Thursday, September 29, 2011

kesihatan

5 Langkah Untuk Meningkatkan Kadar Metabolisme Badan.

5 Langkah Untuk Meningkatkan Kadar Metabolisme Badan.
1.Memakan Secara Lebih Kerap
Anda perlu makan secara sedikit tetapi kerap. Kekerapan yang sesuai adalah 5-6 kali sehari. Ini akan membuatkan anda sentiasa fikir yang anda sentiasa kenyang disebabkan banyak kali makan. Ini akan membuatkan kadar metabolisme badan anda meningkat disenbabkan proses penghadaman anda sentiasa berjalan berbanding dengan hanya 3 makan berat dalam sehai.
Dianggarkan sebanyak 10% daripada Kalori yang diambil dalam pemakanan anda akan digunakan untuk proses pencernaan dan penyerapan makanan. Kesimpulannya, semakin kerap anda makan, semakin meningkat kadar metabolisme anda.
2.Memakan Makanan Yang Pedas
Makanan yang peddas mengandingi capsaicin yang mana akan meningkatkan kadar metabolisme sebanyak 50% dalam tempoh 3 jam selepas makan. Ini adalah disebabkan juga oleh meningkatnya kadar degupan jantung.
3.Memakan Ikan
Dengan hanya memakan ikan, anda berupaya untuk membakar hingga 400 kalori makanan. Protein dalam makanan menyebabkan badan anda terpaksa meggunakan kalori yang banyak untuk mencernakannya. Selain itu juga, kandungan Omega-3 dalam ikan juga amat bagus untuk jantung anda.
4.Memakam makan yang Berunsurkan Fiber
Makanan yang berunsurkan fiber akan menyebabkan badan anda banyak menggunakan kalori untuk mencernakannya.
Beberapa fakta penting berkenaan fiber dan kalori adalah:
a)Untuk sesetengan makanan yang mengandungi fiber, badan memerlukan lebih ataupun hamper sama kalori untuk mencernakan makanan tersebut.
b)Sayuran yang mempunyai daun hijau yang gelap adalah sumber fiber yang bagus. Selain itu, buahan yang dikeringkan juga adalah merupakan sumber fiber yang sangat bagus. Contohnya adalah Aduki, Fava beans, whole wheat, pasta, raspberries, bran dan barli.
c)Gunakan air yang secukuonya bila memakan makanan yang berunsurkan fiber. Jika tidak, fiber akan mengumpulkan air dan nutrient lain dalam badan anda.
5. Meminum air yang secukupnya.
Meminum air yg secukupnya akan membolehkan badan anda bekerja seo ptimum yang mungkin. Bila proses pencernaan berlaku semaksimum mungkin , tubuh anda akan menggunakan banyak kalori.
Anda boleh mencampurkan sepotong lemon dalam air anda bagi memverikan sedikit rasa.

Friday, September 23, 2011

nasihat Al-Qamah

Nasihat al-Qamah: 5 cara pilih sahabat


NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana
pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:
Pertama,
pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri
kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua,
pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk
memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu,
jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka
menghitung-hitungka n (menyebutnya) .

Ketiga,
pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk
memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu
dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan
dirimu ia suka menutupinya.

Keempat,
pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu
daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu
dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia
suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima,
sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan
selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan
yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya,
dia suka mengalah untuk kepentinganmu. Dalam memilih sahabat kita hendaklah
memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk
memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

Thursday, September 22, 2011

PERUBATAN SARANAN RASULULLAH

PERUBATAN SARANAN RASULULLAH


Perubatan Saranan Rasulullah

Perubatan Saranan Rasulullah ialah halba.



Bagi yg tak pasti macam mana rupa halba ni rujuk gambar. Juga dikenali sebagai Kelabet. Halba berfungsi mengubah rasa makanan utama seperti kari dan sayur. Digunakan juga untuk membuat kuih. Dikenali sebagai;

cina: Hu Lu Ba

Inggeris : Fenugreek (Trigonella foenum-graecum L.)

Tamil : Vendayam



Halba selalu amalkan, utk stamina, kecergasan, juga utk menstabilkan gula dlm darah, sesiapa yg ada masalah diabetis boleh juga cara ni.

Cara-caranya :-
Goreng halba tanpa minyak - jgn plak sampai hangus
Masukkan dalam dalam bekas
Campurkan air panas, biarkan sehingga suam-suam kuku dan bolehlah diminum.
Jika diamalkan selalu, Insya-allah dpt membantu. (Drpd minum Coke yang takde khasiat) Lepas ni kita mesti ada stok a least 1 kilo halba kt rumah... heheh
Rasulullah saw bersabda :

"Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas ? "

Tak perlulah berbelanja lebih sedangkan ubat yang murah, berkesan dan mudah digunakan boleh didapati dengan mudah di kedai mamak sahaja.

Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib. Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makan Halba dan Korma Ajwa'. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya. Rasulullah saw kemudiannya bersabda :

" Gunakanlah Halba sebagai ubat"

( Qamus Al-Tibb � Ahad Qodamah-Mesir)



KEGUNAAN Halba
1. Diminum sebagai teh untuk
- Melancarkan haid
- Menghilangkan kembung,sebu dan senak
- Pencuci perut
- Menguatkan jantung
- Menghilangkan lender tekak
- Melegakan sakit kepala/ migraine
- Membuang angin
- Menyembuhkan buasir
- Senggugut
- Merangsang rahim
- Kegemukan
- Kurang berat badan
- Mengawal kencing manis
- Radang kulit dan Bisul

2. Teh Halba + Madu
- Kurangkan ketagihan rokok dan dadah
- Anemia

3. Untuk anak2 yang baligh
- kecergasan
- kekuatan badan
- Tumbesaran

4. Untuk ibu menyusu - ni memang aku dah buat..
- Banyakkan air susu

5. Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan wanita.
-Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati
pucuk.

Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan oleh Al-Abqirad ( Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani.

Di Terengganu halba adalah salah satu ramuan dalam adunan nasi dagang.

MANA NAK DAPAT Halba
Halba boleh dibeli di kedai mamak atau dah di pek secara komersil di pasaraya.

Wednesday, September 21, 2011

10 Serikandi Islam yang patut dicontohi

Berikut merupakan 10 serikandi agama tauhid yang wajar dijadikan contoh, khususnya oleh muslimah sekalian. Semoga keperibadian diri mereka menjadi pembakar semangat untuk kita memperbaiki diri kita dari semasa ke semasa, insya Allah.

1. Aminah binti Wahab Radhiyallahu 'Anha
Seorang wanita suci yang dipilih untuk melahirkan penghulu sekalian manusia, yakni Nabi Muhammad SAW, nabi junjungan mulia. Beliau bukan sekadar ibu dan wanita biasa, tetapi seorang wanita pengukir sejarah yang menggoncang dunia, tatkala anak yang dilahirkannya mengubah pola pemikiran masyarakat Arab jahiliyah kepada masyarakat yang mengagung dan meng-Esakan Allah SWT. Kehilangannya buat selama-lamanya di dunia ini ternyata memberikan suatu kesan yang mendalam terhadap diri Muhamamad b. Abdullah yang masih kecil dan tidak mengenal erti kehidupan.

2. Saidatina Khadijah binti Khuwailid Radhiyallahu 'Anha
Namanya dikenali oleh setiap muslim di muka bumi. Beliaulah merupakan wanita pertama yang beriman terhadap Allah dan Rasul-Nya. Beliau merupakan isteri pertama Rasulullah SAW yang berjuang bermati-matian untuk menegakkan kalimah Allah. Keharuman keperibadian mulianya harum dicium apabila sejarah mentintakan, beliau sanggup menghabiskan segala hartanya untuk Islam. Beliau juga menjadi penenang dan pendamping setia kepada Rasulullah SAW sewaktu Baginda SAW dalam keadaan tertekan akibat dicemuh dan dihina oleh kaum musyrikin Mekah. Beliau bukan sahaja seorang wanita yang cantik, beliau juga mengukir kejayaan dalam bidang perniagaan di Tanah Arab.

3. Saidatina 'Aisyah binti Abu Bakar Radhiyallahu 'Anha
Beliau merupakan isteri Baginda SAW yang paling romantik. Perasaan cemburu terhadap Saidatina Khadija radhiyallahu 'anha kadang-kala menyelebungi dirinya kerana kasih dan cinta terhadap Baginda SAW. Selepas kewafatan Saidatina Khadijah Radhiyallahu 'Anha, beliaulah yang menjadi penghibur kepada Rasulullah SAW dengan gaya lincahnya. Beliau sering berpenampilan kemas, cantik, dan memakai wangi-wangian yang disukai oleh Rasulullah SAW. Saidatina 'Aisyah Radhiyallahu 'Anha kembali ke rahmatullah pada hari Isnin malam Selasa, 17 Ramadhan tahun 58 Hijrah. Sebelum wafat, beliau sempat meninggalkan wasiat. Penuh sayu beliau membisikkan,

“Kuburkanlah aku pada waktu malam di Padang Baqi’, jangan di samping Rasulullah kerana aku sangat malu terhadap baginda.”

