Wednesday, November 13, 2013

Petua Untuk Mengurangkan Anak-Anak Menonton TV


Petua Untuk Mengurangkan Anak-Anak Menonton TV 1. Jangan letak TV di ruang tamu, ini kerana apabila anda balik ke rumah, anda akan terus membuka TV dan ada kemungkinan TV tersebut akan berpasang tanpa sesiapa yang menontonnya. Seelok-eloknya disediakan satu bilik khas untuk menonton sahaja. 2. Jangan letak TV di dalam bilik tidur anak-anak. Ini akan memudahkan mereka untuk menonton TV tanpa pengawasan dari ibu bapa. 3. Hadkan masa menonton TV dan juga hadkan kepada rancangan tertentu sahaja. Misalannya dalam seminggu anak-anak dibenarkan menonton 4 hari seminggu. Dalam 4 hari tersebut cuma rancangan tertentu sahaja. Ini hendaklah dipraktikkan sejak anak-anak masih kecil lagi. 4. Ibu bapa mestilah berkorban untuk kebaikan anak-anak. Kurangkan masa menonton. Beri contoh yang baik kepada anak-anak. Anda perlulah memilihkan program yang hendak ditonton. Fikirkan kebaikan dan keburukan dan juga kesan-kesannya. Kesan bukan dalam jangka masa pendek sahaja tetapi juga dalam jangka masa panjang.