Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia keluar fatwa wajib sokong Turki
fatwa wajib sokong turki
QATAR, Selasa – Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia yang diketuai oleh Prof Dr Yusof Al-Qaradawi hari ini mengeluarkan fatwa kewajiban menyokong dan membantu produk dan ekonomi Turki.
Umat Islam juga diseru berdiri teguh bersama pendirian Turki dalam isu-isu terkini.
“Kesatuan Ulama menyeru umat Islam sama ada individu, syarikat dan kerajaan, untuk bersama-sama dengan pendirian Turki dalam isu-isu terkini, dan wajib menyokong produk Turki, membantu ekonominya dalam apa jua bentuk, sebagai merealisasikan persaudaraan kemanusiaan dan amal yang sama,” kata pihak kesatuan dalam satu kenyataan, lapor agensi berita Turki, Anatolia.
Kenyataan itu berkata, Kesatuan Ulama mengikuti perkembangan terkini keadaan kekacauan dan huru hara yang berlaku di Syria, dan apa yang dilakukan oleh Zionis Israel di Palestin.
“Kejadian minggu lepas (pencerobohan ruang udara Turki) adalah satu provokasi Syria dan Russia yang memaksa Turki menembak jatuh jet pejuang Russia dan menarik Turki ke medan peperangan, sehingga berlaku pemboikotan Russia ke atas barangan buatan Turki.
“Kesatuan Ulama meminta masalah ini diselesaikan dengan baik dan diplomatik.
“Umat Islam diseru berdiri teguh dengan Turki di atas pendirian tegas Turki dalam isu-isu umat Islam terutama isu Syria yang berdepan dengan pemimpin zalim Bashar Asad yang telah membunuh ribuan rakyat dan menghalau jutaan yang lain.
“Sokongan kepada ekonomi Turki wajib dilakukan atas dasar persaudaraan iman. Umat Islam perlu bersama dalam satu saf seperti yang digalakkan oleh ayat-ayat Al-Quran dan hadis baginda SAW.
“Oleh itu, Kesatuan Ulama menyeru negara-negara Islam, rakyat dan syarikat-syarikat, individu-individu, menyokong barangan Turki dan menguatkan ekonominya dengan semua cara termasuk pelancongan.
“Tidak boleh meninggalkan Turki bersendirian kerana apa yang dihadapi Turki hari ini adalah kerana pendiriannya bersama kebenaran dalam isu-isu umat Islam di Syria dan Palestin dan umat Islam lain di Somalia, Myanmar, Iraq, Mesir dan Libya dan semua yang ditindas seluruh dunia,” kata kenyataan itu. – Agensi
- moga allah memberi kemenangan pada tentera islam yang ikhlas berjuang kerana allah dan rasul nya... takbir!