Monday, October 13, 2008

SUNNAH ORANG BERJUANG..


Wallpaper Message Here



SUNNAH ORANG BERJUANG..

Dimana bumiku berpijak, disitulah Islam dijunjung...

Hayatilah bait-bait lagu ni...

*Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid memburu syahid

Dibuang dia berkelana
Dipenjara dia uzlah dibunuh syahid
Namun jiwa tetap mara menuju cita
membara demi Allah dan Rasul-Nya

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Senang susah silih berganti
Inilah sunah orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Diiring serta air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat meluah tenaga

Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerana kebenaran
Antara dua pasti terjadi
Tunggulah syahid atau menang..

P/s:-Lagu ini khas ditujukan kepada teman yeng baru dikenali (humaira).
Semoga dengan lagu ini menguatkan lagi ribatan ukhuwwah yang bersemadi dan memancarkan sinar Islam yang unggul.