Wednesday, March 30, 2011

sihir Cinta

i Subuh yang hening ini, saya teringin untuk berkongsi sebuah artikel yang saya baca melalui sebuah majalah tempatan. Artikel bermanfaat ini berkaitan dengan cinta. Namun cinta ini berbeza dengan jenis cinta yang lainnya di dunia ini kerana cinta ini menggunakan pengaruh sihir dalam prosesnya. Keji bukan? Anda pernah mendengar tentangnya? Jika belum pernah, mari sama-sama kita fahami isi artikel ini.

SIHIR itu ada, sebab ia tertulis di dalam al-Quran. Oleh itu, kita semua perlu bersedia supaya tidak terkena sihir. Seseorang yang terkena sihir tidak lagi berdiri sebagai insan normal. Tindakan keterlaluan ataupun terlalu kurang daripada tahap manusia yang biasa.

SIHIR adalah perbuatan yang berkaitan dengan jin yang menyebabkan perubahan secara mendadak tanpa diketahui sebabnya. Sihir juga merupakan perantaraan di antara tukang sihir dan syaitan yang mensyaratkan si tukang sihir tersebut agar melakukan perbuatan haram dan syirik di samping menyerahkan segala ketaatan kepadanya demi memperoleh bantuan dan pertolongan yang dihajatkan.

CINTA termasuk dalam sihir yang boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Sihir cinta kadang-kadang lebih menyayat hati – dia cantik tetapi tiada siapa yang ingin berkahwin dengannya. Kalau berkahwin pun tidak lama sudah bercerai. Apa yang tidak kena?

Apabila seseorang itu suka bersendirian, pendiam, tidak suka berjumpa dengan orang, fikirannya meracau, selalu juga pening, lesu dan tidak bermaya serta hilang semangat tanpa ketahui punca sebenarnya, ini dinamakan sihir membuat orang tidak suka.

Sihir menahan pernikahan itu pula adalah apabila seseorang menghadapi pening kepala yang berterusan, sekalipun telah mengambil ubat tapi dada terasa sesak terutama selepas Asar hingga tengah malam.

Dia melihat orang yang datang melamat sebagai bermuka hodoh. Fikirannya kerap melayang, apabila tidur selalu gelisah dan tidak nyenyak, perut juga selalu berasa sakit, demikian juga di bahagian bawah tulang punggung.

Lindungi Diri

Bagaimana sihir ini boleh berlaku? Mengikut seorang pengamal perubatan Islam dalam laman webnya, jin akan ditugaskan melakukan satu di antara dua:

* Masuk ke dalam tubuh wanita berkenaan menyebabkan dia benci kepada setiap calon suami yang melamarnya.
* Menukarkan wajah lelaki yang ingin melamarnya hingga berwajah buruk.

Kita semua berhak melindungi diri daripada terkena sihir. Ibarat kita semua berhak memandu kereta juga berhak mengelak dari sebarang tragedi. Kita berhak hidup di dunia ini justeru berhak menangkis dan menepis semua perbuatan ghaib yang jahat daripada menmpa diri kita. Lindungilah diri kita bersama dengan:

* Banyak-banyakkan berzikir dengan zikir yang diwariskan oleh Nabi Muhammad SAW umpamanya Zikir al-Mathurat.
* Menyebut nama ALLAH dalam setiap pekerjaan.
* Menyebut nama ALLAH setiap kali masuk ke tempat gelap.
* Jangan menyakiti binatang seperti anjing dan kucing.
* Jangan tidur bersendirian, jika terpaksa berwuduklah dan membaca doa sebelum tidur.
* Jangan membuang air kecil ke mana-mana lubang atau takungan air.
* Jangan membunuh ular yang masuk ke dalam rumah sewenang-wenangnya.
* Jangan mendedahkan aurat kasar di dalam rumah dan jangan selalu bersolek dan berhias kerana ditakuti timbul rasa ghairah jin jantan terhadap wanita berkenaan.

Kakak saya telah terkena sihir sejak anak dara lagi lagi. Baru kini setelah hampir 30 tahun barulah dia agak sembuh tetapi deritanya menempuh alam berkenaan hanya dia dan ALLAH sahaja yang mengetahui.

Dia telah berubat ke merata-rata tempat dari utara ke selatan, timur dan barat, bahkan hingga sampai ke Sarawak. Tidak kurang dia bertemu dengan pengamal perubatan yang jahat tetapi terkenal di seluruh negara. Baru kini kesihatannya agak pulih.

Tiada siapa tahu punca sebenarnya mengapa dia terkena, tetapi diyakini ia adalah perbuatan sihir akibat buatan orang yang berminat terhadapnya suatu ketika dahulu tetapi tidak mendapat layanan. Apa yang kakak saya lakukan sepanjang berlawan dengan penyakit misterinya itu? Zikir sebanyak-banyakkan dan dia kekal berzikir hingga ke hari ini.

sumber: Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj, Majalah Wanita

Monday, March 28, 2011

khasiat

Khasiat - Untuk Yang Dah Berkawin Saja Tau! (18SX)



Khasiat - Untuk yang dah berkawin saja tau......
ORANG POMPUAN WAJIB BACA

P.s: ada sebabnya Nabi SAW menggalakkan ummatnya berkahwin...:-))
Seks adalah Multivitamin?
Bila Anda enggan melakukan hubungan seks kerana sedang sakit kepala, maka segeralah mencari alasan lain yang lebih masuk akal. Perlu diketahui bahawa melakukan hubungan seks itu justru boleh menghilangkan sakit
kepala.

Tidak percaya? Mari semak beberapa penjelasan ilmiah di bawah ini. Mari kita berbicara sedikit ilmiah bagaimana Seks boleh menghilangkan sakit kepala.

Sesaat setelah orgasme, otak akan memerintahkan tubuh untuk mengeluarkan hormon pembunuh rasa sakit. Hormon itu adalah hormon yang bekerja dan memiliki efek seperti morfin. Secara awam mungkin boleh diartikan bahwa semakin banyak orgasme, maka semakin banyak "obat sakit kepala" yang
dikeluarkan.

Hubungan seks juga boleh membuat Anda lebih peka. Daya cium Anda akan meningkat seiring frekuensi hubungan seks. Perlu diketahui bahwa saraf-saraf penciuman dalam hidung, akan dipacu bekerja ganda ketika Anda sedang bergairah. Hal ini terjadi kerana aliran darah menuju ke hidung meningkat.
Bukan rahasia lagi apabila melakukan hubungan seks secara rutin terbukti dapat meningkatkan kualitas kesehatan Anda. Dalam Secret of the Superyoung, penulis yang juga Ahli Saraf di Royal Edinburgh Hospital,
David Weeks,mengatakan bahwa melakukan hubungan seks dalam porsi cukup, boleh membuat anda tampil 10 tahun lebih muda.

