Monday, July 26, 2010

30 PENGKHIANATAN UMNO

30 PENGKHIANATAN UMNO
Kini nada perpaduan Melayu dipalu sekali lagi. Apa salahnya, Islam juga yang untung, kata mereka. Buat sebahagian generasi muda yang mungkin tidak mengingati, mari kita ikuti sejarah pengkhianatan Umno terhadap bangsa Melayu :

1. Siapakah yang menukar wang Royalti kepada wang Ehsan pada tahun 2000 apabila PAS berjaya merampas negeri dari tangan BN dalam PRU 1999?

2. Siapakah yang menghalang kerajaan kedua2 negeri bermajoriti 95%Melayu menikmati hasil royalti Petronas, sedang negeri2 seperti Sabah dan Sarawak tidak dikenakan tindakan sama?

3. Siapakah yang menghalau peneroka bandar Melayu di Kg Berembang, Kg Plentong, Kg Chubadak, Kg Malaysia Tambahan?

4. Siapakah yang menghalau Melayu Pulau Pinang dengan helah pembangunan hingga mereka merempat ke Seberang Jaya dan Kedah Selatan?

5. Siapakah yang menggadai Tanah Rezab Melayu hampir 50% dari 3 juta hektar pada 1948 kepada 1.6 juta hektar pada 1997?

6. Siapakah yang membunuh orang Melayu kerana perbezaan fahaman politik di Kg Memali, Lubuk Merbau dan Hutan Aji?

7. Siapakah yang membolot saham AP untuk menantu dan kroni, sedang ia adalah hak setiap rakyat dibawah dasar DEB?

8. Siapa yang melingkupkan dasar DEB hingga milikan ekuiti Melayu tersekat kepada 18% pada 2000.

9. Siapakah pula yang memansuhkan DEB, dan diganti dengan dasar Liberisasi dan Model Ekonomi Baru yang mesra kapitalis dan anti subsidi?

10. Siapa yang menyelewengkan dana untuk orang2 Melayu yang miskin dalam program PPRT?

Sila klik disini: http://bit.ly/b8adGt

11. Siapa yang mengkhianat wasiat Raja2 Melayu menjelang kemerdekaan supaya tidak diserah bukit, gunung dan pulau kepada bukan Melayu?

12. Siapa yang mencipta krisis perlembagaan 1982 yang menyebabkan kuasa Yang DiPertuan Agung terhakis dan hanya sekadar menjadi rubber stamp Parlimen?

13. Siapa pula yang melucutkan kekebalan raja2 Melayu pada awal 1990-an?

14. Siapa yang menggelarkan rajanya 'MENATANG' bila namanya ditolak sebagai Menteri Besar Terengganu selepas PRU12 yang lalu?

15. Siapakah yang mengubah sempasan kawasan undi majoroti Melayu bila Melayu sendiri menolak Umno dalam PRU 1999?

16. Siapa yang melanggar peruntukan Perlembagaan mengenai hak2 istimewa Melayu untuk mendapat biasiswa?

17. Siapa yang menukar biasiswa kepada pinjaman dengan kadar 4%?

18. Siapa yang mencemar bahasa Melayu dengan istilah-istilah "infotainment", "boulevard", "presint", "bajet" dan lain2?

19..Siapa yang menukar bahasa pengantar dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris dalam pembelajaran Sains dan Matematik pada ketika jurang pendapatan bandar-luar bandar semakin melebar?

20. Siapa yang mencadangkan syarat wajib lulus Bahasa Inggeris untuk SPM dan bahasa pengantar Inggeris di universiti2?

Sila klik disini: http://bit.ly/b8adGt

21. Siapa yang jual air kepada negara jiran dengan harga 3 sen 1000 liter, dan jual balik kepada rakyatnya sendiri dengan harga 80 sen 1000 liter?

22. Siapa yang serah blok minyak kepada negara Brunei tanpa persetujuan DUN, Parlimen atau YDPA?

23. Siapa yang cuai menjaga tanahair sendiri hingga Pulau Batu Putih dan Singapura terlepas ke negara orang?

24. Siapa yang menghapuskan tulisan jawi dari diajar di sekolah2?

25. Siapa yang kata Sekolah Agama Rakyat (SAR) tempat melahir militan dan ekstrimist?

26. Atas alasan itu, siapa yang menghentikan geran perkapita kepada SAR hingga menyebabkan sebahagian institusi pendidikan agama hidup segan, mati tak mahu?

27. Siapa yang mencadangkan pelan pembangunan Kg Baru Kuala Lumpur hingga membuka milikan kepada 40% bukan Melayu?

28. Siapa yang kekang akta2 maklumat, Auku dan pandangan2 kedua orang Melayu supaya orang Melayu senang diperbodohkan?

29. Siapa yang naikkan harga petrol,diesel dan barangan asas kepada ketika Melayu adalah golongan majoriti yang miskin di negara ini?

