Sunday, March 29, 2009

Pertahankan Kesatuan Mahasiswa Islam Malaysia Mesir

Seindah namamu PMRAM

Madinah Nasr,26 mac 2009, Seluruh perwakilan yang mewakili semua Badan Kebajikan Anak Negeri dan Dewan Perwakilan Mahasiswa Malaysia seluruh Mesir berikrar akan mempertahankan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) dan naungannya dari diganggu gugat oleh sebarang anasir yang menggugat dan memecah belahkan ahli dan kesatuan.

Mukatamar Tahunan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) kali ke-76 sebulat suara meluluskan dua usul yang membawa kesepakatan lebih 3000 ahlinya mempertahankan kesatuan PMRAM dari sebarang serangan dan gangguan , 11 Badan Kebajikan Anak Negeri dan 8 Dewan Perwakilan Mahasiswa Malayasia yang bernaung di bawah lembayung kesatuan PMRAM menyatakan sokongan penuh menolak sebarang usaha kotor pihak tertentu untuk menggugat keutuhan solidariti mahasiswa Malaysia di Mesir.lebih kurang 1000 ahli hadir ke muktamar tersebut termasuk 750 perwakilan sepakat menyatakan sokongan padu dan dewan muktamar digegarkan dengan tepukan gemuruh apabila usul-usul tersebut diluluskan.

Walaubagaimanapun Perhimpunan Agung Umno yang dijalankan serentak dengan tarikh Muktamar Tahunan PMRAM memutuskan sebaliknya. PMRAM bukan sahaja ditohmah malah diusul untuk dihapuskan.

Menurut laporan malaysiakini, seorang perwakilan Umno luar negara yang menuntut universiti di Southampton, Britain mengusulkan supaya PMRAM diharamkan. Gesaan itu dibuat atas alasan kononnya ia menyebarkan ideologi politik pembangkang.

Wan Md Hazlin Agyl Wan Hassan juga menggesa biasiswa pemimpin Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) ditarik balik. "PMRAM perlu diharamkan, biasiswa pelajar yang menyertai PMRAM perlu ditarik balik," katanya.

"Apabila pelajar kita tiba sahaja (di Mesir), PMRAM lebih dahulu menyambut mereka di lapangan terbang. "Mereka ini, pegawai- pegawai kita pun takut.

Walaubagaimana pun Presiden PMRAM menegaskan bahawa PMRAM bukanlah sebuah organisasi politik seperti Kelab Umno Mesir yang jelas nama dan gagasan ideologi politiknya adalah dari Umno Malaysia. Namun harus difahami bahawa jelas berbeza diantara berpolitik secara langsung dan mengambil tahu serta menyatakan pandangan dalam sebarang isu termasuk isu politik. Malah kewajipan masiswa menyatakan pandangan dalam sebarang isu adalah suatu kewajaran yang tidak dapat disangkal lagi. Ia bebas untuk diamalkan oleh sesiapa sahaja , dimana-mana sahaja untuk memberikan sikap dan pandangan masing-masing selaku mahasiswa yang prihatin dan bersemangat patriotik.

Jelas, Pmram tidak pernah menamakan diri sebagai organisasi poltik , malah tidak wujud langsung dalam objektif penubuhannya sebarang gagasan politik seperti kelab Umno Luar Negara yang namanya pun sudah jelas membawa aspirasi Umno Malaysia.walaubagaimana pun PMRAM selaku pendokong kepada proses perkembangan kemahasiswaan yang baik tidak mengahalang sesiapa jua dari kalangan mahasiswa termasuk ahli kelab Umno dari menyatakan pandangan dan perbincangan sebarang isu kenegaraan termasuk isu politik Malaysia.

Apakah wakil kelab Umno tersebut sudah hilang pertimbangan sehingga mencadangkan agar PMRAM diharamkan kerana kononnya berpolitik. Sedangkan ia sendiri ahli kelab Umno yang jelas berpolitik. Gesaannya supaya biasiswa pelajar yang meyertai PMRAM ditarik balik tidak lebih dari menunjukkan sikap politik kediktatoran yang berjaya disematkan kedalam setiap pemikiran ahli kelab Umno. Apakah pemikiran yang penuh hasad dan kedengkian ini yang menjadi tunjang kepada gerakan kelab Umno yang membawa aspirasi Umno Malaysia.

Sikap ini bukan sahaja mencerminkan dendam kesumat malah ia adalah lambang betapa tidak profesionalnya mereka setelah gagal mendapat tempat di kalangan mahasiswa Al Azhar yang terkenal sebagai kilang melahirkan pejuang Islam di seluruh dunia. Apakah Kelab Umno Mesir terlalu menikus sehingga sanggup membiarkan wakil Kelab Umno Britain untuk membawa gesaan tersebut yang jelas mencampuri urusan mahasiswa Malaysia Mesir dan amat menyimpang dari dasar kesatuan dan perpaduan yang dicanangkan oleh Umno untuk menyatukan Melayu.

Apakah mereka tidak menyedari bahawa PMRAM adalah sebuah NGO besar Melayu di Mesir yang sah berdaftar dengan kerajaan Mesir.Mengharamkan PMRAM seumpama mengkhianati sebuah khazanah Melayu yang amat bernilai dalam siri sejarah keagungan perkembangan ketamadunan Melayu yang bertaraf antarabangsa.

PMRAM sendiri lebih awal ditubuhkan untuk menanungi rakyat Malaysia sekian lama sebelum tertubuhnya Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah. Malah kesatuan mahasiswa seawal penubuhan PMRAM lah yang menggesa supaya kerajaan Malaysia pada waktu itu mewujudkan sebuah kedutaan di Mesir.

Kini isu pengharaman PMRAM kembali timbul pada Perhimpunan Agung Umno setelah ia pernah disensasikan suatu ketika dahulu oleh menteri yang mengawal Kementerian Penerangan pada waktu itu.

Mantan menteri Umno Zainudin Maidin pernah mengecam PMRAM secara terbuka dalam arus media perdana Malaysia beberapa tahun dahulu. PMRAM diserang bertubi-tubi dengan tuduhan yang tidak berasas sama sekali.Di antaranya PMRAM dituduh mengongkong kebebasan mahasiswa Al Azhar. Malah nama PMRAM pernah meniti di setiap mulut kepimpinan Umno sebagai sasaran kedua yang wajib djatuhkan selepas kerajaan PAS kelantan suatu ketika dahulu.

Usaha pihak pemerintah ini dikuatkan lagi dengan usaha mengutuskan pegawai bagi menjaga setiap premis rumah-rumah negeri bagi menghalang PMRAM dari bergerak aktif di kalangan anak-anak negeri. Bukan sahaja PMRAM dilarang menggunakan dewan rumah-rumah negeri malah lambang PMRAM turut dilarang untuk dipamerkan dalam sebarang iklan dan notis.

Pmram juga pernah ditohmah sebagai pertubuhan haram, pengganas dan presidennya kaki perempuan dalam siri-siri kursus persediaan untuk ke Mesir oleh Biro Tata Negara Malaysia. Apakah perlu kerajaan Malaysia membayar ribuan ringgit kepada petugas-petugas BTN hanya semata-mata untuk memburukkan PMRAM dan mengugut mahasiswa baru dari bergerak aktif bersama PMRAM di Mesir.