4. Saidatina Fatimah binti Muhammad Radhiyallahu 'Anha
Puteri Rasulullah SAW yang tinggi budi pekertinya. Beliau merupakan seorang isteri yang setia kepada Saidina Ali karramallahu wajhah walaupun suaminya adalah seorang lelaki yang miskin. Sanggup bersusah payah mengharungi hidup bersama suaminya. Kesanggupan untuk bersusah-payah untuk hidup bersama Saidina Ali r.a. jelas terpancar, apabila beliau sanggup melakukan kerja-kerja berat, tanpa pembantu, kerana Saidina Ali tidak mampu untuk mengupah pembantu untuk membantu Saidatina Fatimah. Beliau tidur berkongsikan 1 bantal dan kadang-kadang berbantalkan lengan Saidina Ali r.a..

5. Saidatina Asma' binti Abu Bakar Radhiyallahu 'Anha.
Bersusah payah menghantar makanan kepada Rasulullah SAW sewaktu Rasulullah SAW dan ayahandanya bersembunyi di gua Tsur. Pengorbanan ini bukanlah suatu pengorbanan yang calang-calang, kerana beliau sedang mengandung pada ketika itu dan sanggup bersusah payah mendaki bukit yang berbatu untuk menghantar makanan kepada Rasulullah SAW dan ayahandanya. Kebijaksanaanya terselah, apabila beliau menggembala kambing di belakangnya sepanjang perjalanannya menghantar makanan, supaya jejaknya dapat dihapuskan. Selain daripada menghantar makanan, beliau juga menjadi penyampai berita kepada Baginda SAW sewaktu Baginda SAW sedang bersembunyi di gua Tsur.

6. Saidatina Sumayyah binti Khubath Radhiyallahu 'Anha
Namanya terkenal dengan ketegasannya mempertahankan aqidahnya walaupun diseksa dengan amat kejam. Beliau pernah diseret bersama-sama keluarganya ke padang pasir yang amat panas sehingga menyebabkan kehausan, supaya beliau murtad daripada agama Allah. Namun, seksaan-seksaan yang diharungi tidak sedikitpun menggoyahkan imannya, bahkan menguatkan lagi keimanannya. Beliau gugur syahid setelah Abu Jahal Laknatullah menikamnya menggunakan tombak tepat di ulu hatinya.

7. Siti Muti'ah Radhiyallahu 'Anha
Namanya jarang dikenali oleh sebahagian daripada kita. Tetapi, Rasulullah SAW menyarankan Saidatina Fatimah Radhiyallahu 'Anha untuk bertemu dengannya disebabkan kemuliaannya yang memuliakan suaminya. Beliaulah pelayan kepada suaminya. Mulianya serikandi Islam ini sehingga beliau menyediakan rotan kepada suaminya, agar suaminya memukulnya sekiranya beliau memberikan layanan buruk kepada suaminya.

8. Saidatina Maryam
Wanita suci yang sentiasa memelihara kehormatan diri daripada disentuh mana-mana lelaki. Rahimnya dipilih oleh Allah untuk mengandungkan Nabi Isa a.s. walaupun tiada benih yang disemai di dalam rahimnya.

9. Permaisuri Asiyah
Seorang serikandi agama Tauhid yang bermati-matian mempertahankan anak angkatnya, Nabi Musa a.s. daripada ancaman suaminya, Firaun Laknatullah. Beliau langsung tidak gentar terhadap ancaman Firaun dan konco-konconya. Akhir hayatnya, beliau diseksa oleh Firaun dengan satu seksaan yang kejam. Firaun mengarahkan orang suruhannya untuk memancangkan kedua-dua kaki dan tangannya dengan empat pancangan kemudian dibiarkan sinar mentari membakar tubuhnya. Firaun menyuruh mereka mencari batu besar untuk dihempap di atas badan Permaisuri Asiyah.

Kemudian, Asiyah berdoa, "Ya Tuhanku, bangunkanlah daku untukku rumah di syurga di sisi-Mu". Sebelum batu itu dihempap di atas badannya, malaikat telahpun mencabut nyawanya, dan beliau tidak merasai kesakitan seksaan Firaun.

10. Kabsyah binti Rafi' Radhiyallahu 'Anhu
Sahabiyyah ini adalah antara wanita mukminah yang menyajikan jalan-jalan tauladan dan termasuk salah seorang wanita yang memberikan kesaksian kebenaran bagi Rasulullah. Baginda Rasul turut menjanjikan imbalan kebaikan dan mendoakan barakah baginya. Ketika iklim iman menggantikan kegelapan jahiliyyah dan mentari hidayah mulai terpancar di tanah Madinah, sahabiyyah ini hidup dan tampil sebagai penolong bagi Islam, mencurahkan sekalian yang dimiliki dan menjadi ibu kepada dua orang anaknya yang gugur sebagai syuhada’; dua pahlawan Islam yang segar di dalam medan sejarah.

Beliaulah ibu yang Arasy Ar-Rahman pun bergoncang kerana kematian anak-anaknya. Beliaulah ibu yang memutuskan perkara dengan hukum Allah dari atas langit ketujuh. Anak beliau ialah penjaga Rasulullah ketika Perang Badar, yang juga pemegang panji dari golongan Ansar, serta salah seorang ahli majlis syura Rasulullah ketika itu. Anak beliau adalah As-siddiq kedua setelah Abu Bakar. Anak beliau jugalah wakil Rasulullah di saat Perang Buwath. Dari rumah pasangan Kabsyah bintu Rafi’ dan Muadz bin An-Nu’man inilah, lahirnya sosok-sosok peribadi Saad bin Muadz, Amru bin Muadz, Iyas, Aqrab dan Ummu Hizam. Maka, setelah mendengarkan nama-nama ini, masihkah kita menginginkan tambahan karamah untuk memuliakan beliau?

Tuesday, September 20, 2011

Mulut Firaun disumbat Malaikat sebelum tenggelam

Mulut Firaun disumbat Malaikat sebelum tenggelam

Dari Sa’id bin Jubeir dari Ibnu ‘Abbas radhiya’l-lahu ‘anhuma meriwayatkan: “dua orang Sahabat menghadap Rasulullah (menanyakan tentang Fir’aun). Sabda Nabi s.a.w: “Malaikat Jibril menyumbat mulut Fir’aun dengan pasir, khuatir kalau-kalau akan mengucapkan: la ‘ilaha illa’l-lah”[1]

Hadits di atas umumnya dapat kita temui pada perbahasan ayat tenggelamnya Fir’aun, surah Yunus ayat 90, di mana Allah berfirman: “Dan Kami memungkinkan Bani Israil melintasi laut, lalu mereka diikuti oleh Fir’aun dan bala tentaranya, kerana hendak menganiaya dan menindas (mereka); hingga bila Fir’aun itu telah hampir tenggelam berkatalah dia: Saya percaya bahawa tidak ada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan saya termasuk orang-orang yang berserah diri (kepada Allah).” (Qs. 10:90) .

Pada detik-detik naza‘nya, malaikat Jibril melihat gelagat Fir’aun akan mempergunakan kesempatan dalam kesempitan. Allah Ta’ala memerintahkan malaikat Jibril untuk mengambil nyawa Fir’aun dengan cara menyumbat mulutnya dengan pasir, supaya tidak boleh mengucapkan keimanan dan pertaubatannya. Akhirnya Fir’aun mati dengan mulut disumbat dan jauh dari rahmat Allah s.w.t.(Tafsir Al-Kasyaf, 21 202). Kerana iman dan taubat pada pada masa ini, tiada guna sama sekali.


Mengutip Tafsir Syeikh Sa’di, ada dua keadaan di mana iman tidak berguna pada masa itu iaitu beriman di hujung sakaratul maut danberiman menjelang hari Qiamat, sesuai firman Allah dalam surah Al-Mu’min:85.

Fir’aun mati di Laut Merah atau laut Qalzum atau sebelumnya popular dengan nama FAM AL-HAIRUTS, dekat terusan Suez, pada tanggal 10 Muharram dan kerana itulah ada syari’at shaum ‘Asyura, setelah sebelumnya menyatakan taubat dan yakin akan Tuhan Allah s.w.t. Dan inilah taubat yang tertolak (Qs. 10:90)

Fir’aun kafir sejak bayi
Di antara perkara yang aneh dalam din Fir’aun adalah fitrah kejadiannya. Umum-nya bayi diciptakan oleh Allah dalam keadaan fitrah, tapi nampaknya hadits ini dikecualikan terhadap bayi Fir’aun. Kerana sejak bayi sudah kafir di dalam perut ibunya.

Bunyi hadits “wa khalaqa fir’aun fi bathni ummihi kafiran,” dan Fir’aun dijadikan (oleh Allah) dalam perut ibunya dalam keadaan kafir. (HR. Ibnu ‘Adi dalam Al-Kamil dan Imam Thabarani dalam Al-Ausath). Semasa menyampaikan hadits ini Rasulullah s.aw sedang berkhutbah di hadapan para sahabat pada petang hari.

