Saturday, March 31, 2012

Bagaimana menjadi Seorang Muslimah Berfikrah Islamiyah ?

Bagaimana menjadi Seorang Muslimah Berfikrah Islamiyah ?

Islam merupakan ajaran Allah yang lengkap, sempurna, syumul dan merangkumi seluruh aspek kehidupan mukmin. Inilah Addeen yang diturunkan oleh Allah dan dibawa oleh Rasulullah S.A.W dan telah dilaksanakan sejak zaman awal diutuskan Rasulullah S.A.W ke bumi ini.


Allah S.W.T telah menjelaskan dan menegaskan tentang kesempurnaan Islam dalam firmanNya:

اليوم أكملت لكم دينكم و أتممت عليكم نعمتي و رضيت لكم الإسلام دينا

Yang bermaksud, “ Pada hari ini telahku sempurnakan untuk kamu agamamu dan telah aku cukupkan padamu nikmatku dan telah kuredhai Islam itu jadi agama bagimu” (Al-Maidah:3)

Oleh kerana Deenul Islam telah sempurna, maka kita tidak boleh menambah atau mengurangkannya, begitu juga kita tidak boleh mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain. Kita hendaklah menyedari bahawa, kita adalah pengikut dan penganut Deenul Islam dan mengakui sebagai hamba Allah dan bukannya pencipta Deen.

Oleh yang demikian, maka kitalah yang perlu menyesuaikan diri dengan Islam dan bukannya Islam itu yang harus bersesuaian dengan selera kita, kehendak kita, dan kemahuan masyarakat seperti firman Allah :

“ Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang dimuka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanya mengikut prasangka dan mereka tidak lain hanyalah berdusta terhadap Allah” (Al-anam:116)

Nilai yang ada pada diri kita juga ialah nilai Islam, iaitu nilai yanag telah ditetapkan oleh Allah dan dilaksanakan oleh Rasulullah S.A.W. Oleh yang demikian, tidak dapat tidak, sebagai hamba Allah kita wajib redha pada syariat Islam.

Tasawwur Islami(gambaran Islam) hendaklah difahami dengan betul, dan kita hendaklah bersifat jiddiah (serius) dalam memahami Islam dan tidak mencampur adukkan dengan isme-isme lain.

Untuk itu, kita hendaklah mengenali Islam dan mengenali jahiliyyah. Mengenal Islam untuk dihayati dan mengenal jahiliyyah untuk dijauhi. Kita hendaklah mengenal setiap rupa bentuk dan tektik jahiliyyah untuk dijauhi, dengan itu barulah kita dapat membezakan antara pembawakan jahiliyyah atau Islam.

Sabda rasulullah S.A.W : “ Barangsiapa mengenal atau mempelajari bahasa sesebuah kaum, maka mereka terselamat dari tipu daya mereka”

Selain itu, Kita juga mesti mengenali atau menguasai realiti agar kita tidak salah faham, seperti mengatakan loteri kebajikan itu halal. Untuk memahami Islam dan realitinya, kita sememangnya kekurangan ilmu, oleh itu berhajat atau perlu kepada berjama’ah (berkumpulan). Kita sememangnya tidak mempunyai ilmu yang sama atau setaraf, tetapi dengan berjema’ah(berkumpulan) kita mampu mengatasinya.

Disamping itu, antara sikap yang mesti ada ialah, kita jangan mudah menerima sesuatu yang bukan berasaskan Islam, jangan mudah terpengaruh dengan istilah dan teknik atau slogan yang menarik seperti “demi pembangunan”, “demi kemajuan” atau “malam amal” . Dalam hal ini kita hendaklah mengenengahkan fikrah Islam dengan Jelas dan pendirian Islam yang tegas kepada masyarakat.

Setiap individu muslim juga mesti mempunyai al-Wa’yu al-Islami (kesedaran Islam), Ianya tidak sama dengan ilmu Islam kerana dalam usaha untuk memperolehi “kesedaran Islam” perlu kepada kesabaran, ketekunan dan kegigihan dalam berusaha.

Seseorang yang mempunyai “kesedaran Islam” akan mudah terasa dan sensitif terhadap apa jua yang bercanggah dengan Islam. Untuk itu, kita perlukan kepada didikan atau tarbiyyah. Tarbiyyah yang boleh melahirkan syakhsiah atau keperibadian muslim sejati.

Seorang mujahid Islam, Ustaz Fathi Yakan menyatakan bahawa, pembentukan syakhsiyyah itu hanyalah dapat dibentuk dalam suasana yang tertentu, yang jauh dari tarikan jahiliyyah. Antara contohnya, dengan mengadakan halaqah, usrah, ijtima’ dan sebagainya.

Seorang muslim hendaklah tidak menghilangkan satu fikrah islam pun dari pemikirannya. Sesiapa yang cuba menyembunyikan fikrah Islam adalah dikira menyeleweng.

Ketahuilah bahawa, fikrah yang kita bawa adalah ad-deen yang diturunkan oleh Allah S.W.T. Ad-Deen yang dimaksudkan di sini bukanlah ad-deen yang diterjemahkan kepada agama sebagaimana yang difahami oleh kebanyakan orang. Keaslian Islam hanyalah boleh dilihat dari sumber asalnya iaitu al-Quran dan Hadith dan juga dari ulama’ dan mujahid Islam yang muktabar.

Allah S.W.T telah memberi kata putus dan memberi pilihan kepada hamba-hambNya samaada beriman atau tidak, sebagaimana firmanNya yang bermaksud:

“ Dan katakanlah (wahai Muhammad): kebenaran itu ialah yang datang dari tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah dia beriman; dan sesiapa yang mahu ingkar, biarlah dia mengingkarinya. Kerana kami telah menyediakan bagi orang-orang yang berlaku zalim itu api neraka, yang meliputi mereka laksana khemah” (al-Kahfi:29)

Oleh itu, sebagai hamba kita hendaklah berfikiran jauh, iaitu memikirkan tentang kedudukan dan nasib kita pada hari akhirat kerana kita tidak tahu dimanakah tempat yang bakal diduduki samaada syurga atau neraka. Dek kerana ceteknya pengetahuan akal seorang hamba dan ketidaktahuan ini, maka hendaklah kita mempunyai sifat takut dan berharap. Takut ialah bagi yang mengenaliNya, dan harap bagi yang melaksanakan suruhanNya.

Iltizam kita kepada Islam hendaklah pada setiap masa dan tidak pada majlis rasmi sahaja. Untuk ini juga, kita perlu kepada “kesedaran Islam yang jelas” dan bukannya ilmu semata-mata. Ilmu sahaja tanpa kesedaran tidak dapat membawa kepada Islam yang sebenarnya. Sekiranya diperingkat individu muslim sudah tidak berjaya untuk menguasai pemahaman Islam secara tulus, maka bagaimana untuk membawa penghayatan Islam secara sepenuhnya dalam konteks masyarakat.

Ilmu-ilmu Islam hendaklah diproses dan diolah melalui acuan iman atau tarbiyyah iman sehingga lahir kesedaran dan keinginan untuk melaksanakan Islam denagn patuh. Kesedaran fikiran sahaja tidak mencukupi, tetapi haruslah dilazimi dengan Islam dan juga diiringi dengan Iradah(kehendak atau keinginan). Maksudnya, di mana sahaja kita berada kita membawa Islam. Ini juga bererti, peribadi kita menterjemahkan Islam..(Islam menjadi darah daging).

Namun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa, dalam melalui proses tersebut masih terdapat saki baki jahiliyyah. Oleh itu, penting bagi seseorang muslim untuk mengetahui apakah ciri-ciri jahiliyyah dan apa sahaja yang berkaitan dengannya supaya ianya menjadi panduan kepada kita untuk menjauhkan diri dari aspek-aspek jahiliyyah tersebut.


Apabila melihat kepada konteks muslimah, yang mana muslimah juga merupakan individu-individu muslim yang perlu berfikrah dengan fikrah Islamiyyah yang jelas, maka selayaknya bagi seseorang muslimah itu untuk memakaikan dirinya dengan pakaian Islam yang indah yang menterjemahkan keindahan dan kesempurnaan Islam. Muslimah juga harus menampilkan idea pemikiran dan pengetahuan yang berlandaskan fikrah Islamiyyah dalam membentuk masyarakat dan madu’u disekelilingnya.

Muslimah adalah diantara penyumbang terbesar ke arah jatuh bangunnya sesuatu bangsa atau Negara. Oleh itu, wahai muslimah yang dianugerahkan oleh Allah dengan sifat-sifat dan kelebihannya yang tersendiri, laksanakanlah setiap amanah yang dipundakkan dengan sebaiknya dan jauhilah daripada menjadi pendorong kepada perkara-perkara yang dimurkai oleh pencipta agung kita Allah S.W.T.

Risalah أيتها الفتيات (Bil : 6)
Unit Dakwah dan Pembangunan Insan
Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI)
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

Ukuran Cinta

Bila kita berkahwin kerana Allah... Walau tak pernah kenal.. Tak pernah bercinta.. Tak pernah 'dating'.... Lepas saja lafaz ijab dan kabul... Allah akan campakkan rasa sayang, cinta dan rindu dalam hati kita dan pasangan... Si suami automatik akan rasa bertanggungjawab untuk protect isteri.. dan si isteri akan automatik menjadi taat kepada suami... Sebab tu banyak kes orang yang bercinta lepas kahwin... Bahagianya lebih dahsyat dari yang dah bercinta bertahun-tahun... :)

Friday, March 30, 2012

KELEBIHAN HARI JUMAAT

KELEBIHAN HARI JUMAAT

Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu
1) Allah ciptakan Adam ,
2) Allah turunkan Nabi Adam ke bumi,
3) Allah mematikan Nabi Adam,
4) Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram.
5) Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.
( Riwayat Hadis Muslim

Wednesday, March 28, 2012

APAKAH PRU13 AKAN DI ADAKAN PADA TAHUN INI?

salam pada semua sahabat2

di sini gua akan bicarakan kepada umum utk kita menganalisa..
APAKAH PRU13 AKAN DI ADAKAN PADA TAHUN INI?


mengikut kajian gua yg tidak bertauliah ini serta beberapa
maklumat penting utk rujukan kita bersama , ini analisa ringkas..

1. skandal NFC oleh menteri jaga wanita shahrizat jalil
terlalu panas utk di sejukkan,
mungkin mengambil masa 1 tahun utk ianya di sejuk bekukan kembali..


2. skandal scopene yg di palitkan pada najib razak
dgn mana rasuah rm 500 juta wang rakyat di rembat seadanya..


3. belanja rm 300 ribu rosmah mansor
semasa di australia membuatkan rakyat
menjadi jijik dan menyampah..


4. skandal menteri rogol amah yg mana amah indon itu
terpaksa melarikan diri kerana tidak tahan di rogol..


5. skandal nuklear lynas yg mana, kabar kabar mengatakan
adanya skandal rasuah rm 100 juta di dalamnya..


6. skandal PKFZ yg mana kerajaan pusat hilang rm 12.4 billion


7. skandal pembunuhan altantuya rujukan pada skandal kapal selam scopene
yg akan berlangsung 1 april 2012 ini di mahkamah perancis


8. skandal menteri pertahanan yg mahu menanam hidup hidup seorang
warganegara malaysia selepas puas separuh mati ia di belasah..


