Petua Untuk Cepat Kurus
1. Senaman - Paling berkesan melakukan senaman selama 20 minit, sebanyak 3 kali seminggu. Bagi yang sedang berdiet, sebaiknya lakukan secara seimbang dan mengikut kemampuan diri. Mulakan dengan perlahan-lahan ini tidak akan membebankan badan…
2 Makan Makanan Sihat - Seimbangkan diet anda, lebihkan buah, sayur dan ikan. Kurangkan daging merah dan makanan ringan pastinya diet kurus anda akan menjadi sempurna. Yang menyatakan supaya menyimpan buah epel hijau di dalam peti sejuk dan gantikannya menjadi snek apabila anda berkeinginan untuk mengunyah. Gantikan juga air berkabonat dengan jus seperti epal hijau, carot, oren, limau dan sebagainya mengikut kegemaran anda. Yogurt juga baik untuk mereka yang sedang berdiet.
3 Kurangkan Makan - Kawal diet anda, makan hanya pada waktu yang betul dan kuantiti yang berpatutan. Salah satu petua adalah dengan mengurangkan separuh dari kadar pemakanan anda sebelum ini. Contohnya sebelum ini anda makan 2 senduk nasik, ketika dalam proses diet cuba kurangkan kepada 1 senduk sahaja. Untuk mengurangkan makan juga boleh dilakukan dengan menambahkan serat yang banyak di dalam diet anda, makanlah sehingga 5 kali hidangan berupa buah-buah dan sayuran. Buah-buahan ini boleh juga di ambil di antara waktu makan. Cara begitu perut anda tidak kosong dan lapar lagi.
4. Kawal emosi - Satu lagi perkara yang tidak harus dilupakan dalam program kurus anda ialah bijaklah mengawal emosi dan pemikiran anda. Dengan cara ini anda akan bersedia menerima sebarang kebarangkalian dalam hidup. Tingkatkanlah keyakinan diri dan hargai diri sendiri pastinya melakukan yang terbaik kepada diri sendiri. Sebenarnya tabiat pemakanan juga ada kaitannya dengan emosi diri jadi untuk merealisasikan diet kurus anda, pastikan pengawalan emosi yang terbaik. Diet kurus anda juga akan lebih akan lebih berkesan dengan mengamalkan gaya hidup sihat.