Sunday, December 30, 2007

Muslim's House Tips

Kemesraan adalah antara cara mengekalkan keharmonian rumahtangga & Rasulullah telah mencontohkan kemesraan tersebut dengan isteri-isteri baginda..... .....

1.Tidur dalam satu selimut bersama isteri..
Dari Atha` bin Yasar:
"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. dan Aisyah r.a biasa mandi bersama dlm satu bejana. Ketika baginda sedang berada dlm satu selimut dgn Aisyah, tiba-tiba Aisyah bangkit. Baginda kemudian bertanya, `Mengapa engkau bangkit?` Jawab Aisyah, Kerana saya haid, wahai Rasulullah.' Sabda Rasulullah, 'Kalau begitu, pergilah, lalu berkainlah & dekatlah kembali padaku.' Aku pun masuk, lalu berselimut bersama beliau."
( Hadis Riwayat sa`id bin Manshur ).

2.Memberi wangi-wangian pada aurat
Aisyah berkata, "sesungguhnya Nabi s.a.w. apabila meminyaki badannya, baginda akan memulai drpd auratnya menggunakan nurah ( sejenis serbuk pewangi ) & isterinya baginda meminyaki bagian lain tubuh Rasulullah s..a.w.
( Hadis Riwayat Ibnu Majah ).

3.Mandi bersama isteri
Dari Aisyah r.a. beliau berkata, "Aku biasa mandi bersama Nabi s.a.w. menggunakan satu bejana. Kami biasa bersama-sama memasukkan tangan kami ( ke dlm bejana tesebut )."
( Hadis riwayat Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah ).

4. Disikatkan oleh isteri
Dari Aisyah r.a, beliau berkata, " Saya biasa menyikat rambut Rasulullah s.a.w, ketika itu saya sedang haid".
( Hadis Riwayat Ahmad ).
Meminta isteri meminyaki badan
Dari Aisyah r.a, beliau berkata, "Saya meminyaki badan Rasulullah s.a.w pd hari Raya 'Aidil Adha' setelah beliau melakukan jumrah aqabah."
( Hadis Riwayat Ibnu 'Asakir ).

5.Minum bergantian pada tempat yang sama
Drpd Aisyah r.a, dia berkata:"Saya biasa minum dari cawan yg sama walaupun ketika haid. Nabi mengambil cawan tersebut & meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut, lalu Baginda minum, kemudian saya mengambil cawan tersebutdan lalu menghirup isinya, kemudian Baginda mengambilnya dari saya, lalu Baginda meletakkan mulutnya pd tempat saya letakkan mulut saya, lalu Baginda pun menghirupnya. "
( Hadis Riwayat Abdurrazaq dan Said bin Manshur ).

6.Membelai isteri
"Adalah Rasulullah s.a.w tidaklah setiap hari melainkan beliau mesti mengelilingi kami semua ( isterinya ) seorang demi seorang. Baginda menghampiri & membelai kami tetapi tidak bersama sehingga Baginda singgah ke tempat isteri yg menjadi giliran Baginda, lalu Baginda bermalam di tempatnya."
( Hadis Riwayat Ahmad ).

7.Mencium isteri
Dari Aisyah r.a, bahawa Nabi s.a.w biasa mencium isterinya setelah mengambil wuduk, kemudian Baginda bersembahyang & tidak mengulangi wuduknya."
( Hadis Riwayat Abdurrazaq ).
Dari Hafshah, puteri Umar r.a, "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w biasa mencium isterinya sekalipun sedang berpuasa."
( Hadis Riwayat Ahmad ).

8.Berbaring di pangkuan isteri
Dari Aisyah r.a, beliau berkata: "Nabi s.a.w biasa meletakkan kepalanya di pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian beliau membaca Al-Quran."
( Hadis Riwayat Abdurrazaq ).

9.Memanggil dengan panggilan mesra
Rasulullah s.a.w biasa memanggil Aisyah dgn beberapa nama panggilan yg di sukainya spt Aisy & Umairah (pipi merah delima).

10.Menyejukkan kemarahan isteri dengan mesra
Nabi s.a.w biasa memicit hidung Aisyah jika dia marah & Baginda berkata, "Wahai Uwaisy, bacalah doa: 'Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku & lindungilah diriku dari fitnah yg menyesatkan. "
( Hadis Riwayat Ibnu Sunni ).

11.Membersihkan titisan darah haid isteri
Dari Aisyah r.a, dia berkata."Aku pernah tidur bersama Rasulullah s.a.w di atas satu tikar ketika aku sedang haid.Apabila darah ku menitis di atas tikar itu, Baginda mencucinya pd bhgn yg terkena titisan darah & baginda tidak berpindah dari tempat itu, kemudian beliau sembahyang di tempat itu pula, lalu Baginda berbaring kembali di sisiku.Apabila darah ku menitis lagi di atas tikar itu, Baginda mencuci pd bhgn yg terkena titisam darah itu saja & tidak berpindah dari tempat itu, kemudian baginda pun sembahyang di atas tikar itu.."
( Hadis Riwayat Nasai ).

12.Memberikan hadiah
Dari Ummu Kaltsum binti Abu Salamsh, ia berkata, "Ketika Nabi s.a.w menikah dgn Ummu Salamah, Baginda bersabda kepadanya,'Sesunggu hnya aku pernah hendak memberi hadiah kpd Raja Najasyi sebuah pakaian berenda & beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui ternyata Raja Najasyi telah meninggal dunia & aku mengagak hadiah itu akan di kembalikan.Jika hadiah itu memang di kembalikan kepadaku, aku akan memberikanyya kepadamu." Dia ( Ummu Kaltsum ) berkata,"Ternyata keadaan Raja Najasyi seperti yg di sabdakan Rasulullah s.a.w & hadiah tersebut di kembalikan kpd Baginda, lalu Baginda memberikanyya kpd masing-masing isterinya satu botol minyak kasturi, sedang sisa minyak kasturi & pakaian tersebut Baginda berikan kpd Ummu Salamah." ( Hadis Riwayat Ahmad )

13.Segera menemui isteri apabila tergoda
Dari Jabir, sesungguhnya Nabi s.a.w pernah melihat wanita, lalu Baginda masuk ke tempat kediaman Zainab, utk melepaskan keinginan Baginda kepadanya, lalu keluar & bersabda, "Wanita kalau menghadap, ia menghadap dalam rupa syaitan..... ..apabila seseorang di antara kamu melihat wanita yg menarik, hendaklah ia mendatangi isterinya krn pd diri isterinya ada hal yg sama dgn yg ada pd wanita itu."
( Hadis Riwayat Tirmizi ).

Begitu indahnya kemesraan Rasulullah s.a.w kpd para isteri Baginda, memberikan gambaran betapa Islam sgt mementingkan sikap kerana sikap & perbuatan baik cara yg paling efektif menyatakan rasa cinta, kasih & sayang antara suami & isteri. Inilah teladan yg perlu di contohi.....

Wallhua"lam..

Thursday, November 29, 2007

Survival Azhari dan PMRAM

MEMORANDUM
PERSEKUTUAN MELAYU REPUBLIK ARAB MESIR (PMRAM)
KEPADA
YANG AMAT BERHORMAT
DATO' SERI ABDULLAH HAJI AHMAD BADAWI,
PERDANA MENTERI MALAYSIA.
Pengenalan
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir atau nama singkatannya (PMRAM) merupakan sebuah pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) Mesir yang telah berdaftar di bawah Kementerian Hal Ehwal Kemasyarakatan Mesir. PMRAM yang telah wujud sejak 1930 lalu telah banyak membantu anak-anak Melayu yang berada di bumi Mesir ini buat sekian lama. Sehingga kini, PMRAM dapat bergerak bebas di Mesir berdasarkan undang-undang pihak berkuasa tempatan dalam usaha untuk meneruskan kesinambungan perjuangannya untuk memastikan masyarakat Melayu di Mesir mendapat kemudahan dan kebajikan semasa mereka berada di sini.
Sesungguhnya PMRAM telah dapat membuktikan jasanya kepada seluruh anak-anak Melayu yang mana bukan sekadar hanya persatuan yang menyatukan anak-anak Melayu Nusantara di Perlembahan Nil ini, bahkan sebagai persatuan yang menjadikan kebajikan sebagai agenda utama kepada ahli-ahlinya. Ini terbukti dengan penubuhan tabung-tabung derma dan kecemasan, bantuan kewangan bagi yang memerlukan dan lain-lain sejak dahulu sehinggalah sekarang.
Matlamat PMRAM sebagaimana yang termaktub di dalam Undang-Undang Tubuh PMRAM adalah seperti berikut:
Menyatukan suara anak-anak Melayu yang tinggal di Republik Arab Mesir.
Mengambil berat tentang urusan anak-anak Melayu yang tinggal di Republik Arab Mesir, dan menolong mengatasi kesulitan-kesulitan mereka khususnya yang berkaitan dengan pelajaran. 
Memajukan lapangan pelajaran, sukan dan sosial, dan bekerja untuk bertukar-tukar kepentingan dengan pertubuhan-pertubuhan lain yang ada di Republik Arab Mesir yang dihubungi oleh ketiga-tiga lapangan tersebut. 
Menguruskan bantuan atau pertolongan kepada pelajar-pelajar yang berhak menerimanya di kalangan anggota.
PMRAM tidak boleh mencampuri masalah-masalah politik ataupun kepercayaan agama. 
Di dalam memorandum ini, kami sertakan beberapa masalah-masalah berkaitan dunia kemahasiswaan Mesir dan cadangan serta permintaan daripada PMRAM buat Kerajaan Malaysia di bawah era Yang Amat Berhormat Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk meningkatkan kredebiliti mahasiswa, meringankan bebanan serta masalah yang dihadapi oleh semua pihak dan pelontaran idea kemahasiswaan dalam meningkatkan pembangunan insani untuk rakyat Malaysia. Semoga memorandum ini dapat memberikan manfaat buat mahasiswa Malaysia di Mesir dan masyarakat di Malaysia.

1. Isu Pengajian Mahasiswa Malaysia di Universiti Al-Azhar
Antara masalah-masalah yang dihadapi oleh para mahasiswa dalam proses kemasukan ke Universiti Al-Azhar adalah:
Kenaikan Nama Di Peringkat Universiti Al-Azhar Yang Lambat.

a. Kebanyakan nama mahasiswa Malaysia lambat untuk diterima sebagai mahasiswa Al-Azhar yang sah (lambat muqayyad) berbanding mahasiswa luar negara yang lain.

b. Kesan daripada masalah di atas adalah urusan dan proses pembelajaran terbantut sedangkan peperiksaan semester pertama kebiasaannya adalah bermula awal. Ini menyebabkan mahasiswa tergesa-gesa dalam membuat urusan kuliah.

Cadangan penyelesaian:

Oleh kerana sistem pendaftaran pengajian ke Al-Azhar serta sijil untuk kemasukan ke Universiti Al-Azhar telah diseragamkan di Malaysia, masalah utama harus dikesan dan perlu untuk diatasi dengan lebih segera sama ada di peringkat Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah ataupun Universiti Al-Azhar sendiri.

Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan Untuk Kemasukan Bagi Mahasiswa Yang Datang Dari Kolej Yang Mempunyai Sistem Pengajian Berkembar Dengan Al-Azhar (Pelajar Mu`Adalah)

c. Peperiksaaan ini hanya dikenakan kepada mahasiswa Malaysia sahaja selepas mereka tiba di Mesir dan tidak dikenakan kepada mahasiswa daripada institusi luar negara yang lain yang turut membuat sistem berkembar dengan Al-Azhar.

d. Mahasiswa yang gagal di dalam ujian penilaian ini tidak layak untuk menduduki tahun yang diminta sedangkan mereka telah menduduki peperiksaan di Malaysia dan mendapat kelulusan dan kelayakan yang sepatutnya.

e. Peperiksaan ini menyebabkan urusan pendaftaran ke Universiti Al-Azhar menjadi lebih lewat daripada yang sepatutnya dan proses pembelajaran menjadi terbantut.

Cadangan Penyelesaian:

Meminta pihak pentadbiran Universiti Al-Azhar untuk menghapuskan sistem penilaian ini.

atau menjalankan peperiksaan penilaian tahap kecekapan ini sejak di Malaysia lagi bagi mengelakkan kerugian dari sudut kos dan masa.

Masalah Urusan Visa Yang Rumit

f. Mahasiswa Malaysia terpaksa berhadapan dengan masalah untuk mendapatkan visa yang rumit terutamanya mahasiswa yang berada di cawangan Al-Azhar luar Kaherah.

g. Mahasiswa terpaksa berjumpa dengan Pegawai Polis Mesir (setiap seorang) untuk setiap urusan mendapatkan visa. Peraturan ini hanya dikenakan kepada mahasiswa dari Malaysia sahaja sedangkan mahasiswa luar negara yang lain termasuk dari negara Asia Tenggara tidak dikenakan peraturan tersebut.

Cadangan Penyelesaian:

Pihak Kerajaan Malaysia mengadakan perjumpaan khusus dengan Kementerian Luar Mesir yang bermatlamat untuk memudahkan urusan mendapatkan visa kerana rakyat Malaysia di Mesir adalah golongan masyarakat yang aman serta tidak mengganggu-gugat kedaulatan dan keselamatan kerajaan Mesir.

Mahasiswa Tidak Mendapat Tempat Dan Kuliah Yang Dipohon.

h. Banyak kes mahasiswa tidak mendapat fakulti dan cawangan Universiti Al-Azhar yang dipohon bahkan ada kalanya, tempat yang diperolehi tidak termasuk langsung dalam pilihan yang dipohon oleh mahasiswa sedangkan pihak Al-Azhar tidak menetapkan kuota yang khusus untuk sesuatu fakulti dan cawangan Al-Azhar.

i. Masalah di atas telah menyebabkan segelintir mahasiswa kecewa dan tidak dapat meneruskan pengajian dengan baik disebabkan mereka tidak mendapat pilihan yang diinginkan.


Cadangan Penyelesaian:

Mengadakan perbincangan dengan pihak pentadbir Universiti Al-Azhar untuk memberikan peluang kepada mahasiswa bagi mendapatkan cawangan Universiti Al-Azhar dan fakulti berdasarkan pilihan yang dibuat.

Masalah untuk memahami dan menyesuaikan diri dengan kuliah.

Antara masalah yang dihadapi oleh para mahasiswa Malaysia di Mesir ialah tenaga pengajar di kuliah menggunakan bahasa Arab tempatan dan tidak menggunakan bahasa Arab standard seperti yang dipelajari di Malaysia. Ini membawa masalah dari sudut memahami kuliah yang disampaikan di dewan kuliah.

Cadangan penyelesaian:

Perjumpaan khusus dengan pentadbir Al-Azhar untuk memberikan pengkhususan kelas kepada mahasiswa bukan Arab terutamanya Malaysia, sepertimana yang dibuat antara pihak MARA dengan Universiti Kaherah untuk mahasiswa di bawah tajaan MARA.



