Friday, August 15, 2008

Perjuangan Nasionalisme Mesir


E-card NasyidFM Here



Pengaruh Perjuangan Nasionalisme Mesir ke atas Perjuangan Pra Kemerdekaan Tanah Melayu.

Sempena Bulan Ogos ini, Malaysia akan menyambut bulan kemerdekaan dan pada tahun ini Malysia akan menyambut bulan kemerdekaan yang kali-ke51, maka eloklah diceritakan sedikit sinopsis hakiki tentang perjuangan-perjuangan orang yang dahulu samaada pejuang-pejunangnya disebutkan dalam lipatan sejarah mahupun tidak.Walaupun ada segelintir nama yang tidak disebutkan ini telah memberikan satu sumbangan yang besar dalam menuntut kemerdekaan di tanah air kita Tanah melayu.
Perjuangan menuntut kemerdekaan daripada penjajah sebelum perang dunia kedua berlaku di setiap negara terjajah di seluruh dunia. Mesir yang berada di bawah pengaruh penjajahan Inggeris turut menerima gelombang yang sama bahkan telah mencetus satu arus perjuangan yang besar dan mendapat perhatian daripada gerakan-gerakan tuntutan kemerdekaan di seluruh dunia. Gelombang besar itu telah sampai ke Tanah Melayu dan ia dibawa oleh beberapa orang tokoh besar seperti Dr.Burhanuddin al-Helmi dan Ustaz Abu Bakar al-Bakir. Mereka berdua adalah antara tokoh Melayu yang membawa pengaruh perjuangan kemerdekaan dari Timur Tengah khususnya dari Mesir, mereka bergerak secara aktif di atas nama Islam dan perjuangan jihad menentang penjajahan Eropah. Kajian ini akan menyorot kembali gagasan dan sumbangan perjuangan tokoh-tokoh Mesir yang telah mempengaruhi pemikiran tokoh-tokoh Melayu serta perjuangan mereka untuk membebaskan tanahair daripada penjajahan Barat.

Pendahuluan

Golongan agama didapati terlibat secara aktif dalam perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu sebelum perang dunia kedua. Mereka ini mendapat pengaruh daripada perjuangan yang dilakukan oleh pejuang-pejuang Islam di Mesir secara khususnya. Semangat perjuangan ini ditiup melalui pendidikan madrasah dan penerbitan majalah-majalah. Pada awal kemunculan mereka di Tanah Melayu, kumpulan ini yang mendapat jolokan sebagai Kaum Muda telah menerima tentangan yang hebat daripada orang-orang Melayu sendiri terutama ulama tradisional atau dikenali dengan Kaum Tua, namun akhirnya perjuangan ini telah menggerakkan satu gelombang perjuangan yang besar serta telah mempengaruhi perjuangan kemerdekaan negara daripada penjajahan Inggeris di Tanah Melayu. Kajian ini akan memfokuskan kepada hubungan perjuangan yang dimulakan oleh Jamaluddin al-Afghani dan Muhammad Abduh dengan tokoh-tokoh penggerak di Malaya seperti Dr. Burhanuddin al-Helmi dan Abu Bakar al-Bakir serta membentangkan usaha mereka kearah sebuah negara Malaya yang merdeka di Tanah Melayu.


Perjuangan Menentang Penjajah di Mesir.

Gerakan menentang penjajahan di Mesir telah dimulakan oleh Jamaluddin al-Afghani. Beliau adalah seorang Afghanistan yang berketurunan Rasulullah melalui Hussain bin Ali bin Abi Talib ,

Beliau yang telah berpengalaman berdepan dengan Inggeris di Afghanistan dan India di antara tahun 1864-1869, telah meniup semangat perjuangan untuk membebaskan negara daripada cengkaman barat. Jamaluddin yang dibuang daripada India telah merantau ke Mesir pada tahun 1870 dan menetap di Kaherah. Beliau telah diterima baik oleh pemimpin Mesir iaitu al-Khidiwi dan Riyad Basha. Al-Afghani telah diberi ruang untuk bergerak untuk kerja-kerja dakwah dan islah. Dari sinilah Al-Afghani telah menjalin hubungan yang rapat dengan tokoh-tokoh Mesir termasuk yang paling masyhur ialah Muhammad Abduh .

Inggeris yang menjadi penasihat kepada pemerintahan Turki Uthmaniyyah di Mesir telah memaksa Khidiwi Ismail meletak jawatan dan memberikan kepada Tawfiq Basha. Menyedari pengaruh Inggeris yang mula menular masuk dalam pemerintahan Mesir, al-Afghani telah menggerakkan pengikutnya dengan menubuh Parti Kebangsaaan (Hizb al-Watani), walau bagaimanapun gerakan Al-Afghani akhirnya telah dilihat oleh pemerintah Mesir yang berkecenderungan Inggeris sebagai mengancam keselamatan negara. Tuduhan yang dilemparkan kepadanya ialah mengetuai pertubuhan sulit untuk merosakkan agama dan dan dunia. Pada tahun 1879, al-Afghani telah dihalau keluar dari Mesir dan menuju ke India namun di sana beliau telah ditahan dan dibebaskan kembali apabila Inggeris menduduki bumi Mesir dan mengusai pemerintahannya .

Al-khidiwi Tawfiq telah merestui kehadiran Inggeris secara rasmi untuk menduduki Mesir sebagai membendung pengaruh yang dibawa oleh pengikut-pengikut al-Afghani yang dipimpin oleh Muhammad Abduh. Pada tahun 1880 Muhammad Abduh yang telah dipecat daripada jawatan sebagai pensyarah di Dar al-ulum akibat daripada peristiwa di atas telah dipanggil oleh Riyad Basha untuk bertugas dengan al-Akhbar al-Waqi’ al-Misriyyah . Beliau telah mengambil kesempatan ini untuk menyebarkan pemikiran perjuangan pembebasan khususnya daripada pengaruh Barat dan akhirnya telah membawa kepada pengharaman akhbar dan pemberontak al-Urabi pada tahun 1982. Ramai dikalangan pemimpin dan penulis telah ditangkap dan buang daerah. Termasuk Muhammad Abduh, beliau telah dipenjara selama 3 bulan dan dibuang ke Beirut.

Dari Beirut Muhammad Abduh telah berhijrah ke Paris dan bertemu dengan gurunya di sana, Mereka bersama menerbitkan majalah al-Urwat al-Wusqa pada tahun 1884, gerakan ini berjalan secara rahsia tetapi meluas bukan sahaja di Mesir bahkan di seluruh dunia. Majalah al-Urwat al-Wusqa telah berusaha menanam sifat perjuangan dan pembebasan daripada penjajahan Barat, tempias perjuangan inilah yang telah meresap masuk ke dalam jiwa anak-anak muda Melayu di Mesir atau di tanah Melayu.



Pengaruh Ke atas Pejuang-Pejuang Kemerdekaan Melayu.

Kajian ini hanya akan menumpukan kepada perjuang kemerdekaan yang membawa pengaruh perjuangan nasionalis Mesir. Gerakan ini telah dipelopori oleh tokoh-tokoh seperti Ustaz Abu Bakar al-Bakir dan Dr. Burhanuddin al-Hilmi. Mereka telah mendapat ransangan dan tiupan roh perjuangan ini daripada tokoh nasionalis Mesir seperti al-Afghani, Abduh dan Rashid Rida. Walaupun Dr. Burhanuddin dan Abu Bakar al-Bakir tidak menerima pengaruh ini secara langsung daripada al- Afghani, Abduh dan Rashid Ridha, ia meresap ke dalam pemikiran mereka melalui tiga faktor iaitu madrasah yang menempatkan guru-guru yang berkelulusan Timur Tengah, terbitan majalah seperti al-Imam, al-Ikhwan, Pengasuh dan lain-lain serta penglibatan mereka dengan aktiviti luar negara seperti penyertaannya dalam demonstrasi di Palestin.

Pertama: Peranan Madrasah.

Pengaruh perjuangan menentang penjajahan ini meresap masuk melalui pendidikan yang diterima oleh kedua-dua tokoh semasa menuntut di madrasah-madrasah yang dipelopori oleh tokoh-tokoh pembaharuan seperti Syeikh Tahir Jalaluddin (1869-1956) dan Syed Syeikh Al-Hadi (1862-1934) yang yang membawa idealisme perjuangan dari Mesir contohnya Madrasah al-Masyhur di Pulau Pinang, Madrasah Iddrisyyah di Kuala Kangsar, Madrasah al-Rahmaniyyah di Gunong Semanggol dan Madrasah Dairat al-Ma’arif di Seberang Prai.

