, kerana serangan-serangan yang lebih kuat itu maka Islam dan umatnya menjadi lemah dan lebih lemah lagi pada penghujung setiap kurun. Oleh itu dengan Rahmat dan izin Allah SWT, setiap awal kurun maka akan lahir ke dunia seorang yang akan memimpin umat Islam, untuk menghidupkan Islam di tengah-tengah masyarakat. Kelahiran Mujaddid ini digambarkan melalui Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan dari Abu Dawud yang bermaksud ; ‘Sesungguhnya Allah akan membangkitkan untuk umat ini pada setiap hujung seratus tahun, seseorang yang akan memperbaharui agamanya (Islam)’ Kedatangannya bukanlah membawa agama baharu kerana apa yang dibawa olehnya ialah apa-apa yang telah dibawa oleh Nabi Muhammad SAW, akan tetapi kerana waktu kedatangannya itu agama Allah sudah begitu asing pada masyarakat Islam sendiri, maka ramai yang menyangka bahawa ajarannya adalah ajaran yang baharu. Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, kedatangannya bertujuan untuk menerangkan kembali agama Islam yang ketika itu telah semakin asing, menghidupkan kembali sunnah Rasulullah SAW yang telah semakin dilupakan oleh umatnya sendiri, menguatkan jiwa taqwa yang yang hampir-hampir mati, menyuburkan kembali semangat beragama yang telah luntur, dan menghubungkan kembali rasa kasinh sayang dan persaudaraan yang hampir putus sesama Islam. Kini marilah sama-sama kita melihat apakah ciri-ciri seorang Mujaddid itu sehingga melayakkan beliau digelar Mujaddid. Para Mujaddid ini adalah golongan ulama’ yang terpilih dalam kalangan ulama-ulama yang begitu ramai pada zamannya. Kelebihan Mujaddid dari ulama-ulama yang lain pada zamannya bolehlah dikatakan seperti kelebihan Rasul dari para Nabi. Hal ini kerana Mujaddid berperanan sebagai benteng kebenaran, dan juga pedang serta perisai umat Islam di zaman itu. Oleh kerana itu Allah SWT telah mengurniakan beberapa kelebihan dan keutamaan kepada seorang Mujaddid jika dibandingkan dengan para ulama yang lain. Antara kelebihannya ialah mempunyai sifat berani yang luar biasa, paling menonjol sifat taqwanya, sangat zuhud terhadap dunia, mempunyai kepetahan bicara dan mempunyai ketajaman mata penanya serta mempunyai pandangan yang jauh, membawa hujah yang sukar untuk dipatahkan oleh pihak musuh, mempunyai pengikut yang agak ramai, dan kepimpinannya memberikan kesan kepada jiwa dan fikiran setiap masyarakat. Seterusnya kita akan menyorot secara ringkas latar belakang para Mujaddid yang telah berjaya membawa pembaharuan terhadap agama Islam bersama-sama gerakan Islam yang telah menjadi saksi perjuangannya. Dalam sejarah Islam, perjuangan untuk menegakkan kemurnian Islam telah dipelopori oleh Khalifah Umar Abdul Aziz (717-720 H). Menurut Abul a’la al-Maududi dan juga Abul Hasan al-Nadwi, Khalifah Umar Abdul Aziz merupakan Mujaddid Islam yang pertama setelah umat Islam dipengaruhi oleh pemikiran dan cara hidup asing dan telah menyimpang daripada landasan Islam yang sebenarnya. Selepas Khalifah Umar Abdul Aziz, terdapat pula tokoh-tokoh empat Imam Mazhab khususnya Imam Ahmad Hanbal (780-855 H). demikian juga terdapat nama-nama seperti Abul Hassan al-Asyari (873-935 H) dan Abu Hamid al-Ghazali (1058-111 H). nama-nama yang disebutkan di atas ini merupakan tokoh-tokoh gerakan tajdid pada zaman kerajaan Bani Umayyah dan Bani Abbassiyyah. Muhammad bin Abdul Wahab merupakan salah seorang reformis. Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Abdul Wahab al-Musyrifi al-Tamimi al-Nejedi yang telah lahir pada tahun 1703 Masihi di kampung Ainah berdekatan dengan Riyad. Beliau telah mendapat pendidikan awal daripada ayahnya sendiri dalam ilmu fiqh Hanbali, tafsir dan Hadith. Istimewanya beliau ini ialah beliau telah berjaya menghafaz Al-Quran dalam usia yang sangat muda iaitu ketika berusia 10 tahun. Demi cintanya kepada ilmu agama maka beliau telah berhijrah ke seluruh tanah Iraq seperti berkunjung ke Baghdad, Basrah, dan Mausul yang mana disetiap bandar Iraq tersebut beliau bertemu dengan para Syikeh, Ulama dan mengambil ilmu daripada mereka. Muhammad bin Abdul