Ahli sejarah terpecah dua; ada yang mengatakan Fir’aun itu nama orang (ismul ‘ajam), yang lain dan terbanyak mengatakan Fir’aun itu gelaran bagi raja yang lupa daratan. Tapi yang jelas, nama ini pertama kali dipakai oleh Walid bin Mush’ab bin Rayyan, keturunan Lois bin Sam bin Nuh.

Fir’aun Di Zaman Nabi Musa naik takhta pada 1311 SM adalah firaun yang Allah di binasakan bersama 700.000 pasukannya di Laut Merah, mayatnya Allah selamatkan, pada waktu syuruq (matahari terbit), menurut Tafsir Muqatil (Qs. 10:90).
Lalu siapa Firaun Tutankhamun yang sering dikatakan sebagai Firaun yang Tenggelam di Laut Merah?

Mayatnya diawetkan dengan pembalseman dalam bentuk mumi yang kini disimpan di museum Mesir di Kaherah dengan berbagai macam hikmah sejarah. Mumi ini ditemui pertama kali oleh ahli kaji purba Perancis, Loret, di Wadi al-Muluk (lembah raja-raja) Thaba Luxor Mesir pada tahun 1896 M. Pembalutnya dibuka oleh Eliot Smith, seorang ahli kaji purba Inggeris pada 8 Julai 1907.

Satu gelaran yang mengarah pada penghormatan. Pada masa inilah gelaran boleh makan tuan. Gelaran menyeret pemiliknya pada kesombongan, sehingga boleh lupa daratan. Fitnah ghuluw (penghormatan, fanatik) muncul dari pemujaan gelaran yang melewati batasan.

Perhatikanlah pesanan indah dari Imam as-Syafi’i rahimahullah berikut ini: Berkata Imam as-Syafi’i: “aku benci orang yang terlalu mengagungkan makhluk, hingga menjadikan kuburnya (di/sebagai) masjid. Aku khuatir terjadi fitnah atasnya dan fitnah atas orang sesudahnya.”

[1]Shahih, HR. Turmudzi [3107]; Ahmad [2145], at-Thabari [11/163]; Ibnu Hibban [6215]; Nasa’i [6/363]. Dishahihkan oleh Syeikh Albani dalam as-Shahihah [2015] dan Shahih Sunan Turmudzi [2484]. Dishahihkan juga oleh Syeikh Syu’aib Arnouth, Tahqiq Shahih Ibnu Hibban [14/98]

Monday, September 19, 2011

Bagaimana Bercouple Cara Islam?

Bagaimana Bercouple Cara Islam?


Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi Dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti sedia Ada jika manusia akan diperintahkan untuk membunuh fitrahnya itu?
Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan Dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya.
Rasulullah s.a.w. Pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin mengasihi Dan dikasihi atau mencintai Dan dicintai.
Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri. Islam telah menggariskan panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini.
Ustaz Hassan Din telah memberikan pendapatnya mengenai hal ini dalam Al-Kulliyah di TV3 pada 28 Julai 2006. Tajuk perbincangan Al-Kulliyah ketika itu agak menarik ; iaitu "Jodoh".
Masyarakat Sudah Lari
Apabila diminta memberikan pendapat beliau, beliau telah mengatakan bahawa cara masyarakat sekarang mengendalikan perihal jodoh telah lari daripada syariat yang sepatutnya.
"Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita Dan ingin menjadikan teman hidupnya, sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan tadi untuk menyatakan niatnya untuk masuk meminang.
Tetapi masyarakat sekarang silap. Mereka terus berjumpa dengan empunya diri Dan terus menyatakan hasrat hatinya. Kemudian mereka bercinta, berjanji, bersumpah setia Dan segala-galanya. Sedangkan ibubapa mereka langsung tidak tahu akan hubungan mereka itu. Setelah sekian lama bercinta, apabila ingin melangsungkan perkahwinan, mak Dan ayah tidak bersetuju dengan mengeluarkan pelbagai alasan," terang beliau.
Konsep Meminang
Beliau juga menerangkan konsep peminangan ini. Kata beliau, "Ibu bapa mungkin sudah Ada pilihan mereka sendiri. Oleh itu, dengan menyatakan niat kepada ibubapa, mereka akan berjumpa sendiri dengan wali perempuan tadi untuk mengenali keluarga Dan calon menantu mereka dengan lebih jelas.
Setelah kedua-dua pihak bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan, iaitu kedua-dua insan tadi telah menjadi tunang. Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah haram perempaun itu dipinang oleh lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. Dalam hadis baginda.
Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki Dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan," jelas beliau lagi.
Namun begitu, Ustaz Hassan Din menegaskan bahawa bertunang bukan merupakan lesen yang membenarkan kedua-dua pasangan bermesra-mesra seperti suami isteri. Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain Dan bukannya untuk bercinta.
Pasangan yang telah bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga. Selagi belum bernikah, mereka tetap dua insan yang bukan mahram Dan masih perlu manjaga batasan-batasan Islam seperti yang telah dibincangkan sebelum ini.
Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.
Perigi Cari Timba
Ada pula yang berkata, "Cara ini untuk lelaki bolehlah. Untuk perempuan, tak sesuai. Nanti orang kata, 'macam perigi mencari timba', 'wanita tidak bermaruah' Dan macam-macam lagi." Sabar dahulu saudari.
Sebenarnya ini merupakan pemikiran songsang yang telah diterapkan dalam masyarakat Melayu Kita. Sebetulnya Kita berbalik kepada Islam itu sendiri. Bagaimanakah Islam mengajar wanita yang berkeinginan bernikah untuk menyuarakan keinginanya? Mari Kita kaji sirah.
Bukankah perkahwinan teragung antara junjungan Kita, Nabi Muhammad s.a.w. Dan Siti Khadijah r.a. Dimulakan dengan Siti Khadijah menzahirkan keinginannya? Ketika mengetahui sifat-sifat mulia yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w., beliau merasakan yang dia tidak akan menjumpai sesiapa yang lebih layak untuk dijadikan suaminya melainkan Baginda. Oleh itu Siti Khadijah menyuarakan keinginannya kepada pakciknya, Abbas, agar merisik Muhammad s.a.w. Sesudah pihak Baginda bersetuju, barulah keluarga Nabi menghantar rombongan meminang. Begitulah yang diajarkan dalam sirah.
Jadi, tiada salahnya wanita yang memulakan dahulu. Bukankan itu lebih mulia, menyuarakan keinginan Dan kebersediaan untuk mengikuti sunnah baginda Rasulullah s.a.w.?
Cuma biarlah caranya sesuai dengan cara masyarakat Kita. Jika seorang wanita itu telah mempunyai calon suami yang baik Dan soleh, suarakan-lah kepada ibu bapa supaya mereka dapat menghubungi pihak keluarga lelaki tersebut. Biar orang tua yang menguruskan, Kita cuma mencadangkan. Kalau kedua-dua pihak setuju, alhamdulillah. Maka pihak lelaki boleh masuk meminang.
Indahnya Cara Islam
Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup teratur Dan sitematik. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat Dan perkara-perkara lain yang tidak diingini. Dalam masa yang sama, IA menuju kepada pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh semua manusia kerana itulah fitrah insani. Insya-Allah jika segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah Dan bukan atas dasar nafsu Dan keduniaan semata-Mata, Allah akan mempermudah urusan itu.

Thursday, September 15, 2011

solat dan rahsianya.

Disalin dari email Pn Nurul Hafiza

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan
diserap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing
bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan
frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh
mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu
Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulangkali, lama kelamaan akan menghadapi masalah
komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti
berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain
jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.Tenaga inilah
yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang
terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan
masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang
berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.
Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi
masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum
warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi
system reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya
kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ...).
Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan
oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini
menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat
bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga
seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la ...) kerana banyak interferens
(pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Waktu inilah fenomena buta ayam terjadi.
Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.
Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan
dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.
Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya,inilah waktu tidur dalam Islam.
Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya
ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.
Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah
sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi
yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga
alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat
solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini
seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih
dan penyayang-Nya sebagaipencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat
berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya..."

Sunday, September 11, 2011

Sejarah Terciptanya Tembakau

Rasulullah SAW pernah bersabda (maksudnya) :


Kelak akan datang kaum-kaum di akhir zaman, mereka suka menyedut asap tembakau dan mereka berkata: Kami adalah umat Muhammad padahal mereka bukan umat ku dan aku juga tidak menganggap mereka sebagai umat ku, bahkan mereka adalah orang yang celaka.



Abu Hurairah R.A yang mendengar sabda tersebut bertanya : Bagaimana sejarah tembakau itu tumbuh wahai Rasulullah?



Sabda Rasulullah SAW : Sesungguhnya setelah Allah menciptakan Adam dan memerintahkan para malaikat untuk sujud (tanda penghormatan) kepada Adam, seluruh malaikat kemudian sujud kepadanya kecuali iblis. Dia enggan, sombong dan termasuk orang-orang yang kafir. Allah bertanya kepada iblis : Wahai iblis apa yang menyebabkan kamu tidak mahu sujud ketika Aku memerintahkan mu? Kata iblis : Aku lebih baik darinya, aku tercipta dari api sedangkan ia dari tanah. Allah berfirman: Keluarlah engkau dari syurga, sesungguhnya engkau terkutuk dan engkau dilaknat hingga akhir. Iblis keluar dalam ketakutan hingga terkencing-kencing. Dari titisan kencing iblis itulah tumbuh sejenis tumbuhan yang dinamakan pokok tembakau.