Selain kecaman terbuka terhadap PMRAM dan ahlinya,Ia pernah dinafikan hak untuk menggunakan sebarang premis kerajaan Malaysia di Mesir. Malah sehingga kini PMRAM masih lagi dinafikan hak memiliki pejabat dan penggunaan Rumah Melayu (sekarang Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK) oleh kerajaan Malaysia. Sedangkan umum mengetahui bahawa sejarah menyatakan tanah kawasan terbinanya (DMAK) asalnya adalah kurniaan kerajaan Mesir kepada PMRAM atas kebersamaannya mendokong kerajaan Mesir menghadapi Perang Mesir -Israel. Sebagai catatan umum, termaktub didalam surat perjanjian penyerahan tanah tersebut kepada kerajaan Malaysia ialah hak PMRAM untuk menerima suatu ruang di (DMAK) sebagai pejabat pentadbiran yang dinafikan hingga ke saat ini.

Bukan sahaja PMRAM yang dimangsakan oleh kerajaan bahkan Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir(BKSAM) juga pernahkan diharamkan oleh Kerajaan Selangor pimpinan Umno .Pelbagai sekatan yang telah dikenakan terhadap pelajar Selangor yang menyertai PMRAM,zakat disekat dan dipolitikkan, malah kemuncak penganiayaan tersebut ialah segelintir pelajar dihalau serta dihalang untuk menghuni asrama Selangor.Peristiwa yang hampir sama berlaku terhadap Keluarga Penuntut Terengganu (KPT) , hak penggunaan satu ruang di asrama Terengganu sebagai pejabat pentadbiran turut dinafikan.Terkini Badan Kebajikan Mahasiswa/wi Islam Pahang Mesir(BKIMP) pula sedang diancam untuk dibubarkan oleh pihak tertentu.

Perjuangkan hak dan kesatuan mahasiswa Malaysia Mesir
Sekian..

hasil nukilan
http://najhie.blogspot.com/
drpd -afifzahrah-

Tuesday, March 24, 2009

ISLAM

Gambar Hiasan

This is ISLAM...

People of the world
Do you know the truth about Islam
Or do you think its about


Forget about the lies
I'm here to tell you how it really is
You deserve to know the truth about this
Beautiful way of life

People of the world
Islam is all about peace
Terrorism it doesn’t teach
Its all about love
And family
And charity
And praying to One God
This is Islam

Its something you should know
I know its really helped me grow
It does away with
Greed, Filth, Arrogance
and teaches us morality

A perfect way to live
So don’t believe all you see and hear
Too many people wear a title of a Muslim
But they don’t practice Islam

People of the world
Islam is all about peace
Terrorism it doesn’t teach
Its all about love
And family
And charity
And praying to One God
This is Islam

And it teaches us the Creator's made
This life for us a test
And if we follow truth and do good deeds
He'll reward us in the Next
If we remember God and teach each other
the truth and patience in His way
Together we can live
In PEACE…
This is ISLAM..

People of the world
Islam is all about peace
Terrorism it doesn’t teach
Its all about love
And family
And charity
And praying to One God
This is ISLAM..

ALLAHUAKBAR..

GOD IS THE GREATEST.

Thursday, March 12, 2009

Profile Eksekutif Rasulullah S.A.W



Mesej Bergambar


Nama: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka'abah)
Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf
Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali Halimah As-Sa'diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.

USIA 6 TAHUN
. Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa' (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya 'Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
· Datuknya, 'Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN
. (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun). · Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
· Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah', jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul'; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
· Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka'abah.
· Pembinaan semula Ka'abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah. · Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar As-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.
§ Khadijah Binti Khuwailid
§ Saudah Binti Zam'ah
§ 'Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
§ Hafsah binti 'Umar (anak Saidina 'Umar bin Al-Khattab)
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
§ Zainab Binti Jahsy
§ Maimunah Binti Harith
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar 'Ummu Al-Masakin'; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra'

Sempena ketibaan Maulidur Rasul saya menjemput diri saya dan anda semua agar dapat menghayati maksud yang tersirat di dalam memperingati catatan kelahiran Nabi Muhammad saw. Tanda sayang dan cinta kita kepada Rasulullah saw adalah dengan berselawat ke atasnya, bukan hanya pada masa tertentu tapi perlulah dilazimi pada setiap masa. Moga kita beroleh rahmta Allah dan syafaat nabi di akhirat kelak nanti, insyaALLAH.AMEEN

dinukilkan oleh:-afifzahrah-
drpd >Kembara


E-card NasyidFM

Monday, March 09, 2009

Sambutan Maulid Nabi- Jauhkan Diri Dari Syirik


Mesej Bergambar


Pensyarah Kuliah Usuludin Dakwah Universiti Al-Azhar Shibin El-Kom, Dr. Atiyah Mustafa Husain berkata, mereka yang merayakan sambutan Maulid Rasul akan dijaga oleh Allah dari syirik kepada-Nya. Memetik kata-kata dari Syeikh Soleh Jaafari radhiAllahu anhu, dengan menolak tanggapan sesetengah pihak bahawa sambutan Maulid Rasul boleh menjatuhkan seseorang kepada syirik beliau berkata mereka yang menyambut perayaan ini akan terpelihara akidahnya dari perbuatan syirik. "Ini kerana kita sudah mengetahui bahawa Rasulullah salallahualaihi wasalam juga adalah hamba Allah dan merupakan utusan-Nya," jelas beliau. Tambahnya lagi, walaupun begitu darjat Baginda salallahualaihi wasakam adalah tidak sama dengan sekalian hamba Allah yang lain. Beliau turut mengupas tentang zat Nabi Muhammad salallahualaihi wasalam yang memiliki cahaya (nur). "Nur yang ada pada Baginda salallahualaihi wasalam mengatasi sekalian cahaya-cahaya lain di dunia ini termasuk matahari", katanya. Oleh sebab itu antara kelebihan Baginda salallahualaihi wasalam ialah Baginda salallahualaihi wasalam tidak mempunyai bayang-bayang ketika Baginda salallahualaihi wasalam berdiri di bawah sinaran matahari.

Pensyarah Kuliah Usuludin Dakwah Universiti Al-Azhar Shibin El-Kom, Dr. Atiyah MUstafa Husien

Beliau yang juga imam dan khatib di Masjid Syeikh Soleh Jaafari di Darrasah turut mengupas kisah malam Israk Mikraj antara Rasulullah salallahualaihi wasalam dengan malaikat Jibril alaihi salam, penghulu sekalian malaikat. Setelah melepasi langit ketujuh. Rasulullah salallahualaihi wasalam dapat melepasi hingga ke Sidratul Muntaha tanpa Jibril kerana jika Jibril melintasi ke Sidratul Muntaha nescaya jasadnya akan terbakar. "Oleh sebab itu, cahaya Nabi Muhammad salallahualaihi wasalam adalah mengatasi cahaya-cahaya lain termasuk cahaya para malaikat hingga diberikan kemuliaan dapat melihat Allah Taala di malam tersebut," tegas beliau.

petikan drp:-
PMRAM

-afif-

Sunday, March 08, 2009

Munajat 'Uways al-Qarni:


E-card NasyidFM


"Subhanaka la 'ilma lana illa ma'allamtana innaka antal 'alimul hakim...Ilaahi Anta Maqsudi wa Ridhaka Matlubi...