2. Isu Kelemahan Penguasaan Bahasa Arab
Universiti Al-Azhar adalah satu institusi keilmuan Islam yang telah banyak memberikan sumbangan kepada dunia ilmu Islam dan peradaban sejarah manusia. Para mahasiswa Malaysia yang menuntut di universiti terulung ini adalah aset penting kepada negara Malaysia khususnya dalam memberikan sumbangan ilmu dan pendidikan kepada masyarakat.
Antara masalah utama yang dihadapi oleh para mahasiswa Al-Azhar khususnya mahasiswa baru adalah masalah penguasaan bahasa Arab yang memberikan impak besar kepada para mahasiswa dalam bidang akademik.
PMRAM pernah mengadakan satu pertemuan rasmi bersama Tuan Yang Terutama Dato' Zainal Abidin Abdul Kadir, Duta Besar Malaysia Ke Kaherah untuk mengemukakan Draf Cadangan Peningkatan Penguasaan Bahasa Arab dan Kebajikan Mahasiswa Al-Azhar Malaysia di Mesir sebagai beberapa cadangan dari pihak PMRAM kepada Kedutaan Besar Malaysia Kaherah bagi meningkatkan kebajikan mahasiswa Malaysia di Mesir khususnya dalam isu kelemahan bahasa Arab.

Antara Punca Kelemahan Bahasa Arab Di Kalangan Mahasiswa Malaysia Di Mesir
Sistem pengajaran bahasa Arab di Malaysia yang masih belum kukuh dan kuat berbeza dengan pengajaran bahasa Inggeris yang jauh lebih mantap dan kukuh daripada bahasa Arab.

Sebahagian para guru yang merupakan tenaga pengajar bahasa Arab di Malaysia yang masih tidak mampu untuk bertutur bahasa Arab dengan baik di samping gaya penyampaian yang kurang berkesan telah mengakibatkan para pelajar yang datang ke Timur Tengah tidak mampu untuk menguasai bahasa Arab dengan baik yang semestinya akan menatijahkan impak negatif dalam akademik mereka.

Cadangan Penyelesaian:
Berikut adalah cadangan PMRAM bagi mengatasi masalah kelemahan bahasa Arab di kalangan mahasiswa:
Meningkatkan standart piawaian Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi kepada sistem yang telah sedia ada dalam memperkasakan lagi tahap penguasaan bahasa Arab di kalangan para pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan IPT di Malaysia.

Menjalankan penapisan yang lebih sistematik kepada pelajar yang ingin melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda (B.A.) di Universiti Al-Azhar.

Para guru bahasa Arab hendaklah di kalangan para guru yang mampu untuk bertutur secara fasih dalam bahasa Arab Standart bagi memastikan para pelajar juga mampu untuk bertutur dengan bahasa Arab Stardart dengan baik semenjak mereka berada di Malaysia lagi.

Memperbanyakkan kemasukan guru-guru bahasa Arab daripada warga Arab sendiri di sekolah-sekolah agama di Malaysia.


3. Mempelbagaikan Sumber Bantuan Kewangan Kepada Mahasiswa Al-Azhar
Berikut adalah beberapa permasalahan yang dihadapi oleh sebahagian mahasiswa berhubung dengan masalah kewangan:
Majoriti mahasiswa yang menyambung pelajaran ke Al-Azhar adalah terdiri daripada golongan keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana. Justeru mereka tidak mempunyai kewangan yang mencukupi untuk membiayai kos sepanjang tempoh pengajian di Mesir.

Tidak semua mahasiswa Al-Azhar mendapat bantuan zakat daripada negeri-negeri. Hal ini kerana jumlah penerima-penerima zakat di kebanyakan negeri adalah terhad.

Kebanyakan mahasiswa yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana (MA) dan Ijazah Kedoktoran (PhD) di Mesir tidak mendapat mana-mana tajaan. Di samping itu kos pengajian peringkat Ijazah Sarjana (MA) dan Ijazah Kedoktoran (PhD) di Mesir adalah lebih tinggi berbanding dengan kos pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda (BA).

Masalah kenaikan kos sara hidup di Mesir yang semakin meningkat terutama kos sewaan rumah berikutan tidak semua mahasiswa menetap di rumah-rumah negeri.

Cadangan Penyelesaian:
Memberikan peruntukan biasiswa kepada pelajar cemerlang lulusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang ingin melanjutkan pelajaran ke Al-Azhar. Hal ini akan menggalakkan daya persaingan yang sihat dalam mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan STAM.

Membuka peluang kepada mahasiswa Al-Azhar yang cemerlang dalam pelajaran untuk turut menerima bantuan biasiswa sama ada daripada pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mahu pun Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebagaimana yang diberikan kepada mahasiswa yang menuntut di IPTA.

Menawarkan skim pinjaman kewangan pendidikan kepada mahasiwa Al-Azhar yang memerlukan melalui pinjaman PTPTN.

Memperuntukan bantuan kewangan kepada mahasiswa yang ingin menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana (MA) dan Ijazah Kedoktoran (PhD) di Mesir sebagaimana terdapat peruntukan daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi bantuan kewangan untuk pelajar program bertaraf matrikulasi.

Menubuhkan satu jawatankuasa yang berfungsi untuk menyeragamkan kadar agihan wang zakat seterusnya menyalurkan kepada seluruh mahasiswa Malaysia yang menuntut di Universiti Al-Azhar kerana pengagihan sebelum ini adalah tidak seragam.

Semoga dengan bantuan yang diberikan ini dapat mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh mahasiswa seterusnya dapat memberikan keselesaan kepada mahasiswa untuk menumpukan sepenuh perhatian dalam akademik untuk terus cemerlang, gemilang dan terbilang.


4. Memohon Kebenaran Untuk Kembali Beroperasi Di Pejabat Asal PMRAM
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) meletakkan satu keyakinan penuh terhadap Yang Amat Berhormat Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang begitu dikenali sebagai seorang pemimpin yang prihatin terhadap kebajikan mahasiswa agar dapat menimbangkan permohonan PMRAM untuk kembali beroperasi di pejabat asal PMRAM di anjung Asrama Rumah Melayu Abasiah ataupun yang lebih dikenali pada hari ini dengan nama Dewan Malaysia Abasiah Kaherah (DMAK). Permohonan ini dibuat setelah mana PMRAM tidak beroperasi di pejabat asal PMRAM semenjak tahun 1993 hingga kini.



Sejarah Asrama Rumah Melayu Abasiah (ARMA)
PMRAM pada tahun 1956 telah mengharumkan nama seluruh anak-anak Melayu di Tanah Melayu apabila seramai 65 orang para mahasiswa Al-Azhar ketika itu telah bersedia untuk berkorban nyawa demi mempertahankan negara Mesir daripada serangan tiga penjuru; Perancis, British dan Israel apabila mereka telah menyertai secara sukarela anggota Pertahanan Awam bagi Mesir yang bersedia untuk terjun ke medan perang sekiranya bilangan askar kerajaan Mesir tidak mencukupi. Sebahagian mahasiswa yang tidak berkeupayaan untuk berperang telah menderma darah manakala para mahasiswi pula tidak ketinggalan dalam perjuangan dengan menjahit pakaian tentera yang digunakan dalam peperangan.

Atas keberanian ini, Presiden Mesir ketika itu, Presiden Jamal Abdul Nasir telah menganugerahkan sebidang tanah kepada PMRAM ataupun yang dikenali ketika itu sebagai Persekutuan Melayu Mesir (PMM). Hasil hadiah tanah yang seluas 2,212 meter persegi di Abbasiah dengan sah menjadi milik PMM melalui majlis penyerahan geran pada tahun 1959 yang dihadiri oleh Yang Di Pertua Persekutuan Melayu Mesir ketika itu, Tan Sri Haji Wan Mokhtar Ahmad (mantan Menteri Besar Terengganu).

PMRAM mengiktiraf bahawa tanah tersebut pada hari ini adalah milik Kerajaan Malaysia hasil daripada penukaran hak milik tanah daripada nama PMRAM ke nama Kerajaan Malaysia pada tahun 1960 sebagai satu proses untuk Kerajaan Malaysia meluluskan kewangan untuk membina asrama di atas tapak tanah tersebut.

Hak PMRAM berdasarkan dokumen "Peraturan-peraturan Asrama Rumah Melayu"

Kedutaan Besar Malaysia Kaherah telah menandatangani Peraturan-Peraturan Asrama Rumah Melayu bagi tahun 1971 dan 1986 yang turut ditandatangani bersama oleh Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah dan Yang Di Pertua PMRAM.

Berikut adalah beberapa klausa yang termaktub di dalam Peraturan-Peraturan Asrama Rumah Melayu bagi tahun 1971 dan 1986 yang menunjukkan hak PMRAM memiliki pejabat di ARMA.

“Tapak bangunan ini adalah diperolehi dari hadiah pihak berkuasa Kerajaan Mesir atas daya usaha dan jasa ahli-ahli Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir.” (Peraturan tahun 1986, Fasal 1 Pendahuluan Ceraian 1.3)

“Anjung tingkat bawah asrama ini adalah dikhaskan sebagai pejabat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir.” (Fasal 1 Pendahuluan Ceraian 1.6)

“Dasar Pentadbiran Asrama ini diputuskan oleh sebuah jawatankuasa, terdiri daripada:- Pengarah JPM (Pengerusi), Penyelia Asrama (Setiausaha), Pegawai Kebajikan (I) JPM, Pegawai Kebajikan (II) JPM, Juruwati Asrama dan Tiga Orang Wakil PMRAM.” (Bab 2, ceraian 2.3)

Sebab Mengapa PMRAM Memohon Pejabat Di ARMA

Dokumen Peraturan-peraturan Asrama Rumah Melayu bagi tahun 1971 dan 1986 pada hakikatnya tetap legal dan tidak pernah dimansuhkan sama sekali sehingga hari ini. Tidak ada sebarang hitam-putih yang membatalkan secara sah dokumen persepakatan yang dimetrai pada tahun 1971 dan 1986 tersebut.

Kenyataan yang dibuat oleh Duta Besar Malaysia Ke Kaherah pada tahun 2000 dalam satu mesyuarat bertarikh 13 November 2000 antara Tuan Yang Terutama Dato' Duta dengan Badan Pengurus PMRAM dengan jelas mengakui ketidaksahan peraturan baru ARMA 1999 kerana dibuat tanpa pengetahuan PMRAM, seterusnya mengiktiraf peraturan terdahulu iaitu Peraturan ARMA 1971 dan 1986 sebagai peraturan yang masih diterima pakai.

Kandungan Peraturan-peraturan Asrama Rumah Melayu ini adalah satu persepahaman yang sah dan perlu untuk dijalankan kembali bagi menghormati persepakatan yang telahpun ditandatangi pada masa lalu.

Usaha PMRAM Dalam Memohon Pejabat Di ARMA

PMRAM pernah mengajukan permohonan untuk kembali beroperasi di Asrama Rumah Melayu Abasiah ini kepada mantan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Datuk Dr. Shafie Mohd. Salleh ketika beliau melawat Mesir pada Oktober 2004. Walau bagaimanapun sehingga ke hari ini, tiada sebarang jawapan balas terhadap permohonan PMRAM untuk beroperasi di Asrama Rumah Melayu Abbasiah.

PMRAM memohon jasa baik Yang Amat Berhormat Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia bersempena kedatangan Yang Amat Berhormat Dato' Seri ke Republik Arab Mesir agar sudi mempertimbangkan dan meluluskan permohonan PMRAM untuk beroperasi semula di pejabat PMRAM yang asal di anjung Rumah Melayu Abasiah. PMRAM meyakini bahawa Yang Amat Berhormat Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi akan mempertimbangkan permohonan ini dengan sebaik-baiknya.



5. Menambah Produk Bacaan Ilmiah
Melalui matlamat kerajaan yang bercita-cita untuk melahirkan modal insan yang cemerlang di dalam bidang penguasaan ilmu pengetahuan, masalah utama yang dihadapi oleh negara adalah kurangnya bahan bacaan ilmiah di dalam pasaran. Ini terbukti daripada hasil kajian yang dilakukan terhadap mahasiswa dan pensyarah di IPTA menunjukkan bahawa seorang mahasiswa hanya membaca 2 buah buku setahun manakala 6 buah buku setahun di kalangan para pensyarah di universiti.
Beberapa punca utama di kenal pasti menjadi masalah kepada perkara ini, antaranya:-
Kos penerbitan buku di Malaysia adalah tinggi berbanding kos penerbitan buku di negara Timur Tengah.

Budaya dan amalan membaca amat kurang di kalangan rakyat.

Peruntukan yang terhad untuk menerbitkan buku di pasaran semasa.

Cadangan Penyelesaian:
Justeru, adalah menjadi harapan pihak Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) agar kerajaan mempertimbangkan hasrat kami melahirkan modal insan yang sentiasa mengamalkan budaya pembacaan semenjak dari peringkat sekolah. Oleh yang demikian, beberapa cadangan daripada peringkat kami adalah:-
Mencadangkan agar kerajaan menambahkan peruntukan khusus untuk penerbitan buku di Malaysia.

Mewujudkan Akademi Penerbitan Buku Malaysia yang berfungsi sebagai badan utama yang mengeluarkan bahan bacaan ilmiah secara percuma melalui peruntukan yang besar oleh kerajaan.

Memperuntukkan “waktu khas” untuk aktiviti membaca di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) di peringkat sekolah rendah dan menengah.

Memperbanyakkan nilai penghargaan kepada semua rakyat melalui Penganugerahan Tokoh Nilam yang mewakili setiap negeri bukan hanya berpusat di peringkat persekutuan.

Demi untuk mempertingkatkan tahap keilmuan para mahasiswa Malaysia di Mesir, PMRAM mencadangkan kepada pihak kerajaan Malaysia untuk membina sebuah Perpustakaan Mega Malaysia di Mesir untuk kegunaan mahasiswa yang mengandungi buku-buku ilmiah dari Malaysia, Mesir dan negara-negara lain. Sekiranya cadangan ini diterima, ini akan menaikkan imej Malaysia di mata dunia.


6. Meningkatkan Kebajikan Golongan Saudara Baru
Golongan saudara baru ataupun muallaf merupakan satu golongan yang amat diberi perhatian oleh Islam. Maka segala usaha dan kebajikan yang dapat membantu golongan ini untuk menjalani satu kehidupan baru perlu dipandang serius.
Ini kerana kita sering melihat ada di kalangan mereka yang disisih oleh keluarga mereka sendiri dan menghadapi masalah kewangan selain kekurangan bimbingan agama dan sosial sehingga ada yang bertindak kembali semula ke agama asal akibat tertekan dan bebanan yang dirasai.
Sikap sebahagian masyarakat Islam pula amat dikesali kerana tidak ramai yang mengambil berat tentang hal ini. Tambahan pula, agensi yang terlibat secara khusus seperti PERKIM amatlah sedikit walaupun urusan ini adalah melibat soal agama yang penting.

Cadangan Penyelesaian:
Oleh yang demikian, PMRAM mencadangkan beberapa perkara penting demi meningkatkan kebajikan golongan ini. Cadangan-cadangan tersebut ialah:
Memperkasakan fungsi PERKIM yang ditubuhkan oleh Tunku Abdul Rahman dengan meningkatkan fasiliti yang ada seperti dewan pengajian, bangunan pejabat, asrama untuk saudara baru dan sebagainya.

Menambah bilangan guru agama yang mempunyai pengkhususan dalam mendidik dan membimbing golongan saudara baru.

Menambah bilangan kaunselor yang berpengalaman dalam memahami dan menyelesaikan masalah mereka.

Meningkatkan kebajikan berbentuk kewangan seperti sumbangan bulanan, jumlah wang zakat yang mencukupi dan galakan untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka seperti membuka peluang pekerjaan bagi mereka yang menghadapi masalah kewangan.

Menghantar individu yang cemerlang dalam pendidikan agama untuk belajar di Timur Tengah seperti di Mesir untuk meningkatkan pengetahuan Islam di peringkat lebih tinggi.