Nabi bersabda lagi : Allah memasukkan mereka ke dalam neraka dan sesungguhnya tembakau adalah tanaman yang keji.

P/S:- sapa yang hisap rokok dia hisap air kencing IBLIS LAKNATULLAH

Saturday, September 10, 2011

harga sebutir nasi

Erti Sebutir Nasi


Jurugambar Bernama Noramfaizul Mohd Nor meninggal dunia setelah terkena tembakan curi semasa membuat liputan di Mogadishu, Somalia. Alfatihah buat Arwah. Tapi yang tak bestnya bukan kisah arwah yang meninggal tapi macam-macam isu hangit yang timbul sebab politik. Syahid ke tak? Salah siapa hantar arwah ke sana, duit insuran bla..bla..bla..Boringnya..

Kerana isu hangit ini, kita ter’miss’ isu utama yang seharusnya kita fokus. Penderitaan saudara seagama kita di Somalia terutama kanak-kanak yang menderita kebuluran dan wabak penyakit.



Gambar di atas ialah gambar yang sangat popular jika kita menyebut kanak-kanak kebuluran. Pasti korang pernah melihat gambar ini tetapi tahukah anda cerita di sebalik gambar di atas?

Gambar tersebut diambil oleh Kevin Carter, seorang jurugambar yang berasal dari Afrika Selatan. Gambar tersebut diambil tahun 1993 di selatan Sudan dan di bulan May 1994 Carter memenangi Pulitzer dari gambar ini.

Gambar yang korang lihat adalah gambar seorang gadis kecil yang hampir mati kelaparan, manakala di belakangnya kelihatan seekor burung pemakan bangkai yang menanti dengan sabar masa untuk memakan gadis kecil tadi.

2 bulan selepas menerima penghargaan Pulitzer, Kevin Carter membunuh dirinya dengan cara menyedut gas beracun yang dihubungkan melalui sebuah paip ke dalam pick up truknya.

Menurut pengakuan seorang rakannya, Carter dikatakan mengalami tekanan yang sangat berat dan tidak berhenti-henti menangis dan menyalahkan dirinya sendiri.

Ini kerana selepas mengambil gambar tadi, Carter terus meninggalkan gadis kecil itu sendirian dan hingga kini dunia tidak mengetahui apa yang terjadi pada gadis itu selepas itu.

Selepas itu Kevin Carter dihantui perasaan bersalah dan dunia juga demikian.

Semoga ini dapat mengubah cara pandangan kita dalam menggunakan nikmat yang dianugerahkan Allah Taala kepada kita..
Samada nikmat sihat, rezeki atau setiap nikmat pada sebutir nasi yang terbuang dari pinggan kita..!

Mungkin tidak banyak yang dapat kita lakukan untuk membantu mereka..Hutang kita sendiri menimbun, tarif elektrik pun dah naik, topup pun sudah dikenakan caj perkhidmatan.
Tapi sekurang-kurangnya kita mulakan dengan langkah kecil untuk sedar, bersyukur dan berterima kasih pada Allah kerana kita termasuk makhluk yg beruntung, dapat makan secara rutin tiap-tiap hari, makan lemang dan rendang yang enak di pagi raya, membeli lepas tu belah di bazar ramadhan lalu, beli ini itu…

Walaupun memang rezeki kita sedikit atau cukup makan, tetaplah bersyukur dan manfaatkan sebaik-baiknya, kalau rezekimu banyak bersyukurlah dan sedekahkan sebanyak yang boleh.

“Satu yg terpenting, kita selalu mengeluh dan kufur nikmat yang Allah berikan kepada kita;

“PAKAI HP INI TAK STANDARD”, “PAKAI BAJU INI TAK MACHO, “PAKAI KERETA NI TAKDE KELASS”, sedangkan di luar sana ramai orang yang sentiasa memohon dan berusaha supaya tetap hidup. Berdoa hanya untuk terus hidup!!!”

Jadi, harap kita mengerti maksud sebutir nasi yang terbuang dari pinggan. Saya yakin, belum sempat lidah korang bergerak untuk menjawab, hati korang sudah menjerit dari tadi.

Thursday, September 08, 2011

Rekonstruksi Semula Sejarah?

Rekonstruksi Semula Sejarah?

Dan begitulah, dengan alasan yang kompleks dan menjengkelkan, sejarahttp://www.malaysiadesignarchive.org/images/prints/books/kenangan_sejarah1974.jpgh silam ditarik sekali lagi kepada kenyataan sekarang; sementara kita rakyat Malaysia terus membenamkan kepala ke dalam tanah dan melupakan masa depan.

Kini kebanyakan kita tentu sudah mangli dengan kontroversi kecil yang mendapat liputan besar dan disiarkan sebagai tajuk utama: iaitu persoalan sama ada pergelutan yang terjadi dalam serangan ke atas balai polis Bukit Kepong harus dikenang sebagai detik historis dalam sejarah perjuangan bangsa Melayu menuntut kemerdekaan.


