Wednesday, May 15, 2019

PENDEDAHAN MENGEJUTKAN: DAP DIBANTU KOMUNIS SEJAK PRU 1969

PENDEDAHAN MENGEJUTKAN: DAP DIBANTU KOMUNIS SEJAK PRU 1969
Sebuah buku baru bertajuk "DAP BAHAYA KEPADA MELAYU DAN ISLAM DI MALAYSIA" oleh kumpulan think-thank AIDC.

Pendedahan mengejutkan bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas, Yuen Yuet Leng membayangkan bahawa Komunis telah membantu parti-parti pembangkang, termasuk DAP, untuk memenangi sebilangan besar kerusi pada PRU 1969.
Yuet Leng berkata Komunis menyusup masuk ke dalam pembangkang sebelum pilihan raya, yang membantu mereka menembusi kawasan yang sebelum ini dipegang oleh Perikatan kerajaan.
“Komunis itu telah menyusup masuk dalam banyak organisasi undang-undang, termasuk parti-parti politik, dan itulah yang membawa kepada pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum 1969,” katanya dalam program “Cerita Tanah Airku” di Telekom Malaysia bersempena dengan Hari Malaysia.
Beliau berkata, rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 berpunca daripada provokasi oleh sesetengah masyarakat Cina yang menyambut kemenangan pembangkang dalam PRU itu dan disambut dengan ‘aksi berlebihan’ daripada masyarakat Melayu.
“Beberapa samseng Cina menjerit dengan kata-kata penghinaan perkauman yang melampau dan ini menjadikan orang Melayu sangat marah.
Saat sukar dalam masa 48 jam, dan pada akhir kejadian itu, lebih 200 orang terbunuh dan 43 ditembak oleh pihak polis,” katanya.
Beliau berkata sentimen isu-isu perkauman yang ditiupkan parti politik hanya akan membawa kepada kemusnahan negara. “Ia memerlukan usaha tiga kaum utama untuk menamatkan rusuhan.
Saya hanya mahu hantar satu mesej kepada generasi muda hentikan perkauman. Kita tidak mampu menyelamatkan negara ini tanpa menghilangkan perkauman,” katanya lagi.
Menurut rekod, salah seorang pengasas DAP, Chan Kok Kit dan veteran parti, Chian Heng Kai telah ditahan ISA selama 57 bulan dari tahun 1976-1981 kerana didakwa terlibat dalam Communist United Front (CUF).
Kok Kit adalah salah seorang jawatankuasa pro-tem DAP pada tahun 1966. Manakala, Heng Kai menyertai DAP pada tahun 1967, setahun selepas parti itu diluluskan ROS sebagai parti berdaftar.
Kira-kira tujuh tahun selepas tragedi 13 Mei 1969, pada tahun 1976, Kok Kit dan Heng Kai telah ditahan ISA bersama lima tokoh lain yang diklasifikasikan sebagai CUF.
Ketika ditahan ISA, Kok Kit merupakan Penolong Bendahari DAP Kebangsaan, manakala Heng Kai pula adalah Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan yang juga merupakan Ahli Parlimen DAP Batu Gajah serta ADUN Pasir Puteh.
Kok Kit merupakan salah seorang Ahli Jawatankuasa CEC pertama DAP bagi sesi 1968/1969 bersama Dr Man Hin (Pengerusi) dan Kit Siang (Setiusaha Organisasi).
Tidak seperti Dr Man Hin yang menang di Parlimen Seremban Timur dan DUN Rahang serta Kit Siang menang di Parlimen Bandar Melaka pada PRU 1969, namun Kok Kit tidak bertanding pada PRU itu.
Kok Kit hanya bertanding pada PRU 1974 di DUN Bandar Kelang, namun tewas, tetapi dia tetap merupakan pemain utama parti di balik tabir.
Pada 4 Februari 1977, Ketua Polis Negara, Tan Sri Haniff Omar, berkata lima daripada enam pemimpin politik ditahan di bawah ISA itu telah membuat pengakuan bahawa mereka terlibat dalam aktiviti-aktiviti membantu CUF, namun dua daripada mereka tidak mahu membuat pengakuan terbuka kerana mahu menjaga karier politik mereka.
Mereka dituduh sebagai individu yang bertindak bagi kepentingan PKM di bawah pimpinan Chin Peng.
Kit Siang yang ketika itu merupakan Ketua Pembangkang dan Setiausaha Agung DAP mendakwa kenyataan Ketua Polis Negara yang merujuk kepada ‘dua orang yang tidak mahu mengaku secara terbuka’ itu merujuk kepada Heng Kai, Ahli Parlimen DAP Batu Gajah dan Kok Kit, Penolong Bendahari DAP Pusat.
Dapatkan banyak lagi pendedahan mengejutkan antaranya bagaimana Kit Siang membunuh karier Devan Nair, serta kata-kata nista ahli-ahli DAP ke atas orang Islam pada tahun 1969. Kumpulan think-thank AIDC yang menerbitkan buku tersebut menyatakan 99.9% isi kandungan buku tersebut adalah benar dan sahih antaranya dari sumber Cawangan Khas tahun 1969 serta pendedahan ahli-ahli DAP yang telah berpaling tadah.
Ingatlah wahai MELAYU..
DAP adalah sayap politik nya musuh
PKM adalah sayap bersenjata DAP
Sebarkam supaya orang tahu siapa DAP.
Mantan KPN Tun Haniff Omar pernah berkata bahawa beliau menangkap Lim Kit Siang di bawah akta ISA apabila Kit Siang berkata Malaysia harus di pecah kan kepada dua bahagian, Pantai Timur kepada Melayu dan Pantai Barat kepada pendatang Cina..
Kumpulan think-thank AIDC.

