Tuesday, February 18, 2014

Petua Untuk Tampil Cantik dan Bertenaga


Petua Untuk Tampil Cantik dan Bertenaga 1. Duduk Secara Betul - Duduk dengan cara yang betul memberikan bentuk badan yang menarik dan menggambarkan bahawa anda berkeyakinan dan sentiasa bertenaga. Jika anda duduk terlalu lama pada posisi yang tidak betul pula akan menyebabkan sakit tulang belakang serta boleh membawa masalah pada paru-paru, jantung dan buah pinggang. 2. Jaga Kesihatan Gigi - Masalah gigi dan bau mulut seringkali menyebabkan seseorang rasa tidak selesa. Ia mencerminkan anda tidak ambil peduli mengenai penjagaan gigi. Beruslah gigi anda sekurang-kurangnya 2 kali sehari dan gunakan flos untuk membuang sisa makanan yang terlekat pada gigi. Jumpa doktor gigi sekurang-kurangnya 2 kali setahun. 3. Selalulah Ketawa – Jika anda selalu senyum dan ketawa, ia boleh meleraikan dan melegakan kekusutan serta membuatkan anda awet muda dan nampak berseri. Ketawa adalah penawar duka selain bertindak sebagai suatu bentuk senaman dalaman yang merangsang sistem saraf dan membantu pernafasan. 4. Jangan Malas Berjalan - Amalan bersenam, seperti berjalan, membantu meningkatkan kesihatan jantung, paru-paru dan peredaran darah. Ia menguatkan otot, tenaga dan melambatkan proses penuaan. Berjalanlah 30 minit sehari untuk 3 kali seminggu kerana ia membantu anda berasa cergas dan sihat serta mencantikkan kulit wajah.