Malangnya kepada semua parti yang terlibat kelihatan isu ini telah dirampas oleh politik dan ahli politik lagi, seperti yang lazim berlaku di Malaysia hampir setiap hari. Lebih membimbangkan ialah bagaimana keragaman aspek dalam peristiwa ini diangkat secara selektif oleh parti dan aktor yang berlainan untuk melanjutkan hujah mereka, dan mengenepikan kepentingan untuk melihat dalam konteks yang lebih luas terhadap landas yang memunculkan peristiwa ini. Adalah mustahil untuk bersikap objektif dalam hal yang berkait dengan penulisan dan pembacaan sejarah, dan kemungkinan kita dapat menyingkirkan kepura-puraan tersebut. Tetapi buat ketika ini mungkin sebahagian nota pinggir mengenai hal tersebut akan bermakna untuk membuka ruang pencerahan dan perjernihan sedikit sebanyak.
Adakah PAS pro-Komunis? Soalan yang cukup janggal.. Mana mungkin parti Islam sokong Komunis!Adakah PAS pro-Komunis? Soalan yang cukup janggal.. Mana mungkin parti Islam sokong Komunis!A. Adakah PAS pro-Komunis?
Salah satu hasil dari perdebatan ini adalah kebangkitan semula pertanyaan lapuk sama ada PAS (Parti Islam se-Malaysia) adalah pro-komunis dalam sejarahnya ketika itu. Hal ini kelihatan sebagai satu pertanyaan yang janggal untuk dikemukakan sama sekali, kerana nyata tidak serasi bagi parti Islam untuk menaruh rasa simpati terhadap fahaman komunisme, yang sering dipandang sebagai pencetus masalah terhadap cita-cita Islam. Tetapi harus diingat bahawa ketika parti Islam Malaya didirikan pada November 1951, banyak pengasas yang membinanya adalah nasionalis yang anti-penjajah yang ingin melihat tamatnya pemerintahan British di Tanah Melayu. Sebahagian daripada mereka adalah bekas ahli Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan juga parti Islam yang pertama di negara ini, Hizbul Muslimin (yang berhasil didirikan, dan sejurus kemudian diharamkan, pada 1948).
Sejarah kekirian PAS mencapai kemuncaknya di bawah teraju Presiden Dr Burhanuddin al-Helmy (1956-1969), yang tidak menyembunyikan penentangannya terhadap undang-undang British dan antara yang enggan menetapkan perundingan untuk mencari penyelesaian dengan British. Dr. Burhanuddin melahirkan rasa simpati terhadap Parti Komunis Malaya (MCP), yang berkongsi perasaan anti-British dengannya; tetapi ini tidak bermakna beliau mendukung Komunisme sebagai suatu ideologi. Pendirian PAS terhadap MCP ketika itu (dalam dekad 1950an dan 1960an) justeru adalah cukup pragmatik yang berlatarkan satu matlamat bagi menolak pemerintahan kolonial British. Bagaimanapun, harus disedari bahawa PAS juga turut gusar dengan pengaruh Beijing di rantau ini, dan tiada alasan untuk mencadangkan bahawa pemimpin PAS sedia menerima Tanah Melayu diperintah di bawah telunjuk Komunis, baik secara langsung atau tidak, dari Beijing.
B. Adakah parti MCP alat kepada Komunis China?
Kenyataan bahawa MCP dan sayap gerilanya menentang apa jua dan sebarang bentuk penjajahan pemerintah British adalah mudah untuk dibuktikan, dan rekod perjuangan mereka dalam membakar semangat anti-kolonial tersedia bagi sesiapa untuk menyiasat. Persoalan yang lebih sulit untuk dijawab bagaimanapun adalah ini: sejauh mana bebasnya MCP, dan adakah ia – sebagaimana didakwa British – bekerja untuk melanjutkan pengaruh komunis China di rantau ini waktu itu? British kadangkala kaku dalam menangani hal MCP, dan harus diingat bahawa lakaran imej MCP sebagai ‘ancaman bangsa Cina’ adalah hasil bikinan agensi propaganda penjajah British ketika itu.
Di sini, bagaimanapun, perspektif yang lebih luas tentang perkara ini mungkin berguna. Fikirkan tentang Malaya pada tahun 1950an dan layari rantau ini secara menyeluruh, tatkala Perang Dingin sedang hangat. Di Vietnam, Burma dan Indonesia parti Komunis sedang menggembling kekuatan dengan jumlahnya; dan boleh jadi kebimbangan terbesar terhadap Britain ketika itu (seperti yang digusarkan oleh penjajah Perancis dan Belanda yang pergi) adalah kemungkinan seluruh Asia Tenggara menjadi wilayah Komunis. Harus diingat bahawa ini adalah masanya ketika rantau ini digelar ‘Benteng Kedua dalam perang terhadap Komunisme’; dan tatkala blok Barat ingin memastikan bahawa Indonesia – sebagai negara terbesar di rantau ini – tidak akan jatuh ke tangan Parti Komunis Indonesia (PKI).
D. N. AiditD. N. AiditDi Indonesia, PKI bangkit dengan tangkas dan menggarap kuasa di bawah kepimpinan manusia seperti D.N. Aidit, dan cukup instrumental dalam membangunkan kekuatan militer rakyat yang kemudiannya mencetuskan gerakan pembantaian ke atas Malaya dalam kempen ‘Ganyang Malaya’ (Hancur Malaya). Hanya setelah kegagalan menggerakkan rampasan kuasa pada 1965 dan penghapusan yang nyata parti PKI antara 1966 hingga 1970 ancaman Komunis di Indonesia reda, dan ikatan antara Malaya dan Indonesia kembali normal.
Berlatarkan hal inilah muncul ketakutan terhadap MCP – dan kebimbangan bahawa ia didukung oleh China – yang disuarakan dan dicanai di Malaya. Sementara adalah benar bahawa MCP anti-British, tiada bukti untuk mencadangkan bahawa ia mendakwa akan dukungan majoriti di kalangan masyarakat utama Melayu-Muslim di negara ini, walaupun terdapat askar melayu dalam Regimen ke-10.
C. Harus Berunding atau Bertempur?
Kemungkinan isu yang paling sengit daripada semua ini adalah sama ada perjuangan menuntut kemerdekaan sebenarnya diperjuang dan dimenangi oleh Sosok Kiri, Islamis atau Nasionalis di Malaysia. Di sinilah medan jangkaan dan seseorang cuma dapat meneka dan membuat spekulasi. Kenyataannya adalah langkah keselamatan yang diperkenalkan sewaktu pengisytiharan tempoh Darurat yang Pertama (1948-1960) bererti hampir kesemua parti dari golongan-kiri, gerakan kesatuan peniaga, kumpulan pekerja, dan lain-lain dihapuskan atau disingkirkan. Mereka yang tinggal untuk meraih keuntungan daripada hal ini adalah pejuang kebangsaan yang konservatif yang memilih untuk menerima perundingan tentang syarat kemerdekaan Tanah Melayu, dan mereka yang merundingkan beberapa isu termasuk hak kerakyatan kepada yang bukan Melayu dan lain-lain.
Tetapi tidak kira bagaimana seseorang melihatnya, kenyataan dalam sejarah adalah gerakan sosok-kiri di negara ini ditubuhkan lama sebelum parti dan gerakan kebangsaan-konservatif muncul. (parti Anarki Melayu diasaskan pada 1919, sebagai contohnya; dan parti MCP pada 1930. Sebaliknya MCA hanya ditemui pada Februari 1949.)
Tentu kita boleh mengandaikan spekulasi sepanjang mana jua berkait dengan persoalan yang banyak tentang ‘bagaimana sekiranya’ situasi lampau itu berbeza. Bagaimana sekiranya MCP tidak diharamkan? Bagaimana sekiranya MCP berhasil dalam kempen gerilanya? Bagaimana sekiranya separuh rakyat Melayu mendukung sayap kiri, dan seterusnya.
Britain tidak ‘melepaskan’ Malaya dengan kerelaannya, tetapi terpaksa melakukannya kerana kemusnahan ekonomi kolonialnya di saat Perang Dunia Kedua.Britain tidak ‘melepaskan’ Malaya dengan kerelaannya, tetapi terpaksa melakukannya kerana kemusnahan ekonomi kolonialnya di saat Perang Dunia Kedua.Tetapi dalam peristiwa sebenar, sebagaimana ia berlaku, sosok kiri yang radikal semuanya menghilang pada saat akhir perundingan dan hanya gabungan UMNO-MCA yang berhasil mengaturkan syarat akhir pengunduran British dari Malaya. Jangan jadi terlalu optimis tentang ini: Britain tidak ‘melepaskan’ Malaya dengan kerelaannya, tetapi terpaksa melakukannya kerana kemusnahan ekonomi kolonialnya di saat Perang Dunia Kedua. Matlamat utamanya ketika itu adalah untuk memastikan pelaburan pentingnya di bekas tanah jajahannya tidak dimilik-negarakan, seperti dalam kes di Indonesia ketika Sukarno merampas semua aset kapital pemerintah Belanda dan memilik-negarakannya. Tidak mengejutkan, Britain mahu memastikan pelaburannya dalam bijih dan getah tidak lenyap ketika ia berundur.
Bagaimanapun kita ditinggalkan dengan beberapa hal untuk difikirkan:
Malaya (ketika itu dibawah Tunku Abdul Rahman) merundingkan kemerdekaannya dengan syarat yang membawa faedah bagi kedua pihak. British tidak ditembak hingga terburai atau dibedil hingga relai, dan sungguhpun kehilangan nyawa dalam perang gerila namun harga kemusnahan manusia adalah kurang berbanding apa yang dipertaruhkan di Vietnam dan Indonesia. Sebaliknya, dalam tiga negara di mana perjuangan anti-kolonial diketuai oleh pasukan tentera tempatan – Indonesia, Vietnam dan Burma – tentera tempatan itu kemudian mengambil alih kuasa dan beraksi secara langsung dalam politik dalam dekad seterusnya. Seandainya perang yang sama dicetuskan di Malaya, mungkinkah lahir situasi di mana tentera nasionalis meraih kuasa juga, dengan jeneral dan kolonel mengambil alih kerajaan sepertimana mereka lakukan di Vietnam, Indonesia dan Burma?
Yang mana satu dari hal itu yang telah menyeret perdebatan kita tentang ‘perundingan berbanding dengan perjuangan’. Cuba lakukan penerbangan ke Vietnam atau Indonesia dan di mana saja anda akan menyaksikan tugu pejuang-kebebasan, jeneral, kolonel, pemimpin gerila dan lain-lain. Generasi kepimpinan Malaya yang pertama, sebaliknya, hampir tidak pernah melepaskan satu tembakan atau menikam seseorang dengan pisau belati. Tetapi adakah itu perkara yang buruk? Sementara saya memahami nilai patriotisme dan keberanian dalam menghadapi musuh; seseorang harus juga bertanya: jika dan apabila kita dihadapkan dengan musuh yang mahu berundur yang ingin merundingkan syarat pengunduran, patutkah kita berunding atau berlawan? Saya secara peribadi merasa muak dengan kesemua percakapan kejantanan yang menzahirkan sifat macho dan aksi heroik, dan dengan terus terang benci pada semua lagak keganasan. Melihat pada India, kita harus ingat bahawa sementara terdapat nasionalis India yang bersedia untuk bertempur dengan kekuatan militer British (seperti Subhas Chandra Bose), kemerdekaan India juga dirundingkan – melalui kaedah pembangkangan sivil yang pasif dan penentangan yang berterusan, daripada menggunakan senapang dan bom. Hal yang sama boleh diungkapkan tentang Afrika Selatan, dimana dasar Apartheid ditundukkan oleh tuntutan akhlak yang tinggi daripada tenggelam ke tahap yang sama dengan keganasan regim.

Negara-negara di mana gerombolan nasionalis militia/askar tempatan menentang cengkaman penjajah hasilnya adalah campurtangan militer, dan penerusan pengaruh militer dalam politik..Negara-negara di mana gerombolan nasionalis militia/askar tempatan menentang cengkaman penjajah hasilnya adalah campurtangan militer, dan penerusan pengaruh militer dalam politik..PATUTKAH nasionalis Melayu memilih untuk berunding atau berjuang ketika itu? Sekarang dengan jujur saya tidak melihat bagaimana persoalan ini dapat dijawab secara objektif oleh sesiapa (walau saya sendiri). Apa yang boleh kita katakan, dengan sedikit kepastian, adalah dalam kes negara-negara di mana gerombolan nasionalis militia/askar tempatan menentang cengkaman penjajah hasilnya adalah campurtangan militer, dan penerusan pengaruh militer dalam politik. (Pasukan tentera Indonesia di bawah pentadbiran Sukarno dan Suharto menuntut hak untuk menubuhkan kuasa politik, berdasar pada sejarah institusinya dan peranannya dalam perang menumpaskan penjajah.) Apakah yang berlaku sesudah itu? Berkemungkinankah Tanah Melayu/Malaysia dengan itu menjadi negara militer? Kita sama sekali tidak tahu, dan spekulasi yang melangkaui hal ini, adalah, sia-sia.

