Petua Untuk Mengguna Tandas Awam
1. Pastikan anda ada duit syiling secukupnya kerana penjaga tandas belum tentu akan membenarkan anda masuk walaupun anda terdesak sangat.
2. Pastikan tandas ada bekalan air atau tidak. Jangan gunakan tandas jika tidak ada bekalan air.
3. Pastikan tandas yang anda gunakan itu mempuyai penyelak atau dikunci dengan baik untuk mengelak orang lain terperanjat.
4. Jangan lupa mengepam atau flush mangkuk tandas setelah selesai melepaskan hajat kerana sudah tentu anda sendiri tentu tidak akan berasa selesa menggunakan tandas yang tidak dipam.
5. Simpan baik-baik barangan berharga seperti dompet atau handphone agar tidak terjatuh ke dalam mangkuk tandas atau tertinggal di dalam tandas.
6. Jangan menconteng dinding tandas lebih-lagi dengan gambar lucah kerana tidak ada orang yang akan menghargai bakat terpendam anda itu.
7. Jangan mengguakan tandas terlalu lama kerana mungkin ada seseorang di luar yang berada dalam keadaan terdesak ingin menggunakan tandas.
8. Walaupun anda tidak selesa buang air kecil secara berdiri, tetapi jangan pula anda panjat dan duduk mencangkung di tempat membuang air kecil.
9. Jangan mengeluarkan suara meneran dengan kuat sekiranya anda mengalami sembelit.