9. skandal SPR yg mana jelas dan terlalu nampak cuba utk mengalihkan pengundi
yg di syaki akan mengundi pembangkang dan tidak kepada BN dgn pemetaan semula
kawasan pilihanraya..


10. skandal ketua polis negara dan ketua peguam negara yg mesra BN
bermain golf dgn penjenayah yg di kehendaki.. (semoga ianya hanya fitnah)
jika tidak, jahanam negara gua yg tercinta ini..


11. skandal najib berbelanja mewah rm 400 ribu hanya semata mata
untuk anaknya bertunang dgn mafia gohead gostan.. (kata anak muda lah)


12. skandal najib razak yg mana mewah dan berlebih lebihan membaham
wang rakyat hanya utk sebuah kek harijadi menelan dan membakar rm 80 ribu


13. skandal apco yg di bayar rm 77juta setahun adalah agen zionis


14. skandal perdagangan mersa zionis yg telah di hidu oleh rakyat malaysia
dan anak anak muda bilamana kapal2 kontena zionis dgn mudah memasuki malaysia..


15. skandal felda yg mana 80% penduduk felda tidak setuju dgn felda
akan di sahamkan di BSKL kerana ianya berisiko utk felda bangkrup.


16. skandal royalti minyak petrol kelantan yg di bekukan oleh BN


17. skandal BN membekal minyak sawit kepada zionis dan membekukan
penghantaran minyak sawit ke negara islam iran. (dari samm)


18. skandal menteri yg menjaga zakat bilamana dia merembat
wang zakat fitrah hanya semata mata kerana mahu membayar
kos guaman utk tolak hukum kazaf anwar ibrahim


19. skandal BN mengupah gengster bertauliah utk mengganggu majlis2
pakatan rakyat dgn menjahanamkan kereta dan sebagainya..


20.skandal 6% cukai kerajaan BN utk di kenakan pada setiap rakyat
malaysia walau apa barang pun yg di belinya termasuklah minum teh
di kedai kedai mamak hatta nak kencing sekalipun..

21. skandal 1care yg mana setiap rakyat di wajibkan membayar
kepada BN setiap gaji mereka setiap bulan..

MAKA DGN INI PADA ANALISA GUA..
SEKALI TIDAK AKAN DATO SRI HAJI MUHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK
MEMBUBARKAN PARLIMEN PADA TAHUN INI KERANA..

TERLALU BANYAK SKANDAL SKANDAL YG SEDANG PANAS DAN MEMBARA
SERTA JIKA LAGI LAMA LAGI AKAN TERBONGKAR 1 PER 1 KEBEJATAN
SANG PEMERINTAH YG DURJANA INI..

LOGIKA GUA..

NAJIB RAZAK AKAN MEMILIH TARIKH TERAKHIR..
PARLIMEN AKAN DI BUBARKAN PADA 20 FEB 2013
YG MANA TARIKH AKHIR UTK SEBUAH MANDAT SEBAGAI PEMERINTAH..

DAN PADA TARIKH ITU JUGA, BERMAKNA..
AKAN BERMULALAH PERANG PSIKOLOGI
ANTARA ANAK MUDA SOSIALIS & KERAJAAN BN YG MEMERINTAH..

BN AKAN KE MUZIUM NEGARA UTK TEMPOH 50 TAHUN! - Abbs©
kah kah kah

Monday, March 26, 2012

Bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad

Oleh Nawawi Mohamad, Wong Choon Mei

Bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad telah mengkritik kesemua perdana menteri Malaysia dari Allahyarham Tunku Abdul Rahman sehinggalah Najib Razak, kecuali dirinya sendiri.Mahathir juga telah mengkritik pemimpin dunia yang lain termasuk PM Britain, Tony Blair dan sudah tentu George W Bush, presiden Amerika Syarikat yang ke-43




Setakat ini tiada yang berani bersuara terhadapnya.Ini tidaklah menghairankan memandangkan hanya seorang dua daripada PM- PM ini masih hidup termasuk Najib sendiri. Bagi pemimpin antarabangsa, sebahagian besar daripada mereka tidak mahu mempedulikan Mahathir, dan ini hanya menambah kemarahannya, tetapi tiadaapa yang boleh dia lakukan terhadap mereka. Walau bagaimanapun, dia boleh menjadikan hidup penggantinya sukardan dia telah berjaya melakukan ini.
Setelah Mahathir bersara pada tahun 2003, selepas 22 tahun menjadi PM, ada yang mula bercakap tentang legasinya yang 'hebat' dan dia dikenali pula sebagai Bapa Pemodenan Malaysia. Kira-kira 9 tahun selepas dia bersara, kepincangandalam perancangan dan dasar ekonomi, sosial dan politik mula mendatangkan malapetaka besar pada negara lebih teruk daripada tsunami 2006 yang melanda sebahagian besar Asia Selatan.

Pada usia 86 tahun, Mahathir kini dihina oleh kebanyakan rakyat Malaysia, dan dipersalahkan kerana rasuah besar-besaran yang boleh membankrapkan negara jika tiada tindakan pemulihan ekonomi yang diambil, dan untuk jurang antara kaum yang begitu ketara di kalangan pelbagai kumpulan etnik di negara ini.

DEB

Lihat sahaja Dasar Ekonomi Baru, yang merupakan idea pembuat dasar pada tahun 1960-an yang telah disalahgunakannya secara maksimum. Penyalahgunaan ini sahaja cukup untuk memastikan bahawa dia akan kekal sebagai ‘Penjahat terulung di Malaysia’ dan bukannya sebagai tokoh terbilang sepertimana yang difikirannya.

Bagi rakan-rakan yang masih mengingatitujuan utama NEP termasuk bekas Menteri Kewangan TengkuRazaleighHamzah, dia berkata pada minggu lepas bahawa DEB tidak pernah bertujuan untuk mencipta atau digunakan untuk melahirkan golongan kelas kapitalis Melayu, tetapi untuk menangani kemiskinan dan meningkatkan tahap penyertaan Melayu ke dalam ekonomi.Ia tidak pernah bertujuan untuk seperti yang berlaku sekarang disalahgunakan oleh kerajaan hari ini untuk memilih kumpulan usahawan Melayu yang mereka mahu, memberikan mereka projek kerajaan yang mendapat diskaun hebat dan kemudian mengharapkan mereka untuk maju dan mewujudkan peluang ekonomi yang banyakbagi membantu meningkatkan keupayaanekonomi masyarakat.

Ini adalah kesilapan Mahathir yang pertama dan utama. Tetapi adakah ia benar-benar satu kesilapan? Mereka yang ragu-ragu dan para pengkritik menyatakan kekayaan yang diperolehinya untuk kroni dan proksi melalui skim menjanawang berselindung di sebalik DEB, dan penswastaan aset kerajaan yang menguntungkan usahawan Melayu yang dipilih, seperti bekas pengerusi MASTajudinRamli. Tidak mampu untuk menguruskan‘kejayaansegera ' atau tekanan perniagaan berisiko tinggi, ramai yang terjebak dalam hutang semasa krisis kewangan Asia pada tahun 1998.Tajudin dan juga rakannya seperti HalimSaad telah menjadiorang yang terbuangberbanding zaman kegemilangan mereka.Merekakerugiansejumlah besar wang dan memerlukan jaminan kerajaan bagi jumlah yang banyak pula.

Untuk kronisahaja tapi yanglaintiada

Kesilapan kedua Mahathir adalah kebodohannya.sebahagian besar kekayaan negara berada dalam tangan beberapa orang yang tertentu sahaja di Malaysia. Kali ini iatermasuk jutawan bukan Melayu seperti Vincent Tan, Robert Kuok dan Ananda Krishnan. Tan baru sahaja mengumumkan persaraannya. Kuok kerana tidak berpuas hati dengan hubungankaum yang parah di negara ini telah memilih untuk tinggal di Hong Kong, manakala Ananda dikehendaki oleh pihak berkuasa India kerana didakwa telah merasuah pemberi lesen telekom untuk membeli Aircel.

Pengumpulan kekayaan dalam tangan beberapa individu pasti meninggalkan orang Melayu dan rakyat Malaysia yang biasa dengan hanya sedikit untuk berkongsi bersama.Inilah yang menjadi pertikaian panas kerana melibatkan ketidakadilan sosial dan ekonomi. Bukan sahaja tiada wang yang mencukupi untuk biasiswa, pendidikan, kesihatan, pekerjaan dan kebajikan bagi semua, orang Melayu yang telah berulang kali diberitahu oleh pihak UMNO pimpinan Mahathir bahawa mereka akan mendapat keutamaan, telah hilang mata pencarian.

Melayu kini membentuk 96% daripada golongan 40% termiskin dengan pendapatan terendah dalam negara.Bagi orang bukan Melayu, sudah tentu mereka lebih teruk merasakan kesannya.Ramai yang telah dipaksa untuk ke luar negara untuk bekerja dan belajar.Sememangnya peluang pendidikan dan pekerjaan amat sedikit bagi orang bukan Melayu di negara ini.Sekali lagi, kumpulan yang paling mendapat manfaat adalah golongan elit dalam parti Umno, keluarga dan kroni-kroni mereka. Jadi Mahathir - walaupun dengan pujian melambung bagi dirinya sendiri sebenarnya buta. Wang jauh lebih penting padanya walaupun sukar untuk dia akui.

Mempercayai orang yang salah

Kesilapan ketiga Mahathir adalah memilih orang yang salah bagi kerja-kerja yang salah.Beliau juga mempercayai orang yang salah.Semua jutawan Melayu yang beliau dipilih tidak mempunyai kepandaian perniagaan sebenar tetapi hanyalah pembantu yang dipercayai bekasMenteri Kewangan DaimZainuddin.Itulah mengapa orang seperti Tajuddin, Halim, Rashid Husein RHB Bank, Mohd Noor Mutalib dan Abdul RahmanMaidin (MRCB)berakhir dengan kegagalan.Ada diantara mereka telah diseret ke mahkamah untuk menyelesaikan hutang.

Hanya Daim Zainudin yang kekal kaya. Ramai daripada anak didiknya berakhir dengan hutang bank yang menimbun danpelbagai perniagaan yang bertujuan untuk dipindahkan ke dalam Umno Baru.Entah bagaimana, legenda Umno ini berjaya menyelamatkan dirinya sendiri sahaja.Ini jelas mengecewakan Mahathir.Pada mulanya dia mahu 'menipu' rakyat,tetapiakhirnya dia sendiri yang tertipu!

Membiasakan budaya berhutang bagi Malaysia

Mahathir tidak menjangka bahawa hutang negara semakin tinggi seperti hari ini, ianya telah meningkat kepada lebih RM450 bilion.Walaupun beberapa kali 'mengemis' ke Singapura dan Brunei, dia telah ditolak dengan baik. Akhirnya, dia meminjam dari luar negara dengan mengeluarkan bon dan 'mencuri' setiap sen dari Petronas dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan yang lain untuk membiayai projek-projek mega. Sepanjang pemerintahannya selama 22 tahun, Mahathir tidak pernah menyimpan walaupun sedikit wang untuk Malaysia untuk kecemasan.Dan ini adalah kesilapan keempatnya.

Kurang memahami prinsip ekonomi

Mahathir hanya seorang doktor biasa; pengamal umum yang tiada kepakaran khusus. Pemahamannya tentang ekonomi lebih kurang sahaja sepertimana rakyat Malaysiayang lain. Ideanya dalam meningkatkan ekuiti orang Melayu begitu mudah –dengan menggunakan GLC.Wawasan Mahathir dalam menjalankan perniagaan adalah melalui kawalan saham dalam sebanyak syarikat yang mungkin tanpa mempertimbangkan kemungkinan kerugian wang.Dukacitanya,, perniagaan di alam realitijuga melibatkan kerugian, bukan hanya keuntungan.

Dasar ekonomi Mahathir tiada asas yang kukuh dan tidak pernah diuji di mana-mana negara sebelum ini.Ia berdasarkan pendapat dan pandangannya sahaja.Jika ini terbukti baik atau berkesan, banyak negara akan segeramelaksanakan idea ini berabad yang lalu. Sistem ekonomi kapitalis dan juga komunis juga menghadapi keruntuhan ekonomi dan iaadalah sesuatu yang biasa pada hari ini, kerana ia adalah sebahagian daripada kitaran turun naik ekonomi buatan manusia. Beberapa ahli ekonomi malah menggesa negara-negara untuk kembali kepada mata wang berasaskan emas, sistem monetari kaedahkuno yang mantap.Jadi bolehkah ini dibandingkan dengan konsep ekonomi keanak-anakan Mahathir?Oleh itu, kesilapan kelima Mahathir adalah pemahamannya yangsalah terhadap ekonomi.Ianya membawa kepada kontroversi tambatan ringgit daripada dolar AS dan penutupan semalaman dagangan pasaran saham CLOB pada tahun 1998 - dua peristiwa dimana pelabur-pelabur masih belum memaafkan Malaysia dan juga Mahathir.

Sindrom diktator

Ego dan sikap tidak sedarkan diri untuk menjadi diktator Mahathir adalah kesilapan keenamnya.Dia meminda perlembagaan untuk melemahkan Agong dan Sultan dan memastikan bahawa badan-badan perundangan dan penguatkuasa taat kepadanya.Dia memecat Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas dan menutup kedua-dua belah mata apabila hakim secara terbuka boleh dibeli oleh orang-orang yang berpengaruh.Ia telah menyukarkan rakyat Malaysia dan pelabur untuk mempercayai sepenuhnya sistem kehakiman negara. Ini adalah kenapa Umno-BN kehilangan integriti dan kepercayaan orang terhadap mereka dalam gabungan itu. Rakyat Malaysia akan sentiasa mencurigai apa sahaja yang dilakukan oleh Umno BN walaupun ia mungkin sebenarnya berniat baik.

Polisi perkauman

Untuk mengelakkan kehancuran dasar dan salah laku daripada terdedah, Mahathir terpaksa menggunakan politik perkauman yang menjadi kegemarannya.Dia terpaksa meyakinkan orang Melayu bahawa apa yang telah dilakukannya adalah perlu untuk kepentingan mereka. Dia menyimpanhabuan yang besar untuk dirinya dan memberi cebisan kecil untuk meyakinkan orang Melayu bahawa persengketaan terhadap kaum-kaum lain adalah benar.Orang bukan Melayu perlu disekat. Oleh itu, peruntukan bajet untuk rancangan seperti BTN atau Biro Tata Negara di mana graduan Melayu dan penjawat awam secara terbuka dipupuk untuk menjadi curiga terhadap kaum-kaum lain.

Tetapi tidak semua orang Melayu terpengaruh.Ajaran itu menyalahi Islam dan juga terhadap nilai-nilai kemanusiaan sejagat. Kaum Melayu berada dalam keadaan keliru, manakala orang bukan Melayu sama sekali diketepikan. Sikap perkauman adalah kesilapan nombor 7 Mahathir.

Korupsi

Jika Mahathir dan Umno telah berjaya membuat Malaysia mencapai status negara maju menjelang tahun 2020, mengapa rekod menunjukkan begitu banyak kesilapan serius sehingga kini?Tinggal hanya lapan tahun tapi ekonomi negara masih berada dalam keadaan lemah dengan hutang negara yang melambung tinggi, keharmonian kaum dan agama dalam keadaan kucar-kacir, dan keadaan politik yang semakin teruk dimana Umno-BN secara terbuka melancarkan keganasan untuk menghentikan pembangkang daripada mengadakan perhimpunan.

Sistem pendidikan juga tidak mempunyai hala tuju, sistem kesihatan semakin teruk dan lebih mahal, dengan sistem 1Care yang telah ditolak bulat-bulat sebelum ianya cuba untuk dilaksanakan.Sistem undang-undang, dan keamanan masih dipersoalkan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah menjadi lebih berleluasa berbanding sebelum ini dalam kerajaan Umno-BN. Daripada negara rancak menyediakan diri untuk merealisasikan wawasan 2020, Malaysia mungkin akan sebaliknya bankrap. Tidak memerangi rasuah, tetapi membiakkannya pula adalah kesilapan nombor 8 Mahathir.

Mencampuri urus tadbir negara

Majoriti orang Melayu adalah miskin dan masih memerlukan bantuan kerajaan walaupun setelah 55 tahun Umno "berjaya" (gagal) mentadbir. Orang bukan Melayu telah cukup bersabar dan memberi Umno peluang yang cukup. Mereka sudah menunggu sehingga generasi ketiga selepas kemerdekaan negara pada tahun 1957 dan mereka kini sudah jemu dengan Umno BN. Begitu juga dengan orang Melayu.Mereka yang tidak mendapat manfaat secara terus daripada harta kekayaan Umno, dan ini merupakan majoriti daripada mereka, juga sudah semakin bosan.Ramai mulamengundi pembangkang dan adalah dijangkalebih ramai yang akan berbuat demikian.

Apabila Mahathir menyedari bahawa keadaan semakin parah, dia menyerahkan baton kepada Abdullah Badawi pula, dengan tanggapan bahawa dia masih boleh mengawal perjalanan kerajaan menerusi 'kawalan jauh'. Tetapi apabila ianya tidak berjalan sepertiapa yang dia mahu, Mahathir terpaksa menyingkirkan Badawi dan menggantikannya pula dengan Najib. Badawi tidak berkaliber dan bukanlah dalam kapasiti untuk memimpin Malaysia tetapi apa kurangnya Najib?Selama ini, daripada memberikan bantuan, Mahathir terus mencampuri urusan negara.Mengganggu urusanpentadbiran negara dan tidak membenarkan pemimpin-pemimpin menyelesaikan masalah bersesuaian dengan era masa kini adalah kesilapan ke-9Mahathir.

Mendatangkan masalah dalam Umno dan menaikkan Mukriz

Namun, Mahathir berdegil dan enggan menerima atau mengakui kesilapannya.Daimerupakan seorang lelaki yang enggan berdepan dengan realiti. Dia tidak berminat dalam hal kebajikan rakyat Malaysia sama sekali, bagi orang Melayu mahupun Umno. Dia hanya mahu menyelamatkan maruahnya dan memastikan anaknya Mukhriz menjadi perdana menteri tanpa mengiraapaapa yang dia perlulakukanbersama panglima UMNO untuk merealisasikan kemahuannya ini.

Kejam dan mementingkan diri sendiri sendiri, Mahathir akan melakukan apa sahajawalaupun dia terpaksa melakukan huru-hara semata-mata untuk memenuhi cita-cita itu. Dia boleh medaftar masuk semulake dalam Umno untuk terus berkuasa. Bayangkan apa yang dia akan lakukan untuk mendapatkan kerusi Presiden Umno untuk Mukhriz. Tetapi perbuatannya yang tidak berhenti dari mencampuri dan mendatangkan masalah pada Umno akan menjadi kesilapan yang kesepuluh dan terakhir baginya.

Mahathir akanmenjatuhkan Umno, dan dalam kejatuhan itu, UMNO berkemungkinan besar akan membawa Mahathir bersamanya.

Malaysia Chronicle

Sunday, March 25, 2012

Tukarlah cara PEMAKAIAN kamu..........

* tudung MELEPASI dada,
* baju dan seluar yang LONGGAR,
* pakai SARUNG KAKI,
* LINDUNGI lenganmu dengan memakai SARUNG TANGAN,

P/S : Jangan PEDULI orang kata kamu "pendek" x sesuai pakai tudung labuh atau sebagainya...
Jangan PEDULI orang kamu KETINGGALAN zaman, baju dan seluar macam size XXL...

sebab ada pandangan yang jauh lebih UTAMA...^_^

♥ Iaitu pandangan ALLAHU AZZA WA JALLA Penciptamu
wanita2 sekalian,...pakailah pakaian yg mengikut etika yg betul...jgn la mendedahkan aurat anda ....

Saturday, March 24, 2012

Bagaimana menjadi Seorang Muslimah Berfikrah Islamiyah ?

Bagaimana menjadi Seorang Muslimah Berfikrah Islamiyah ?

Islam merupakan ajaran Allah yang lengkap, sempurna, syumul dan merangkumi seluruh aspek kehidupan mukmin. Inilah Addeen yang diturunkan oleh Allah dan dibawa oleh Rasulullah S.A.W dan telah dilaksanakan sejak zaman awal diutuskan Rasulullah S.A.W ke bumi ini.


Allah S.W.T telah menjelaskan dan menegaskan tentang kesempurnaan Islam dalam firmanNya:

اليوم أكملت لكم دينكم و أتممت عليكم نعمتي و رضيت لكم الإسلام دينا

Yang bermaksud, “ Pada hari ini telahku sempurnakan untuk kamu agamamu dan telah aku cukupkan padamu nikmatku dan telah kuredhai Islam itu jadi agama bagimu” (Al-Maidah:3)

Oleh kerana Deenul Islam telah sempurna, maka kita tidak boleh menambah atau mengurangkannya, begitu juga kita tidak boleh mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain. Kita hendaklah menyedari bahawa, kita adalah pengikut dan penganut Deenul Islam dan mengakui sebagai hamba Allah dan bukannya pencipta Deen.

Oleh yang demikian, maka kitalah yang perlu menyesuaikan diri dengan Islam dan bukannya Islam itu yang harus bersesuaian dengan selera kita, kehendak kita, dan kemahuan masyarakat seperti firman Allah :

“ Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang dimuka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanya mengikut prasangka dan mereka tidak lain hanyalah berdusta terhadap Allah” (Al-anam:116)

Nilai yang ada pada diri kita juga ialah nilai Islam, iaitu nilai yanag telah ditetapkan oleh Allah dan dilaksanakan oleh Rasulullah S.A.W. Oleh yang demikian, tidak dapat tidak, sebagai hamba Allah kita wajib redha pada syariat Islam.

Tasawwur Islami(gambaran Islam) hendaklah difahami dengan betul, dan kita hendaklah bersifat jiddiah (serius) dalam memahami Islam dan tidak mencampur adukkan dengan isme-isme lain.

Untuk itu, kita hendaklah mengenali Islam dan mengenali jahiliyyah. Mengenal Islam untuk dihayati dan mengenal jahiliyyah untuk dijauhi. Kita hendaklah mengenal setiap rupa bentuk dan tektik jahiliyyah untuk dijauhi, dengan itu barulah kita dapat membezakan antara pembawakan jahiliyyah atau Islam.