30. Siapakah pula yang memperbodohkan dirinya konon mengaku Melayu sedang nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) dibuang dan diguna bahasa penjajah UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION (UMNO)?

Sila klik disini: http://bit.ly/b8adGt

Senarai pengkhianatan Umno terhadap orang2 Melayu memang panjang. Ia tidak habis untuk ditulis dalam sehari. Apa yang penting, ia sudah terakam dalam sejarah. Khalayak yang memalu gendang perkauman ini patut malu pada diri sendiri, pada saat mereka di puncak kuasa tidak pernah pula terdengar retorik Islam dan Melayunya. Kini menyedari kuasa semakin jauh dari genggaman, tidak perlu lah lagi umat Melayu yang selama ini diperbodoh dan diperkuda semahunya, memberi bantuan talian hayat dan oksigen.

Kalaulah Umno hidup ribuan tahun yang lalu, mungkin epik Yunani Homer, Illiad and Oddysey atau pun Hikayat 1001 Malam tidak akan mendapat tempat di sisi penglipur lara, penulis buku, pemikir sastera-sejarah, pemikir sosiologi mahu pun pembuat filem. Demikian banyaknya yang dikisah dalam hikayat dari Parsi itu, mengikut lagenda, sesiapa yang membaca seluruh koleksi cerita ini akan menjadi gila.

Alahai, kalau membaca hikayat sepanjang ini menjadi gila, siapa pula yang mampu mengingati ratusan pengkhianatan Umno terhadap Melayu. Besar kemungkinan anda akan jadi 'mereng'.

Sunday, July 25, 2010

Dosa UMNO pada PAS bolehkah dilupakan?

Isu harga gula dan minyak tenggelam dek isu perpaduan antara PAS dan UMNO. Liciknya media haram jadah yang cuba mengalihkan tumpuan rakyat pada masalah negara. Jika UMNO beria-ia nak sangat perpaduan dengan PAS, UMNO kena mengaku segala kesalahan yang telah dibuat pada orang2 PAS antaranya

1. Mengaku atas kesalahan membunuh dan menggelar AsSyahid Ustaz Ibrahim Libya sebagai penderhaka dalam kes Memali.

2. Mengaku salah atas kesalahan mendiskriminasi terhadap kerajaan PAS Kelantan bermula tahun 1990 hingga kini.

3. Mengaku salah diatas penarikan Royalti minyak masa PAS perintah Terengganu dan begitu juga dengan Kelantan

4. Mengaku salah diatas penarikan sumber kewangan sekolah agama Rakyat.

5. Mengaku salah diatas penubuhan JPP dinegeri yang UMNO kalah.

6. Mengaku salah terhadap pertuduhan luar bisasa DSAI ( Pemimpin Melayu).

7. Mengaku salah diatas ketidakperihatinan UMNO dalam menjaga maruah umat Islam khususnya dalam mengawal aktiviti hiburan yang terlampau yang kebanyakan terdiri dari anak-anak melayu.

8. Mengaku salah diatas percambahan program maksiat yang banyak dinegara ini.

9.Mengaku salah diatas kelemahan dan kepincanagan tadbir urus syarikat-suarikat seperti FELDA dan Sime Darby.

10. Mengaku salah diatas sekatan terhadap akhbar2 pembangkang

11. Mengaku salah kerana tidak mengiktiraf Islam yang dibawa oleh PAS. Sebagai contoh Hukum Hudud dikatakan Hudud PAS.

12. Memohon maaf diatas keceluparan ahli UMNO yang mengatakan PAS Parti Ajaran Sesat.

Cukuplah sekadar itu untuk dijadikan renungan . PAS sewajarnya mengambil kesempatan ini untuk menggantikan UMNO bukannya bekerjasama untuk selamatkan UMNO.

Sifat curiga pada bukan Melayu akan menjadikan PAS sama sahaja dengan UMNO. Inilah masanya bagi PAS sebagai alternatif terbaik untuk memastikan keadilan Islam itu sampai kepada semua bangsa. Bukan seperti yang diamalkan oleh UMNO . Untuk Melayu No (UMNO). Kalau jadi Ketua Bahagian atau ada dalam pimpinan UMNI akan kenyang selama2nya termasuk anak pinak, kaum kerabat.

Perpaduan Islam tidak hanya pada bangsa2 tertentu sahaja.Apa salahnya masyarakat bukan Islam dinegara ini. Jika dahulu masa UMNO tengah kuat ada tak mereka nak wujudkan isu ini?

Pada pimpinan PAS usahlah kita pikirkan sangat soal ini.Fokuskan tumpuan dalam menyebarkan syiar Islam pada orang bukan Melayu dikala PAS kini mula mendapat sokongan dari golongan ini. Lupakanlah UMNO jika PAS inginkan kejayaan yang cemerlang dalam PRU 13. Ingat ! Orang sekarang dah meluat nak sebut UMNO .

Fikirlah yang terbaik mudah-mudahan Allah taala akan memberi kekuatan pada kita semua.Fakta-fakta yang dikemukan ini bukannya sebagai syarat tetapi untuk berkongsi bersama dengan semua siapa UMNO sebenarnya. Mungkin ada lagi yang boleh dikongsi bersama.

Posted on Saturday, July 24 @ 08:02:11 PDT by paktam
Oleh kopiahijau

Saturday, July 24, 2010

Perpaduan: Jangan terperangkap politik murahan Umno

Perpaduan: Jangan terperangkap politik murahan Umno
PAS menyeru seluruh umat Islam dan orang Melayu supaya tidak terperangkap dengan agenda politik murahan Umno yang memukul gendang perpaduan.

“Inilah agenda Umno pada setiap kali sesak nafas mereka akan meminta 'oksigen' dari PAS,”

Saya mengucapkan terima kasih kepada Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria yang bijak membuat bacaan politik bahawa kuasa politik Melayu Umno akan hilang.

Kenyataan mufti itu menambahkan lagi keyakinan bahawa PAS mengambil tempat Umno dan memberi harapan baru kepada umat Islam dan bangsa Melayu.

Saya ingin menegaskan bahawa tanpa Umno umat Islam dan bangsa Melayu mampu berdiri megah dan gagah untuk muncul dengan kuasa baru politik bersama semua kaum di bawah payung Pakatan Rakyat.
“PAS menyeru seluruh umat Islam dan orang Melayu untuk bersama menyertai PAS bagi memikul tugas baru untuk meletakkan kembali Melayu dan Bumiputera pada landasan yang betul dan membangunkan Malaysia bersama semua kaum sebagai warganegara Malaysia yang bertanggungjawab,”

Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa PAS tidak akan bekerjasama dengan Umno yang menjadi sekutu zionis Yahudi.

Umno secara jelas melalui pemimpin utamanya yang menguasai Kerajaan Malaysia telah melantik syarikat perunding APCO Worldwide yang merupakan proksi kepada gerakan zionis antarabangsa yang menjaga kepentingan politik Israel dan Amerika sebagai penasihat Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN).
“Perbuatan ini satu pengkhianatan kepada perjuangan umat Islam dan rakyat Palestin,”

Kerajaan Umno BN juga menjalinkan hubungan perdagangan secara rahsia dengan negara haram Israel dan membantu memperkukuhkan ekonomi rejim zionis Israel.

Ini, dibuktikan dengan berlabuhnya kapal dagang milik Israel di Pelabuhan Klang baru-baru ini serta keputusan kabinet yang membenarkan hubungan dagang dengan Israel dibuat secara rahsia.

PAS, tegasnya sekali-kali tidak akan mengkhianati perjuangan umat Islam dan rakyat Palestin.

PAS kesal dengan tindakan kerajaan Umno BN yang menikam dari belakang ke atas umat Islam dan rakyat Palestin.

Bantuan dihulur untuk rakyat Palestin tetapi dalam masa yang sama membantu pengukuhan ekonomi negara haram Israel.
“PAS akan terus memperkukuhkan hubungan dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat bagi membina Malaysia baru dan terus melindungi Islam dan apa sahaja yang berkaitan dengan Melayu dan Bumiputera yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan, di samping menjamin hak semua kaum turut dilindungi dengan menjadikan prinsip keadilan sebagai teras pembangunan sesuai dengan Islam sebagai agama pembawa rahmat seluruh alam,”

http://gemasuara.blogspot.com/

Wednesday, July 21, 2010

7 Sunnah Rasullalah SAW yang terbaik….

7 Sunnah Rasullalah SAW yang terbaik….

"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

* (1) Tahajjud

kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. .

* (2) membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari

Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

* (3) jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh.

Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

* (4) jaga solat dhuha

kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

* (5) jaga sedekah setiap hari.

Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

* (6) jaga wudhu terus menerus

kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

* (7) amalkan istighfar setiap saat..

Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya.

Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

WASSALAM

 Umno sudah terlalu terdesak — Zaid Ibrahim Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 20 Julai: Bekas ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Zaid Ibrahim menyifatkan parti itu terlalu terdesak sekarang sehingga sanggup meminta belas kasihan dari PAS untuk menyelamatkan mereka.

"Setiap hari mereka meminta belas kasihan PAS untuk menyelamatkan mereka. Mereka tidak berhenti-henti bercakap pasal ‘Selamatkanlah Melayu dan Islam’ sedangkan kita semua tahu maksud yang tersirat ialah ‘Selamatkanlah Umno yang sudah hilang kepercayaan Rakyat sambil bergelumur dengan masalah dalaman hari ini.’

"Yang terakhir sekali, Presiden Umno meminta PAS bersetuju bertemu tanpa sebarang syarat.

"Ini menunjukkan betapa terdesaknya parti yang pada suatu masa dahulu disebut oleh Sanusi Junid sebagai parti Melayu Islam yang terbesar di dunia," kata Zaid (gambar) dalam blognya.

"Sebagai seorang bekas ahli parti Umno yang telah lama memberi sumbangan dan khidmat sokongan pada parti tersebut — dan walaupun telah dipecat dan dimaki hamun setiap masa dan ketika — saya berasa kasihan melihat Umno yang begitu lemah atau ‘pathetic’ dan hilang maruah sejak kebelakangan ini," tulisnya lagi.

Zaid yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Umno Bahagian Kota Bharu berkata, ahli-ahli Umno sudah hilang keyakinan sehingga nak buat mesyuarat pun tak dapat dilakukan dengan sempurna.

Mereka juga sendiri tertanya-tanya apakah relevennya parti itu pada zaman sekarang ini, tulisnya.

Bgai beliau, ahli Umno kini tidak mahu menerima hakikatnya bahawa: budaya politik dan perjuangan serta cara mereka itu sudah tidak boleh digunapakai lagi pada masa kini.

Mereka percaya dengan menggunakan kekerasan, meningkatkan propaganda, dan menakutkan orang Melayu tentang kehilangan hak dan kedudukan mereka dalam negara jika tiada Umno, akan menarik kembali sokongan orang Melayu kepada mereka.

"Betapa silapnya teori politik mereka," tegas Zaid yang baru dilantik sebagai Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan.

Bagi Zaid, ada lima perkara, jika ianya dilaksanakan, mungkin boleh memberi sedikit ruang untuk Umno dihidupkan kembali dan menyelamatkan parti tersebut di PRU 13:

Pertama, kes terhadap Anwar Ibrahim itu tidak diteruskan; kedua, memansuhkan ISA dan segala kuasa yang menahan orang politik; ketiga, bertindak dengan kata sepakat dan secara terhormat dengan Parti Pembangkang (Pakatan Rakyat) tentang dasar-dasar utama ekonomi negara dan pelaksanaannya; keempat, menyerahkan kepada kerajaan Negeri kuasa dan hak mereka yang sah dan wajar; dan terakhir, memberi kebebasan kepada akhbar dan TV supaya berita menjadi sumber maklumat sebenar dan bukan alat dakyah politik.

Sebagai bonus, ketua-ketua Umno dan yang berjawatan menteri atau ketua menteri yang jelas korup dan sekian lama menyalahgunakan kuasa, diberhentikan serta merta dan digantikan dengan pemimpin yang boleh diterima rakyat, cadang beliau.

"Ini adalah cara terhormat untuk sebuah parti sebesar itu berubah atau bertindak untuk memberi nafas dan iltizam baru kepada ahli-ahli mereka yang sekarang ini tenat dan bosan dengan keadaan. Ubahlah cara mereka mentadbir negara ini. Bukan dengan setiap hari menangis dan meminta supaya PAS menyelamatkan mereka," katanya.

"Walaubagaimanapun, saya juga yakin bahawa semua cadangan cadangan ini tidak akan dilaksanakan.

"Orang yang dalam ketakutan selalunya tidak dapat berfikir dengan wajar dan inilah keadaan sebenar Parti Keramat ini.

"Biarlah si lunchai lompat dengan labu-labunya," ujar Zaid dalam tulisannya.

Friday, July 16, 2010

Adolf Hitler : Sudut Kisah Yang Jarang Kita Dengar

Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini...



Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : "Ada dua sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.



Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...





Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...

Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy



Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...





Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds



Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...


2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"


3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...


Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.

Thursday, July 15, 2010

bercakap baik


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


sekadar berpandangan..
nabi ada mmbicarakan hal spt ini dalam hadisnya..."Barangsiapa yang mempercayai Allah & Hari Qiamat, maka eloklah dia bercakap benda2 yang baik @ senyap sahaja"(moga kita digolongkan d kalangan ini)...amin

Wednesday, July 14, 2010

daie

Dalam berdakwah kita perlu ada sifat tenang seperti Saiyiduna Abu Bakr, tegas seperti Sayiduna 'Ali, lemah lembut seperti Saiyiduna 'Usman dan garang seperti Saiyiduna 'Umar Radhiallahu 'anhum...