Mewujudkan satu kementerian khusus untuk menjaga kebajikan saudara baru sebagaimana wujudnya Kementerian Pelancongan yang berperanan untuk meningkatkan tahap pelancongan di Malaysia.


7. Membasmi Masalah Sosial

Seperti yang telah kita maklumi, masalah gejala sosial di kalangan remaja di Malaysia kian membarah. Sebagai tanda kebersamaan PMRAM dengan pihak kerajaan Malaysia dalam menangani isu ini, berikut disertakan beberapa cadangan dengan harapan cadangan ini dapat dilaksanakan:

Mengehadkan kebebasan hiburan di dalam media percetakan dan eletronik. Pihak kerajaan Malaysia disarankan untuk mengadakan pemerkasaan jawatankuasa penapisan media percetakan dan eletronik di samping menguatkuasa etika hiburan di dalam dua saluran tersebut.

Kerajaan Malaysia perlu untuk meningkatkan kuota keterlibatan program yang berbentuk agama di dalam dua media yang telah disebutkan. Penerapan pendidikan agama di kalangan remaja khususnya melalui media sangat dinanti-nantikan oleh ibu bapa. Cadangan ini sangat penting bagi menyediakan modal insan yang telah digarapkan oleh kerajaan Malaysia di bawah era pimpinan Yang Amat Berhormat Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Sukatan mata pelajaran di sekolah-sekolah perlu diperbaharui pendekatannya agar lebih kontemporari dan mesra dengan cara mengaitkan pembelajaran agama dengan permasalahan sekitar. Perkara ini penting demi meningkatkan pemahaman pelajar terhadap teori yang telah dipelajari, seterusnya menjamin kemampuan mereka dalam mencerna ilmu melalui praktikal. Dengan usaha ini, mereka dapat memperbaiki kualiti hidup agar lebih baik seterusnya jauh dari gejala sosial yang merosakkan.

Memupuk kesedaran nilai-nilai murni di segenap lapisan masyarakat dengan memanfaatkan semua pendekatan yang ada. Dengan usaha ini, masyarakat awam akan mempunyai sensitiviti yang tinggi. Kekuatan yang diharapkan ini sekiranya berjaya untuk diwujudkan, ia akan dapat memelihara remaja-remaja daripada terjebak ke dalam masalah sosial.

Memperbanyakkan program-program kesedaran agama dengan cara mendekati golongan remaja yang terlibat dengan gejala sosial.

Mewujudkan penyelarasan kelas-kelas agama sesi petang bagi para pelajar sekolah rendah. Ini adalah bertujuan untuk memastikan pembinaan modal insan yang terbaik mampu untuk dicapai dan direalisasikan. Sehingga ke hari ini, belum ada penguatkuasaan secara menyeluruh yang mewajibkan seluruh pelajar sekolah rendah yang beragama Islam untuk mengikuti kelas-kelas agama sesi petang.



8. Meluaskan Jaringan Sektor Pekerjaan Di Kalangan Graduan Pengajian Islam
Kementerian Pembangunan Sumber Manusia memainkan peranan utama di dalam perkembangan sektor pekerjaan di kalangan mahasiswa. Kajian dan sumber terbaru yang diperoleh mendapati bahawa seramai 60,000 orang mahasiswa masih menganggur. Masalah ini lebih meruncing apabila graduan pengajian Islam sering terpinggir dan kurang mendapat keprihatinan yang serius.
Dalam perkembangan yang lain, kerajaan telah membuka perkembangan yang luas kepada graduan pengajian Islam melalui program j-Qaf. Justeru, peluang ini wajar diperkembangkan lagi agar semua graduan pengajian Islam mampu untuk meluaskan jaringan untuk berada di dalam sektor pekerjaan awam dan swasta pada hari ini.
Cadangan Penyelesaian:
Adalah menjadi harapan pihak PMRAM agar kerajaan mengambil perhatian serius di dalam masalah ini dengan beberapa cadangan-cadangan berikut di bawah :-
Menambahkan peluang pekerjaan (jawatan khas) kepada graduan pengajian Islam di semua sektor dan kementerian. Contoh : Pegawai Tadbir Agama (Sukan) di Kementerian Belia dan Sukan, Pegawai Tadbir Agama (Teknologi dan Pembangunan Insan) di Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.

Mewujudkan jurulatih-jurulatih tambahan di kalangan graduan pengajian Islam di semua Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) agar belia yang lahir adalah golongan yang memahami prinsip-prinsip Islam.

Memberi peluang mahasiswa graduan pengajian Islam dilatih khusus dan menjalani praktikal selama 3 atau 6 bulan sebelum berkhidmat di sektor awam dan swasta agar mereka mampu berkhidmat dengan cemerlang.



Penutup
Besarlah harapan kami selaku kepimpinan mahasiswa Malaysia yang berada di bumi Mesir ini agar mendapat perhatian yang serius daripada Y.A.B. Dato' Seri melalui cadangan yang diberikan untuk sama-sama menggembleng tenaga demi memastikan mahasiswa dan rakyat Malaysia amnya mencapai cita-cita dan merealisasikan Wawasan 2020 yang menjadi hasrat kerajaan Malaysia.


Hairul Nizam Mat Husain,
Presiden,
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2007.


s.k.
- Yang Berhormat Dato' Haji Mustapa bin Mohamad
Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.

- Tuan Yang Terutama Datuk Hj Zainal Abidin bin Abdul Kadir
Duta Besar Malaysia ke Kaherah.

- Prof. Madya Dr. Jamil bin Hasyim
Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah.

Thursday, November 22, 2007

Secantik bunga, seindah pantai & secantik wanita

Mulianya menjadi seorang wanita ......




Sering sekali kita mendengar di kalangan masyarakat kita kata-kata bahawa wanita itu
mempunyai sembilan nafsu dan satu akal. Kita tidak pasti dari mana kata-kata ini diambil.
Yang pastinya Al-Qur'an dan As-Sunnah tidak menetapkan begitu. Kata-kata ini seolah-olah menggambarkan bahawa wanita itu kurang 80 peratus akalnya berbanding lelaki padahal ini bukan hakikatnya. Wanita juga seolah-olah begitu kuat bernafsu berbanding lelaki dari kata-kata ini. Jika benar kata-kata ini tentulah wanita yang merogol lelaki dan bukan sebaliknya.Memang terdapat hadith Nabi saw yang sahih yang menyebut tentang kekurangan akal wanita berbanding lelaki. Nabi saw bersabda dalam hadith dari Abi Sa'eed Al-Khudriyy r.a yang menceritakan : Nabi saw keluar pada hari `Iid Al-Adha atau Al-Fitr** ke tempat solat.Kemudian baginda lalu di hadapan para wanita lalu berkata: Wahai kaum wanita, bersedekahlah kerana sesungguhnya aku melihat bahawa kebanyakan ahli neraka adalah dari kalangan kamu (wanita). Maka para wanita itu bertanya: "Mengapa wahai Rasul Allah," Nabi saw berkata: "Kamu suka melaknat dan kamu kufur (tidak berterima kasih) kepada suamimu. Aku tidak pernah melihat sesiapa yang lebih kurang akalnya dan agamanya berbanding kamu. Seorang lelaki yang waras boleh dipesongkan oleh kamu." Maka para wanita itu bertanya: "Apakah kekurangan akal kami dan agama kami wahai Rasul Allah ?"Nabi saw bersabda: "Bukankah kesaksian wanita itu menyamai separuh kesaksian lelaki ?"Maka para wanita itu menjawab: "Ya" Lalu Nabi saw menyambung lagi: "Maka itulah kekurangan akalnya. (Dan) bukankah bila wanita itu datang haidh dia tidak solat dan tidak berpuasa?""Para wanita menjawab: "Ya." Maka Nabi saw berkata: Maka itulah kekurangan agamanya."
[Sahih Al-Bukhari, Kitaab Al-Haidh]



Imam Ibn Hajar yang mensyarahkan hadith ini menyebut bahawa terdapat juga wanita yang
lebih pandai berbanding lelaki dan perkara ini kita semua sedia maklum akan kebenarannya.
Malah Allah swt merakamkan kisah pemerintah Saba' yang merupakan seorang wanita yang
bijaksana dalam Suurah An-Naml ayat 22 hingga 44. Para isteri Nabi saw juga adalah tokoh-tokoh yang bijaksana dan mahir dalam hukum-hakam agama. Mereka itu mengajar para
sahabat Nabi saw dari kalangan lelaki dan nasihat-nasihat mereka sering diambil oleh Nabi saw dalam pelbagai problematika kehidupan

secantik bunga seindah wanita

Mulianya menjadi seorang wanita ......



Sering sekali kita mendengar di kalangan masyarakat kita kata-kata bahawa wanita itu
mempunyai sembilan nafsu dan satu akal. Kita tidak pasti dari mana kata-kata ini diambil.
Yang pastinya Al-Qur'an dan As-Sunnah tidak menetapkan begitu. Kata-kata ini seolah-olah menggambarkan bahawa wanita itu kurang 80 peratus akalnya berbanding lelaki padahal ini bukan hakikatnya. Wanita juga seolah-olah begitu kuat bernafsu berbanding lelaki dari kata-kata ini. Jika benar kata-kata ini tentulah wanita yang merogol lelaki dan bukan sebaliknya.Memang terdapat hadith Nabi saw yang sahih yang menyebut tentang kekurangan akal wanita berbanding lelaki. Nabi saw bersabda dalam hadith dari Abi Sa'eed Al-Khudriyy r.a yang menceritakan : Nabi saw keluar pada hari `Iid Al-Adha atau Al-Fitr** ke tempat solat.Kemudian baginda lalu di hadapan para wanita lalu berkata: Wahai kaum wanita, bersedekahlah kerana sesungguhnya aku melihat bahawa kebanyakan ahli neraka adalah dari kalangan kamu (wanita). Maka para wanita itu bertanya: "Mengapa wahai Rasul Allah," Nabi saw berkata: "Kamu suka melaknat dan kamu kufur (tidak berterima kasih) kepada suamimu. Aku tidak pernah melihat sesiapa yang lebih kurang akalnya dan agamanya berbanding kamu. Seorang lelaki yang waras boleh dipesongkan oleh kamu." Maka para wanita itu bertanya: "Apakah kekurangan akal kami dan agama kami wahai Rasul Allah ?"Nabi saw bersabda: "Bukankah kesaksian wanita itu menyamai separuh kesaksian lelaki ?"Maka para wanita itu menjawab: "Ya" Lalu Nabi saw menyambung lagi: "Maka itulah kekurangan akalnya. (Dan) bukankah bila wanita itu datang haidh dia tidak solat dan tidak berpuasa?""Para wanita menjawab: "Ya." Maka Nabi saw berkata: Maka itulah kekurangan agamanya."
[Sahih Al-Bukhari, Kitaab Al-Haidh]



Imam Ibn Hajar yang mensyarahkan hadith ini menyebut bahawa terdapat juga wanita yang
lebih pandai berbanding lelaki dan perkara ini kita semua sedia maklum akan kebenarannya.
Malah Allah swt merakamkan kisah pemerintah Saba' yang merupakan seorang wanita yang
bijaksana dalam Suurah An-Naml ayat 22 hingga 44. Para isteri Nabi saw juga adalah tokoh-tokoh yang bijaksana dan mahir dalam hukum-hakam agama. Mereka itu mengajar para
sahabat Nabi saw dari kalangan lelaki dan nasihat-nasihat mereka sering diambil oleh Nabi saw dalam pelbagai problematika kehidupan..

Wednesday, November 07, 2007

Smart Cirle

TUJUH PANDUAN UNTUK NAQIB


Adaptasi (ringkasan dan penyesuaian) daripada tulisan Ummu Azmi, "Petua Menjadi Ketua Usrah Yang Berjaya" dalam majalah Ummi, Julai 1990, 34-35.


Panduan 1: Kenali Ahli Usrah. Naqib perlu mengenali ahli usrahnya dengan mendalam. Selidiki latar belakang mereka: diri, keluarga, pendidikan, pekerjaan, perkara yang disukai, perkara yang dibenci dan sebagainya. Ikuti perkembangan hidup mereka: kebajikan, kewangan dan seumpamanya. Maklumat-maklumat itu boleh digunakan untuk mentadbir usrah secara lebih berkesan. Berpandukan maklumat itu, naqib boleh bertindak dengan tepat--sesuai dengan peribadi tertentu.

Panduan 2: Rancang Program Pengisian. Naqib mesti merancang program usrahnya sebelum usrah itu bermula. Antaranya, agihkan masa yang sesuai untuk slot bacaan al-Quran dan pentafsirannya, bacaan hadis, perbincangan tajuk khusus, pembersihan hati, dan hal ehwal semasa. Tetapkan terlebih dahulu tajuk yang hendak dibahaskan dan bahan-bahan rujukannya. Senaraikan juga perkara-perkara untuk diumumkan kepada ahli usrah. Naqib juga perlu membaca bahan rujukan yang berkaitan dengan tajuk perbincangan.

Panduan 3: Segarkan Usrah dengan Suasana Perbincangan. Naqib berperanan untuk menyegarkan suasana usrah dengan perbincangan yang sihat dan terkawal. Pastikan perbincangan berfokus pada tajuk yang telah dirancang. Semasa berbincang, ahli digalakkan mengemukakan nas-nas yang sahih dan contoh-contoh dari sirah Rasulullah s.a.w. Usahakan agar perbincangan itu dikaitkan dengan realiti semasa dapat dihayati dalam kehidupan seharian.

Panduan 4: Bertindak sebagai Pemimpin Tempat Bernaung. Naqib perlu menjadi qudwah hasanah kepada ahli-ahlinya dalam segala segi baik perbuatan, percakapan, perbelanjaan, cara bergaul dan berpakaian. Jalinkan ukhuwah sesama mereka, dalam atau luar usrah. Naqib juga perlu bertindak selaku kaunselor. Berbincanglah dengan mereka secara persendirian atau berkumpulan. Tanda awal seseorang naqib itu berjaya ialah apabila para ahli menjadikan dirinya sebagai tempat merujuk.

Panduan 5: Berikan Kerja kepada Ahli. Naqib perlu memberikan tugasan yang sesuai dengan minat dan kemahiran ahlinya. Ahli itu akan berasa dihargai apabila diamanahkan dengan sesuatu tugas untuk kumpulannya. Ahli itu perlu diselia secara wajar dan minimum oleh naqib. Dengan cara ini, ahli usrah akan belajar berkomunikasi dengan lebih banyak orang dan sentiasa membina hubungan dengan naqib.

Panduan 6: Pelbagaikan Kesan Sampingan. Naqib boleh juga mendidik ahli usrah dengan cara-cara lain. Antara cara yang sesuai adalah seperti yang berikut:
6.1 Soalan. Kemukakan soalan kepada ahli-ahli usrah tentang tajuk-tajuk yang telah dibincangkan, termasuk isu semasa.

6.2 Penyelesaian Masalah. Kemukakan masalah yang berkaitan dengan kehidupan seseorang ahli untuk diselesaikan. Contohnya, jika ahli itu pekerja yang sibuk, bincang dan selesaikan masalah agihan masa untuk tugas dan dakwah. Kes spesifik atau cerita boleh juga dikemukakan.
6.3 Permainan. Adakan "permainan" yang dapat menguji kepintaran ahli-ahli usrah. Permainan itu boleh menggunakan komputer, secara bertulis, lisan, mengira dan sebagainya. Pendekatan ini dijangka dapat mengekalkan minat ahli-ahli usrah.
6.4 Berkhemah dan Berkelah. Kegiatan perkhemahan di pinggir hutan atau perkelahan di pantai sangat berkesan dalam membina ikatan persaudaraan sesama ahli usrah. Kegiatan-kegiatan seperti ini memberi peluang untuk mereka berinteraksi, melakukan kerja secara berpasukan dan membina sikap suka tolong-menolong.

