Sunday, April 13, 2014

PEMUDA TANYA - PRESIDEN JAWAB


EMUDA TANYA - PRESIDEN JAWAB Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang meluangkan kesempatan menjawab pelbagai persoalan diajukan para Pemuda PAS semasa Liqa’ Pemuda PAS Malaysia di Madrasah Nurul Hidayah, Kuala Ketil, Baling pada 5 April lalu. Ikuti ringkasan jawapan beliau yang dicatat Wartawan Harakah, IZWAN ABDUL HALIM yang mengikuti penuh program tersebut. Krisis Di Syria Perlu difahami dari aspek pertarungan politik antarabangsa di mana Yahudi dan Zionis melihat Islam hingga semua wadahnya mesti dihapuskan. Iraq, Iran dan Libya diperangi kerana memiliki teknologi yang boleh mengancam Israel. Membuktikan Israel memberi pukulan kepada Islam tanpa mengira mazhab agar benih Islam tidak berkembang. Dalam strategi politik itu, mereka bukan sahaja mengatur soal kenteraan, tetapi juga mengawal ekonomi sepertimana tindakan menjatuhkan Najmudin Erbakan yang berjaya memerintah Turki dan mengusulkan penggunaan Dinar kepada dunia Islam. Usul itu bukan sahaja memberi implikasi penggantian Dolar kepada Dinar sebagai kewangan antarabangsa, malah telah berjaya menggabungkan lapan negara umat Islam antaranya Turki, Malaysia, Mesir, Bangladesh, Indonesia dan Nigeria membentuk G8 menyaingi G7 dari blok Barat. Bahkan membawa kepada kebimbangan bahawa kelompok Islam akan menguasai teknologi dari Asia Tengah dunia jatuh kepada kelompok Islam. Barat melalui peranan CIA berjaya mewujudkan 100 kumpulan Islam di negara-negara Arab bertujuan menyaingi dan melumpuhkan kekuatan Gerakan Islam. Ketika sama Syria perlu dikawal sebagai tempat strategik untuk menjaga keselamatan Israel. Pernah berlaku perancangan secara terburu-buru untuk mewujudkan ‘Revolusi Syria’ seperti Iran dalam keadaan kekuatan kumpulan Islam belum jitu. Menyebabkan Hamas dipukul habis-habisan hingga lebih 80 ribu nyawa terbunuh, sedangkan Bashar al-Assad terus kuat. Kecelaruan di Syria melibatkan pertembungan sesama Islam apabila Russia dan China membekalkan senjata kepada Bashar, manakala Amerika membekalkan senjata kepada kumpulan Islam penentang Bas har. Hakikatnya ia strategi mempertahankan Israel dan menghancurkan Islam di Syria. Menunjukkan Islam perlu mengatur strateginya sendiri dan umat mesti mengambil iktibar kecelaruan di Syria. Tahaluf Siyasi Dalam mencipta gerakan massa, jangan dibanyakkan musuh. Iktibar dari surah ar-Rum menunjukkan Allah membenarkan sikap Nabi dalam politik antarabangsa berpihak kepada Rom yang terdiri dari ahli kitab dan tidak kepada Parsi penganut Majusi. Bermakna juga, antara dua musuh mesti dihindari musuh yang lebih besar. Bahkan, Nabi mengadakan tahaluf dengan bukan Islam semasa di Madinah. PAS menguasai massa termasuk dengan mengadakan tahaluf dan sepanjang sejarahnya pernah mengadakan tahaluf bersama Parti Negara, Sosialis, BN, CCC, S46 dan terkini bersama PKR dan DAP. Untuk bertahaluf perlu dilihat nilai, kekuatan serta kuantiti ahlinya pihak tersebut. Sekiranya memiliki ahli yang ramai, dalam urusan dan percaturan politik, PAS boleh bertahaluf dengan cara mendatang. Bacaan menyeluruh perlu dibuat termasuk soal pembahagian kerusi mesti disepadankan dengan jumlah ahlinya dan ia sebagai kerjasama taktikal sahaja. Majlis Selawat Umno Masjid Dhirar pernah didirikan masa Rasulullah di zaman Madinah yang tujuannya untuk melawan perjuangan Baginda. Apabila mengaku mengikut Nabi perlu ambil keseluruhan seruannya, bukan sebahagian. Memang selawat menandakan kasih kepada Nabi, tetapi jangan hanya berselawat, mesti berjuang bersama Nabi. Para sahabat RA mereka berperang, berjihad dan berhijrah bersama Nabi serta menghabiskan harta untuk perjuangan Islam. Orang berselawat kita alu-alukan, cuma mesti ditambah lagi dengan kerja-kerja Islam yang Nabi buat dan laksanakan perintah Nabi. Dengan harapan, adanya majlis selawat, manusia tinggalkan rock dan hiburan songsang serta menutup ‘night club’ dan unsur-unsur maksiat hingganya akhirnya mereka tahu bahawa seruan PAS selama ini benar. Masalah Berbilang Fikrah Sering berlaku terutama kepada mereka yang belajar diluar negara kerana bertemu saudara seIslam yang datang dari pelbagai negara dengan membawa pemikiran masing-masing. Perlu difahami, dalam perkara asas Islam yakni hukum halal dan haram tidak ada khilaf. Namun, dalam perkara