Wednesday, January 27, 2016

Memiliki tubuh langsing merupakan idaman setiap kaum wanita. Salah satu caranya ialah dengan meminum jamu tradisional. Meminum jamu kunyit asam dipercayai berkesan menurunkan berat badan selain daripada membuang angin dalam badan, melancarkan proses metabolisme tubuh, peredaran darah, membakar lemak terbuang, maka oksigen segar mudah mengalir dalam darah, sehingga mampu mengatur keseimbangan berat badan.
Walau bagaimanapun, jus kunyit asam ini tidak sesuai diambil setiap hari. Maka di syorkan minum jus ini 2 minggu sekali.
Selamat mencuba.



Tuesday, January 26, 2016

Koleksi Petua Untuk Menghilangkan Jerawat Pasir
Petua 1: Ambil beberapa biji bedak sejuk. Campurkan dengan sedikit garam dan air. Selawat 3 kali dan sapukan ke muka anda terutama tempat yang ditumbuhi jerawat. Amalkan ia setiap malam sebelum tidur.
Petua 2: Tumbuk kunyit hidup bersama beras sehinga lumat. Campurkannya dengan putih telur dan gaulkan sebati. Sapukan pada muka anda dan biarkan ia kering. Bilas muka dengan air suam. Lakukannya berulang kali.
Petua 3: Rendamkan segenggam beras semalaman. Toskan dan tumbuk bersama beberapa helai daun gelenggang serta sedikit kunyit hidup. Sapukan di muka dan biarkan selama 45 minit. Kemudian cuci hingga bersih dengan air suam. Lakukannya berulang kali.