Panduan 7: Sediakan Laporan Penilaian. Naqib perlu melakukan penilaian dari semasa ke semasa. Prestasi ahli-ahli usrah dari segi kefahaman, kesungguhan, potensi, minat, kelemahan, kekuatan perlu dinilai dan dilaporkan kepada mereka. Naqib sendiri perlu meminta komen daripada ahli-ahli usrah tentang cara pengendaliannya, tajuk perbincangan dan sumber rujukan. Berdasarkan komen itu, langkah penambahbaikan boleh dirancang dan dilaksanakan.

Catatan :
"Tugas mendidik adalah tugas mulia di sisi Allah walaupun rumit dan memerlukan banyak pengorbanan dan persiapan. Ketua usrah hendaklah sentiasa berusaha mempertingkatkan diri sendiri. Kita hendaklah sentiasa menggantungkan setinggi-tinggi harapan kepada Allah agar dibekalkan dengan kekuatan untuk terus bekerja dan berjihad untuk Islam. Janji Allah memang benar. Sesiapa yang menolong Allah, nescaya Allah akan menolongnya dan meninggikan kedudukannya."

Monday, October 15, 2007

Ramadhan & Fitrah


Post Mortem Ramadhan & Back to Fitrah

Bulan Ramadhan baru sahaja berlalu dan tidak berulang lagi pada bulan seterusnya melainkan setelah berlalu bulan-bulan yang lain.Apakah kita mungkin akan bertemu lagi pada bulan-bulan yang akan datang.Jawapannya …Wallhua’lam.Hanyalah kita mampu berdoa sebagaimana apa yang diajarkan oleh baginda kepada kita “ Ya Allah sampaikanlah kepada kami bulan Ramadhan”…Begitulah rasanya terasa amat sedih apabila meninggalkan bulan Ramadhan.Sebagaimana sahabat-sahabat nabi juga pernah bersedih tentang berakhirnya bulan Ramadhan ini.Ramadhan yang kita tahu seperti mana dalam hadis “Awalnya Rahmat, pertengahannya Maghfirah dan yang akhirnya adalah Pembebasan daripada azab api Neraka.Apakah kita tidak mengetahui bahawa bulan Ramadhan ini adalah just untuk umat-umat nabi kita Muhammd S.A.W sahaja dan tidak dianugerahkan untuk umat-umat yang lain..Ya Allah betapa bertuahnya dan bersyukurnya terhadap nikmat Mu ini.Sedangkan Nabi Musa A.S pernah berdoa untuk tergolong dikalangan Nabi kita Muhammad S.A.W..Jadi, kalau Ramadhan hanya setahun sekali dan diangurahkan kepada nabi kita sahaja, apakah kita tidak rasa sensiviti,rasa bersyukur dan bertuah menjadi umat-umatnya…
Jadi apakah amalan-amalan yang kita persembahkan kepada Allah SWT sepanjang dalam bulan Ramadhan ini…
Sekarang kita membuat perbandingan di negara kita di Malaysia bagaimana suasana, roh-roh, semangat,sikap, tabiat dan sensitiviti masyarakat Melayu dan rumpun Melayu sama ada di Asia tenggara itu amat jauh sekali berbanding dengan negara kita.Sebagai contoh kita apabila masuk sahaja bulan Ramadhan, mentaliti kita akan meletakkan dalam benak fikiran iaitu memenuhkan ruang-ruang perut untuk diisi dengan juadah berbuka puasa .Ini tambahan lagi dengan adanya bazaar Ramadhan.Bazar ramadhan yang kita tahu penuh dengan juadah-juadah berbuka puasa dengan bermacam-macam dan beraneka-beraneka jenis juadah sama ada yang berbentuk beratnya, ringannya ataupun minuman-minuman.Berbagai-berbagai mengikut tempat,masyarakat, bangasa ,puak yang mempopularkan dengan kebanggaan pameran makanan mereka untuk berbuka puasa…Sebenaranya apa? Banyak sungguh makanan-makanan dan jenis-jenis minumannya.Penulis boleh berani mengatakan yang sebenarnya bulan puasa ini adalah pesta makanan tahunan dan bukan penghayatan bulan Ramadhan.Ini bukan apa, pernah satu ketika itu,ada jenis makanaan yang memang tidak dijual pun pada harian-harian yag lain selain pada bulan puasa tetapi tiba-tiba boleh muncul dan sememangnya famous pada bulan puasa..Ya..Allah! Peliknya dan ajaibnya! …Kalau solat tarawikh pada hari pertama ramai dan mula-mula yang ramainya dari malam ke-2 hingga malam ke 10 bulan Puasa.Tetapi apabila masuk sahaja pertengahan-pertengahan suasana surut mula berkurang dari sehari ke sehari.Kalau dahulu katakan 10 saf. Pertenghan 5 hingga 7 & 8 saf tetapi bila masuk hari terakhir bulan Ramadhan tinggal 2 hingga 3 saf sahaja.Memang begitu.Jangan nak nafikan dan bukan nak pertikaikan apa yang penulis katakan di sini.Sebenarnya pada masuk sahaja dalam pertengahan puas mentaliti orang-orng kita akan merawang-rawang dalam setiap jenis jantina yang memikirkannya.Bagi kaum lelaki akan memikirkan untuk membeli pakaian-pakaian untuk dipakaikan pada hari raya nanti.Sama ada untuk dia, isteri dan anak-anaknya.Bagi kaum perempuan, mereke memikirkan untuk membuat persiapan dan persediaan untuk hiasan-hiasan rumah sama ada membeli langsir baru, kusyen baru dan tak kurang juga beli perabot-perabot baru.Selain itu juga memikirkan untuk membuat persiapan kuih-muih untuk persiapan pada hari raya nanti.Maka penuhlah di shoping-shoping kompleks dengan berpusu-pusunya orang ramai untuk membeli “barang-barang” dan “hagah-hagah” raya yang bakal disambut nanti.Yang paling menyedihkannya, pernah hari pertama ada sahaja sahaja tawaran-tawaran dan promosi-promosi barangan-barangan murah. Dan yang paling menyayat hati ada terselit dalam corong-corong radio dan di pasar raya tu lagu-lagu raya.Pelik sungguh itu pun hari pertama dalam bulan puasa.Bahkan di negara kita ada setengah-setengah orang-orng Melayu yang bergama Islam itu yang makan walupun di kedai yang tertutup.Tapi dengan perlaksanaan oleh penguatkuasaan Jabatan Agama menangkap mereka yang tidak berpuasa just sekadar dengan membayar kompaun –kompaun (denda ).Apabila menjelang sahaja di ambang-ambang bulan raya ini ramai yang berpusu-pusu untuk balik ke kampung menyambut raya bersama ahli-ahli keluarga dan sanak saudara di kampung-kampung.Ni baguslah nilai yang baik.Sebenarnya dah seminggu puasa tu, dah mula nak riuh promosi-promosi raya sama ada fesyen-fesyen pakaian dan macam-macam aneka lagi.Kaum laelaki dan kaum permpeuan sama sahaja.Lagu-lagu raya dah mula di sana sini.Corong-corong radio,iklan-iklan di televisyen ,di dada-dada akhbar dan majalah penuh dengan muatan lagu-lagu raya dan promosi-promosi menyebabkan mentaliti masyarakat melayu beriya-iya nak mengagungkan hari raya berbanding bulan puasa bukan nak memenuhi kuota pada penghujung 10 malam yang terakhir.Sepatutnya pada ketika itulah dipenuhi dengan amalan-amalan yang berlipat ganda pada penghujung 10 malam Ramadhan.Sebenarnya penulis sendiri tengok tipis dan nipis sahaja mentaliti dan semangat untuk menghidupkan malam Lailatul-Qadar ini..Ada juga tetapi sedikit sangat..ya Allah!,aku rasa amat-amat sedih dengan sikap pelik masyarakat Melayu yang jahil dan mereka tak tahu tentang fadhilat dan keistimewaan bulan ramadhan ini, lebih-lebih lagi malam Lailatul-Qadar.Bila hampir seminggu sahaja lagi, televisyen akan mula menayangkan cerita-cerita ramadhan dan cerita cerita pra hari raya dan sejurus selepas itu akan menyajikan cerita-cerita atau program-program yang sensasi-sensasi dalam kacamata tv sama ada di tv1,tv2,tv3,tv7,tv8.tv9 dan astro.Banyak sungguh dan limpah ruah program-program dengan penggayaan artis untuk cerita-ceritanya yang sensasi dan menyayat hati di kacamata televisyen nanti.Lagu-lagu raya berselerak dan berjoget-joget di hari raya.Tak kurang juga, sudah ada pembuatan dan penggambaran atau kita katakan “shooting” filem, drama dan persembahan untuk dipersembahkan dan disajikan di televisyen-televisyen yang bakal disajikan pada hari kemuncak raya pertama dan seterusnya pada penghujung bulan raya nanti.Ada sesetengah tu dah standby satu tahun lagi semata-mata just memang untuk hari raya sungguh.Penggayaan artis dengan tidak menutup aurat baik lelaki dan permpuan juga sama sahaja…Penonjolan fesyen-fesyen dan peragaan pakain-pakaian yang dikatakan canggih dengan rentak dunia pada ketika dan zaman ini.Sebaik sahaja berakhir bulan puasa bukan main gembiranya.Memang dalam hadis ada disebutkan “Dua kegembiraan yang orang beriman:pertama apabila dihidangkan makanan dan yang kedua apabila menemui Tuhan apabila hari Kelak nanti”..
Tafsiran apabila dihidangkan makanan tu juga ialah apabila menyambut hari kebesaran Islam iaitu hari raya Puasa dan hari raya Korban.Di dalam iIslam terdapat hanya 2 hari sahaja iaitu hari raya puasa dan hari raya Qurban (Hadis).Sebaik shaja masuk sahaja zon Syawal,acara-acara televisyen memang rancak sekali.Budaya ziarah sekarang apabila sekarang ni,penulis sangat–sangat terhakis dah tidak beberapa nampak dan sudah mula berkurang oleh orang muda-muda baik lelaki dan perempuan. Ini kerana mereka dihidangkan dengan ‘juadah” program-program televisyen yang tak berkesudahan 24 jam, apatah lagi Astro dan tv3.Ada-ada saja program-program sensasinya itu.….Motto Astro kan ‘macam-macam ada”..ha! penulis pun tahu walaupun duduk di perantauan ini.Sebenarnya mentaliti(corak pemikiran) bangsa melayu yang bergama Islam mereka ini mendaulatkan raya daripada mengagungkan bulan puasa.Kalau bulan puasa tu, hanya”sekoda” menahan makan dan minum sahaja dan buat sedikit amalan-amalan dan bukan menghayati sepenuhnya amalan-amalan yang hebat untuk disajikan apatah lagi untuk “OT” pada malam Lailatul Qadar..Hari raya I’dil Fitri diwarnai dengan program-program televisyen khususnya dengan agenda-agenda yang melalaikan hati...Tak ada program yang menambahkan iman dan nak kembali kepada Fitrah.Sebenarnya masyrakat kita tidak tahu sebenarnya Hari Raya Idul Fitri tu adalah hari yang mana kita kembali kepada FITRAH ( iaitu kita bersih).Ini kerana sebaik sahaja kita mencuci dosa, dengan mempertingkatkan amalan-amalan kita pada bulan Ramadhan dan kita kembali kepada “BERSIH” hati kita dari noda dan dosa.Kita seolah-seolah dan berjanji dengan Allah Taala kita akan meningkatkan amalan-amalan kita samada di bulan Puasa dan bulan–bulan yang lain dan juga memburu sampai ke peringkat Zon Taqwa yang Allah janjikan dalam ayat-ayat Al-Quran dalam surah Al-Baqarah “Wahai orang-orang yang beriman,diwajibkan kamu berpuasa sebagaimana orang-orang dahulu berpuasa agar dapat kita melahirkan ketaqwaan”..ayat 183.Kita sebenarnya kembali kepada fitrah seperti bayi yang baru sahaja dilahirka, dari perut ibunya..Tetapi,…tetapi malangnya kita pada hari ini kita seperti seolah-olah telah menodakan bulan tu dengan maksiat-maksiat yang bukan untuk mensucikan hati kepada Rabbul Jalil dengan menginsafi dosa-dosa yang lalu…Ayuhlah! kita kembali kepada FITRAH yang merupakan hari kemenagan orang-orang yang berpuasa bermujahadah dan memperjuangkan melawan hawa nafsu daripda makan dan minum dan perkara perkara yang boleh membatalkan ibadah puasa dan juga hari kemenangan orang-orang dahulu dalam berjihad meninggikan agama suci Allah ini berperang menentang musuh-musuh Kuffar dalam satu perang besar yang dipanggil “Badar Kubra” di mana pertentangan sengit di antara Muslimin vs Kuffar.Akhirnya Allah dah menjanjikan kemenangan untuk Nabi Muhammad dan umat-umat Islam iaitu menetang pihak kafir musyrikin dalam rencana mereka untuk melenyapkan obor Islam di muara bumi ini.Marilah kita Post Mortem Ramdhan kita apakah kita telah mengisi platform dengan amalan-amalan yang soleh yang kita bakal untuk kita sajikan kepada Pencipta kita Tuhan Rabbul Jalil dan apakah hidangan itu betul-betul ‘menarik” dan diterima Allah dengan cukup sah dan syarat-syarat dan mengikut lunas-lunas Syariah Islam dan paksi Sunnah Nabi kita Muhammad S.A.W ..Apa pun kita juga perlu rasa tawadduk dan rasa hina diri kepada Allah dalam garisan awal bulan Syawal ini sebaik sahaja kita beribadah dan apakah kita bersedia dan benar-benar digolongkan dikalangan orang-orang yang dikatakan Back to Fitrah yang Allah janjikan bahawa kita bersih sebaik sahaja kesinambungan dari amalan-amalan di bulan ramadhan tempoh hari..Tepuk dada tanyalah IMAN wahai saudara-saudara seaqidahku…!