Munajat 'Uways al-Qarni:-

Anta Rabbi wa ana al-'Abd...
Anta al-Khaliq wa ana al-Makhluq...
Anta al-Razzaq wa ana al-Marzuq...
Anta al-Malik wa ana al-mamluk...
Anta al-'Aziz wa ana al-dhalil...
Anta al-Ghaniy wa ana al-faqir...
Anta al-Hayy wa ana al-mayyit...
Anta al-Baqi wa ana al-fani...
Anta al-Karim wa ana al-la'iim...
Anta al-Muhsin wa ana al-musi'...
Anta al-Ghafur wa ana al-muznib...
Anta al-'Azim wa ana al-haqir...
Anta al-Qawiy wa ana al-dha'if...
Anta al-Mu'ti wa ana al-saa'il...
Anta al-Amin wa ana al-khaa'if...
Anta al-Jawwad wa ana al-miskin...
Anta al-Mujib wa ana al-daa'i...
Anta al-Syaafi wa ana al-maridh..."

Petikan drpd:-
http://albazrah.blogspot.com/

min -afifzahrah-

Saturday, March 07, 2009

Selawat kepada Nabi Muhammad S.A.W


Mesej Bergambar


Segala puji bagi Allah, Tuhan Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Pemurah, Yang Maha Agung, Yang Maha Mengasihani, Dia yang mengampuni akan hamba-hamba-Nya dan Dialah berkuasa atas setiap sesuatu.

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, Tuhan Yang Esa, tiada sekutu bagi-Nya, suci dari setiap kekurangan dan Dia bersifat dengan setiap kesempurnaan.

Aku bersaksi bahawa Saidina Muhammad itu adalah hamba dan Rasul-Nya yang telah berjihad di jalan Allah dengan jihad yang bersungguh-sungguh.

Selawat ke atas Baginda serta ahli keluarganya yang suci, juga kepada para sahabat Baginda yang terpilih serta salam sebanyak-banyaknya.

Wahai hamba-hamba Allah,

Firman Allah:
((Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya sentiasa berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawat dan salamlah kepadanya.))(Surah Al-Ahzab:Ayat 56)

Perintah ini merupakan satu penghormatan bagi membesarkan kedudukan Baginda s.a.w. Begitu juga arahan malaikat berselawat ke atas Baginda serta Allah memerintahkan orang-orang mukmin yang lain-iaitu lah hingga Hari Kiamat- agar mereka berselawat dan mengucapkan salam ke atasnya. Ini kerana Rasulullah s.a.w hidup selepas kewafatan Baginda dengan kehidupan yang utama serta istimewa, oleh kerana itu Allah menyuruh dengan menggunakan fiil mudharik yang membawa maksud, ((Allah dan para malaikat-Nya sentiasa berselawat ke atas Baginda...)) Iaitu Allah tidak berselawat ke atas mayat bahkan Dia dan malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi kita yang hidup beserta roh dan jasad hingga hari Kiamat.

Allah telah berselawat ke atas Baginda pada waktu lepas, sekarang dan sentiasa hingga tiada penghujung.

Kita tidak mengucapkan salam ke atas mayat Nabi yang mati, bahkan kita mengucapkan salam ke atas Nabi yang pernah bersabda sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Daud, "Allah akan mengembalikan roh aku lalu aku menjawab ke atasnya (orang yang berselawat ke atasku) akan salamnya" dan sebagaimana sabda Baginda yang diriwayatkan oleh Abu Yu'la dalam musnadnya daripada Anas serta Imam Ahmad, "Para anbiya' hidup di dalam kubur mereka, mereka (para nabi) bersembahyang (dalam kubur mereka)." Dan juga sabda Baginda sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Ibnu Majah, "Sesungguhnya Allah mengharamkan kepada bumi daripada memakan jasad para anbiya'."

Tidak dapat tidak kita mesti berpegang kepada akidah ini sebagaimana pada setiap kali sembahyang kita diperintahkan agar berselawat dan mengucapkan salam ke atas Baginda dengan "kaf al-khitab" iaitu : "Assalamualaika ayyuha al-nabi" (Salam sejahtera ke atasmu wahai Nabi). Salam dan seruan tidak berlaku kepada sesuatu yang tiada tetapi diseru kepada sesuatu yang wujud kerana agama kita tidak menyuruh melakukan amalan yang sia-sia.

Hadis dikeluarkan oleh Imam Bukhari dan selainnya: Allah telah menghimpunkan sekalian Nabi dan Rasul bagi Baginda s.a.w pada malam Mikrajnya, yang demikian itu selepas kewafatan mereka dan ada yang telah dikebumikan di dalam tanah.

Fikirkan: Bagaimana Allah mampu menghidupkan mereka (para Nabi dan Rasul)? Dan bagaimana mereka datang? Bagaimana mereka sampai dan bagaimana Baginda s.a.w melihat mereka di langit? Fikirkan lagi: Bagaimana Allah mengangkat mereka ke langit sedangkan mereka disemadikan di bumi?

Baginda Rasulullah s.a.w melihat Nabi Adam pada langit pertama, Nabi Isa dan Yahya pada langit kedua, Nabi Yusuf pada langit ketiga, Nabi Idris pada langit keempat, Nabi Harun di langit kelima, Nabi Musa di langit keenam serta Nabi Ibrahim pada langit ketujuh.

Para Nabi tersebut telahpun wafat dan disemadikan tetapi Allah telah menghidupkan mereka dan Nabi kita s.a.w sebaik-baik Nabi dan Rasul, tentulah lebih afdhal untuk dihidupkan.

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan selainnya bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda-dalam keadaan Baginda sedang haji-, "Seolah-olah aku melihat Musa bin Imran sedang bertalbiah mengangkat suaranya" Iaitu: dalam keadaan mengangkat suaranya ketika bertalbiah. "Dan seolah-olah aku melihat Yunus bin Matta". Dalam ibadat haji tersebut Baginda s.a.w telah melihat para Nabi dan Rasul hidup, bagaimana pula keadaan ketua mereka (Nabi Muhammad s.a.w)?

Juga diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan selainnya, "Bahawa Baginda s.a.w pada malam Mikrajnya telah melalui kawasan kubur Nabi Musa lalu Baginda bersabda: Aku melihat Musa bin Imran sedang berdiri bersembahyang di dalam kuburnya di sisi bukit pasir merah (iaitu di Palestin).

Dan aku telah menziarahinya (Syeikh Soleh telah menziarahi tempat suci ini sebagai mengambil berkat-tabarruk) dan aku melihat bukit tersebut masih ada hingga sekarang.

Lihat bagaimana Allah berfirman tentang bapa saudara Baginda, Hamzah bin Abdul Muttalib yang syahid : ((Bahkan mereka (iaitu orang-orang yang mati syahid itu) hidup di sisi Tuhan mereka dalam keadaan mereka diberi rezeki. Wajah mereka berseri-seri penuh kegembiraan atas kelebihan kurniaan-Nya. Mereka senang melihat saudara-saudara yang ditinggalkan di dunia tetap berada di jalan keimanan dan perjuangan. Selain itu, mereka (para syuhada') tidak takut akan sesuatu yang tidak disenangi bahkan mereka tidak akan bersedih kerana kehilangan sesuatu yang disenangi.)) Surah Ali Imran :Ayat 170


Allah telah menyifatkan para syuhada' dengan tujuh sifat di atas, maka Nabi kita terlebih aula dengan sifat-sifat ini kerana Baginda sebaik-baik makhluk. Oleh kerana itu, Allah telah mengharamkan isteri-isteri Baginda dikahwini (selepas kewafatan Baginda), juga harta Baginda tidak boleh diwarisi kerana harta orang hidup tidak boleh diwarisi.