Thursday, January 21, 2016

Soalan:
Assalamualaikum ustaz,
#B3tulkah tanda solat kita membekas pada kehidupan kita, ada tanda hitam di dahi? Seorang sahabat saya kata dia tak ikut ustaz-ustaz yang berceramah kalau tidak ada tanda solat di wajah mereka. Katanya, di dalam Al-Quran pun menyebut sifat-sifat sahabat nabi ada tanda solat di wajah mereka. Katanya dia sekarang tengah berusaha supaya ada hitam di dahi.
-Aslan, Sabah-
Jawapan:
#Akhi Aslan pertanyaan yang diajukan ini agak sensitif kerana ia akan menyentuh hal peribadi dan penampilan orang lain. Namun jika tidak diberi pencerahan juga adalah suatu tindakan yang kurang bijak kerana membiarkan orang seperti rakan saudara sewenang-wenangnya menilai orang lain dengan penilaian dari tafsiran yang salah.
Ayat yang dimaksudkan oleh rakan sudara itu ialah firman Allah :
Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan Dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka. kamu Lihat mereka ruku dan sujud mencari kurniaan Allah dan keridhaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud (QS al Fath:29)
R@kan saudara beranggapan bahwa dahi yang hitam kerana sujud adalah maksud daritanda-tanda mereka nampak pada muka mereka dari bekas sujud. Sedangkan menurut para ulama tafsir tanda atau kesan sujud tersebut bukanlah hitamnya dahi.
!mam at-Thabari telah meriwayatkan dengan sanad yang hasan dari Ibnu Abbas bahwa yang dimaksudkan dengan tanda mereka adalah perilaku yang baik. at-Thabari juga dengan sanad yang kuat meriwayatkan dari Mujahid bahwa yang dimaksudkan adalah kekhusyukan. Dalam riwayat yang lain at-Thabari meriwayatkan dengan sanad yang hasan dari Qatadah, beliau berkata, Tanda mereka adalah solat (Tafsir Mukhtashar Shahih hal. 546)
Jelas sekali tafsiran rakan saudara tidak menepati tafsiran para ulama yang lebih dipercayai. Bahkan menilai kesolehan orang lain hanya dengan kesan hitam di dahi juga tidak betul.
 ( ) : .
Dari Manshur, Aku bertanya kepada Mujahid tentang maksud dari firman Allah, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud apakah yang dimaksudkan adalah bekas di wajah insan? Jawab beliau, Bukan, bahkan ada orang yang bertompok di antara kedua matanya itu bagaikan tompok yang ada pada lutut unta namun dia adalah orang jahat. Tanda yang dimaksudkan adalah kekhusyukan (Riwayat Baihaqi ; Sunan Kubro ; 3702).
Hakikat dahi hitam
Hanya Allah yang mengetahui rahsia dahi hitam. Ada orang yang bertanda hitam di dahi secara semulajadi atau tanpa disengajakan dan mungkin juga kerana banyak sujud. Moga ia adalah suatu petanda baik buat mereka sebagaimana tanggapan baik rakan saudara dan kebanyakan orang.
Tetapi awas! Tanda hitam di dahi juga boleh menyebabbkan seseorang menghadapi masalah penyakit hati seperti riyak dan takbur kerana tanggapan salah orang seperti rakan saudara. Semoga Allah menjauhkan kita dari mazmumah ini ameen.
Peringatan!
Jangan sampai sengaja menggesel dahi dengan kuat ditempat sujud agar dahi berbekas hitam. Ia adalah perbuatan tercela dan ditegah kerana merosakkan wajah:
 : : .
Dari Ibnu Umar, beliau melihat ada seorang yang pada dahinya terdapat bekas sujud. Ibnu Umar berkata, Wahai hamba Allah, sesungguhnya penampilan seseorang itu terletak pada wajahnya. Janganlah kau burukkan penampilanmu! ( dengan kesan sujud )(Riwayat Baihaqi; Sunan Kubro; 3699).
: : .
Dari Abi Aun, Abu Darda melihat seorang perempuan yang pada wajahnya terdapat tompokkan seperti tompokkan yang ada pada seekor kambing. Beliau lantas berkata, Seandainya bekas itu tidak ada pada wajahmu tentu lebih baik (Riwayat Bahaqi ; Sunan Kubro ; 3700).
: : : . : – – ( 3698)
Dari Salim Abu Nadhr, seorang lelaki datang menemui Ibnu Umar. Setelah orang tersebut mengucapkan salam, Ibnu Umar bertanya kepadanya, Siapakah anda?, Aku adalah anak asuhmu, jawab orang tersebut. Ibnu Umar melihat ada bekas sujud yang berwarna hitam di antara kedua matanya. Beliau berkata kepadanya, Bekas apa yang ada di antara kedua matamu? Sungguh aku telah lama bershahabat dengan Rasulullah, Abu Bakar, Umar dan Utsman. Apakah kau lihat ada bekas tersebut pada dahiku? (Riwayat Baihaqi; Sunan Kubro ; 3698)
: :
Dari Humaid bin Abdirrahman, aku berada bersama as Saib bin Yazid ketika seorang yang bernama az Zubair bin Suhail bin Abdirrahman bin Auf datang. Melihat kedatangannya, as Saib berkata, Sungguh dia telah merosakkan wajahnya. Demi Allah bekas di dahi itu bukanlah bekas sujud. Demi Allah aku telah solat dengan menggunakan wajahku ini selama sekian waktu lamanya namun sujud tidaklah memberi bekas sedikitpun pada wajahku (Riwayat Baihaqi dalam Sunan Kubro no 3701).
Kesimpulan
Kesolehan seseorang bukan terletak pada hitam dahinya. Tetapi pada taqwa, taat dan ikhlasnya dalam kehidupan beragama. Lihatlah berapa ramai para ulama yang kita kenali di zaman ini hitam dahinya?
P/s : Saya yang faqir memohon jutaan kemaafan kepada semua yang mungkin tersinggung dengan penulisan ini. Tidak ada niat untuk memalukan sesiapa. Hanya ingin menyatakan yang hak agar ummah tidak semudah itu menolak para ilmuwan yang tidak bertanda di dahi.. Wallahu alam

Wednesday, January 20, 2016

PETUA MENGHILANGKAN TAHI LALAT PADA BAJU
Caranya, ambil baju yang ada tahi lalat tadi rendamkan dengan clorox dan sabun sikit. Seelok-eloknya guna air panas.. Rendam sekejap lepas tu berus sampai lah tahi lalat tu hilang. Bilas bersih dan sidai. Tapi ingat...clorox boleh buat baju makin cepat reput yaa..
Lagi 1 cara, gantikan clorox tadi dgn cuka. Tapi kena rendam lama sikit. Sebabnya cuka ni lambat sikit bertindak berbanding clorox.
*Lebih baik asingkan baju putih dan bewarna. Takut warna luntur