Dr. Burhanuddin al-Helmi yang menuntut di sekolah ini telah mendapat didikan secara langsung daripada tokoh-tokoh di atas dan guru-guru lain di Madrasah al-Masyhur al-Islamiyyah seperti Syeikh Abu Bakar al-Shafie, Haji Arshad Sibawaih (seorang guru nahu yang progresif) dan Ashiran Ya’kub ( seorang tokoh kaum muda yang turut meniup semangat perjuangan menentang penjajah ). Mereka ini adalah pembawa pemikiran perjuangan tokoh-tokoh Mesir di atas. Manakala Ustaz Abu Bakar al-Bakir pula mendapat pendidikan di Madrasah al-Rahmaniyah Gunong Semanggol dan tamat pada tahun 1024. Beliau yang dilahirkan di sini pada tahun 1907 dan telah meneruskan pengajian di Madrasah Daira al-Ma’arif Kepala Batas Seberang Prai pada tahun 1924 dan berpindah ke Madrasah al-Iddrisiyyah,Kuala Kangsar pada tahun 1929. Dengan bakat kepimpinan yang ada beliau sering dijemput untuk menjadi pengerusi majlis-majlis syarahan dan juga dilantik menjadi ketua pelajar di madrasah pengajiannya. Pada tahun 1934 dengan bantuan Ustaz Abdullah Pak Ahim beliau telah menubuh Al-Ihya’ al-Syarif di Gunong semanggol sebagai pusat pengajian ilmu dan penyebaran idealogi perjuangan .

Kedua: Media Massa

Selain itu media massa juga memainkan peranan yang penting dalam mempopularkan perjuangan Muhammad Abduh dan Jamaluddin al-Afghani di Tanah Melayu.Majalah al-Imam contohnya, telah menyebarkan kesedaran di kalangan anak-anak muda Melayu. Penerbitannya di Singapore yang bermula pada tahun 1906, telah menyalurkan pemikiran perjuangan dan meniup semangat penentangan terhadap penjajahan Barat, contohnya makalah tulisan Syed Syeikh al-Hadi yang bertajuk Menuntut Ketinggian Anak-Anak Melayu pada keluaran Julai 1907 yang menyentuh tentang kemunduran orang-orang Melayu berpunca daripada hilang keyakinan diri dan terlalu merasa rendah diri, mudah menyerah kalah kepada bangsa-bangsa asing, bertengkar sesama sendiri, malas bekerja, pentingkan diri sendiri dan tidak mampu untuk bersatu demi kebaikan. Syed al-Hadi mengemukakan orang Cina sebagai contoh dalam tulisan ini, katanya, orang-orang Cina yang berhijrah ke mari telah menjadi kaya-raya, terpelajar dan mempunyai kehidupan sosial yang baik, sepatutnya orang Islam mengambil teladan daripada mereka .
Majalah al-Imam yang yang dibantu oleh tokoh-tokoh seperti Syeikh Tahir Jalaluddin, Muhammad Bin Salim al-Kalili dan Haji Abbad Muhammad Toha juga banyak memuatkan tulisan-tulisan Muhammad Abduh dan Rashid Rida, seperti kupasan tafsir yang pernah tersiar dalam majalah al-Manar dan beberapa hukum-hukum feqah yang dibahaskan oleh Muhammad Abduh dan dan para ulama lain .

Selain itu majalah al-Ikhwan (1926) turut memainkan peranan yang utama dalam menanam kesedaran Islam dan semangat perjuangan. Dalam keluaran pertama sebagai contoh, penulisnya Syed Syeikh al-Hadi dengan kerjasama Syeikh Tahir Jalaluddin menyeru umat Islam ke arah kemajuan dan mengajak umat Islam memperkasakan diri dengan ilmu pengetahuan. Mesej yang tersembunyi daripada tulisan tersebut adalah umat Islam Melayu mesti keluar daripada kemiskinan dan belenggu penjajahan. Pada tahun 1934 muncul pula Majalah al-Hikmah yang dikendalikan oleh para pelajar Universiti Al-Azhar. Majalah al-Hikmah kelihatan lebih lantang menyuarakan persoalan politik secara langsung, Majalah ini yang dikeluarkan di Mesir adalah lebih bebas untuk bersuara tentang nasib orang-orang Melayu. Hasil daripada kemunculan majalah-majalah seperti di atas telah menimbulkan kesedaran dan telah menanam perasaan benci di kalangan orang Melayu terhadap penjajahan Barat. Majalah ini juga telah menjadi sumber aspirasi kepada pejuang-pejuang kemerdekaan di Tanah Melayu, khususnya mereka yang berjiwa Islam.

Ketiga: Pengaruh Luar

Hasil pergaulan dan pengaruh pemikiran guru-gurunya itu, mereka telah menyambung idea pembaharuan dan menyuntik semangat kebebasan dan kemerdekaan kepada pengikut dan orang Melayu pada masa itu. Dr. Burhanuddin juga mendapat tempias semangat perjuangan kemerdekaan daripada tokoh-tokoh seperti Muhammad Ali Jinnah, khususnya ketika menuntut di Perubatan Homeophaty Islamaeliah Medical Collage Secudrabab pada tahun 1939. Dr. Burhanuddin juga melawat Palestin ketika dalam pengajiannya di India pada tahun 1938, ketika kemuncak penentangan penyerahan bumi Palestin ke tangan Yahudi dan di sinilah beliau menimba idea Abduh dan Jamaluddin al-Afghani secara lebih dekat. Tidak terdapat catatan yang menjelaskan tentang hubungan Dr. Burhanuddin al-Helmi dengan tokoh-tokoh pejuang di Palestin , namun begitu pemergiannya ke Palestin untuk menyertai tunjuk perasaan kaum Muslim menunjukkan keperihatinan beliau terhadap perjuangan menentang penjajahan dan sudah pastinya beliau mempunyai hubungan yang rapat dengan pejuang-pejuang kemerdekaan Palestin. Perlu disebutkan juga bahawa Muhammad Abduh pernah tinggal di Beirut pada sekitar tahun 1882-1889 kerana dibuang daerah. Beirut adalah tidak berjauhan dengan bumi Palestine, sudah pastilah pengaruh Abduh sangat kuat di bumi ini, oleh itu pemergian Dr. Burhanuddin al-Helmi ke sini memberi justifikasi yang kukuh bahawa beliau turut menerima angin perjuangan dari tokoh-tokoh seperti Muhammad Abduh dah Jamaluddin al-Afghani.


Peranan Dr.Burhanuddin dan Abu Bakar al-Bakir dalam Politik tanahair

Sekembali beliau ke Tanah Air pada tahun 1939, Dr. Burhanuddin al-Hilmi bergiat aktif dalam pertubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan akhirnya dilantik menjadi persiden pada ketika itu. Beliau telah mengambil Islam sebagai dasar perjuangannya dengan pengaruh beberapa individu di kalangan pelajar dari al-Ihya’ al-Sharif, Gunung Semanggol, Perak. Masalah ekonomi dan pendidikan di kalangan orang-orang Melayu yang semakin meruncing pada ketika itu, telah menjadi alasan penting kepada al-Ihya’ dan KMM untuk menyedarkan umat Melayu agar mereka menjadikan Islam sebagai teras dalam usaha menganalisis kembali perjalanan ekonomi ke arah yang lebih baik.


Bagi mencapai dan memenuhi hasrat di atas, dan juga matlamat untuk mencapai kemerdekaan sepenuhnya, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) ditubuhkan sebaik sahaja Perang Dunia Kedua tamat. Ia ditubuhkan pada 17hb. Oktober 1945, di Ipoh, Perak, di bawah pimpinan Mukhtarudin Luso , Burhanuddin al-Hilmi dan Ishak Hj. Muhammad. Pertubuhan ini adalah lanjutan daripada perjuangan Kesatuan Melayu Muda (KMM). Ia adalah pertubuhan yang terbesar selepas Perang Dunia Kedua, disertai oleh pelbagai peringkat masyarakat bukan sahaja di kalangan kaum belia lelaki tetapi juga wanita yang datang dari kalangan kaum tani, buruh dan juga tentera. Kongres pertama diadakan pada 30hb. November hingga 3hb. Disember 1945, di Ipoh. Kongres ini telah menetapkan beberapa dasar utama, iaitu; pertama: Menuntut supaya Malaya berkerajaan sendiri berdasarkan demokrasi, bahasa Melayu hendaklah dijadikan bahasa rasmi dan mengadakan satu rupa bangsa (kerakyatan yang tunggal) di Tanah Melayu. Kedua: Menuntut kemerdekaan penuh yang berdasarkan demokrasi. Ketiga: Malaya pada akhirnya hendaklah bergabung dengan Indonesia.

Sebagai titik tolak kepada perjuangan ini, PKMM telah membentuk lima buah dasar utama sebagai asas perjuangan mereka. Dasar-dasar tersebut ialah: Ketuhanan yang Maha Esa, kebangsaan, kedaulatan rakyat, persaudaraan sejagat dan keadilan masyarakat.