halatuju

Tuesday, July 13, 2010

Kenaikan Kadar Mas Kahwin di Negeri Pahang

Cadangan Kenaikan Kadar Mas Kahwin di Negeri Pahang

Sebagai rakyat Pahang, saya tertarik untuk menulis berhubung pemberian mas kahwin kepada kaum wanita yang baru berstatus isteri. Mas kahwin @ mahar@ As-Sadaq@ Al-Ajr dan lain-lain istilah ialah pemberian wajib seorang suami kepada isteri setelah ijab Kabul. Kadar mas kahwin yang diberi kepada setiap isteri di Pahang pada waktu ini ialah RM22.50 kepada isteri yang asalnya anak dara atau janda. Ada berbagai-bagai pandangan berhubung hal ini. Ada pihak yang menyokong dinaikkan kadar mas kahwin itu. Ada pihak yang menolak dan ada yang suka pada kadar sedia ada.
hiasan
Penggunaan kadar mas kahwin RM22.50 ini sudah diamalkan lebih kurang hampir 100 tahun (sumber Berita Harian- 23 March 2010). Sudah terlalu lama. Saya andaikan tempoh itu kurang sedikit 100 tahun berdasarkan fakta perundangan di negeri Pahang. Di negeri Pahang, pentadbiran Inggeris telah menggubal undang-undang keluarga bermula pada tahun 1920. The Muhammedan Marriage and Divorce Registration enactment 1900 diperkenalkan di Pahang serentak dengan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu yang lain. Kandungan perutukannya hampir sama dengan apa yang ada di negeri-negeri lain iaitu berhubung pendaftaran perkahwinan, perceraian, rujuk dan perlantikan Qadhi. Seterusnya pada tahun 1920, diluluskan The Muhammedan Marriage and Divorce Registration enactment No. 1 of 1920. Enekmen ini lebih teratur berbanding enekmen sebelumnya tetapi masih dalam skop yang serupa. Enekmen 1920 tersebut terus dipakai sehingga tahun 1935 apabila enekmen ini dimasukkan ke dalam Undang-undang Semakan Negeri-negeri Melayu Bersekutu Bab 197, 1935 (Muhammedan Marriage and Divorce Chapter 197 of Revised Law of the Federated Malay state 1935).
Nilai RM22.50 sen ini merupakan nilai yang tinggi kepada masyarakat Pahang pada masa yang lalu. Namun begitu mereka akur dan menyanggupi untuk membayar nilai mas kahwin itu sebaik sahaja selesai diijab Kabul. Demikian hebatnya pemuda Pahang pada masa lalu dalam soal melunaskan mas kahwin ini kepada isteri mereka. Pada tahun-tahun 1930-an, seekor kerbau jaras dapat dibeli pada nilai RM16.00. Ini bermakna nilai RM22.50 itu boleh membeli seekor kerbau jaras dan dua ekor anak kerbau usia sebulan. Jika hendak dikira pada nilai semasa tahun 2010 ini, tentulah sejumlah RM3,000.00 nilai mas kahwin itu.
Berbalik kepada hal mencadangkan kenaikan kadar mas kahwin daripada RM22.50 ke satu kadar yang lebih tinggi. Ada juga yang berpandangan, janganlah naikkan tinggi sangat sampai tak mampu dibayar dan terpaksa berhutang pula kepada isteri.
Ada juga yang menyogohkan hadis, " Sebaik-baik mas kahwin itu ialah yang termudah ( al-Shaukaniy, nil al-awtar,juzuk 7, hal.362). " Berilah isterimu sekalipun hanya sebentuk cincin dari besi ( Al-Sunaniy, Subul al-Salam, Mustafa al-Babbyi al-Halabi, Mesir, 1369H,1950, juzuk 3, hal 114).
Ada juga memberi pandangan bahawa jika sampai tidak ada barang berupa harta untuk dijadikan mas kahwin, dibolehkan ayat-ayat al-quran yang diajar kepada isteri sebagai mas kahwin.
Bagi yang mahu kadar mas kahwin itu pada kadar yang rendah, suka sangatlah mereka menyogohkan hadis ini. Ada pun dalam soal memberi cincin besi yang disebutkan dimaksudkan satu harta bernilai. Pada waktu peperangan, sebentuk cincin besi adalah tinggi juga nilainya. Demikian juga jika dinilai mengajar isteri yang tidak tahu apa-apa tentang al-Quran. Jika nilai mengajar itu dibandingkan dengan yuran kelas tuisyen (sekali belajar/jam), tentu mengambil waktu yang panjang untuk membolehkan isteri itu menguasai ilmu al-Quran. Maknanya ada nilai tinggi juga. Bayangkan untuk membolehkan isteri menghafaz surah Yasin yang cuma 83 ayat, tentu mengambil masa 20 hingga 30 jam. Jika satu jam dinilai perlu dibayar RM20.00. Tentu kos RM600.00 diperlukan untuk menjadikan isteri itu hafizah al-Yasin. Besar juga nilai wang untuk hal yang dianggap mudah itu. .
Setelah melihat penetapan kadar mas kahwin ini, mazhab Shafi'e, Maliki dan Hambali tidak menetapkan had minimum dan maksimum kadar mas kahwin. Cuma di dalam mazhab Hanafi disebut sekurang-kurangnya 10 dirham (RM97.00). Namun begitu perlu diingat, negeri Pahang mewartakan penggunaan mazhab Shafi'e sebagai rujukan segala peraturan yang hendak dilaksanakan di negeri Pahang.