Oh ya, seks juga mujarab sebagai ubat stres. Bila merasa tegang, maka seks boleh membantu Anda menjadi lebih rileks dan mengurangi beban akibat rutin kerja seharian. Selama melakukan hubungan seks, tubuh akan mengeluarkan endorphin, yakni hormon yang boleh menciptakan perasaan enak dalam otak.
Perlu diketahui pula, berdasarkan sebuah penelitian, melakukan seks secara teratur ternyata boleh meningkatkan sistem kekebalan tubuh sampai 30%. Hubungan seks menghasilkan hormon melatonin, yang baik untuk melawan bakteria dalam darah, menghindari efek-efek penuaan dan memberi efek mengantuk. Dengan demikian, Anda boleh terhindar dari penyakit flu dan masuk angin tanpa harus tergantung pada obat dan jamu-jamuan.

Dengan takdir Tuhan, Anda boleh panjang umur berkat hubungan seks. Percaya atau tidak, setelah melakukan study lebih dari 10 tahun di negara bahagian Welsh, Inggris, Profesor dari Bristol University, Shah Ebrahim, mengatakan bahwa seks dapat mengurangi risiko terkena serangan jantung atau stroke. Menurut Embarhim, melakukan hubungan seks itu lebih sehat daripada jogging.
Dengan melakukan seks sebanyak tiga kali seminggu, berarti Anda memperoleh ekstra pembakaran kalori hingga 8000 kalori per tahun. Bila tubuh melakukan pembakaran kalori yang mendekati sempurna ini, Anda akan merasa lebih sehat dan bahagia.

Mungkin Anda belum mengetahui bahwa setiap 100 kali orgasme, berarti anda terhindar dari kematian premature hingga 36% kerana darah boleh menembus daerah-daerah "mati" ketika malakukan seks, sehingga daerah-daerah itu boleh diperbarui. Dengan melakukan hubungan seks, berarti Anda merangsang
regenerasi sel-sel dalam tubuh Anda sendiri.

Namun yang paling utama dan penting dari itu semua adalah, semakin sering melakukan hubungan seks, maka Anda akan semakin romantis. Hormon oxytocin yang dikeluarkan setiap kali orgasme, boleh meningkatkan daya romantisme, seperti selalu ingin memeluk dan mencium, atau sebaliknya.
Dengan demikian, hubungan cinta Anda boleh dikatakan relatif aman damai.


(amboi, bab2 camni khusyuk betoi korang baca ek? hahahahaha) Dah gi buat kerja..... grr... =p

Friday, March 25, 2011

Isu Ketuanan Melayu

Isu Ketuanan Melayu: Jangan Lari dari Persoalan Rekod Pembelaan Rakyat Terbanyak

KENYATAAN MEDIA
7 DISEMBER 2010



Saya merujuk kepada pelbagai kenyataan yang dibuat berkenaan isu ketuanan rakyat, terutamanya dari kalangan pimpinan Umno.

Pertamanya, saya mengucapkan tahniah kepada pimpin an Umno, PERKASA dankaum-kerabat mereka yang tidak pernah gagal mengingatkan rakyat Malaysia bahaya politik perkauman sempit. Dalam satu minggu yang
lepas, segala usaha pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak melalui kempen 1Malaysia yang menelan belanja puluhan juta ringgit menggunakan wang rakyat; hancur musnah apabila pimpinan-pimpinan Umno dan PERKASA
menunjukkan kembali wajah sebenar mereka. Tidak kira berapa banyak wang yang dibayar kepada perunding antarabangsa sekalipun, budaya perkauman sempit yang dibawa oleh Umno dan Barisan Nasional tidak akan
hilang kerana ia sudah menjadi sebahagian daripada darah daging mereka.

Pun begitu, saya melahirkan rasa kesal kerana Umno dan PERKASA tidak mahu berdepan dengan gagasan yang dibawa oleh KEADILAN dalam Kongres Nasional Ke-7 baru-baru ini. Gagasan tersebut, seperti yang
disampaikan oleh Presiden parti Dato' Seri Dr Wan Azizah Ismail, menyentuh mengenai mekanisme terbaik untuk membela orang Melayu. Persoalan yang dilontarkan oleh Dato' Seri Dr Wan Azizah adalah mudah;
iaitu kaedah bagaimana yang boleh menjamin kelangsungan dan darjat orang Melayu yang akan dihormati dan bermaruah, dalam kerangka masyarakat pelbagai kaum yang ada di Malaysia dan arus globalisasi yang deras meninggalkan kita?

Kaedah sedia ada dibawa oleh Umno – iaitu mengabui mata rakyat mengenai hak mereka (melalui Umno) untuk terus berkuasa tidak kira prestasi mereka dan kebajikan rakyat keseluruhannya, terutamanya nasib
orang Melayu. Konsep "Ketuanan Melayu" yang dilaungkan secara terbuka dan dibisikkan secara senyap ini oleh BTN dan agensi-agensi lain, menakut-nakutkan orang Melayu bahawa perubahan kerajaan kepada pakatan
politik yang lain akan menyebabkan orang Melayu hilang kuasa. Apabila orang Melayu hilang kuasa, maka nasib orang Melayu akan terjejas dan akan tertindas.

Sebab itu, saya menganggap bahawa tindakan Umno dan PERKASA mengheret institusi Raja-Raja Melayu dengan mentaklikkan "Ketuanan Melayu" sebagai "Ketuanan Sultan" adalah satu tindakan yang bacul di pihak
Umno dan PERKASA. Mereka tidak mampu berdepan dengan persoalan penting membicarakan kaedah terbaik membela orang Melayu terbanyak seperti yang ditimbulkan KEADILAN, lalu mereka cuba menggunakan institusi
Raja-Raja Melayu. Tindakan seperti inilah sebenarnya yang menghina institusi Raja-Raja Melayu kerana ia tidak menghormati kedudukan Raja-Raja Melayu yang memayungi seluruh rakyat jelata tidak mengira kaum, agama dan pegangan politik.

Namun, tindakan Umno dan PERKASA itu bukanlah perkara baru. Rekod mereka mencalarkan kedudukan institusi Raja-Raja Melayu di mata rakyat sudah diketahui umum. Krisis-krisis perlembagaan yang melemahkan institusi Raja-Raja Melayu dalam tahun 1983 dan 1993 dicetuskan oleh Umno. Lebih malang, dalam kedua-dua siri krisis perlembagaan yang disusun oleh Umno itu, berlaku serangan-serangan yang bertujuan mengaibkan Raja-Raja Melayu dalam akhbar-akhbar dan media milik mereka. Ada beza yang besar diantara cakap-cakap seorang dua rakyat jelata yang dituduh mempersoalkan kedudukan Raja-Raja Melayu, dengan satu gerakan tersusun yang dilaksanakan secara besar-besaran oleh sebuah parti politik yang mengaku mempertahankan Ketuanan Melayu.