Asas dari kebuntuan yang berakar dalam politik Malaysia kini nampaknya berlegar pada persoalan siapa yang menulis sejarah negara kita dan siapa yang mentafsir/memaknakannya. Kemungkinan salah satu alasan mengapa kita terus saja mengulangi perdebatan ini adalah kebimbangan bahawa sejarah kita tidak cukup inklusif sebagaimana sepatutnya. Kita tidak boleh menafikan bahawa akhirnya pakatan UMNO/MCA yang memenangi syarat kemerdekaan Tanah Melayu pada 1957. Tetapi kita juga tidak dapat, dan tidak wajar, menafikan peranan yang dimainkan oleh kumpulan lain termasuk gerakan kesatuan peniaga, gerakan sekerja, media yang masih mentah ketika itu, golongan inteligensia anak watan, budayawan, aktivis Islam dan pejuang kiri kesemuanya. Kesemua mereka adalah sebahagian daripada keseluruhan drama yang kita nyatakan sebagai sejarah negara kita. Dan sejarah negara kita harus menjadi jelas begitu: suatu rakaman Sejarah Negara yang memperlihatkan kerumitan dan kepelbagaian daripada hal yang kompleks ini yang dipanggil ‘Malaysia’.

Kekesalan saya, sebagai ahli akademik yang tidak mempunyai pilihan, adalah nilai objektiviti dan keseimbangan telah lama meninggalkan pentas dan terlontar keluar dari jendela. Namun kita tidak harus lupa bahawa kisah sejarah yang dipintal menurut acuan yang pincang dan berat sebelah tidak sekadar menggambarkan catatan silam yang tidak benar atau tidak sempurna; malah turut menjadi legasi yang terputus yang sedihnya akan diwariskan pada generasi akan datang. Dan hal itu bukan satu kehilangan kepada salah seorang daripada kita, tetapi kepada semua.
[Di terjemahkan daripada artikel asal “Historical Reconstruction Again” oleh Ahmad Nabil Amir]
Dr. Farish A. Noor adalah Felo Penyelidik Kanan di S. Rajaratnam School of International Studies, Nanyang Technological University NTU, Singapura dan penulis buku Islam Embedded (Vol: I & II) —The Historical Development of the Pan-Malaysian Islamic Party PAS (1951-2003). Penerbit: Malaysian Sociological Research Institute, Kuala Lumpur
Tahun: 2004 ISBN: 983-99866-8-6.

Tuesday, September 06, 2011

12 BARISAN DI AKHIRAT

12 BARISAN DI AKHIRAT

Suatu ketika, Muaz bin Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT: "Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris" Surah an-Naba':18. Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: "Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...." Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-

BARISAN PERTAMA - Diiring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA - Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETIGA - Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.

"Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEEMPAT - Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.

"Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."

BARISAN KELIMA - Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. "Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEENAM - Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.

"Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETUJUH - Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KELAPAN - Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. "Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEMBILAN - Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEPULUH - Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEBELAS - Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA BELAS - Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:

"Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..."

Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya.

daawah.com

Monday, September 05, 2011

Dahsyatnya Doa Seorang Ibu

Dahsyatnya Doa Seorang Ibu


ASSALAMUALAIKUM WBKTH..

JENGUK2 LAH IBU ANDA SELALU...INSYALLAH REZEKI AKAN DIPERMUDAHKAN OLEH ALLAH

Assalamu'alaikum
Semua,

Satu ceramah bertajuk "Dasyatnya Doa Seorang Ibu" oleh Ustaz Abdullah
Mahmud, bekas ustz ATM sungguh menarik dan jarang kita dengar. So
kepada semua pengalamat luangkan sedikit masa berharga dengan membaca
sedutan ceramah istemewa ini untuk kita sama2 hayati dan amalkan sekadar
mampu. Di takdirkan anda malas juga nak baca, saya harap bacalah juga
pada bahagian yang ada tanda **** ..

Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu
q Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup
kita. Kita adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat
benda tak baik tapi takdak masa nak buat yang baik.

q Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa
Allah.

q *** Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2
jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air
mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara
anak.

q Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu,
sebab wajah orang tidur akan menampakkan
segalanya.

q Ada3 mata yang tak dijilat api neraka.
Ø Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
Ø Membaca quran sehingga menitis air mata.
Ø Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air
mata.

q 3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup,
tengok masa tidor!
Ø Anak.
Ø Ibu.
Ø Suami.
Sebagai Selingan Kata ustaz lagi, kalau kita ada perselisih faham dgn
suami sampai nak bercerai, tgk lah muka laki kita tika dia tidor - kalau
masih terbit perasan kasih, sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah
bercerai tapi jika tiada timbul rasa itu semua - maksudnya jodoh dah
memang takde, boleh proceed apa yang patut.. J

q Orang yang selalu menatap dan memandang ibunya takkan menangis
di hari kematian ibunya... kira menangis dalam hati je..Bagi siapa yg
masih ada ibu, pandang lah ibumu selalu.

q Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk
menujukkan sesuatu pada ibu.

q Kalau ada niat yang baik teruskan lah.. Allah akan bersama kita.

q Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g.
tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai.

q *** Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang
terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat
letakan ibu kita di tempat yang terbaik terlebih
dulu.

q Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, "ungkit"
kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu
dipanggil "wasilah amal" .
Ø "Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu
satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini".
Ø *** Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi
mustajab. Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut
tadi adalah hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita.
Ø

q Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa
sakit/musibah.

q Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun,,,
lps tu bicaralah dengan Allah..
Ø "Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung
ini" .
Ø "Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini" .
Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu
dan orang yang memerlukkan.

q *** Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang
buat ibu yang sudah meninggal maka dikira diaanak derhaka walaupun pada
waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih
hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!

q Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan
mati. Jadi doakan ibu kita jika ianya telah tiada.

q *** Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup.
Ø Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket..sedeh gak laa.. pi ke
pusara mak kita cakap.."Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada
tentu mak bahagia tengok cucu mak kawinkan" atau "bapa saya nak kawin
esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan.." Ustaz
kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar
dan mereka boleh mendoakan kita dari sana.

q Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan
kita "berkatilah si A ini" dan jika tak bagi salam, mereka akan kata
"celakahlah orang ini" Jadi, jangan lupa bagi salam pd merika.

q Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan
harta sampai mati tak pernah keluarkan zakat.

q Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu
selamanya..

q Bila nak berbelanja @ shopping always spare duit untuk sedekah
kerana dalam duit kita tu ada hak org susah. Jadi bila orang buta
datang masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk
sedekah dah amat susah masa sekrg and takde masa jadi Allah hantarkan
org2 susah ini untuk kita dapatkan pahala!.

q *** Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada
peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi
peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! "Ya
Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai
kepada ibuku". Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana.

q Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru
kita ringan tangan nak bersedekah.

q *** Allah panjangkanlah usia ibu bapaku supaya dia sakit dan
nyanyuk..ini bertujuan memberi syurga pada anak2nya. Doa ini bukan
bermaksud minta merika sakit or nyanyok..ironinya keadaan demikian
membolehkan anak2 berebut mahu menjaga merika disaat merika dlm keuzuran
itu sbb balasannya adalah syurga. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit,
berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.

q Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan
matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita
sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil
kita.

Selalu Bergaduh Dengan Ibu
q Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada
kemungkinan kita diganggu saka.
Ø Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak. Dukung bayi, susu
bayi or selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang
belakang/ tulang belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asar.
Ø Saka dipindahkan melalui Kasih saying/ Harta pusaka, walaupun
sebiji pinggan / Amalan / Sentuhan.
Ø Symptom terkena saka:
v Tak boleh tidor lena tapi bila dekat azan subuh, senang
lena.
v Bila dah peringakat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu
lapar.
v Susah nak dapat anak, senang gugur.
v Adarasa kelibat orang lalu.
v Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak
hilang dalam kandungan jadi bila nak beintim, bercakap laa sedikit
kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam.
Cara hilangkan saka, Zikir "Laillahaillalah" 700,000 sampai habis,
insyallah saka akan cair dan keluar dari
badan.

q Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim and
cancer tulang.

q 3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari
syaitan adalah cancer, aids and leukemia.

q Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita
tolong zikirkan.

q Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas..
"Qulhuwallahuahad..." 1000x sehari.

Anak Lari Dari Rumah
q Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan
anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap
hari.

q Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita,
insyallah akan sampai panggilan kita
kepadanya.

Anak Degil
q *** Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK
Ø Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh
yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh
yang sayang sesama manusia. Respon dari org yang dah try sungguh
menakjubkan setakat ni alhamdullilah kebanyakannya menjadi. Contoh kalu
kita nak anak senang bangun ke sekolah.. just try and see.