Melihat kepada asas-asas yang dibentuk itu, `aqidah Islamiyyah telah dijadikan sebagai dasar perjuangan. Melalui asas yang teguh ini, pelbagai strategi telah diatur bagi mencapai hasrat yang dicita-citakan. Permasalahan ekonomi dan politik menjadi fokus utama. Antara tindakan yang telah dibuat ialah, menubuhkan Majlis Agama Islam Tertinggi dan melancarkan Kongres Ekonomi di Gunung Semanggol. Tindakan ini merupakan usaha awal yang dilakukan oleh PKMM untuk memperjuangkan Islam melalui wadah politik dan ekonomi.

Penglibatan pelbagai pertubuhan seperti Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Barisan Tani Se Malaysia (BATAS) ke dalam PKMM telah menjadikan pertubuhan ini semakin besar dan sekaligus menyebabkan penggabungan al-Ihya’ al-Sharif dengan PKMM. Dalam pada itu pula, rombakan jawatankuasa telah berlaku yang membabitkan pertukaran presiden dari Dr. Burhanuddin kepada Ishak Haji Muhammad. Sementara Dr. Burhanuddin di lantik sebagai penasihat Agung kepada PKMM.

Beliau juga bergabung tenaga dengan Ustaz Abu Bakar al-Bakir di Ma`had Ihya` al-Sharif dan menganjurkan Persidangan Ekonomi-Agama Se-Malaya, pada 22-24hb. Mac 1947. Hasilnya, tertubuhlah Pusat Perekonomian Melayu Se-Malaya (PEPERMAS) dan Majlis Agama Tertinggi Se Malaya (MATA). Pertukaran ini telah menimbulkan sedikit sebanyak keraguan di pihak al-Ihya’. Mereka tidak yakin kepimpinan baru PKMM boleh memperjuangkan cita-cita mereka. Dalam pada itu pula, Dr. Burhanuddin sendiri secara sedar atau tidak telah mengisyaratkan harapan akan lahir satu bentuk parti yang berlandaskan Islam.

Ekoran daripada itu, pada 14hb. Mac 1948, satu persidangan Majlis Agama Tertinggi Malaya (MATA) telah diadakan. Agenda utama dalam persidangan ini ialah penubuhan sebuah parti politik Islam. Para hadirin dibangkitkan oleh pidato-pidato yang bersemangat dari beberapa orang tokoh seperti Abrab Tamimi, Sayid Abu Bakar al-Attas, Dr. Burhanuddin dan Tengku Osman di mana kandungan ucapan mereka berkisar kepada kehendak perjuangan Islam yang berpandu kepada Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya, menyebabkan idea penubuhan Hizb al-Muslimin mudah diterima oleh para perwakilan yang hadir.

Sehubungan dengan itu, tertubuhlah Hizb al-Muslimin dengan cogankata: “Islam boleh berperanan dan menjadi ejen perubah masyarakat”. Ma`had Ihya' al-Sharif, telah dipilih sebagai markas pergerakan. Tujuan asasi parti ini ialah berusaha mencapai kemerdekaan bangsa Melayu, membentuk masyarakat berdasarkan kehendak syariat Islam, menjadikan Tanah Melayu sebagai Dar al-Islam, mengawal golongan kiri Melayu supaya tidak lari dari agama, bangsa dan tanahair, menginsafi umat Islam Melayu dalam berpolitik dan mengikat orang-orang Islam dalam satu wadah perjuangan.

Bagi menggerakkan pertubuhan ini, sebuah jawatankuasa telah dibentuk, terdiri daripada Ustaz Abu Bakar al-Bakir sebagai Ketua Umum, Haji Arifin bin Haji Alias sebagai Ketua Satu dan Daud Jamil sebagai Ketua Dua. Bagaimanapun hayat Hizb al-Muslimin tidak lama, apabila Inggeris bertindak mengharamkan pertubuhan tersebut bersama dengan pertubuhan-pertubuhan lain di seluruh Semenanjung (termasuk Singapura) kecuali UMNO.

Kegiatan Hizb al-Muslimin mula terhenti apabila berlakunya penangkapan ke atas tiga orang pemimpin utamanya, Ustaz Abu Bakar al-Bakir, Ustaz Abrab Tamimi dan Abdul Rauf bin Nur. Ustaz Abu Bakar al-Bakir menjawat jawatan sebagai Ketua Umum Hizb al-Muslimin, Yang Dipertua Persatuan al-Ihya’, Mudir al-Ihya’, Ketua Lembaga Pendidikan Rakyat Malaya (LEPIR) dan juga guru al-Ihya’. Ustaz Abrab Tamimi pula menjawat jawatan sebagai Ketua Propaganda Hizb al-Muslimin, Setiausaha Jawatankuasa Perancang Universiti Rakyat dan Pelajaran, Nazir sekolah-sekolah dalam Pusat Pentadbiran Sekolah-sekolah Rakyat Malaya dan juga sebagai guru al-Ihya’. Manakala Ustaz Abdul Rauf Nur pula, seorang lulusan dari al-Ihya’ dan ditugaskan memegang jawatan sebagai Ketua Propaganda Hizb al-Muslimin, Bahagian Semanggol dan Selinsing, merangkap khatib di Masjid Gunung Semanggol dan guru al-Ihya’. Penangkapan ketiga-tiga tokoh ini, bererti berakhirlah kegiatan Hizb al-Muslimin.

Pengharaman ini ada hubungkaitnya dengan ucapan Dato’ Onn yang melabelkan Hizb al-Muslimin sebagai berdamping rapat dengan komunis. Sikap Dato’ Onn ini telah digambarkan dalam ucapannya:

Saya tidak melarang tetapi saya tidak sudi membenarkan (orang UMNO ke sidang Gunung Semanggol)…. Bahaya dari gunung itu masih ada lagi dan ditambah pula satu merbahaya lagi (Hizb al-Muslimin) yang tumbuh dari tanah dan menjalar akarnya (pergerakan Hizb al-Muslimin) supaya orang-orang Melayu terhapus dan terjatuh kerana sebenar-benarnya parti Islam itu merah.


Berikutan tindakan Inggeris mengharamkan semua badan-badan dan pertubuhan-pertubuhan politik yang ada di Semenanjung Tanah Melayu (termasuk Singapura), telah mendorong UMNO mengambil inisiatif menubuhkan sebuah badan kebajikan yang diberi nama Pertubuhan Ulama Malaysia. Pertubuhan ini bernaung di bawah UMNO

Setelah berada beberapa ketika bersama UMNO di bawah Biro Agamanya, timbul perasaan curiga dan tidak puas hati di kalangan ulama, kerana segala permasalahan agama tidak dirujuk kepada mereka contohnya, isu loteri yang dicadangkan oleh Kesatuan Melayu Kedah dan telah disokong oleh Perikatan Melayu Perak, cawangan Selama bagi tujuan menambahkan sumber kewangan UMNO. Cadangan ini telah mendapat bantahan keras dari kalangan tokoh-tokoh agama dalam UMNO, namun begitu sistem tersebut telah diterima pakai dan berjalan seperti biasa. Akhirnya pada 1951 Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ditubuhkan di mana ia adalah serpihan sayap ulama dalam UMNO.

Meneliti kepada tujuan dan matlamat penubuhan Hizb al-Muslimin pada tahun 1948 itu jelas menunjukkan ia dipengaruhi oleh pemikiran Timur Tengah, melalui majalah al-`Urwah al-Wuthqa yang banyak menyentuh tentang isu-isu penjajahan. Hujah ini diperkuatkan lagi dengan bukti-bukti yang menunjukkan bahawa guru-guru yang mengajar di al-Ihya’ al- Sharif kebanyakkannya datang dari Timur Tengah (Hijaz dan Mesir). Kebangkitan ulama 1940an ini jelas menyahut inspirasi majalah al-`Urwah al-Wuthqa yang berusaha menyedarkan masyarakat di seluruh Dunia Islam akan bahaya kolonialisme.

.
Kesimpulan

Perjuangan menuntut kemerdekaan di Tanah Melayu yang dipimpin oleh golongan berpendidikan Islam iaitu Dr. Burhanuddin al-Helmi dan Ustaz Abu Bakar al-Bakir banyak dipengaruhi oleh perjuangan di Timur Tengah di bawah pimpinan Syeikh Jamaluddin al-Afghani dan Muhammad Abduh. Sungguhpun mereka tidak bertemu secara langsung , pengaruh tersebut mengalir melalui sistem pembelajaran di madrasah-madrasah, khususnya Madrsah al-Masyhur al-Islamiyyah yang ditubuhkan oleh Syed Syeikh al-Hadi dan dibantu oleh Syeikh Tahir Jalaluddin. Selain itu juga pengaruh perjuangan al-Afghani dan Abduh tersebar melalui tulisan-tulisan yang dimuat dalam majalah-majalah tulisan jawi seperti Al-Imam, Al-Ikhwan dan Al-Hikmah. Hasil gabungan sistem pembelajaran dan sebaran maklumat daripada majalah-majalah serta semangat perjuangan nasionalisme yang bertiup kencang di seluruh negara terjajah seperti India, Indonesia dan lain-lain telah menghidupkan perjuangan mereka bagi menuntut kemerdekaan daripada Inggeris di Tanah Melayu. Walaupun kemerdekaan negara tidak berhasil di tangan mereka namun sumbangan mereka ke arah kemerdekaan patut diberi pujian dan sokongan.

" Selamat Hari kemerdekaan untuk Malaysia Kali ke-51 untuk semua rakyat Malysia"

& "Sedekahkan Al-Fatihah buat semua pejuang-pejuang yang selama ini berjuang untuk kemerdekaan tanah air kita yang tercinta..Tanpa mereka dahulu, tiadalah nikmat kemerdekaan yang kita kecapi dan hidup bahagia aman dan makmur seperti hari ini...Ingatlah Mencintai negara adalah sebahagian daripada Iman-Hadis Nabi"
Wallhua'lam..

Rujukan:

Al-Saidi, Abdul muta’al, t.th. Al-Mujahidun fi Islam min qarni al-Awwal ila rabi; al-‘ayar, dar al-Hamami, Kaherah,

Vatikoistic, P.j. 1980, The history of Egypt from Muhammad Ali to Sadat, Ed.2 London,

Muhammad ‘imarah, 1986, al-‘mal al-Kamilah lil Imam al-Syeikh Muhammad Abduh, Kaherah.

Saliha Hj. Hasan, Dr. Burhanuddin al-Helmi, Biografi tokoh pilihan Malaysia, Univeriti Malaya, Kuala Lumpur, 1997,

Nabir bin Haji Abdullah, Maahad II Ihya’ al-Syarif Gunung Semanggol 1934-1959, Jabatan Sejarah, UKM, Kuala Lumpur,

Hamka 1963, Ajahku, Jajamurni, Jakarta, cet.Ke-3,

Abu Bakar Hamzah 1981, Al-Imam its role in Malay society 1906-1908. Kuala Lumpur, Media Cendikiawan Sdn. Bhd.

Ahmad Azam, Merdeka dengan perlembagaan, Pustaka Semenanjung, Penang, 1955, hlm. 26-27.

Nabir bin Haji Abdullah, Ustaz Abu Bakar al-bakair dalam kenangan. Malaysia in History 14 (2) : 23-36.

Ibnu Hasyim,1993 1950-2000 Sejarah Kebangkitan dan Masa Depan PAS kuasai Malaysia?. Kuala Lumpur. GG Edar.

Sekadar Gambar Hiasan

Saturday, August 09, 2008

Alahai ...Pesonanya Egypt

TEMPAT-TEMPAT MENARIK SEKITAR MESIR

SINAI

Segitiga Sinai merupakan sebuah dataran yang mirip sebuah pulau yang diapit oleh 2 buah teluk - Suez dan 'Aqabah. Kawasan yang seluas 61 km ini dibahagikan kepada 2 wilayah iaitu Sinai Utara dan Sinai Selatan. Daerah ini telah menjadi tumpuan pengunjung yang meminati hidupan laut. Hampir seluruh dataran Sinai ini merupakan padang pasir dan gunung - gunung batu

Di dataran ini, tersingkap pelbagai peristiwa kenabian. Dataran ini merupakan laluan Nabi Ibrahim dalam perjalanannya ke Syam, Nabi Musa berbicara dengan Allah di Lembah suci Sinai (Wadi Muqaddas Thawa), makam Nabi Salleh dan Nabi Harun.Di samping itu, penaklukan Mesir di bawah pimpinan Amru bin 'As juga melalui dataran Sinai ini.

Antara tempat menarik tumpuan pengunjung ialah:

MATA AIR MUSA ('UYUN MUSA )

Terletak 143 km dari Kaherah. Tempat ini terdiri daripada 12 mata air yang berasal daripada sebuah batu yang dipecahkan oleh Nabi Musa a.s dengan tongkatnya untuk memberi minum suku kaumnya, sebagaimana yang diceritakan dalam al-Quran ( Surah al Baqarah : ayat 60). Namun kini, kedua - dua belas sumur itu tidak ditemui lagi kerana sebahagiannya telah dilitupi pasir yang ditiup oleh angin dari gurun.

RA'SU SADAR

Ra' su Sadar merupakan satu pantai yang indah di tepi Teluk Suez dan dikunjungi waktu musim panas. Jaraknya adalah sekitar 1 74 km dari perbatasan Kaherah.

KOTA THUR

Ia terletak di pinggir Teluk Suez dan merupakan ibu kota Sinai Selatan. Terdapat benteng Thur yang telah didirikan oleh kerajaan Uthmani (Sultan Salim I ) pada tahun 1520M di kota ini.

HAMAM FIRAUN DAN HAMAM MUSA

Kedua - dua tempat ini berjauhan antara satu sama lain. Hamam Firaun terletak di Persisiran Teluk Suez, dan digunakan oleh Firaun untuk menyembuhkan penyakit Rheu-matism. Ia berasal daripada sebuah bukit yang telah ditebuk. Manakala Hamam Musa adalah merupakan tempat persinggahan Nabi untuk bersuci yang terletak di tengah-tengah perjalanan di antara Suez dan bandar Thur.

JABAL THUR DAN SAINT CATHERINE

Merupakan tempat yang paling suci di Dataran Sinai. Kawasan ini terletak pada ketinggian 2500 m dari permukaan laut sehingga udaranya sangat dingin dan kadangkala turun salji semasa musim dingin berada di kemuncaknya. Sebuah biara telah dibina sekitar abad ke - 6 masihi dengan nama Saint Catherine ( diambil daripada salah seorang anak pemimpin Alexandaria yang menganut agama masehi sehingga disiksa). Di puncak Saint Catherine, terdapat dua tempat ibadah yang kecil, masjid dan gereja. Pemandangan alam yang mempersonakan ditambah lagi dengan matahari yang terbit indah dapat dilihat dari puncaknya.

Sekitar daerah ini, terdapatjuga makam Nabi Saleh dan Nabi Harun serta patung l'jil (anak lembu yang disembah oleh Samiri ketika Nabi Musa menyendiri (kontemplasi ) selama 40 hari di Saint Catherine untuk menerima wahyu). Di sana juga terdapat 'Syajarah Mubarakah' iaitu pohon suci seperti yang telah disebut dalam al Quran, surah al-Mukminun ayat 20.

THABA

Thaba' merupakan tempat yang terletak paling ke timur Mesir. la menjadi batas akhir Wilayah Mesir dengan Kota Ilat di Wilayah Israel. Kota ini berada di Teluk 'Aqabah dan berhadapan dengan Teluk 'Aqabah. Thaba adalah pemisah bagi tiga buah negara iaitu Mesir, Israel dan Jordan. la juga merupakan kota terakhir yang dibebaskan oleh Mesir daripada penjajahan Israel terhadap penjajahan Sinai. Jarak kota ini dari Kaherah hanya 703 km sahaja.

JAZIRAH FIRAUN

Jazirah Firaun ini merupakan pulau kecil yang terletak 8 km dari Thaba'. Suatu yang menarik terdapat di sana ialah sebuah benteng yang dibangunkan oleh Salahuddin Al-Ayyubi untuk menghadapi serangan semasa Perang Salib. Untuk sampai ke sana, biasanya pengunjung menggunakan perahu kecil yang disediakan oleh Kementerian Pelancongan Mesir.

A'RIESY

Ibukota wilayah Sinai Utara ini terletak di pinggir pantai Laut Mediteranean. A'riesy terkenal dengan pantai kurmanya yang menjadi tumpuan para pengunjung. Jaraknya dari Kaherah iaitu 373 km.

AL FAIYOUM

Istilah Al Faiyoum sebenarnya berasal daripada istilah 'alfa-youm' yang bererti seribu hari. Ia terletak 105 km ke selatan Kaherah. Al-Faiyoum terkenal sebagai lembah pertanian yang subur di samping terkenal dengan kebun mangganya yang begitu luas. Di kota inilah lahirnya peradaban Mesir purba dan kota Menef (ibu kota Mesir yang pertama setelah pemerintahan Firaun) pula berada di sebelah utaranya. Kejayaan kota ini sampai ke kemuncaknya ketika pemerintahan Dinasti Firaun yang ke-3 dan ke-4. Di sini jugalah Allah menenggelamkan Qorun dan harta-hartanya.