Saya beri amaran supaya Umno dan PERKASA jangan lagi cuba memfitnah KEADILAN dan Pakatan Rakyat dalam perkara ini. Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang diluluskan pada 19 Disember 2009, secara jelas
mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputra dan institusi raja berpelembagaan.

Ini dinyatakan dalam Fasal 1 Perkara a(i) "Pakatan Rakyat akan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153"; dan Fasal 1 Perkara a(ii) "Pakatan Rakyat akan mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi raja berpelembagaan".

Makanya, KEADILAN ingin membawa kembali polemik "Ketuanan Melayu" ini kepada perkara dasar yang diulas oleh Dato' Seri Dr Wan Azizah Ismail – iaitu wacana kaedah terbaik untuk melahirkan anak bangsa Melayu yang beriman, boleh berdikari, berprinsip dan berdaya juang supaya mereka kekal bermaruah dalam kerangka masyarakat pelbagai kaum di negara ini dan arus globalisasi mutakhir.

Apakah kaedah Umno yang memperkecilkan kebolehan anak Melayu, dengan menakut-nakutkan mereka dan menimbulkan rasa curiga terhadap semua yang bukan Melayu, akan berjaya melahirkan anak bangsa Melayu yang bermaruah?

Apakah "Ketuanan Melayu" yang berpaksikan kepada sistem kroni dan mendokong rasuah dengan menghamburkan kekayaan negara kepada beberapa kroni rapat Umno (tanpa mengira kaum) akan melahirkan golongan peniaga Melayu yang berdaya maju? Apakah budaya rasuah yang berleluasa di dalam Umno akan menjamin kedudukan istimewa orang Melayu tidak akan dijual suatu hari nanti?

Apakah anak bangsa Melayu yang membesar dengan perasaan curiga akan dapat mengambil pendekatan positif menunggang arus globalisasi untuk menjadi pemimpin antarabangsa?

Persoalan yang dibawa oleh KEADILAN adalah persoalan jatidiri dan kaedah terbaik membina jatidiri tersebut. Kaedah "Ketuanan Melayu" yang dibawa oleh Umno dan PERKASA bukan sahaja terbukti gagal membina jatidiri orang Melayu, malah menyebabkan kebajikan rakyat terbanyak (terutamanya golongan berpendapatan rendah yang majoritinya orang Melayu) terabai.

Sehingga kini, selepas 3 dekad "Ketuanan Melayu", 75% dari bilangan keluarga yang pendapatan isi rumahnya di bawah RM2,000 adalah orang Melayu. Golongan ini jugalah yang dikategorikan sebagai golongan 40% paling miskin di Malaysia, seperti yang dihuraikan Perdana Menteri sendiri dalam Rancangan Malaysia Ke-10.

Selepas 3 dekad "Ketuanan Melayu", rakyat terbanyak juga yang dibebankan dengan pemotongan subsidi sedangkan subsidi korporat sebanyak RM19 bilion setahun (dalam bentuk subsidi gas kepada penjana bebas) tidak disentuh. Umno dan PERKASA tidak melahirkan sedikit keluhan pun apabila bantuan kepada rakyat termiskin, yang rata-ratanya orang Melayu ditarik setiap enam bulan untuk menampung perbelanjaan boros kerajaan membayar perunding antarabangsa, sedangkan tidak ada satu mekanisme pun diperkenalkan untuk menyalurkan kembali rasionalisasi subsidi kepada golongan termiskin ini.

Justeru, KEADILAN yakin bahawa polemik "Ketuanan Melayu" ini adalah benteng terakhir Umno dan PERKASA yang kian rapuh dan ditolak rakyat. Demi melahirkan Malaysia yang majmuk, mengamalkan toleransi dan berdaya saing, KEADILAN akan konsisten membawa gagasan Ketuanan Rakyat melalui bangsa yang bermaruah – kerana kami yakin gagasan ini tidak dapat dijawab oleh Umno dan PERKASA.



Saifuddin Nasution Ismail

Thursday, March 24, 2011

12 jaminan PAS untuk Malaysia Baru

1
Ismail Hashim

SHAH ALAM, 19 Feb: PAS dalam usahanya mewujudkan sebuah Malaysia Baru yang mengangkat martabat kaum Melayu dan Islam, hari ini memberikan jaminan istimewa terhadap dua belas perkara untuk rakyat Malaysia.

Dua belas jaminan ini terkandung dalam resolusi Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa; Jaminan PAS yang berlangsung sehari di Auditorium MBSA, dekat sini.

Berikut adalah dua belas resolusi yang dibentangkan oleh Naib Presiden PAS selaku Pengarah Konvensyen, Datuk Mahfuz Omar.

PAS sebagai sebuah parti politik yang berteraskan Islam memberi jaminan bahawa:

1. PAS tetap komited untuk melaksanakan agenda pengupayaan bangsa Melayu dan Bumiputera berteraskan prinsip-prinsip di atas;

2. PAS akan terus mempertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu dan kepentingan bangsa Melayu dan Bumiputera seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia;

3. PAS tetap beristiqamah untuk menghayati Islam sebagai satu cara hidup sesuai dengan kerangka perlembagaan Malaysia sebagai teras terpenting usaha mengupayakan Melayu;

4. PAS akan sentiasa memastikan seluruh kegiatan pembangunan bangsa Melayu berkiblatkan akhirat demi mencapai keredhaan Allah;

5. PAS tetap mengutamakan perjuangan untuk membela nasib rakyat terpinggir dan berpendapat rendah yang sebahagian besarnya adalah kaum Melayu dan Bumiputera;

6. PAS akan terus mempertahankan konsep ketuanan rakyat yang berpaksikan keadilan Islam dengan jaminan saksama kepada kaum-kaum lain;

7. PAS tetap memperjuangkan dasar-dasar affirmative yang berasaskan siapa yang berkeperluan (need based) sesuai dengan matlamat keadilan Islam;

8. PAS akan terus komited untuk menampilkan kepimpinan Melayu yang bebas rasuah dan penyelewengan di semua peringkat kepimpinan bermula dari kepimpinan Negara sehingga kepimpinan komuniti;

9. PAS tetap mempertahankan tanah-tanah rizab Melayu, tanah-tanah adat, kampung-kampung tradisi dan penempatan-penempatan yang mempunyai kepentingan Melayu dan Bumiputera seperti Felda, malah berusaha menjadikannya sebagai penyumbang terpenting kekuatan ekonomi Melayu;

10. PAS akan terus mempertahankan warisan Melayu selagi mana tidak bertentangan dengan syarak, sebagai khazanah penting kepada generasi Melayu akan datang;

11. PAS tetap mempertahankan pendidikan vernakular yang telah memberi ruang kepada kewujudan sekolah agama rakyat, madrasah dan sekolah pondok, di samping tidak menolak kepentingan elemen integrasi nasional diterapkan dalam sistem pendidikan dan;

12. PAS akan terus berusaha memasakkan jatidiri berteraskan Islam kepada generasi muda Melayu kerana mereka merupakan teras kepada pengupayaan bangsa Melayu dan waris kepimpinan akan datang.

