Tuesday, June 11, 2013

Petua Untuk Memperoleh Zuriat


Petua Untuk Memperoleh Zuriat Mungkin anda telah berusaha dengan perubatan moden dan kampung untuk memperoleh zuriat bahkan telah berdoa kepada Allah s.w.t., namun belum memperoleh zuriat. Kita dituntut supaya banyak bersabar dan jangan emosi tertekan. Perasaan yang tidak stabil akan mengganggu keadaan dalam diri anda dan ini akan menyukarkan lagi bagi anda berdua untuk memperolehi zuriat. Di dalam berdoa kita disuruh menaruh harapan seratus peratus kepada Allah s.w.t. dan yakin bahawa Allah berkuasa untuk mengabulkan doa kita tersebut. Yang paling penting, doa dengan pujian kepada Allah s.w.t. dan selawat kepada Rasulullah SAW. Begitu juga dalam menutup doa. Amalan 1: Selepas Fajar ataupun Solat Subuh 1. Baca Bismillah 1 kali 2. Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW sebanyak 3 kali. 3. Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali 4. Semasa sujud mohonlah kepada Allah s.w.t. apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat) 5. Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali. Amalkanlah cara ini baik suami mahupun isteri selama 15 hari, atau teruskan jika masih belum berhasil. Jangan mudah berasa putus asa. Amalan 2: 1. Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak. 2. Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 kali setiap hari. 3. Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali, kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum. 4. Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf/surah Maryam setiap hari. Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah s.w.t. akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripadaNya.