Thursday, June 30, 2016

telah berkata lukman kepada anaknya,
berhati-hatilah kamu dengan seseorang yang perlu kamu berwaspada
telah bertanya anaknya:siapakah dia?
lalu berkata lukman:"kamu hendak diri kamu dilihat manusia sebagai seorang yang takut kepada Allah"
Sedangkan hati kamu bersarang kejahatan..


Tuesday, June 28, 2016

perang Bani Mustaliq


Rentetan peristiwa perang Bani Mustaliq di zaman Rasulullah saw terlalu panjang dan agak kompleks untuk dirungkai dan dihurai dalam penulisan ringkas sebegini .

Saya cuma mengambil beberapa insiden yang berurutan dari peristiwa ini untuk dijadikan panduan kita berjuang dan berdepan pula dengan fitnah yang melanda perjuangan kita hari ini .

Asasnya perang Bani Mustaliq ini bukanlah satu peperangan besar dalam sejarah Islam tetapi apa yang paling menyerlah ialah bagaimana ia menunjukkan kepada umum peranan yang di mainkan oleh seorang tokoh munafiq yang bernama Abdullah bin Ubai dan kuncu - kuncunya yang sebelum itu telah menyimpan dendam politik sekian lama terhadap kepimpinan Rasulullah saw. malah turut mendedahkan beberapa perlakuan jahat yang dilakukan oleh mereka .

Peranan jahat Abdullah bin Ubai kian menjadi - jadi setelah gagalnya harapan beliau untuk menjadi ketua atau pemimpin di Madinah setelah kemenangan Islam dan hijrahnya Rasulullah saw ke Madinah . Ia menganggap Rasulullah saw telah merampas cita - citanya .

Sejak itu , tertanam di dalam dirinya dendam dan hasad yang senantiasa membara dan mencari setiap kesempatan untuk melakukan sesuatu yang membahayakan Rasulullah saw dan Islam yang dipimpin oleh baginda saw.

Peristiwa Bani Mustaliq ini menyaksikan bagaimana Abdullah bin Ubai dan para pengikutnya keluar bersama dengan bala tentera ummat Islam tetapi Allah swt mengetahui dan mendedahkan kedudukan dan peranan jahat mereka . Allah swt berfirman :

لو خرجوا فيكم مازادوكم إلا خبالا و لأوضعوا خلالكم يبغونكم الفتنة
و فيكم سماعون لهم و الله عليم بالظالمين

Kalaulah mereka keluar bersama - sama kamu , tidaklah mereka menambah kekuatan kamu melainkan menambah kerosakan dan tentulah mereka melakukan hasutan di antara kamu dengan tujuan hendak menimbulkan fitnah [ kekacauan ] dikalangan kamu , sedang ada diantara kamu orang - orang yang suka mendengar hasutan mereka dan ingatlah Allah swt Maha Mengetahui akan orang - orang yang Zalim . Surah At Taubah : 47

Kerja Jahat Abdullah bin Ubai

Pernah seketika berlaku perselisihan antara 2 orang sahabat nabi saw [ muhajirin dan ansar ] lalu Rasulullah saw menegur mereka berdua : "Apakah kamu mahu kembali kepada jahiliyah sedang aku masih ada bersama kamu ?" akhirnya mereka berdua hentikan pergaduhan dan berdamai .

Malangnya apabila berita perdamaian itu sampai kepada Abdullah bin Ubai lalu dia berkata : " Apakah munasabah dia [ rasul saw ] melakukan demikian . Apabila mereka sudah ramai dalam negeri kita , mereka hendak menunjukkan kekuatan . Samalah seperti kata pepatah , gemukkan anjing kamu kemudian dia akan memakan kamu . Jaga - jaga , kalau pulang ke Madinah ,nanti tahulah dia nanti . Orang yang mulia akan mengeluarkan orang yang hina ! "

Ucapan itu didengari oleh Yazid bin Ikram lalu Yazid beritahu kepada bapa saudaranya dan bapa saudaranya memberitahu Rasulullah saw . akan ucapan Abdullah bin Ubai tersebut . Kebetulan Saidina Umar ada bersama Rasul saw. Lalu Umar rha berkata : "Suruh sahaja Abbad bin Bisyr membunuh dia !"tetapi ia dihalang oleh nabi saw. bimbang fitnah lebih besar , nanti orang akan kata Muhammad membunuh sahabatnya sendiri .

Malah anak Abdullah bin Ubai sendiri yang juga bernama Abdullah [ seorang yang beriman dan soleh ] minta izin dari nabi saw untuk membunuh bapanya tetapi tidak dibenarkan oleh Rasulullah saw . bagi mengelakkan fitnah yang besar

Abdullah bin Ubai mengetahui ucapannya telah sampai ke pengetahuan Rasulullah saw lalu ia pergi bertemu dengan Rasulullah saw lalu bersumpah dan menafikan ucapannya .

Tiba - tiba seorang Ansar mengatakan Ya Rasulullah saw . "mungkin budak yang melaporkan berita mengenai ucapan Abdullah bin Ubai ini tersalah lapor ! lalu Rasulullah saw terus mengingatkannya . Maka berduka citalah Zaid bin Arqam [ yang melaporkan ] kerana ia merasakan dirinya telah diperbohongkan .

Tetapi Allah swt Maha Mengetahui lalu menurunkan surah al Munafiqun dan mendedahkan perkara sebenar yang dilakukan oleh golongan munafiq khasnya Abdullah bin Ubai . Akhirnya Rasulullah saw memanggil Zaid bin Arqam dan membacakan surah al Munafiqun kepadanya kemudian nabi saw bersabda :"Sesungguhnya Allah swt telah meletakkan kamu sebagai orang yang benar .

Bermula dari mukjizat nabi saw yang bertanyakan al Harith bin Dirar di manakah berbaki 2 ekor unta yang sepatutnya turut dibawa oleh Al Harith untuk menebus anaknya Juwairiyyah binti al Harith yang menjadi tahanan perang dalam peristiwa al Mustaliq ini .

al Harith benar - benarnya menyembunyikan 2 ekor unta tersebut kerana sayang kepada unta itu dan hanya membawa beberapa ekor unta yang lain .

Al Harith berasa hairan bagaimana nabi saw boleh mengetahuinya jika tidak kerana ini wahyu dari Allah swt , lalu al Harith memeluk Islam dan mengucap 2 kalimah syahadah . Malah seluruh anak - anaknya dan beberapa orang dari kaumnya turut memeluk Islam .

Nabi saw sendiri akhirnya berkahwin dengan anak perempuan al Harith dan menjadi salah seorang Ummahatul Mukminin yang berjasa besar serta berjuang disamping Rasulullah saw.

Akhirnya Bani Mustaliq memeluk ajaran Islam dan berada di bawah kerajaan Islam . Pada suatu hari Rasulullah saw menghantar al Walid bin U'qbah bin Abi Mu'it supaya mengupulkan harta zakat .

Apabila Bani Mustaliq mengetahui kedatangan utusan Rasulullah saw lalu mereka keluar beramai - ramai untuk menyambut kedatangannya tetapi malangnya utusan itu [ al walid bin Uqbah ] tersalah faham dengan menyangka bahawa mereka keluar beramai - ramai untuk memeranginya .

Utusan itu lantas pulang dan melaporkannya kepada Rasulullah saw. berita yang tidak betul itu , lalu Rasulullah saw mengerahkan bala tentera untuk pergi menyerang balas bani Mustaliq . Alhamdulillah , bala tentera Islam tidak gopoh menyerang sebaliknya menghantar pengintip untuk melihat keadaan sebenar yang berlaku .

Apabila pengintip menghampiri kumpulan Bani Mustaliq , tiba - tiba didengari suara azan berkumandang untuk menunaikan solat fardhu dan keadaan itu menandakan mereka masih setia kepada Islam .