Sabda rasulullah S.A.W : “ Barangsiapa mengenal atau mempelajari bahasa sesebuah kaum, maka mereka terselamat dari tipu daya mereka”

Selain itu, Kita juga mesti mengenali atau menguasai realiti agar kita tidak salah faham, seperti mengatakan loteri kebajikan itu halal. Untuk memahami Islam dan realitinya, kita sememangnya kekurangan ilmu, oleh itu berhajat atau perlu kepada berjama’ah (berkumpulan). Kita sememangnya tidak mempunyai ilmu yang sama atau setaraf, tetapi dengan berjema’ah(berkumpulan) kita mampu mengatasinya.

Disamping itu, antara sikap yang mesti ada ialah, kita jangan mudah menerima sesuatu yang bukan berasaskan Islam, jangan mudah terpengaruh dengan istilah dan teknik atau slogan yang menarik seperti “demi pembangunan”, “demi kemajuan” atau “malam amal” . Dalam hal ini kita hendaklah mengenengahkan fikrah Islam dengan Jelas dan pendirian Islam yang tegas kepada masyarakat.

Setiap individu muslim juga mesti mempunyai al-Wa’yu al-Islami (kesedaran Islam), Ianya tidak sama dengan ilmu Islam kerana dalam usaha untuk memperolehi “kesedaran Islam” perlu kepada kesabaran, ketekunan dan kegigihan dalam berusaha.

Seseorang yang mempunyai “kesedaran Islam” akan mudah terasa dan sensitif terhadap apa jua yang bercanggah dengan Islam. Untuk itu, kita perlukan kepada didikan atau tarbiyyah. Tarbiyyah yang boleh melahirkan syakhsiah atau keperibadian muslim sejati.

Seorang mujahid Islam, Ustaz Fathi Yakan menyatakan bahawa, pembentukan syakhsiyyah itu hanyalah dapat dibentuk dalam suasana yang tertentu, yang jauh dari tarikan jahiliyyah. Antara contohnya, dengan mengadakan halaqah, usrah, ijtima’ dan sebagainya.

Seorang muslim hendaklah tidak menghilangkan satu fikrah islam pun dari pemikirannya. Sesiapa yang cuba menyembunyikan fikrah Islam adalah dikira menyeleweng.

Ketahuilah bahawa, fikrah yang kita bawa adalah ad-deen yang diturunkan oleh Allah S.W.T. Ad-Deen yang dimaksudkan di sini bukanlah ad-deen yang diterjemahkan kepada agama sebagaimana yang difahami oleh kebanyakan orang. Keaslian Islam hanyalah boleh dilihat dari sumber asalnya iaitu al-Quran dan Hadith dan juga dari ulama’ dan mujahid Islam yang muktabar.

Allah S.W.T telah memberi kata putus dan memberi pilihan kepada hamba-hambNya samaada beriman atau tidak, sebagaimana firmanNya yang bermaksud:

“ Dan katakanlah (wahai Muhammad): kebenaran itu ialah yang datang dari tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah dia beriman; dan sesiapa yang mahu ingkar, biarlah dia mengingkarinya. Kerana kami telah menyediakan bagi orang-orang yang berlaku zalim itu api neraka, yang meliputi mereka laksana khemah” (al-Kahfi:29)

Oleh itu, sebagai hamba kita hendaklah berfikiran jauh, iaitu memikirkan tentang kedudukan dan nasib kita pada hari akhirat kerana kita tidak tahu dimanakah tempat yang bakal diduduki samaada syurga atau neraka. Dek kerana ceteknya pengetahuan akal seorang hamba dan ketidaktahuan ini, maka hendaklah kita mempunyai sifat takut dan berharap. Takut ialah bagi yang mengenaliNya, dan harap bagi yang melaksanakan suruhanNya.

Iltizam kita kepada Islam hendaklah pada setiap masa dan tidak pada majlis rasmi sahaja. Untuk ini juga, kita perlu kepada “kesedaran Islam yang jelas” dan bukannya ilmu semata-mata. Ilmu sahaja tanpa kesedaran tidak dapat membawa kepada Islam yang sebenarnya. Sekiranya diperingkat individu muslim sudah tidak berjaya untuk menguasai pemahaman Islam secara tulus, maka bagaimana untuk membawa penghayatan Islam secara sepenuhnya dalam konteks masyarakat.

Ilmu-ilmu Islam hendaklah diproses dan diolah melalui acuan iman atau tarbiyyah iman sehingga lahir kesedaran dan keinginan untuk melaksanakan Islam denagn patuh. Kesedaran fikiran sahaja tidak mencukupi, tetapi haruslah dilazimi dengan Islam dan juga diiringi dengan Iradah(kehendak atau keinginan). Maksudnya, di mana sahaja kita berada kita membawa Islam. Ini juga bererti, peribadi kita menterjemahkan Islam..(Islam menjadi darah daging).

Namun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa, dalam melalui proses tersebut masih terdapat saki baki jahiliyyah. Oleh itu, penting bagi seseorang muslim untuk mengetahui apakah ciri-ciri jahiliyyah dan apa sahaja yang berkaitan dengannya supaya ianya menjadi panduan kepada kita untuk menjauhkan diri dari aspek-aspek jahiliyyah tersebut.


Apabila melihat kepada konteks muslimah, yang mana muslimah juga merupakan individu-individu muslim yang perlu berfikrah dengan fikrah Islamiyyah yang jelas, maka selayaknya bagi seseorang muslimah itu untuk memakaikan dirinya dengan pakaian Islam yang indah yang menterjemahkan keindahan dan kesempurnaan Islam. Muslimah juga harus menampilkan idea pemikiran dan pengetahuan yang berlandaskan fikrah Islamiyyah dalam membentuk masyarakat dan madu’u disekelilingnya.

Muslimah adalah diantara penyumbang terbesar ke arah jatuh bangunnya sesuatu bangsa atau Negara. Oleh itu, wahai muslimah yang dianugerahkan oleh Allah dengan sifat-sifat dan kelebihannya yang tersendiri, laksanakanlah setiap amanah yang dipundakkan dengan sebaiknya dan jauhilah daripada menjadi pendorong kepada perkara-perkara yang dimurkai oleh pencipta agung kita Allah S.W.T.

Risalah أيتها الفتيات (Bil : 6)
Unit Dakwah dan Pembangunan Insan
Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI)
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

Friday, March 23, 2012

Bagaimana politik orang China ke Tanah Melayu?

Sedarlah wahai bangsa ku...!!! Bagaimana politik orang China ke Tanah Melayu?
Gerakan politik orang Cina amat kompleks sekali dan penuh dengan gabungan yang tersirat dan tersurat. Orang Cina pun terkenal dengan sikap 'secretive' dan 'subtle'nya. Membuat satu generalisasi mungkin satu perkara yang merumitkan kerana masyarakat Cina adalah masyarakat minoriti yang sentiasa menggunakan pragmatism untuk mencapai objektif kelompok.


Mereka pula mempunyai falsafah hidup yang berbeza walaupun dalam kelompok yang sama. Ada yang modern liberal, ada yang modern radikal dan ada yang conservative radical. Masyarakat Cina pula sudah menjadi sophisticated dengan segala tips and trick untuk survive di negara yang mempunyai sejarah yang jelas bahawa mereka adalah kelompok immigrant hasil dari dasar penjajah yang menggunakan buruh asing untuk memajukan jajahan takluk.

Terdapat banyak persamaan politik orang Cina di negara lain dengan Malaysia tetapi di Malaysia orang Cina amat bernasib baik dari segi status politik dan ekonomi setelah Malaysia mencapai kemerdekaan. Mereka di beri keistemewaan politik dan ekonomi yang boleh dikatakan sama dengan penduduk tempatan. Liberalisasi Malaysia telah meletakkan ramai orang Cina menjadi menteri utama dan hartawan yang kaya raya.

Masyarakat Cina wujud di Indonesia, Thai, Vietnam, Pacific Islands, USA, UK, Canada dan Australia dan tingkah laku mereka berbeza beza bergantung kepada polisi negara tuan rumah terhadap mereka. Kekuatan tuan rumah bergantung rapat dengan aktivisme masyarakat Cina dalam politik, ekonomi dan social. Sifat ke Cinaan yang tinggi sentiasa di kekalkan dalam bentuk budaya, demographic dan pertuturan.

Kebuluran dan kemiskinan di zaman penjajahan telah membawa orang Cina ke TANAH Melayu dan Indonesia sebagai buruh murahan kepada penjajahan Inggeris. Pengalaman berniaga di kampung asal telah menyebabkan masyarakat Cina cepat menguasai bandar dan segala urusan tranksasi ekonomi TANAH Melayu dan Indonesia. Walau pun orang Melayu sudah pun berniaga di bandar besar namun mereka hanya tertumpu di pasar dan gerai kecil. Masyarakat Cina mula membina deretan kedai papan dan batu sebagai premis perniagaan apabila mereka sudah dapat mengumpul modal yang cukup.

Pertukaran idea perniagaan di antara keluarga dari tanah Cina hingga ke luar negara yang lebih maju telah menyebabkan masyarakat Cina lebih mahir dengan mengexploit dan memonopoli peluang perniagaan yang wujud di Singapura, Penang, Ipoh dan bandar lain. Kehadiran bank saudagar turut membantu masyarakat Cina dari segi pengaliran modal. Sistem perkapalan dan forwarding di wujudkan untuk mengerakkan barang dari TANAH Melayu ke Singapura dan di edar keseluruh dunia. Singapura menjadi hub perniagaan orang Cina.

Kepesatan monopoli perniagaaan di TANAH Melayu telah menyebabkan timbul perasaan 'a sense of power' di kalangan masyarakat Cina sehingga kaum Melayu di anggap sebagai malas, bodoh, tidak kreatif dan hanya menjadi pelanggan yang boleh di manipulasi. Psychology ini begitu tebal sehingga ia diwarisi secara indirect dari generasi ke generasi. Sikap orang Melayu me'YA'kan persepsi ini menyulitkan lagi keadaan sehingga pemimpin Melayu sendiri terpengaruh dengan persepsi nagative ini sehingga sekarang. Kadang-kadang orang Melayu tidak boleh keluar dari psychic kerana sikap pemimpin Melayu yang menerima apa yang di persepsikan oleh orang Cina terhadap orang Melayu.

Orang Cina mula bertambah yakin dan mula mengembangkan kuasa politik melalui kongsi gelap haram dan persatuan persatuan Cina. Semua in telah memberi satu 'sense of autonomy' dan 'power'untuk mempengaruhi kuasa politik yang ada samaada di tangan penjajah atau di tangan kepimpinan Melayu. Sampai sekarang kongsi gelap wujud tetapi ia lebih sophisticated.

Pada masa yang sama berlaku kebangkitan rakyat yang kuat di kalangan orang Melayu yang menuntut kemerdekaan dan membiarkan dulu masaalah monopoli orang Cina di selesaikan kemudian. British telah mensyaratkan parti Cina dilibatkan dalam parti yang akan menyambut kemerdekaan iaitu Perikatan.

Dari sinilah bermula politik 'pressure group' Cina yang kuat terhadap UMNO yang perlukan undi Cina untuk menghadapi pengaruh saudara mereka sendiri dari parti pembangkang. Di bawah Jepun orang Cina di layan dengan buruk dan ini menyebabkan mereka memberontak melalui parti Komunis. Parti Komunis terus menentang kerajaan selepas merdeka namun di patahkan oleh orang Melayu dan kaum bukan Melayu yang anti komunis.