Ketahuilah Baginda s.a.w hidup dalam kuburnya. Berpeganglah dengan pegangan ini. Dan ucaplah salam ke atas Baginda dalam selawat kamu sepertimana salam kamu ke atas orang yang hidup, Baginda tidak mati sepertimana matinya kita di dalam kubur yang mana akan lenyaplah kebesaran dan keagungan kita. Bagaimana tidak? Kerana Baginda merupakan penghulu ‘alam ini dan Rasul bagi Tuhan sekalian alam.

Ya Allah! Ampunilah dosa kami, sama ada mereka yang masih hidup atau telah mati.Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus, bantulah kami kepada kebaikan serta jauhilah kami daripada kejahatan.

Ya Allah! Jadikanlah kami kekasih-Mu, jadikanlah kami orang-orang yang sentiasa mengingati-Mu, jadikanlah kami orang-orang yang ikhlas serta dari kalangan orang-orang yang bertaqwa.

Ya Allah! Kuniakanlah kami bantuan-Mu yang berterusan kepada negara ini, juga kepada sekalian negara-negara umat Islam. Ya Allah! Sebagaimana Engkau jadikan Ahlul Bait (keluarga Rasulullah) adalah sebaik-baik manusia yang dekat dengan Rasulullah, maka engkau limpahilah ahli Mesir dengan kemuliaan Ahli Bait Nabi-Mu iaitu dengan As-Syahid Saidina Husain, dia hidup dalam kuburnya kerana dia syahid di sisi-Mu dengan kemuliannya wahai Tuhan ampunilah kami serta kasihanilah kami dan tunjukkanlah kami jalan yang lurus.

Ya Allah! Bantulah pemimpin kami ke arah kebaikan. Ya Allah! Sebagaimana Engkau Bantu mereka untuk kemenangan maka bantulah mereka kepada kebaikan, jadikanlah kebaikan berada di hadapan mereka, peliharalah tentera-tentera mereka dan rakyat mereka serta sekalian ulamak.

___________________________________________________________________________________________
Khutbah ini disampaikan oleh Syeikh Soleh Jaafari r.anhu di Masjid

Sumber dipetik drpd PMRAM-(afifzahrah)

