Kekalkan Diktator Di Dunia Ketiga
Kenapa Barat Mahu Kekalkan Diktator Di Dunia Ketiga?
Diposkan oleh dpprompin | Date: 11/23/2009 | Label: minda pemimpin
Oleh Mohamad Sabu
Eropah melalui zaman gelap begitu lama. Perang antara negara mereka sering terjadi samada pertelingkahan sempadan, perkauman atau kedaulatan bahasa. Jerman, Perancis dan Britain sentiasa berusaha supaya negara dan bangsa mereka dilihat jagoh dan pelindung kepada bangsa-bangsa di Eropah.
Untuk merebut “Supermercy” dan ketuanan bagi Eropah maka terjadi peperangan yang paling besar diantara mereka sehingga tercetusnya perang dunia yang pertama.
Britain yang menjadi kuasa utama “Sun Never Set at British Empire” sentiasa bersaing dengan Perancis untuk menjadi kuasa utama di Eropah dan di dunia. Gerakkan sosialis untuk menuntut keadilan terutama debu taburan dan kenikmatan ekonomi bermula secara hebat diakhir kurun ke-18 dan di awal kurun ke-19.
Revolusi industri memainkan peranan untuk memacu kemajuan Eropah dalam bidang industri pembuatan dan juga pertanian. Revolusi rakyat di Eropah Timur telah berjaya merubah sistem sosial dan taburan ekonomi di Eropah Timur dan juga Eropah Barat.
Kebangkitan kuasa baru (kuasa rakyat) di Soviet, telah merubah peta polar kedudukkan di Eropah samada sosial masyarakat atau taburan ekonomi dan pendapatan rakyat. Untuk menyekat kemaraan komunis atau sosialis ala-ala Soviet dan Eropah Timur, maka Negara England, Jerman dan juga Perancis memberi kebebasan kepada gerakkan buruh dinegara mereka dan segala tuntutan kaum pekerja dan juga kaum petani cuba dilayan sebaik mungkin.
Hasil perubahan sikap golongan elit pemerintah di Eropah Barat, dapatlah mereka menahan kemaraan komunis atau sosialis untuk menguasai Negara-negara mereka.
Eropah mencipta kejayaan hebat dalam kemajuan kebendaan dan keadilan social mengikut acuan mereka dapat diterjemahkan.Negara blok Soviet pula terpaksa membuat reformasi terhadap system socialis mereka atau pemimpin yang menyeleweng dari ajaran socialis terpaksa dirubah dan ditukarkan.
Perubahan besar berlaku dizaman Gorbachev dengan konsep dan slogan “Glasnoth dan Perestrovka” membawa perubahan sistem politik dan kehidupan socialis di Soviet Union. Pembaharuan yang dibuat oleh Mikhail Gorbachev terutama dalam sistem politik dan penguasaan Soviet, melahirkan negara-negara baru CIS yang kebanyakkan penduduknya beragama Islam.
Kazakstan, Azerbaijan, Kirzystan dan Turkmenistan diantara Negara baru yang majoriti adalah penduduk beragama Islam. Di Romania pula rakyat mereka bangun membuat perubahan.
Mereka bangun dan membuat revolusi kedua dengan menjatuhkan presiden mereka (Nicolae Ceausescu), setelah mereka melihat presiden mereka menyalahgunakan mandat rakyat dalam pemerintahan. Jauh sekali daripada hidup sebagai seorang sosialis bahkan presiden Romania itu hidup sebagai seorang Dzar yang mengumpul kekayaan sebanyaknya semasa berkuasa.
Tokoh kesatuan Sekerja (Malisa) mengambil-alih pemerintahan dan cuba membawa perubahan di Poland dan juga di Eropah itu sendiri. Untuk mempertahankan kuasa dominasi di Eropah dan di dunia, Negara-negara Eropah Barat dan Eropah Timur (diketuai oleh Russia) berlumba untuk menunjukkan bahawa sistem dan cara mereka adalah lebih baik untuk memberi keselesaan kepada rakyat dan memperbaiki taraf social rakyat mereka.
Soviet kali ini muncul menjadi kuasa besar ekonomi di Eropah. Kuasa minyak dan gas yang dimiliki oleh mereka digunakan sebagai “Bargaining Power” dengan negara-negara pakatan NATO atau Eropah Barat.
Soviet cuba untuk mengekalkan negara mereka sebagai kuasa persenjataan, pada masa yang sama mereka muncul sebagai kuasa baru dalam bidang ekonomi. Negara Eropah terutamanya Jerman, Perancis dan Britain berusaha semaksima mungkin untuk memberi keadilan dan ekonomi kepada rakyat mereka dan rakyat Eropah. Langkah yang sama diambil oleh Soviet untuk cuba membangunkan ekonomi dan keadilan social kepada rakyat mereka.
Kehidupan Lord dan rakyat marhain miskin dirapatkan - jurang kaya miskin dapat dikurangkan tidak seperti dizaman kehidupan sebelum perang dunia pertama.
Kelas Lord dan Dzar yang disokong oleh golongan agama menikmati hidup yang amat berlainan dengan rakyat marhain yang berkebanyakkan. Pemerintahan Eropah Barat dan kumpulan Soviet berusaha untuk memberi keadilan kepada penduduk dan rakyat dinegara mereka, sebaliknya mereka masih bersikap penjajah kepada negara-negara dunia ketiga. Mereka masih bersikap menindas dan menyokong penindas di luar dunia mereka khasnya di negara-negara umat Islam dan di dunia ketiga.
Negara dan masyarakat Eropah amat mengalu-ngalukan perubahan status social dan nilai demokrasi di negara blok sosialis dan komunis tetapi mereka masih menyokong pemerintahan diktator di negara-negara umat Islam.
Negara-negara beraja di Teluk yang tidak pernah kenal dengan demokrasi, pemerintah negara-negara anarki ini masih didokong oleh negara-negara Eropah khasnya Britain dan Perancis.
Demokrasi, human right, keadilan ekonomi diperjuangkan dan dilaksanakan dinegara mereka tetapi mereka membenarkan dan menyokong negara diktator di negara-negara umat Islam dan juga negara-negara dunia ketiga.
Rakyat Eropah sama ada Eropah Timur dan Eropah Barat telah membuat perubahan demi perubahan untuk memberi keselasaan kepada rakyat mereka, mengekalkan keegoan kuasa mereka. Mereka berusaha membuat perubahan mengikut acuan fikiran dan analisa mereka. Negara umat Islam dan umatnya dipandu dengan kitab Al-Quran, Hadith dan petunjuk Rasul-Rasul dan khasnya Nabi Muhammad s.a.w dan perjalanan sirah yang amat-amat tinggi khazanah serta nilai, tetapi kenapa negara orang Islam paling mundur, rasuah paling tinggi, taburan harta dan kekayaan paling tidak seimbang. Jurang kaya-miskin begitu ketara - kenapa dan mengapa??? Saya akan cuba terus memberi pandangan di keluaran akan datang.
Posted by Afifzahrah at 11:11 PM