Tuesday, April 02, 2013

Petua Untuk Buang Angin Dalam Badan


Petua Untuk Buang Angin Dalam Badan Pilihan 1: Ambil beberapa biji bawang putih dan buang kulitnya. Hiris bawang putih nipis-nipis. Rebuskan bersama 2 gelas air putih sehingga tinggal satu gelas. Minum ramuan ini sebulan sekali. Pilihan 2: Bersumberkan daripada kata-kata Saidina Ali Bin Abi Tholib karramallahuwajhah. Saidina Ali berkata ;“Apabila anda hendak makan epal, hidulah baunya dan kemudian barulah makan epal tersebut.” Kerana, apabila anda melakukan sedemikian setiap penyakit dan bahaya akan dihilangkan dari tubuh anda dan segala sesuatu yang disebabkan oleh angin, akan lenyap.” Gas yang terdapat dalam sistem penghadaman atau sistem gastrointestinal selalunya mengandungi gas yang tidak berbau seperti oksigen, nitrogen, karbon dioksida, hidrogen dan metana. Ia mengandungi 99% gas buangan dalam usus. Komponen kecil "flatus" atau gas yang keluar melalui dubur, boleh dikaitkan dengan bau yang tidak menyenangkan mungkin disebabkan gas yang mengandungi sulfur. Ia biasanya dilepaskan oleh bakteria yang sememangnya ada dalam usus besar. Gas atau angin di dalam sistem penghadaman (perut, usus kecil dan usus besar) datangnya dari 2 sumber iaitu, udara yang disedut dan bakteria yang terdapat di dalam usus besar akibat gangguan daripada sesetengah bahan makanan yang tidak dapat di hadam dengan baik dalam badan kita. Apa yang boleh dilakukan jika badan banyak angin? Ubahlah apa yang anda makan dan minum. Ini kerana ia boleh membantu mencegah atau membuang angin dalam badan. Jika anda merasakan dalam badan anda banyak angin di dalam badan, anda mungkin mahu melakukan perkara berikut sebelum mengambil keputusan untuk berjumpa doktor. Kurangkan pengambilan makanan yang menyebabkan angin. Jumlah gas yang disebabkan oleh sesetangah makanan berbeza setiap orang. Cara yang terbaik untuk mengetahui batasan anda ialah melaui ujian yang boleh dilakukan sendiri. Berikut adalah makanan yang menyebabkan angin dalam badan: • Kacang • Sayuran seperti brokoli • Kobis • Taugeh • Bawang • Asparagus • Buah-buahan seperti pear, epel dan peach • Bijirin seperti roti gandum • Minuman ringan dan jus buah • Susu dan produk daripada susu dan keju • Makanan dalam peket yang mempunyai laktus di dalamnya seperti roti, bijirin dan sos salad. a. Banyakkan minum air kosong. b. Kurangkan udara yang anda sedut. c. Makan perlahan-lahan dan kunyah lebih. d. Elakkan makan gula-gula keras dan mengunyah gula-gula getah. Pilihan 3: Rebus buah mata kucing bersama halia dan gula melaka. Minum air tersebut setelah suam. Lebih elok diamalkan selepas memakan nasi.