Petua Merawat Penyakit Angin
a.Jika anda sering menghidapi penyakit angin dan sering merasa sejuk perlu minuman campuran cengkih dan lada putih atau lada hitam . Bahan tersebut yang sama jumlah hendaklah digoreng hingga garing dan kemudiannya ditumbuk hingga halus.
b.Campuran tersebut hendakalah diayak terlebih dahulu. Campuran yang masih kasar digoreng lagi hingga garing, kemudian ditumbuk semula seperti proses yang terdahulu hingga kesemuanya sempurna menjadi serbuk yang halus.
c.Sebuk tersebut kemudian dicampur dengan setengah cawan air suam diminum setiap pagi atau malam, sebelum atau selepas makan. Ubat ini berguna untuk memecahkan angin yang ada di dalam badan dan memanaskan badan yang sejuk.