Contoh Penulisan Impak dan Refleksi
Penulisan impak dan refleksi kadang kala agak merumitkan disebabkan ketandusan idea. Biasanya kita akan menulis secara sama sahaja seperti hari-hari lalu tanpa ada kelainan dalam penulisan. Penulisan impak yang biasa digunakan ialah seperti berikut:
"35/38 murid telah berjaya mencapai objektif pada hari ini untuk menambah nombor bulat 4 digit dengan betul. Murid dapat menjawab 5 soalan dengan tepat. 3 orang murid lagi dibimbing secara individu dan diberi latihan tambahan untuk mencapai objektif."
"30/30 murid mencapai objektif pada hari ini untuk menolak nombor 3 digit dengan bimbingan guru."
Penulisan impak hendaklah secara objektif dan boleh dinilai secara kuantitatif. Penggunaan peratus (%) tidak digalakkan kerana ia boleh menjadi tidak logik jika ditukar kepada kuantiti. Misalnya ayat "40% murid mencapai objektif" tidak akan sesuai jika diubah ke kuantiti daripada 37 murid. Ini kerana 40 % x 37 murid = 14.8 murid. Bilangan murid hendaklah genap.
Bagi penulisan refleksi pula admin beri contoh seperti di bawah. Admin ambil dari Yahya Sufi Hj Abdullah untuk menambah idea.
CONTOH-CONTOH PENULISAN REFLEKSI SELEPAS SETIAP P&P
- Pelajar perlu lebih latihan berkaitan ……………….
- Ulang kaji kandungan tajuk ini pada akhir bab ini / ………….
- Ulangkaji topik / konsep ini dengan murid yang lemah.
- Murid berjaya menguasai konsep ……..
- Masukkan sebahagian kandungan dalam kerja rumah pada minggu hadapan
- Sebahagian murid tidak faham. Perlu mengajar dengan cara yang lain dalam P&P akan datang.
- Gunakan kerja secara berkumpulan untuk mengulang kaji.
- Kerja rumah disiapkan oleh semua murid.
- Perlu memberikan lebih masa untuk aktiviti ini untuk membantu murid berpindah kepada tugasan baru.
- Saya perlu bertanya lebih banyak soalan yang terbuka.
- Cari jalan untuk memasukkan lebih murid dalam aktiviti dalam kelas.
- Periksa sama ada murid membawa ….. ke dalam kelas.
- Cari lebih banyak contoh ….. untuk membantu murid lebih memahami …………..
- Pengajaran yang baik. Murid boleh menerangkan tugasan baru apabila diuji kefahaman mereka.
- Tidak cukup peluang untuk murid melakukan …… semasa pengajaran.
- Memerlukan kepelbagaian teknik menyoal / memberi jawapan .
- Gembira dengan maklum balas murid pada hari ini. Lebihkan soalan mencabar dalam P&P akan datang.
- Perlu memikirkan kaedah berbeza untuk mengawal kebisingan.
- Benarkan lebih masa untuk membuat latihan dalam P&P akan datang.
- Masa aktiviti pengukuhan hari ini tidak cukup.
- Pastikan murid boleh memberikan isi-isi penting P&P hari ini.
- Semua murid memerlukan lebih bantuan berkaitan …….
- Saya merasa gembira dengan P&P hari ini kerana ……..
- Gerakan …. Dan …… ke hadapan pada P&P akan datang.
- Beri pujian ……… kerana usaha yang bersungguh-sungguh