Pengalaman Puasa di Ardil Kinanah

Pengalaman mengerjakan amalan Puasa di Bumi Mesir

Di sini penulis akan menyorot sedikit tentang pengalaman dan suasana dalam kedua-dua buah negara yang mana penulis sekarang menuntut di Timur tengah iaitu di Mesir.Sepanjang penulis berada di Mesir ini, penulis memang melihat suasana Ramadhan amat-amat jauh berbeza sekali dengan negara kita.Puasa di Ramadhan di sini masih lagi dalam penghujung musim panas.Terasa panas tu memang ada.Kalau dahulu pernah berbuka pada jam 5 petang kerana masa tu dalam musim sejuk.Sempat berpuasa dalam musim sejuk.Syok amat-amat sangat. Di mesir ini terdapat Iftor ramadhan dipanggil (maidatur-Rahman).Boleh dikatakan semua masjid-masjid ada sahaja buat iftor Ramadhan.MasyaAllah! memang meriah sungguh bulan ramadhan kat sini.Tapi, ada juga setengah-setengah masjid yang tak buat iftor jamaie’.Di sini sambutan puasa memang cemerlang dan gemilang.Tambahan lagi dengan adat-adat mereka yang mengagung-agungkan bulan Ramadahan tambahan lagi dengan Syariat Ilahi.Mereka di sini pasang lampu yang dipanggil ‘fanus”.Lampu ni memang just untuk bulan puasa sahaja.Semenjak ketika keberadaan di Mesir ini, kami dihidangkan dengan kedatangan Syeikh Muhammad Nuruddin Abdullah Al-Marbu, Al-Banjari, Al-Makki. Syeikh ini pernah menjadi tenaga pengajar di Ma’ahad Derang Kedah suatu ketika dahulu.Sekarang pula berpindah di tempatnya di Bogor, Indonesia Kalimantan Selatan.Syeikh ini memang hebat dengan ilmu dan kewarakannya.Pada jam selepas asar sedikit pembacaan kitab sebelum 45 minit untuk berbuka dan bersambung pula pada solat tarawikh sehingga 2 jam diperlukan.Kelas pengajian ini percuma sahaja dan majoritinya pada pelajar malizi sahaja dan ada juga pelajar Indonesia datang.Memang waktu bulan puasa tidak dibiarkan habis begitu sahaja.Bukan bermakna masuk sahaja bulan Ramadhan semua pengajian ditutup.Tidak sama sekali…!Kelas Syeikh ini kadang –kadang tak sampai satu bulan dan syeik tu datang hanya sekitar 3 minggu sahaja diatas jemputan PMRAM (Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir).Pengalaman lagi di Meir ini, ada masjid yang membawa solat tarawikh dengan menghabiskan satu juzu’ sehari,tak kurang juga ada juga masjid tu macam “keretapi express”. Penulis tak menghina bahkan ini adalah realiti yang berlaku di sini.Nak kata kalau jemaah di sini memang ramai sekali dalam mengerjakan solat tarawikh dan tak berkurang sedikit pun walaupun pada penghujung bulan Ramdhan bahkan ramai sekali pada penghujung bulan tersebut. Berbanding dengan yang berlaku di tempat-tempat kita. Kita akan membuat perbandingannya..Sebaik sahaja pada penghujung bulan Ramdahan iaitu 10 malam terakhir, ada sesetengah masjid yang “mengoffer” untuk membuat Qiamullail dan iktikaf di masjid untuk orang ramai.Mereka bangsa-bangsa Arab ini memang mencari sepenuhnya untuk memburu malam Lailatul-Qadar ini.Di Mesir sebaik sahaja pada malam 27 Ramadhan akan turun Syeikh Jibrail di Masjid Amr Al-As,masjid utama atau dipanggil masjid Negeri di Mesir ini.Ingat…! Bukan Malaikat Jibrail turun.Syeikh Jibrail (namanya sebenar) adalah seorang qari kebanggaan Mesir yang mana mempunyai suara yang amat merdu dan amat baik dalam pembacaan Al-quran dan hebat dengan selok belok pembacaan Al-quran, bahkan dia dijemput oleh mana-mana Negara Islam yang lain termasuklah negara kita Malaysia yang menjadikannya imam jemputan.Pernah satu ketika di Masjid Negeri Pahang di Kuantan, Pahang.Syeikh ini lebih popular dengan pembawaan qunut dalam solat witir.Qunut sahaja mencecah hampir 1 jam dalam satu ketika,bahkan bukan itu sahaja qunutnya “berjaya” menarik perhatian makmum-makmum dan membuatkan rasa insaf dan makmum-makmum akan mengalirkan air mata dengan teresak-esak sekali.Bahkan tergamat sekali dengan riuh rendah suara tangisan di masjid tersebut.Bahkan masjid itu akan melimpah ruah dengan ramainya makmum-makmum dan boleh dianggarkan dalam satu-satu ketika hampir 10 ribu orang yang datang dari seluruh pelusuk rakyat Mesir ke masjid tersebut.MasyaAllah memang ramai sekali…Alhamdulillah, baru-baru ini pernah berbuka bersama-sam dengan jemaah untuk beriftor dan sembahyang tarawikh dan solat sunat tasbih bersama dengan syeikh ana Syekh Muhammad bin Najmuddin Al-Kurdi di A’bud.Al-ha,mdulillah pada malam raya penulis sempat beriftor bersama sebaris dengan barisan-barisan syeikh dan malam tu selepas solat isya’ dan takbir.Sejurus selepas itu, kami juga buat solat tasbih bersama-sama.Alhamdulillah penulis pernah mengikutinya dan mengalami dalam suasana tersebut.Bukan riyak ni.Just untuk menceritakannya sahaja.Alhamdulillah, masa sembahyag raya, penulis sempat sembahyang sunat hari raya di Masjid Saidina Husien di Masjid Husien bersebelahan di Masjid Al-Azhar..Alhamdulillah,nikmatnya yang amat sangat.Di Mesir ini, yang menariknya iaitu apabila zakat Fitrah dikeluarkan oleh orang-orang Islam di sini dengan memasukkan wang zakat terus ke dalam kotak besi atau tabung-tabung yang disediakan oleh pengurusan masjid tanpa perlantikan amil-amil.Penulis rasa amilnya ada dilantik oleh Wazir Awqaf oleh Hal Ehwal Bahgian Kegamaan tapi tak macam di Malaysia ada amil khas cuma amil-amil di Mesir ini hanya pegawai dan penyelia masjid dan tak perlu sampai berjumpa dengan orang ramai.Orang-orang di Mesir just masukkan wang zakat dalam tabung-tabung mengikut berberapa orang tanggungan dalam keluarganya dan zakat fitrah dalam 7 Poud Mesir sahaja.Di Meir ini, pengagihan zakat-zakat fitrah ada juga kepada pelajar-pelajar malizi dan kebiasaanya di muhafazah-muhfazah sahaja.Berbanding di Kaherah.kalau ada pun jarang-jarang sahaja dan sedikit sahaja yang membuatnya.Di Mesir ini, bukan seperti di Malaysia yang ada bazaar Ramdhan yang menghidangkan juadah-juadah berbuka puasa untuk dijual.Tak ada tempat-tempat yang tertentu dengan penuh juadah-juadah berbuka puasa kecuali dengan jualan sedikit air minuman dan sedikit makanan-makanan di Mesir.Itupun di hadapan kedai-kedai mereka sahaja.Kuih yang penulis tahu setakat ni dalam bulan puasa ini oleh orang –orang Arab Mesir ni iaitu kutayyap dan kunafah.Apa-apapun sikap,tabiat,corak,suasana ,gaya ,semangat, sensitiviti dan ruh-ruh masyarakat arab terhadap bulan puasa memang amat-amat jauh berbeza dengan kita.Penulis ini dah hampir 5 tahun duduk di Mesir ini memang tahulah kat sini.Dan nak diceritakan juga ada sestengah-setengah arab yang sebahagian tu, perasaan malas memang ada,tapi itu hanya tertumpu kepada peribadi tertentu sahaja.Yang penting penulis dah dedah dengan sikap-sikap Arab terhadap bulan Ramadhan.Tapi masyarakat arab-arab di sini tak popularkan sambutan hari raya sekadar menyambutnya dengan apa yang diajarkan dalam Sunah Nabi sahaja.Semua jenis-jenis Arab bukan di Mesir sahaja..Mereka tidak ada sangat membuat rumah-rumah terbuka ‘open house” berbanding kita di Malaysia dengan penuh gemilang.Kalau mereka ada pun sedikit just untuk keluarga,jiran-jiran serta saudara-saudara yang rapat-rapat sahaja.Itupun kalau nak buat.Mungkin di kampung tak seperti yang berda di Kaherah.Penulis rasa ada pengamatan untuk diperjelaskan di sini.Cukuplah setakat memberitahunya sahaja…Ha..!Di sini jikalau mereka buat solat hari raya mereka buat di padang bahkan ini termaktub dalam sunnah nabi yang menggalakkan solat hari raya di padang-padang yang luas.Mereka hanya menyambut hari raya Puasa hanya sekadar sehari sahaja berbanding dengan kita menyambut hari raya memang 30 hari mengikut 30 hari dalam bulan puasa.Ada sesetengahnyalah …

Saturday, September 15, 2007

Catatan seorang mantan Rais (YDP) BKMIP.......

Assalamualaikum warahmatullhiwabarakatuh.....

Disini, saya ingin menceritakan pengalaman yang ana kira terlalu hebat dan agung dalam kehidupan saya ini. Saya rasa ini bukanlah sesuatu untuk menunjuk-nunjuk, riyak apatah lagi takabbur dengan yang ada tetapi jauh dari sudut itu. Pengalaman yang lalu mengajar erti kedewasaan dan kematangan dalam memacu kehidupan yang akan datang, lebih luas, banyak mehnah dan tribulasi untuk kita menempuhinya.Penulis sebenarnya bukan untuk menyorotkan sesuatu yang terpendam bahan untuk dijadikan perkongsian dan luahan ataupun sesuatu mekanisme yang kita kira boleh dikongsi dan diambil mana-mana yang baik dalam kehidupan ini.
Pada pertengahan pada 5 September 2006 pada tahun lepas, saya telah dicalonkan oleh ahli-ahli BKMIP untuk menampuk pemerintahan BKMIP bagi sesi 2006/2007. Pada asalnya, saya memang tak menyangka dalam percalonan ini. Saya tak berniat langsung dalam jawatan setinggi ini. Ketika itu, saya telah bersaing dengan seorang kawan saya sebagai pesaing dalam jawatan Rais iaitu (YDP) BKMIP...Sebelum seminggu sebelum tu dah,nama saya bakal dicalonkan untuk percalonan nama tersebut, namun saya tak endah sahaja..Saat sahaja 2 hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan Kali 41 (MAT), nama saya memang naik dalam percalonan.Saya memang tak menyangka dengan pecalonan ini.Nak atau tak nak ikutkan sahaja. Saya bukan nak riak untuk menyatakan di sini, jawatan yang setinggi itu, tak langsung untuk saya impikannya. Namun saya terkenang dengan apa yang pernah dikatakan oleh Saidina Umar R.A yang mana telah menyatakan bahawa kata-katanya "Jangan sesekali minta untuk berjawatan, tetapi ingatlah kalau diberi amanah atau jawatan terimalah dengan sebaik-baiknya"..Begitulah mafhumnya..Sebenarnya inilah salah satu sorotan ucapan saya ketikamana ucapan sulung saya dalam MAT yang juga ucapan penangguhan.
Jadi, setelah pilihanraya dilakukan bahawa saya telah memenangi dalam pencalonan tersebut dengan undian sebanyak 100 orang yang mana pesaing saya lebih kurang 76 orang undian. Jauh undian pun tak jauh berbeza pun dengan pesaing saya. Maka tibalah saat-saat pengumuman dibuat maka nama saya diumumkan dan seterusnya dinobatkan sebagai YDP bagi sesi 2006/2007.Saja untuk maklumkan dan nak nyatakan di sini, bahawa tarikh MAT tersebut betul-betul pada ulang tahun pemergian arwah almarhum ayahanda tercinta saya pada tarikh 5/9 itu.Maka hadiahkan al-Fatihah pada arwah al-marhum ayahanda saya sebagai ihtiram dan penghormatan. Moga Rohnya tenang bersemadi bersama para-para auliya', siddiqin, solehin, sahabat2 dan nabi-nabi.
Jadi, saya telah dinobatkan untuk memegang jawatan tersebut.Nak ceritakan satu-satu pengalaman, saya rasa cukuplah saya hanya ceritakan pengalaman secara rambang sahaja. Pada awalnya saya tak percaya nak memegang jawatan ini. Dan saya rasa tak 'reti' macam mana untuk mentadbir BKMIP ke arah pentadbiran dan pengurusan yang baik.Nak kata pengalaman tu, tak tahu sangat, tapi saya cuba untuk mencuba dan banyak meniru kepimpinan yang lama-lama. Kadang-kadang saya ini mengambil nasihat daripada Penasihat saya..Saya bukan menafikan peranan EXCO @ AJKT saya dalam menanyakan pendapat mereka .Kadang-kadang ada juga saya ambil idea mereka dan saya yang membuat keputusan. Ni pentingnya berorganisasi.Promote sedikit!
Sebenarnya dalam mentadbir ini,bukanlah perkara yang mudah rupa-rupanya..Banyak sungguh mehnah, ujian, cubaan, dugaan yang ditempuhi.Dalam saya memegang jawatan ini, saya merupakan "coordinator center", yang mana saya dijadikan pusat tumpuan orang ramai. Saya perlu menjalinkan hubungan baik dengan Sultan Pahang, Kerajaan Negeri Pahang, Yayasan Pahang Malaysia dan Kaherah,Jabatan Agama Islam Pahang, Kedutaan Besar Malysia Kaherah (KBMK), Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK), Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM), (BAKAN-BAKAN )Badan Kebajikan Anak-anak Negeri, Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi (DPM), Persatuan-persatuan yang diiktiraf oleh PMRAM sahaja. Boleh kata saya adalah orang tumpuan orang.Bukan senang dengan jawatan ini. Nama kita ini ada catatan ke pejabat Menteri Besar. Baik dan buruk terletak dalam kepimpinan dan pentadbiran. Ala kulli hal,al-hamdulillah saya berjaya menjalinkan hubungan yang cukup baik dan cemerlang dengan kesemua yang saya sebutkan tadi. Pengalaman saya pernah bermesyuarat dengan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah bahkan bersamanya dengan TYT Datuk Duta. Mesyuarat bersama denga Ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pahang di Hotel Intel Continental di Star City, City Center di Makram Abid. Mesyuarat bersama YDP-YDP BAKAN dan juga Pengerusi-pengerusi DPM. Mesyuarat bersama juga dengan Pembantu Tadbir Pengurusan Yayasan Pahang Kaherah. Satu perkara yang tak dilupakan iaitu berucap ketika Majlis Perasmian Asrama Indera Mahkota, asrama anak-anak Pahang di Hayyu Asyir. Bukan senang seh! Berucap secara langsung dalam majlis dengan rombongan-rombongan Kerajaan Negeri dan dalam dewan terdapat pegawai-pegawai Kedutaan, pegawai-pegawai negeri, isteri-isteri pegawai dan lebih 300 orang pelajar ketika itu.
Sebenarnya dalam mentadbir BKMIP atau dalam pentadbiran ini,kita bukan sahaja yang menempuh dalam 10 orang jenis rupa atau perangai, tetapi ingatlah di sana kita bertempuh hampir 300 orang ahli-ahli yang berbagai-bagai rupa, perangai, tabiat, sifat dan karenah yang bermacam-macam. Pening kepala seh!
Sebenaranya, dalam menjawat jawatan yang tinggi ini bukan sahaja kita bertugas dan bekerja berat-berat sangat, cuma di sini saya ingin saya simpulkan dalam 4 perkara iaitu (FTTJ): Pertama-Seorang Rais atau Ketua perlu Fikir. Fikir ini bermaksud bagaimana untuk merancang pentadbiran, pengurusan dan pentadbiran ke arah yang lebih baik. kadang fikir bagaimana memikir dasar-dasr pentadbiran Tak kurang juga memikir bagaimana mencari penyelesaian dalam kerumitan dan jalan penyelesaiannya. Kedua-Tindak. Bertindak ini mengikut apa yang dirancangkan bukan sewenang-wenangnya dengan mengikut jalan sesuka hati. Sebab itu dalam ayat Al-Quran dinyatakan mafhumnya "Diperintahkan bermusyawwarah dalam urusan". Dan ada ayat lagi dinyatakan Apabila kamu berazam hendaklah kamu berrtawakkal kepada Allah SWT".. Seterusnya Ketiga-Tanggung yang mana setelah memikir dan bertindak dengan apa yang dirancang setelah membuat keputusan. Keempat-Jawab. Di sini kita akan dipertanggungjawabkan oleh ahli-ahli kita yang mana perkara-perkara yang telah kita laksanakan dan usahakan. Sebenarnya itu, bahawa kita dengan ahli sahaja. Bagaimana kita berhadapan dengan Tuhan Rabbul Jalil di Hari Akhirat kelak nanti. Perkara itu, kita boleh bandingkan dan umpamakan di sini lagi. Sorotan dakwah sedikit...
Sebenarnya pengalaman saya menjadi Rais ini terlalu besar, agung dan hebat sekali. Susah nak diceritakan.Banyak lagi. Kadang-kadang itu adalah ilmu yang ilmu yang tidak ada dalam muqarrar pelajaran bahkan ada dalam pengalaman yang manis, baik, suka, duka, hiba dan macama-macam lagi. Pengalaman yang menyeronokkan sekali juga iaitu kami di barisan kepiminan atau dalam dalam bahasa arabnya dipanggi "ruasa" yang mana kami pergi jaulah dan mandi pantai di Alexandaria (Iskandariah)dan Matruh. Dua kali kami berjaulah dengan makan-makan angin.Bukan makan angin secara kosong jer, sebenarnya itu adalah method Liqa' Usrah kami cumanya dalam figure jaulah mandi pantai.
Sebenarnya, saya ada cerita sedih juga untuk dinyakatan di sini, tatapi saya ni suka untuk berkongsi pengalaman yang manis sahaja kerana mudah-mudahan orang akan tertarik dengan cerita dan pengalaman saya ini.Sekurang-kurangnya orang yang menilai cerita ini sebagai satu penilaian untuk dijadikan pedoman mudah-mudahan dijadikan sebagai anjakan paradigma yang dikongsi bersama untuk diaplikasikannya dalam kehidupan kita ini sebagai satu jambatan luas untuk kita menghubungkan jalanan kehidupan yang penuh berliku ini tak kira kita dalam proksi dan jawatan apa sekali pun. Yang penting kita adalah HAMBA ALLAH atau KHALIFAH yang dipertanggungjawabkan dalam pengaturan kehidupan ini dalam taabud dan tunduk kita sebagai hambanyNYA dan tidak tahu kita akan bertemuNYA pada bila-bila masa, waktu, saat, ketika dan tempat. Jadi selepas setahun itu juga, yag mana genap juga saya mentadbir BKMIP ini, maka pada tanggal 5/9/2007 juga adalah tarikh keramat dalam kehidupan ini yang mana jawatan saya sebagai YDP BKMIP digugurkan untuk memberi kepada pemerintahan yang baru pula. Cukuplah satu penggal dalam satu tahun. Ada juga pernah dalam BKMIP ni, YDP pernah memikul 2 tahun (2 penggal) dalam pentadbiannya..
Saya kira cukuplah setakat ini, mungkin dalam warkah ini dimuatkan padanya cerita-cerita, pengalaman-pengalaman, sinopsis-sinopsis, ilmu-ilmu dan dakwah. InsyaAllah ada masa dan umur yang panjang kita berjumpa lagi dalam sesi penulisan yang akan datang…Tunggu dan saksikan sahaja…Wallahua’lam..
Yang baik adalah datang dari Allah SWT dan yang buruk itu adalah dari Syaitan yang direjam dan saya memohon Perlindungan kepada Allah daipada segala keburukan..Semoga berjaya!!!Jumpa lagi................