Monday, January 11, 2016

SEJARAH PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK di MALAYSIA

SEJARAH PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK


Antara perkara yang sering calon exam PTD terlupa untuk memberi perhatian adalah tentang Sejarah Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Bagaimana ianya mula-mula ditubuhkan, pada tahun berapa dan sebagainya. Perkara ini sebenarnya penting. Jika anda mahu bergelar seorang PTD, anda harus tahu sejarahnya dulu. Di sini, kami ingin membantu anda dengan memberikan serba sedikit info tentang sejarah PTD. Diharapkan juga anda dapat berkongsi info ini dengan rakan-rakan anda yang lain. 
Perkhidmatan awam merupakan satu perkhidmatan penting dalam memastikan keharmonian sesebuah negara. Ia juga merupakan penyumbang utama kepesatan  pembangunan sesebuah negara bagi memastikan negara itu berdiri teguh sebagai satu negara yang maju dan dihormati. Dalam konteks perkhidmatan awam ini, Pegawai Tadbir dan Diplomatik bertindak sebagai jawatan yang premier dalam membantu kerjaan melaksanakan dasar-dasar negara. Sejarah Pegawai Tadbir dan Diplomatik ini adalah satu fakta yang perlu seseorang calon exam PTD itu ambil tahu jika mereka ingin lulus. 
Sejarah Pegawai Tadbir Dan Diplomatik
Sejarah Pegawai Tadbir Dan Diplomatik
Sejarah Pegawai Tadbir dan Diplomatik ini bermula sejak tahun 1896, iaitu sebelum tarikh kemerdekaan Malaysia lagi. Pada mulanya British telah mewujudkan satu perkhidmatan yang dinamakan Straits Settlements and Federated Malay States Civil Service untuk mentadbir negeri negeri Selat dan Negeri Negeri Melayu Bersekutu. Kemudian pada tahun 1920, telah ditubuhkan Malayan Civil Service untuk mentadbir Tanah Melayu yang dianggotai oleh pegawai pegawai kolonial.
Sejak daripada itu, Malayan Civil Service telah mengalami pelbagai transformasi. Malay Administrative Service pula telah diwujudkan pada tahun 1929 dengan mengambil pegawai-pegawai Melayu sebagai pelapis kepada Malayan Civil Service. Kemudiannya pada tahun 1966, Malayan Civil Service telah digantikan dengan Malaysian Home and Foreign Service dimana peranannya sama dengan Perkhidmatan Dalam dan Luar Negeri Malaysia. Akhirnya pada tahun 1972, ianya telah ditukar nama kepada Pegawai Tadbir dan Diplomatik dan kekal hingga sekarang. Itulah serba sedikit mengenai SEJARAH PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK yang perlu anda tahu.
Kami ringkaskan Sejarah Pegawai Tadbir dan Diplomatik ini pada anda:-
  • Bermula pada tahun 1896 dengan nama Straits Settlements and Federated Malay States Civil Service
  • Pada tahun 1920, Malayan Civil Service ditubuhkan
  • Pada 1926, Malay Administrative Service ditubuhkan dengan mengambil pegawai-pegawai Melayu.
  • 1966, Malayan Civil Service digantikan dengan Malaysian Home and Foreign Service.
  • Pada tahun 1972, Malaysian Home and Foreign Service ditukar kepada Pegawai Tadbir dan Diplomatik.

Jadi, sekarang anda perlu ingat serba sedikit tentang sejarah PTD ini. Selamat berjaya. 
SEJARAH PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK YANG PERLU CALON EXAM PTD TAHU
  • Sejarah Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Yang Perlu Calon Exam PTD Tahu
Sejarah Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Yang Perlu Calon Exam PTD Tahu
Sejarah Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Yang Perlu Calon Exam PTD Tahu

Tuesday, January 05, 2016