untuk menegakkan Islam, wujud perbezaan pendekatan antara negara. Oleh itu apabila pulang ke negara sendiri, mesti mengikut pendekatan yang ada. Misalnya perlembagaan Turki mengharamkan kewujudan Parti Islam, hingga Recep Tayyip Erdogan isytiharkan partinya sekular, tetapi mewajibkan pelajarnya bertudung. Di Malaysia PAS tidak diharamkan. Bahkan, PAS telah banyak melangkah ke depan, misalnya di Kelantan telah sampai tahap menggubal undang-undang Syariat. Oleh itu, tidak patut berundur ke belakang. Maka, mengambil cara seperti negara lain untuk dilakukan di Malaysia adalah pendekatan yang tidak tepat. Apatahlagi Nabi berpesan agar berbicara dengan manusia mengikut bahasa difahaminya dan meletakkannya pada tempat yang betul. Oleh itu, fikrah mesti diterjemah berdasarkan realiti yang ada. Ada negara yang Islam boleh bergerak menerusi demokrasi pilihan raya dan dalam demokrasi memberi kebebasan untuk berdakwah. Jika saat dihalang pun di suruh berdakwah, apatahlagi demokrasi membenarkan, maka ruang itu perlu digunakan. Sepertimana peraturan dunia orang pergi menunaikan haji memerlukan pasport, maka perlu dibuat pasport untuk elak dari terhalang tujuan itu. PAS Alat Capai Matlamat Islam PAS adalah alat yang ditubuhkan ulama berdasarkan gerakan tajdid di mana selepas zaman yang tiada Nabi dan Rasul, maka kumpulan Islam adalah pengganti menyambung risalah. Kumpulan ini mestilah mempunyai ciri-ciri dan sifat yang dinyatakan dalam al-Quran. PAS menganggap kumpulan Islam yang banyak sebagai sahabat-sahabat. Jangan asyik dengan perbezaan hingga menghabiskan masa sebaliknya hadapi musuh yang sebenar. Dalam mengenali ulama perlu mengikuti ulama yang beramal dengan ilmu dan berjuang menuruti sunnah Nabi. Contohi pemimpin Ikhwanul Muslimin yang mengajar, menulis kitab, bahkan hingga sanggup dihukum bunuh untuk tegakkan Islam di mana mereka amanah beramal dan berjuang den gan ilmu. Ulama seperti ini tidak tunduk kepada siapa, malah mereka diberkati Allah. Perlu diadakan penilaian kerana terdapat ulama yang mengajar sahaja tetapi tidak beramal dengan ilmu. Ahlul Sunnah Wal Jamaah Perlu disedari adanya kecelaruan di kalangan umat Islam dan Ahlul Sunnah Wal Jamaah adalah penyelamat. Wujudnya pecahan mazhab meliputi fekah, tasauf dan akidah. Dalam akidah Ahlul Sunnah Wal Jamaah pun adanya Mazhab Asyairah dan Maturidiah serta Mazhab Salaf. Mazhab Salaf pula ada salaf zaman sahabat dan tabiin, ada juga salaf zaman mutakhir. Mendepani masalah furu’ atau cabang, serah paad ahli ilmu kerana berbalah dalam perkara yang tidak diketahui akan menjadi rosak. Dalam fekah pula ada Mazhab Syafie, Hanafi, Hambali dan Maliki serta ada Mazhab Sufyan ats-Tsauri, Hasan al-Basri, Ibnu Sirin, Abu Thur dan Qatadah. Dalam Mazhab Syafie ada Imam Nawawi, ar-Ramli dan Ibnu Hajar. Dalam Mazhab Hanafi ada Abu Yusuf, dan Muhammad al-Ghazal asy-Syaibani. Dalam Mazhab Hambali ada Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim. Di mana semua khilaf mereka berlaku dalam masalah furu’. Dalam syiah ada lebih kurang 30 hingga 40 mazhab. Ada Syiah khilaf dengan Ahlul Sunnah Wal Jamaah dalam masalah fekah, tetapi ada yang sama akidah, oleh itu bukan kafir semuanya. Ada Mazhab Khawarij Ibadi yang akidahnya sama dengan Ahlul Sunnah Wal Jamaah tetapi berbeza dari segi fekah. Terdapat juga Ahlul Sunnah seperti Umno, tetapi tanpa syariat Islam, hanya berzikir dan berselawat sahaja. Oleh itu kecelaruan yang ada perlu difahami dan adab para ulama mazhab masing-masing tetapi tidak pernah menyalah satu sama lain. Tragedi MH370 Mengikut teori teknologi, ia diculik, tetapi mengikut ilmu Allah, hanya Dia sahaja mengetahui. Soal siapa terlibat, tidak diketahui dan perlu cari bukti dan mencari kotak hitam hingga dapat disahkan pihak yang terlibat. Negara kita tidak ada kemampuan teknologi di mana ia juga sulit buat negara-negara Amerika, China, British dan lain-lain. Memandangkan keadaan sukar untuk pencarian itu, kita tidak boleh mempersend akan hal tersebut. Teruskan berdoa agar perkara ini dapat diselesaikan dan jika mangsa masih hidup doa agar mereka selamat, sekiranya mati doakan diberi rahmat. Terdapat banyak pandangan ulama berhubung ketetapan status kematian. Ada mengikut umur adat keluarga dan ada yang berdalilkan empat tahun berdasar peristiwa berlaku di zaman Umar al-Khattab.