Setengah riwayat menyebut , Bani Mustaliq menghantar utusan bertemu Rasulullah saw lalu menceritakan perihal utusan Rasulullah saw yang melarikan diri itu .

Sempena salah faham inilah Allah swt menurunkan wahyunya :

يأ يها الذين آمنوا إن جاءكم فاسق بنبإ فتبينوا أن تصيبوا قوما بجهالة فتصبحوا على ما فعلتم نادمين

Hai orang - orang yang beriman ! Jika datang kepada kamu orang fasiq yang membawa berita maka telitilah terlebih dahulu nanti kamu mengenakan sesuatu kaum secara jahil maka menyebabkan kamu menjadi orang yang menyesal . Surah al Hujurat : Ayat 49

Peristiwa ini mengajar kita ummat Islam menghadapi kelemahan dari dalam berkait dengan kaedah menerima makumat yang perlu ditapis terlebih dahulu dan bagaimana mahu menghadapi musuh dalaman iaitu golongan munafiq serta menghadapi musuh luar yang licik dan bijak mengambil kesempatan sehinggalah kita [ Islam ] berjaya mengalahkan mereka dan memancarkan cahaya Islam sehingga mereka menjadi anggota Islam yang setia dan teguh .

Thursday, June 23, 2016

PeranG KISAH JALUT DAN TALUT

KISAH JALUT DAN TALUT

Ayat 246 -251 surah al-Baqarah mengisahkan satu kaum Bani Israil yang diceritakan oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW, untuk dijadikan iktibar oleh umatnya. Untuk lebih jelas, kisah ini dibawakan sekadarnya mengikut catatan para mufassirin, diantaranya daripada al-Khazin.

Kisah ini mula diceritakan selepas Nabi Musa AS wafat meninggalkan kaumnya iaitu Bani Israil. Orang yang menggantikannya untuk meneruskan syariat Allah yang berpandukan kitab Taurat ialah Yusyak bin Nun.

Dialah khalifah Nabi Musa yang pertama, yang kemudian digantikan pula oleh Kalib in Yuqana sebagai khalifah kedua dan kemudian digantikan pula oleh Hizqil bin Buza sebagai khalifah ketiga.

Setelah beberapa lama Hizqil bin Buza meninggal dunia, Bani Israil mula melupakan agamanya sehingga ada di antara mereka yang bertukar menyembah berhala-berhala. Kemudian Allah mengutus Ilyas kepada mereka.

Ilyas adalah seorang Nabi dan Rasul yang ditugaskan seperti lain-lain Nabi keturunan kaum Bani Israil, supaya mengingatkan kaumnya yang telah melupakan agama yang dibawa oleh Nabi Musa dahulu dan menyuruh mereka mengamalkan semula syariat tersebut.

Kemudian diutus pula Ilyasak, yang juga seorang Nabi dan Rasul. Ia meneruskan syariat Nabi Musa beberapa lama sehingga meninggal dunia.

Demikianlah sehingga beberapa lama sepeninggalan Nabi Ilyasak ini manusia telah berbalik semula kepada berbuat bermacam-macam kejahatan dan meninggalkan agama mereka.

Pada masa itulah timbul satu kaum yang menjadi musuh kepada Bani Israil yang menjajah dan menindas mereka. Musuh itu dikatakan bernama Balthatha, diketuai oleh seorang raja bernama Jalut.

Mereka mendiami tempat yang berdekatan dengan kawasan pantai jajahan Rum, yang terletak di antara Palestin dengan Mesir. Mereka itu juga dikatakan berasal daripada kaum Amaliqah – kaum yang terhitung tua daripada bangsa Arab.

Banyak kawasan negeri Bani Israil yang mereka takluki, anak pinak yang mereka perhambakan dan anak-anak raja yang ditawan. Mereka dikenakan ufti dan cukai, Taurat dirampas sehingga menyebabkan bencana dan kesengsaraan yang amat sangat.