Tuesday, July 31, 2007

-B U L A N R E J A B-

-B U L A N R E J A B-
Wahai Saudara-saudaraku yang budiman, Pada hari Isnin tanggal 16 Julai 2007 kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Mari kita semak ada apa di balik bulan Rejab itu. Diriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:
* Barang siapa yang berpuasa satu hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat ker e dhaan yang besar dari ALLAH swt *
Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1428/Isra Mi'raj (Sabtu, 11 Ogos 2007) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa * Barang siapa yang berpuasa dua hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt * Barang siapa yang berpuasa tiga hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (16,17,18 Julai 2007) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan siksa akhirat *
Barang siapa berpuasa lima hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dikabulkan Allah swt *
Barang siapa berpuasa tujuh hari dalam bulan ini, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa lapan hari maka akan dibukakan lapan pintu syurga *
Barang siapa berpuasa lima belas hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya." Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, aku melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis daripada madu, lebih sejuk daripada air batu dan lebih harum daripada minyak wangi, lalu aku bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?" Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca salawat untuk engkau di bulan Rejab ini." Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu baginda bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan aku berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka." Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mau berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab niscaya mereka tidak akan diseksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?" Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus aku sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan sholat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan sholat malam satu tahun." Sabda baginda lagi "Sesungguhnya Rejab adalah bulan ALLAH, Sya'ban Adalah bulan aku dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku." "Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab, Sya'ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang, serta tidak akan merasa lapar dan haus bagi mereka."

Hari Penerangan & Wada...'

Al-Hamdulillah segala puji Bagi Allah Yang Maha Mulia kerana pada tarikh hari ni, adalah satu catatan sejarah yang agung untuk BKMIP kerana pada hari ini, penerangan Hisbah dilaksanakan oleh Pengarah Hisbah @ lebih dikenali dengan (Unit Bimbingan & Kaunseling) 2007. Tujuan ini adalah untuk menerangkan kembali secara jelas dan detail segala permasalahan, kegusaran, salah faham, perselisihan, ketidakfahaman dan kesamaran yang berlaku terhadapa peranan BKMIP dan peranan Hisbah dan membaiki segala kelemahan, mencegah segala kemungkaran dan meningkatkan imej BKMIP kepada ahli-ahli yang selam ini dijankitkan dengan virus yang membawa perpecahan kepada BKMIP.Mak pada hari ini menu-menu yang dihidangkan ialah pembersihan segala permasalahan-permasalahan, pembaikan imej BKMIP dan majlis wida' untuk Ketua Lemaga Penasihat BKMIP Ustaz Azahari bin Zailani. Ana secara peribadi bersyukur kepada Allah dan berbangga dengan majlis ini. Syabas diucapakn kepada yang berjaya dan melibatkan diri secara mahupun tidak secara langsung dalam menjayakan program ini.Moga Allah menilai usaha dan kerja-kerja yang dilakukan untuk kita persembahkan kepada Allah SWT kelak dan sebagai syahid amalan kita di muara alam yang fana ini.Wassalam.......

Thursday, July 12, 2007

Berdakwah secara hikmah

Dari as-Sunnah. Pesan Nabi, anak-anak yang sudah berusia sepuluh tahun kalau tidak mahu mengerjakan solat, boleh dipukul/ dirotan. Tidakkah itu “keras”? Tidakkah itu “tegas” dan “kasar” (tapi bukan zalim ya)? Mengapa Nabi tidak suruh pujuk, tunjuk contoh atau motivasi SAHAJA tapi boleh disakiti pula apabila perlu? Kalau ikut formula pihak yang menentang, maka Nabi Muhammad sudah menjadi seorang yang tidak berhikmah atau berhemah!Berikut kita senaraikan beberapa contoh untuk mengukuhkan hujah bahawa “berdakwah secara berhikmah” adalah “berdakwah secara bijaksana” dan bukannya “berdakwah secara lemah-lembut” SAHAJA:
1. Dari al-Kitab. Al Quran sebagai contoh. Ia mengandungi ayat-ayat dorongan yang diseimbangkan dengan ayat-ayat ancaman. Ia membawa khabar baik yang diseimbangkan dengan berita-berita buruk. Ia menyatakan pujian kepada pihak-pihak tertentu yang diseimbangkan dengan kecaman kepada pihak-pihak tertentu. Hairan kita, bagaimana seseorang itu boleh mengatakan, “Ikutlah cara berdakwah dalam al-Quran… lemah-lembut… tidak kasar.” Ini maksudnya dia baru membaca SEBAHAGIAN al-Quran. Bolehkah al-Quran diambil sebahagian-sebahagian sahaja?.......
2. Dari as-Sunnah. Pesan Nabi, anak-anak yang sudah berusia sepuluh tahun kalau tidak mahu mengerjakan solat, boleh dipukul/ dirotan. Tidakkah itu “keras”? Tidakkah itu “tegas” dan “kasar” (tapi bukan zalim ya)? Mengapa Nabi tidak suruh pujuk, tunjuk contoh atau motivasi SAHAJA tapi boleh disakiti pula apabila perlu? Kalau ikut formula pihak yang menentang, maka Nabi Muhammad sudah menjadi seorang yang tidak berhikmah atau berhemah!
3. Selepas al-Quran dan as-sunnah,lihat pula tindakan sahabat. Selepas kewafatan Rasulullah, ada pihak yang tidak mahu membayar zakat padahal ajaran-ajaran Islam yang lain umumnya masih mereka laksanakan. Apa tindakan Saidina Abu Bakar untuk membetulkan masalah ini? Dia menghantar pasukan perang! Majoriti sahabat terhampir tidak bersetuju pada mulanya tetapi Saidina Abu Bakar meneruskan juga tindakannya. Dan KESANNYA, pembayaran zakat selepas peristiwa ini menjadi beres. Umat Islam di wilayah-wilayah lain mendapat pengajaran daripada peristiwa ini. Bagi pihak yang diserang, sebahagian mereka mati terbunuh dan tidak boleh membayar zakat lagi. Nyatalah bukan mereka sasaran utama dakwah berhikmah Saidina Abu Bakar tetapi umat Islam di seluruh wilayah. Begitulah bijaknya sahabat. Begitulah membetulkan secara berhikmah. Yang utama dipandang ialah kemungkinan KEBERKESANANNYA, bukan kaedahnya.
4. Generasi selepas zaman sahabat. Rajin-rajinlah tambah ilmu, luaskan pandangan kita. Lihat kaedah Hujjatul Islam Imam al-Ghazali menegur Ibnu Sina dan para penerus fahamannya dalam kitab al-Munqiz min adh-Dhalal. Orang yang berfahaman “berhikmah” itu “lemah-lembut” sahaja, pasti akan mengatakan Imam al-Ghazali tidak pandai berdakwah, tidak berhemah, tidak berhikmah. Cara Imam Ghazali ini boleh diperhatikan lagi dalam kitabnya ar-Risalah al-Laduniyyah ketika menolak pandangan sempit seorang ahli tafsir. Begitu juga dalam Tahafut al-Falasifah.
5. Orang bukan Islam pun faham hal ini. Cuba lihat filem “Kingdom of Heaven”. Selepas bapa kepada watak utama (Ballian) menyampaikan amanat-amanat pentingnya, dia menampar muka Ballian sekali. Tujannya supaya Ballian teringatkan tamparan itu dan sekaligus mengingati kesemua amanat pentingnya. Ternyata kaedah penuh hikmah ini berjaya mengekalkan ingatan Ballian akan kata-kata bapanya. Bayangkan, pembuat filem ini yang terdiri daripada orang-orang bukan Islam pun faham apa itu “berdakwah secara berhikmah”.
6. Dari amalan orang Melayu. Apabila anak kecil memanjat tiang ataupun pokok, dan kita hendak menyuruhnya turun. Biasa kita dengar orang tua-tua berkata, “Hah, panjatlah lagi, panjaaat! Panjat lagi tinggi-tinggi!” dengan wajah kegeraman dan suara yang keras. KESANNYA memang bagus. Si anak serta-merta turun. Tapi kalau kita guna cara lemah-lembut, biasanya si anak buat dengar tak dengar saja. Betul tak? Begitulah kaedah menegur secara berhikmah.
7. Kaji pula kem-kem motivasi untuk para pelajar. Mereka yang tidak faham pasti membuat anggapan bahawa kem motivasi tentunya dipenuhi dengan seruan lemah-lembut, merangsang, memujuk, ikram, menggembirakan, memberi semangat dan seumpamanya. Kalau berpeluang ikutilah malam kemuncaknya, kita akan lihat bagaimana kekerasan, ancaman, makian, hinaan dan lain-lain yang nampak kasar tetapi program pada malam itulah yang paling berkesan dan berbekas di hati pelajar. Bahagian itulah yang biasanya membawa perubahan kepada minda peserta. Kita dapat dengar jeritan, kemarahan dan herdikan para motivator yang disulami dengan nada hiba dan penyesalan. Keluarlah kata-kata “kamu memang bodoh”, “anak derhaka”, “akulah anak yang bebal”, “tidak mengenang budi”, “menyusahkan ibu bapa dan guru-guru” dan sebagainya. Maka menangislah para pelajar apabila pemikiran mereka dikasari secara berhikmah yang memungkinkan berlakunya perubahan sikap.
8. Agaknya semua guru sekolah tidak berhikmahlah. Ini kerana mereka kadang-kadang menegur atau membetulkan dengan kekasaran, hukuman dan kekerasan. Seringlah kita dengar ada pelajar yang dirotan (kasar dan mendatangkan kesakitan), ketuk ketampi dua puluh kali, jalan itik depan kelas, pusing padang dua “round” dan sebagainya. Yang tidak berhikmahnya ialah jika guru zalim seperti menendang, hantuk kepala pelajar ke dinding, hukum ketuk ketampi seribu kali, berdiri dua jam tengah panas dan seumpamanya- ini baru dikatakan tidak berhikmah.
9. Kaji pula dunia ketenteraan. Mereka umumnya dilatih dan dibentuk dengan berhikmah. Untuk membentuk ketahanan minda dan fizikal, sangat biasa mereka dihukum “pumping” berpuluh kali, kawad berjam-jam, “jogging” sambil membawa beban batu-bata, meniarap seolah-olah menanti musuh selama satu jam, dilatih ketahanan minda dengan kejian, makian dan gertakan, dan sebagainya. Bolehkah kita katakan semua kekerasan ini sebagai tidak berhikmah?
10. Kisah para nabi terdahulu. Nabi Musa yang baru pulang dari Bukti Tursina amat terperanjat melihat sebahagian besar kaumnya menyembah patung anak lembu. Dengan kasar dia menarik janggut Nabi Harun dan mengherdiknya. Siapa berani kata Nabi Musa tidak berhikmah?Sebab itu, sangat penting untuk kita berfikir panjang terlebih dahulu sebelum memberi apa-apa kata-kata terutamanya dalam hal-hal keagamaan.Seterusnya kita lihat pula, adakah setiap dakwah yang lemah-lembut itu “berhikmah”?Syeikh Albani dan Syeikh Fauzan menjadi idola fahaman Tajdid Lapok. Mereka menghukumkan haram keseluruhannya kepada muzik dan nyanyian. Pendirian mereka ini secara tidak langsung menyatakan Imam al-Ghazali, Dr. Yusuf Qardhawi, Dr. Abdul Karim Zaidan, Abdullah bin Umar, al-Qadhi Abu Bakar bin al-Arabi, Al Mawardi, Amru al-Ass, Abdullah bin Zubair, Imam asy-Syaukani, Ibnu Hazm, Al-Imam Mohd. Asy-Syazili, Muawiyah, Imam al-Haramain dan lain-lain sebagai PENGHALAL KEPADA PERKARA-PERKARA KEMAKSIATAN DAN DOSA.. Jenis ini memang tidak berhikmah. Sepatutnya mereka mencontohi Imam Syafie dan mazhab Syafie yang menggunakan kalimah “aku benci” dan bukannya haram. “Aku benci” mengikut kaedah mazhab Syafie membawa hukum MAKRUH dan bukannya HARAM. Siapa Albani dan Fauzan berbanding Imam al-Ghazali, Dr. Yusuf Qardhawi, Dr. Abdul Karim Zaidan, Abdullah bin Umar, al-Qadhi Abu Bakar bin al-Arabi, Al Mawardi, Amru al-Ass, Abdullah bin Zubair, Imam asy-Syaukani, Ibnu Hazm, Al-Imam Mohd. Asy-Syazili, Muawiyah, Imam al-Haramain dan lain-lain?Dakwahnya memang lembut tetapi tidak berhikmah. Dirasakan diri sendiri saja yang betul. Ada pula pihak yang pertahankan Albani dan Fauzan dengan alasan mereka ulama besar, siapa kita hendak pertikaikan mereka. Tapi pihak-pihak itu sendiri terhijab pandangan dan hati kerana para ulama di atas jauh lebih “besar” daripada Albani dan Fauzan, malah ada yang bertaraf “sahabat”! Siapa pula pihak pro-Albani dan Fauzan itu yang hendak pertikaikan para ulama di atas?Saya sebagai salah seorang tenaga pengajar sering melihat guru-guru baru di sekolah yang mendidik secara lemah-lembut, tiada herdikan, tiada rotan, tiada amaran. Kononnya itulah mendidik, itulah hikmah. Hasilnya… mereka tidak berjaya mengawal kelas. Tidak mampu memastikan tingkah-laku pelajar mengikut aturan yang digariskan. Malah para pelajar juga hilang ataupun kurang rasa hormat kepada mereka. Begitulah KESANNYA kalau mendidik secara lemah-lembut semata. Itu bukan berhikmah.Ini berbeza dengan guru yang mendidik secara BERHIKMAH. Mereka pandai meletakkan lembut dan kasar sesuai dengan tempatnya. Ada kala memuji dan ada kala memberi amaran. Ada waktu memberi hadiah dan ada waktu memberi rotan. Ada masa bersuara manja dan ada masa mengherdik.
KESANNYA… kelas berjalan lancar, tingkahlaku pelajar terkawal dan yang paling penting, rasa hormat pelajar tetap ada.Dengan keterangan-keterangan di atas, jelaslah bahawa “berhikmah” itu bukanlah “lemah-lembut” tetapi “bijaksana” sama ada lembut mahupun keras, asalkan tidak zalim.Seperti biasa, nasihat dan teguran dalam artikel ini adalah untuk “SASARAN UTAMA” sebagaimana yang dibincangkan sebelum ini.Firman Tuhan:“Dan tiadalah yang dapat mengambil pelajaran melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.”(Al Baqarah: 269)