Sikap menentang kerajaan memerintah oleh parti Komunis masih wujud dalam pemikiran orang Cina, bukan dalam bentuk parti Komunis tetapi dalam bentuk lebih halus melalui platform yang berlainan. Dari segi sejarah orang Cina di Selatan Cina, penentangan terhadap kerajaan pusat telah kuat didalam budaya mereka akibat perebutan kuasa istana.

Persoalannya timbul, mengapa orang Cina di Indonesia boleh di asimilisasi atau di integrasiakan dalam masyarakat Melayu tetapi tidak dengan orang Cina di Malaysia. Jawabnya, ia terletak pada kepimpinan. Kepimpinan Indonesia kuat kerana mereka mendapat kemerdekaan tanpa di beri syarat oleh penjajah tetapi di Malaysia penjajah yang menentukan format kemerdekaan. Yang keduanya ialah 'sense of power'.

DiIndonesia, 270 million adalah terlalu kuat bagi orang Cina Indonesia untuk mengambil risiko membuat desakan tetapi di Malaysia orang Cina merasakan mereka mempunyai kekuatan yang agak kuat untuk membuat desakan. Oleh itu boleh dikatakan aktivism masyarakat Cina di negara luar bergantung kepada kekuatan pemimpin politik negara dan kekuatan rakyat tempatan. Sikap Singapura terhadap Malaysia dan Indonesia dalam politik sekarang pun berbeza. Orang Cina di USA dan Australia, di zaman awal penghijrahan orang Cina, dilayan semacam hamba.


Sikap 'White Power' telah menyekat masyarakat Cina dari membuat desakan dan ramai berhijrah kenegara lain. Politik orang Cina di Malaysia selepas 50 tahun mula 'daring' dan 'adventurous'. Desakan dari DAP, MCA telah tidak ada bezanya melainkan platform berbeza. NGO orang Cina pula senada dengan parti politik Cina cuma mereka hanya bermain tarik tali sehingga tuan rumah merasa letih. Atau kita boleh umpamakan politik orang Cina seperti kapal selam di laut. Kadang-kadang ia mematikan enjin untuk mendengar deruan engin lawan dan kadang-kadang mereka mengangkat telescope dan menterpedo karam kapal lawan. Rasuah dan kecelaruan politik tuan rumah telah banyak menguntungkan masyarakat Cina dalam mencatur politik mereka.

Namun masyarakat Melayu bukannya statik dan mereka juga 'evolve politically'dan'economically' dengan secara agressive. Sekarang sudah timbul ketidakpuasan yang tinggi terhadap kepimpinan Melayu yang ada tetapi orang Melayu lebih berhati hati membuat perubahan kerana takut perubahan akan membawa satu akibat yang lebih mudharat kepada kuasa politik mereka. Yang ketara nya, kebangkitan Islam dan ummat di seluruh dunia ekoran penjajahan Barat kali kedua terhadap dunia Islam telah memberi mereka 'wake up call' untukmengetahui kawan dan lawan dan untuk berdikari dalam menentukan nasib mereka di bumi mereka sendiri. Sebarang percaturan foolish dan bodoh dari masyarakat Cina Malaysia akan membawa natijah buruk kepada Malaysia dan semua tidak mahukan nya.

Satu perjuangan

Sebenarnya dalam konteks politik negara sekarang, orang Melayu perlu sedar akan mainan politik khususnya kaum Cina.Bidang Ekonomi dan pendidikan yang menjadi teras dalam sesebuah negara telahpun dikuasai oleh kaum Cina cuma kuasa politik masih lagi belum dikuasai. Perbalahan yang berlaku di antara pimpinan Melayu/Islam termasuk UMNO, PAS serta PKR (yang dipimpin oleh Melayu/Islam tapi bawa perjuangan Melayu/Islam?) hanya akan menguntungkan kaum Cina dan India.

Bukan bermaksud untuk bersifat perkauman tetapi sifat dan budaya Melayu yang menjadi tunjang pembinaan negara Malaysia semakin terhakis. Inilah yang sebenarnya yang mereka mahukan sebenarnya, dengan menghilangkan pengaruh Melayu dalam apa jua dasar dan kepentingan negara.

ORG CINA @ MALAYSIA NI ...ORG MELAYU PERLU BERHATI2 ...
KEKALKAN KUASA MELAYU D TANAH MELAYU SELAMA-LAMANYA..

12 kesilapan Datuk Seri Najib

12 kesilapan Datuk Seri Najib
4:30 PM DRS. KHALIL IDHAM LIM


29 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

1) Merampas kuasa pemerintahan negeri Perak Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Menteri Besar Datuk Seri Nizar Jamaluddin secara haram dan bertentangan perlembagaan yang beliau sendiri merancang dan melaksanakan dua bulan sebelum beliau menjadi Perdana Menteri.

2) Kegagalan beliau untuk mempertahankan dasar 1Malaysia yang bertujuan mencipta sebuah negara Maaysia di mana semua rakyat mengutamakan identiti sebagai rakyat Malaysia terdahulu dan kaum, agama, kawasan dan status sosio-ekonomi kemudian, apabila Timbalan Perdana Menterinya sendiri Tan Sri Muhyddin Yassin mengumumkan bahawa beliau adalah Melayu dahulu dan rakyat Malaysia kemudian.

3) Politik hipokrisi di mana beliau berdakwah mengenai kemuliaan kesederhanaan di forum-forum antarabangsa sementara mengizinkan kuasa-kuasa ekstrimis perkauman dan agama yang diterajui oleh jubir UMNO, Utusan Malaysia, berleluasa di negara ini sehinggakan masalah polarisasi kaum dan agama menjadi semakin teruk di dalam tempoh 35 bulan beliau menjawat jawatan Perdana Menteri, di mana retorik politik tentang kebencian kaum dan ketidak toleransi agama yang berlandaskan dusta dan bohong menjadi begitu serius di Malaysia, sehinggakan UMNO nampaknya telah “outsource”kan politik melampau kepada Perkasa.

4) Ucapan beliau di Perhimpunan Agong UMNO 2010 yang berjanji 'walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa”, demi mempertahankan UMNO di Putrajaya. Adakah Najib bersedia untuk meminta maaf dan menarik balik ugutan ini dengan mengumumkan bahawa selaras dengan tujuan beliau menjadikan Malaysia sebuah “demokrasi paling baik di dunia” , beliau dan para pemimpin UMNO akan secara aman dan tanpa syarat menerima keputusan pilihanraya dalam PRU yang akan datang, termasuk sekiranya berlaku pertukaran kerajaan di Putrajaya?

5) Bertambahnya kejadian-kejadian politik keganasan terhadap ahli-ahli parti pembangkang seperti Ahli parlimen kawasan Lembah Pantai, Nuruk Izzah serta para aktivis masyarakat madani yang dilakukan oleh Pemuda UMNO dan ahli-ahli Perkasa serta para penyokong mereka, termasuk tindakan menyerang protestor anti-Lynas di Sudut Berpidato Pulau Pinang yang mengakibatkan dua orang wartawan cedera, sementara pihak politk berdiri di tepi tanpa menjalankan tugas mereka.

6) Gelaja rasuah yang semakin serius di Malaysia di mana kedudukan kita di Indeks Persepsi Rasuah Transparency International tahun 2011 terjatuh ke tahap paling teruk iaitu No. 60 dan skor yang paling rendah iaitu 4.3, meletakkan Malaysia pada taraf paling korup sekali dalam tempoh 55 tahun sejarah negara di bawah pimpinan enam orang Perdana Menteri.

7) Kematian Teoh Beng Hock dan kegagalan untuk mengambil tindakan terhadap pembunuhnya dari Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia, serta menahan dan mendakwa orang yang bertanggungjawab terhadap kematian Ahmad Sarbani Mohamad di bangunan SPRM, V Kugan di bawah jagaan polis dan lain-lain kes kamatian semasa dalam penahanan pihak berkuasa.

8) Muncul kembalinya politik Mahathirisma, sedangkan generasi Malaysia masa kini masih terpelenggu oleh skandal-skandal kewangan yang tercetus dalam tempoh 22 tahun Mahathir menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia, dan baru-baru ini usaha “menyelamatkan” bekas pengerusi MAS, Tajudin Tamli buat kali ketiga yang bernilai RM840 juta menerusi out-of-court settlement dengan Danaharta dan beberapa GLC.

9) Politk rasuah, kronisma dan naungan yang berterusan sepertimana yang berlaku dalam penganugerahan RM2.2 bilion Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX) kepada dua syarikat, Emrail Sdn Bhd dan Zabima Engineering Sdn Bhd yang ada hubung kait degan peguam UMNO, Datuk Hafarizam Harun dan isteri bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi, dan Lebuhraya West Coast bernilai RM7.1 bilion menghubungkan Banting ke Taiping yang diberikan kepada Kumpulan Europlus Bhd selama 60 tahun konsesi.

10) Keengganan kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai masalah pendatang tanpa izin yang berlarutan di Sabah yang menjadikan rakyat Sabah bagai orang asing di tanah bumi sendiri.

11) Salah urus perhimpunan Bersih 709 yang bertujuan menuntukan pilinraya bersih, bebas dan adil, memburuk-burukkan imej para penganjur dan penyokong Bersih, semhaentara kumpulan pelampau dan ekstrim tidak dikawal atau disekat tetapi dibiarkan mereka menyebar dan mengugut mesej keganasan, mengapi-apikan suasana kebencian kaum dan agama.

12) Kegagalan untuk memulihkan keyakinan orang ramai terhadap keberkesanan, kebebasan dan profesionalisam institusi-institusi utama negara, samada pihak kehakiman, polis, kamar Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia, Suruhanjaya PilihanRaya dan sebagainya. Keengganan Perdana Menteri untuk menubuhkan tribunal untuk menyiasat dakwaan serius yang dibuat oleh bekas pegawai polis peringkat tinggi, termasuk bekas Pengarah CCID Datuk Ramli Yusof dan bekas Pengarah CID KL Datuk Mat Zain mengenai salah guna kuasa, subversif kedaulatan undang-undang dan penyelewengan perjalanan keadilan,

yang ditujukan terhadap Peguam Negara Tan Sri Gani Patail dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, sampai kepada pemalsuan bukti dalam insiden “mata lebam” Anwar Ibrahim, perbicaraan Anwar dalam tahun 1998, usaha menyelamatkan Tajudin Ramli dari MAS, serta maklumat terkini mengenai “kes lima tahun yang ganjil yang kononnya melibatkan pegawai polis paling berkuasa di negara ini, peguam negara serta seorang ketua penjenayah”, mengaitkan juga Timbalan Menteri Dalam Negeri pada masa itu, Datuk Johari Baharum, telah membangkitkan pelbagai persoalan mengenai komitmen Perdana Menteri terhadap kedaulatan undang-undang.

Adalah Perdana Menteri akan terus mengelak dari mengambil satu pendirian sungguhpun dakwaan-dakwaan ini amat serius dan mendakwa bahawa pegawai-pegawai undang-undang dan polis tertinggi di negara ini, iaitu Peguam Negara dan Ketua Polis Negara, merupakan penejenayah hanya baru-baru ini – dan Peguam Negara yang sama masih berada di penjawatannya?

harakahdaily/-

Thursday, March 22, 2012

15 Kelebihan Kaabah Daripada Sudut Saintifik

Binaan Kaabah yang merupakan kiblat bagi orang Islam terletak di Masjidil Haram di Mekah. Ia merupakan bangunan yang harus dikunjungi jemaah haji. Sedikit maklumat berkaitan Kaabah yang tidak kita ketahui sebelum ini.