Tempat menarik yang boleh dikunjungi di Al Faiyoum , antaranya:

DANAU QORUN

Danau atau Tasik Qorun merupakan tasik yang ketiga besar di Mesir. Tasik ini memiliki 5 meter dalam di sebelah timur dan 12 meter di sebelah barat manakala luasnya pula adalah 55 ribu faddan. la merupakan tinggalan daripada Tasik Moris kuno yang pernah dikunjungi oleh Herodotus pada 450 SM. Di bahagian tengah tasik ini terdapat sebuah tasik kecil yang dinamakan 'Qarn Az-Zahabi'. Menurut lagenda yang masyhur, tasik ini adalah tempat di mana terdirinya Istana Qorun dan seluruh hartanya, tetapi kemudiannya telah ditenggelamkan oleh Allah berikutan sombongnya dan kufurnya Qorun terhadap nikmat yang Allah kurniakan. Berikutan dari peristiwa itulah ia dinamakan Tasik Qorun.

AS-SAWAQI (KINCIR AIR)

Kincir air ini menjadi salah satu bukti daripada ketinggian peradaban Mesir kuno. Pada era Mesir kuno, penduduknya telah memanfaatkan sebanyak 200 buah kincir air untuk mengairi kawasan pertanian. Dari sini terbuktilah bahawa masyarakat Mesir telah maju dalam bidang tersebut. Salah satu kincir air yang boleh didapati sehingga kini boleh didapati di tengah kota al-Faiyoum.

ISKANDARIAH

Tempat - tempat menarik di Iskandariah di antaranya:

MASJID DAN BENTENG QEIT BEY

Kedua - dua senibina ini dibina oleh salah seorang Sultan Memalik yang memimpin pada tahun 1472M. Ia dibina untuk mempertahankan Iskandariah daripada serangan - serangan luar. Luas benteng ini secara keseluruhannya adalah 2 hektar. Apabila diiihat dari aspek senibina masjidnya pula, terdapat paduan corak seni Islam yang sangat indah.

MASJID ABU AL-ABBAS AL-MURSI

Masjid ini terletak di tepi pantai Iskandariah. Masjid ini menjadi kebanggaan masyarakat di situ kerana bentuk senibina segienam yang unik dan penuh kaligrafi menarik. Di dalam masjid tersebut ditempatkan makam Al - Mursi iaitu seorang ulama' sufi yang giat dalam usaha dakwah. Beliau juga merupakan murid kepada Hasan Syadzili (pembina tarekat Syadziliah terkenal).

MAKAM LUQMAN AL-HAKIM DAN NABI DANIEL

Kedua - dua masjid tersebut berada di bawah sebuah masjid di pusat kota Alexandaria.

ROMANIAN THEATRE (AL-MASRAH AL-RUMANY).

Ia ditemui di kawasan Koum Ad -Dukkan pada tahun 1960 serta merupakan kesan tinggalan sejarah Rom sewaktu menguasai Alexandaria. Tempat duduknya membentuk setengah putaran yang khas dengan 12 anak tangga yang masih tinggal.

RUMAH API KUNO ALEXANDARIA (MANARAH AL-ISKANDARIAH AL-QODIMAH)

Rumah api ini dibina di bahagian paling timur Iskandariah pada tahun 280 M. Ia terdiri daripada empat tingkat dengan ketinggial 135 meter. Pada waktu dahulu, rumah api ini merupakan salah satu daripada keajaiban dunia tetapi sebuah gempa yang dahsyat telah memusnahkan seluruh rumah api tersebut. Di tempat itu kini terdapatnya Benteng Qeit Bey

PANTAI DAN TAMAN MONTAZAH

Pantai dan Taman Montazah ini merupakan tempat kunjungan musim panas bagi raja - raja Mesir sebelum revolusi 23 Julai 1972 (daripada sistem kerajaan Republik). Di dalam taman pinggir laut seluas 155.4 hektar ini terdapat istana Raja Farouk vang memiliki senibina yang begitu indah ditambah lagi dengan kedudukannya yang terletak di dataran tinggi serta menghadap ke arah Laut Tengah. Istana itu kini menjadi tempat yang disediakan bagi menyambut tetamu - tetamu yang mengunjungi Alexandaria.

MUZIUM PERMATA KERAJAAN (MATHAF AL -MUJAWHARAT AL - MALAKIYAH).

Pada asalnya muzium ini merupakan istana salah seorang permaisuri yang terletak di kawasan Zizina. Di dalam muzium ini terdapat pelbagai harta perhiasan yang antik milik keluarga kerajaan yang kini telah diambil oleh pemerintah selepas revolusi 1952.



LUXOR

Luxor merupakan sebuah bandar bagi Governoret Qena. la terletak kira-kira 700 km ke Selatan Kaherah. Pada mulanya kota ini dikenali sebagai West. Kemudian apabila ia dikuasai oleh Yunani, mereka menyebutkan sebagai ' Thebes ". Di bawah pemerintahan bangsa Arab, ia sekali lagi ditukar sebagai Luxor. Bangsa Arab juga menyebut kota ini sebagai "Al-Aqshar" (istana-istana).

Luxor merupakan tempat yang paling banyak meninggalkan kesan-kesan sejarah Firaun. Di antara tempat-tempat bersejarah di kota ini ialah:

MA'BAD AL-AQSHAR.

Ma'bad ini terletak di pusat kota Luxor. Pintu gerbangnya seolah-olah dijaga oleh dua buah patung Ramsis yang amat besar dalam posisi duduk di hadapan Ma'bad tersebut. Istana Agung ini dibangunkan oleh Amenhotep 111 dalam lingkungan tahun 1400 SM, seterusnya disempurnakan oleh Ramsis II setelah 100 tahun terbengkalai berikutan kematian Amenhotep.

Manakala di sekelilingnya pula, terdapat beberapa Ma'bad yang lain seperti Ma'bad Deir El-Bahari, Ramesseum, Medinet Itabu, Isna, Dandarah dan patung Memnon. Pada asalnya, di persekitaran Ma'bad itu terdapat dua buah chelisk (tugu), namun sebuah sahaja yang masih berdiri megah di sana manakala sebuah lagi telah dibawa ke Con-cord Square, Paris oleh tentera Perancis semasa menduduki Mesir. Apa yang paling menarik, terdapat sebanyak 32 tiang raksasa sekitar taman Ramsis II yang berada di dalam Ma'bad ini. Selain itu, terdapat juga sebuah masjid bernama Abu al-Hujjaj di timur laut Ma'bad ini yang dibina oleh Islam ketika zaman Kerajaan Fathimiyah.

MA'BAD KARNAK.

Ma'bad Karnak terletak kira-kira 3 km ke utara Luxor dengan kawasan seluas 62 ekar. Karnak bermaksud 'Kampung Perkuburan". la dibangunkan sekitar 2000 tahun SM, sebagai tempat singgahsana 'Amon'. Sebanyak 50 kerajaan kecil ikut serta membantu proses pembangunannya.

Sebelum sampai ke pintu gerbang pertama di Ma'bad tersebut, terdapat satu laluan jalan diraja. la menghubungkan Ma'bad Al-Aqshar dengan Ma'bad Karnak sepanjang 3 km. Di kiri kanan jalan ini, terdapat deretan-deretan "Sphinx" yang berkepala Kibasy dan berbadan singa sebagai simbol Raja Amon. Pintu gerbang yang pertama merupakan pintu gerbang yang terbesar daripada keseluruhan 9 pintu gerbang yang ada di sana (144 kaki tinggi, 113 meter lebar, 15 meter tebal) yang dipercayai dibina pada dinasti yang terakhir.

Apa yang menakjubkan ialah terdapatnya sebuah dewan besar yang mempunyai 134 tiang gergasi (23m) yang dibina oleh Ramses I, Ramses II dan Seti, terukir penuh dengan tulisan-tulisan hiero-glyphics. Jauh ke hadapan terdapat satu tiang batu granit berwarna merah jambu yang hujung tajamnya menghadap ke langit (obeliks). Obeliks tersebut dipanggil sebagai Obeliks Thutmosis I yang pada asalnya terdapat 4 tiang. Di hadapannya terdapat satu tagi tiang iaitu Obeliks Hatshepsut setinggi 30 m dan seberat 200 tan. Keseluruhannya terdapat 6 buah pintu gerbang yang dibina untuk Raja Thutmosis III di dalam ma'bad tersebut.

BUHAIRAH MUQADDASAH ( TASIK SUCI ).

Tasik suci ini terletak di luar pintu utama Ma'bad Kamak. Pada masa dahulu, kawasan tasik ini digunakan untuk pesta - pesta dan upacara pertabalan agung raja - raja. la dibina oleh Amenophes III.

MAQABIR WADI AL - MULUK

Tempat ini menempatkan makam -makam raja Mesir purba. Antaranya Tutankhamus, Aminofis II dan Raja Seti I ( bapa Ramses II ) daripada dinasti ke 19. Begitu juga makam para ratu seperti Nefertiti ( isteri Ramses II ). Di sana juga terdapat Deir EI Bahri, Ma'bad Ramseun dan lain - lain.