Dalam pada itu, ramai di kalangan ibu bapa, ahli-ahli agama, bakal pengantin perempuan, bakal pengantin lelaki, kerabat diraja, NGO Wanita Pahang yang ditemui mengakui perlu ada perubahan kepada kadar mas kahwin di negeri Pahang ini. Ada yang mencadangkan dinaikkan seperti di Selangor yang menetapkan RM300.00 dan sebarang nilai tunai yang lain disebut mas kahwin atau seperti di Negeri Sembilan yang menaikkan kadar mas kahwinnya kepada RM200.00.

Namun begitu, ada juga yang mencadangkan nilai sentimental RM22.50 sen itu jangan dibuang. Jadikanlah nilai baru itu contohnya RM125.50 sen atau RM225.50 atau nilai yang lebih tinggi. Nilai RM22.50 sen itu sangat sentimental buat orang Pahang. Teruskanlah dan jangan dibuang begitu sahaja.
Anak-anak muda yang ingin bernikah di Pahang. Apakah nilai RM22.50 itu terlalu murah dan perlu dinaikkan atau memadai dengan nilai itu atau tidak ada masalah untuk dinaikkan? Berapa nilai baru yang sanggup dibayar nanti?
Apa pula pendapat puteri-puteri yang belum mendapat mas kahwin. Tentu mereka ingin dinaikkan mas kahwin itu. Tetapi jumlahnya berapa? Dan bagi yang sudah berkahwin, tentu ada juga cadangan dalam hal ini.

Saturday, July 10, 2010

bacalah..

Kehebatan dan kebijaksanaan Yahudi


Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah:

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil"

Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.

1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka.

3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.

6 . Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wani ta. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.


Ini adalah sebahagian artikel dlm blog tersebut..sila bace dgn lebih lanjut di http://holywar- efairy.blogspot. com/2009/ 12/pope-roman- peter-ii- cantus-benedicti ne.html

musim kahwin

masuk sahaja hari mnggu ramai aja yg kahwin...bukan setakat cuti sekolah , bahkan hari mnggu sahaja ramai yang kahwin..
salam tahniah kepada sepupuku yg sudah berkahwin...


kahwin

Wednesday, July 07, 2010

rejab syaaban ramadhan

Allahuma bari lana fi Rejab, wa syaaban wa ballighna fi Ramadhan...


Dapatkan

Monday, July 05, 2010

Keistimewaan

19 Keistimewaan Wanita

Berbahagialah wahai wanita shalehah. Sebab Rasulullah SAW bersabda, “Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita shalihah.” (HR. Muslim, Ahmad, dan An-Nasa’i). Disisi lain berhati-hatilah sebab Beliau SAW juga berpesan tentang fitnah terbesar dari kaum mu, “Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela-selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita.” (H.R. Bukhari, Muslim, Ahmad, at-Tirmidzi, An-Nasa’i dan Ibnu Majah).
istimewa

1. Do’a wanita lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada Bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”
2. Wanita yang solehah itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang saleh.
3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seperti orang yang senantiasa menangis karena takut Allah SWT dan orang yang takut Allah SWT akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.
4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang, makanan dari pasar kerumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukai akan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S
5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya, akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam surga.
6. Barang siapa yang mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah surga.
7. Dari Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya api neraka.”
8. Surga itu di bawah telapak kaki ibu.
9. Apabila memanggilmu dua orang ibu bapamu maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu surga. Masuklah dari manapun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat pada suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama dia taat kepada suaminya dan rekannya (serta menjaga sholat dan puasanya).
12. Aisyah r.a. berkata, “Aku bertanya pada rasulullah SAW, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab baginda, “suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” jawab Rasulullah SAW, “Ibunya.”
13. Perempuan apabila sholat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya, serta taat pada suaminya, masuklah dia dari pintu surga mana saja yang dia kehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia kedalam surga lebih dahulu daripada suaminya (10.000 tahun)
15. Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.
16. Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT
17. Apabila seorang perempuan melahirkan anak, keluarlah ia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkan
18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan dari susunya diberi satu kebajikan
19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT

Saturday, July 03, 2010

Surah Penawar

Surah Al-Kautsar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah
dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripadabatu
permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada
susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w.
kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang
dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t.
makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher,
Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air
mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan
Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk
ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah
s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah
tetapi dizalimi.

Perkara yg baik kita amalkan slalu. Sebar2kan kepada kekawan, terima kasih. ....

KAEDAH MENYAMBUT KELAHIRAN BAYI DLM ISLAM

KAEDAH MENYAMBUT KELAHIRAN BAYI DLM ISLAM

-untuk bacaan para bakal ibu dan bapa.. serta yang sudah bergelar ibu atau bapa.. semoga bermanfaat.

nyendel

Objektif :

Kaedah ini bertujuan memberitahu kepada suami akan beratnya kesakitan yang dihadapi oleh isteri ketika hendak melahirkan anak dan menuntut suami supaya sentiasa berada disamping isterinya agar beban kesakitan dapat dikurangkan.

Kaedah ini juga bagi membimbing suami supaya dapat menyambut kelahiran anak mengikut cara yang digarispandukan oleh Islam.

Aktiviti :

1. Suami Berada Di Samping Isteri Ketika Saat-Saat Isteri Hendak Bersalin.

Alangkah gelisah dan kritikalnya saat-saat akan melahirkan anak lebih-lebih lagi bagi ibu yang pertama kalinya akan melahirkan anak. Suami perlu memberikan motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan sabar, di samping suami harus banyak berdoa kepada Allah serta banyak beristighfar dan berselawat disamping membanyakkan bacaan surah Al-Insyiqa’ dan surah Al-Hasyr.

Firman Allah Taal dalam surah Luqman ayat 14 :

Maksudnya : “Dan Kami wajibkan menusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga ke akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

2. Azan Di Telinga Kanan Dan Iqamah Di Telinga Kiri.

Suami hendaklah segera mengazankan di telinga kanan anak yang baru lahir dan diiqamahkan di telinga kiri dengan tujuan supaya dijauhi anaknya dari gangguan syaitan dan supaya kalimah pertama yang dapat didengar oleh bayi ialah kalimah Allah. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Rafi’ r.a. Rasulullah bersabda :

Maksudnya : “Aku melihat sendiri Rasulullah s.a.w. mengazankan Al-Hassan bin Ali pada telinganya ketika itu ia baru dilahirkan oleh Fatimah r.a.”

Riwayat Abu Daud dan Tirmizi

3. Membaca Surah Al-Qadar dan Surah Al-Ikhlas.

Suami hendaklah juga membanyakkan bacaan surah Al-Qadar di telinga kanan dan surah Al-Ikhlas di telinga kiri bagi tujuan memohon kepada Allah supaya anak yang dilahirkan terselamat dari melakukan perzinaan dan memohon juga supaya dikuatkan iman, jauh dari menyeleweng fahaman akidahnya dari landasan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

4. Membaca Surah Al-Insyirah Di Jari Manis Dan Ditahnikkan.

Suami juga hendaklah membaca surah Al-Insyirah di jari manis kemudian mencelupkan jari manis ke dalam manisan (madu) dan ditekankan (ditahnikkan) di langit-langit bayi tersebut dengan membaca ayat 36, surah Ali-Imran :

Maksudnya : “Maka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki), – dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu – dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan dan bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)”.

Tahnik adalah bertujuan untuk memohon kepada Allah S.W.T. supaya anak yang dilahirkan mempunyai lidah yang fasih dan terkawal lidahnya dari menyebut perkara-perkara yang tidak berfaedah dan mendatangkan maksiat walaupun perkara ini boleh dilakukan oleh orang yang soleh namun bapa kepada anak tersebut lebih utama melakukan tahnik untuk anaknya kerana hadis riwayat oleh Tirmizi menyebutkan salah satu doa yang paling mustajab ialah doa ibu bapa untuk anaknya”.

5. Melaksanakan Tuntutan Sempena Hari Ketujuh.

- Memberikan nama yang baik.

Bapa dikehendaki menamakan anaknya dengan nama-nama yang baik pada hari ketujuh kerana nama itu sendiri adalah merupakan doa kepada anaknya.

Rasulullah s.a.w. bersabda :

Maksudnya : “Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu, maka indahkanlah nama kamu”.

Riwayat Abu Daud

- Membaca Doa ketika memberikan nama anak.

Maksudnya : “Ya Allah wahai Tuhan kami, jadikanlah nama yang diberikan ini memberi keberkatan kepadanya, pandukan segala usahanya ke arah keredhaanMu, jadikan menuntut ilmu sebagai matlamatnya dan akhirkan hidupnya dengan amal-amal soleh. Ya Allah wahai tuhan kami, lanjutkanlah usianya dalam ketaatan kepadaMu dan kepada RasulMu dan jadikan tubuh badannya dalam keadaan sihat walafiat. Ya Allah, jadikan ia pemimpin di waktu dewasa, teguhkan imannya sepertimana iman para nabiMu sehingga hari kiamat. Ya Allah kurniakan ia rezeki yang halal dan berkat, dekatkanlah ia dengan kebaikan dan jauhkan ia daripada kejahatan dengan rahmatMu Ya Allah yang Maha Pengasih.

- Mengaqiqahkan anak.

Bapa hendaklah mengaqiqahkan anaknya kerana hukumnya adalah sunat mu’akad iaitu dengan mengadakna kenduri kesyukuran. Menyembelih 2 ekor kambing bagi anak lelaki dan seekor kambing bagi anak perempuan. Sebaik-baiknya dilakukan pada hari ketujuh.

Rasulullah s.a.w. bersabda :

Maksudnya : “Setiap anak yang dilahirkan tergadai dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ke tujuh kelahirannya, diberikan nama dan dicukur rambutnya”.

Riwayat abu Daud

Ketika menyembelih aqiqah disuruh juga menyebut nama anak.

Maksudnya : “Dengan nama Allah, Ya Allah untukMu dan bagiMu akikah ini dari ……(sebut nama anak)….

Gesaan Aqiqah :

Rasulullah s.a.w. bersabda :

Maksudnya : “Kerkakanlah aqiqah bagi anak lelaki yang baru lahir, kerana itu hendaklah kamu menyembelih aqiqah dan jauhkanlah gangguan dari anak itu”.

Muttafaqun A’laih

Antara hikmah aqiqah adalah :

Membiiasakan berkorban bagi orang tua demi kepentingan bayi yang baru lahir di dunia.

Melindungi diri dari gangguan syaitan.

- Bercukur rambut.

Adalah menjadi tanggungjawab bapa untuk mencukur rambut anaknya pada hari ke tujuh (dibotakkan) sama ada dilakukan olehnya sendiri atau orang lain.

Antara hikmah bercukur rambut adalah :

Hikmah kesihatan.

Dengan membuang, mencukur rambut anak yang baru lahir akan terbuka semua lubang rambutnya yang mungkin akan mengukuhkan pancaindera penglihatan, pernafasan dan pendengaran.

Hikmah kemasyarakatan.

Dapat bersedekah dengan emas atau perak seberat timbangan rambutnya. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Anas bin Malik r.s. ia berkata :

Maksudnya : “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah menyuruh supaya mencukur rambut cucunya Saidina Hassan dan Hussin r.a. pada hari ketujuh dan disedekahkan berat timbangan rambutnya dengan nilai perak”.

Riwayat At-Tirmizi dan Abu Daud

Khurafat yang perlu ditinggalkan.

Mencukur bahagian-bahagian tertentu daripada kepala sebagaimana yang banyak dilakukan sekarang, kerana ini termasuk dalam perkara yang dilarang keras oleh Rasulullah s.a.w. sebagaimana maksud hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Menggunakan buah kelapa dan segala macam campuran seperti garam dan bunga kerana amalan ini diambil dari budaya Hindu. Rasulullah bersabda :

Maksudnya : “Barangsiapa yang menyerupai (meniru apa sahaja perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat Islam) dengan sesuatu kaum (yang bukan Islam) maka ia tergolong daripada mereka”.

- Mengkhatankan anak.

Bapa bertanggungjawab untuk mengkhatankan anak lelakinya. Dalam sebuah hadis disebutkan :

Maksudnya : “Berkhatan itu sunat bagi lelaki, mulia bagi wanita”.

Riwayat Abu Daud

Walaupun demikian, amalan masyarakat kita mengkhatankan anak pada umur sebelas tahun atau dua belas tahun tidaklah menyalahi syarak. Adalah menjadi suatu yang baik sekiranya anak-anak sebelum dikhatankan terlebih dahulu diaturkan majlis khatam Al-Quran untuknya.

Antara faedah berkhatan adalah :

Melindungi daripada berbagai-bagai penyakit.

Membersihkan diri dari kekotoran.

6. Menyusukan Anak.

Demi kesihatan anak, ibu hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu.

Firman allah Taala dalam surah Al-Bawarah ayat 233:

Maksudnya : “Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu”.

Imam As-Syafie berkata

“Sihat atau tidak anak itu adalah bergantung sama ada anak disusui oleh susu ibu atau tidak walaupun sekali susuan”.

Kelebihan menyusukan anak :

Setiap tegukan dari susu ibu, Allah S.W.T. memberi pahala satu kebaikan.

Bila ibunya semalaman tidak dapat tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah...

Mudah-mudahan insyaAllah..

Thursday, July 01, 2010

nikmat


nikmat


terlalu agung nikmat ALLAH,
tidakkah kita masih tidak mensyukuri...AllAH!!!