Cara tunaikan tawaf di Kaabah,Mekah



1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.


2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.


3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.


4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi = doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dalam masa serentak.


5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.


6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.


7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi..


8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.


9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.


10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.


11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.


12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.


13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.


14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.


15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

Tuesday, March 20, 2012

Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit

Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit


Umatku (kelak di hati kiamat) akan dipanggil ‘putih bersinar’ kerana bekas wuduknya (di dunia dahulu).” –diriwayatkan oleh Bukhari


Wuduk diambil untuk menunaikan solat dan membaca Al-Quran. Selain itu, kita diajar setiap kali ingin belajar atau memulakan pembelajaran seeloknya ada wuduk. Kita digalakkan untuk menjaga wuduk sentiasa supaya tidak terbatal. Sebagai seorang muslim, pastinya kita akan melakukannya kerana di ajar dalam Islam. Namun, semakin kita jauh dari zaman Rasulullah s.a.w, semakin kita lalai menjaga perkara yang satu ini. Wuduk di ambil sambil lewa, tidak diratakan keseluruh bahagian anggota wuduk dengan betul. Di sini, saya ingin berkongsi dengan para pembaca kaitan antara wuduk dengan kesihatan dari buku ”Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit”.


Untuk menceritakan berkenaan fakta kulit kita, artikel ini akan menjadi sangat panjang untuk pembaca. Jadi, saya hanya akan berkongsi berkenaan anggota wuduk sahaja:






Mencuci tangan
Telapak tangan manusia adalah bahagian tubuh yang fleksibal dan banyak berinteraksi dengan dunia luar, bersalaman, memegang, menyentuh, memetik jari dan pelbagai perkara yang menyentuh dunia sekeliling. Lebih daripada 70% penyakit-penyakit berjangkit seperti influenza yang disebabkan oleh bakteria, virus atau cacing disebabkan oleh kontaminasi melalui sentuhan tangan. Dalam dunia perubatan, protokol standarad pertama sebelum bekerja adalah mencuci tangan dan membilasnya dengan sabun. Oleh itu tidak hairanlah wuduk dimulakan dengan mencuci kedua belah tapak tangan.


Berkumur
Berkumur melindungi mulut dan tekak daripada jangkitan dan membersihkan gigi daripada sisa makanan. Pada hakikatnya, membersihkan kawasan mulut dapat mencegah risiko jangkitan penyakit. Terdapat tidak kurang dari 100 juta bakteria per milimeter dalam sampel biasa permukaan gigi ataupun kalenjar ludah manusia normal yang sihat. Penyakit di kawasan gigi dan mulut seperti radang gigi atau radang kerongkong (faringitis) dan juga radang pada kawasan pharyng.


Apabila jangkitan itu disebabkan oleh bakteria jenis streptococcus B hemoliticus, racun daripada tindakan imuniti tubuh ke atas bakteria itu dapat merebak ke jantung ataupun ginjal melalui aliran darah. Glomerulonefritis iaitu radang pada ginjal danmyokarditis adalah radang pada otot jantung. Ini adalah komplikasi-komplikasi serius yang mungkin terjadi akibat daripada toksin bakteria streptococcus B hemoliticus. Demikian juga beberapa penyakit tumor pada kawasan maxillofacial atau pipi dan dagu seperti adamantinoma. Kejadian yang berkait rapat dengan oral hygiene iaitu kebersihan mulut.





Istinsyaq
Istinsyaq ialah menghirup air ke dalam hidung. Ia hanya dilakukan semasa berwuduk. Menurut pakat bedah tumor, Dr Bahar Azwar, apabila terdapat tumor yang tersembunyi di dalam hidung. Aliran air ke dalam hidung yang menyapu bahagiannasopharyng merangsang pendarahan pada tumor itu. Melalui kegiatan intinsyaq, ini membantu dalam pengesanan awal tumor di bahagian nasopharyng yang tersembunyi.


Penyakit SARS merebak suatu ketika dahulu diakibatkan oleh jangkitan virus yang merebak melalui titisan air yang keluar di udara semasa penghidapnya bersin ataupun batuk. Apabila melakukan istinsyaq, kita berupaya membersihkan selaput dan lendir hidung yang mungkin tercemar oleh udara kotor dan kuman seperti ini.


Membasuh muka
Adalah untuk membersihkan kotoran yang melekat akibat daripada rembesan yang dikeluarkan oleh kelenjar kulit. Ia juga bertindak menghapuskan mikroorganisma. Sisa rembesan ini biasanya mudah menjadi media pertumbuhan dan pembiakan bakteria. Pembasuhan air yang kerap juga dapat melindungi kulit. Terutama kulit wajah daripada kesan-kesan buruk sinar untra ungu matahari. Pendedahan yang terlalu lama pada sinar ultra ungu menekan proses imuniti kulit dan ini antara punca kanser kulit.


Membasuh kedua tangan dan kaki
Perbuatan ini adalah untuk memperkuatkan saluran-saluran darah tangan dan kaki. Dari segi anatomi, saluran darah di hujung-hujung tangan dan kaki ekstremiti iaitu lebih lemah berbanding bahagian lain. Ini kerana tangan dan kaki adalah titik yang paling jauh dengan jantung. Oleh itu, tekanan darah yang dipam dari jantung ke bahagian itu adalah lemah.


Saluran darah di hujung-hujung ekstremiti yang menyempit menganggu pengoksigenan jaringan saluran darah di sekitarnya. Kepada penghidap penyakit beuger, hujung-hujung jari ekstremiti itu menjadi nekrosis iaitu selnya mati kerana gangguan bekalan darah ke bahagian itu. Pembersihan tapak kaki penting bagi mencegah pelbagai jangkitan kuman. Manakala pembersihan tapak tangan memutuskan penghantaran jangkitan penyakit melalui oral kerana tangan yang menyuapkan makanan ke mulut.


Fakta-fakta ini saya ambil dari buku “Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit”. Saya harap dengan perkongsian ilmu ini dapat kita muhasabah diri. Teliti semula cara kita mengambil wuduk selama ini adakah sempurna atau tidak. Perbetulkan jika masih berlaku kesalahan. Belajar lah dari yang berilmu jika tidak fasih dengan cara mengambil wuduk anda. - Sumber

Monday, March 19, 2012

SYAHID SELEPAS MENGUCAPKAN SYAHADAH

SYAHID SELEPAS MENGUCAPKAN SYAHADAH


Suatu ketika tatkala Rasulullah s.a.w. sedang bersiap di medan perang Uhud, tiba-tiba terjadi hal yang tidak terduga. Seorang lelaki yang bernama Amar bin Thabit telah datang menemui Baginda s.a.w.. Dia rupanya ingin masuk Islam dan akan ikut perang bersama Rasulullah s.a.w. Amar ini berasal dari Bani Asyahali. Sekalian kaumnya ketika itu sudah Islam setelah tokoh yang terkenal Saad bin Muaz memeluk Islam. Tetapi Amar ini enggan mengikut kaumnya yang ramai itu. Keangkuhan jahiliyyah menonjol dalam jiwanya, walaupun dia orang baik dalam pergaulan. Waktu kaumnya menyerunya kepada Islam, ia menjawab, "Kalau aku tahu kebenaran yang aku kemukakan itu sudah pasti aku tidak akan mengikutnya." Demikian angkuhnya Amar.

Kaum Muslimin di Madinah pun mengetahui bagaimana keanehan Amar di tengah-tengah kaumnya yang sudah memeluk Islam. Ia terasing sendirian, hatinya sudah tertutup untuk menerima cahaya Islam yang terang benderang. Kini dalam saat orang bersiap-siap akan maju ke medan perang, dia segera menemui Rasulullah s.a.w. , menyatakan dirinya akan masuk Islam malah akan ikut berperang bersama angkatan perang di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w. . Pedangnya yang tajam ikut dibawanya.
Rasulullah s.a.w. menyambut kedatangan Amar dengan sangat gembira, tambah pula rela akan maju bersama Nabi Muhammad s.a.w.. Tetapi orang ramai tidak mengetahui peristiwa aneh ini, kerana masing-masing sibuk menyiapkan bekalan peperangan. Di kalangan kaumnya juga tidak ramai mengetahui keIslamannya. Bagaimana Amar maju sebagai mujahid di medan peperangan. Dalam perang Uhud yang hebat itu Amar memperlihatkan keberaniannya yang luar biasa. Malah berkali-kali pedang musuh mengenai dirinya, tidak dipedulikannya. Bahkan dia terus maju sampai saatnya dia jatuh pengsan.

"Untuk apa ikut ke mari ya Amar?" Demikian tanya orang yang hairan melihatnya, sebab sangka mereka dia masih musyrik. Mereka kira Amar ini masih belum Islam lalau mengikut sahaja pada orang ramai. Dalam keadaan antara hidup dan mati itu Amar lalu berkata, "Aku sudah beriman kepada Allah s.w.t. dan Rasul-Nya, lalu aku siapkan pedangku dan maju ke medan perang. Allah s.w.t. akan memberikan syahidah padaku dalam waktu yang tidak lama lagi." Amar meninggal. Rohnya mengadap ke hadrat Illahi sebagai pahlawan syahid. Waktu hal ini diketahui Rasulullah s.a.w. , maka Baginda s.a.w. pun bersabda,: "Amar itu nanti akan berada dalam syurga nantinya." Dan kaum Muslimin pun mengetahui akhir hayat Amar dengan penuh takjub, sebab di luar dugaan mereka. Malah Abu Hurairah r.a sahabat yang banyak mengetahui hadithRasulullah s.a.w. berkata kaum Muslimin, "Cuba kamu kemukakan kepadaku seorang yang masuk syurga sedang dia tidak pernah bersyarat sekalipun juga terhadap Allah s.w.t.."

Saturday, March 17, 2012

Akad Nikah Dalam Masjid

Akad Nikah Dalam Masjid : Antara Jumhur dan Imam Syawkani
Isu ini akan ditinjau dari kaca mata Mazhab Syafie. Kemudian, jika ada keperluan, ia akan disoroti melalui jendela mazhab-mazhab lain.




1.Pandangan Mazhab Syafie

Sekurang-kurangnya terdapat 3 karya ulama Mazhab Syafie yang memperkatakan tentang isu ini.

Pertama : Fathul Ma’in karangan Imam Zainuddin al-Malibari;

Kedua : I’anah al-Tolibin karangan Sayyid al-Bakri al-Dumyati; dan

Ketiga : Tuhfatul Muhtaj karangan Syaikh Ibnu Hajar al-Haytami.

Ketiga-tiga karya ini bersepakat menyatakan, melakukan akad nikah dalam masjid adalah SUNAT.

Mereka berdalilkan hadis Nabi s.a.w yang direkodkan oleh al-Tabarani dan Tirmizi. Ia diriwayatkan oleh Syaidatina Aisyah r.a.
Hadis tersebut berbunyi :
أعْلِنُوا هذا النكاحَ واجْعَلوه في المساجد واضْرِبوا عليه بالدفوف
Terjemahan : “Umumkan [kepada khalayak] pernikahan ini dan jadikan [urusan akad] nya di masjid serta pukullah kompang”


Pengarang I’anah al-Tolibin mencatatkan :
ويسن أن يكون العقد في المسجد. قال في التحفة: للأمر به في خبر الطبراني
Terjemahan : “Dan disunatkan akad [nikah] dilakukan dalam masjid. Berkata [Syaikh Ibnu Hajar al-Haytami] dalam [kitabnya] Tuhfah, [disunatkan melakukan akad nikah dalam masjid] kerana [adanya] perintah [berbuat demikian] dalam hadis [yang direkodkan oleh] al-Tabarani”.


