etua Untuk Gadis Yang Bakal Menjadi Isteri
1. Berkhidmat dengan rasa puas serta taat padanya.
2. Memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.
3. Menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat kira-kira dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.
4. Jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila anda mengengkari perintahnya, bererti anda melukai hatinya. Apabila anda membuka rahsianya bermakna anda tidak akan selamat daripada pengkhianatannya.
5. Janganlah anda bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia berseronok.
6. Jadilkanlah diri anda seorang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.
7. Jadikanlah diri anda seorang yang selalu sekata dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.