Sementara itu dalam ucapannya, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, dasar dan pendekatan Pengupayaan Bangsa - Jaminan PAS telah dibentangkannya untuk tatapan semua.

"Masa telah sampai untuk kita menggemblengkan seluruh tenaga dan sumber bagi mengangkat martabat umat Islam, mendayakan bangsa Melayu dan melahirkan Politik Lita'arafu yakni Politik Saling Menghormati.

"Semua usaha ini adalah bagi melahirkan sebuah Malaysia baru yang menjunjung tinggi tuntutan Keadilan dan Kesejahteraan Untuk Semua yang bebas rasuuah, kezaliman dan penyelewengan kuasa.

Mursyidul Am PAS, Datuk Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat turut berucap merasmikan konvensyen dengan memberikan penekanan terhadap peri pentingnya masyarakat negara ini diberi kefahaman paling tepat dan memudahkan.

Semua wakil PAS kawasan daripada seluruh negara hadir dalam konvensyen sehari yang turut menampilkan ramai tokoh antaranya; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Budayawan dan Cendikiawan terkenal, Prof Emiritus Dr Abu Bakar Abdul Hamid dan Presiden Teras, Haji Mohd Azmi Abdul Hamid.

Turut mendapat perhatian adalah ucapan dan pandangan daripada Setiausaha Agung Keadilan, Saifuddin Nasution Ismail termasuk AJK PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar dan Pakar Sains Politik dan Aktivis Sosial, Dr Wong Chin Huat.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat mengemukakan Buku Jingga mengandungi sepuluh perkara jaminan terdiri daripada mereformasikan institusi-institusi penting negara seperti SPR, SPRM, pejabat Peguam Negara dan PDRM untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan.

Jaminan itu juga meliputi Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mengarahkan Khazanah Berhad, KWSP dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol;

Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta seperti gas sebanyak RM19 bilion kepada penjanan bebas dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat;

Mengiktiraf peranan dan jasa awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang guru sebagai penghargaan guru mendidik bangsa;

Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan;

Menyediakan perkhidmatan internet wi-fi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa rakyat;

Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda dan;

Menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20 peratus dan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di Negeri Sabah.

Tuesday, March 22, 2011

SYED QUTB RAHIMAHULLAH)

(DARI SYED QUTB RAHIMAHULLAH)
… SAJAK INI DITULIS BEBERAPA KETIKA SEBELUM BELIAU SYAHID D...ITALI GANTUNG.

SAUDARA
ANDAINYA KAU TANGISI KEMATIANKU..
DAN KAU SIRAMI PUSARAKU DENGAN AIRMATAMU
MAKA DIATAS TULANG-TULANGKU ..
YANG HANCUR LULUH,
NYALAKANLAH OBOR BUAT UMAT INI..
DAN…
TERUSKANLAH PERJALANAN KE GERBANG JAYA.

SAUDARA
KEMATIANKU ADALAH SATU PERLAJANAN..
MENDAPATKAN KEKASIH YANG SEDANG MERINDU
TAMAN-TAMAN DISYURGA, TUHANKU BANGGA MENERIMAKU
BURUNG-BURUNGNYA BERKICAU RIANG MENYAMBUTKU
BAHAGIALAH HIDUPKU DIALAM ABADI

SAUDARA
PUAKA KEGELAPAN PASTI AKAN HANCUR
DAN ALAM INI AKAN DISINARI FAJAR LAGI
BIARLAH ROHKU TERBANG MENDAPATKAN RINDUNYA..

JANGANLAH GENTAR BERKELANA DIALAM ABADI
NUN DISANA FAJAR SEDANG MEMANCARSee more

Wednesday, March 16, 2011

diktator @ dunia ketiga

Kekalkan Diktator Di Dunia Ketiga
Kenapa Barat Mahu Kekalkan Diktator Di Dunia Ketiga?
Diposkan oleh dpprompin | Date: 11/23/2009 | Label: minda pemimpin
Oleh Mohamad Sabu
Eropah melalui zaman gelap begitu lama. Perang antara negara mereka sering terjadi samada pertelingkahan sempadan, perkauman atau kedaulatan bahasa. Jerman, Perancis dan Britain sentiasa berusaha supaya negara dan bangsa mereka dilihat jagoh dan pelindung kepada bangsa-bangsa di Eropah.


Untuk merebut “Supermercy” dan ketuanan bagi Eropah maka terjadi peperangan yang paling besar diantara mereka sehingga tercetusnya perang dunia yang pertama.

Britain yang menjadi kuasa utama “Sun Never Set at British Empire” sentiasa bersaing dengan Perancis untuk menjadi kuasa utama di Eropah dan di dunia. Gerakkan sosialis untuk menuntut keadilan terutama debu taburan dan kenikmatan ekonomi bermula secara hebat diakhir kurun ke-18 dan di awal kurun ke-19.

Revolusi industri memainkan peranan untuk memacu kemajuan Eropah dalam bidang industri pembuatan dan juga pertanian. Revolusi rakyat di Eropah Timur telah berjaya merubah sistem sosial dan taburan ekonomi di Eropah Timur dan juga Eropah Barat.

Kebangkitan kuasa baru (kuasa rakyat) di Soviet, telah merubah peta polar kedudukkan di Eropah samada sosial masyarakat atau taburan ekonomi dan pendapatan rakyat. Untuk menyekat kemaraan komunis atau sosialis ala-ala Soviet dan Eropah Timur, maka Negara England, Jerman dan juga Perancis memberi kebebasan kepada gerakkan buruh dinegara mereka dan segala tuntutan kaum pekerja dan juga kaum petani cuba dilayan sebaik mungkin.

Hasil perubahan sikap golongan elit pemerintah di Eropah Barat, dapatlah mereka menahan kemaraan komunis atau sosialis untuk menguasai Negara-negara mereka.

Eropah mencipta kejayaan hebat dalam kemajuan kebendaan dan keadilan social mengikut acuan mereka dapat diterjemahkan.Negara blok Soviet pula terpaksa membuat reformasi terhadap system socialis mereka atau pemimpin yang menyeleweng dari ajaran socialis terpaksa dirubah dan ditukarkan.

Perubahan besar berlaku dizaman Gorbachev dengan konsep dan slogan “Glasnoth dan Perestrovka” membawa perubahan sistem politik dan kehidupan socialis di Soviet Union. Pembaharuan yang dibuat oleh Mikhail Gorbachev terutama dalam sistem politik dan penguasaan Soviet, melahirkan negara-negara baru CIS yang kebanyakkan penduduknya beragama Islam.

Kazakstan, Azerbaijan, Kirzystan dan Turkmenistan diantara Negara baru yang majoriti adalah penduduk beragama Islam. Di Romania pula rakyat mereka bangun membuat perubahan.

