Wednesday, November 06, 2013

Pilihan Petua Untuk Menangani Kritikan Peribadi


Pilihan Petua Untuk Menangani Kritikan Peribadi Keupayaan kita untuk menerima kritikan, boleh membina diri kita ataupun menjatuhkan imej kita. Tiada sesiapa yang suka dikirtik; ia mengakibatkan kita mudah melenting atau melatah, samada secara positif mahupun secara negatif. Selalunya apabila seseorang mengkritik atau meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap sikap kita, secara spontan kita akan respon atau bertindak melalui satu daripada 4 pilihan: Pilihan 1: Kita biarkan sahaja orang itu mengkritik. Tiada apa-apa tindakan atau respon yang akan kita ambil. Masalah itu tidak akan ditangani dan kita buat ‘pekak’ sahaja. (Pilihan ini sebenarnya akan memburukkan lagi masalah kerana kita sengaja tidak mahu mendengar atau mengambil tindakan susulan.) Pilihan 2: Kita nafikan segala kritikan atau masalah yang telah dikemukakan atau disuarakan oleh si pengkritik. (Pilihan ini menafikan hak seseorang itu untuk bersuara, seolah-olah keluhan atau hak untuk bersuara tidak diberi penghargaan.) Pilihan 3: Kita beri alasan kenapa kita tidak respon atau bertindak seperti yang diharapkan. Pilihan 4: Kita ‘lawan balik’ kritikan yang dilemparkan terhadap diri kita. Ini seperti api lawan api. (Pilihan ini mudah kita lakukan tetapi ia pasti akan memburukkan keadaan dan merosakkan perhubungan. Dalam situasi begini, selalunya ego yang tidak terkawal memainkan peranan dan menguasai diri kit. Mungkin pada saat itu kita berasa puas hati tetapi akhirnya hati kecil kita akan menyesal dengan tindakan atau respon yang kita beri. Jarang sekali dalam situasi begini sesuatu masalah itu akan dapat dirumuskan atau dapat diselesaikan secara baik. Akhirnya, orang lain sukar akan menghormati kita kerana kita mudah melenting atau melatah.)