Thursday, March 05, 2009

Kenyataan Mursyid Am Ikhwan Muslimin



Mursyidul Am Ikhwan Mesir




Kenyataan Mursyid Am Ikhwan Muslimin, Ustaz Mahdi Akef tentang apa yang sedang berlaku di Gaza.
Dengan Nama Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah saw dan mereka yang berwalak kepada-Nya.
Firman Allah swt bermaksud, “Allah menetapkan, ‘Sungguh Aku akan memenangkan (agama) Aku dan Rasul-rasulKu. Sesungguhnya Allah Maha Kuat, Maha Perkasa” (Al-Mujadalah:21). “Sesungguhnya Kami akan memenangkan Rasul-rasul Kami dalam kehidupan di dunia dan di hari dibangkitkan saksi-saksi” (Ghafir:51). Sabda Rasulullah saw bermaksud, “Akan terus dari umatku mereka yang terang-terang atas kebenaran. Tidak akan memudharatkan mereka oleh orang-orang yang memusuhi mereka sehingga datang ketetapan Allah, sedang mereka dalam keadaan sedemikian’. Sahabat bertanya, ‘Dimanakah mereka’. Rasulullah saw menjawab, ‘Mereka di Jerusalem dan disekeliling Jerusalem (Palestin)’.
Wahai pendokong Dakwah ini ! Wahai mereka yang bersiap siaga di Palestin ! Wahai mereka yang di kepung di Gaza dan di Al-Khalil (Hebron) !
Setiap fasa ada kemenangan. Bila semakin sengit kezaliman dan kuat kepungan yang zalim dan semakin kuat cengkaman musuh dari kalangan bangsa sendiri terhadap pejuang-pejuang Islam, maka kezaliman sanak saudara lebih perit dirasakan ke atas jiwa kita, maka sesungguhnya kemenangan di fasa itu adalah berpegang teguh dengan Prinsip, tidak mengalah untuk mendapatkan Hak-hak, membuat persiapan untuk fasa berikutnya. Kemenangan itu juga adalah kita menang mengatasi jiwa agar tidak menjadi lemah, azam tidak mengendur, bisikan Syaitan dan perbuatan orang-orang munafik.
Imam Al-Banna berkata tentang erti Tsabat, ‘Berterusan akh itu bekerja dan berjihad di jalan mencapai matlamatnya, walau sepanjang mana tempoh dan silih berganti tahun demi tahun, hingga dia bertemu Allah dalam keadaan demikian dan dia telah menang dengan mendapat salah satu dari dua Kebaikan, samada Matlamat tersebut atau Mati Syahid di peghujungnya. Firman Allah swt bermaksud, “Dari kalangan orang-orang beriman terdapat mereka yang benar janji mereka kepada Allah. Dari kalangan mereka ada yang telah Syahid. Dan sebahagian lagi masih menunggu dan mereka tidak menrubah sedikitpun janji mereka itu” (Al-Ahzab:23). Pada kita, waktu adalah sebahagian dari rawatan (penyakit diri dan umat ini). Jalan ini panjang tempohnya, jauh fasa-fasanya, banyak halangan-halangannya, akan tetapi itulah satu-satunya Jalan yang mnyampaikan kepada apa yang dituju, disamping beroleh pulangan yang besar dan pahala yang indah.
Ya, wahai pendokong Dakwah di Palestin, bahkan dengarlah wahai semua penduduk dunia ini !
Bukan resolusi-resolusi Persidangan Anapolis atau PBB, bukan juga sidang-sidang damai bersiri demi siri, bukan juga janji-janji palsu dan ancaman yang berterusan. Buka semua itu atau seumpamanya yang akan mengembalikan hak-hak dan menamatkan Penjajahan.
Hak-hak kita akan dikembalikan, musuh-musuh kita akan terpaksa mendengar permintaan kita hingga mereka keluar dari negeri kita atau duduk dalam sidang yang serius yang boleh mewajibkan mereka mengembalikan hak-hak kita, hanyalah melalui Penentangan semata-mata, Jihad yang berterusan, berpegang teguh dengan Prinsip-prinsip, perpaduan dalam tanahair, menghidupkan ruh Penentangan dan perasaan yang tinggi, cinta kepada Syahid dijalan Allah dan tidak takut kepada mati.
Wahai para mujahid Gerakan HAMAS,
Sesungguhnya kamu telah menyambut panji-panji Jihad Penentangan terhadap Penjajahan dari generasi terdahulu. Kami telah mengibarkan panji-panji “Syahid atau Menang”. Kamu telah menyumbang para Syuhadak demi para Syuhadak yang diberkati. Betapa pemurahnya kamu menyumbangkan ribuan yang disumbat ke dalam penjara, ribuan yang menjadi luka dan cacat, ribuan janda dan anak yatim. Apabila perasaan lemah dan Wahan (cinta dunia dan takut mati - Hadis) menyelinap masuk ke dalam jiwa orang-orang yang terdahulu dari kamu di jalan Penentangan ini (mereka dulunya berjuang, kini bersekongkol dengan Amerika dan Israel - pent.), kini kamu wahai HAMAS, sehingga ke saat ini, menjadi batu pejal yang menghempap yang memusnahkan angan-angan Penceroboh, Perampas tanah dan Penjajah. Sejak 20 tahun lalu, gerakan mu tersebar di seluruh Gaza yang diberkati, Tebing Barat yang dipenuhi Jihad dan di pelusuk Palestin, dengan mengangkat panji-panji Intifadhah (kebangkitan) bersama-sama mereka yang bangkit, dan panji-panji Penentangan bersama-sama mereka yang menentang. Kamu dapat memastikan kesemua kumpulan di Palestin bernaung di bawah panji-panji Jihad dan bertarung dengan Musuh yang jahat lagi kotor, yang berusaha sepenuh tenaga untuk memecahkan kesatuan barisan rakyat Palestin. Malangnya musuh berjaya dalam banyak aspek dimana dikalangan sebahagian pemimpin Palestin ada yang menyifatkan usaha-usaha Penentangan sebagai sia-sia, Jihad dengan gambaran yang jelek yang Musuh-musuh sendiri tak tergamak untuk menyebutnya.
Ya, musuh telah berjaya membunuh simbol perjuangan Palestin, Yasser Arafat dengan menggunakan racun oleh orang-orang yang rapat dengan beliau supaya kumpulan lain yang disukai oleh musuh pula menguasai medan melalui segala bentuk godaan, ancaman, janji manis dan amaran sehingga kepungan yang zalim ini dapat berjalan dengan kerjasama kumpulan tersebut yang membantu menyiksa umatnya dan menghukun rakyatnya sendiri.
Wahai para Mujahideen HAMAS,
Telah berlalu hari-hari yang perit, dan kamu telah brtahan teguh dengan sebenar-benarnya. Penentang dan ketahanan kamu bersama dengan para penentang, mujahideen dan seluruh pelusuk dunia, telah memberikan kesan dalam menamatkan tempoh pedih dalam sejarah dunia dan Amerika yang dikuasai oleh kumpulan perampok dan orang-orang jahil ditampuk pimpinan Amerika dan antarabangsa sehingga membawa kepada kehancuran dan kerugian. Di penghujung tempoh kumpulan ini dibawah kepimpinan George Bush II, tersebar dari pusat-pusat penyelidikan terhadap jenayah-jenayah mereka terhadap kemanusiaan. Adakah didunia ini siapa yang akan mengadili mereka di Mahkamah Jenayah Antarabangsa, setelah mereka dihukum di Pilihanraya Amerika, supaya ianya tidak berulang di masa akan datang? Jutaan manusia terbunuh, jutaan tercedera, penyiksaan yang mengerikan, tawanan rahsia, penjara rahsia dan belum lagi penggelapan ratusan bilion dolar, mensia-siakan usaha tenaga perusahan dan perniagaan serta kekayaan di peringkat antarabangsa !
Sesungguhnya tempoh perit dalam sejarah dunia juga tamat bermula di zaman Presiden Reagan. Kini dunia bersedia pula untuk masuk ke fasa baru. Umat Arab dan Islam mestilah mempunyai peranan dan tempat akan tetapi titik permulaannya ialah kita mesti merubah apa yang ada dalam jiwa kita, kemudian kita mendapatkan semula kebebasan dan hak menentu halatuju. Kita hendaklah memiliki kemahuan yang bebas dari sebarang belenggu selain dari ikatan berpegang dengan arahan Allah dan Syariat Islam.
Wahai mereka yang bersiap siaga di Bait Maqdis (Jerusalem) dan di sekeliling Bait Maqdis,
Sesungguhnya kamu bukan sahaja mempertahankan bumi dan tempat suci kamu semata-mata, bahkan kamu mempertahankan maruah umat Arab dan umat Islam seluruhnya, juga mempertahankan tempat-tempat suci umat Islam dan Kristian. Bahkan saya tidak berlebih-lebih bila mengatakan bahawa sesungguhnya kamu mempertahankan nilai kebebasan, kemuliaan dan persamaan demi kemanusiaan seluruhnya, berdepan dengan apartheid, kebencian, pembezaan, pencerobohan yang lahir dari falsafah Sekular yang dihasilkan di kurun lalu oleh benih Nazi, Komunis, Atheis yang dieksploitasikan oleh Apartheid dan Zionis. Zaman sebahagian mereka telah berlalu dan dengan izin Allah dan bantuan mereka yang mulia dan merdeka, akan mengalahkan Zionis, Apartheid dan Atheis.
Sesungguhnya Islam yang agung yang kamu kibarkan panji-panjinya, tidak mengenali perbezaan warna kulit, bahkan ia adalah agama persamaan dan toleransi, tidak membawa apartheid yang sangat dibenci manusia. Bahkan Islam ini adalah apa yang disabdakan Rasulullah saw bermaksud, ‘Setiap kamu adalah dari Adam, dan Adam adalah dari tanah”.
Kepada Umat Arab dan Islam,
Janganlah kamu diperolok dan diperdayakan oleh kempen hitam dan media yang punah diperlakukan sekehendak Syaitan. Mereka memerangi tanpa henti bersama dalam barisan musuh-musuh umat Islam. Dengarlah suara hati nurani kamu yang tidak boleh menerima tindakan berdiam diri tanpa menolong pihak yang benar, saudara mara kamu di dalam kemanusiaan, agama dan Arab. Mereka dikepung oleh semua pihak agar memaksa mereka untuk tunduk menyerah diri kepada ketamakan musuh dan perancangan Zionis.
Wahai pemimpin dan kerajaan Arab,
Tiba masa kamu harus sedar dari lamunan, dan mengambil pendirian yang sebenar-benarnya. Kembalilah menilai pendirian dan strategi politik kamu sejak berdekad-dekad lalu. Bukalah lembaran baru bersama-sama rakyat kamu demi mencapai kemuliaan dan keagungan buat umat ini.

Saya tidak akan sekadar mengajak kamu mendokong hak Palestin dan menganjur peperangan demi membebaskan Palestin semata-mata, bahkan saya menyeru agar kamu jangan bekerjasama dalam membuat kepungan yang zalim dan melenyapkan isu Palestin. Isu ini tidak akan mati. Isu ini tidak akan berhenti sehingga Kebenaran kembali kepada tuannya. Adapun kamu, maka kamu akan dihukum oleh sejarah samada menyebelahi atau mendakwa kamu. Diakhir nanti, kamu akan berdiri di mahkamah Maha Adil, Maha Mengetahui, menghitung kamu apa yang kamu perbuat, apa yang kamu zahir dan rahsiakan.