Keadaan demikian berlaku kerana telah lama tidak ada nabi yang diutus seperti yang sudah-sudah. Biasanya seorang Nabi yang akan muncul daripada kaum Bani Israil mestilah berketurunan Nabi pula. Baka-baka yang akan menurunkan Nabi ini telah ramai yang mati.

Hal ini menyebabkan lama tidak dibangkitkan Nabi yang dapat memimpin dan membela mereka daripada kekejaman dan penindasan musuh.

Maka ditakdirkan Allah, ada seorang sahaja yang berketurunan Nabi – itu pun perempuan pula orangnya -  lalu mereka jaga dan pelihara baik-baik. Sampailah masanya perempuan ini mengandung, dia dikurniakan seorang anak lelaki yang kemudiannya dinamakan Syamwil.

Kanak-kanak ini telah dididik dan dibesarkan oleh seorang pendita yang alim dan diajarkannya syariat Nabi Musa serta kitab Taurat, yang akhirnya Allah mengutus Jibril kepadanya untuk melantiknya menjadi Nabi dan menyuruh supaya kaumnya menyembah Allah.

Syamwil telah menyeru kaumnya agar menyembah Allah, tetapi kaumnya itu telah mendustakannya dan mencabarnya supaya ia dapat menunjukkan bukti kenabiannya lalu mereka berkata :

“Utuslah seorang raja untuk kami, supaya kami boleh berperang di jalan Allah” (ayat 246)

Kata-kata mereka meminta bukti atas kenabian Syamwil dengan meminta kepadanya supaya mengadakan seorang raja bagi mereka ini, kerana sebagaimana yang telah diketahui bahawa Bani Israil dewasa itu sedang ditimpa malapetaka, ditindas dan diperkosa oleh musuh yang menyebabkan mereka berpendapat perlu beraja atau ketua yang akan memimpin umat mereka.

Manakala Nabi Syamwil mendengar cabaran kaumnya meminta kepada Allah supaya mengadakan bagi mereka seorang raja, Nabi Syamwil pun berkata :

“Boleh jadi jika diwajibkan ke atas kamu berperang, kamu tidak mahu berperang” (ayat 246)

Nabi Syamwil menyindir kaumnya, bahawa dalam perang itu boleh jadi mereka bersifat pengecut lalu melarikan diri meninggalkan medan perang.

Mereka menjawab  :

“Mengapa pula kami tidak akan berperang pada jalan Allah, sedang kami telah diusir dari kampung halaman kami, dan (dari) anak-anak kami?” (ayat 246)

Mereka menceritakan bagaimana kejamnya raja Jalut dan kaumnya yang telah menghalau mereka keluar dari rumah, menawan dan memperhambakan anak-anak raja mereka. Jadi, sudah semestinya mereka akan berperang dan menuntut bela.

Hanya syaratnya, hendaklah mereka beraja dan dengan itu barulah mereka percaya akan kenabian Syamwil. Tetapi Allah SWT telah menempelak pengakuan mereka :

“Maka apabila perang itu diwajibkan atas mereka, mereka membelakangkan kewajipan itu, kecuali sebahagian kecil dari mereka. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang zalim”.(ayat 246)

Nabi Syamwil memohon kepada Allah SWT supaya mereka dikurniakan seorang raja. Allah SWT mewahyukan bahawa raja mereka bernama Talut. Nabi Syamwil telah membawa Talut ke hadapan pembesar Bani Israil untuk mengisytiharkan perajaannya, lalu berkata :

”Bahawasanya Allah telah melantik Talut menjadi raja bagi kamu”.(ayat 247)

Mereka tertanya-tanya, bagaimana Talut boleh menjadi raja, setahu mereka setiap Nabi Bani Israil tidak akan dibangkitkan melainkan mestilah keturunan Lawi bin Yaakub dan setiap raja Bani Israil tidak akan dinagkitkan melainkan daripada keturunan Yahuza bin Yaakub.