So sama2lah kita praktikkan apa yang mampu dan jangan sekalipun kedekut
memanjangkan mail ini kepada sedara seagama kita. Wallahualam....

Saturday, September 03, 2011

mengapa harus mencintai




"Cintailah orang-orang soleh,
kerana mereka memiliki kesolehan mereka.
Cintailah Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam,
kerana baginda adalah Kekasih Allah Subhanahu wa Ta'ala.
Cintailah Allah, kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala
adalah kecintaan Rasulullah dan orang-orang soleh."

[Al-Imam Asy-Syafi'i]

Friday, September 02, 2011

Hikmah Sujud Dari Sudut Perubatan Mungkin ramai dikalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmahyang tersembunyi ketika sujud. hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t.dan menjauhi larangannya. Ulamak mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. 1) Memperbetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya. 2) Memperbetulkanpundi peranakan yang jatuh 3) Melegakan sakit Hernia 4) Mengurangkan senggugut ketika haid 5) Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan 6) Mengurangkan kesakitan pada pesakit apendiks atau limpa 7) Meringankan bahagian pelvis 8) Gerakan otot-otot ini menjadi bahu, dada, leher, perut, punggung ketika sujud 9) Gerakan otot-otot ini menjadi kuat dan elastik: Secara automatik memastikan kelancaran perjalanan darah yang baik 10) Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin , organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar dari sakit perut gelombang. 11) Mengurangkan kegemukan 12) Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak bekalan darah dan oksigen 13) Kedudukan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan bahagian belakang tubuh 14) Memberi dorongan untuk mudah tidur 15) Menenangkan jiwa.Selain itu, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serat, menajamkan akal fikiran sekaligus menguatkan mentaliti kita. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkanmentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna. Silalah Klik nuffnang yang di sebelah kanan artikel ini untuk terus menghidupkan MalaysiaRia.

Thursday, September 01, 2011

Siapa yang boleh mengenali Dajjal??

oleh Ibnuyaacob

Rasulullah SAW memberi hadith yang banyak sekali tentang Dajjal sebelum baginda wafat. Antara hadith yang masyur ialah yang berkaitan dengan bentuk-bentuk fizikal Dajjal dari hujung rambut hinggalah hujung kaki. Baginda sendiri mengakui dalam suatu hadith yang berbunyi

“Tiada nabi selain diriku yang mengetahui lebih banyak tentang Dajjal.”

Ini bermakna, Rasulullah diperlihatkan Allah akan rupa sebenarnya Dajjal itu. Saya percaya Dajjal berselindung disebalik rupa yang palsu sekarang ini atau ketika ia muncul. Jika Dajjal itu mudah dilihat dan dikenali, tidak perlu sebegitu banyak hadith untuk menerangkan tentang Dajjal. Cukuplah sekadar 4 atau 5 hadith.

Berbalik kepada persoalan tadi, “Siapa yang boleh mengenali Dajjal?”, saya dengan yakin (InsyaAllah) ingin mengatakan orang yang mampu mengenalinya ialah:

“Ahli Tasawuf atau Ahli Sufi”

Siapa ahli Tasawuf / Sufi ?

Ahli tasawuf merupakan muslim yang menjadi kekasih Allah, sentiasa mendapat keberkatan Allah, dan juga sentiasa dimakbulkan doanya oleh Allah. Ahli tasawuf adalah orang yang dicintai Allah, kecintaan Allah terhadap golongan ini sehingga Allah berkenan menganugerahkan mereka pancaindera yang keenam iaitu membaca hati dan melihat perkara yang dihijab Allah.

Contoh terdekat yang boleh diambil kira ialah Wali Songo yang terdapat di Indonesia suatu ketika dahulu. Pada zaman sekarang, terdapat juga golongan yang mengamalkan tasawuf dan kebanyakannya berada di Kelantan (Malaysia) dan Selatan Thai (Thailand).

Terdapat juga seorang mudir yang dipercayai mencapai taraf wali iaitu Mudir bagi sebuah Pondok pengajian di Pengkalan Hulu, Perak. Beliau dikenali sebagai Pak Teh dan masih hidup sekarang.

Apakah Kelebihan Ilmu Tasawuf?

Kelebihan yang tidak boleh disangkal ialah kebolehan membaca dan menilai hati seseorang tanpa perlu bercakap dengan orang tersebut. Yakni seseorang yang bertaraf wali (Kekasih Allah) itu mampu mengetahui bisikan hati kita dan apa yang kita niatkan di dalam hati.

Contoh terdekat ialah Allahyarham Hj Ahmad Badawi di Kepala Batas, Pulau Pinang. Beliau menubuhkan sebuah madrasah yang bernama Madrasatul Daeratul Maarifil Wataniah dan masih wujud sehingga sekarang. Beliau juga bapa kepada Perdana Menteri Malaysia.

Kewalian beliau (Ahmad Badawi) diakui oleh bekas-bekas pelajar madrasah tersebut. Menurut mereka, Hj Ahmad Badawi mampu membaca isi hati seseorang terutamanya pelajar-pelajar didikannya. Pernah suatu ketika apabila tiba waktu pendaftaran pelajar baru, beliau menghalau seorang pelajar kerana mengetahui niat sebenar pelajar tersebut.

Menurut bekas pelajar yang saya temui, rakan mereka (yang dihalau) itu bukan datang dengan niat untuk belajar tetapi datang dengan sebab ‘terpaksa’ dan ‘dipaksa’ oleh ibu bapa mereka. Bagi mengelakkan timbul masalah dikemudian hari, Hj Ahmad Badawi tidak membenarkan pelajar itu mendaftar.

Menurut mereka lagi, semasa sedang belajar, semua pelajar boleh mendengar hentakan kaki beliau dari jarak lebih 50 meter. Sedangkan tubuh badan beliau hanyalah kecil dan tidak mungkin tapak kakinya mampu mengeluarkan bunyi hentakan yang kuat sebegitu rupa seolah-olah badannya mempunyai berat melebihi 200kg.

Amalan Ilmu Tasawuf

Pengamalan ilmu-ilmu tasawuf boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira status keilmuan agama. Ilmu ini hanya mendampingi orang-orang yang tidak cintakan dunia dan rindu akan akhirat. Kecintaan ini tidak ditonjolkan melalu ucapan sahaja tetapi merangkumi seluruh gaya hidup individu tersebut.

Apakah itu Tasawuf

Islam itu terdiri daripada 3 tiang agama, yang pertamanya ialah Tauhid, kedua ialah Fekah dan ketiga ialah Tasawuf. Mana-mana muslim harus mempelajari Islam berdasarkan turutan ini, bermula dengan mengenali tuhan melalui ilmu Tauhid, kemudian ilmu sosial, fardhu ain dan syariah melalui Fekah. Dan akhir sekali mempelajari Tasawuf sebagai menjaga hati agar tidak tergoda dengan nafsu dunia.

Ilmu ini tidak boleh dipelajari secara teori sahaja walaupun terdapat banyak buku-buku di kedai yang membicarakan tentangnya. Ilmu ini juga tidak boleh dipelajari sendiri kerana bimbang hati akan mudah tertipu dengan helah syaitan.

Walaupun mata pelajaran Tasawuf ada diwujudkan di peringkat universiti sama ada dalam atau luar negara. Objektif pembelajaran ilmu tersebut hanyalah sekadar pendedahan dan maklumat bukannya pengamalan.

Untuk mengamalkan ilmu-ilmu Tasawuf, seseorang haruslah mendapatkan seorang guru yang benar-benar alim dan mursyid dalam ilmu ini. Perlu juga diselidiki latar belakang guru tersebut kerana terdapat juga dikalangan orang Islam yang mengambil kesempatan menerapkan ajaran-jaran sesat terhadap penuntut-penuntut mereka.


Ringkasan Pencapaian Ilmu Tasawuf

Di dalam bidang pendidikan sekular sekarang ini, kepandaian pendidikan diukur dengan meletakkan tahap-tahap anugerah akademik seperti berikut:

Diploma (Dip)
Ijazah dan Ijazah Lanjutan (Bec)
Sarjana dan Sarjana Lanjutan (MA)
Doktor Falsafah (PhD)
Pemegang status ke-4 akan dianggap supreme dalam bidang ilmunya. Segala apa yang dilihat, diucap, dikaji atau diputuskan akan lebih diambil kira oleh masyarakat mahupun pemerintah.

Dalam ilmu tasawuf, pengamalan ilmu-ilmunya mempunyai tahap-tahap yang hampir serupa dengan pendidikan sekular. Cuma penetapan untuk mengejar tahap tertinggi bukanlah bertujuan untuk mendapat jawatan dan nama dikalangan masyarakat, ianya lebih kepada mengejar status sebagai kekasih Allah tanpa pengetahuan orang ramai.


Berikut ialah tahap-tahap status pengamal ilmu tasawuf:

Nafsu Lawwamah
NAfsu Mutmainnah
Nafsu Mardiah
Insan Nur Kamil

Tahap tertinggi adalah nafsu yang dipunyai oleh para Nabi, sahabat, imam-imam mazhab dan ulama-ulama yang mursyid. Sekiranya tahap ini boleh dicapai, maka Allah akan mengurniakan keredhaan pada insan terssebut dan kebiasaannya menganugerahkan keramat-keramat yang tidak dimiliki oleh orang lain.

