Petua Untuk Memantapkan Motivasi Diri Anda
a. Kadang-kadang kita sering sekali kurang bermotivasi dan oleh itu sukar untuk mengambil tindakan untuk mencapai cita- cita kita. Kurang keyakinan diri boleh menyebabkan seseorang kurang bermotivasi. Apabila seseorang tidak yakin dan percaya dia tidak akan berjaya membuat sesuatu, kemungkinan besar dia akan berfikir kenapa dia hendak berbuat sesuatu itu apabila dia akan kelak gagal juga. Dia akan terus berfikiran negatif lagi apabila dia mengimbas kembali saat-saat dahulu yang dia tidak berjaya. Lama- kelamaan dia akan lebih percaya yang dia seorang yang gagal dan tidak mungkin berjaya.
b. Untuk menyelesaikan masalah ini, kita harus mengamalkan sikap bersyukur atas saat-saat kita berjaya melakukan sesuatu perkara dengan baik dan yang memberi manfaat kepada orang ramai. Kita harus yakin berdasarkan pengalaman itu, kita boleh berjaya dalam apa jua bidang apabila kita berusaha ke arah itu.
c. Kurang fokus merupakan faktor seseorang kurang bermotivasi. Apabila seseorang tidak ada matlamat hidup, dia akan mendapati bahawa dia sering berfikir tentang apa yang dia tidak hendaki dan kemungkinan sentiasa berada dalam keadaan ketakutan. Apabila ini berlarutan, ia boleh menyebabkan seseorang tidak berdaya untuk menghadapi cabaran hidup.
d. Untuk mengelakkan masalah ini, kita harus fokus kepada matlamat hidup kita setiap saat. Berkaitan dengan masalah kurang fokus ialah kekurangan hala tujuan. Apabila kita tiada fokus, maka kita tiada hala tuju. Oleh itu, adalah mustahak kita ada hala tuju dalam kehiduapan kita.