ASWAN

Kota ini terletak di bahagian Selatan Mesir yang berjarak 904 km dari Kaherah. Kota ini memiliki panorama alam yang begitu indah. la menjadi tumpuan pengunjung pada musim dingin. Perkataan Aswan dalam bahasa Mesir Purba dikenal dengan nama Suno yang bererti pasar. Terdapat makam Aga Khan, pembina Sy'ah Ismailiyah di sana.

Antara tempat yang menarik di Aswan ialah:

EMPANGAN ASWAN ( SADDUL 'ALY)

Dasar sungai dan lebar 40 meter merupakan simbol kehebatan senibina pada abad ke 20.

DANAU NASSER

Danau yang sepanjang 500 km dan lebar 10 km terbentuk dari saluran Empangan Aswan. Hasil penemuan moden mendapati bahawa di dalam danau ini terkandung emas yang dibawa hujan dari gunung.

MAQABIR AN NUBALA'

Merupakan kuburan yang dipahat di gunung bata, menghadap arah utara Kota Aswan.

MA'BAD BAIT EL WALY

Merupakan tempat peribadatan yang dipahat pada bukit batu dan salah satu dari 5 dengan pandangan yang begitu mengasyikkan.

ABU SIMBEL

Letaknya paling ke selatan Mesir dengan jarak 280 km Selatan Aswan atau 1184 km dari Kaherah. Di Kota Abu Simbel ini, terdapat ma'bad Abu Simbel yang dibangunkan oleh Ramses II. Ma'bad yang setinggi 33 meter dan selebar 38 meter dijaga oleh 4 buah patung raksasa Ramses II dengan ketinggian masing - masing iaitu 20 meter.

Kawasan ini pernah ditenggelami oleh banjir - banjir dari empangan Aswan. Namun telah mendapat bantuan bahagian pendidikan dan kebudayaan PBB ( UNESCO) pada tahun 1959 dengan pemindahan bahan tinggalan sejarah di kawasan tersebut ke kawasan yang lebih tinggi.

Terdapat sejumlah besar tugu di ma'bad ini seperti tugu perkahwinan Ramses I dengan puteri Raja Haitsiyin. Ma'bad Abu Simbel juga memiliki senibina yang dikenali sebagai Qadasul Aqdas (tempat paling suci) yano dipenuhi dengan patung - patung Ramses, Ra'hur Akhti dan Amon. Apa yang menakjubkan, sinar matahari tidak pernah memasuki ruang tersebut sepanjang tahun kecuali pada dua hari sahaja iaitu 21 Febuari (hari kelahiran Ramses) dan 22 Oktober (hari pertabalan sebagai Raja Mesir).



MUZIUM YUNANI - ROMAVY

Muzium ini didirikan pada tahun 1891 untuk memelihara bahan - bahan sejarah Yunani dan Rom yang pernah menguasai Alexandaria suatu ketika dulu. Terdapat dalam lingkungan 50 ribu benda seni yang digunakan antara abad 3 hingga 5 Masihi di dalam muzium ini.

Selain tempat - tempat tersebut, di sepanjang pantai barat juga banyak kedapatan kawasan - kawasan menarik yang lain seperti Qoriah Diplomasiyin ( milik keluarga Kementerian Negeri Mesir), Pantai Syuruq 21 km sebelah barat Alexandaria ), Pantai Maraqiya (50 km ke arah barat Alexandaria), Syathi Gharm di Marsa Matruh ( tempat berpautnya kisah cinta antara Ratu Cleopatra dengan Mark Antonio ) dan sebagainya.

PORT SAID

Kota ini dibangunkan pada tahun 1860 oleh Khedir Ismail dan merupakan sebuah pelabuhan bebas. Menurut sejarah di sinilah tempat awal Terusan Suez digali oleh seorang arkitek Peranchis, Ferdinand De Leseps dan dibuka untuk pelayaran antarabangsa buat pertama kalinya pada 17 November 1869. Terdapat banyak barangan import di Port Said kerana ia merupakan tempat persinggahan kapal-kapal asing. Harga-harga barangan di sini juga seimbang dan selaras dengan perbelanjaan di Kaherah.

MUZIUM TAHRIR

Muzium ini menyimpan ratusan bahan tinggalan sejarah dari Dinasti Mesir Kuno sehinggalah perhiasan dan singgahsana emas milik raja-raja Firaun. Peninggalan sejarah terpenting yang terdapat di muzium ini dan masih utuh ialah Duplikat mumia Raja Firaun dan patung berkepala emas Tut Ankh Amun yang diabadikan dalam ruangan khas.

MASJID-MASJID BERSEJARAH

MASJID SAIDINA HUSEIN

Masjid ini mendapat nama sedemikian kerana di sanalah dimakamkan kepala Saidina Husein yang wafat ketika peristiwa Karbala'. Pada mulanya ia dimakamkan di Asqolan (Palestin) oleh Dinasti Fatimi namun setelah itu dipindahkan ke Kaherah.

Terdapat banyak tinggalan sejarah yang tersimpan di dalam masjid ini seperti secebis pakaian nabi, sebuah alat penghitam bulu mata milik Nabi Muhammad S.A.W, sejengkal potongan daripada tongkat nabi, beberapa helai janggut nabi, al-Quran yang ditulis oleh Khalifah Ali dan al-Quran yang dibaca oleh Khalifah Osman ketika beliau dibunuh. Kedua-dua al-Quran tersebut ditulis pada kulit kijang yang nipis. Masjid ini terletak di sebelah Masjid al-Azhar.

MASJID AL-AZHAR

Masjid ini mula dibangunkan pada tahun 359 Hijrah, bersamaan 970 Masihi oleh Panglima Jauhar as-Saqoli atas perintah Mu'is Li Dinillah yang memerintah Dinasti Fatimi (berpusat di Tunis). Pembinaan masjid ini dapat disempurnakan hanya dalam tempoh 26 bulan.

MASJID MUHAMMAD ALI

Masjid ini didirikan oleh Raja Muhammad Ali Pasha, pemimpin Mesir moden pada akhir abad ke-19. Ruang masjid ini diperbuat daripada marmar yang indah. Bentuk luarnya pula hampir seperti masjid -masjid yang ada di Albania, Yugoslavia dan Turki kerana memiliki kubah khas setinggi 52 meter ke angkasa yang dan menara yang tingginya melebihi 84 meter. Dari tempat ini dapat dilihat pemandangan seluruh penjuru kota Kaherah. Makam Raja Muhammad Ali berada di dalam masjid ini. Masjid ini pula berada di dalam benteng Salahuddin.

MASJID 'AMRU BIN 'AS

Masjid ini telah dibangunkan oleh Panglima 'Amru bin 'As atas perintah Khalifah Umar al-Khattab setibanya beliau di Mesir pada tahun 21 Hijrah atau 641 Masihi. Masjid ini terletak di daerah Foshthat, ibu kota Mesir ketika itu. Pembaikan dan perluasannya telah dilakukan beberapa kali dan yang terakhir ialah pada tahun 1979.

MASJID AHMAD BIN TOULUN

Ia dibina semasa Dinasti Thoulun pada tahun 869 Masihi. Pada umumnya, seni bina masjid ini mewakili corak masjid Mesir. Kedudukannya adalah di kawasan Sayyeda Zainab. Ia merupakan masjid terbesar di Mesir semenjak Fathu Misr (pembukaan Mesir oleh 'Amru bin 'Ash). Masjid ini dihiasi dengan sejumlah besar perhiasan yang bercirikan Islam di samping menaranya yang istimewa dengan tangga yang melingkar seolah-olah menara Sumeria di Alex.

MASJID IMAM SYAFIE

Masjid ini terletak berdampingan dengan makam Imam Muhammad bin Idris as-Syafie. Binaan makamnya dipagari dengan dinding atau pagar yang kayu berukir yang merupakan hadiah daripada kaum Muslimin India. Ia boleh dikunjungi di Haiyu Syatie, Kaherah.

MASJID SULTAN HASSAN DAN MASJID RIFA'IE.

Masjid ini tertetak berdampingan dengan benteng Salahuddin. Ia dibina oleh Sultan Hasan daripada Dinasti Memalik pada tahun 1348 Masihi dan telah siap pada tahun 1351 Masihi. Masjid Rifa'ie pula diambil dari nama seorang pendakwah yang agung. Di dalam Masjid ini terdapat beberapa makam raja termasuk Fuad 11 (Raja Farouk) iaitu raja Mesir yang terakhir sebelum revolusi 1952.