Mereka bangun dan membuat revolusi kedua dengan menjatuhkan presiden mereka (Nicolae Ceausescu), setelah mereka melihat presiden mereka menyalahgunakan mandat rakyat dalam pemerintahan. Jauh sekali daripada hidup sebagai seorang sosialis bahkan presiden Romania itu hidup sebagai seorang Dzar yang mengumpul kekayaan sebanyaknya semasa berkuasa.

Tokoh kesatuan Sekerja (Malisa) mengambil-alih pemerintahan dan cuba membawa perubahan di Poland dan juga di Eropah itu sendiri. Untuk mempertahankan kuasa dominasi di Eropah dan di dunia, Negara-negara Eropah Barat dan Eropah Timur (diketuai oleh Russia) berlumba untuk menunjukkan bahawa sistem dan cara mereka adalah lebih baik untuk memberi keselesaan kepada rakyat dan memperbaiki taraf social rakyat mereka.

Soviet kali ini muncul menjadi kuasa besar ekonomi di Eropah. Kuasa minyak dan gas yang dimiliki oleh mereka digunakan sebagai “Bargaining Power” dengan negara-negara pakatan NATO atau Eropah Barat.

Soviet cuba untuk mengekalkan negara mereka sebagai kuasa persenjataan, pada masa yang sama mereka muncul sebagai kuasa baru dalam bidang ekonomi. Negara Eropah terutamanya Jerman, Perancis dan Britain berusaha semaksima mungkin untuk memberi keadilan dan ekonomi kepada rakyat mereka dan rakyat Eropah. Langkah yang sama diambil oleh Soviet untuk cuba membangunkan ekonomi dan keadilan social kepada rakyat mereka.

Kehidupan Lord dan rakyat marhain miskin dirapatkan - jurang kaya miskin dapat dikurangkan tidak seperti dizaman kehidupan sebelum perang dunia pertama.

Kelas Lord dan Dzar yang disokong oleh golongan agama menikmati hidup yang amat berlainan dengan rakyat marhain yang berkebanyakkan. Pemerintahan Eropah Barat dan kumpulan Soviet berusaha untuk memberi keadilan kepada penduduk dan rakyat dinegara mereka, sebaliknya mereka masih bersikap penjajah kepada negara-negara dunia ketiga. Mereka masih bersikap menindas dan menyokong penindas di luar dunia mereka khasnya di negara-negara umat Islam dan di dunia ketiga.

Negara dan masyarakat Eropah amat mengalu-ngalukan perubahan status social dan nilai demokrasi di negara blok sosialis dan komunis tetapi mereka masih menyokong pemerintahan diktator di negara-negara umat Islam.

Negara-negara beraja di Teluk yang tidak pernah kenal dengan demokrasi, pemerintah negara-negara anarki ini masih didokong oleh negara-negara Eropah khasnya Britain dan Perancis.

Demokrasi, human right, keadilan ekonomi diperjuangkan dan dilaksanakan dinegara mereka tetapi mereka membenarkan dan menyokong negara diktator di negara-negara umat Islam dan juga negara-negara dunia ketiga.

Rakyat Eropah sama ada Eropah Timur dan Eropah Barat telah membuat perubahan demi perubahan untuk memberi keselasaan kepada rakyat mereka, mengekalkan keegoan kuasa mereka. Mereka berusaha membuat perubahan mengikut acuan fikiran dan analisa mereka. Negara umat Islam dan umatnya dipandu dengan kitab Al-Quran, Hadith dan petunjuk Rasul-Rasul dan khasnya Nabi Muhammad s.a.w dan perjalanan sirah yang amat-amat tinggi khazanah serta nilai, tetapi kenapa negara orang Islam paling mundur, rasuah paling tinggi, taburan harta dan kekayaan paling tidak seimbang. Jurang kaya-miskin begitu ketara - kenapa dan mengapa??? Saya akan cuba terus memberi pandangan di keluaran akan datang.
Posted by Afifzahrah at 11:11 PM

Thursday, March 10, 2011

IBN KHALDUN

MANUSIA MENURUT IBNU KHALDUN

Ibnu Khaldun dalam ‘ al-Muqaddimah ‘ berkata, “ Kenapa golongan sufi memberikan perhatian khusus dalam persoalan zuhud, tersohor dengan akhlak dan ibadah serta pencapaian luar biasa di arena kerohanian? Jawapannya ialah kerana manusia berbeza dengan haiwan dengan sebab dua penguasaan. Pertama penguasaan... ilmu dan pengetahuan. Antara yang termasuk dalam penguasaan di atas ialah yakin, zan, syak dan waham. Penguasaan kedua ialah gembira, dukacita, qabad, basat dan lain-lain.”

Ibnu Khaldun menambah, “ Para murid yang sedang melalui proses mujahadah dan ibadah khususnya, mereka akan berhasil memiliki ahwal yang tertentu. Hal daripada ahwal yang sedemikian sama ada ia jadi dalam bentuk ibadah yang mantap, berkekalan hingga mencapai ke tahap makam atau jika hal dari ahwal itu tidak lahir dalam bentuk ibadah, mungkin ia akan lahir sebagai sifat pada jiwa; maka lahirlah rasa dukacita atau gembira, cergas atau sebagainya.”See more

Wednesday, March 09, 2011

kalahkah kita berjuang!!

1. Umumnya, kemenangan hatrik yang diraih oleh Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil mutaakhir ini selayaknya membuatkan ahli dan pemimpin mereka bergembira sebagaimana gembiranya ahli dan pemimpin Pakatan Rakyat yang juga pernah mencipta hatrik dalam pilihanraya kecil sebelum ini. Secara agregat kini kedudukan Pakatan Rakyat 8 - 8 Barisan Nasional dari 16 kali pilihanraya kecil pasca pilihanraya umum 2008.



2. Namun saya tidak pasti apakah kegembiraan yang diraikan oleh Barisan Nasional hari ini benar - benar satu kegembiraan yang serupa dan sama dengan kegembiraan yang pernah diraikan oleh Pakatan Rakyat. Apa yang boleh saya sebutkan disini ialah kegembiraan yang dirasai oleh Pakatan Rakyat adalah dari pengorbanan ahli dan kesungguhan pemimpinnya yang berbalas dengan kemenangan yang dicapai sementara kegembiraan Barisan Nasional pula setelah mereka terpaksa melaburkan jutaan ringgit guna menaja projek - projek mee segera demi meraih undi.



3. Hari ini masih terasa bahang kesedihan yang melanda skuad Pakatan Rakyat terutamanya PAS dengan kekalahan berganda yang dialami. Namun rata - rata ahli serta pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat menatah bicara semangat untuk terus bangun memperbaiki kelemahan, membetulkan kesilapan dan melonjak prestasi sebagai persiapan gigih mendepani pilihanraya umum akan datang. Alhamdulillah, ahli, petugas dan pimpinan Pakatan Rakyat tidak lemah semangat dan patah hati.