Ringkasnya, melakukan akad nikah dalam masjid adalah SUNAT menurut mazhab Syafie.


2.Pandangan mazhab 4

Menurut Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, jumhur (majoriti) ulama mengatakan, SUNAT melakukan akad nikah di masjid (jilid 39, ms.221).

Mereka terdiri daripada ulama-ulama Mazhab Syafie dan Hanafi (jilid 32, ms.6) serta Mazhab Hambali (rujuk kitab Fatawa Wa Istisyarat Mauqi’ al-Islam al-Yaum, jilid 11, ms.231)

Manakala Mazhab Maliki mengatakannya HARUS sahaja, bukannya sunat (Mausu’ah Fiqhiyyah al-Kuwaytiyyah, jilid 32. ms.6)

Mausu’ah Fiqhiyyah Kuwaitiyyah mencatatkan :
قال الحنفية والشافعية يندب عقد النكاح في المسجد، لحديث “أعلنوا هذا النكاح، واجعلوه في المساجد، واضربوا عليه بالدفوف” وقال المالكية إنه جائز
Terjemahan : “Berkata ulama-ulama [mazhab] Hanafi dan Syafie, disunatkan [dilakukan] akad nikah dalam masjid berdasarkan hadis “umumkan [kepada khalayak] pernikahan ini dan jadikan [urusan akad] nya dalam masjid serta pukullah kompang”. Berkata ulama-ulama [mazhab] Maliki, ia (melakukan akad nikah di masjid adalah) harus”.


Ulama-ulama lain yang turut mengatakan sunat melakukan akad nikah dalam masjid ialah Imam Ibnu Taimiyyah dalam Majmu’ al-Fatawa dan Imam Ibnu Qayyim dalamI’lam al-Muwaqqi’in (rujuk kitab Fatawa Wa Istisyarat Mauqi’ al-Islam al-Yaum, jilid 11, ms.231).


Kesimpulannya, para ulama 4 mazhab (Syafie, Hanafi, Maliki dan Hambali) bersepakat mengatakan sunat melakukan akad nikah dalam masjid (rujuk kitabFatawa Wa Istisyarat Mauqi’ al-Islam al-Yaum, jilid 11, ms.259)


Dalil Jumhur Ulama
Jumhur ulama bersandarkan kepada dalil-dalil berikut :

Pertama : Hadis Tabarani di atas;
Kedua : Akad nikah dilakukan di masjid bagi mengambil keberkatan masjid

Ketiga : Masjid adalah tempat yang diketahui ramai. Justeru, melakukan akad nikah dalam masjid akan menyebarkan berita perkahwinan. Manakala penyebaran berita perkahwinan pula adalah satu tuntutan syarak.

Keempat : Nikah adalah ibadat. Justeru, sunat dilakukan akad dalam masjid.





Para ulama hadis berbeza pendapat dalam menilai hadis Tabarani di atas seperti berikut :

Pertama : Hadis Tabarani adalah hadis hassan.
Ini dinyatakan oleh al-Hafiz al-Sakhawi dalam al-Maqasid al-Hasanah, jilid 1, ms.36, al-’Ajluni dalam Kasyful Khafa’, jilid 1, ms.145 dan lain-lain.

Kedua : Hadis ini dhaif.
Ini dinyatakan oleh Imam al-Bayhaqi (Tahir al-Hindi dalam Tazkirah al-Maudhu’at, jilid 1, ms.55), al-Albani dalam Irwa’ al-Ghalil, jilid 7, ms.50 dan lain-lain.


3. Pandangan Imam Syawkani

Imam Syawkani mempunyai pendapat yang berbeza dengan jumhur ulama. Bagi beliau, akad nikah TIDAK HARUS dilakukan dalam masjid.

Ini kerana, masjid hanya dibina bagi menjadi tempat mengingati Allah dan mendirikan solat.

Justeru, perkara-perkara lain selain mengingati Allah dan mendirikan solat, tidak boleh dilakukan di dalam masjid, kecuali dengan adanya dalil khusus yang mengharuskannya.

Dengan sebab itu, makan, minum, tidur dan membaca syair dalam masjid diharuskan kerana ada dalil khusus yang mengharuskannya.

Beliau mencatatkan dalam kitabnya al-Sail al-Jarrar (jilid 2, ms.247-248) :
فالمساجد إنما بنيت لذكر الله والصلاة، فلا يجوز فيها غير ذلك إلا بدليل يخصص هذا العموم، كما وقع من لعب الحبشة بحرابهم في مسجده – صلى الله عليه وسلم-،وهو ينظر، وكما قرر من كانوا يتناشدون الأشعار فيه
Terjemahan : “Masjid sesungguhnya dibina bagi [menjadi tempat] mengingati Allah dan [mendirikan] solat, maka TIDAK HARUS [dilakukan] di dalamnya (masjid) selain [daripada] itu, melainkan dengan [adanya] dalil yang mengkhususkan keumuman [hukum] ini, seperti permainan lembing oleh orang-orang Habsyah di masjid Nabi s.a.w sambil Baginda melihatnya dan seperti perakuan [Nabi s.a.w] kepada orang-orang yang membaca syair di dalamnya (masjid)”.


Imam Syawkani tidak menerima hadis Tabarani di atas yang menjadi dalil jumhur ulama, kerana ia adalah hadis dhaif pada penilaian beliau (rujuk Nayl al-Awtar, jilid 6, ms.211).


4.Kesimpulan

Pembentangan di atas dapat disimpulkan seperti berikut :

1. Mazhab Syafie dan 3 lagi Mazhab iaitu Hanafi, Maliki dan Hambali bersepakat mengatakan SUNAT melakukan akad nikah di masjid.

Justeru, kenyataan yang tepat yang perlu dinyatakan oleh pihak berkuasa agama berhubung isu ini ialah, ”melakukan akad nikah dalam masjid adalah sunat menurut jumhur ulama dari pelbagai mazhab, termasuk mazhab rasmi negara, mazhab Syafie”.

Jelasnya, keharusan melakukan akad nikah dalam masjid bukan semata-mata bersandarkan kepada isu pentadbiran, iaitu memudahkan urusan perkahwinan dan menjimatkan masa.

2. Berdasarkan pandangan Mazhab Syafie dan jumhur ulama, akad nikah boleh dilakukan dalam masjid secara konsisten.

Ia juga boleh dilakukan dalam masjid dengan iktikad (kepercayaan) bahawa melakukannya dalam masjid ada kelebihannya, iaitu sunat.

Berbeza dengan pandangan Majlis Tetap Fatwa Arab Saudi yang mengatakan melakukan akad nikah dalam masjid secara konsisten, atau beranggapan ia ada kelebihan, adalah bid’ah.(Rujuk : http://www.islam-qa.com/ar/ref/132420)



3. Individu yang menegah dilakukan akad nikah dalam masjid tidak wajar dilebelkan sebagai jahil atau cuba menyesatkan masyarakat.

Ini kerana, di kalangan ulama ada yang berpendapat sedemikian, iaitu Imam Syawkani seperti yang telah dinyatakan.

4. Melakukan akad nikah dalam masjid ditegah kerana ia menyerupai amalan orang Kristian yang melakukannya dalam gereja, tidak berbangkit. Sehinggakan Imam Syawkani sendiri pun tidak menjadikan ‘menyerupai orang Krisitan’, sebagai sebab ditegah melakukan akad nikah dalam masjid.


Wallahu a’lam.
Nota : Semua rujukan yang dinyatakan adalah berpandukan Maktabah Syamilah.

Wednesday, March 14, 2012

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron bin Din

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron bin Din dilahirkan pada hari Ahad, 18 Ogos 1940 bersamaan 14 Rajab 1359 ( Tarikh Hijrah ini mengikut kiraan Komputer ) di Bohor Mali, Kangar, Perlis. Berkahwin dengan seorang Isteri dan dianugerahkan Allah dua orang anak lelaki dan tiga perempuan. Beliau dibesarkan dikalangan keluarga yang kuat mengamalkan ajaran agama Islam. Ibu bapa beliau adalah guru al-Quran yang mengajar bacaan al-Quran kepada masyarakat setempat.


Beliau adalah anak yang ketiga daripada 10 orang adik beradik.Mempunyai seorang abang dan kakak dan seorang adik lelaki menakala enam adik perempuan.Dua orang saudara lelaki beliau juga tokoh agama terkenal iaitu abang beliau Ustaz Ishak bin Din dan adik beliau Ustaz Abu Hassan bin Din. Ayahanda beliau dikenali sebagai sebagai Lebai Din, yang juga seorang perawat yang mengamalkan rawatan pengubatan Islam.


Lebai Din juga seorang guru silat yang mengamalkan Silat Gayung Petani, bagaimanapun ilmu silat ini tidak langsung diturunkan kepada anak-anaknya. Berkenaan ilmu pengubatan Islam, Lebai Din hanya menurunkan ilmunya kepada seorang anaknya sahaja iaitu kepada Ustaz Haron Din. Lebai Din hanya mengijazahkan ilmunya dan memberi buku catatan pengubatan kepada Ustaz Haron Din sahaja.


Ustaz Haron Din menerima pendidikan awal di tangan ayah dan ibunya sendiri. Kemudian dimasukkan ke Madrasah al-Islahiah al-Wataniah Bohor Mali. Seterusnya ke Madrasah al-‘Alawiyah al-Diniah dan al-Kuliah al-Islamiah, Kelang Selangor. Kemudian melanjutkan pelajaran di Kolej Islam Malaya (1962-1965). Di kolej ini beliau memperolehi Sijil Tertinggi Kolej dengan cermerlang kemudian telah memenangi hadiah Biasiswa Persekutuan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat “Master Degree” di Universiti Al-Azhar, Cairo (1966-1968). Dalam masa tidak sampai dua tahun beliau telah berjaya memperolehi dua degree serentak iaitu M.A (Ijazah Sarjana) Syariah daripada Universiti Al-Azhar dan Diploma Pendidikan dari ‘Ain Shams, Universiti Cairo.


Setelah memperolehi Ijazah Sarjana Syariah, beliau kembali ke tanah air dan berkhidmat sebagai guru agama di Kementerian Pelajaran. Beberapa tahun kemudian beliau kembali semula ke Mesir untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Doktor Falsafah. Beliau memperolehi Ph.D Syariah dengan cermerlang daripada Universiti Darul-Ulum Qahirah (1972-1974).


Pulang ke tanah air dan berkhidmat sebagai pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Akademik adalah bidang kerjayanya. Kekeluargaan Islam adalah jurusannya. Sebagai satu pengiktirafan terhadap kecemerlangan akademiknya, UKM menganugerahkan pangkat “Profesor” kepadanya sejak tahun 1986.


RINGKASAN BIODATA TUAN GURU DATO’ DR. HARON DIN.


Pendidikan.