Lawi dan Yahuza dua rumpun anak Nabi Yaakub bin Ishak bin Ibrahim yang menjadi sumber kemegahan Bani Israil. Daripada rumpun Lawi, terbitlah Nabi Musa dan Nabi Harun AS. Daripada rumpun Yahuza, terbitlah Nabi Daud dan Nabi Sulaiman AS yang menjadi raja besar Bani Israil disamping menjadi Nabi.

Tetapi Talut ini tidaklah lahir daripada kedua-dua rumpun tadi bahkan beliau adalah keturunan Bunyamin bin Yaakub. Berdasarkan adat dan tradisi lama inilah mereka menolak Talut untuk menjadi raja mereka. Kata mereka :

“Bagaimana dia mendapat kuasa memerintah kami sedang kami lebih menjadi raja daripadanya, dan ia pula tidak diberi harta kekayaan yang banyak?” (ayat 247)

Dengan kenyataan ini, jelaslah bahawa merek masih mengagung-agungkan keturunan dan kekayaan harta benda untuk melayakkan diri menjadi seorang raja.

Maka berdasarkan pendapat dan kebiasaan kaum Bani Israil ini, masih ramai yang terpengaruh dan berpegang dengan adat lama bahawa jawatan pimpinan, ketua negara, atau raja yang memerintah adalah merupakan warisan turun temurun yang tidak boleh diwarisi oleh orang lain.

Pendapat sebegini disangkal oleh Allah SWT :

Nabi mereka berkata : “Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi raja kamu, dan telah mengurniakannya kelebihan dengan ilmu pengetahuan dan tubuh badan yang kuat”. Dan (ingatlah), Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas (rahmatNya dan pengurniaanNya), lagi meliputi ilmuNya. (ayat 247)

Ertinya Allah SWT memilih Talut sebagai raja mereka bukanlah sesuatu yang sia-sia, bukan atas dasar keturunan atau kekayaan tetapi di atas kekuasaan dan kehendak Allah SWT dengan kurnia ilmu dan kekuatan tubuh badan yang dimiliki oleh Talut.

Talut

Diceritakan bahawa Talut itu nama gelaran dalam bahasa Ibrani kerana susuk tubuhnya yang besar dan tinggi. Dialah di antara orang yang paling tinggi pada zamannya menurut ukuran kepala dan bahunya.

Nama Talut yang sebenar ialah Sawal bin Qais dari rumpun Bunyamin bin Yaakub. Kerjanya menyamak kulit binatang dan ada riwayat lain mengatakan ia sebagai tukang air yang memberi minum keldai.

Pada suatu hari keldai kepunyaan ayahnya hilang tersesat dan Talut pergi mencarinya. Ia lalu di hadapan rumah Nabi Syamwil untuk bertanyakan sekiranya Nabi itu tahu akan hal keldainya.

Sedang ia berada di rumah tersebut, tiba-tiba mendidihlah minyak yang tersimpan di sebuah tanduk binatang yang sentiasa diperhatikan oleh Nabi Syamwil setiap kali ada orang masuk ke rumahnya.

Ini kerana ketika Allah mewahyukan kepadanya tentang orang yang bakal menjadi raja, Nabi Syamwil telah dibekalkan dengan sebatang tongkat dan sebuah tanduk berisi minyak. Sekiranya ada orang yang masuk ke dalam rumahnya dan didapati minyak itu mendidih, itu adalah isyarat bahawa yang masuk itu ialah orang yang dijanjikan sebagai bakal raja.

Apabila Nabi Syamwil melihat minyak yang di dalam tanduk itu menggelegak, lalu diambilnya tongkatnya kemudian diukur dan didapati sama tinggi dengan Talut.

Yakinlah Nabi Syamwil bahawa Talut inilah orang yang bakal menjadi raja setelah melihat kebenaran tandanya. Lalu minyak itu pun disapukan ke kepala Talut dan diangkat menjadi raja Bani Israil di hadapan khalayak ramai.

Inilah Talut, raja yang dilantik dengan kehendak Allah SWT yang berasal daripada tukang menyamak kulit atau tukang air yang memberi minum kepada keldai. Bukanlah ia daripada keturunan raja-raja dan bukan pula daripada golongan orang kaya atau berharta.