Firman Allah swt :



و كأين من نبي قاتل معه ربيون كثير فما وهنوا لما أصابهم في سبيل الله و ما ضعفوا و ما استكانوا و الله يحب الصابرين

و ما كان قولهم إلا أن قالوا ربنا اغفرلنا ذنوبنا و إسرافنا في أمرنا و ثبت أقدامنا وانصرنا على القوم الكافرين

فأتىهم الله ثواب الدنيا وحسن ثواب الأخرة و الله يحب المحسنين



Dan berapa banyak dari Nabi-nabi [terdahulu] telah berperang [berjuang] dengan disertai oleh ramai orang-orang yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan [ugama] Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk [kepada musuh] dan [ingatlah], Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar.



dan tidaklah ada yang mereka ucapkan [semasa berjuang], selain daripada berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! ampunkanlah dosa-dosa Kami dan perbuatan Kami yang melampau dalam urusan kami, dan teguhkanlah tapak pendirian Kami [dalam perjuangan]; dan tolonglah Kami mencapai kemenangan terhadap kaum yang ingkar.



Oleh itu, Allah memberikan mereka pahala dunia [Kemenangan dan nama yang harum], dan pahala akhirat yang sebaik-baiknya [Nikmat syurga yang tidak ada bandingannya]. dan [ingatlah], Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang berbuat kebaikan.



Surah Aali Imran : 146 - 148



4. Memahami matlamat dan objektif perjuangan yang kita dokong, insyaallah kesedihan, kekecewaan, kepiluan, keresahan dan kemurungan tidak akan dihidapi oleh seorang pejuang. Sebaliknya kekalahan demi kekalahan yang dialami hanyalah mendorong seluruh ahli dan pimpinan parti bermuhasabah [ post mortem ], mua'ahadah [ memperbaharui ikrar ] dan mua'aqabah [menghitung diri].



5. Mengakui kesilapan dan kelemahan tidak menghilangkan bisa seorang pejuang sebagaimana tidak tawar bisa siular dek hanya kerana menyusur akar. Pejuang selayaknya bangkit dengan penuh motivasi untuk mengatur langkah berikutnya dengan optimis bahawa perjuangan Islam yang didokong ini tidak mempunyai istilah kalah di dalam kamus perjuangannya. Malah apa yang ada ialah samaada menang ataupun syahid.



6. Kepada rakan - rakan pemuda, suka saya tegaskan kepada semua EXCO Dewan Pemuda PAS Malaysia, negeri dan kawasan agar bangkit dan meletakkan diri kalian pada 5 elemen penting beraksi di medan perjuangan :

* Proaktif
* Agerasif
* Sensitif
* Responsif
* Kreatif

7. Kemenangan masih tidak berpihak kepada kita melalui persaingan pilihanraya antara Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional. Namun unjuran undi sokong bagi pihak PAS secara umumnya tidak merosot berbanding pencapaian sebelum. Tinggal lagi PAS masih tertinggal jauh dalam usaha menambah pemilih baru agar ia dimaktubkan di dalam daftar pemilih yang sah untuk membawa pulang kemenangan selesa. Dewan Pemuda PAS dan seluruh warganya disemua peringkat mesti memberi tumpuan serius dalam perkara ini.



8. Siri penerangan untuk menyalurkan risalah perjuangan mesti dipelbagai. Saya lihat secara umumnya PAS dan Pakatan Rakyat masih banyak bergantung kepada ceramah umum. Bahkan ruang capaian maklumat juga terhad. Sebagai contoh pimpinan PAS menyampai ceramah mengenai PAS kepada orang - orang PAS di dalam markaz PAS dan akhirnya risalah perjuangan dibawa tidak melepasi sempadan sendiri.



9. Selain memaksimakan penggunaan media baru, kita mesti melihat bagaimana sempadan daerah yang tidak dilingkungi jaringan cyber atau kelompok pengundi yang tidak tercapai oleh tangan mereka untuk menjelajah rangkaian website. Mereka banyak bergantung kepada maklumat televisyen, radio dan akhbar arus perdana. Selepas mengekalkan tradisi sarana penerangan parti, sayugianya PAS dan Pakatan Rakyat melalui sayap pemudanya meneroka kaedah dan formula penerangan yang lebih berkesan.



10. Akhirnya, saya naqal kembali bahawa perjuangan yang kita dokong dan ranjau yang kita lalui ini adalah suatu yang sangat sukar dan getir. Tidak mudah untuk sampai kedestinasi. Ramai yang kecundang, putus asa, kecewa dan berpaling tadah kerana jerih menekuni perjalanan yang terlalu jauh. Justeru itu, mereka yang menyertai perjuangan ini mesti bersedia fizikal, mental dan spiritual untuk menerima realiti atau tabiat perjuangan ini. Kesukaran untuk gapai kemenangan sememangnya telah diperakui oleh Allah swt : bermaksud :



Jika sekiranya perjuangan ini mudah mencapai kemenangan dan dekat destinasinya nescaya ramailah orang akan mengikut kamu [ wahai Muhammad ] akan tetapi perjuangan ini jauh perjalanannya dan sukar dirasakan oleh mereka [untuk mencapai kemenangan]



Surah at Taubah : Ayat 42



Namun Rasulullah saw menjanjikan kebahagiaan buat mereka yang istiqamah bersama perjuangan Islam ini biarpun sukar, dicaci nista dan dimaki hamun.



بدء الإسلام غريبا فسيعود غريبا كما بدء فطوبى للغرباء



Islam bermula dalam keadaan asing. Kelak ia akan kembali asing sebagaimana ia bermula maka berbahagia bagi [ mereka yang tetap berpegang dengan Islam walaupun dianggap] orang yang asing.



Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan



Nasrudin bin Hassan

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Monday, March 07, 2011

pluralisma


1. Islam adalah ad Deen [ Minhaajul Hayah ] atau cara hidup dan ianya adalah suatu yang telah diiktiraf oleh Allah swt Tuhan Yang Maha mencipta sekelian makhluknya termasuk manusia. Islam adalah jalan yang lurus, memimpin manusia dengan petunjuk dan pedoman wahyu Allah swt. Firman Allah swt :

Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (ugama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.

Al Ana'am : 153

2. Islam adalah agama yang benar dan tiada syak pula pada kebenarannya serta kebenaran yang dibawanya adalah unggul sehingga hari ini malah hingga ke hari kiamat. Ia juga menolak anutan syirik dan berhala serta keercayaan ciptaan manusia dan aliran idealogi yang terpisah dari wahyu Allah swt. Firman Allah swt :

Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba Kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar. Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api neraka Yang bahan-bahan bakarannya adalah manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu neraka) yang disediakan untuk orang-orang yang ingkar.