Wahab ini adalah pengasas kepada Gerakan Wahabiyyah yang telah banyak membawa kepada perubahan dan mengembalikan Islam ke jalan yang sebenarnya semasa zamannya. Oleh itu selayaknya beliau ini digelar sebagai Mujaddid. Seterusnya Al-Syahid Hasan Al-Banna yang turut digelar sebagai seorang Mujaddid pada zamannya. Imam Hasan al-Banna adalah anak sulung dalam keluarganya. Beliau telah dilahirkan di Muhmudiyah iaitu salah satu wilayah Buhariah di Delta Nil pada 14 Oktober 1906 bersamaan dengan 25 Syaaban 1324 H. Beliau telah terdidik dalam suasana keluarga keislaman. Pada waktu pagi beliau pergi ke sekolah seperti kanak-kanak yang lain, pada sebelah petang pula beliau akan mengikuti ayahnya, Syeikh Ahmad bin Abdul Rahman al-Banna membuat dan membaiki jam. Kemudian pada waktu malamnya , beliau menggunakan waktu lapangnya untuk mengulang kaji pelajaran. Sementara itu pada waktu subuh beliau membaca serta mengulang-ulang hafazan Al-quran bagi memperkukuhkan lagi hafazannya. Dengan pembahagian masa yang sistematik ini maka tidak hairanlah setelah dewasa Hasan al-Banna telah berjaya menjadi seorang cendikiawan dan pejuang Islam yang terhebat pada zamannya. Imam Hasan al-Banna telah menjalani kehidupan yang penuh cabaran semenjak kecil sehinggalah beliau menemui ajal. Keseluruhan hidupnya ditumpukan kepada perjuangan Islam dan menjaga kebajikan orang-orang Islam. Tokoh Islam yang luar biasa ini telah syahid di tembak pada 12 Februari 1949 di Kaherah ketika berusia 43 tahun. Dalam usianya yang singkat itu, beliau telah berjaya melancarkan satu gerakan Islam yang benar-benar mempengaruhi seluruh dunia Islam yang mana gerakan tersebut telah berjaya menegakkan semula kebenaran dan kekuatan Islam. Berikut dipetik perbualan beliau bersama seorang wartawan yang terdapat dalam buku Al-Syahid Hasan Al-Banna : Pengasas Ikhwan Muslimin, Seorang wartawan bertanya kepada Imam Hasan al-Banna tentang dirinya dan meminta beliau memperkenalkan dirinya sendiri kepada orang ramai. Beliau menjawab seperti berikut : Aku ialah pengembara yang mencari kebenaran, Aku ialah manusia yang mencari erti sebenar kemanusiaan. Aku ialah seorang warganegara yamg mengimpikan sebuah negara yang dihormati, merdeka, tenteram dan hidup harmoni di bawah naungan Islam yang murni. Aku hanyalah seorang yang memahami rahsia hidup. Sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah SWT Tuhan sekalian alam, tiada yang mempersekutui-NYA. Inilah yang diperintahkan kepadaku dan Aku adalah salah seorang yang menyerahkan diri. Seterusnya kita akan berkenalan pula dengan seorang sarjana dan tokoh Islam yang terkenal dalam abad ke-20 M di India, beliau digelar Mujaddid iaitu tidak lain ialah Abul A’la al-Maududi. Abu al-A’la al-Maududi dilahirkan pada 25 September 1903 di Aurangabad, Hyderabad-Deccan, India. Beliau beketurunan Khwajah Qutbuddin Maududi Chishti. Beliau juga berketurunan Maudud yang dikatakan sebagai salah seorang perawi Hadis Rasulullah SAW yang datang ke India bersama-sama dengan Muhammad bin Qassim. Kewibawan al-Maududi sebagai ulama bertambah kukuh dan bersinar dengan penglibatannya secara aktif dalam politik dan pergerakan Islam. Keunggulan al-Maududi bukan sahaja kerana kemampuannya menghasilkan karya-karya yang ulung tetapi juga disebabkan keunggulan peribadi beliau yang benar-benar menepati ciri-ciri ulama islam dalam ertikata yang sebenarnya. Keistimewaan al-Maududi sebagai ulama mengatasi kebanyakan ulama sebelum, semasa dan selepasnya terletak pada kejayaannya yang bukan sahaja banyak mengeluarkan teori atau pemikiran tetapi juga beliau sendiri telah melaksanakan segala apa yang difikirkan olehnya itu dalam kehidupannya. Oleh itu tidak hairanlah jika sekiranya beliau mencapai kejayaan dalam membawa perubahan masyarakat khususnya dalam bidang politik dan pergerakan Islam. Berikut ingin diselitkan kata-kata agung al-Maududi ketika dipenjarakan dan hampir-hampir dijatuhkan hukuman bunuh kerana dikatakan telah mengecam negara dalam buku Beberapa Aspek Pemikiran Al-Maududi ; ‘ Jika Allah menghendaki, Aku menerima takdir ini dengan gembira sekali. Tetapi jika bukan dengan kehendak-NYA yang Aku akan mati sekarang, ketahuilah bahawa walau apa pun mereka lakukan, mereka tidak akan dapat memberikan sebarang kesan ke atasku.’ 