Monday, July 09, 2007

Pesanan As-Syahid Hassan Al-Banna

IMAM Hassan al-Banna dilahirkan pada Oktober 1906 di sebuah desa al-Mahmudiyyah dalam al-Bahriyyah, Iskandariah, Mesir. Beliau berasal dari sebuah perkampungan petani yang terkenal oleh ketaatan ajaran dan nilai Islam. Keluarganya juga ulama yang dihormati. Bapanya, Sheikh Ahmad bin Abdul Rahman al-Banna adalah seorang ulama, imam, guru dan seorang pengarang terkenal. Imam Hassan al-Banna menjadi pemimpin dan pengasas gerakan Ikhwan Muslimin yang dihormati. Melalui kepemimpinan dan didikannya, Ikhwan Muslimin menjadi penggerak kebangkitan semula Islam abad ini. Antara wasiat beliau yang terkenal ialah:
• Apabila mendengar azan, maka bangunlah solat serta-merta walau dalam keadaan apa sekali pun.
Bacalah al-Quran, tatapilah buku ilmu, pergilah ke majlis ilmu, dan amalkan zikrullah serta jangan membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.
Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.
Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekali pun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa kebaikan.
Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah perkara yang sia-sia, malah menyakiti hati orang.
Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang dan janganlah bercakap melainkan yang memberi kebajikan.
Berkenal-kenalan dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
Kewajipan lebih banyak daripada masa yang ada pada kita. Oleh itu, gunakan masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskan pelaksanaannya.

Sunday, July 08, 2007

MENAGISILAH JIKA MENJADI PEMIMPIN.....

Penerimaan kaedah ini bermakna seluruh kepimpinan perlu bersedia bahawa jawatan yang dipegang akan dipertandingkan, dan bersedia untuk menerima keputusan dengan dada terbuka. Umumnya kita menyatakan bahawa kita hanya menawar diri untuk dipilih, bukan mendesak ahli untuk memilih kita. Sifat ini adalah suatu sifat yang sangat terpuji; kerana jawatan bukanlah sesuatu yang menjadi kebanggaan apatah lagi untuk merasa terhormat dengan jawatan yang disandang.
Menyedari bahawa jawatan adalah amanah besar yang terpaksa dipikul di dunia, dan ia terpaksa pula menjawab dihadapan Allah di hari akhirat, maka selayaknya seseorang itu menangis dengan jawatan yang dipegangnya. Bukan menangisi bila ia tidak dipilih; bahkan kalaulah kita menyedari betapa beratnya amanah ini, nescaya kita akan mengucapkan 'terima kasih' kepada sahabat yang tidak memilihnya, kerana mereka telah menolong meringankan kita di hadapan Allah di akhirat.
Mari kita meneliti pesanan Rasulullah s.a.w. kepada Abu Zar al-Ghifari yang datang memohon jawatan kepada Rasulullah s.a.w.;
"Wahai Abu Zar, kamu lemah sedangkan jawatan yang kamu minta ini adalah amanah. Dan dengannya (jawatan) kelak di hari akhirat kamu akan menyesal dan dukacita; melainkan kamu ambil kerana kamu layak memikulnya, dan kamu tunaikan pula amanah itu."
Abu Zar adalah sahabat nabi yang pernah pengsan kerana takutkan Allah, jauh berbeza dengan kita hari ini.
Sabdanya lagi: "Mana-mana pemimpin yang mengkhianati rakyatnya, maka ia di dalam neraka." (Riwayat Tabrani)
Sebenarnya terlalu banyak hadis yang sangat menggerunkan bagi orang yang memikul amanah, namun dikhuatiri akan tiada orang yang sanggup menerima jawatan yang diamanahkan kepadanya, maka memadailah dengan peringatan ini, menyebabkan ia takut untuk menerima jawatan yang diberi.
antara menerima dan menolak amanah memimpin
Lalu ada yang bertanya kalau demikian, apakah kita harus biarkan jawatan disandang oleh orang yang tidak layak untuk menguruskan organisasi parti kita. Kita melihat tidak timbul soal tidak layak, kerana semua pendokong kepimpinan yang ada adalah mereka yang sangat layak memikulnya.
Kita hanya memilih yang terbaik dari yang baik-baik, kerana itu sifat yang ada kepada kita adalah tidak melampau dalam mengharapkan jawatan untuk dimenangi, sehingga sekiranya kita tidak terpilih kita melakukan sesuatu diluar adab berjamaah, sehingga tindakan kita tidak menguntungkan jamaah bahkan menyusahkan jamaah.
Kalau diperingkat awal kita menyatakan 'saya hanya menawar diri', apa makna kalau kita tewas atau tidak dipilih kita rasa kecewa, melarikan diri dari jamaah, mendiamkan diri, mengharapkan dalam hati agar yang menang gagal dan kerjanya, bahkan lebih malang lagi kita mengambil sikap memusuhi pesaing kita.
Pendokong jamaah harus sedar dengan perangkap syaitan dan hawa nafsu yang sangat licik, untuk merosakkan dirinya dan menjauhkannya dari perjuangan Islam. Lantaran itu ucaplah tahniah kepada pesaing kita yang menang dan katakan kepadanya: "Tahniah atas kejayaan anta demi jamaah, dan ana akan bantu anta dalam urusan ini". Kata-kata begini dan seumpamanya akan melemahkan hawa nafsu jahat dan mengecewakan syaitan dari merosakkan kita.
jawatan bukan untuk direbut
Jawatan bukanlah sesuatu yang perlu direbut, tetapi menerima penyelesaian secara syura adalah baik. Sama ada untuk jamaah atau untuk diri penerima jawatan. Kita perlu menyedari bagaimana Baginda Rasulullah s.a.w. mengingatkan kita:
"Sesiapa yang menghendaki jawatan, sedang jamaah tidak meredainya, maka ia tidak akan ditolongi Allah dalam mengatasi masalahnya, dan sesiapa yang menerima jawatan sedang jamaah mengharapkannya, maka Allah akan membantunya dalam segala urusannya." (mafhum dari Hadis rasulullah s.a.w.)
Menerima kaedah syura bermakna redha dengan keputusan yang dibuat oleh jamaah ke atas diri kita, dan tidak dianggap redha seandainya kita meluahkan rasa kecewa di luar majlis itu. Demikian juga adalah malang bagi pimpinan seandainya menyatakan bangkangan kepada apa yang telah diputuskan oleh jamaah. Apa makna berada dalam jamaah seandainya kita tidak boleh redha dengan keputusan jamaah? Lebih malang lagi bilamana kita merasa bahawa kita lebih penting dari jamaah atau merasai jamaah akan lemah kerana tiadanya kita.
tidak boleh lari dari amanah
Menolak sesuatu jawatan yang diamanah juga merupakan suatu yang bertentangan dengan sifat jamaah. Seseorang pendokong jamaah hendaklah meletakkan kepentingan jamaah lebih dari kepentingan dirinya dan keluarganya, kerana itu ia tidak boleh lari dari menerima jawatan yang diamanah kepadanya.
Kita bukan berhadapan dengan budaya merebut jawatan, sebaliknya kita berhadapan dengan sikap ahli yang tidak mahu menerima jawatan. Sikap ini juga tidak membantu jamaah dalam membina kekuatan. Terkadang sikap ahli dan sebahagian pendokong jamaah yang enggan menerima jawatan diamanahkan kepadanya, menyebabkan timbul dua keadaan:
1) Jamaah kehilangan tenaga yang berwibawa, dan keadaan ini melambatkan kejayaan dalam perjuangan Islam.
2) Tindakannya mendedahkan jamaah kepada mehnah, fitnah sama ada akan ada yang menganggap jamaah membelakangkan orang yang dianggap layak; atau ia menjadi golongan yang suka komplen dan kritik kelemahan jamaah. Kerana mereka yang berada diluar padang sangat senang mengkritik pemain yang bermengah-mengah di tengah padang.
Melihat situasi muktamar kawasan, dewan-dewan, dan berakhir dengan muktamar Pusat nanti, maka sikap pendokong jamaah ialah tidak melampau dalam tindakan mengharapkan jawatan; tetapi di masa yang sama tidak melarikan diri dari jawatan seandainya jamaah mengharapkannya dan tiada yang lain darinya. Kerana zalim bukan sahaja meletakkan bebanan kepada yang tidak mampu; sebaliknya memberi kepada yang tidak layak juga adalah zalim./tajdid

Saturday, July 07, 2007

Agungnya Ciptaan Ilahi



Agungnya Ciptaan Ilahi .......

Saujana Hikmah penciptaanNya.

Marilah kita fikir sejenak dengan aqal yang Allah anugerahkan.Apakah kita boleh menjangkau apa yang Allah ciptakan.Mustahilkan....!!Renungilah sebagaimana Allah telah menempelakkan bahawa kita disuruh untuk memikirkan Kebesarannya.Fikirlah pada kebesaran Allah bukan memikir Zat Allah.

Saujana Hikmah PenciptaanNya




Agungnya Ciptaan Ilahi .......


Saujana Hikmah PenciptaanNya.

Tuesday, July 03, 2007

Menyingkap khazanah ilmu


Ilmu Allah Maha Luas.............
Satu kupasan untuk kita menggambarkan betapa ilmu Allah di muka bumi ini sangat luas.Bila mana kita menyebut ttg ilmu ini, satu cerita untuk saya tontonkan pada para sahabat bagaimana kisah Nabi Musa AS dengan Nabi Khidir AS yang mana satu cerita ketika mana mereka menaiki sampan dalam lautan, ketika datang seekor burung yang saya pun taktahu ukuran seekor burung tersebut(mungkin ada yang tahu dalam riwayat yang sohih) bahawa Nabi Khidir telah memberitahu Nabi Musa bahawa seekor burung yang berada di hujung sampan dan terus minum air lautan yang amat luas itu seraya Nabi Khidir menerangkan tentang HIKMAH disebalik air yang diminum itu bahawa itulah ilmu manusia yang sangat-sangat cetek sekali berbanding dengan ilmu ALLah yang Maha Agung..
Dewasa kini, bahkan dunia hari ini mereka seolah-olah berlumba untuk menyingkap atau membongkar mana-mana ilmu yang tidak lagi diketahui oleh manusia untuk tujuan dan niat mereka masing-masing. Bahkan dunia Barat khususnya mencipta satu gagasan "The New World Orde" iaitu sebagai satu pejajahan baru untuk memastikan mana-mana dalam dunia ini tidak kira sempadan agama, bangsa dan negara untuk menjajah dan menguasai supaya bangsa, agama, negara yang selain pada jiwa dan cita rasa yang bertentangan dengan mereka ini akan tunduk dan patuh pada Dunia Barat khususnya AMERIKA SYARIKAT yang dimanipulasi oleh satu "kuasa yang tersembunyi" iaitu gagasan ISRAEL yang dipanggil ZIONIS bertujuan untuk melenyapkan agama ISLAM, bangsa-bangsa selain daripada mereka yang mereka anggap bangsa-bangsa hina...Jelas satu peringatan yang perlu sedar wahai umat-umat Islam bahawa setiap hari umat-umat Islam digigit,dibaham,digonggong,dikecam,dicemuh,dihina dengan sewenang-wenangnnya oleh bangsa Yahudi dan Proksi Amerika yang mempunyai agenda mereka sendiri terhadap hasrat dengki dan kesumat rentetan kekalahan mereka terhadap perang Salib dahulu kala.Maka dengan cara ini mereka beranggapan bahawa merekalah "POLIS DUNIA @ ASKAR KESELAMATAN" menentang kononya di atas tema membanteras penjenayah @ pengganas walhal merekalah SYAITAN yang bertopengkan manusia...Sedarlah wahai saudara umatku.
Bertemu lagi dalam episod berikutnya...