Kepada kamu wahai Mujahideen, wahai mereka yang berada di medan batalion Syuhadak di Gaza Intifadah, Gaza yang dijajah, Gaza yang dibebaskan, Gaza yang diberkati …

Bergantunglah kamu kepada Allah swt. Yakinlah terhadap kemenangan dan pertolonganNya. Ikhlaskanlah wajah kamu hanya kepada Nya semata-mata. Ketahuilah bahawa Kemenangan itu datang bersama Kesabaran. Kesatuan barisan dalam rakyat Palestin adalah mesti demi mencapai kemenangan. Bersabarlah terhadap pembangkang kamu. Tanggunglah kesakitan yang dilakukan oleh mereka yang sebangsa dengan kamu. Haapkanlah senjata kamu ke arah musuh sahaja semata-mata dan ke arah dada-dada Zionis yang menjajah.

Jangan menunggu-nunggu apa jua pun dari Obama Amerika, Syarkozy Perancis dan Bangsa-bangsa Bersatu. Jangan mengharap-harapkan apa jua dari “Mubadarah Arabiah (tawaran dari pihak Arab)” (tawaran Arab diketuai Raja Abdullah dari Saudi iaitu “Israel serah Gaza dan Tebing Barat dan Israel dapat perdamaian dari Arab”) kerana kesudahannya nanti adalah kegagalan, kerana musuh terus menggunakan politik menceroboh dan kerana ianya tidak mencapai walau hak Palestin yang minima, memusnahkan hak Pelarian Palestin untuk kembali ke kampung halaman mereka yang kita tidak mungkin mengalah dalam hal ini.

Janganlah kamu masuk ke dalam strategi bentuk perbicangan dan kata-kata, bahkan hendaklah kamu bekerjasama dengan sepenuh tenaga mereka yang ikhlas ke arah memenangkan isu kamu. Hendaklah resolusi-resolusi kamu bebas sebebas-bebasnya.

Dengarlah seruan Ilahi dari tujuh petala langit bermaksud, “Wahai orang-orang beriman, bersabarlah, kuatkanlah kesabaranmu, bersiap siagalah dan bertaqwalah mudah-mudahan kamu berjaya” (Ali Imran:200).

Allahu Akbar, walillahi Hamd.

Selawat dan salam keatas Nabi Muhammad saw, ahli keluarga dan para Sahabat.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam.

Ustaz Mahdi Akef,

Mursyid Am Ikhwan Muslimin,

Kaherah.

Logo Ikhwanul Muslimin d Mesir


Petikan drpd:-

http://ibnbarudin.blogspot.com/

SAMBUTAN MAULID NABI S.A.W

Gambar Sahaja

Seperti kelaziman tahunan, umat Islam di Malaysia akan menyambut hari sempena keputraan Rasulullah saw pada 12 Rabiulawal setiap tahun.Umat Islam di Malaysia akan mengadakan berbagai aktiviti dalam acara sambutan Maulidur Rasul. Kerajaan Malaysia mengisyhtiharkan 12 Rabiulawal setiap tahun adalah cuti umum. Diantara acara-acara dalam sambutan Maulidur Rasul ialah Perarakan, Syarahan, Forum, Marhaban dan Jamuan di peringkat kampung sehinggalah ke peringkat kebangsaan.


Dalam menentukan tarikh kelahiran Rasulullah saw, ahli-ahli sejarah Islam berbeza pendapat. Pendapat pertama dan masyhur ialah Rasulullah saw lahir pada malam Isnin 12 Rabiulawal dalam Tahun Gajah sebelum subuh. Ini adalah pendapat Ibnu Ishaq yang dipetik oleh Ibnu Hisham dalam kitabnya yang terkenal, Sirah Ibnu Hisham. Dan pendapat yang kedua ialah pendapat yang mengatakan bahawa Rasulullah saw memang lahir pada malam Isnin, sebelum subuh Rabiulawal tahun Gajah tapi tarikh sebenarnya ialah pada 9 haribulan.


Diantara tokoh ulamak-ulamak yang sependapat mengatakan Rasulullah saw lahir pada 9 Rabiulawal ialah Yunus bin Yazid, Ibnu Hazam, Muhammad bin Musa Al-Khawarizmi dan Ibnu Taimiyyah. Dan diantara tokoh-tokoh falak moden yang membuat kajian semula tentang perbezaan pendapat ini ialah Mahmud Pasya seorang ahli falak Mesir dan Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, Persatuan Falak Syarie Malaysia. Mereka menyatakan bahawa Rasulullah saw lahir pada 9 Rabiulawal. Ini adalah berdasarkan kepada Taqwim Qamariah tulen tanpa Nasi' dan dikebelakangkan 53 tahun dari tahun pertama Hijrah.


Didapati bulan kelahiran Rasulullah saw iaitu bulan Rabiulawal jatuh pada bulan April 571 M. Berdasarkan hitungan, Ijtimak berlaku pada 10 April 571M pada 8;21 UT. Menurut kaedah kebolehnampakan hilal, 1 Rabiulawal jatuh pada hari Ahad, 12 April 571M dan hari Isnin yang bertepatan adalah 9 Rabiulawal manakala 12 Rabiulawal jatuh pada hari Rabu.
Rasulullah s.a.w. telah dilahirkan di sini.


Dalil seterusnya yang mengatakan bahawa Rasulullah lahir pada 9 Rabiulawal ialah pada Isnin 9 Rabiulawal (20 April), fasa bulan adalah 64.4% dan bulan ghurub pada pukul 2:26 pagi. Apabila bulan ghurub awal maka langit ketika itu kelihatan cerah dengan bintang-bintang yang dapat dilihat lebih banyak kerana tiada gangguan cahaya bulan. Ini bertepatan dengan kisah kelahiran sewaktu dilahirkan Rasulullah saw bahawa sebelum subuh, langit adalah kelihatan sangat cerah dengan cahaya bintang-bintang yang bertaburan. Walau bagaimanapun, itu adalah pendapat individu tertentu dengan pengkajian mereka.


Moga ada pihak lain yang dapat membuat kajian lebih lanjut dalam menetapkan tarikh kelahiran Rasulullah saw. Kajian-kajian lanjut itu sebenarnya akan lebih memajukan lagi perkembangan ilmu Sejarah dan Falak. Malah tarikh-tarikh peristiwa penting Islam yang lain juga wajar dibuat hitungan semula. Kita umat Islam di alaf baru sekarang telah banyak melahirkan ahli-ahli Sejarah Moden, Falak / Astronomi dan ahli-ahli Sains yang lain yang pastinya akan mengembang dan menyumbang kepada penguasaan ilmu pengetahuan kepada pembangunan ummah, InsyaAllah.


Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Walaupun sambutan Maulidur Rasul ini adalah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan, InsyaAllah.

Petikan daripada:-
Laman blog Hewi BKMIP

Disediakan oleh:-
afifzahrah

Wednesday, March 04, 2009

Pengisytiharan Ulama bantah PPSMI

Lihatlah dengan mata hati



Pengisytiharan Muafakat Ulama Membela Martabat Melayu' yang diadakan di Madrasah An-Nur, Pendang, dekat sini baru-baru ini membuktikan bahawa golongan ulama juga turut membantah isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang dilancar sejak tahun 2002.Berikut adalah teks penuh Pengisytiharan tersebut:-

Segala puji hanya untuk Allah Rabbul 'Alamin, Yang Maha Pengasih, Yang telah mengajar Al-Quran, Dia menciptakan insan, mengajarnya al bayan, Dia cipta semua dengan segala aturannya agar insan tidak merosakkan keseimbangan, supaya ditegakkan kesimbangan itu dengan adil dan tidak mengurangi keseimbangan yang telah disusun dengan peraturanNya.

Selawat dan salam untuk junjungan kekasihNya Rasulullah s.a.w serta ahli keluarga baginda dan seluruh sahabatnya, yang menjadi qudwah hasanah untuk seluruh insan, membawa rahmat untuk sekalian alam, membawa petunjuk dari zulamat kepada nur yang menerangkan, membebaskan perhambaan insan kepada makhluk kepada pengabdiaan hanya kepada Allah, yang mengangkat semua kaum dari Zillah kepada kekecemerlangan 'Izzah Islam.

Memahami bahawa bahasa mempunyai kaitan langsung dengan persoalan falsafah dan pegangan hidup seseorang Muslim,

Memahami bahawa dengan pemisahan agama dari bahasa akan membawa implikasi besar kepada kaum Muslimin dari sudut pandangan hidup Islam yang berasaskan Tauhid,

Menginsafi bahawa kepentingan penggunaan bahasa dalam Islam ada kaitan dengan makna yang boleh memberi kesan kepada nilai dan prinsip asas dalam kehidupan seseorang Muslim,

Meneliti bahawa fungsi bahasa sangat jelas kepentingan dan kedudukannya dalam pengembangan dan penyampaian risalah Islam,

Menginsafi betapa sekularisasi bahasa akan membawa kepada sekularisasi kehidupan kaum Muslimin, lantaran terpisahnya seorang Muslim dari bahasa yang mendidik konsep dan falsafah kehidupan beraqidah akan melunturkan kerangka berfikirnya terhadap tassawur Islam yang benar dan murni,

Menghayati betapa bahasa Melayu telah melalui sejarah Islamisasi yang tersendiri sejak kedatangan Islam di alam Melayu, oleh kerana itu ia telah menjadi bahasa yang terpileh untuk membentuk pegangan hidup Islam dikalangan ratusan juta kaum Melayu di nusantara ini,

Menerima bahawa Bahasa Melayu mempunyai kedudukan yang istimewa dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan sebagai bahasa Kebangsaan Negara ini,

Mengambil perhatian serius bahawa perlaksanaan PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris) sejak tahun 2002 , telah menjejaskan status dan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan Negara,

Menyesali bahawa PPSMI telah dilaksanakan dengan secara tergesa-gesa tanpa penelitian yang lebih terperinci dan tanpa mengambil pandangan balas dari ahli cendekiawan dan ilmuan Islam,

Memandang serius bahawa perlaksanaan PPSMI telah memberi kesan negatif dalam jangka masa pendek mahupun dalam jangka masa panjang kepada tahap prestasi pelajar-pelajar di kawasan luar Bandar,

Memberi perhatian berat kepada perlaksanaan PPSMI yang telah mengenepikan segala usaha menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu yang berkeupayaan tinggi untuk mendidik anak bangsa khasnya dan warga Negara amnya,

Dengarlah sikit pandangan Ulama'


Memahami bahawa perlaksanaan PPSMI oleh pihak kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran tidak mengambilkira segala hujah ilmiah berdasarkan undang-undang, sejarah, kesan sosio-budaya, pembinaan jati-diri dan tamadun bangsa, yang telah dibentang oleh pelbagai ahli pakar dan ahli akademik dalam Negara,

Mengesahkan bahawa beragama Islam dan bertutur dalam bahasa Melayu ada kaitan dengan ta'rif seorang Melayu mengikut Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan dan ini bermakna keserasian Bahasa Melayu dengan KeIslaman bangsa Melayu tidak dapat dipisahkan,

Maka kami sebagai golongan agama yang prihatin terhadap sebarang hal-ehwal yang ada kaitan dengan kedudukan Islam dan kaum Muslimin di Negara ini, berpendirian,

1.MENOLAK perlaksanaan PPSMI dalam sistem pendidikan Negara,

2.MEMBANTAH penerusan perlaksanaan PPSMI kerana ia menjejaskan kedudukan bahasa Melayu yang sudah diangkat martabatnya sebagai bahasa ilmu dan sekaligus bahasa Islam,

3.MENEGASKAN bahawa dalil agama untuk mengembalikan pengajaran sains dan Matematik kepada bahasa Melayu sangat kuat kami sandarkan kepada nas-nas naqli berikut:

-Menggunakan bahasa yang dapat menerangkan dan memahamkan konsep dan falsafah kebenaran adalah matlamat utama kenapa Al-Quran menggunakan bahasa ibunda Arab sebagai pengantar untuk menjelaskan makna dan intisari ajaran Islam kepada bangsa Arab.

"Dan demikianlah Kami wahyukan Al Quran kepadamu dalam bahasa Arab , agar engkau memberi peringatan kepada penduduk ibukota (Mekah) dan penduduk (negeri-negeri) di sekelilingnya serta memberi peringatan tentang Hari berkumpul (Qiamat) yang tidak diragukan adanya . Segolongan masuk syurga dan segolongan masuk neraka ". (Asy-Syura: 7)

-Bahawa bahasa yang tidak tercemar dengan makna dan faham yang terlepas dari konsep ketauhidan Allah dan membolehkan mesej asas Islam mengenai Ketuhanan disampaikan adalah punca kenapa Al Quran memileh bahasa Arab sebagai bahasa pengantar. Lantaran itu Bahasa Melayu yang telah sarat melalui proses Islamisasi adalah bahasa yang paling wajar dijadikan bahasa pengantar dalam sistem pendidikan Negara untuk menjayakan proses pembinaan tamadun islam dalam masyarakat Malaysia.

"Sesungguhnya Kami menurunkannya berupa Al Quran berbahasa Arab , agar kamu mengerti" (Surah Yusuf: 2)

"Dan demikian Kami menurunkan Al Quran dalam bahasa Arab dan Kami telah menjelaskan berulang-ulang didalamnya sebahagian dari ancaman agar mereka bertaqwa atau agar (Al Quran) itu memberi pengajaran bagi mereka"(Surah Toha: 113)

"Dan sungguh te;lah Kami buatkan dalam Al Quran ini segala macam perumpamaan bagi manusia agar mereka dapat pengajaran, iaitu Al Quran dalam bahasa Arab, tiada ada kebengkokan (di dalamnya) agar mereka bertaqwa" (Surah Az Zumar :27- 28)

"(Al Quran ini) diturunkan dari Tuhan Yang Maha Pengasih , Maha Penyayang , Kitab yang ayat-ayatnya dijelaskan bacaan dalam bahasa Arab untuk kaum yang mengetahui" (Surah Fussilat : 2-3)

"Demi kitab (Al quran) yang jelas . Kami jadikan Al Quran dalam bahasa arab agar kamu mengerti� (Surah Al Zukh�ruf :3) Semua ayat-ayat ini menjelaskan betapa bahasa ada kaitan dengan mesej risalah Islam yang disampaikan kepada manusia.

Manakala bahasa Melayu yang sarat dengan konsep Islam dari Al Quran diketepikan penggunaannya dalam pengembangan ilmu ,maka kesan sekularisasi bahasa yang telah berlaku dalam sejarah pengembangan bahasa inggeris yang sangat dipengaruhi oleh sejarah sekularisasi agama Kristian akan mempunyai impak kepada masyarakat Melayu islam di Negara ini.

