~ ingin ku nyatakan di sini ya, negara kita Malaysia terutama negeri2 di pantai Timur dilanda banjir yang besar , semestinya hilang dan rosak tempat tinggal, kesukaran berhubung dengan negeri-negeri luar yang ketandusan makanan, minuman , bekalan letrik, air yang bersih , dan juga memerlukan ubat-ubatan sekiranya yang dalam kesakitan..
Apa yang kita perhatikan di sini,,, ce kita fikir, masa bencana yang timpa di Acheh pada tahun 2014 dahulu, masyarakat Rohingnya pada tahun 2012, Mesir pada tahun 2010, Syiria tahun 2012, masyarakat di pattani, masyarakat di selatan Filipina & mana2 negeri Islam yang menerima musibah termasuklah Palestin, di Gaza..tidak kurang juga tsunami d Jepun..
apa yang orang Malaysia berikan dan sumbangan..
Saya rasa MaLaysia negara yang pertama, terpantas atau mungkin yang paling banyak memberikan sumbangan di atas keperihatinan, kepedulian, kesungguhan, kelangsungan, kesaksamaan, keadilan kepada mangsa2 yang ditimpa musibah, malapetaka & bencana..
kalau lihat di sini, sekarang bencana banjir masih lagi di ambang bahaya dan menggusarkan bahkan merebak ke negeri selatan pula.
apa yang kita jelaskan dii sini..
1) di mana negara2 yang disebutkan di atas seolah2 membalas jasa baik sekurang-kurang meringankan beban. Sungguh pun sedikit sekurang-kurangnya tanda prihatin dan ambil peduli. Di mana negara2 ni...
Sila jawab lah.
Betapa kalian dulu susah dan sengsara, negara Malysia lah jua "seoLah2 sibuk" bersusah payah untuk manfaat negara kalian.
Dek bukan kerana Malaysia negara yang kaya, tidak perlu sumbangan, bahkan masih lagi dalam kesusahan dan penderitaan.
Kasihanilah negeri2 d Pantai Timur, Pahang, Kelantan, Terengganu yang "famous" yang kebiasaannya pada musim tengkujuh penghujung tahun...
Wahai sauadara-saudaraku yang ditimpa musibah, doa kalian amat didengari Tuhan RobbuL Jalil, apa yang ku doakan moga kalian berada dalam keadaan selamat dan terbaik ketika ini. Cukuplah keperluan untuk kalian hidup kerana Rahmat Allah sangat Luas untuk kalian.
Perhatilah wahai rakyat sedunia yang berugama Islam..Tidakkah kamu sanggup melihat sahaja di kaca2 televisyen dan melalui alam maya. Ingatlah ALLAH amat luas dengan Kurniaanya dan sebaik2 pengharapan dan balasan. Cukuplah yang Allah tentukan kalian sekiranya tidak mempedulikan nasib umat islam yang lain..fikir2kanlah kalian..???
tapi tengoklah nanti, percayalah, sekiranya bencana nanti dah surut dan reda,apatah lagi semuanya dalam keadaan baik.. Dan Allah jua ingin menguji terhadap negara kalian, apakah kalian jugak akan merasa juga. Aku pasti.. dan rasa pasti sekali, kalian akan ditimpa kesusahan yang sama. Bukan aku rasa untuk dibalas, tapi aku merasakan dan sangat pasti sekali...kalian juga akan diuji dengan ujian2 ini...
Tapi aku rasa RAKYAT MALAYSIA terutama yang berAGAMA ISLAM ini sangat2 pemurah hati terhadap keprihatian kalian..
Berilah tempoh nanti, saksikan,
berilah masa nanti, lihatlah.
Berilah ruang nanti, persembahkan.
Berilah peluang nanti, renung2kanlah..
Cukuplah aku ingin mengatakan
" QUL HASBIYALLAH WA NIKMAL WAKIL , WaLA HAW LAWALA QUWWATAILLABILLAHIL AZIEM "
NukiLan seorang hamba faqir iLaLLAH:
Petaling Jaya...
8.23malam @ 27.12.2014