Petua Untuk Wanita Menjaga Kulit Mengikut Usia
1. Usia belasan tahun dan 20-an - Ketika usia remaja, kebanyakan gadis menghadapi masalah kulit berminyak dan kekotoran. Namun, ia dapat diatasi dengan menggunakan pembersih, penyegar dan pelembap dan dirumus khusus untuk kulit berminyak. Gadis remaja dinasihat menggunakan krim pelindung matahari untuk melewatkan garis-garis dan kedutan apabila menjangkau usia 30-an.
2. Usia 30-an - Di usia ini, kelenjar minyak mula kurang mengeluarkan minyak dan menjadikan kulit kering.Kulit yang kering akan menimbulkan garis-garis dan kedutan. Kulit di sekitar mata dan leher mengeluarkan tanda-tanda penuaan. Inilah masanya memilih pelembap yang baik. Selalu gunakan krim pelindung matahari untuk melindungi kulit daripada sinar matahari.
3. Usia 40-an ke atas - Kulit menjadi lebih tipis, kering dan kurang anjal. Anda perlu menggunakan bahan penjagaan kulit seperti pembersih, penyegar dan pelembap yang mana ia diperkayakan dengan ramuan kolagen, anti oksidan, vitamin dan liposom untuk menjadikan kulit lebih sihat dan mulus.
4. Usia 50-an dan ke atas - Kulit di usia begini lebih tipis kerana melalui perubahan hormon dan gejala akibat menopaus. Pengeluaran minyak semakin berkurangan. Di bahagian dermis, kolagen dan elastin semakin lemah menyebabkan kulit berkedut dan kendur.Kulit hilang kehalusan dan ketegangan menyebabkan ia kelihatan tidak bermaya. Pilih produk yang khusus untuk kulit berusia 50 puluhan. Biasanya ia mengandungi bahan khusus untuk menjadikan kulit lebih muda. Perhatian khusus perlu diberikan kepada bahagian kulit yang lebih lembut seperti di leher dan bawah mata.