MAKAM ULAMA'

Mesir terkenal dengan jolokan 'Bumi Anbiya' mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Di antaranya ramai nabi Allah yang berasal dari Mesir dan munculnya ahli cendekiawan Islam dan ulama' - ulama' agung dalam dunia Islam. Pertamanya, Imam Syafie yang termasyhur sebagai ahli feqh. Beliau berketurunan Arab Quraisy Hasyimi dan bertemu nasab dengan Rasululah S.A.W pada Abdul Manaf.Imam Syafie merupakan murid kepada Imam Malik. Beliau juga bertemu dengan Imam Ahmad Ibnu Hanbal dan sering mengadakan perbincangan dengan Imam Ahmad dalam Ilmu Feqah. Beliau meninggal dunia pada tahun 204H.

Syeikh Zakaria al-Ansari terkenal sebagai ahli teqah dan tasawuf. Beliau telah berhijrah ke Kaherah pada masa pemerintahan Sultan Qaitbay dan menuntut ilmu di Universiti al-Azhar ketika berusia 18 tahun. Di antara kitab beliau yang termasyhur ialah Qawaki Sufian syarah risalah Qusyairiah dalam ilmu tasauf salah seorang anak muridnya yang masyhur ialah Syeikh Sha' rani. Beliau meninggal dunia pada tahun 926 hijrah.

Imam Waqie bin al-Jarrah bin Malik pernah menjadi guru kepada Imam Syafie ketika berada di lraq. Beliau dikenali sebagai orang tinggi darjat, alim dan banyak menghafal hadis. Beliau meninggal dunia di Qayyid pada bulan Muharram tahun 197H. Makam beliau terletak tidak jauh dari makam masjid Imam Syafie.

Uqbah bin Amir ialah seorang Imam dan sahabat Rasululah selepas berhijrah ke Madinah.Beliau digelar Abu Saad atau Abu Aswad. Beliau sering berkhidmat sebagai pembantu kepada Rasulullah S.A.W dan turut mengikut nabi dalam beberapa peperangan. Uqbah bin Amir di kenali sebagai Qari yang alim dalam ilmu Feqah. Beliau turut membuka negara Mesir bersama 'Amru al-'As. Akhirnya beliau meninggal dunia pada bulan Syaaban tahun 58H dan dimakamkan di Qarafah Jubra.

KUBU (QAL'AH) SALAHUDDIN

Qal'ah ini dibina oleh Panglima Salahuddin al-Ayyubi pada tahun 1183M untuk mempertahankan Kaherah daripada serangan-serangan luar khususnya semasa Perang Salib. Di sebelah utara benteng pula, terdapat Masjid al-Marmari yang dipenuhi dengan marmar dan granit. Namun kini, ia dikenali sebagai Masjid Muhammad Ali. Selain itu tedapat juga dua buah muzium di Qal'ah ini iaitu Muzium Permata (Qashrul Jawharah) yang terdapat perhiasan raja - raja Mesir seperti singgahsana Raja Farouk dan muzium polis (Mathaf as-Syuthah) yang terdiri daripada enam bahagian. Di antaranya ruangan yang pernah digunakan oleh polis Mesir sepanjang sejarahnya, ruangan dokumen-dokumen penting sejak pemerintahan Muhammad Ali Basya hingga kini dan ruangan-ruangan lain.

Di kawasan Qal'ah ini juga terdapat muzium kesenian Islam (Mathaf al-Fan al-Islam). Muzium ini pada mulanya berada di daerah Bab el-Khalq iaitu di hadapan gedung Mudriyah Amnil Qahirah dan menyimpan dalam lingkungan 50 ribu benda yang melambangkan kesenian Islam sejak zaman Nabi S.A.W. Antaranya surat Rasulullah S.A.W yang dihantar kepada pemimpin Mesir yang bernama Mukaukis yang mengajaknya untuk memeluk lslam.

.....................................................................
MUZIUM TAHRIR

Muzium ini menyimpan ratusan bahan tinggalan sejarah dari Dinasti Mesir Kuno sehinggalah perhiasan dan singgahsana emas milik raja-raja Firaun. Peninggalan sejarah terpenting yang terdapat di muzium ini dan masih utuh ialah Duplikat mumia Raja Firaun dan patung berkepala emas Tut Ankh Amun yang diabadikan dalam ruangan khas


SEMENANJUNG SINAI

Segitiga Sinai merupakan sebuah dataran yang mirip sebuah pulau yang diapit oleh 2 buah teluk - Suez dan 'Aqabah. Kawasan yang seluas 61 km ini dibahagikan kepada 2 wilayah iaitu Sinai Utara dan Sinai Selatan. Daerah ini telah menjadi tumpuan pengunjung yang meminati hidupan laut. Hampir seluruh dataran Sinai ini merupakan padang pasir dan gunung - gunung batu

Di dataran ini, tersingkap pelbagai peristiwa kenabian. Dataran ini merupakan laluan Nabi Ibrahim dalam perjalanannya ke Syam, Nabi Musa berbicara dengan Allah di Lembah suci Sinai (Wadi Muqaddas Thawa), makam Nabi Salleh dan Nabi Harun.Di samping itu, penaklukan Mesir di bawah pimpinan Amru bin 'As juga melalui dataran Sinai ini.

Antara tempat menarik tumpuan pengunjung ialah:

MATA AIR MUSA ('UYUN MUSA )

Terletak 143 km dari Kaherah. Tempat ini terdiri daripada 12 mata air yang berasal daripada sebuah batu yang dipecahkan oleh Nabi Musa a.s dengan tongkatnya untuk memberi minum suku kaumnya, sebagaimana yang diceritakan dalam al-Quran ( Surah al Baqarah : ayat 60). Namun kini, kedua - dua belas sumur itu tidak ditemui lagi kerana sebahagiannya telah dilitupi pasir yang ditiup oleh angin dari gurun.

RA'SU SADAR

Ra' su Sadar merupakan satu pantai yang indah di tepi Teluk Suez dan dikunjungi waktu musim panas. Jaraknya adalah sekitar 1 74 km dari perbatasan Kaherah.

KOTA THUR

Ia terletak di pinggir Teluk Suez dan merupakan ibu kota Sinai Selatan. Terdapat benteng Thur yang telah didirikan oleh kerajaan Uthmani (Sultan Salim I ) pada tahun 1520M di kota ini.

HAMAM FIRAUN DAN HAMAM MUSA

Kedua - dua tempat ini berjauhan antara satu sama lain. Hamam Firaun terletak di Persisiran Teluk Suez, dan digunakan oleh Firaun untuk menyembuhkan penyakit Rheu-matism. Ia berasal daripada sebuah bukit yang telah ditebuk. Manakala Hamam Musa adalah merupakan tempat persinggahan Nabi untuk bersuci yang terletak di tengah-tengah perjalanan di antara Suez dan bandar Thur.

JABAL THUR DAN SAINT CATHERINE

Merupakan tempat yang paling suci di Dataran Sinai. Kawasan ini terletak pada ketinggian 2500 m dari permukaan laut sehingga udaranya sangat dingin dan kadangkala turun salji semasa musim dingin berada di kemuncaknya. Sebuah biara telah dibina sekitar abad ke - 6 masihi dengan nama Saint Catherine ( diambil daripada salah seorang anak pemimpin Alexandaria yang menganut agama masehi sehingga disiksa). Di puncak Saint Catherine, terdapat dua tempat ibadah yang kecil, masjid dan gereja. Pemandangan alam yang mempersonakan ditambah lagi dengan matahari yang terbit indah dapat dilihat dari puncaknya.

Sekitar daerah ini, terdapatjuga makam Nabi Saleh dan Nabi Harun serta patung l'jil (anak lembu yang disembah oleh Samiri ketika Nabi Musa menyendiri (kontemplasi ) selama 40 hari di Saint Catherine untuk menerima wahyu). Di sana juga terdapat 'Syajarah Mubarakah' iaitu pohon suci seperti yang telah disebut dalam al Quran, surah al-Mukminun ayat 20.

THABA

Thaba' merupakan tempat yang terletak paling ke timur Mesir. la menjadi batas akhir Wilayah Mesir dengan Kota Ilat di Wilayah Israel. Kota ini berada di Teluk 'Aqabah dan berhadapan dengan Teluk 'Aqabah. Thaba adalah pemisah bagi tiga buah negara iaitu Mesir, Israel dan Jordan. la juga merupakan kota terakhir yang dibebaskan oleh Mesir daripada penjajahan Israel terhadap penjajahan Sinai. Jarak kota ini dari Kaherah hanya 703 km sahaja.

JAZIRAH FIRAUN

Jazirah Firaun ini merupakan pulau kecil yang terletak 8 km dari Thaba'. Suatu yang menarik terdapat di sana ialah sebuah benteng yang dibangunkan oleh Salahuddin Al-Ayyubi untuk menghadapi serangan semasa Perang Salib. Untuk sampai ke sana, biasanya pengunjung menggunakan perahu kecil yang disediakan oleh Kementerian Pelancongan Mesir.