1.3.2 Bersumberkan Al-Quran dan As-sunnah Rasulullah SAW. 3.1 Contoh-contoh Gerakan Islam Kini kita akan melihat dengan lebih terperinci tentang beberapa contoh Gerakan Islam yang telah berjaya merealisasikan kebangkitan Islam dalam tahun-tahun yang kebelakang tetapi sehingga kini telah berkembang dalam keadaan yang sangat luar biasa walaupun mungkin mendapat begitu banyak kesulitan dan tetangan daripada musuh-musuh Islam yang seringkali mencari-cari lubuk kelemahan Islam untuk menjatuhkan malah menghapuskan Islam dari dunia ini. Sungguhpun begitu, impian itu tidak akan sesekali menjadi kenyataan selagi mana Islam masih berada dalam Keredhaan Allah SWT. 3.1.1 Gerakan Wahabbi Gerakan Wahabbi telah diasaskan oleh Syikeh Muhammad bin Abdul Wahab (1703-1791M). sebelum bercerita panjang lebar tentang Gerakan Wahabbi ini, eloklah sekiranya kita mengetahui serba sedikit tentang latar belakang Syikeh Abdul Wahab yang telah menjadi pengasas Wahabiyah ini. Pada tahun 1730 M, bekiau mengikuti ayahnya yang bekerja sebagai Hakim di Harimala. Di Harimala-lah buat pertama kali beliau menjalankan dakwahnya secara terang-terangan namun terpaksa meninggalkan tempat tersebut apabila penduduk di situ tidak mahu menerima dakwahnya. Tentangan daripada penduduk Harimala sedikitpun tidak mematahkan semangat beliau untuk meneruskan dakwahnya. Maka beliau kembali ke kampung halamannya di Ainah dan memaparkan dakwahnya kepada Amir Uthman bin Muammar. Hubungan baik antara keduanya telah berjaya terjalin. Bersamanya, Muhammad Abdul Wahab telah menghancurkan kubur, kubah-kubah dan membantunya merejam penzina wanita yang datang kepadanya dan mengakui perbuatannya. Walau bagaimanapun keakraban antara Amir Uthman dengan Abdul Wahab ini telah sedaya-upaya ditegah oleh Amir Ahsa (meminta supaya Abdul Wahab menghentikan dakwahnya). Sungguhpun begitu Abdul Wahab tidak sesekali berputus asa lalu beliau telah menuju pula ke Dariyah. Di sana beliau telah bertemu dengan Amir Muhammad bin Saud yang merupakan seorang raja. Kedatangan Abdul Wahab disambut baik oleh beliau dan telah berjanji untuk menyokong dan melindungi beliau sepanjang keberadaan beliau di sana. Gerakan Wahabbi ini merupakan perintis gerakan pembaharuan yang lahir di zaman keterbelakangan yang mana pemikiran di dunia Islam ketika itu sedang mengalami kebekuan, dan gerakan ini mahu mengajak seluruh umat Islam supaya kembali kepada ideologi Islam yang sebenar dan kembali kepada sumber rujukannya yang asli dan membersihkan pemahaman tauhid yang telah bercampur dengan jenis-jenis kesyirikan. Gerakan ini dilihat begitu aktif membenteras bida’ah dan khurafat yang ketika itu sedang berleluasa disebabkan kejahilan seperti menziarah kubur atau makam para sahabat dan meminta-minta supaya hajat mereka dipenuhi. Amalan bida’ah seumpama ini amat ditegah keras oleh Abdul Wahab. Sama juga dalam hal menentang penyelewengan tarekat-tarekat sufi yang memasukan anasir-anasir luar ke dalam agama yang tidak ditemui sebelum ini. Menurut Abdul Wahab, antara amalan-amalan golongan sufi yang berunsurkan syirik ialah seperti tawasul dan Wasilah, iaitu mencari keampunan Tuhan dan berkat dengan mengunjungi kuburan para wali dan keramat. Akidah Gerakan Wahabiyah ini telah tersebar melalui kerajaan Arab Saudi di negara Nejad sebelum masuk ke Riyad pada tahun 1901. Seterusnya telah berkembang dengan sangat pesat sehingga tersebar di tanah suci Mekkah dan Madinah. Keberhasilan dakwah ini tersebar keluar daripada tanah Arab telah dimungkinkan oleh para jemaah Haji yang datang ke Mekkah Gerakan Wahabbi ini kemudiannya telah banyak mempengaruhi tokoh-tokoh gerakan pembaharuan di dunia Islam setelah itu seperti Al-Mahdiyah, Sanusiyah, Jamaluddin al-Afghani, Muhammad Abduh di Mesir dan tokoh-tokoh gerakan lain di benua India. 3.1.2 Gerakan Muhammadiyah