Wednesday, April 03, 2019

Catatan Panas dari Parlimen: Demi Membela Hak Bumiputera, Ahli Parlimen PAS Dihalau Keluar
1. Pada petang tadi, suasana di dalam Dewan Rakyat begitu kecoh dan panas walaupun hujan turun dengan selebatnya di ibu kota Kuala Lumpur. Kemuncak episod kekecohan ini ialah Ahli Parlimen PAS Pengkalan Chepa, YB Ustaz Ahmad Marzuk Shaary dihalau keluar dewan dan digantung selama 2 hari.
2. Apakah punca sebenar kekecohan ini.?
YB Pengkalan Chepa dalam perbahasan RUU Perbekalan Tambahan 2018 telah menyuarakan isu nasib kontraktor Bumiputera era Kerajaan PH.
Beliau meminta penjelasan Menteri Kewangan mengapa berlakunya perubahan ketara dalam sistem perolehan Kerajaan yang mana Perolehan Kontrak dan Tender telah berubah daripada status kelayakan Penyertaan Kontraktor Bumiputera kepada Penyertaan Terbuka kepada semua ( Termasuk Bukan Bumiputera ) secara agresif tanpa notis dan pekeliling makluman kepada Kementerian / Jabatan.
Ini bukanlah cerita fitnah rekaan PAS, ia adalah suara hati kontraktor Bumiputera yang merayu agar nasib mereka dibangkitkan di Parlimen.
Pada penghujung ucapan, beliau bertanya adakah ini merupakan agenda DAP yang mendominasi Kerajaan PH untuk menghakis hak Bumiputera.?
3. Ketika sesi penggulungan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng terus menafikan dakwaan yang dibuat oleh YB Pengkalan Chepa.
Dia berkata walaupun tender terbuka tetapi masih terhad untuk kalangan kontraktor Bumiputera sahaja.
Lantas, YB Pengkalan Chepa bangun memberikan penjelasan bahawa apa yang sebenarnya berlaku ialah tender terbuka ini untuk semua termasuk Kontraktor Bukan Bumiputera.
Lim Guan Eng meminta YB Pengkalan Chepa memberikan bukti, "berikan kepada saya, berikan kepada saya".
4. Namun, amatlah aneh dan hairan sekali kerana Menteri Kewangan tidak langsung memberikan peluang kepada YB Pengkalan Chepa mendedahkan bukti tersebut di dalam Dewan.
Dia meminta YB Pengkalan Chepa duduk sahaja mendengar jawapannya dan menulis surat kepadanya nanti.
Keadaan ini membuatkan ramai Ahli Parlimen PAS dan UMNO yang bangun mempertikaikan gelagat Menteri DAP ini. Dia minta bukti tetapi dia tidak berani memberikan peluang kepada YB PAS mendedahkan bukti yang diminta.
Bak kata YB PAS Tumpat, "takut apa Menteriku..???
5. Dewan menjadi lebih gamat tatkala YB Pengkalan Chepa berkata dia anak jantan, bukannya pondan seperti YB Bagan (Menteri Kewangan).
Sepantas kilat, YB PH yang lain khususnya Lembah Pantai, Puncak Borneo, Jelutong, Rasah dan lain-lain mendesak perkataan Pondan tersebut ditarik balik oleh YB Pengkalan Chepa.
YB Pengkalan Chepa merayu dan mendesak agar beliau diberikan peluang untuk mendedahkan bukti tersebut di dalam Dewan.