Friday, June 29, 2007

Akhlak Medium Ampuh Syakhsiah Peribadi

AKHLAK

MERAJAH KAREKTOR PEMUDA
AKHLAK PERTAMA :
Akhlak Berjamaah . ( berorganisasi )
1.1 : FAHAM
Kekeliruan dan kecelaruan fikrah yang dialami oleh pemimpin dan anggota sebuah gerakan Islam adalah suatu penyakit yang parah mengakibatkan berlakunya salah faham terhadap perjuangan dan matlamatnya.
Seringkali tindakan yang tidak berasaskan kefahaman yang jelas dan tepat, menghasilkan natijah yang yang salah dan tersasar dari matlamat yang murni.
Lebih malang kiranya salah faham itu membentuk satu manhaj perjuangan yang salah sedang mereka merasakan itu adalah suatu yang benar. Akhirnya mereka berjuang di atas landasan yang salah untuk tujuan yang salah pula.
Apa yang saya ingin tegaskan di sini ialah perlunya kita merungkai krisis kefahaman ini agar kekeliruan dan kecelaruan dapat di atasi dan kembali meletakkan mereka di atas landasan perjuangan yang benar bersama misi dan visi yang tepat. Seterusnya mendapat redho daripada Allah swt.
Saidina Omar al Khattab pernah menegaskan :
تفقهوا قبل أن تسودوا
Fahamilah oleh mu ( akan perkara agama dan urusan kepimpinan/perjuangan ) sebelum kamu dipilih menjadi pemimpin .
من يرد الله به خيرا يفقه في الدين
Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah swt. kebaikan nescaya Ia diberi faham tentang agama .
Riwayat Imam Bukhari dan Muslim
Pertama : Memahami Ghayah .
Ghayah adalah matlamat akhir yang ingin kita capai dalam perjuangan ini. Justeru itu , ghayah atau matlamat akhir kita Allah Jalla wa A’la . Segala yang kita lakukan dalam perjuangan ini tidak boleh bermatlamatkan selain dari Allah azza wa jalla kerana kelak menjadikan kita menyeleweng dari petunjuk Ilahi.
و أن هذا صراطي مستقيما فاتبعوه و لا تتبعوا السبل فتفرق بكم عن سبيله
“ dan sesungguhnya inilah jalanku yang lurus , maka hendaklah kamu mengikutinya dan jangan kamu mengikut jalan – jalan yang lain kerana kelak akan menyelewengkan kamu dari jalan Allah swt.”
Surah al Ana'am : 153
Apabila kita benar – benar memahami bahawa matlamat akhir kita ialah Allah swt. , maka kita akan memiliki jiwa yang optimis terhadap kemenangan Islam yang kita perjuangkan dan hati yang tenang sekalipun berhadapan dengan cabaran yang getir lantaran tawakkal yang kukuh berpaut kepada Allah swt.
Allah swt. sebagai matlamat akhir perjuangan ini meletakkan kita ikhlas dan tajarrud dalam perjuangan demi mencapai nilai dan standard tawajjuh kepada Allah swt.
Saat itu , tidak akan berlaku lagi pergelutan dingin merebut jawatan kerana hubbur riyaasah atau gila jawatan atau berasa resah dan penat sehingga mahu menarik diri dari medan perjuangan yang serba mencabar ini .
Sebaliknya bangga dan puas dengan apa yang dilakukan untuk Islam ini , sekalipun hanya sebagai penampal poster dan pengedar handbill justeru matlamat akhirnya ialah Allah swt. yang pasti memberikan ganjaran bernilai terhadap usaha untuk menegakkan agamanya.
Saya harap semua pemimpin dan anggota jamaah kembali menghayati slogan perjuangan kita yang saya lihat sedikit sebanyak makin diabaikan :
الله غايتنا Allah Matlamat kita
الرسول قدوتنا Ar Rasul Ikutan Kita
القرآن دستورنا Al Quran Perlembagaan Kita
الجهاد سبيلنا Al Jihad Jalan Perjuangan Kita
الموت في سبيل الله أسمى أماننا. Mati Syahid di atas Jalan Allah setinggi – tinggi cita – cita Kita .
Kedua : Memahami Hadaf .
Hadaf ialah matlamat semasa atau objektif yang ingin dicapai bersama perjuangan ini. Gagal memahami hadaf atau objektif memungkinkan kita berjuang tanpa sebarang pencapaian atau paling tidak menjadikan kita sukar dan semakin jauh dari destinasi.
Sebagai contoh , antara hadaf yang ingin kita capai ialah tertegaknya daulah islamiyyah di atas tanahair kita.
Mereka yang memahami hadaf atau objektif perjuangan ini akan memastikan dirinya berjuang gigih tanpa lengah dan membazirkan waktu dengan perkara yang tidak mendatang faedah buat diri dan perjuangannya.
Apa yang lebih penting untuk tahqiqul hadaf , kita terlebih dahulu diwajibkan menghayati objektif yang ingin dicapai . Sebagai contoh tadi , Daulah Islamiyyah menjadi salah satu hadaf kita yang ingin dicapai , maka kita dituntut supaya memahami dan menghayati terlebih dahulu nilai dan ruh Daulah Islamiyyah di dalam jiwa dan kehidupan kita.
Al Imam Hasan Hudhaibi pernah menyebut :
أقيموا دولة الإسلام في قلوبكم تقم على أرضكم
Tegakkan Negara Islam dalam diri kamu nescaya ia akan tertegak di atas tanahair kamu
Malang , andainya kita meletakkan Daulah Islamiyyah sebagai objektif perjuangan ini sedang kita bukan sahaja tidak memahami prinsip dan ciri – ciri daulah islamiyyah bahkan tidak menunjukkan syakhsiyyah sebagai seorang pejuang yang berjuang untuk menegakkan syariat Islamiyyah .
Manakan tidak , semangat berkobar – kobar untuk menegakkan Negara Islam tetapi ibadat kita “hancur” , tawakkal kita lemah dan fikrah kita hambar . Tentu sahaja semangat tidak memadai untuk mencapai objektif yang telah kita gariskan .
Begitulah apabila kita turut meletakkan Dakwah Islamiyyah antara objektif kita. Kita mestilah terlebih dahulu menghayati criteria ad daaei atau pendakwah yang berkesan. Bahkan kita sewajibnya menguasai methodology dakwah yang efektif berasaskan maudhu’ dakwah yang tepat dan bersesuaian dengan tahap madu’u .
Bertindak melulu dalam usaha dakwah tanpa memahami dan menghayatinya inilah yang melahirkan pelbagai polemic dan kontraversi . Ada yang menggunakan perkataan kesat dan kasar dalam ucapan atau ceramah , akhirnya menjauhkan madu’u dari perjuangan kita .
Demikian juga sebuah penampilan yang tidak sesuai dengan masyarakat atau audien sehingga menimbulkan rasa jengkel di hati madu’u .
Firman Allah swt :
فبما رحمة من الله لنت لهم ولو كنت فظا غليظ القلب لانفضوا من حولك
Maka dengan rahmat Allah , engkau ( Muhammad saw ) berlaku lemah lembut terhadap mereka . Sekiranya engkau bersikap keras dan berhati kasar , tentulah mereka menjauhkan diri dari sekitarmu.
Surah Aali Imran : 159
Sebagai pemimpin biarpun di mana jua peringkat kepimpinan kita dan sebagai anggota sekalipun kita hanya ahli biasa , berilah perhatian terhadap persoalan ini. Fahami objektif atau hadaf ini sedalam – dalamnya .
Kita bukan berdakwah dan berceramah untuk mencari publisiti , apalagi laba duniawi . Kita berdakwah untuk membawa mesej perjuangan kita kepada masyarakat agar mereka menerima Islam.
Bertolak dari keinsafan ini , sampaikan Islam dengan penuh penghayatan terhadap kandungan Islam itu sendiri dan jiwailah ia dalam penyampaian kita agar dakwah kita menembusi jiwa madu’u.
Firman Allah swt :
ادع إلى سبيل ربك بالحكمة و الموعظة الحسنة و جادلهم بالتي هى احسن .
Berdakwahlah mengajak manusia kembali kepada tuhanmu dengan hikmah , nasihat yang baik dan debatlah mereka dengan cara yang terbaik.
Surah an Nahl : 125
Ketiga : Memahami Manhaj .
Landasan dan hala tuju perjuangan Islam sewajarnya diami secara jelasfah sebagaimana jelasnya Islam itu sendiri sebagai cara hidup yang diwahyukan Ilahi .
Al Quran dan Sunnah mendasari manhaj perjuangan kita . Kita bergerak dan membentuk polisi perjuangan berasaskan wahyu dan sunnah bukan nafsu dan aqal yang terpisah dari wahyu Allah .
Firman Allah swt :
ثم جعلناك على شريعة من الأمر فاتبعها و لا تتبع اهواء الذين لا يعلمون .
Kemudian kami telah meletakkan engkau di atas syariat ( peraturan agama ) , maka ikutlah peraturannya dan janganlah engkau mengikut nafsu mereka yang tidak mengerti.
Surah al Jaathiyah : 18
Secara organisasinya , jamaah kita berperlembagaan dan dipimpin melalui konsep syura. Kita telah menggariskan polisi dan manhaj perjuangan ini serta menurunkannya kepada setiap peringkat jamaah .
Ianya mesti difahami dan dihayati . Pengamatan saya mendapati masih ramai yang kabur mengenainya biarpun mereka telah lama menyertai jamaah . Fenomena ini berlaku kerana mereka menyertai jamaah tanpa memahami dan mendalami manhaj perjuangan.
Sebagai contoh , Jamaah kita mengambil pendekatan Muwaajahah bissilmi sebagai polisi perjuangan kita di Malaysia . Pendekatan ini merumuskan satu jawapan yang akhirnya membawa penyertaan kita dalam persada politik tanahair sekaligus menyertai pilihanraya.
Pihak yang tidak memahami manhaj kita sering menuduh bahawa kita salah dan bercanggah dengan syara’ kerana menyertai pilihanraya dan demokrasi . malangnya ada dikalangan ahli jamaah terpedaya dengan tuduhan tersebut. Ini adalah kerana mereka tidak memahami manhaj perjuangan sendiri .
Ada pemimpin yang turut keliru terhadap manhaj perjuangan mereka sendiri. Ini suatu yang sangat malang , namun ianya satu reality .
Realiti ini berlaku kerana sebahagian mereka tidak menyertai usrah atau liqa’ fikri anjuran jamaah sebagai medan untuk memahami dasar dan manhaj perjuangan. Saya sifatkan mereka yang menyertai jamaah tetapi tidak menyertai usrah sama seperti mereka masuk sekolah tetapi tidak masuk kelasnya.
Biarpun sekolah itu adalah sekolah yang ternama dan tersohor dengan kegemilangannya, tetapi keengganan memasuki kelas hanyak mengekalkan kebodohan dan kejahilan mereka. Tiada apa yang dapat mereka pelajari tanpa memasuki kelas.
Ketidakfahaman terhadap manhaj perjuangan inilah menyaksikan pelbagai aliran yang bercanggah cuba disogok kepada ahli jamaah .
Ada yang cenderung membawa aliran syiah semata – mata kerana tersilau dengan kehebatan Iran , sedang Iran bukan hebat kerana mereka syiah dan kita lemah bukan kerana kita ahli sunnah wal jamaah.
Mereka menjadi kuat kerana kesediaan pemimpin dan rakyat mereka menolak ideology barat dan menggerakkan kebangkitan rakyat mereka di atas nama jihad untuk menentang kuasa besar dunia yang digelar mereka sebagai syaithanul akbar.
Sementara masyarakat kita yang mendakwa diri mereka sebagai ahli sunnah wal jamaah tetapi menganut faham dan ideology barat serta mengikis semangat jihad daripada diri mereka. Ini menjadikan diri mereka lemah dibawah pengaruh barat .
Lantaran itu , membawa masuk fahaman atau aliran syiah ke dalam jamaah ini untuk menjadikannya kuat adalah suatu langkah yang salah dan tidak membawa sebarang faedah . Sebaliknya apa yang penting ialah menyalakan semangat jihad dikalangan ummah dan mendidik mereka agar menolak fahaman dan ideology asing dari terus menguasai minda dan jiwa ummah.
Begitu juga ada pihak yang cuba menyeludup aliran liberal memasuki jamaah untuk mengelirukan ahli dan terdapat juga yang anti ulama’ dengan tanggapan serong bahawa ulama’ tidak pandai dan mampu memimpin serta jahil berorganisasi.
Semuanya adalah terhasil daripada kekeliruan terhadap manhaj perjuangan sendiri .
Keempat : Memahami Bia’h . ( reality )
Kebenaran Islam mestilah disampaikan melalui kaedah dan cara yang benar , pula penampilan dan method yang tepat dan sesuai .
Perkara ini memerlukan kita memahami bia’h atau reality yang dihadapi dengan ijtihad yang tepat supaya Islam dapat sampaikan dengan baik kesetiap hati sanubari masyarakat , sementara dalam masa yang sama kita mestilah memelihara prinsip Islam.
Kita mestilah terbuka tetapi jangan hanyut dalam arus massa sebagaimana kita mestilah berprinsip tetapi jangan jumud dalam berfikir dan bertindak.
Tidak memahami bia’h menyebabkan kita bertindak salah dengan meletakkan suatu yang benar pada tempat yang salah dan masa yang salah pula.
Kajian terhadap tahap keupayaan minda masyarakat dan tuntutan ummah terhadap kehadhiran perjuangan kita serta keperluan jamaah dalam mendepani cabaran masa kini menjadi syarat dan bukti kita memahami bia’h.
Kita tidak boleh syok sendiri dan mementingkan diri serta mencari kepuasan sendiri tanpa memikirkan apakah pendekatan kita sesuai dengan zaman dan method kita diterima masyarakat umum ?
Kelima : Memahami Isti’dad . ( persediaan )
Allah berfirman :
و اعدوا لهم ما استطعتم من قوة و من رباط الخيل ترهبون به عدو الله و عدوكم
Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu akan musuh Allah dan musuh kamu .
Surah al Anfaal : 60
Kita tidak boleh berjuang semborono tanpa persiapan . Sungguhpun perjuangan ini membawa Islam sebagai dasar perjuangannya , kita tidak diajar menyerah kepada taqdir tanpa usaha gigih untuk membawa Islam kembali ke orbitnya yang mengatasi segala ideology yang dicipta oleh manusia.
Persediaan dan persiapan yang akan dilakukan mestilah pula mengambil kira kekuatan yang ada pada musuh dengan tidak lupa untuk menangani kelemahan yang ada pada kita .
Saidina Omar al Khattab menyatakan :
إنما تنقض عرى الإسلام عروة عروة اذا نشأ في الإسلام من لا يعرف الجاهلية
Akan terungkai tambatan Islam serungkai demi serungkai dari leher ummat Islam apabila berleluasa di dalam Islam mereka yang tidak mengetahui sepak terajang jahiliyyah.( musuh )
Persiapan kita mesti mantap terhadap 2 faktor kemenangan .
Faktor pertama ialah Faktor Penentu iaitu Allah Qadhi Rabbul jalil.
Hubungan kita dengan Allah mestilah akrab guna meraih taufiq dan nusrah buat perjuangan yang kita dokong ini justeru ia lah Tuhan yang akan menentukan kemenangan dan kejayaan kita .
Jangan putuskan hubungan antara kita dengan Allah swt. malah jangan biarkan hubungan kita dengan Allah berlangsung dalam keadaan hambar .
يا ايها المزمل قم اليل إلا قليل نصفه او انقص منه قليلا او زد عليه و رتل القرآن ترتيلا إنا سنلقى عليك قولا ثقيلا
Wahai orang yang sedang berselimut ! bangunlah pada malam hari kecuali sedikit iaitu separuh atau kurang sedikit dari itu atau lebih dari seperdua itu dan bacalah al quran dengan tartil , Sesungguhnya kami akan menurunkan perkataan yang berat kepadamu.
Surah al Muzammil : 1 - 5
Faktor kedua ialah Faktor Membantu .
Kita tidak boleh memandang sebelah mata terhadap factor - factor ini sekalipun ia hanyalah factor yang membantu . Faktor ini tergolong dalam ikhtiar yang diwajibkan oleh syara’ kepada kita .
Faktor ini dalam bentuk dana ekonomi yang kukuh , organisasi dan jentera penggerak yang mantap , anggota yang ramai , pengaruh yang lebar dan sebagainya.

Blog Archive