A'RIESY

Ibukota wilayah Sinai Utara ini terletak di pinggir pantai Laut Mediteranean. A'riesy terkenal dengan pantai kurmanya yang menjadi tumpuan para pengunjung. Jaraknya dari Kaherah iaitu 373 km.

.............................................................



MUZIUM TAHRIR

Muzium ini menyimpan ratusan bahan tinggalan sejarah dari Dinasti Mesir Kuno sehinggalah perhiasan dan singgahsana emas milik raja-raja Firaun. Peninggalan sejarah terpenting yang terdapat di muzium ini dan masih utuh ialah Duplikat mumia Raja Firaun dan patung berkepala emas Tut Ankh Amun yang diabadikan dalam ruangan khas


SEMENANJUNG SINAI

Segitiga Sinai merupakan sebuah dataran yang mirip sebuah pulau yang diapit oleh 2 buah teluk - Suez dan 'Aqabah. Kawasan yang seluas 61 km ini dibahagikan kepada 2 wilayah iaitu Sinai Utara dan Sinai Selatan. Daerah ini telah menjadi tumpuan pengunjung yang meminati hidupan laut. Hampir seluruh dataran Sinai ini merupakan padang pasir dan gunung - gunung batu

Di dataran ini, tersingkap pelbagai peristiwa kenabian. Dataran ini merupakan laluan Nabi Ibrahim dalam perjalanannya ke Syam, Nabi Musa berbicara dengan Allah di Lembah suci Sinai (Wadi Muqaddas Thawa), makam Nabi Salleh dan Nabi Harun.Di samping itu, penaklukan Mesir di bawah pimpinan Amru bin 'As juga melalui dataran Sinai ini.

Antara tempat menarik tumpuan pengunjung ialah:

MATA AIR MUSA ('UYUN MUSA )

Terletak 143 km dari Kaherah. Tempat ini terdiri daripada 12 mata air yang berasal daripada sebuah batu yang dipecahkan oleh Nabi Musa a.s dengan tongkatnya untuk memberi minum suku kaumnya, sebagaimana yang diceritakan dalam al-Quran ( Surah al Baqarah : ayat 60). Namun kini, kedua - dua belas sumur itu tidak ditemui lagi kerana sebahagiannya telah dilitupi pasir yang ditiup oleh angin dari gurun.

RA'SU SADAR

Ra' su Sadar merupakan satu pantai yang indah di tepi Teluk Suez dan dikunjungi waktu musim panas. Jaraknya adalah sekitar 1 74 km dari perbatasan Kaherah.

KOTA THUR

Ia terletak di pinggir Teluk Suez dan merupakan ibu kota Sinai Selatan. Terdapat benteng Thur yang telah didirikan oleh kerajaan Uthmani (Sultan Salim I ) pada tahun 1520M di kota ini.

HAMAM FIRAUN DAN HAMAM MUSA

Kedua - dua tempat ini berjauhan antara satu sama lain. Hamam Firaun terletak di Persisiran Teluk Suez, dan digunakan oleh Firaun untuk menyembuhkan penyakit Rheu-matism. Ia berasal daripada sebuah bukit yang telah ditebuk. Manakala Hamam Musa adalah merupakan tempat persinggahan Nabi untuk bersuci yang terletak di tengah-tengah perjalanan di antara Suez dan bandar Thur.

JABAL THUR DAN SAINT CATHERINE

Merupakan tempat yang paling suci di Dataran Sinai. Kawasan ini terletak pada ketinggian 2500 m dari permukaan laut sehingga udaranya sangat dingin dan kadangkala turun salji semasa musim dingin berada di kemuncaknya. Sebuah biara telah dibina sekitar abad ke - 6 masihi dengan nama Saint Catherine ( diambil daripada salah seorang anak pemimpin Alexandaria yang menganut agama masehi sehingga disiksa). Di puncak Saint Catherine, terdapat dua tempat ibadah yang kecil, masjid dan gereja. Pemandangan alam yang mempersonakan ditambah lagi dengan matahari yang terbit indah dapat dilihat dari puncaknya.

Sekitar daerah ini, terdapatjuga makam Nabi Saleh dan Nabi Harun serta patung l'jil (anak lembu yang disembah oleh Samiri ketika Nabi Musa menyendiri (kontemplasi ) selama 40 hari di Saint Catherine untuk menerima wahyu). Di sana juga terdapat 'Syajarah Mubarakah' iaitu pohon suci seperti yang telah disebut dalam al Quran, surah al-Mukminun ayat 20.

THABA

Thaba' merupakan tempat yang terletak paling ke timur Mesir. la menjadi batas akhir Wilayah Mesir dengan Kota Ilat di Wilayah Israel. Kota ini berada di Teluk 'Aqabah dan berhadapan dengan Teluk 'Aqabah. Thaba adalah pemisah bagi tiga buah negara iaitu Mesir, Israel dan Jordan. la juga merupakan kota terakhir yang dibebaskan oleh Mesir daripada penjajahan Israel terhadap penjajahan Sinai. Jarak kota ini dari Kaherah hanya 703 km sahaja.

JAZIRAH FIRAUN

Jazirah Firaun ini merupakan pulau kecil yang terletak 8 km dari Thaba'. Suatu yang menarik terdapat di sana ialah sebuah benteng yang dibangunkan oleh Salahuddin Al-Ayyubi untuk menghadapi serangan semasa Perang Salib. Untuk sampai ke sana, biasanya pengunjung menggunakan perahu kecil yang disediakan oleh Kementerian Pelancongan Mesir.

A'RIESY

Ibukota wilayah Sinai Utara ini terletak di pinggir pantai Laut Mediteranean. A'riesy terkenal dengan pantai kurmanya yang menjadi tumpuan para pengunjung. Jaraknya dari Kaherah iaitu 373 km.

Monday, August 04, 2008

Mawar

Mawar Berduri

Mawar

Jika Kau sekuntum Mawar,
Putih bersih dan haruman mewangi,
Mekar bagai lembayung seri,
Namun masih dipandang sepi,
Kerana Mawar tidak mahu menyaingi,
Di mana Kehebatan si Mawar...

Mawar,
Sucimu dan harumanmu,
Selalu dibandingkan dengan si Melur,
Si cantik merah sumber inspirasi,
Bagi mereka yang menyimpan di hati,
Untuk tatapan setiap hari.

Jika kau sekuntum mawar,
Mengapakah mawar dikaitkan berduri,
susah ker mawar untuk diberi,
Dicapai dan dibelai,
Apakah mawar berada di kawasan larangan,
Sememangnya bukan di kawasan sembarangan,
Rugilah mawar tidak dipertontonkan,
Namun di sana mawar ada kehebatan,
Menjadi sanjungan dan pujaan,
Yang tidak ada tolok bandingan..

Mawar,
Sememangnya lambang cinta,
Sekukuh cinta Syah Jahan bersama Mumtaz Mahal,
Yang menjadi sebutan,
Dari lafaz yang tersimpan,
Lambang kemegahan,
Kononnya sebagai tanda berkasih-kasihan.

Jika kau sekuntum mawar,
Siapakah benar mahu dirinya,
Tidak mahu dijadikan lambang cinta,
Tidak mahu diperkotak katikkan sesuka rasa,
Namun,
Mawar itu punya kehormatan diri,
Ada kecantikan tersendiri,
Sentiasa suci dan murni.

Mawar,
Kerana bagi Mawar,
Cinta itu bukan ungkapan,
Bukan lambang,
Bukan paksaan,
Bukan igauan,
Cinta itu adalah Anugerah,
Namun dari ILAHI,
HAnya DIA YAng Mengetahui...

Biarlah Mawar di situ,
Terus mekar dan tetap ayu,
Menghabiskan sisa usia,
Sebelum ia dijemput pelawa,
Itulah ia si Mawar...


Wallpaper Messege Here


Afifzahrah
04.8.2008 /03 Syaaban 1428H Cairo,Egypt.
(www.imamazhari.blogspot.com)

Hak Cipta Terpelihara

Saturday, August 02, 2008

Makan cara ikutan Nabi Muhammad S.A.W

JENIS MAKANAN

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lainnya.

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU bersama DAGING

Jangan makan DAGING bersama IKAN

Jangan makan IKAN bersama SUSU

Jangan makan AYAM bersama SUSU

Jangan makan IKAN bersama TELUR

Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD

Jangan makan SUSU bersama CUKA

Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL

* CARA MAKAN

* JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.

* TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI.

* JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . BARANG SIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya... cubalah..... ......... .

Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek.... Akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti.

Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.

Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. Kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosak usus kita.

Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat

amalan antara lain:

* Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
* Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
* Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut.
* Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan) Wassalam...

Sama-samalah kita mengamalkannya. ......

WallahuA'lam

Sabda nabi, Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insya Allah... Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.