Menteri Kewangan tetap tidak memberikan peluang.
Kemuncaknya, YB Pengkalan Chepa diarah keluar dewan oleh Timbalan Speaker kerana enggan menarik-balik perkataan Pondan terhadap YB Bagan.
6. Sebagai tanda protes, seluruh Ahli Parlimen PAS dan BN turut keluar dewan bersama YB Pengkalan Chepa.
Rakyat boleh menjadi saksi bagaimana ketakutan DAP apabila agenda belakang tabir mereka cuba didedahkan kepada umum.?
Lihat sahaja reaksi dan mimik muka Lim Guan Eng yang dalam begitu emosional ketika diasak teruk oleh Pembangkang petang tadi.
Selepas kekecohan itu, Menteri Kewangan pun meneruskan penggulungan syok sendirinya itu kerana tidak ada lagi suara Pembangkang yang bangun mencabar kejantanannya.
Bercakaplah seorang diri, puas hati bukan.?
7. Mungkin ada yang bertanya, apakah bukti yang hendak disebut oleh YB Pengkalan Chepa di dalam Dewan tetapi dihalang oleh Menteri DAP itu.?
Berikut saya kongsikan tiga bukti yang hendak didedahkan di dalam Dewan Rakyat pada petang tadi;
a) Perkhidmatan Secara Berkala Memotong Rumput Dan Membersih Kawasan Di Empangan Batu Serta Kerja-Kerja Berkaitan
b) Perkhidmatan Secara Berkala Memotong Rumput
Dan Membersih Tebing Di Gombak Barrage Dan Sepanjang Lencongan Gombak Serta Perkhidmatan Berkaitan
c) Perkhidmatan Secara Berkala Memotong Rumput
Dan Membersih Tebing Di Keroh Barrage, Kolam Jinjang Dan Kolam Benteng Serta Perkhidmatan Berkaitan
Kesemua Kenyataan Tawaran tahun 2019 ini dikategorikan sebagai TERBUKA.
Ianya berbeza dengan tender tahun 2018 yang dengan secara jelas dan nyata menyebut dalam baris pertama, perenggan pertama Kenyataan Sebut Harga iaitu "sebutharga adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor BUMIPUTERA berdaftar di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Selangor".
8. Apakah isu hak Bumiputera yang disuarakan oleh YB Pengkalan Chepa pada petang tadi adalah rekaan dan fitnah.?
Rakyat boleh menilai sendiri dan boleh juga bertanya kepada kontraktor Bumiputera berkenaan nasib mereka setelah PH berkuasa hampir 1 tahun ini, adakah kian terbela atau terpinggir?
Rakyat juga boleh menilai adakah DAP ini hanya pandai mencabar tetapi takut apabila tembelang mereka terbongkar.
Nota Tambahan:
Era PH berkuasa ini, YB Pembangkang sering menjadi mangsa hukuman diarah keluar Dewan oleh Speaker dan Timbalan tetapi YB PH khususnya Jelutong boleh sahaja bebas bercakap merapu seperti sampah di dalam Dewan tanpa dikenakan sebarang tindakan.
Tahniah, inilah Reformasi Parlimen Malaysia Baru versi PH.
Catatan oleh;
Syed Ahmad Fadhli
Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen PAS
02 April 2019

kisah cinta kita

https://www.youtube.com/watch?v=h3n9pnToT-o