4.MENDESAK supaya perlaksanaan PPSMI hendaklah diberhentikan dan penggunaan bahasa Melayu kembali digunakan sebagai bahasa pengantar dalam semua matapelajaran kecuali dalam pengajaran bahasa yang lain , di seluruh institusi pendidikan di semua peringkat .

5.MENUNTUT agar kerajaan mengekalkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu untuk membentuk tamadun tinggi dalam masyarakat, sementara memberi ruang untuk pelajar mempelajari pelbagai bahasa lain untuk meningkatkan keupayaan menguasai pelbagai ilmu dari sumber bahasa yang lain,

6.MENDESAK agar tulisan jawi kembali diperkasakan dalam sistem pendidikan Negara termasuk mengalakkan urusan rasmi menggunakan tulisan jawi sebagai identiti negara,

7.MENEGASKAN bahawa pengajaran bahasa Inggeris perlu dipertingkatkan kaedah dan pendekatannya, namun bukan dengan cara mengenepikan bahasa Melayu sebagai pengantar matapelajaran seperti yang dilaksanakan dalam PPSMI masakini,

8.MENGGESA supaya penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar hendaklah diperundangkan dan dikuatkuasakan dalam semua sektor Negara semada awam mahupun swasta.

9.MENEGASKAN bahawa pihak kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran tidak boleh berdaleh dengan alasan pencapaiaan UPSR , PMR mahupun SPM untuk menjadi asas untuk meneruskan atau memberhentikan perlaksanaan PPSMI,

10.MENDESAK supaya pihak kerajaan tidak menggunakan dalil mencapai kemajuan bertaraf dunia sebagai alasan untuk meneruskan PPSMI kerana hujah ini sudah muktamad ditolak oleh perbandingan dan bukti dengan pelbagai Negara lain yang tidak mengutamakan bahasa Inggeris untuk mencapai kemajuan sesuata bangsa dan Negara.

11.MENGESA agar seluruh warga pendidik dan waris pelajar-pelajar disemua institusi pendidikan Negara agar bersama bersatu untuk membantah perlaksanaan PPSMI

Dengarlah rintihan Ulama' bahasa ini

Monday, March 02, 2009

KHASIAT PELUK ISTERI

Sekadar gambar hiasan

Tips Rumahtangga - KHASIAT PELUK ISTERI

Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah

KHASIAT PELUK ISTERI


(UNTUK YG DAH BERKAHWIN..YG BELUM KENA CEPAT2 KAHWIN)

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk
sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang
umurnya lima tahun.

Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah
berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar
di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap
kesihatan.

``Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk
isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan
boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai
hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan
tubuh.

``Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus
lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,'' katanya
ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks:
Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit' di
Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam
anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel
Sheraton Subang di sini hari ini.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi
yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan
keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif
dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan
dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan
sunah Rasulullah s.a.w.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS)
juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap
kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

``Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan
berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,''
katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta
persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih
sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda
dan berketerampilan menarik.

``Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan
bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,''
kata Fadzilah.

P.s: ada sebabnya Nabi SAW menggalakkan ummatnya berkahwin... :-))


Seks adalah Multivitamin?

Bila Anda enggan melakukan hubungan seks kerana sedang sakit kepala,
maka segeralah mencari alasan lain yang lebih masuk akal. Perlu diketahui
bahawa melakukan hubungan seks itu justru boleh menghilangkan sakit kepala.
Tidak percaya? Mari semak beberapa penjelasan ilmiah di bawah ini.
Mari kita berbicara sedikit ilmiah bagaimana Seks boleh menghilangkan sakit kepala.
Saat setelah orgasme, otak akan memerintahkan tubuh untuk mengeluar
hormon pembunuh rasa sakit. Hormon itu adalah hormon yang bekerja dan
memiliki efek seperti morfin. Secara awam mungkin boleh diartikan bahawa
semakin banyak orgasme, maka semakin banyak "obat sakit kepala"
yang dikeluarkan.

Hubungan seks juga boleh membuat Anda lebih peka. Daya cium Anda akan
meningkat seiring frekuensi hubungan seks. Perlu diketahui bahwa
saraf-saraf penciuman dalam hidung, akan dipacu bekerja ganda ketika
Anda sedang bergairah. Hal ini terjadi kerana aliran darah menuju ke
hidung meningkat.

Bukan rahasia lagi apabila melakukan hubungan seks secara rutin
terbukti dapat meningkatkan kualitas kesehatan Anda. Dalam Secret of the
Superyoung, penulis yang juga Ahli Saraf di Roy al Edinburgh Hospital,
David Weeks,mengatakan bahwa melakukan hubungan seks dalam porsi
cukup, boleh membuat anda tampil 10 tahun lebih muda.

Oh ya, seks juga mujarab sebagai ubat stres. Bila merasa tegang, maka
seks boleh membantu Anda menjadi lebih rileks dan mengurangi beban akibat
rutin kerja seharian. Selama melakukan hubungan seks, tubuh akan
mengeluarkan endorphin, yakni hormon yang boleh menciptakan perasaan enak dalam
otak.Perlu diketahui pula, berdasarkan sebuah penelitian, melakukan seks
secara eratur ternyata boleh meningkatkan sistem kekebalan tubuh sampai 30%.

Hubungan seks menghasilkan hormon melatonin, yang baik untuk melawan
bakteria dalam darah, menghindari efek-efek penuaan dan memberi efek
mengantuk. Dengan demikian, Anda boleh terhindar dari penyakit flu
dan masuk angin tanpa harus tergantung pada obat dan jamu-jamuan.

Dengan takdir Tuhan, Anda boleh panjang umur berkat hubungan seks.
Percaya atau tidak, setelah melakukan study lebih dari 10 tahun di
negara bagian Welsh, Inggris, Profesor dari Bristol University , Shah
Ebrahim, mengatakan bahwa seks dapat mengurangi risiko terkena serangan
jantung atau stroke. Menurut Embarhim, melakukan hubungan seks itu lebih
sehat daripada jogging.

Dengan melakukan seks sebanyak tiga kali seminggu, berarti Anda memperoleh
ekstra pembakaran kalori hingga 8000 kalori per tahun. Bila tubuh
melakukan pembakaran kalori yang mendekati sempurna ini, Anda akan
merasa lebih sehat dan bahagia.

Mungkin Anda belum mengetahui bahwa setiap 100 kali orgasme, berarti
anda terhindar dari kematian premature hingga 36% kerana darah boleh
menembus daerah-daerah "mati" ketika malakukan seks, sehingga daerah-daerah itu
boleh diperbarui. Dengan melakukan hubungan seks, berarti Anda
merangsang regenerasi sel-sel dalam tubuh Anda sendiri.

Namun yang paling utama dan penting dari itu semua adalah, semakin sering
melakukan hubungan seks, maka Anda akan semakin romantis. Hormon
oxytocin yang dikeluarkan setiap kali orgasme, boleh meningkatkan daya
romantisme, seperti selalu ingin memeluk dan mencium, atau sebaliknya.
Dengan demikian, hubungan cinta Anda boleh dikatakan relatif aman
damai. (amboi, bab2 camni khusyuk betoi korang baca ek? hahaha)

hasil nukilan :-

afifzahrah
(www.imamazhari.blogspot.com)

Gambar Hiasan Sahaja