Allah SWT hanya mengurniakan kepadanya ilmu pengetahuan, kepintaran dalam pemerintahan dan muslihat peperangan, dan mengurniakan pula kepadanya tubuh yang sasa, besar, tinggi dan penuh dengan kekuatan.

Allah SWT mengurniakan kerajaanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya.

Bani Israil kemudiannya bergegas hendak berperang melawan musuh. Mereka terdiri daripada 70 ribu askar diketuai oleh Talut sendiri. Mereka melalui padang yang panas terik dan tidak berair.

Mereka gelisah bagaimana boleh menentang musuh dalam keadaan mereka kehausan dan kekurangan air. Mereka merayu agar raja mereka memohon air kepada Allah SWT.

“Bahawasanya Allah menguji kamu dengan sebatang sungai. Sesiapa yang minum airnya maka ia bukanlah daripadaKu, dan sesiapa yang tidak meminumnya sesungguhnya ia adalah pengikutku kecuali mencedok minum dengan tangannya. (ayat 249)

Apabila amaran ini telah diberikan kepada askarnya, bertemulah mereka dengan sebatang sungai – iaitu Sungai Palestin. Amaran ini menjadi ujian adakah mereka sebagai tentera mempunyai tatatertib, patuh kepada arahan dan pimpinan atau tidak.

“Maka mereka pun meminum air sungai itu kecuali sedikit sahaja daripada mereka yang tidak minum atau meminum secedok sahaja”.(ayat 249)

Diriwayatkan bilangan tentera Bani Israil yang melanggar arahan dengan meminum air sungai itu sangat ramai. Antara 70 ribu itu, hanya tinggal sekitar tiga ratus orang sahaja yang taat perintah ketua iaitu mereka yang beriman yang patuh kepada ketua.

Orang yang meminum hanya secedok, hilanglah haus mereka. Binatang tunggangan mereka juga cergas dan mereka dapat menyeberangi sungai untuk meneruskan perjuangan.

Sementara yang banyak minum semakin lemah, pucat dan kecut hati sehingga tidak berani untuk berperang.

Tuesday, June 21, 2016

Tuesday, June 14, 2016

Contoh Penulisan Impak dan Refleksi

Contoh Penulisan Impak dan Refleksi

Penulisan impak dan refleksi kadang kala agak merumitkan disebabkan ketandusan idea. Biasanya kita akan menulis secara sama sahaja seperti hari-hari lalu tanpa ada kelainan dalam penulisan. Penulisan impak yang biasa digunakan ialah seperti berikut:

"35/38 murid telah berjaya mencapai objektif pada hari ini untuk menambah nombor bulat 4 digit dengan betul. Murid dapat menjawab 5 soalan dengan tepat. 3 orang murid lagi dibimbing secara individu dan diberi latihan tambahan untuk mencapai objektif."

"30/30 murid mencapai objektif pada hari ini untuk menolak nombor 3 digit dengan bimbingan guru."

Penulisan impak hendaklah secara objektif dan boleh dinilai secara kuantitatif. Penggunaan peratus (%) tidak digalakkan kerana ia boleh menjadi tidak logik jika ditukar kepada kuantiti. Misalnya ayat "40% murid mencapai objektif" tidak akan sesuai jika diubah ke kuantiti daripada 37 murid. Ini kerana 40 % x 37 murid = 14.8 murid. Bilangan murid hendaklah genap. 

Bagi penulisan refleksi pula admin beri contoh seperti di bawah. Admin ambil dari Yahya Sufi Hj Abdullah untuk menambah idea.

