Saturday, September 19, 2015


PAS mahu menang dengan keredhaan Allah sebab itu di sepanjang jalan perjuangan kita kena pelihara aqidah dan pelihara amalan, Istiqamah dengan hukum syarak, kerana mati bila-bila sahaja, mungkin belum sempat menang kita mati dulu, kerana itu kena sabar dalam mempertahankan agama, tidak mengapa walaupun orang benci, sebab Allah hanya redha pada Islam. Maka kita mesti berada diatas jalan Islam meskipun orang benci kepada kita, sebab Islam itu tempat jatuhnya redha Allah. Orang PAS sabar menunggu kemenangan bersama keyakinan bahawa 'Islam pasti menang', walaupun ada orang tidak suka kalimah ni, katanya kalimah ini adalah kalimah yang melambatkan kemenangan ditengah masyarakat majmuk sehingga ada yang menebas jalan pintas meskipun terpaksa "orait" kepada golongan yang tidak melihat hukum Islam itu sebagai hukum yang sangat adil.