Al Baqarah : 23 - 24

3. Menganggap atau mempercayai bahawa Islam adalah sama dengan agama lain jua sebaliknya agama lain dianggap sama dengan agama Islam adalah merupakan tanggapan dan kepercayaan karut yang membatalkan syahaadatain [ dua kalimah syahadah ]. Ini adalah prinsip Islam yang sama sekali tidak boleh disama taraf dengan mana - mana agama atau aliran pemikiran dengan satu pembawaan pluralisme. Firman Allah swt :

Katakanlah (Wahai Muhammad): Hai orang-orang ingkar ! "Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang Aku sembah. Dan Aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara Aku beribadat. Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku".

al Kaafiruun : 1 - 6

4. Firman Allah swt dari surah al Kaafiruun itu adalah nas yang bersifat qatei bahawa pluralisme dalam agama adalah bercanggah dengan prinsip aqidah Islamiyyah. Namun begitu, ia tidak bermakna Islam tidak menghormati agama lain atau dalam erti nilai yang lain ialah Islam tetap menghormati prinsip kebebasan beragama justeru Islam tidak boleh memaksa manusia menganutnya kerana Islam adalah agama yang mesti dianut dengan penuh keinsafan, kesedaran, keyakinan dan kerelaan.

5. Sebagaimana Islam menolak faham pluralisme dalam agama, Islam juga menolak faham sekularisme yang memisahkan agama dari urusan kehidupan seperti memisahkan agama dari urusan pentadbiran negara atau apa yang disebut sebagai "politik suku agama suku" . Serahkan urusan pemerintah kepada pemerintah dan urusan agama kepada tuhan juga adalah sebahagian dari faham sekularisme yang merosakkan aqidah Islam.

6. Melihat pasaran Islam yang meluas dan cahayanya tidak mungkin boleh dipadam, maka faham sekularisme ini menelurkan aliran pemikiran yang boleh berlunak dengan prinsip sekularisme atau melunakkan ummat Islam lalu ianya disogok kepada ummat Islam yang jahil agar mereka keliru lantas menganggap ia sebahagian dari ajaran Islam, seperti Islam Liberal, Islam Progresif, Islam Kontemporary, Islam Tamadun [hadhari] dan lain - lain. Mutaakhir ini diperkenalkan pula oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib satu lagi aliran Islam baru iaitu Islam Sederhana.

7. Aliran pemikiran atau mazhab baru seperti Islam Sederhana ini adalah suatu fitnah bawaan oleh ummat Islam yang jahil tentang Islam. ianya adalah Islam jadian yang tidak mewakili ajaran Islam tulen yang dibawa melalui risalah an Nabawi. Mendakwa bahawa mereka [kerajaan UMNO dan BN hari ini ] membawa dan menawarkan pakej Islam Sederhana kepada dunia hari ini bererti mereka membawa satu pakej Islam yang asing dan berlainan dengan Islam yang wahyukan oleh Allah swt.

[ Jika pakej itu adalah pakej yang serupa dengan ajaran Islam maka kenapa perlu menawarkan pakej yang baru ? kenapa tidak sebut sahaja kami menawarkan Islam yang telah diperjuangkan oleh Rasulullah saw ? atau mereka mengganggap Islam yang dibawa oleh Rasulullah saw adalah Islam yang ekstrim ? Islam yang kolot ? Islam yang tidak lagi sesuai untuk dilaksanakan pada hari ini ? atau mereka menganggap bahawa Islam mereka lebih baik dari Islam yang dibawa oleh Rasulullah saw ? ]

8. Sebagaimana Islam tidak boleh disama taraf dengan agama lain [pluralisme], maka demikian juga Islam tidak mempunyai pakej yang berlainan antara satu zaman pemerintahan dengan zaman pemerintahan yang lain. Zaman Tun Dr Mahathir dibawa pakej Islamisasi, zaman Tun Abdullah Badawi bertukar kepada pakej Islam Hadhari dan kini dizaman Datuk Seri Najib Tun Abd Razak, sekali lagi pakej itu berubah menjadi Islam Sederhana. Islam apakah sebenarnya yang sedang dijaja oleh UMNO dan BN ini ? melainkan ini adalah satu kebhatilan dan kesesatan aqidah serta fikrah yang mesti ditolak oleh ummat Islam.

9. Pluralisme agama dan faham sekularisme tidak boleh dianut dan diperjuangkan oleh ummat Islam. Justeru itu saya nasihati diri saya sendiri dan seluruh ummat Islam agar berhati - hati dengan konsep 1 Malaysia yang masih kabur konsep dan perlaksanaannya. Jika 1 Malaysia hanya bermaksud membawa semua bangsa bersatu padu menjadi satu dengan prinsip saling hormat menghormati bangsa dan budaya antara satu sama lain maka ia dibenarkan. Namun jika memahami 1 Malaysia yang mengheret persamaan taraf antara pelbagai agama yang wujud dalam negara Malaysia ini, maka ia juga satu pluralisme yang ditolak oleh Islam.

10. Begitulah jika konsep 1 Malaysia dipisahkan dari prinsip agama Islam dengan maksud menggerakkan aktiviti berteraskan konsep 1 Malaysia tanpa mengambil kira soal halal dan haram maka ia adalah satu elemen dari faham sekularisme yang ditolak oleh Islam.

Murnikan Perjuangan dan Maknakan Kemenangan

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Thursday, March 03, 2011

uyub


Telah berkata sufiyAllah sheikh Ibni Athoillah As-Sakandary yg bermaksud:
Penglihatan kepada yang tersembunyi dalam dirimu daripada segala Aib-aib itu terlebih baik daripada melihat kepada yang didinding daripadamu daripada segala yang Ghaib-ghaib.

Wednesday, March 02, 2011

momentum dakwah


Mengajak manusia menuju agama Allah merupakan salah satu ibadah yang agung, manfaatnya menyangkut orang lain. Bahkan dakwah menuju agama Allah merupakan perkataan yang paling baik. Allah Azza wa Jalla berfirman:

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلاً مِّمَّن دَعَآ إِلَى اللهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِى مِنَ الْمُسْلِمِينَ

"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru menuju Allah, mengerjakan amal yang shalih dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri". [Fushshilat:33].

Dakwah mengajak kepada agama Allah merupakan tugas para nabi, maka cukuplah sebagai kemuliaan bahwa para da’i mengemban tugas para nabi. Allah Azza wa Jalla memerintahkan RasulNya untuk mengatakan, dakwah merupakan jalan Beliau, dengan firmanNya:

قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُوا إِلَى اللهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللهِ وَ مَآ أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ

"Katakanlah: "Inilah jalanku (agamaku). Aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata (ilmu dan keyakinan). Maha suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik". [Yusuf:108].

Karena dakwah merupakan ibadah, maka harus dilakukan dengan keikhlasan dan mengikuti Sunnah Nabi. Sebagaimana telah maklum, dua perkara ini merupakan syarat diterimanya ibadah.

