Petua Untuk Tingkatkan Pencapaian Pelajaran Anak Anda
a. Ibu bapa perlu ingat bahawa kemampuan anak-anak adalah berbeza. Tidak semua boleh berjaya dalam bidang akademik. Ada yang dianugerahkan oleh Allah dengan kebolehan dan kemahiran lain seperti petah berpidato, pandai melukis, bijak bermain alat muzik dan mencipta lagu, mahir bertukang, dan sebagainya. Oleh itu kenapa mesti dibandingkan pencapaian mereka? Kalau adik dibandingkan dengan kakak dan abang, mereka rasakan seolah-olah ibu bapa tidak cukup sayangkan mereka. Kalau perbandingan dibuat dengan rakan-rakan, mereka akan rasa rendah diri pula.
b. Oleh itu, membandingkan anak tidak membantu kecemerlangan mereka. Adakah ini bermakna kita tidak boleh ambil kejayaan orang lain untuk diceritakan kepada anak-anak? Tidak.. bukan begitu yang dimaksudkan. Ibu bapa, lazimnya, menyebut kelebihan dan kejayaan orang lain kepada anak-anak hanya apabila marah, geram dan kecewa dengan tindakan dan tingkahlaku mereka. Lain pada masa itu, kita lupa dan tidak ambil kisah. Sebab itulah anak-anak menolak cara ibu bapa ini.
c. Apabila menegur kesilapan dan kegagalan anak, jangan sama sekali dibandingkan dengan sesiapa. Cukup sekadar menegur dan menasihati perbuatan dan tingkah laku mereka. Waktu lain, ketika tiada ketegangan emosi antara kita dan anak maka berceritalah tentang kejayaan orang lain serta bagaimana mereka capai kejayaan tersebut untuk anak jadikan panduan dan tauladan. Saat sebegini adalah lebih mudah untuk anak menerimanya kerana mereka lebih terbuka