CONTOH-CONTOH PENULISAN REFLEKSI SELEPAS SETIAP P&P


  1. Pelajar perlu lebih latihan berkaitan ……………….
  2. Ulang kaji kandungan tajuk ini pada akhir  bab ini / ………….
  3. Ulangkaji topik / konsep ini dengan murid yang lemah.
  4. Murid berjaya menguasai konsep ……..
  5. Masukkan sebahagian kandungan dalam kerja rumah pada minggu hadapan
  6. Sebahagian murid tidak faham. Perlu mengajar dengan cara yang lain dalam P&P akan datang.
  7. Gunakan kerja secara berkumpulan untuk mengulang kaji.
  8. Kerja rumah disiapkan oleh semua murid.
  9. Perlu memberikan lebih  masa untuk aktiviti ini untuk membantu murid berpindah kepada tugasan baru.
  10. Saya perlu bertanya lebih banyak soalan yang terbuka.
  11. Cari jalan untuk memasukkan lebih murid dalam aktiviti dalam kelas.
  12. Periksa sama ada murid membawa ….. ke dalam kelas.
  13. Cari lebih banyak contoh ….. untuk membantu murid lebih memahami …………..
  14. Pengajaran yang baik. Murid boleh menerangkan tugasan baru apabila diuji kefahaman mereka.
  15. Tidak cukup peluang untuk murid melakukan …… semasa pengajaran.
  16. Memerlukan kepelbagaian teknik menyoal / memberi jawapan .
  17. Gembira dengan maklum balas murid pada hari ini. Lebihkan soalan mencabar dalam P&P akan datang.
  18. Perlu memikirkan kaedah berbeza untuk mengawal kebisingan.
  19. Benarkan lebih masa untuk membuat latihan dalam P&P akan datang.
  20. Masa aktiviti pengukuhan hari ini tidak cukup.
  21. Pastikan murid boleh memberikan isi-isi penting P&P hari ini.
  22. Semua murid memerlukan lebih bantuan berkaitan …….
  23. Saya merasa gembira dengan P&P hari ini kerana ……..
  24. Gerakan …. Dan …… ke hadapan pada P&P akan datang.
  25. Beri pujian ……… kerana usaha yang bersungguh-sungguh

Tuesday, June 07, 2016

Kata kata Muhammad Ali yang mematahkan hujah Donald Trump ..

Kata kata Muhammad Ali yang mematahkan hujah Donald Trump ..
"Saya seorang muslim dan pembunuhan orang tidak bersalah di tidak ada kena-mengena dengan Islam di Perancis, San Bernardino, atau dimana-mana di dunia ini. Muslim sejati akan tahu cara kejam yang digelar "Islamic Jihadist" itu sangat bertentangan dengan apa yang diajarkan oleh Islam"
"Kami sebagai muslim perlu berdiri menentang mereka yang menggunakan Islam untuk agenda peribadi. Mereka telah melencongkan ramai orang dari belajar tentang Islam. Muslim sejati tahu dan patut tahu ianya salah di sisi Islam untuk memaksa orang memeluk agama Islam.