Wednesday, October 23, 2013

Petua Untuk Menambahkan Seri Wajah Bakal Pengantin


Koleksi Petua Untuk Menambahkan Seri Wajah Bakal Pengantin Wajah atau muka merupakan bahagian badan yang paling mendapat perhatian. Terdapat beberapa pilihan petua untuk anda menambahkan seri wajah, seperti berikut: 1. Giling hingga lumat tujuh mata kunyit, segenggam pegaga, sedikit beras dan segenggam cekur manis. Sebelum mandi, gosokkan bancuhan tersebut pada seluruh muka dan badan secara perlahan-lahan hingga daki keluar. 2. Goreng secawan beras yang telah dibasuh bersama sedikit kunyit hidup sehingga berwarna hitam. Biarkan sehingga bau beras dan kunyit itu naik. Sapu dan gosokkan ramuan tersebut pada seluruh badan termasuk muka. Amalkan selalu sebelum mandi. 3. Basuh dan tumbuk lumat beberapa helai daun pegaga. Perah beberapa titis air limau lalu digaul rata. Sapukan campuran tersebut ke seluruh muka sebelum dibilas dengan air bersih. 4. Goreng secawan beras tanpa minyak hingga kekuningan. Kisar hingga lumat. Campurkan dengan sedikit putih telur, air limau dan satu sudu teh air kunyit. Tepekkan pada muka kecuali bahagian mata. 5. Rebus kurma merah seberapa banyak yang anda mahu. Air rebusan tersebut dicampurkan 1 sudu besar madu dan 2 sudu besar jus buah prun. Minum 2 kali sehari. 6. Bersihkan sebuku ibu kunyit dan dibuang kulitnya, kemudian bakar sehingga layu dan ditumbuk halus. Campur dengan suku cawan air dan ditapis sebelum diminum air tersebut. 7. Parut 1/3 lobak merah. Lumurkan parutan tersebut ke seluruh wajah dan biarkan selama 15 hingga 30 minit. Kemudian bilas. Lakukan sebelum tidur. 8. Rendam kacang soya kemudian kisar dan didihkan. Masukkan air didihan tersebut ke dalam loyang dan wapkan muka anda di dalam kepulan asapnya, Buatlah sekerap yang mungkin untuk perubahan yang ketara. 9. Rendam serbuk teh semalaman. Sapukan serbuk tersebut ke seluruh muka pada keesokan harinya sambil berselawat tiga kali sebelum mandi pagi. InsyaAllah, kulit yang kasar akan beransur-ansur menjadi licin, halus dan berseri. 10. Rebus segenggam daun inai hingga air bertukar kemerah-merahan. Apabila air rebusan sudah sejuk, basuh muka menggunakannya sambil selawat tiga kali. Amalkan tiga malam berturut-turut dan anda akan lihat perbezaannya. 11. Gunakan buah tomato dan timun. Potong buah tersebut nipis-nipis dan tampalkan pada muka. Biarkan selama 10 minit. Kemudian barulah dicuci dengan air sejuk. 12. Bancuh dua sudu tepung sagu ubi dengan sedikit air pada kepekatan sederhana. Sapukan ke seluruh muka kecuali bahagian sekitar mata sebelum tidur dan dibilas pada pagi esoknya. Amalkan setiap malam selama 2 minggu berturut-turut.

