Dilemma seorang pemimpin yang hatinya pada Islam melihat kemungkaran depan mata yang dilakukan oleh parti-parti sekutunya. Nak ditelan mati bapak, nak diluah mati emak. TG Haji Hadi dah lama menyimpan rasa dan katanya dalam akhbar tidak selantang khutbah Jumaatnya lagi dalam mendepani hudud yang dah jadi polemik sekutu-sekutunya. Dari bersekongkol dengan Parti Keluarga PKR dan parti yang tak mungkin akan menyokong Islam DAP, ada lebih baik PAS perbaiki UMNO yang telah terlaja...
See More
'DILEMA HAJI HADI AWANG & HALATUJU PAS
Sejak akhir-akhir ini kepimpinan Tuan Guru Datuk Seri Haji Hadi Awang (TGHH) dihentam kiri kanan dan luar dalam dengan sangat hebat. Kasihan melihat beliau dihentam oleh rakan tahaluf siyasinya, baik yang Islam apatah lagi yang bukan Islam. Lebih meletihkan apabila beliau ditekan pula oleh golongan pemimpin dan pengikut dari kalangan ahli sendiri secara brutal dan terang-terangan.
Perkembangan ini bukan sahaja meleraikan ikatan dalam Pakatan Rakyat, malah turut menjejaskan ukhwah di kalangan pemimpin dan ahli dalam parti PAS itu sendiri. Perlaksanaan Hudud yang menjadi cita-cita PAS sekian lama tiba-tiba turut dinafikan oleh ahli dan pemimpin PAS sendiri.
Mendepani kemelut ini, TGHH lebih banyak mendiamkan diri. Kelmarin TGHH dilapurkan meninggalkan lokasi yang mana para wakil media sudah pun berkumpul menanti beliau untuk satu sidang media. Hari sebelumnya juga TGHH dilapurkan hanya menjawab ringkas soalan pemberita melalui tingkap rumahnya tanpa temubual.
Siapapun yang berada di tempat TGHH akan menghadapi dilema yang sama ketika mendepani masalah badai yang bertimpa-timpa ini. TGHH bukanlah calang-calang orangnya. Biarpun diumpat dikeji dengan pelbagai telahan secara terbuka, namun beliau ada cara tersendiri menghadapinya.
KONFLIK PAS DAN PKR
PAS yang berteraskan Islam tulin pastinya akan menghadapi masalah apabila terpaksa tidur sebantal dengan parti PKR serpihan UMNO ini. Mentaliti ahli dan pemimpinnya mirip UMNO, bahkan berbilang bangsa dan agama pula. Lebih parah lagi apabila ia ditubuhkan hanya atas dasar memperjuangkan nasib seorang individu sehingga ramai ahli keluarga pengasasnya dilantik dalam kepimpinan tertinggi.
Krisis di antara kedua-dua parti ini bermula dengan kes saman calun PKR terhadap TGHH. Ia semakin menyerlah selepas projek ‘Langkah Kajang’. Selaku Presiden PAS, TGHH merasakan telah dikhianati dengan projek ini kerana dikatakan tidak dibawa berbincang sebelum langkah itu diputuskan.
PAS melihat langkah itu mengkhianati rakan tahaluf dan amanah rakyat. Ia melanggar akhlak keislaman kerana melibatkan kerakusan pemimpin yang terpaksa membazirkan dana dan mandat rakyat sedangkan semua orang tahu bahawa membazir dan khianat itu tabiat syaitan.
Apa tidaknya, seorang wakil rakyat yang sihat wal'afiat ‘dipaksa turun’ melepaskan kerusi ADUN hanya untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim. Akhirnya jentera parti PKR dan rakan tahaluf terpaksa digerakkan untuk merebut kerusi semula. Lebih malang lagi apabila Anwar Ibrahim tidak jadi bertanding dan digantikan pula oleh isterinya DS Wan Azizah.
Kemudian isu itu berlarutan kepada konflik perlantikan Menteri Besar. Sekali lagi PAS mengalami dilema antara mahu menuruti kehendak PKR dan DAP yang mahukan Wan Azizah menjadi MB Selangor atau mahu memenuhi kehendak DYMM Sultan Selangor. Akhlak Islam harus mentaati raja.
Pada masa yang sama penjelasan TGHH tegas menampakkan yang prinsip Islam tidak mengizinkan perempuan sebagai pemimpin. PAS ingin bertegas dalam soal itu demi mendapatkan redha Allah dan menjaga integriti kepimpinan Islamnya.
PAS semakin terguris apabila 2 ADUN nya berjaya dipengaruhi PKR untuk melanggar baiah, mengingkari keputusan PAS pusat untuk tidak menerima Wan Azizah sebagai Menteri Besar. Penafian PKR terhadap perlaksanaan hudud di Kelantan menjadi titik noktah kepada konflik ini.
DILEMA TAHALUF SIYASI BERSAMA DAP
Penganalisa politik tanah air seharusnya dapat membaca bahawa tahaluf siyasi ini pasti tidak mampu bertahan lama kerana DAP adalah parti sosialis demokratik yang terang-terang menolak sebarang usaha ke arah memartabatkan Islam sejak awal lagi.
Dilema yang paling ketara ialah kerana PAS dahulu telah menuduh UMNO kafir antaranya kerana bekerjasama dengan parti bukan Islam. Lebih malang lagi apabila DAP, rakan tahaluf PAS lebih radikal menolak Islam berbanding MCA dan MIC yang agak liberal terhadap Islam.
Boleh dibayangkan dilema TGHH ketika beliau terpaksa mengarahkan ahlinya mengundi pemimpin non-muslim yang menolak Islam sedangkan itu JELAS dilarang Allah. Alangkah serba salahnya TGHH apabila terpaksa duduk di sisi Dyana calun DAP yang mengurai rambut atau berselendang ala-kadar sahaja.
Perasaan seorang pemimpin yang warak ibarat seorang ayah pasti kecewa dan merasa berdosa bersubahat membiarkan Dyana diusung siang malam, ke sana ke mari oleh rijal-rijal bukan Islam DAP untuk berkempen.
TGHH juga dalam dilema apabila kenyataan pertama Dyana selepas diumumkan pencalunannya ialah menolak Hudud yang menjadi teras perjuangan PAS. Beliau terpaksa menelan sahaja apa yang didengar demi menjaga hati DAP. Mujurlah ada TGNA yang sudi menegur Dyana dengan amat berhati-hati. Mat Sabu dan pemimpin PAS lain hanya diam seribu bahasa.
Kemuncak dilema bersama DAP ini berlaku apabila masing-masing saling mempertikai. DAP marah dengan keengganan PAS mematuhi ketetapan Langkah Kajang dan perlantikan MB Selangor. DAP lebih marah apabila PAS menentang hasrat DAP untuk “Pilihanraya Kerajaan Tempatan atau Perbandaran”. Terkini kemarahan DAP memuncak oleh isu Hudud.
PAS pula murka apabila DAP dengan terbuka mengutuk kepimpinan ulamak dan TGHH serta dikatakan sengaja menaja golongan serpihan PAS yang dipanggil PASMA untuk menjatuhkan TGHH. Ahli dan pemimpin yang kurang adab dan gila kuasa dari kalangan profesional muda dijadikan kambing hitam.
KONFLIK PASMA
Umum telah mengetahui scenario ini dan ia tidak jauh bezanya dengan kronologi tertubuhnya BERJASA dan HAMIM. Ini adalah cabaran biasa bagi sebuah perjuangan agama, iaitu adanya golongan munafik yang mudah terpedaya dengan umpan pangkat dan harta.
Walaupun dari awal masing-masing malu menyatakan tentangan terhadap TGHH dan kempimpinan ulamak, namun akhirnya ia terserlah nyata. Teguran berhemah dan penuh hormat melalui syuro (QS:42/38) dan pertemuan khusus (QS:58/12) yang bertepatan dengan akhlak Islam sudah tidak lagi diamalkan.
Tindakan seluruh AJK PAS Batu meletakkan jawatan beramai-ramai memberikan tamparan amat berat kepada TGHH. Falsafah mufarakah dalam solat digunakan sewenang-wenang tanpa ilmu. Walhal ia langkah yang salah.
Sebenarnya TGHH ada kekuatan ilmu dan pengalaman buat menghadapi golongan serpihan ini. Apa yang perlu ialah memahamkan ahli dengan mengalirkan ilmu itu dari atas ke bawah tanpa putus seperti sungai-sungai syurga. Segala medium harus dimanfaatkan untuk itu. Itulah pendekatan Ustaz Yahya Othman bersama TGNA dahulu. Kuliah diadakan untuk masyarakat umum dan usrah untuk Pemimpin. Hasilnya kefahaman dan fikrah perjuangan semakin mantap. Surat terbuka ini adalah contoh yang baik.
http://prihatin.net.my/blog/2015/03/27/hudud-surat-terbuka-tgha-kepada-umat-islam/
NYAMUK tercipta dari air bertakung yang tidak mengalir. Ia akan membuat bising, menghisap darah dan menyebarkan penyakit. Begitu juga analogi mutasyabihat apabila ILMU TIDAK MENGALIR. Masyarakat akan semakin jahil, berprasangka dan membuat bising untuk mempengaruhi yang lain. Darah perjuangan akan dihisap dan tercemar. Artikel berikut mungkin boleh membantu.
http://prihatin.net.my/blog/2014/01/07/perumpamaan-lalat-dalam-pengurusan-organisasi/
http://prihatin.net.my/blog/2014/01/13/tips-obm-menangani-krisis-organisasi-dan-keluarga/
http://prihatin.net.my/blog/2013/11/22/memahami-akhlak-haiwan-untuk-mendidik-manusia/
http://prihatin.net.my/blog/2014/01/08/tips-obm-tajassus/
Faktor kedua kerosakan parti ialah apabila ada gejala buruk di kalangan ahli dan pemimpin yang mampu mengundang fitnah. Ini ibarat LALAT yang suka hadir menghurung najis yang busuk. Lalat ini amat sukar ditangkap kecuali punca kekotoran itu dibersihkan. Dalam hal ini jangan bertangguh untuk membersihkan individu yang bermasalah dalam parti.
Kebenaran terbina dengan ilmu dan bersifat ISTIQOMAH seperti menanam pokok yang memerlukan air dan baja (QS:14/24-25). Memusnahkannya amat cepat dan mudah dengan api. Itu analogi ahli yang tergesa-gesa KELUAR BERAMAI-RAMAI. Ia adalah kebatilan yang dipengaruhi nafsu syaitan. Mereka ini juga ibarat LALAT dan NYAMUK yang tidak akan mampu bertahan lama. Apabila kotoran dibersihkan dan ilmu dialirkan maka mereka akan terhapus sendiri.
Bagi ahli sebegini, ambillah iktibar dari sejarah perjuangan PAS dan perjuangan Islam yang ditunjukkan Nabi SAW. Lihatlah ke mana berakhirnya HAMIM, BERJASA dan beberapa serpihan PAS lainnya. Sama juga dengan nasib SERPIHAN UMNO seperti Parti Semangat 46 dan mungkin juga PKR.
http://prihatin.net.my/blog/2015/03/28/sejarah-pas-penguasaan-kerajaan-kelantan/
DILEMA KERJASAMA DENGAN MELAYU UMNO
Polemik Kerajaan Campuran (UG) dengan UMNO tidak kurang cabarannya. Kelmarin sudah diumumkan oleh TGHD, Mursyidul Am PAS bahawa sudah sampai masanya PAS bekerjasama dengan UMNO. Ini merujuk kepada perubahan angin perjuangan dalam UMNO itu sendiri.
http://prihatin.net.my/blog/2015/03/29/sekali-air-bah-sekali-pantai-berubah/
UMNO memang banyak kelemahan dan kesilapan sepanjang memerintah negara ini. Tidak siapa boleh menafikannya dan ini dinyatakan YAB Presiden UMNO sendiri. Dengan kemerosotan sokongan terhadap UMNO dari kalangan orang Melayu dan komponen BN, maka sudah sampai masanya tokoh-tokoh ulamak dalam PAS berganding bahu untuk memberi sokongan sambil ‘mendidik UMNO’. Mereka lebih mudah dibentuk Islamnya berbanding DAP.
Janganlah PAS terlalu keras dalam menetapkan pendirian kerana PAS juga ada kelemahannya. Merasa berdosalah meninggalkan saudara kita dalam UMNO yang amat memerlukan nasihat dan bimbingan agama dari kita dan membiarkan pula rakan tahalluf siyasi yang terang-terang tidak mahukan Islam itu memperkudakan kita.
Mungkin benar UMNO bersifat assobiyah dengan MELAYUnya. Namun, mari kita perbetulkan persepsi itu dengan menerapkan kefahaman sebenar siapa MELAYU pada pandangan agama. Ia dari perkataan JAWA/JAWI yang bermakna LARI. Itulah pelbagai suku watan Nusantara yang BERHIJRAH kepada ISLAM, LARI / MELAYU meninggalkan agama dan fahaman lama.
Akhirnya nanti umat akan dapat mengundi tanpa waswas semua calun pemimpin Islam yang berwibawa dan hanya DICALUNKAN oleh majlis ulamak, bukan yang terhegeh-hegeh mencalunkan diri sendiri. Indah bukan?
DILEMA PERLANTIKAN PRESIDEN
Dapat dirasakan betapa TGHH serba salah dengan tekanan bertubi-tubi untuk beliau mengundurkan diri. Apabila beberapa tokoh dalam majlis Ulamak PAS sudah menyatakan secara terbuka untuk mengekalkan kepimpinan TGHH, maka beliau tidak perlu risau lagi kerana Islam menetapkan bahawa perlantikan pemimpin adalah melalui majlis syuro, bukan melalui undi.
Proses undian ahli hanyalah sekadar satu mekanisma bagi mengesahkan perlantikan Majlis Ulamak itu berdasarkan perlembagaan sahaja. Ahli yang tidak mengundi beliau adalah mengingkari ketetapan Majlis Syuro Ulamak. Nantikan sahajalah musibah daripada keingkaran mereka itu.(QS:4/59, 48/10)
KESIMPULAN
Kesejahteraan hanya mampu dinikmati melalui sistem Islam, samada golongan pemimpin mahupun pengikut. Ramai orang mahu memimpin dengan cara Islam, namun tidak ramai yang berilmu dan mampu berhujjah. TGHH ada kelebihan itu dan harus saling berkongsi ilmu dengan rendah diri dan semangat jama’ie. Tiada siapa yang pandai / baik, mahupun jahil / buruk sepenuhnya.
Jangan sekali-kali kepimpinan ulamak berputus asa. Mungkin kalian tidak sempurna, namun buat masa ini kalian adalah insan terpilih untuk istiqomah mempertahankan kedaulatan agama buat mensejahterakan manusia.
PKR yang agak caca merba ini tidak akan pergi jauh tanpa sokongan PAS. Apabila PAS berjaya membetulkan kepincangan UMNO dari dalam dan ketirisan berjaya dihapus, maka PKR akan kehilangan isu untuk menyalak. DAP mungkin akan bersatu dengan MCA/GERAKAN namun tidak juga akan mampu mendapat majoriti. Sabah Sarawak akan ikut apabila ada kepimpinan pusat yang adil dan amanah.
Jangan bimbang soal HUDUD. Ada banyak cara untuk melaksanakan hudud ‘Yang Sebenar’ walaupun tidak diluluskan di Parlimen. Yakinlah, dengan ‘Hudud Sebenar’ itu nanti, non-Muslim akan sangat berminat dengannya sehingga sanggup membayar jizyah, kerana mereka juga mahu hidup SEJAHTERA.
InsyaAllah akan kami kongsikan mekanisma “hudud yang hak/sebenar” dalam artikel khas atau pertemuan tertutup jika ada yang sudi BERTANYA. Sesungguhnya syurga itu taman ilmu dan kunci ilmu ialah saling ‘tanya menanya’.
Ikhlas dari,
WARGA PRIHATIN'
Warga Prihatin
DILEMA HAJI HADI AWANG & HALATUJU PAS

http://prihatin.net.my/…/hudud-surat-terbuka-tgha-kepada-u…/
NYAMUK tercipta dari air bertakung yang tidak mengalir. Ia akan membuat bising, menghisap darah dan menyebarkan penyakit. Begitu juga analogi mutasyabihat apabila ILMU TIDAK MENGALIR. Masyarakat akan semakin jahil, berprasangka dan membuat bising untuk mempengaruhi yang lain. Darah perjuangan akan dihisap dan tercemar. Artikel berikut mungkin boleh membantu.
http://prihatin.net.my/…/perumpamaan-lalat-dalam-pengurusa…/
http://prihatin.net.my/…/tips-obm-menangani-krisis-organis…/
http://prihatin.net.my/…/memahami-akhlak-haiwan-untuk-mend…/
http://prihatin.net.my/blog/2014/01/08/tips-obm-tajassus/
Faktor kedua kerosakan parti ialah apabila ada gejala buruk di kalangan ahli dan pemimpin yang mampu mengundang fitnah. Ini ibarat LALAT yang suka hadir menghurung najis yang busuk. Lalat ini amat sukar ditangkap kecuali punca kekotoran itu dibersihkan. Dalam hal ini jangan bertangguh untuk membersihkan individu yang bermasalah dalam parti.
Kebenaran terbina dengan ilmu dan bersifat ISTIQOMAH seperti menanam pokok yang memerlukan air dan baja (QS:14/24-25). Memusnahkannya amat cepat dan mudah dengan api. Itu analogi ahli yang tergesa-gesa KELUAR BERAMAI-RAMAI. Ia adalah kebatilan yang dipengaruhi nafsu syaitan. Mereka ini juga ibarat LALAT dan NYAMUK yang tidak akan mampu bertahan lama. Apabila kotoran dibersihkan dan ilmu dialirkan maka mereka akan terhapus sendiri.
Bagi ahli sebegini, ambillah iktibar dari sejarah perjuangan PAS dan perjuangan Islam yang ditunjukkan Nabi SAW. Lihatlah ke mana berakhirnya HAMIM, BERJASA dan beberapa serpihan PAS lainnya. Sama juga dengan nasib SERPIHAN UMNO seperti Parti Semangat 46 dan mungkin juga PKR.
http://prihatin.net.my/…/sejarah-pas-penguasaan-kerajaan-k…/
DILEMA KERJASAMA DENGAN MELAYU UMNO
Polemik Kerajaan Campuran (UG) dengan UMNO tidak kurang cabarannya. Kelmarin sudah diumumkan oleh TGHD, Mursyidul Am PAS bahawa sudah sampai masanya PAS bekerjasama dengan UMNO. Ini merujuk kepada perubahan angin perjuangan dalam UMNO itu sendiri.
http://prihatin.net.my/…/sekali-air-bah-sekali-pantai-beru…/