Friday, September 02, 2011
Hikmah Sujud Dari Sudut Perubatan
Mungkin ramai dikalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmahyang tersembunyi ketika sujud. hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.
Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t.dan menjauhi larangannya.
Ulamak mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.
1) Memperbetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
2) Memperbetulkanpundi peranakan yang jatuh
3) Melegakan sakit Hernia
4) Mengurangkan senggugut ketika haid
5) Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan
6) Mengurangkan kesakitan pada pesakit apendiks atau limpa
7) Meringankan bahagian pelvis
8) Gerakan otot-otot ini menjadi bahu, dada, leher, perut, punggung ketika sujud
9) Gerakan otot-otot ini menjadi kuat dan elastik: Secara automatik memastikan kelancaran perjalanan darah yang baik
10) Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin , organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar dari sakit perut gelombang.
11) Mengurangkan kegemukan
12) Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak bekalan darah dan oksigen
13) Kedudukan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan bahagian belakang tubuh
14) Memberi dorongan untuk mudah tidur
15) Menenangkan jiwa.Selain itu, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serat, menajamkan akal fikiran sekaligus menguatkan mentaliti
kita.
Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.
Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkanmentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.
Silalah Klik nuffnang yang di sebelah kanan artikel ini untuk terus menghidupkan MalaysiaRia.
-
Pengalaman mengerjakan amalan Puasa di Bumi Mesir Di sini penulis akan menyorot sedikit tentang pengalaman dan suasana dalam kedua-dua buah ...
-
Contoh Penulisan Impak dan Refleksi Penulisan impak dan refleksi kadang kala agak merumitkan disebabkan ketandusan idea. Biasanya k...