Tuesday, October 22, 2013

Petua Motivasi Untuk Ceria Sepanjang Masa


Petua Motivasi Untuk Ceria Sepanjang Masa 1. Bersyukur - Bersyukur kerana anda masih diberi nafas semasa bangun dari tidur dan dapat melihat matahari dan menghirup segarnya udara kurniaan Allah s.w.t.. Bersyukur juga kerana anda masih diberi kesempatan untuk melakukan dan menjadi yang terbaik dan pastinya lebih baik daripada yang semalam. 2. Tekad Bermotivasi.- Ucapkan dalam hati dan kepada diri yang anda mahu bersemangat sepenuhnya. Dengarkan dan baca bahan-bahan bermotivasi sebelum memulakan tugas. Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca surat khabar, baca gosip-gosip bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari. 3. Tingkatkan motivasi diri dengan mencari motivasi terbaik. Motivasi harus dijaga. Motivasi sekiranya tidak dipelihara akan menjadikan kita tidak bersemangat. 4. Dalam apa jua yang anda buat, mulakan dengan Bismillah. Mulakan setiap tugasan yang ingin dilakukan dengan Bismillah. Bismillah dapat menjauhkan kita daripada bisikan syaitan dan perasaan was-was. 5. Mulakan hari dengan ubah sikap. Tetapkan apa yang mahu dicapai. 6. Maafkan semua orang sebelum dan selepas bangun daripada tidur. Maafkan insan di sekeliling anda. Memaafkan dapat menghilangkan segala kerungsingan dan keresahan hidup. Hati juga akan menjadi tenang dan tenteram apabila anda memaafkan insan lain. 7. Berani dan bersedia untuk berubah dan berhijrah bagi kecemerlangan hidup. Sentiasa yakin Allah sebagai pelindung kita. Hakikatnya kita sendiri yang dapat mengubah kehidupan kita.

Monday, October 21, 2013

Khasiat Kopi Halia


Khasiat Kopi Halia 1. Untuk menghilangkan perut kembung, sediakan secawan kopi panas yang sudah diletak gula secukupnya. Potong halia nipis-nipis dan bakar. Kemudian tumbuk atau haluskan. Perah air halia ke dalam kopi dan tutup cawan kopi itu selama 15 minit supaya air halia itu sebati dengan air kopi. Minum air kopi semasa masih panas-panas, sedikit demi sedikit. 2. Kopi Halia juga boleh digunakan untuk mengubati orang yang selalu terasa badannya sejuk, selalu pening-pening kepala dan tidak sedap badan.