Saturday, June 04, 2016

iNILAH PENYELESAIAN KITA

NILAH PENYELESAIAN KITA
"Orang barat tidak takut kalau orang islam kuat solat, kuat puasa, kuat buat umrah dan haji, tetapi yang paling barat takut bila ada Ulama mendoktrinkan Politik Islam, mereka berjuang untuk menegakkan Negara Islam".
** YB Dato Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Presiden PAS
___________________________________
"Setiap ahli PAS perlu membudayakan politik yang matang. Politik bukan berasaskan persepsi tetapi berdasarkan fakta dan perlu dijelaskan hala tuju perjuangan PAS dengan baik pada masyarakat serta menampakkan keindahan Islam"
** YB Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi, Ketua Penerangan PAS Pusat
___________________________________
" Kita menikmati suatu yang cukup indah di dalam jemaah PAS, antaranya ialah kita beribadah melalui taat kepada pemimpin. Dan yang keduanya kita menikmati beribadah melalui mencintai para ulamak. Ini tidak ada dalam parti lain....saya ingatkan diri masing-masing bahawa mencintai Tok Guru itu adalah Sunnah, adalah Ibadah, tetapi kita kena ingat bahawa Tok Guru itu dihormati, diangkat oleh Allah kerana dia berada di jalan perjuangan yang lurus ini. Kalau kita hormat pada tubuh, tetapi tak hormat pada perjuangan, kita telah salah daripada ajaran Nabi Muhammad SAW".
** YB Ustaz Nik Abduh TG Hj Nik Abdul Aziz, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
____________________________________
" Kita berpolitik ini kita nak bawa manusia kepada kebaikan dimana di Malaysia politik kita semakin hancur. PAS hadir untuk selamatkan rakyat Malaysia. Kita tidak boleh mengamalkan politik dendam. Kita kena laksanakan Politik Hasanah. Orang lain buat jahat kita kena balas dengan kebaikan...Boleh jadi UMNO akan undi PAS di atas kematangan kita berpolitik...Kena pastikan kerja buat kita mencapai keredhaan Allah. Apa erti kemenangan tanpa redha Allah".
** Ustaz Mohd Asri Daud ed-Diwanie, Bendahari Dewan Ulama PAS Pusat
__________________________________
"Jangan jadi seperti kumpulan Islam yg lain yang menukar prinsip apabila berdepan dengan krisis. PAS terus kekal dengan prinsipnya. Pembacaan RUU persendirian oleh YB TG Presiden adalah kemuncak bukti PAS tidak pernah lari dari prinsipnya... PAS tidak akan bersatu dengan UMNO. Masa depan negara ini bersama PAS, BN telah hilang kelayakan untuk mentadbir negara, dengan pelbagai isu dan masalah rakyat yang tidak dapat diselesaikan. Justeru gerak kerja parti perlu fokus kepada menggantikan sistem yang ada dengan sistem yang patuh syariah".
** Ustaz Ahmad Fadhli Shaari, Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia

Friday, June 03, 2016

Wanita Ditangkap Kerana Curi Peha Ayam Untuk Anak, Terima RM 187, 000 Dari Netizen

Sumber: Shanghaiist Oleh: Aimi Nordin

Masih ramai orang yang terdesak dek kesempitan hidup yang mereka hadapi hingga terpaksa mencuri untuk mengisi perut. Itulah yang terjadi kepada seorang wanita di China apabila ditangkap kerana mencuri peha ayam dan beberapa buku kanak-kanak untuk diberikan kepada anaknya yang sedang sakit. 

Wanita tersebut  Liu Jinxia hanya bekerja sebagai pengutip sampah dengan pendapatan RM 30 sehari sejak beberapa tahun lalu kerana diceraikan suaminya atas kesempitan wang tambahan pula dengan penyakit anak kembarnya yang menderita buah pinggang. 

 

Bayangkan hidup hanya RM 30 sehari untuk 3 orang, jadi Liu hanya tinggal dalam sebuah bilik yang hanya sebesar 2 meter persegi dan perlu berjimat cermat. Namun, sebelum Hari Kanak-kanak yang lalu, anak kembarnya teringin nak makan peha ayam jadi Liu ke sebuah pasaraya tempatan untuk beli barangan dapur. 

Tapi semasa melihat pasaraya itu melakukan promosi untuk peha ayam dia tak dapat menahan perasaan untuk mencuri supaya anak-anaknya merasa makan peha ayam dan juga mencuri beberapa buku kanak-kanak untuk anaknya ke sekolah tetapi ditangkap. 

Siapa sangka penangkapan tu membawa tuah apabila polis  berbesar hati untuk membantunya. 

Polis itu kemudian berkongsi kisah sedih Liu itu di WeChat dan bertanya jika ada kawan-kawannya yang boleh membantu. Dalam masa yang singkat, polis itu berjaya mengumpul 10,000 yuan (RM6,200) untuk anak-anak Liu.

Namun, itu hanya permulaan. Cerita Liu dan anak-anaknya menjadi viral di media sosial China dan netizen di negara itu yang sebak mendengar kisah tersebut mendermakan lagi 300,000 yuan (RM 187,000) kepada keluarga Liu.