ISRA' MIKRAJ.. satu dimensi baru..
Baru balik dr Menyampaikan Ceramah Isra' Mikraj... tahun demi tahun otak ligat berputar mencari dimensi2 baru yang belum disentuh penceramah2 lain agar tajuk ini kekal segar dan relevan... selain berputar soal solat dan tayangan2 yang penuh iktibar.
Kali ini menemukan Saya dgn Mukjizatul Quran karya Syiekh As-Sya'rawi Mutawalli. Sangat menarik, antara yang dapat disimpulkan;
~ Mukjizat Isra' dan Mikraj - turut mencarikkan undang2 alam langit, bukan alam bumi sahaja sebagaimana yang berlaku kepada Mukjizat Nabi2 dan Rasul2 terdahulu.
~ Mukjizat ini bukan ujian untuk membuatkan manusia beriman, tetapi untuk menguji keimanan orang2 yang telah Islam itu sendiri. Hanya orang2 yg lulus cemerlang dalam ujian ini sahaja yang mampu melaksanakan tuntutan HIJRAH sedkit masa lagi.
~ Mukjizat ini menumbuhkan keimanan yg mendalam terhadap kekuasaan Allah yg Maha Mutlaq. Nabi saw dibawa tanpa terikat dengan undang2 masa atau tempat, tidak dapat dibatasi dengan jarak jauh atau dekat.. kerana DIA Allah yang berkuasa mencipta undang2 alam bumi dan langit, DIA juga berkuasa menggantung kuatkuasa undang2 tersebut kepada sesiapa saja yang DIA kehendakki.
Oleh itu dalam hal ini, akal yang amat terbatas... jangan sampai membatasi Allah dengan apa juga undang2 alam seperti jauh dan dekat, cepat atau lambat...kerana DIA Yang Mencipta dan menguasai perjalanannya, Apakah munasabah DIA sendiri terikat atau tertakluk dgn undang2 tersebut hingga DIA tidak boleh berbuat sesuka hatinya.
~ Apabila Allah hendak menunjukkan bukti KekuasaanNya, DIA tidak peduli sama ada manusia mahu percaya atau tidak, serasi dgn akal logik ataupun tidak?.. Allah tidak terjejas oleh tohmahan atau penolakan manusia yg sangat kerdil kekuasaannya. Beruntunglah sesiapa yang menerimanya dan beroleh kehinaanlah orang2yang menolak syariatnya.