Tuesday, September 11, 2012

BASYAR DAN SYIAH LEBIH ZALIM DARI YAHUDI"-SUMAYYAH MOHAMMED


BASYAR DAN SYIAH LEBIH ZALIM DARI YAHUDI"-SUMAYYAH MOHAMMED
BASYAR DAN SYIAH LEBIH ZALIM DARI YAHUDI"-SUMAYYAH MOHAMMED

UCAPAN WAKIL SYRIA DI PERSIDANGAN WANITA YANG MEMBUATKAN MEREKA YANG HADIR MENANGIS

Hari ini, 9 September 2012 berlangsungnya Persidangan Wanita Arab Pertama di bandaraya Kaherah anjuran Wanita Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP), sayap politik Ikhwan Muslimin yang turut disertai wakil Palestin, Jordan, Kuwait, Morocco dan Syria.

Persidangan pertama selepas berlakunya revolusi di Timur Tengah ini menampilkan penyelaras revolusi Syria yang diwakili oleh sayap wanitanya, Sumayyah Mohammed. Ucapan beliau yang mengisahkan pembunuhan yang dilakukan oleh rejim Basyar Asad membuatkan seluruh mereka yang hadir mengalirkan air mata.

Sumayyah menceritakan apa yang dilakukan oleh rejim Basyar dan pembantunya dari kalangan Syiah terhadap rakyat Syria lebih dahsyat apa yang dilakukan Yahudi terhadap rakyat Palestin. Menurut Sumayyah, di Syria anak-anak disembelih di hadapan ibu bapa, anak-anak gadis dicabul kehormatan di hadapan keluarga sendiri dan paling menyedihkan wanita-wanita yang hamil dibelah perut mereka hingga membunuh ibu dan janin.

Sumayyah turut mengutuk sikap membisu kerajaan-kerajaan Arab dan tindakan yang gagal diambil oleh mereka dalam menghentikan pertumpahan darah.

Kata Sumayyah, "Demi Allah! Kita malu untuk bercakap mengenai revolusi Syria dalam keadaan mereka sekarang menggigil kesakitan dan ketakutan sedang kita hari ini di dalam dewan berhawa dingin dan kerusi yang empuk. Tetapi kami meminta maaf kepada mereka dalam doa untuk mereka."

Sumayyah menutup ucapan dengan doa yang pernah diungkapkan oleh Rasulullah SAW selepas Baginda berdakwah ke Thoif yang bermaksud, "Ya Allah! Jika Engkau tidak murka kepada kami maka kami tidak peduli. Akan tetapi keampunanMu lebih meluas kepada kami daripada dosa-dosa kami."