Contohnya, Imam as-Syafie telah dianugerahkan Allah dapat melihat dosa-dosa yang berguguran daripada seseorang yang sedang mengambil wudhu’. Selain itu, beliau juga dapat melihat bagaimana syaitan-syaitan menggoda seseorang daripada melakukan ibadat.


Dajjal Takutkan Golongan Tasawuf

Dajjal sedar golongan ini adalah ahli ibadah, ahli zikir, ahli rohani yang tidak mudah terpdedaya dengan harta dunia. Dajjal tahu golongan ini dikurniakan Allah keistimewaan tertentu yang tiada pada manusia lain hatta ulama Tauhid atau ulama Fekah.

Keistimewaan pengamal Tasawuf ialah mereka dianugerahkan Allah untuk dapat membaca hati seseorang, melihat benda-benda ghaib, keramat, dan sebagainya. Dengan adanya individu-individu seprti ini, sudah pasti sukar untuk Dajjal berselindung disebalik rupa tiruan yang bakal dihasilkannya untuk muncul di tengah-tengah masyarakat.

Maka, sebagai langkah berjaga-jaga dan supaya proses kemunculannya (Dajjal) kelak berjalan lancar, doktrin-doktrin yang menghalang perkembangan ilmu ini perlu dijana terlebih dahulu. Tindakan mengecam pengamalan ilmu ini harus dilakukan dengan teliti dan terancang. Oleh itu, medium yang paling kukuh untuk digunakan ialah sarjana-sarjana agama uma Islam itu sendiri.


Proses Menghalang Amalan Tasawuf oleh Dajjal

Salah satu ibadah wajib bagi pengamal tasawuf ialah mengadakan majlis-majlis zikir seumpama yang diamalkan oleh kebanyakan tarekat. Ucapan zikir secara berjemaah sebanyaka beratus-ratus ribu sehari mampu mengubah hati dan menjernihkan roh seseorang itu.

Menurut Imam Habib Abdullah Haddad, kumpulan ahli Tarekat Tasawuf lebih suka memilih berzikir dengan mengangkat suara dan berkumpul beramai-ramai. Ini berdasarkan sebuah hadith yang bermaksud;

“Allah SWT sentiasa mengirim para Malaikat-Nya yang mengelilingi bumi untuk mengunjungi majlis-majlis zikir. Maka Allah berkata kepada para MalaikatNya: Saksikanlah bahawa Aku telah mengampuni mereka itu, dan Aku telah memberikan apa yang mereka pohonkan, dan Aku telah melindungi mereka dari apa yang mereka pohon perlindungan….”

Maka cara Dajjal menghalang ibadah ini ialah dengan mengeksploitasi mazhab ciptaan Dajjal iaitu Wahabi. Telah saya terangkan sebelum ini akan keberkaitan Wahabi dan Freemason. Pendokong Wahabi mengharamkan majlis-majlis zikir, doa selepas solat jemaah, talqin dan tahlil. Semua itu dianggap bidaah.

Tiada ungkapan lain yang dipromosi oleh Wahabi melainkan BIDAAH, BIDAAH dan BIDAAH.

Ungkapan ‘bidaah’ di mulut-mulut ulama Wahabi adalah senjata Dajjal melalui bisikan jin-jin pendamping ulama’-ulama’ tersebut. Dajjal tidak duduk bermesyuarat dengan ulama-ulama’ ini. Cara terbaik adalah dengan menggunakan jin pendamping setiap ulama Wahabi tersebut.

(Persoalan jin pendamping atau qarin ini bolehlah dibaca pada buku Muhammad Isa Dawud yang bertajuk “Dialog Dengan Jin Islam”, atau buku-buku karangan Dato’ Ismail Kamus atau buku-buku Syeikh Muhammad Abduh al-Maghauri)


Adakah Proses Ini Berjaya?

Ya. kejayaan Dajjal dalam proses (strategi) ini berjaya lebih kurang 80 %. Umat Islam berjaya diyakinkan bahawa Tasawuf itu sesat dan Tarekat itu adalah ajaran sesat. Tambahan pula kebanyakan umat Islam yang berpandangan demikian langsung tidak pernah mempelajari tasawuf dan tarekat.

Sedangkan kedua-dua aspek tersebut saling melengkapi antara satu sama lain. Saya tidak mahu berbicara panjang apa itu tasawuf dan tarekat kerana ia salah satu cabang ilmu yang wajib dipelajari leh umat Islam khususnya bagi mereka yang belajar di Al-Azhar, Mesir.


Cara Mengenali Dajjal Adalah Dengan Mempelajari Tasawuf

Inilah cara paling berkesan untuk mengenali Dajjal. Seseorang itu boleh dikenali nilai kejahatan sebenarnya jika kita mempunyai ilmu pengesan gerak hati. Ilmu ini hanya terkandung dalam ajaran tasawuf bukannya Tauhid dan Fekah. Jika anda berjaya menghafal al-Quran sekalipun atau boleh mengingati 100,000 hadith, tapi jika tiada ilmu Tasawuf anda belum tentu dikira Muslim yang sempurna.


Bagaimana kita boleh mempelajari Tasaawuf dan Tarekat?

Teramat susah sebenarnya. Namun ilmu itu boleh didapati di mana-mana sahaja sekolah pondok di Malaysia, Selatan Thai atau pesantren-pesantren di Indonesia. Sebelum mempelajarinya, haruslah terlebih dahulu menjumpai tuan guru-tuan guru yang berpengalaman.

Orang yang mempunyai ilmu ini secara automatiknya musuh jelas bagi Dajjal. Saya percaya pengamal-pengamal Tasawuflah yang berfungsi menghebahkan identiti Dajjal ketika ia muncul kelak.


Kesimpulan

Adakah kita sedar sekarang bahawa pengajian agama sudah dipinggirkan oleh umat Islam sekarang. Pengajian sekolah-sekolah agama tulen sekarang banyak yang sudah dimodenkan sehingga tertinggal ilmu-ilmu diniyyah. Yang diutamakan hanyalah ilmu-ilmu akademik. Semua itu berlaku dengan alasan mengikut arus perkembangan zaman.

Seorang sahabat saya yang menjadi Pengetua salah sebuah Sekolah Menengah Agama pernah menyuarakan isi hatinya bahawa beliau kecewa pelajar-pelajar agama sekarang tidak lagi dihidangkan dengan ilmu-ilmu tasawuf. Ini kerana tasawuf tidak mempunyai buku teks, ia berupa amalan zikir. Namun beliau berusaha juga mengajar anak-anak muridnya tentang Tasawuf walaupun tanpa kebenaran pihak Jabatan Agama Islam Negeri.

Wallau’alam.

P/S : Sama ada ilmu Tasawuf atau Tarekat itu sesat atau sebaliknya, ianya tidak perlu didebat dan dipersoalkan lagi. Orang yang mempertikaikan ilmu ini, sah seorang yang tidak pernah mempelajari ilmu agama atau langsung tidak mengetahui apa-apa. Kelompok yang mempertikaikan ilmu ini biasanya terpengaruh dengan berita-berita di akhbar tabloid seperti Kosmo dan Metro yang suka mensensasikan isu ajaran sesat dengan mengaitkannya dengan ajaran Tasawuf. Akibatnya ajaran Tasawuf mendapat reputasi buruk dari kacamata masyarakat.

Tags:

Share Twitter Facebook Facebook

Views: 95

▼ Reply to This





Upload Files

Attach files (limit: 7MB)

*
*
*

Follow – Email me when people reply

Replies to This Discussion

HMPermalink Reply by HM yesterday

Tahniah atas artikel ini sdra Amat BJ,



HM stuju ttg kupasan tasawwuf tp ada pdgn t'sndiri ttg tariqah (tarekat).



Sjak skian lma, generasi dmi generasi...ahli-ahli sufi tekun menghampirkan diri masing-masing kpd Allah. Skrg, mrk hnya prlu mnunggu kdtgn pmimpin agung yg bkal mmusnahkan Dajjal Laknatullah.

*

▶ Reply

Upload Files

Attach files (limit: 7MB)
o
o
o

*

Ahmad B. MuhidinPermalink Reply by Ahmad B. Muhidin yesterday
Allah sentiasa melidungi org2 yg berzikir, Allah sentiasa mengasihi mereka dan setiap amalan org yg berzikir, amalan mereka sampai kpd ALLAH....renung2kanlah....Hanya JAUHARI mengenal MANIKAM. Nak beramal Tasauf, carilah guru yg MURSYID bulan alim Ulama' biasa.


mohd hairulPermalink Reply by mohd hairul yesterday
saudara AMAT BJ ,,artikel ni menarik ,tahniah, tetapi kalu hendak mengenali ahli tasauf bergaullah dgn mereka,dampingi mereka,,terlalu umum pengetahuan saudara tntg ahli tasauf,,,bnyk lg saudara kene kaji ,