Tuesday, March 01, 2011

NASIONALISMA -Asas UMNO

Dilema Melayu kerana tolak Islam
Diterbitkan pada 16 February 2011 Kategori Ucapan, islam

Kegagalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1990 adalah tercatat dalam sejarah. Hakikatnya pelaksanaan DEB menyebabkan Bumiputera tak kemana, melainkan ada segolongan sahaja yang mengecapi nikmat. Tetap sasaran pemilikan kekayaan negara hanya 18 daripada 30 peratus yang disasarkan. Kenapaa gagal? Dr. Mahathir selaku perdana menteri masa itu ada jawapan sebenar. Habis kenapa Dr. Mahathir sembunyi punca?

Kita sedang menyambut maulud Nabi Muhammad SAW maka kita sepatutnya mengambil ajaran Nabi, iaitu mengajar kita menjalin persaudaraan dan berkasih sayang. Nabi tidak ajar kita supaya mementingkan bangsa. Justeru tidak harus kita mengungkitkan soal dilema atau tidaknya bangsa kita.

Bila sebut kepentingan satu-satu bangsa, sudah tentu akan ada bangsa lain yang sensitif dan berdendam. Maknanya bila diutamakan kepentingan orang Melayu, sudah tentu orang Cina dan India akan berdendam, kerana inginkan kepentingan yang sama. Atas dasar inilah Islam mengajar kita mengutamakan persaudaraan. Lantaran atas nama bangsa akan timbul apa sahaja tindak balas berupa dendam kesumat.

Islam meletakkan asas, iaitu masing-masingnya tidak boleh dendam kesumat dan dengki mendengki. Inilah kelebihan Islam yang tidak mengajar kita menghina satu-satu bangsa. Malah Islam tidak membenarkan berlaku hina-menghina antara darjat satu-satu bangsa. Termasuklah si-kaya tidak boleh menghina si-miskin, kerana si-kaya adalah saudara dengan si-miskin.

Demikian pula, semangat persaudaraan dan tolong-menolong merupakan ajaran Islam yang menjamin kehidupan manusia, tidak kira bangsa apa sekalipun agar hidup dengan aman dan damai. Justeru semangat ini dipakai di dalam solat berjemaah. Dalam kaedah solat berjemaah, setiap orang tidak kira Melayu, Cina atau India asalkan Muslim, ia tetap layak atau boleh menjadi Imam solat jemaah. Hatta dalam masyarakat yang majoriti Melayu sekalipun, sesiapa sahaja boleh jadi Imam, tidak kira apa bangsa sama ada Cina atau India asalkan layak.

Demikian lagi di dalam ajaran Islam, sesiapa sahaja yang datang awal untuk solat berjemaah, maka dia boleh duduk (masuk) di saf depan. Ia tidak mensyaratkan semestinya bangsa Melayu sahaja boleh duduk di saf itu. Hal yang sama diajar oleh Islam, iaitu sesiapa sahaja boleh menjadi khatib (berkhutbah) tidak kira apa bangsa sekalipun. Apa yang penting seseorang itu boleh berkhutbah dengan memenuhi rukunnya seperti boleh baca al-Quran dan hadis serta berpesan-pesan dengan keimanan dan ketakwaan. Hal ini membuktikan kebaikan ajaran Islam dan cara-cara bagaimana Islam meletakkan titik persamaan antara bangsa-bangsa di dunia ini berasaskan prinsip kenal-mengenal dan bersatu padu serta ketakwaan kepada Allah SWT. Sesungguhnya Allah telah mengingatkan kita semua (al-Quran surah Hujurat ayat 13):

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kami berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu).”

Justeru itu tidak timbul isu dilema Melayu atau dilema mana-mana kaum apabila persoalan bangsa dan perjuangan sesuatu kaum itu berteraskan kepada ajaran Islam. Apa yang penting diamalkan ialah kita semua menjadi hamba abdi kepada Allah SWT. Sebagaimana seruan azan memanggil solat , disebutkan “Allahu Akbar” maka yang maha besar ialah Allah bukannya Melayu atau Cina atau India. Sementara di dalam bacaan tahyat dan salam terangkum maksud memuliakan Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad serta ucapan selamat kepada seluruh bangsa di dunia ini. Maka inilah kehebatan faedah ibadat dan muamalat yang digabung dalam solat gunanya untuk dipraktikkan di dalam kehidupan manusia.

Sekali lagi diulangi, tidak timbul langsung dilema Melayu di sisi Islam. Ini kerana Islam sudah menyediakan ramuan yang cukup untuk dijadikan panduan hidup bagi mencapai keamanan, kedamaian serta kemakmuran di dunai sampai ke akhirat.

Namun timbulnya kegelisahan sehingga mencetuskan isu Melayu dalam dilema adalah kerana berpunca daripada ajaran Umno yang menolak perjuangan berasaskan bangsa. Akhirnya ia menyesatkan bangsa itu sendiri akibat tidak percayakan kepada kebaikan ajaran agamanya sendiri. Sedangkan di dalam surah Al-Fatihah (ayat 5-7) Islam mengajar kita agar memohon daripada Allah agar menunjuki jalan yang benar dan menjauhi jalan yang sesat:

Amatlah malang jika kita terus engkar dengan mengagung-agungkan bangsa, sedangkan ia bukan ajaran Nabi. Seharusnya kita tidak boleh melakukan suatu seruan perjuangan yang bercanggah dengan maksud surah Al-Fatihah ini. Caranya, kita tidak boleh menerima seruan perjuangan Melayu yang menolak Islam. Bila tolak Islam maknanya terima ajaran sekular. Atas sifat sekular, mereka itu akan terus berbelit-belit (mereka-reka berbagai-bagai hujah) hinggalah sanggup duduk di atas prinsip “agama lain (suku), politik lain (suku).” Lalu timbulnya ajaran yang asing dari Islam. Antara mengajar umat Islam supaya “tidak bawa politik ke masjid kerana masjid itu tempat beribadat.” Apakah ajaran seperti ini pernah diajar oleh Nabi Muhammad SAW? Sebenarnya, Nabi sendiri tidak pernah ajar supaya “perkara politik itu disebut di luar masjid.”

Memahami maksud di atas, maka di dalam azan (seruan solat) telah mengandungi makna yang jelas. Betapa ajakan beramai-ramai ke masjid untuk solat jemaah itu sendiri adalah urusan politik. Arahan Bilal ataupun Imam supaya ‘perbetulkan saf’ juga suatu nilai penyatuan bersifat politik ketika memulakan solat.

Demikian pula, khutbah Jumaat atau khutbah hari raya merupakan ceramah mingguan/musim perayaan di atas mimbar masjid juga menyentuh semua perkara yang relevan dengan kehidupan manusia. Maknanya di dalam masa berkhutbah, pihak khatib adalah penceramah yang menyampaikan seruan Islam demi kebaikan sistem hidup yang lengkap termasuk aspek sosial, ekonomi dan politik.

Maka terimalah perjuangan Islam, tinggalkan perjuangan sekular dan sudah tentu kita tidak akan berdilema dengan identiti siapa kita. Hakikatnya kita adalah hamba-Nya yang wajib patuh dan taat kepada ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

Oleh :
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat