Apabila Kita Banyak Mengkritik ….
a. Mengkritik itu baik, dan menegur kesalahan orang lain itu pun baik. Namun, kritikan yang didasari oleh niat untuk mencari-cari kesalahan orang lain tidak mungkin dapat mempermudahkan keadaan. Anda tidak perlu menghabiskan waktu dan tenaga anda untuk menilai apakah orang lain telah membuat salah atau benar. Kerana itu sangat mudah. Yang sulitnya adalah melihat kesalahan diri sendiri. Berhati-hatilah bila anda begitu pandai mengkritik. Takut anda tidak lagi mampu melihat kebenaran.
b. Sebuta-buta orang ialah mereka yang tidak boleh menangkap cahaya kebenaran. Sekali anda gembira kerana menemui sebutir debu kesalahan orang lain, anda akan tergoda untuk mendapatkan yang sebesar kerikil. Begitulah seterusnya, sehingga tanpa disedari anda telah mencipta segunung kesalahan orang. Orang tidak akan suka memakai kacamata atau cermin yang memantulkan kekurangan wajahnya. Oleh itu, janganlah anda menjadi bayangan ke atas kesalahan orang lain. Bantulah mereka mencari sudut positif dari diri mereka. Di saat itu, orang lain pula akan memantulkan sudut baik dari diri anda sendiri.