Marah adalah emosi yang bersifat negatif. Marah boleh menjadi ganas dan tidak terkawal....
Perasaan marah bermula kerana gagalnya mengawal emosi. Jadi mari sini saya kongsikan tip Bagaimana Mengawal Diri Ketika Marah...
Rujukan dari buku Membina Hati Bahagia ( Dr Tuah Iskandar al-Haj )
1. Ingat ALLAH
Ingatlah ALLAH selalu. ALLAH tidak suka kepada pemarah.Sebagai hamba kita tidak patut berasa marah apatah lagi memarahi orang tanpa sebab. Siapa kita untuk memarahi orang lain sedangkan kita banyak kekurangan....
2. Sirami Rasa Marah Dengan Wuduk
Perasaan marah datangnya dari Syaitan.Syaitan diciptakan dari api dan api hanya mampu dipadamkan dengan air.Jadi ambillah wuduk supaya api syaitan dapat dipadam. Haj )
3. Lihat Wajah Di Cermin
Alangkah buruknya wajah ketika marah.Lihat lah muka, hidung kembang kempis, mata menyala gitu. Apakah anda rasa orang akan takut melihat keadaan anda begitu? Bagaimana kalau orang berasa lucu?
4. Kunci Bibir dan Diam Dahulu
Kalau terasa hendak marah, dia sejenak. Tarik nafas dan lepaskan perlahan-lahan. Anggap anda tiada tangan untuk bertindak dan tiada mulut untuk berkata apa-apa...
5. Ubah Kedudukan Anda
Jika marah ketika sedang berdiri, duduklah. Jika sedang duduk maka baringlah dan jika masih marah juga, beredarlah ke tempat lain yang lapang dan tengok keindahan alam....
Sumber : http://eberita.org