• Madrasah al-Islahiah al-Wataniah, Bohor Mali
• Madrasah al-‘Alawiyah al-Diniah dan al-Kuliah al-Islamiah, Kelang Selangor
• Sijil Tertinggi Kolej – Kolej Islam Malaya (1962-1965)
• Ijazah Sarjana (M.A.) Syariah – University Al-Azhar (1966-1968)
• Diploma Pendidikan – ‘Ain Shams, Universiti Cairo (1966-1968)
• Ph.D Syariah – Universiti Darul – Ulum Qahirah (1972-1974)


Kerjaya.

• Pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1975 – 1976)
• Timbalan Dekan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1977-1985)
• Profesor di UKM sejak tahun 1986 hingga bersara
• Ahli Majlis Penasihat Syariah, CIMB
• Ahli Majlis Penasihat, Bank Negara Malaysia
• Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti
• Ahli Majlis Fatwa Negeri Selangor
• Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Bank Pembangunan
• Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, RHB Bank
• Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Public Bank Bhd
• Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis
• Ahli Majlis Penasihat Syariah, Muamalah Financial Consulting


Politik.
• Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (1975-1983)
• Ketua Penerangan PAS Pusat
• Ahli Majlis Syura Ulamak PAS
• Timbalan Mursidur Am PAS


Sumber : www.darussyifa.org

Tuesday, March 13, 2012

Petua Untuk Mencari Bakal Isteri

Petua Untuk Mencari Bakal Isteri

Jangan Berkawan Dengannya - Dengan merapati dan berkawan dengan si gadis, kecantikan hati ini sebenamya sukar untuk dinilai oleh lelaki. Selalunya yang dilihat semuanya ‘baik, sopan dan elok’ apatah lagi pada masa itu sang teruna sedang mahu, dia hanya nampak yang elok. Si gadis pula mungkin hanya berpura-pura jadi baik dan sopan untuk memikat teruna. Itulah sebabnya ada yang membidalkan bahawa ‘Yang bercahaya tidak semestinya emas’ dan ‘Yang cantik tidaklah semestinya permata’. Maka elakkan dari berkawan dengannya untuk mengelakkan anda dari terpesona dan terpedaya.


Lakukan Risikan Secara Rahsia - Kecantikan hati biasanya boleh dinilai oleh pengamatan rahsia si teruna bersama keluarga teruna terhadap si gadis. Risikan rahsia lni adalah untuk mengetahui bagaimanakah tingkahlaku si gadis itu bila dia berada bersama keluarganya sendiri. Adakah si gadis dari jenis yang suka berjalan, bergaul bebas, atau suka menolong ibunya memasak, rajin berkemas dan taat dalam beribadat akan dapat ditentukan dengan lebih jelas. Pihak teruna juga boleh mengetahui perihal moral si gadis dengan menyelidiki ke manakah si gadis itu suka pergi di hujung minggu atau di masa lapangnya. Jika dia gemar pergi ke tempat yang kurang baik, besar kemungkinan dia mempunyai sifat-sifat yang kurang baik pula.

Walaupun pada asasnya cara menyelidik begitu, atau panggil ‘merisik’ ini tidak begitu disukai oleh si gadis sendiri, ia adalah jalan yang dianggap lebih baik dari cara berkawan dengan si gadis, membawanya ke mana suka, dan ‘menyelidik’ dengan bertanya pada gadis itu atau hasil memperhatikan tingkahlakunya di depan mata.

Cari Yang Duduk Bersama lbubapa - Sebenarnya alam gadis terdedah kepada pelbagai gejala yang tidak begitu menyenangkan. Terdapat lebih banyak unsur negatif dari yang positif di luar rumah, malah, bagi sesetengah keluarga ianya berlaku dalam rumah sendiri. Si gadis, yang masih dalam peringkat belajar hidup mudah terpengaruh kepada unsur-unsur negatif yang boleh merosakkan kesuciannya serta kebaikan perangainya. Ini kerana unsur-unsur negatif biasanya memberikan keseronokan dan nikmat tetapi kenikmatan ini berakhir sebentar saja disusuli pula oleh sesalan dan kemuraman mungkin seumur hidup.

Cari Yang Pandai Mengurus Rumahtangga - Pada zaman sekarang, masa remaja si gadis bererti masa sebagai pelajar sekolah menengah, pra-universiti dan pusat pengajian tinggi. Bagi gadis-gadis ini, masa untuk mereka belajar menjadi ‘wanita’ dari ibu adalah amat terhad, jika ada, praktikannya hanya dalam jangkamasa pendek. Kesempatan untuk berada di dapur amatlah terhad pada hujung minggu serta semasa cuti. Akibatnya, semakin ramai gadis yang berorientasikan kerja makan gaji dan tidak berorientasikan mengurus rumahtangga.

Cari Yang Hormat Kepada Orang Tua - Selidikilah apakah dia gadis yang tahu menghormati orang tua. Ini penting kerana dia nanti akan bersua, bertandang ataupun duduk bersama ibubapa anda. Walau betapa cantik pun dia, jika dia tidak menghormati ibu dan bapa mertuanya, dia akan menyebabkan anda menjadi serba-salah dalam menangani kehidupan anda.

Cari Yang Pandai Menjaga Kehormatan - Hal ini juga dapat diperhatikan di kalangan gadis-gadis yang tidak begitu berjaya dalam pelajaran. Lebih ramai yang suka bekerja makan gaji dari membantu lbu di rumah atas alasan meringankan beban keluarga. Bagi gadis yang mudah ‘lupa’ masa inilah mereka akan jadi rosak. Mereka akan keluar dengan lelaki tanpa segan silu, mula memakai pakaian yang ketat dan menjolok mata serta belajar berbagai cara dari rakan sebaya untuk memikat lelaki. lbubapa yang tidak mengawasi gerak-geri anak gadisnya mungkin akan menyebabkan gadis itu menjadi gadis murahan.

Cari Yang Tidak Bebas Dengan Lelaki - Pada zaman dahulu, ada lbubapa yang sengaja tidak menghantar anak perempuannya ke sekolah. Takut nanti jadi perempuan jahat akibat dapat bergaul dengan lelaki secara bebas. Bila zaman semakin moden, pemikiran cara ini dianggap sudah usang. Ramai pula menganggap adalah lebih baik bagi wanita bersekolah asalkan saja di sekolah dia dilengkapi dengan input tatasusila dan adat apatah lagi agama.


Cari Yang Didikan Agamanya Cukup - Beredamya zaman perlu mengambilkira faktor sekeliling si gadis. Jelas pada kita bahawa cara hidup gadis sekarang sudah jauh berbeza berbanding gadis satu atau dua dekad silam. Namun, dari sudut nalurinya adalah sama saja. Zaman gadis adalah zaman mencari identiti dan cuba mengekalkan identiti itu. Jika terdedah dia kepada yang buruk maka buruklah jadinya. Walaupun begitu, gadis yang mendapat didikan yang baik besar kemungkinan akan menjadi wanita yang berguna kepada negara dan agama malah boleh menjadi contoh teladan sama ada kepada wanita mahupun lelaki.

Bertunang Jangan Lama - Blia anda sudah melamarnya, jangan tunggu lama-lama. Nikahlah dengan segera kerana gadis jelita ramai yang ingin menggodanya. Elakkan dari membawanya ke sana-sini kerana ini akan menerbitkan cemburu dihati lelaki yang jahat serta membahayakan keselamatan si gadis. Petua orang tua-tua, kalau boleh, semasa bertunang perlulah berahsia, semasa bernikah perlulah dihebahkan agar semua orang tahu.

Elakkan Dari Terlalu Cemburu - Memang sudah menjadi adat dunia, gadis yang cantik jelita memang menjadi idaman teruna, suami orang mahupun duda. Elakkan dari menaruh perasaan cemburu. Yang penting ialah sejauh manakah anda telah bertindak untuk memilikinya. Bila si gadis telah menjadi isteri anda, didiklah dia agar dia menjaga kehormatannya serta taat pada agama.

Layan Dia Dengan Baik - Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis tidak memandang pada paras rupa anda. Yang penting bila anda berkahwin dengannya ialah cinta anda kepadanya. Cinta bukan bermakna anda mahu ambil bulan bawa ke ribanya atau selalu melakukan seks dengannya. Cinta pada wanita ialah memahami jiwa mereka dan melayani mereka dengan baik. Bila dia sudah cinta pada anda seluruh jiwa raganya, dia tidak akan mudah tergoda dengan lelaki lain. Dia akan hanya anggap anda sebagai pengarang jantung dan buah hatinya.

Bertanggungjawab - Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis mahukan lelaki yang mampu menjaganya dengan baik, menguruskan kebajikannya serta memimpinnya menjadi wanita yang baik serta taat pada agama. Lelaki yang mereka mahukan ialah yang bertanggungjawab terhadap anak-anak serta menghormati pula ibubapa si gadis.

Monday, March 12, 2012

Muslimah Hasanah

Wanita solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki. Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad SAW. Ini kerana Nabi Muhammad SAW adalah pembela nasib kaum wanita. Baginda telah mengangkat martabat kaum wanita daripada diperlakukan dengan kehinaan pada zaman jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki.


Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW juga berjaya menyempurnakan budi pekerti kaum lelaki. Ini membawa keuntungan kepada kaum wanita kerana mereka mendapat kebebasan dalam kawalan dan perlindungan keselamatan oleh kaum lelaki. Iaitu dengan mengikuti ajaran Nabi Muhammad SAW menjadikan bapa atau suami mereka berbuat baik dan bertanggungjawab ke atas keluarganya. Demikian juga dengan kedatangan Rasulullah SAW telah menjadikan anak-anak tidak lupa untuk berbakti kepada ibu mereka, cthnya seperti Uwais Al-Qarni.
Salah satu tanda kasih Baginda SAW terhadap kaum wanita ialah dengan berpesan kepada kaum lelaki agar berbuat baik kepada wanita, khususnya ahli keluarga mereka. Rasulullah SAW sendiri menjadikan diri dan keluarga baginda suri teladan kepada kaum lelaki untuk bagaimana berbuat baik dan memuliakan kaum wanita.
Rasulullah SAW bersabda,
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
Lagi sabda Rasulullah SAW,
“Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir)
Tapi betul ke wanita solehah itu lebih baik daripada bidadari syurga?
Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang):
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”
Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”
Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)
Terkejut bila membaca hadis ni dan ingin berkongsi bersama rakan-rakan lain. Sungguh tinggi darjat wanita solehah, sehingga dikatakan lebih baik daripada bidadari syurga. Semoga hadis ini menjadi inspirasi bagi kita semua dalam memperbaiki diri agar menjadi lebih baik daripada bidadari syurga. InsyaAllah..
Tapi, bagaimana yang dikatakan wanita solehah itu?
Ikuti kisah berikut, semoga kita sama-sama beroleh pengajaran.
Seorang gadis kecil bertanya ayahnya “ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?”
Si ayah pun menjawab “anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi.itulah yang terbaik”
Si ayah terus menyambung
“muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”
Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah ibn abbas dan lain-lainya berpendapat.Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram(As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir)
“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”(surah Al Ahzab:32)
“lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu.
“ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda.Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi”
“dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”
Setelah itu si anak bertanya “Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah? Bolehkah saya menjadi sepertinya? Mampu dan layakkah saya ayah?”
Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata “Pelajarilah mereka! Supaya kamu berjaya nanti. INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak, malah semua wanita boleh”
Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH.


“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar)